Jumaat, 30 Januari 2015

Saya Tunggu Awak

“Saya bagi awak masa 3 hari. Kalau awak tak muncul depan mata saya, kita batalkan je pernikahan ni. Awak ingat senang-senang boleh tunda tarikh lain? kita dah nak kahwin lah awak! Lagi 2 minggu je lagi! Bukan baru nak kenal-kenal, baru nak bertunang! Kahwin! Nikah! Awak faham tak??!”
Saiful menjauhkan telefon bimbit dari telinganya. Boleh pecah gegendang telinga kalau macam ni. Inilah padahnya kalau perempuan mengamuk. Sekali puting beliung Catarina datang. Aduh, macam mana nak pujuk ni.
“Sorry Wafi… bukan saya sengaja suka-suka mintak tunda tarikh..tapi peluang besar depan mata sekarang ni… kalau saya berjaya dalam projek kali ni, saya berpeluang untuk kukuhkan kerjaya saya, cerahkan masa depan kita… awak tak payah kerja pun tak apa. Haaaaa! Kan best tu.hehehe.”
Saiful di sini sedang memasang angan-angan. Wafiyya di sana semakin menjeruk rasa. Saiful, awak memang sangat-sangat sengal. Sanggup awak buat saya macam ni. Awak ingat saya nak hidup mewah sangat ke? Saya dah lama hidup susah awak, membesar dalam suasana kampung, bermain lumpur di sawah bendang. Awak masih tak faham saya ke? Namun semua itu tidak terluah di bibir Wafiyya. Hanya hatinya yang semakin membengkak dengan tingkah tunang kesayangan. Kesayangan? Betul ke dia sayangkan aku? Kalau dia sayangkan aku, dia takkan buat aku macam ni. Matanya sudah berkaca.
“ Wafi? Ade lagi tak tu?” Diam.
“ Sayang…?” Diam lagi.
“ Wafiyya…maafkan saya kalau…”
“ Takpelah awak… mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu di sini… mungkin hakikatnya, kisah kita sampai di sini saja… dan mungkin betul… kita perlu akhiri apa yang dah dirancang sebelum ni. Saya tak salahkan awak, dan takkan pernah salahkan awak. Saya yang tak mampu tanggung semua ni. Saya yang tak faham dengan kerjaya awak, apa yang awak impikan selama ni…” Suara si gadis bergetar di hujung talian. Sesak nafasnya demi mengatur bicara.
Saiful di sana tercengang mendengar butir kata yang terbit dari bibir Wafiyya. Dia mahu menuturkan sesuatu, tetapi seolah-olah tersekat di kerongkong. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan? Hati di sana sudah benar-benar terluka.
“ Wafi…”
“Sudahlah awak… in sya’ Allah, saya akan cuba terima semua ni…awak jangan risau ye… biar saya yang terangkan pada mak saya, dan pada pakcik dan makcik… in sya’ Allah, mereka akan faham… dah bukan jodoh kita kan?” Tangisannya sudah tidak dapat dikawal lagi. Hatinya merintih pilu.
“ Wafi…saya tak bermaksud pun…”
“ Awak halalkan semua yang pernah kita kongsi bersama ye… saya pun dah halalkan… terima kasih atas segalanya… awak jaga diri baik-baik…kerja elok-elok… in sya’ Allah, awak akan berjaya…. Assalamualaikum…” Wafiyya mengakhiri bicara. Talian terus diputuskan. Telefon bimbit pemberian Saiful digenggam erat sebelum dipadamkan. Dia terus menyembamkan wajahnya ke katil. Nasib baiklah sedari tadi dia hanya berada di dalam bilik, kalau tidak, seisi rumah akan tahu perihal sebenarnya.
Saiful tergamam. Dia sama sekali tidak menyangka Wafiyya akan bertindak sebegitu rupa. Buah hatinya yang dikenalinya selama ini seorang yang sabar dalam melayan kerenahnya, sering menerima dirinya seadanya, kini seperti berbatu-batu jauh darinya. Malah sudah tidak nampak bayangnya.
Telefon bimbit terlepas dari genggaman. Wafiyya…
************************************************************************************
“ Wafi, hang dah pikiaq masak-masak ka? Amirul tu muda lagi. Dia baru nak start kerja dia kat KL nu. Along bukan apa, takut-takut sat lagi hang nyesai, duk teghiak memanjang. Patutnya hang duk bincang 4 mata dulu dengan si Saiful. Ni dak, hang buat keputusan sendiri. Hang tak tau macam mana haghu perasaan dia nanti,” Wardina memandang simpati ke arah adiknya. Wafiyya pula sudah seminggu berkeadaan begitu, berkurung di dalam bilik, makan pula hanya apabila dia betul-betul terasa lapar. Seisi keluarga tidak mampu menjernihkan hatinya yang keruh.
“ 6 mata la Along, awat jadi 4 mata pulak?” Wafiyya berkata selamba.
Wardina tercengang. Lama-kelamaan barulah dia dapat menangkap gurauan adiknya itu. Dia menjegilkan mata sambil tangannya laju hinggap di lengan Wafiyya.
“ Aduh, sakitla Along..Wafi gurau ja. Sapa suh Along lampi sangat. Hehehe…” Wafiyya menggosok lengannya yang menerima cubitan bisa dari Wardina. Sekali-kala ingin bergurau, apa salahnya. Kakak sulungnya itu juga jarang pulang ke teratak mereka setelah mendirikan rumah tangga. Inilah masanya untuk mengukuhkan kasih sayang sesama adik-beradik.
“ Main-main lagi. Sat lagi Along panggil Saiful mai sini baghu hang tau.” Wardina mengugut Wafiyya, sekadar ingin melihat reaksi adiknya itu.
Senyum manis yang terukir di bibir Wafiyya sebentar tadi hilang apabila mendengar nama insan yang disayangi sepenuh hati itu. Tidak mungkin dia melupakan lelaki itu dalam sekelip mata. Lelaki yang telah berjanji untuk menggalas tanggungjawab arwah ayahnya. 6 tahun mereka membina hubungan bersulam cinta, 6 tahun Wafiyya memberi kesempatan untuk Saiful menstabilkan kerjayanya. Namun, masa itu tetap tidak cukup bagi seorang yang workaholic seperti Saiful. Dalam seminggu ini, sudah berkali-kali Saiful bertandang ke rumah mereka demi memujuk hati yang sedang berduka. Tetapi tidak sekalipun Wafiyya memberi peluang kepada lelaki itu untuk bersua muka dengannya. Keras benar hati gadis itu.
“ Along… in sya’ Allah… ini yang terbaik… Wafi bukan suka-suka buat keputusan lagu ni. Pasai Wafi pikiaq air muka mak, Along dan adik-adikla Wafi buat semua ni. Lagipun, Wafi yakin… mak, Along, Wardah…semua boleh terima keputusan Wafi ni kan?” Wafiyya menghadiahkan senyuman hambar kepada kakaknya. Dia berharap agar semua orang akan berlapang dada dengan keputusannya kali ini. Dia tahu, ibunya pasti memahami tingkah anak gadisnya yang seorang ini.
“ Hmm… Along tak tau nak cakap apa lagi dah.. Along nak hang happy ja.. kalau hang dah cakap lagu tu, Along terima ja lah… Along sokong Wafi..” Wardina duduk di sebelah Wafiyya dan memeluk bahu adiknya, menyalurkan semangat kepada adik yang sedang berdepan dengan masalah. Dia sebagai kakak yang sulung daripada 3 beradik itu cuba melakukan yang terbaik untuk mereka sekeluarga. Namun, Wafiyya sudah cukup besar untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu perkara. Semoga Allah memudahkan urusan adikku ini… Wardina berdoa di dalam hati.
“ Terima kasih Along…” Wafiyya memandang kakaknya dengan rasa terharu. Inilah kakak yang sentiasa disanjungi.
“ Dah… sat lagi kan kita nak kluaq, nak cari barang yang tak cukup lagi. Hang pi mandi, macam apa dah Along tengok hang ni!” Giliran Wardina pula mengusik adiknya itu. Cepat-cepat dia berlari kelur dari bilik Wafiyya.
“ Alongggggggg!!!” Terdengar jeritan Wafiyya diiringi ketawa Wardina dari luar bilik.
*************************************************************************************
“ Macam mana ni mak… Epul dah tak tau macam mana nak pujuk Wafiyya tu.. mak tolonglah Epul mak…” Saiful pula semakin tidak keruan dengan tindakan kekasih hatinya itu. Sejak perbualan terakhir mereka di telefon seminggu yang lalu, sekalipun dia tidak dapat menghubungi Wafiyya. Telefon si gadis terus dimatikan. Dia telah mengambil cuti kecemasan selama beberapa hari untuk menyelesaikan masalah yang satu itu. Namun, Wafiyya langsung tidak memberikan sedikit pun kesempatan kepadanya untuk duduk berbincang. Dia sudah buntu memikirkan jalan penyelesaian bagi menjernihkan keadaan.
Pak Sahak dan isterinya Mak Kiah simpati melihat keadaan anaknya yang semakin kusut dan tidak terurus. Namun, mereka juga turut berasa marah dengan kerenah anak teruna mereka yang satu ini. Senang-senang nak minta tangguh tarikh perkahwinan?
“ Hang nak kami buat lagu mana lagi? Kami ni malu sangat pada keluarga Mak Milah hang tu. Ada ka patut hang pi mintak tangguh? Hang ingat soal nikah kawin ni macam makan kacang ka?? Epul, Epul…mak suka hang ada kerja besaq, gaji pon stabil… tapi mak tak suka hang mainkan perasaan anak dara orang. Abang, abang nasihat la pulak abak abang tu. Saya dah takdak kuasa nak melayan dah.” Sebaik menamatkan bicaranya, Mak Kiah bangun dari duduk dan berjalan ke biliknya. Saiful hanya memandang dengan rasa yang memberat. Kalau sudah ibu sendiri pun tidak mahu membantu, siapa lagi yang boleh diharapkan.
Pak Sahak sedari tadi hanya mendiamkan diri. Memang betul kata-kata isterinya itu. Anaknya itu seperti tidak berfikir panjang. Katanya seorang engineer, tahu mengukur sana sini. Tapi anaknya itu tidak mampu mengukur dasar hati Wafiyya. Malah, anaknya itu juga sudah biasa bertutur mengikut arus “orang KL”. Nasib baiklah adab sopan seorang Melayu dan seorang yang beragama Islam tidak terhakis. Walaupun dia tidak mempunyai anak perempuan, namun dia adalah seorang suami kepada seorang isteri, anak kepada seorang ibu, adik kepada seorang kakak dan abang kepada adik-adiknya. Dia telah terlebih dahulu menikmati pelbagai rencah kehidupan. Namun dia sedar, manusia itu tidak lepas daripada melakukan sebarang kesilapan. Sebagai seorang bapa, dia harus bertindak dengan bernas.
“ Sudahlah Saiful. Hang pi balik KL dulu. Hang kata hang cuti berapa hari saja kan? Ni dah seminggu. Apa kata majikan hang nanti. Dah elok-elok dia percaya kat hang, hang pulak buat hal tak masuk kerja. Hang toksah nak pening kepala sangat. Kalau dah Allah tetapkan jodoh hang dengan si Wafiyya tu, kawin jugak hangpa nanti. Cepat ka lambat, semua Allah dah tetapkan. Cumanya, hang banyak-banyak lah berdoa pada Allah, moga-moga Allah mudahkan mana yang susah. Sudahlah, hang pi la masuk tidoq. Da lewat dah ni.” Pak Sahak menepuk bahu anaknya berulang kali, sedikit menenangkan hati anaknya yang gundah. Sejurus itu, dia mengatur langkah memasuki kamarnya.
Sedikit sebanyak Saiful terkesan dengan kata-kata luhur dari bapanya. Betul, sekarang ini sepatutnya dia tabahkan hati dan mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Mendengar. Namun, kerana terlalu asyik dengan kesibukan kerja, dia bukan sahaja mengabaikan perasaan Wafiyya, malah dia leka dalam soal ibadah dan penghambaan diri kepada Yang Esa. Walaupun tidak sampai meninggalkan solat, namun solat di waktu kemuncak sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya. Ibadah-ibadah sunat yang sering dilaksanakan dahulu sudah ditinggalkan. Ya Allah… lekanya aku dengan nikmat dunia yang sementara ini..
Dalam menungannya itu, kenangannya bersama Wafiyya menggamit ingatan. Dia teringat akan kata-kata Wafiyya suatu masa dahulu.
“ Awak, saya tak ada apa-apa yang boleh awak jadikan sandaran. Kerana saya hanya seorang perempuan yang seharusnya bersandar pada awak. Kalau suatu masa nanti, in sya’ Allah, kita ditakdirkan bersama… saya akan berusaha menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik pada anak-anak awak… dan yang paling penting, in sya’ Allah..saya akan setia di sisi awak..sebab saya adalah Wafiyya, yang setia..tapi awak kena ingat tau. Kalau awak main-mainkan saya, there is no turn back! Faham?!” Wafiyya menjegilkan mata kepada Saiful, seolah-olah memberi amaran. Dalam masa yang sama, dia berniat untuk bergurau dengan kekasih hatinya.
“ Uish, amaran keras la ni eh? Hehehehe.. in sya’ Allah… saya janji dengan awak, saya takkan sia-siakan awak, Wafiyya. Sebab saya tahu, hati awak hanya untuk saya. Dan hati saya juga hanya untuk awak. Dan kita berdua, adalah milik Dia..itu yang awak selalu cakap pada saya kan? Ingatan saya ni kuat tau.hehehehe,” Saiful turut menyambut gurauan si jantung hati. Dia juga yakin akan kata-katanya sendiri, tidak mungkin dia mampu untuk memiliki gadis yang lain seperti Wafiyya. Dan dia berjanji pada dirinya bahawa hanya Wafiyya yang akan menjadi suri hidupnya.
Air mata lelakinya menitis di pipi. Bagaimana janjinya pada Wafiyya dahulu? Ya Allah…kenapa aku tak fikir dahulu sebelum berkata-kata… aku dah hancurkan impian dia… aku dah musnahkan angan-angan kami… Ya Allah… beri aku kesempatan untuk memperbaiki keadaan… aku sayangkan dia Ya Allah… kuatkan jodoh kami… hanya itu yang aku pinta Ya Allah…
Saiful mengesat air mata yang bersisa, lalu bangkit dari duduknya. Tujuannya sekarang hanya satu, iaitu mempersembahkan diri kepada Allah Maha Besar. Semoga Allah mendengar rintihan hatinya, menenangkan gelodak jiwa, dan memakbulkan doanya…
*************************************************************************************
Bunga manggar sudah siap dipacak. Khemah sudah didirikan semalam. Kamar pengantin juga sudah siap dihias cantik bertemakan warna ungu kesukaan raja sehari. Rumah Mak Milah sudah dipenuhi jiran tetangga awal pagi lagi bagi membantu melicinkan perjalanan majlis. Beginilah hidup berjiran, saling membantu dan lengkap-melengkapi. Jika ada yang kurang, pasti ada yang berbesar hati menambah apa yang patut. Suasana riuh rendah memeriahkan hari yang bahagia.
Lain pula ceritanya di kamar pengantin. 3 beradik berkumpul bagi menenangkan pengantin perempuan yang sedang menahan debar. Jari-jemari yang berinai sejuk seperti ais apabila disentuh.
“ Kak Wafi, betul akak tak menyesal buat lagu ni? Wardah tak mau akak duk sedih lagi lepas ni…” Wardah memandang wajah kakak yang disayangi. Dia juga tidak menyangka perkara seperti ini akan terjadi. Kalaulah dia berada di tempat kakaknya, mampukah dia mengambil keputusan sedemikian?
Wafiyya pula hanya tersenyum kecil membalas kata-kata adiknya. Sudah banyak kali keputusannya dipersoalkan, namun hatinya tetap tidak goyah. Ini yang dia mahukan. Ini yang dia dan Saiful mahukan. Ini yang terbaik untuk mereka berdua. Tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Saiful datang tak hari ni? Macam mana keadaan dia sekarang? Maafkan saya awak.. saya terpaksa buat macam ni..
“ Akak…?” Wardah menyentuh jemari Wafiyya apabila setitis air mata jatuh ke pipi kakaknya. Hati kakaknya masih belum terubat. Itu yang difikirkan saat ini. Wardina juga turut menggenggam tangan kedua-dua adiknya.
“ Wafi…Along sentiasa doakan kebahaagian Wafi…kebahagiaan Wardah… apa pon yang terjadi, kita orang perempuan ni kena kuat? Tau?” Wardina menyalurkan kata-kata semangat kepada adik-adiknya.
“ In sya’ Allah Along…Wardah… ini yang terbaik..” hanya itu yang mampu dituturkan oleh Wafiyya saat itu. Semoga apa yang berlaku pada hari ini mampu menjernihkan keadaan yang sedia keruh.
Bunyi paluan kompang berkumandang di luar sana. Pengantin perempuan menjadi semakin berdebar. Ketiga-tiga beradik memandang antara satu sama lain. seketika kemudian mereka tersenyum sesama sendiri. Wardina, Wafiyya dan Wardah keluar dari kamar pengantin. Dalam hati masing-masing berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.
Beberapa lama kemudian, acara akad nikah berlangsung. Dengan dua kali lafaz, mereka telah sah menjadi pasangan suami isteri. Mak Milah duduk di samping anaknya mengalirkan air mata kegembiraan. Detik ini, dia teringat akan arwah suaminya. Abang, anak kita dah kahwin…sendu hati tuanya. Wardina yang berada di sisi ibunya mengusap belakang badan ibunya, seperti memahami perasaan si ibu sekarang.
Saiful hadir lewat ke majlis tersebut. Dia hanya menyaksikan kemeriahan majlis itu dari jauh. Ajakan ibu bapanya untuk masuk ke dalam rumah pengantin ditolak lembut. Mana mungkin dia sanggup melihat insan yang pernah dimiliki hatinya berkahwin dengan lelaki lain. Namun, dia redha dengan segala ketentuan yang Allah takdirkan untuk dirinya. Dia tidak menyalahkan sesiapa. Ini semua adalah pengajaran bagi dirinya.
Dia berkira-kira untuk bergerak pergi, dan akan terus pulang ke Kuala Lumpur. Namun, tidak sampai beberapa langkah, dia ditegur dari belakang.
“ Assalamualaikum…”
Suara itu, seperti ku kenal. Tapi di mana ya? Tak kanlah…
“ Awak dah tak sudi nak pandang saya? Awak pulak merajuk dengan saya…” suara itu bergema lagi.
Dadanya bergetar hebat. Suara itu suara gadis kesayangannya. Tapi, mestilah dia datang jumpa aku dengan suami dia. Haish, apa aku nak buat ni. nak jalan terus macam x sopan pulak. Saiful berkira-kira di dalam hati.
“ Awak pandanglah saya sekejap..kalau awak nak pergi lepas ni, pergilah…” sayu sahaja suara itu bergemersik di telinganya.
Perlahan-lahan Saiful memusingkan badannya menghadap ke arah si gadis. Ya, memang betul, Wafiyya lah orangnya. Tapi… kenapa macam ada yang tak kena aje. Saiful memandang gadis itu dari atas ke bawah. Akhir sekali, pandangannya berlabuh ke wajah itu dengan bermacam-macam soalan.
“ Apa awak buat kat sini Wafi? Mana suami awak? Cepatnya awak salin baju. Kan ramai lagi orang yang datang nak tengok pengantin. Awak jangan risau, saya dah dapat terima kenyataan yang kita tak ada jodoh… awak pergilah pada suami awak… saya doakan semoga awak bahagia hingga ke akhir hayat Wafi… selamat pengantin baru…” Saiful menundukkan wajahnya yang suram. Tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan gadis itu. Dia mendengar keluhan berat dari bibir Wafiyya.
“ Dah habis cakap?” suara itu kedengaran bersahaja.
Saiful mengangkat wajah, menentang mata Wafiyya yang redup.
“ Haaa?”
“ Saya tanya, awak dah habis cakap? Awak ni memang tak berubah kan. Cakap melulu je. Tak fikir habis-habis dulu.”
Saiful tahu, Wafiyya memerlinya dalam diam. Dia tersengih seperti kerang busuk.
“ Dah memang betul kan apa yang saya cakap?huhuhuhu..” Saiful mempertahankan diri.
Wafiyya tersenyum kecil menanggapi kata-kata lelaki di hadapannya itu. Betapa dia rindu untuk menatap seraut wajah yang memenuhi hatinya dahulu hingga sekarang.
“ Itulah…pakcik dan makcik dah ajak awak masuk rumah kan? Awak yang taknak ikut. Mengada-ngada lah tu.. awak dah tengok kad jemputan kahwin yang baru tu?”
“ Dah…” Saiful menjawab tidak bermaya.
“ Siapa pengantin lelakinya?” Wafiyya bertanya lagak seorang guru bertanya kepada anak muridnya.
“ Amirul…”
“ Pengantin perempuan?”
“ Siapa lagi? Awaklah!” Saiful menjawab geram. Hish, dia ni nak main-main dengan aku pulak. Ingat aku ni budak sekolah rendah ke.
“ Betul ke… cer awak tengok betul-betul…” Wafiyya menghulurkan sekeping kad jemputan kepada Saiful.
Saiful menyambutnya perlahan-lahan. Layankan saje lah perempuan ni. Saje je nak sakitkan hati aku.
“ Haaa. Awak dengar saya baca kuat-kuat ni. Amirul Hafiz dan Wardah!” Saiful membaca dengan kuat. Tiba-tiba dia terdiam. Cepat-cepat dia memandang kad tersebut sekali lagi.
“ War…War…Wardah…Wardah? Wardah tu kan adik awak? Jadi, yang nikah kat dalam tu…Wardah? Bukan awak? Wafi?” Saiful benar-benar kebingungan. Apa yang terjadi sebenarnya?
Wafiyya tertawa kecil melihat wajah kebingungan itu. Tidak menyangka sebegitu buruk sekali reaksi yang dipamerkan. Sempat lagi hatinya mengutuk.
“ Pertama sekali, saya mintak maaf dengan awak… saya tahu apa yang saya lakukan pada awak ni menyiksa hati awak..bukan awak aje tau..hati saya jugak…sebenarnya, saya mintak izin dari mak untuk langsungkan perkahwinan Wardah dan Amirul dulu..lagipun diorang memang suka sama suka…jadi saya pun tukar plan last minute … family Amirul datang merisik, bertunang…dan hari ni, diorang pun kahwinlah. Pakcik dan makcik pun tahu pasal ni… Cuma saya yang tak benarkan diorang bagitahu pada awak… sebab saya nak bagi pengajaran pada awak… dan, saya kan dah janji nak tunggu awak… “ Wafiyya menjelaskan perkara sebenar. Dia memandang wajah Saiful, menantikan kata-kata yang bakal terluah dari bibir lelaki itu.
Tiba-tiba, Saiful berlari meninggalkan Wafiyya dan memasuki rumah raja sehari. Wafiyya pula terkejut dengan tindakan lelaki itu. Kenapa mamat ni? Dah tak betul ke? Takkan lah… Wafiyya menjadi gusar.
Selang beberapa minit, Saiful berlari kembali ke arah Wafiyya. Orang ramai yang melihat mempamerkan wajah tertanya-tanya.
Saiful menyembunyikan sesuatu di belakang badan dengan tangan kanannya. Wajahnya serius. Wafiyya pula semakin kalut memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Saiful. Nak balas dendam ke?
Tidak semena-mena, Saiful berlutut di hadapan Wafiyya. Wafiyya pula cepat-cepat memejamkan mata, takut untuk menyaksikan apa yang bakal terjadi.
“ Wafiyya binti Ismail, sudikah awak menerima saya kembali dalam hidup awak? Menjadi imam kepada awak dan anak-anak kita nanti? Dan menjadi pencinta yang setia kepada saya?” Saiful bersungguh-sungguh melafazkan kata-kata yang ikhlas dari hatinya.
Wafiyya terus membuka matanya luas-luas. Dia melihat wajah Saiful yang penuh pengharapan, di samping tangan kanannya menghulurkan sekuntum bunga… telur. Bunga telur?
Orang sekeliling yang melihat adegan itu sudah ketawa terbahak-bahak. Tidak kurang juga ada yang bertepuk tangan.
“ Terima sajelah!” suara-suara sumbang bersahut-sahutan.
Wafiyya terkedu dengan tindakan mengejut Saiful itu. Dia ingin ketawa, tetapi melihatkan kesungguhan lelaki di hadapannya itu, dia membatalkan niatnya.
“ Saya akan terima…dengan syarat…” Wafiyya bermain kata.
“ Awak letaklah syarat apa pun. Saya janji saya akan ikut.” Saiful bersungguh-sungguh menyakinkan Wafiyya.
“ Jangan janji…tapi in sya’ Allah… pernikahan kita mesti berlangsung dua minggu dari sekarang. Tak ada tunda-tunda lagi. Ok?”
“ Alah… dua minggu?”
“ Haaa. Tengok tu. Tadi bukan main berjanji.” Wafiyya tidak puas hati.
“ Kenapa bukan minggu depan je? Mak, abah! Epul nak kahwin dengan Wafi minggu depan! Tak kira!” Saiful melaung memanggil ibu dan bapanya. Mata Wafiyya terbeliak melihat perangai tiga suku jantung hatinya.
Mak Kiah dan Pak Sahak yang terdengar laungan anak mereka dari dalam rumah hanya ketawa geli hati.
“ Berbesan jugak kita Milah…alhamdulillah..” Rupa-rupanya perbincangan dua belah pihak telah pun berlangsung di dalam rumah. Mak Milah dan Wardina pula tersenyum gembira. Alhamdulillah… mesti Wafi gembira kan sekarang. Wardina berkata dalam hati.
“ Terima kasih sayang…sebab awak setia menunggu saya… in sya’ Allah… saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak… hanya untuk awak Wafiyya, yang setia…” Saiful menghadiahkan senyuman paling manis kepada sang puteri. Tekadnya di dalam hati, tidak ada lagi yang perlu ditangguhkan. Semuanya harus disegerakan. Wafiyya di sisinya sudah pun mengalirkan air mata. Gembira dan terharu. Itu yang dirasakan sekarang. Ya Allah, jika ini ganjaran atas pengorbanan yang aku lakukan… terima kasih Ya Allah.. pimpinlah kami menuju redha-Mu…
Sehelai sapu tangan dihulurkan kepada Wafiyya bagi menghapus air mata itu buat selama-lamanya. Pergilah duka… hadirlah bahagia.

Khamis, 29 Januari 2015

PENANTIAN SEBUAH JAWAPAN

Aku tengok jam di dinding pejabat, 4.45 petang. Huh,15 minit lagi baru boleh balik, gumamku dalam hati. Tak sabar rasanya nak balik rumah, nak packing barang untuk pergi camping. Inilah aktiviti yang paling aku suka. Dah sebati dengan jiwa aku. Lebih menggembirakan apabila dapat pergi dengan sahabat-sahabat aku, Ecah, Dhiya dan Raimi. Kitorang sekepala. Diorang bertiga kerja di satu tempat, Cuma aku je yang terpisah tapi tak jauh mana pun dari tempat kerja diorang tu. Kekeke…
“Amboi, asal Jumaat je mesti ko happy kan Mira” sapa Siti.
“Tu mesti nak pergi camping la tu kan” sampuk Ajoy. Aku senyum sambil lambaikan tangan ke arah mereka tanda perpisahan untuk minggu ini. Majoriti teman sepejabatku tahu hobi aku yang memang kaki camping ni. Hatiku menyanyi riang.
Tritt…tritt..hah, ada mesej masuk la. Mesej dari Raimi, ‘Mira, jgn lupa mlm ni tau, lepas maghrib aku, Dhiya dgn Ecah dtg amik ko kt umah’. Aku balas, ‘ok ;-)’
Di rumah.
Seusai mandi, aku terus mendapatkan mak di dapur yang kelihatannya sedang sibuk menyiapkan makan malam. Memang aku jarang bantu mak di dapur. Bukan salah aku pun sebab setiap kali aku nak tolong mak, mesti kena bebel. Katanya dia seorang buat kerja di dapur dah mencukupi sebab mak tak suka ramai-ramai dalam dapur. Hmm..dah begitu keputusannya, aku ikutkan saja. Haha…nak menang jugak tu. Aku suarakan hasrat nak pergi camping. Tahu apa respon mak aku?
“Tu mesti pergi dengan budak bertiga tu la kan. Tak habis-habis dengan camping, dari sekolah sampai dah kerja pun masih lagi nak pergi camping. Macam budak-budak. Siapa lagi yang pergi?”
“Ramai la mak. Kawan-kawan along dalam 15 orang yang pergi. Mak jangan risau la ye, insyaAllah semuanya selamat je,” ayat-ayat pujuk tu. Hehe… Padahal dok dalam hutan tu macam-macam boleh berlaku tapi tu semua terpulang kat diri sendiri. Pandai-pandailah jaga diri kat ‘tempat orang’.
“Assalamualaikum”. Tengah best-best sembang dengan mak, aku dengar orang bagi salam. Aku jengah di tingkap. Hah, dah sampai pun tiga anak dara pingitan ni.
“Waalaikumussalam. Masuklah dulu. Along ni apa lagi? Pergilah bersiap cepat. Kesian kawan-kawan tunggu lama. Nanti malam sangat tak elok masuk hutan.” Tetiba je mak aku sapa dari belakang smbil bukakan pintu untuk kawan-kawan aku. “Mak ni buat along terkejut je”. Aku tengah bersiap dalam bilik pun boleh dengar butir bicara mak aku menasihatkan Ecah, Raimi dan Dhiya. Maklumlah, mak aku tu kalau bercakap, tak pernah yang slownya, sentiasa je macam halilintar.
“Korang ni anak dara. Nanti dalam hutan tu jaga diri. Tolong tengok-tengokkan Mira tu. Dia tu dah terbiasa berkawan dengan budak lelaki. Takut jugak makcik kalau apa-apa terjadi kat korang ni. Makcik dah anggap kamu semua ni macam anak makcik sendiri”.
“Mak, don’t worry. Pandailah kitorang jaga diri. Mak doakan kitorang pergi dan balik dengan selamat. Chewah, macam nak pergi berperang je bunyinya. Ok geng, let’s go.” aku menyampuk sebaik sahaja keluar dari bilik. Kawan-kawanku semua ketawa mendengarnya. Masing-masing bersalam dengan mak aku dan minta diri untuk meneruskan perjalanan ke destinasi kami, Sungai Kirai.
Sungai Kirai…
Dalam perjalanan menuju ke tapak perkhemahan, Raimi a.k.a pemandu kami ke Sungai Kirai bersuara, “Akhirnya sampai gak kita kat sini. Lama sangat rasanya tak datang camping kat sini kan geng?”
“Ye lah, dah masing-masing sibuk dengan kerja sampai nak jumpa pun susah. So, we got the time and make it as meaningful as we can” sahut Dhiya. Kami hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Dhiya.
Aku lihat di tapak perkhemahan meriah dengan lampu-lampu yang dipasang guna generator, terdengar suara-suara kawan-kawan lain yang lebih awal tiba di sini terutama suara Syafiq yang sentiasa penuh dengan jenaka hingga boleh dikatakan setanding dengan suara mak aku. Dialah yang memeriahkan suasana.
Semua kawanku menyambut kehadiran kami dengan mesra sekali. Maklumlah dah lama tak jumpa. “Ingatkan korang tak datang tadi” sapa Ady. Ecah sahut, “Mana boleh tak datang. Kitorang rindu nak jumpa korang semua.”
Selepas letakkan barang-barang, kami duduk bersembang-sembang. Aku rasakan ada seseorang memandangku. Sebaik sahaja aku toleh ke arahnya, terus dia jatuhkan pandangannya. Dia ni mesti budak baru kat sini.
“Mira, ko nampak tak apa yang aku nampak?” soal Dhiya mengejutkan aku.
“Opocot mak kau! Kau ni Dhiya bagilah salam dulu, ni tak, terus je sergah aku camtu. Boleh terlari pundi kencing aku ni tau tak! Nampak apa? Budak yang pakai baju biru tu ke?”
“A’ah. Eh, ko pun nampak ek? Apasal dia tengok kau camtu? Macam tak pernah tengok pompuan je” ngomel Dhiya lagi.
“Mengarutlah ko ni Dhiya. Dia pandang orang lain tu. Kalau pun dia pandang aku, biar jelah. Dia ada mata, sukahati dia la nak pandang siapa pun. Entah-entah dia tengok ko tak? Dah la Dhiya, aku haus ni, nak minum air kat dapur. Jom” aku matikan persoalan yang menghantui Dhiya.
Aku, Dhiya, Ecah dan Raimi memang jenis yang tak boleh duduk diam. Sentiasa ada je perkara yang nak dibuat. Ecah. Sebaik saja sampai tadi terus join grup si Azril. Tinggal aku bertiga. Aku ni memang tak boleh tengok orang baru dalam grup kitorang ni. Mesti aku nak kenal. Ye lah, dah nama pun kawan, kenalah kenalkan. Selepas minum, aku dan Dhiya mendekati Ady. “Dy, ni member kau ke? Tak kenalkan pun kat kitorang” aku sound Ady. “Owh, sorry la friend, tak sengaja terlupa kenalkan. Ni Ezad, kawan sekerja aku, umur 26 tahun, still single. Dia ni memang pendiam sikit tapi kalau dah kenal memang non-stop dia bercakap”. Siap announce status tu. Aku tengok si Ezad menjeling pada Ady. Ady pula tersenyum je sambil angkat bahu. Ady beritahu aku bahawa Ezad kaki camping macam kitorang juga. Kira okay la tu. Bertambah lagi ahli geng ni.
Tiba ke hari terakhir kami di Sungai Kirai, masing-masing macam tak nak berpisah termasuklah aku. Yelah, dah lama tak jumpa, then jumpa 2 hari rasa macam sekejap je. Sebelum balik, seperti biasa mesti ada sesi fotografi. Biasalah, kitorang ni memang pantang jumpa kamera, mesti ada je gambar yang nak diambil. Aku, Dhiya dan Raimi tergelak bila tengok aksi Ecah merajuk sebab nak sangat ambil gambar dengan Ezad tapi Ezad pura-pura tak nak. Ecah tu comel, Ezad lak handsome. Matching! Pandai-pandai je aku ni matchkan orang. Hehehe….Lepas bergambar dengan Ecah, tetiba je mamat tu datang kat aku nak bergambar katanya. Ha, ada pun suara. Ingat bisu tadi. Dah dua hari camping sama-sama, baru sekarang keluar suara dia. Aku pun apa lagi, terus je buat pose selamba dengan dia. Ecah nampak sedikit cemburu apabila dia tengok Ezad datang mendekati aku untuk bergambar.
“Okay guys, kitorang balik dulu. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi. Seronok sangat jumpa korang and camping together. Bye.” Aku mengucapkan selamat jalan kepada semua dan bersalam dengan mereka. Tiba giliran Ezad, aku rasakan genggaman tangannya terlalu kuat sehingga aku menjerit kesakitan, “sakitlah sengal!” Ezad hanya tersenyum tanpa merasa bersalah. Dhiya ketawa kecil. Geram betul aku. Time nak balik ni lak dak Ezad ni nak buat hal dengan aku. Harap-harap tak jumpa la lagi dengan mamat ni. Sakit hati betul!
Dalam perjalanan balik, “Mira, aku rasa ada orang syok kat kau la” tiba-tiba Dhiya bersuara memecah kesunyian.
“Ezad tu handsome kan”
“Kau ni Ecah, orang cerita bab lain, kau cerita bab si Ezad ‘bisu’ tu. Aku pelik betullah macam mana Ady boleh berkawan dengan orang yang pendiam macam tu. Harap muka je handsome tapi mulut macam ada emas je”sampuk aku. Ecah menjuihkan bibirnya tanda tidak bersetuju dengan aku.
“Maybe dia malu dengan kita kot. Ye lah kitakan all girls. Lama-lama dia mesti okay dengan kita kalau dah selalu jumpa. Ha, Mira. Ko dengar tak apa yang aku tanya tadi?” celah Dhiya
“Dengarlah. Aku tahu ko maksudkan si Ezad tu kan. Jangan pandai-pandailah Dhiya. Aku belum ada hati nak bercinta lagilah.” Ecah kelihatan terkejut apabila aku menyebut nama Ezad. Dari reaksinya sepanjang kami bersama, aku tahu Ecah menyukai Ezad.
“Aku tak kata kau kena bercinta dengan Ezad, Mira. Aku cuma kata dia macam syok kat kau je. Aku dengan Raimi perhatikan sepanjang kita camping, Ezad asyik usha kau je, tak kira dia dok area mana pun,” terang Dhiya. Rimas betul aku bila orang ungkap cerita cinta ni. Rimas.
Seminggu kemudian…
Deringan lagu ‘Kenangan Terindah’ dendangan Samsons kedengaran dari handphone aku. Dia lagi! Siapalah yang suka sangat misscall aku ni? Masuk kali ni dah lebih 3 kali dia misscall aku. Siapa pulak nak main-main dengan aku ni? Aku ni dah la tak suka orang main misscall ni. Lagilah kalau orang yang aku tak kenal. Ni memang nak kena ni.
“Hello…aku call pun tak nak jawab. Sekarang ni kredit aku yang mengalir. Tak apalah kalau tak nak jawab but please don’t disturb me again! Thank you!” Langsungku tamatkan panggilan. Menyumpah aku dalam hati.
Tidak lama kemudian, handphoneku kembali menyanyi. Kulihat nombor yang sama tertera di skrin. Lantaklah! Kali ini lain pula, semakin dibiar semakin kuat deringannya. “Aku dah lah penat kerja, malam-malam macam ni ada orang kacau pulak tu! Hisy…dia ni memang tak faham bahasalah.”
“Assalamualaikum,” Hah, pandai lak bagi salam.
“Hm, waalaikumussalam. Siapa tu?”
“Tak kenal ke? Ni Ezad, kawan awak time camping tempoh hari. Sorry, ganggu awak malam-malam ni.”
“Macam mana awak dapat nombor saya? Rasanya, saya tak ada bagi kat awak kan?”
“Ady yang bagi.”
“Awak…” belum sempat aku menyudahkan kata-kata, Ezad memotong, “Saya yang minta kat dia. Memang dia tak nak bagi pada mulanya tapi lepas saya minta berkali-kali, akhirnya dia bagi jugak. Dia kata awak memang tak suka kalau orang tak dikenali call or mesej. Hmm..memang betullah kata Ady tu sebab saya sendiri dah alaminya sampai saya misscall pun awak warning. Jangan marah Ady ye. Dia tak bersalah.” Mak ai, panjang lebar lak penerangan mamat ni. Boleh pun bercakap, ingatkan gagap ke bisu. Rupanya normal gak Gumamku dalam hati.
“Hmm..tak apalah, dah awak call ni nak apa?” soalku.
“Tak ada apa cuma nak borak dengan awak je,” Ek eleh, nak borak je dia kata. Dah lah aku ni penat kerja, aku tau nak buat tahi mata je ni.
“Sorrylah Ezad. Saya nak tidur dah ni. Penat sangatlah kerja hari ni. Esok-esok je lah kita borak ye. Ok, bye. Selamat malam. Assalamualaikum”
“Okaylah kalau macam tu. Waalaikumusalam. Take care.” Aku letakkan handphone ke sisi bantal.
Setiap malam Ezad tak pernah lupa untuk mesej aku Kalaulah Ecah tahu Ezad contact aku ni, habislah aku. Sampai ke suatu malam selepas aku bertanyakan tentang girlfriend dia.
‘Ada. Dia dok kat Blok F, Sekyen 1, Wangsa Maju’ uiks, dekat dengan rumah aku ni!
‘Sape nama gf awak tu? Dah la dok dkt area umah sy, ntah2 sy kenal dia’ musykil aku dibuatnya. Selama ni dia tak pernah pun beritahu awek dia tinggal dekat area rumah aku.
‘Amira Quziema bt. Ahmad’ Rasa nak tercabut jantung aku bila baca mesej dia. Dia ni nak main-main plak. Aku betul-betul nak tau ni, manalah tahu kalau aku kenal dengan awek dia tu.
‘Awk ni memain plak. Sy tny btul2 la.’
‘Btul la. Tu nama gf sy tp sy xtau la dia terima sy ke tak utk jd bf dia’ Pening aku dengan si Ezad ni. Call je lah. Leceh nak mesej bab-bab macam ni. Bahaya ni bila dah melibatkan nama aku.
Terdengar caller ringtone lagu Akon-‘Smack That’ tatkala aku menghubunginya.
“Hello, assalamualaikum,” aku menjawab salamnya dan terus bertanya, “Ezad janganlah main-mainkan saya. Saya tanya serius ni, yang awak jawab dengan nama saya tu, kenapa?” Aku dengar dia tergelak kecil.
“Siapa kata saya main-main, saya pun seriuslah. Itulah nama girlfriend saya cuma saya tak pasti sama ada dia terima saya ke tidak. Itu je. Dah terlanjur awak call ni, saya nak tanya awak nak ke jadi girlfriend saya?” Aku terdiam, memikirkan jawapan yang sewajarnya untuk diberikan supaya tidak mengecilkan hati dia dan juga hati aku sendiri. Aku tarik nafas sedalamnya, cuba berlagak setenang yang mungkin.
“Maafkan saya Ezad. Saya masih belum bersedia untuk bercinta. Kita berkawan jelah dulu ye. Bukan sebab peristiwa lama tapi sebab hati saya belum terbuka untuk bercinta.”
“Tak apalah sayang, saya faham. Kita berkawan pun okay jugak,” ada nada kecewa pada suaranya.
“Suka hati je nak panggil orang ‘sayang’ ek. Saya tak sukalah. Jangan panggil macam tu lagi” marah aku.
“Saya memang macam ni, boleh panggil orang ‘sayang’ kalau dah rapat,” selamba je dia jawab. Malas aku melayannya lagi. Persoalan telah pun terjawab. Aku terus saja beritahu dia, aku nak tidur sebab esoknya aku nak kena kerja.
Puas aku memejamkan mata tapi tak berhasil. Aku terfikirkan kata-kata Ezad. Aku ni dah la tak pernah bercinta, tetiba je dia offer aku jadi awek dia. Aku terasa macam di zaman sekolah. Semua permohonan untuk bercinta dengan aku, aku tolak. Tak kira apa jua yang diorang cuba buat untuk ambil hati aku. Bagi aku, zaman sekolah, zaman mengejar cita-cita, bukan belajar bercinta. Walaupun aku tengok kawan-kawan aku ramai yang bercinta tapi aku sedikit pun tak tergugat dengan senario itu. Apabila ingat kisah waktu sekolah buat aku tersenyum sendiri. Hilang seketika ingatanku terhadap Ezad. Bayangkanlah bila ada orang yang sanggup beli coklat saban hari, kemudian menulis isi hati pada sampul coklat tu demi menagih cinta aku. Ada pula yang sanggup memberikan aku pelbagai barangan dan di Hari Ros dan Epal anjuran pihak sekolah, akulah antara orang yang menerima paling banyak bunga ros dan epal. Pelbagai warna ros aku dapat. Bermacam kata-kata puitis yang aku terima dan rata-rata pengirimnya lebih senang memperkenalkan diri sebagai secret admirer dengan harapan aku membalas cinta mereka. Dan antara yang lucu, apabila ada yang mengutus surat penuh dengan bedak diiringi dua biji gula-gula. Hehehe…memang manis kenangan waktu itu. Tak sangka betul aku bila aku yang dilabelkan ‘brutal’, lurus bendul dan ‘tak makan saman’ ni ada ramai peminat. Perasan la pulak! Tapi tu memang kenyataannya. Padahal ramai lagi gadis yang cantik kat sekolah aku tu dulu. Itulah yang buat gadis-gadis cantik iri hati dengan aku. Tanpa kusedar, aku tertidur.
Hari demi hari, aku menjadi semakin rapat dengan Ezad walaupun hanya dalam telefon. Dah hampir sebulan kami berkawan. Tiada seorang pun dari kawan-kawan kami yang tahu kami berhubung. Mesej ‘selamat pagi’ kuterima dari Ezad. Hmm…dia ni tak pernah putus asa. Aku menggelengkan kepala dan membiarkan mesej dia begitu sahaja.
“Wah, Mira. Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari boyfriend. Mesti say ‘good morning, dear’ la tu kan?” Siti mengusik aku. Aku senyum je. Tidak mengiyakan atau menidakkan. Hari ni memang banyak kerja yang aku kena bereskan. Maklumlah, inilah rutin harian aku sebagai pembantu peribadi. Lebih-lebih lagi di akhir tahun macam ni. Nampaknya aku kena balik lewat hari ini sebab kena selesaikan segala-galanya.
Jam 8 malam aku tiba di rumah dengan muka mencuka. Penat. “Along, lepas mandi pergi makan. Tengok muka pun mak tau kamu penat” arah mak sebaik saja ternampak aku di muka pintu. Aku angguk je.
Selesai makan malam, aku masuk ke bilik. Aku capai handphone. Kulihat ada mesej dari Ezad.
‘Akum..watpe? Dah makan?’ Kalau ikutkan hati memang malas nak balas tapi entah kenapa tangan aku ni laju je nak reply mesej mamat tu.
‘Wslm..xde watpe. Baru blk keje. Penat skit. Baru lps mkn’
‘Owh..xpe la.xnk ganggu Mira nak rehat. Bye. Akum,” aku membiarkan mesejnya begitu sahaja tanpa jawapan.
Dua hari sebelum masuk tahun baru, Ezad mesej aku lagi seperti biasa tetapi kandungan mesejnya memang berbaur serius. Dia mahukan kami serius sebagai couple. Aku berfikir-fikir tentang ‘tawaran’nya itu dan akhirnya aku setuju dengan syarat iaitu dia kena faham kerjaya aku sebagai pembantu peribadi yang lebih banyak habiskan masa di pejabat dan komitmen untuk dia sebagai kekasih aku akan kurang. Dia bersetuju dengan syarat aku. Pada aku, penerimaan ini tak lebih dari sekadar mencuba untuk bercinta dan untuk tidak mengecilkan hati dia yang nampaknya berusaha menawan hati aku. Dalam hati aku masih belum ada sekelumit cinta dan sayang pun untuk dia. Mungkin sebab aku tak pernah bercinta menyebabkan aku tak rasa kehadiran cinta itu.
Kami memang jarang bertemu sejak dari mula-mula lagi menyebabkan kawan-kawan kami tidak dapat menghidu perhubungan kami. Sekalipun kami pergi camping, kami bijak menyembunyikan perhubungan kami. Kami buat seperti biasa sahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Memandangkan aku dan Ezad memang jarang bertegur sapa ketika di tapak perkhemahan, tiada seorang pun kawan-kawanku yang mengetahui tentang kami. Hanya mak sahaja yang tahu tentang perhubungan ini. Itu pun setelah dua bulan aku melalui fasa cinta ini tapi mak tak tahu aku bercinta dengan siapa kerana mak tak pernah mengenalinya. Memang mak terkejut sangat sebab mak tahu aku ni jenis yang susah untuk bercinta sekalipun mempunyai ramai kawan di kalangan lelaki. Lebih-lebih lagi, kali ini aku bercinta dengan seseorang yang baru sebulan aku kenal.
Namun rahsia perhubungan kami hanya sempat bertahan selama empat bulan sahaja. Ini semua sebab Ezad. Sebab dialah, habis semua sahabatku tahu tentang kami. Ada ke patut dia biarkan telefon dia bersepah je waktu camping. Dah la medium utama kami, handphone. Waktu di tapak perkhemahan pun kami berhubung guna mesej je. Segala-galanya terbongkar ketika aku membalas mesej dia. Syafiq yang terbaca mesej tersebut, terus datang bertanya pada Ady kerana katanya dia kenal nombor telefon yang hantar mesej pada Ezad tu. Cuma katanya tidak pasti siapa punya nombor dan minta Ady check nombor tersebut.
“Ady, ko check nombor ni ada tak dalam phone kau?”
“Kenapa kau nak tahu Fiq? Ada apa-apa yang tak kena ke?” soal Ady musykil.
“Sebab ada yang tak kena la aku nak kau check nombor ni, mana tau ada jugak dalam phonebook kau. Aku dapat nombor ni dalam handphone Ezad. Tadi ada mesej masuk. Aku tak sengaja tertekan dan terbaca. Bukan main daring lagi mesejnya. Siap panggil Ezad ‘abang’ lak tu. Takkan adik Ezad pula kan. Setahu aku, kau kata adik-adik Ezad panggil dia abang long. Lagipun takkan sesame adik-beradik nak love you, miss you too kot. Yang paling musykil bila aku tengok nombor tu memang aku kenal sangat-sangat cuma aku tak ingat nombor siapa sebab bateri telefon aku ‘kong’.” Terang Syafiq. Terkocoh-kocoh Ady memeriksa telefonnya tentang nombor tersebut.
Aku yang ketika itu duduk di sebelah Ady memang berdebar apabila Syafiq menyebut soal mesej itu. Sah itu nombor aku dan mesej yang dia baca tu mesej aku. Habis la kali ni. Reaksi Ady dan Syafiq yang terkejut selepas mengetahui bahawa nombor itu, aku pemiliknya. Ini menyebabkan aku lebih menggelabah. Aku minta Syafiq dan Ady rahsiakan perkara ini tapi tak berjaya. Kata mereka, berita baik tak elok simpan lama-lama, nanti busuk. Maklum sajalah orang yang dilabel ‘brutal’ dan ganas ni tetiba bercinta memang riuh sedunia la jawabnya. Mula-mula memang malu. Mana tidaknya, setiap kali bertemu dengan kawan-kawan tidak kira jumpa time camping atau kitorang hangout bersama, mesti ada saja yang menyakat. Segan jangan cakaplah.
Setelah setahun kami bercinta, baru tiga empat kali kami keluar bersama. Mungkin aku tak betah keluar bersamanya. Komitmen aku terhadapnya memang kurang sama sekali. Namun, Ezad faham dengan situasi aku di kala itu. Di awal perhubungan memang aku nampak keikhlasan dia terhadap aku. Dia sering menghadiahkan aku lagu-lagu cinta yang mewakili dirinya. Setiap kali aku mendengar lagu-lagu itu, aku terasa dekat dengan dirinya sekalipun kami berjauhan pada hakikatnya.
“Sayang ingat tak first time kita kenal, abang genggam tangan sayang kuatkan sampai sayang panggil abang ‘sengal’ dan sepanjang kita camping abang Cuma pandang sayang seorang je?” tanya Ezad pada suatu hari.
“Ingatlah. Sakit tau. Dah balik rumah, Mira tengok tangan Mira merah je. Memang menyumpahlah time tu. Itulah, kalau dekat memang kena cucuk dah mata tu, gatal nak jeling-jeling anak dara orang” ujarku.
“Itu tandanya abang memang kalau boleh tak nak berpisah dengan sayang. Takut kalau tak jumpa lagi” sambung Ezad lagi. Aku hanya tersenyum.
Dari sekadar cuba-cuba untuk bercinta telah menyebabkan sayang itu tumbuh perlahan-lahan pada dia. Tambahan pula, dia mengingati setiap detik dan tarikh-tarikh bermakna dalam perhubungan kami. Malahan, mesej aku menerimanya sebagai kekasih setahun yang lalu masih dalam simpanannya. Aku sendiri tidak mengingati semua itu melainkan tarikh lahirnya. Bermacam barangan diberikan kepada aku tidak kira di saat-saat istimewa atau tidak menyebabkan aku lebih merasa dihargainya. Aku pula yang merasa malu.
Namun itu semua hanya pada tahun pertama kami menyulam cinta. Di saat hati aku mula menyayangi dan mencintainya sepenuh hati, aku rasakan perubahannya. Tiada lagi mesej-mesej darinya mahupun panggilan telefon. Tiada lagi kiriman lagu-lagu untukku jadikan kenangan dan teman tidurku. Setiap mesejku juga jarang dibalasnya. Kadang-kadang terdetik juga di hati aku, ‘dia ada orang lain ke?’ Namun cepat-cepat aku menangkis tanggapan itu. Pada masa yang sama, aku telah dirisik oleh kawan-kawan mak dan ayah aku untuk dijadikan aku menantu mereka. Aku bingung saat memikirkan hal ini. Orang yang diharapkan menjaga aku seumur hidup tidak memberi kata putus, datang pula orang lain yang sanggup menjaga aku. Buntu aku dibuatnya. Tetamu-tetamu yang datang rumah aku pun bukan orang lain, orang yang nak digandingkan dengan aku, semuanya aku kenal. Kawan-kawan sekolah aku juga. Tapi aku belum bersedia ke arah itu saat ini. Semua pinangan aku tolak dengan satu harapan yang aku akan hidup bersamanya suatu hari nanti.
Mak dan ayah aku dah mula bising tentang hal ini. “Along, orang dah tak peduli dengan kita, buat apa kita terhegeh-hegeh tunggu dia. Biarkanlah dia Long. Kalau dia betul sayangkan along, dia takkan buat along macam tunggul kayu begini. Dah la along, lupakan je dia. Mak abah pun tak kenal family dia, tak kenal dia sangat pun. Suruh datang rumah pun susah, ni kan pula nak jadi menantu aku. Along, mak tak nak menantu mak nanti pendiam macam Uncle Rashid tu. Tak tau apa mak nak borak dengan dia nanti. Sepuluh mak tanya, satu je dia jawab. Ha, silap-silap mak dok depan, dia masuk bilik. Tak nak mak menantu macam tu. Yang kawan-kawan mak datang tu pun bukan nak suruh kahwin terus, berkawan je dulu, kenal betul-betul dulu. Ni tak, budak pendiam tu juga dia nak. Hmm…entahlah Long. Tak tau dah mak nak cakap apa dengan kamu ni,” panjang lebar syarahan mak pada aku siap kaitkan nama pakcik aku pula tu. Tahulah aku pakcik aku tu memang pendiam sangat orangnya. Susah nak dengar dia bercakap sama macam Ezad jugaklah. Ayah aku pula mengiyakan je apa yang mak aku cakap.
Sampai suatu saat aku rasa apa yang mak aku cakap dulu ada betulnya. Aku cuba bincang dengan Raimi, Ecah dan Dhiya. Ecah tak marah dengan aku pasal aku bercinta dengan Ezad sebab dia dah pun bertunang dengan teman sepejabatnya dan akan melangsungkan perkahwinannya hujung tahun ini. Mereka mencadangkan aku berterus-terang tentang perasaan aku pada Ezad.
“Mira, ko terus-terang jelah dengan Ezad tu. Dulu time nak kau jadi girlfriend dia, bukan main lagi manis mulut, dah dapat buat macam tak wujud je,” bebel Raimi. Ecah dan Dhiya mengangguk tanda setuju.
“Tapi aku tak tau nak bagitau dia. Macam mana ek?” soal aku.
“Senang je. Kau kan hati kering so ko cakap je lah. Jangan fikirkan perasaan orang la Mira. Asyik ko je nak jaga hati dia, dia tak ada inisiatif nak jaga hati kau pun. Selalu je sibuk dengan kawan-kawan dia. Patut hati kau lagi penting unuk dia jaga. Kau tu girlfriend dia.” Marah benar nampaknya Dhiya pada Ezad.
“Tapi aku rasa kau pun salah jugak Mira. Dari mula lagi kau dah buat Ezad selesa dengan keadaan sekarang ni, kau perasan tak? Ko yang bagi syarat kat dia kan supaya dia faham dengan kau yang kurang komitmen dengan dia,” sampuk Ecah. Setelah difikirkan, ada benarnya juga kata Ecah tu tapi aku dah cuba merobohkan tembok ego aku demi dia tapi tetap tak ada perubahan. Aku pun dah bosan bercinta macam ni.
Aku tekad menerima cadangan kawan-kawan aku untuk berterus-terang dengan Ezad. Macam biasa, perhubungan kami hanya melalui sms je.
‘Abang, Mira ni siapa pada abang?’ Semenjak aku bercinta dengan Ezad, aku memanggilnya abang sebagai menghormatinya yang lebih tua dua tahun dariku. Lambat aku menerima jawapannya.
‘Sayang girlfriend abang. Nape tanya camni?’ Girlfriend konon tapi buat tak tahu je dengan aku.
‘Mira rs mcm bkn je. Abg lg byk abiskn ms dgn kwn2 abg. Kdg2 Mira rs mcm xde bf je.’ Ambik kau Ezad. Direct je aku jawab.
‘Abg minta maaf byk2 buat syg rasa mcm tu. Abg takde niat pun. Syg je yg abg ada. Abg sygkan syg sgt2..maafkan abg ye syg,’ Eleh, minta maaf. Balik-balik minta maaf lepas tu buat lagi. Kalau dulu kau minta maaf mungkin aku termakan dengan maaf kau tu tapi kali ni tidak lagi.
‘Maaflah klu Mira ganggu abg mlm2 ni. Salam’ kuterus matikan mesej. Namun aku terima balasan mesej darinya, ‘xpe, sekurang2nya abg tau apa yg syg rasakan. Maafkn abg ye syg. Wslm’ Dah tau pun xde gunanya, nanti kau ulang lagi. Yang penting hati aku puas dan lega selepas beritahu Ezad apa yang terbuku dihati aku selama ini tapi aku
tahu dia takkan mengerti.
‘Syg, kta kawin nk?’ tiba-tiba aku dapat mesej dari Ezad setelah lima tahun berada dalam perhubungan yang terumbang-ambing. Amat mengejutkan. Dia ajak aku kahwin! Ingat kahwin tu macam main pondok-pondok ke?
‘Abg jgn nk main2 lg bleh x? Bosanlah..’
‘Abg xpnh main2 bab mcm ni. Abg serius nk syg jadi isteri abg dan ibu pd ank2 abg. Abg nak jaga syg spjg hyt abg. Bolehkan?’ Ada nada serius dalam mesejnya. Terkedu aku seketika.
‘Mira xtau. Nak jwpn kena tny mak abah Mira’ Aku rasa itu jawapan yang sesuai untuknya di kala ini.
‘Klu mcm tu, hjg mggu ni abg minta mak ayah abg dtg jmp parents syg,k?’
‘Ok’ Aku tak tahu sama ada aku gembira dengan berita ini atau sebaliknya. Sejujurnya aku memang masih sayangkan Ezad, namun setelah lima tahun dia membuat aku seolah tidak wujud, aku dapat rasakan kasihku untuknya juga semakin berkurangan.
Aku menunaikan solat istikharah demi suatu jawapan yang pasti untuk masa depanku setelah aku berbincang dengan kedua mak ayahku.
Suatu malam, aku bermimpi bahawa Ezad memegang kejap tangan aku, menyelamatkan aku dari dilanggar van. Di saat itu juga aku mendukung anak kami. Dari mimpi itu, aku agak memang jodohku dengannya.
Keluargaku juga telah merestui cinta kami akhirnya. Bersabar itu ada berkatnya.
“Aku terima nikahnya Amira Quziema binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM111, tunai” Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada insan bernama Amer Khairezad bin Imran. Dhiya kuminta jadi pengapit memandangkan dia je yang masih belum ada komitmen apa-apa. Ecah dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Raimi pula tak dapat bersama kami saat ini kerana mengikut suaminya bertugas di Brisbane, Australia.
“Kan Mira, aku dah cakap, jangan tak suka dulu, nanti mesti suka. Mesti ada sebab dia buat macam tu kat kau dulu. Apa pun tahniah aku ucapkan. Moga kau manfaatkan kehidupan kau sebaiknya” sempat lagi Dhiya ‘ceramah’kan aku.
“Ye lah Dhiya, thanks for everything. Kau, Ecah dengan Raimi dah banyak tolong aku. Cuma sedikit terkilan bila Raimi tak dapat bersama kat majlis aku ni. Ha, kau tu bila lagi?” sebak rasanya apabila melalui saat ini, selepas ini aku perlu mengehadkan pergerakan sesuai dengan status aku sebagai seorang isteri. Dhiya cuma mengangkat bahu sahaja tanda menjawab pertanyaan aku. Aku tersenyum.
Aku terdengar Ady, Syafiq dan kawan-kawan mengusik Ezad, “Kau jangan buat main-main dengan Mira tu tau. Kau beruntung dapat dia. Aku yang dari time belajar dulu nakkan dia pun, dia tak layan. Kau jaga Mira tu baik-baik. Mira, kalau Ezad apa-apakan kau, cepat-cepat call bomba tau!” jerit Ady. “Biar bomba siram dia dengan air”.
“Buat apa nak call bomba, call FRU je biar si Ezad ni disembur dengan gas pemedih mata je. Biar dia rasa” sampuk Azril.
Kini, hampir dua tahun kami menjalani kehidupan sebagai suami isteri bersama putera puteri kembar kami, Alya Adriana dan Aisy Hafiy yang berusia setahun. Terasa bahagianya.
“Sayang, dulu waktu kita bercinta bukan abang tak nak jumpa dengan sayang dan keluarga sayang tapi ada sebabnya. Bayangkan kalau kita selalu berjumpa dan di akhirnya ditakdirkan tiada jodoh antara kita, bukankah kita akan bersedih atas perpisahan tu? Abang sengaja buat begitu untuk hadapi hari mendatang. Tapi terbukti ada jodoh antara kita, sayang sanggup tunggu abang selama lima tahun sekalipun abang buat tak tahu dengan sayang. Sayang abang pada sayang hanya tuhan yang tahu. Setiap kali abang solat, abang sentiasa doakan agar jodoh kita dipanjangkan dan sayang bersabar dengan karenah abang. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa abang. Abang tahu isteri abang ni ramai peminat bukan setakat orang-orang kat luar je, kawan-kawan kita sendiri pun ada yang suka dengan isteri abang ni. Abang harap sangat dapat jaga Mira dan anak-anak kita hingga ke akhir hayat abang.” Aku tersenyum.
“Alah, abang pun apa kurangnya. Sikap pendiam abang tu dah menawan beberapa hati tau termasuk Ecah. Nasib baiklah Ecah tak marahkan Mira couple dengan abang. Sekarang pun dia dah kahwin. Dah ada anak pun.” Terangku lagi. Akhirnya jawapan yang kutunggu selama ini terluah juga. Ezad merangkul aku ke pelukannya. Pepatah mengatakan ‘garam di laut, asam di darat, dalam kuali bertemu jua’. Kalau dah jodoh tak ke mana sekalipun pernah berpisah. Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih bermakna berbanding sebelum kahwin. Aku telah nikmati nikmat cinta itu selepas berkahwin. Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..Amin..Amin…Ya Rabbal Alamin

Khamis, 1 Januari 2015

Assalamu 'alaikum

Sesi Pengenalan..


Hai nama aku ATIE, ni blog aku yang kedua.. BLOG pertama aku ntah pergi mana dah, aku buat separuh jalan sahaja lps tu aku lupa password lupa semualah..huhu..Biasalahkan dah tua hehehe 

muka ada senyum..


so lepas ni boleh lah aku pot pet dekat blog baru ini.
blog masihkah ia aku tuju utk sesorang dan semua orang