Rabu, 30 September 2015

9 September yang Terakhir

“Adik bangun!Adik !Adik!Doktor tolong selamatkan anak saya. Tolong saya mohon.”
Esakan tangisan Puan Kalsom di dengari di blok kecemasan.
“Sabarnya puan kami akan sedaya upaya selamatkan anak puan”Doktor Sakinah berupaya menenangkan Puan Kalsom
“Nurse, sediakan peralatan serta mesin x-ray secepat mungkin dan tolong tukar pakaian dia.”
“Doktor, saya jumpa dua pucuk surat ni dalam poket seluar dia.”kata seorang nurse yang turut membantu menukarkan pakaian Ain.
“Surat?Mari saya lihat.”Doktor Sakinan membuka lipatan dan membacanya.Riak wajahnya berubah serta merta.
“Doktor! Semua kelengkapan dah tersedia .Kita boleh mula sekarang” kata salah seorang nurse
” Baiklah.”
Para jururawat & doktor memeriksa keadaan Ain.
“Doktor terdapat tumor di kepalanya.Rekod menunjukkan ia berada di tahap 4.”
ZAMAN KECIL AIN
“Kak, tolong jaga Ain .Macam biasa , lepas kerja saya datang ambil.”pinta Puan Kalsom
“Baiklah Som.” ujar Puan Sophia
“Ibu tak nak duduk sini.Ibu!Ibu!”Tangisan Ain dibiarkan oleh Puan Kalsom
“Ibu pergi dulu bye.”Puan Kalsom menuju masuk kedalam perut kereta.
Puan Sophia seorang rakan kepada Puan Kalsom.Dia telah menjaga ramai kanak-kanak termasuk abang Ain.Ainur Mardhiah . Namanya yang merdu disebut orang tapi sayangnya kanak kanak ini selalu ditimpa malang.Puan Sophia tidak menyukai Ain.Setiap hari , Ain pasti didera .Ini adalah kisah benar Ainur Mardhiah ( bukan nama sebenar) .
“Hoi ! Kau ,masuk sekarang.” herdiknya.Suaranya sungguh lantang.
Aku sendiri pun tidak tahu apakah dosa anak ini sehingga diperlakukan sebegini.
“Nah! Kau makan sendiri.”Tempiknya sambil menatang dulang yang diatasnya terdapat 2 buah mangkuk berisi bubur , sepinggan telur dan pelbagai lagi jenis lauk diatasnya.Sedangkan Ain hanya diberi semangkuk bubur panas sahaja.
“Ok masa makan sayang -sayangku sekalian . Buka mulut, kapal terbang datang ni .” Ditiupnya bubur panas itu kedalam mulut anak kecil yang lain.
Hanya beberapa suap sahaja telah membuatkan mulut Ain merah.Terdapat tumpahan dibaju dan lantai.
“Dah kenyang?” Soal Puan Sophia.Mereka hanya memberi anggukkan .
Ain masih memyuapkan bubur kedalam mulutnya.Belum sempat Ain ingin memyuap lagi , bubur itu sudah diambil oleh Puan Sophia.
“Tumpah!Ya Rabbi.Kau me,ang cari nahas dengan aku. Kau meh sini! Kecil-kecil tak nak mampus , bila besar menyusahkan orang.Bodoh!”Herdiknya.
Puan Sophia memukul dan menanggalkan pakaian Ain lalu mengheretnya kedalam bilik air.Rengekan tangisan Ain sahaja didengari.
“Ibu!Ibu!Ibu!” jeritan ketakutan Ain bergema di dalam bilik air yang gelap.Tiba-tiba satu tamparan berdentum kuat .Bammmmmmmm!!!!!!!Diamlah!
Sebentar kemudian , keadaan , menjadi sunyi . Hanya tangisan . Tangisan dan. Tangisan sehingga terlena. Ain terlena bersama kesedihan serta kesakitan akibat luka di pehanya yang meninggalkan kesan yang mendalam sehingga kini.
“Suriram ram suriram ram ram .Suriram yang manis.Ain. Bangun.”
Ain membuka mata perlahan. Sekelilingnya tetdapat padang rumpat yang indah .Bunga-bunga kembang mekar berbau harum semerbak.
“Ain .Ain .Jom kita main buaian nak ??”soal wanita yang berbaju kurung putih
“Nak.” Ain berlari menuju ke arah wanita tersebut.
“Wow! Kakak cantiknya buaian ni.Kakak hias ke ?”Soal si kecil Ain.
“Haah.”wanita itu mengayun buaian itu sambil tersenyum.
“Kakak Ain laparlah.Ain nak makan .”Ujar anak kecil itu.
“Ain lapar.Jom ikut akak balik. Dirumah akak ada makanan”ujarnya
“Jajan ada tak?”
Wanita itu tergelak kecil sambil menggeleng. Tak lama selepas itu, mereka berdua tiba di sebuah pondok. Terdapat hidangan yang sudah terhidang di atasnya.
“Wah! Kakak banyaknya makanan.”
“Ain makanlah. Ni semua untuk Ain seorang.”kata wanita itu.
Selepas Ain menjamu selera.Dia terlena sebentar di atas ribaan wanita itu. Wanita itu membelek luka yang terdapat pada bahu serta peha.Di sisir rambut Ain yang panjang
Ain.Ain.Sungguh utuh semangat tubuhmu. Aku sentiasa berharap selepas ini kau lebih tabah dalam mengharungi dugaan daripada tuhanmu.Sesungguhnya tuhanmu tahu apa yang kau lakukan.Semoga di suatu nanti kita akan bertemu semula di saat umur mu mencecah 13 tahun. Saat itu akukan hadir menjemputmu. Selamat tinggal.
Dikucup dahi anak kecil itu.
Ain membuka matanya dari lena. Disangkakan basah dan gelap tapi rupa-rupanya cerah dan kering.Ain masih kecil baru berusia 4 tahun .Dia tidak dapt mengimbas apa yang berlaku.Namun begitu, akal yang diberi jauh lebih cerdik daripada sangkaan orang sekeliling. Apapun yang berlaku dia tetap trauma dengan apa yang terjadi tadi.
2 Tahun berlalu . Penderitaan Ain yang merana tinggal bersama Puan Sophia telah berlalu. Kini dia berada di rumah baru. Kehidupan yang lebih mewah dan tenang. Segala ketenangan yang berlaku hilang tak lama selepas adiknya lahir. Shahaziq. Itulah nama adiknya. Ketika itu Ain berusia 6. Dia cukup gembira kerana dia dapat teman baru untuk bermain dengannya
Setelah 1 tahun berlalu. Shahziq berumur 1tahun. Ain mendapat kasih sayang berbelah bahagi dengan adik dan abangnya.Dia cukup cemburu tetapi dia cuba untuk buang sifat itu. Pada pagi Sabtu, Ain sekeluarga bersiap untuk pulang ke Batu Pahat.Ain mencari Shahziq diseluruh kawasan rumah.Dia kemudianya keluar.Dia terkejut melihat adiknya meminum air bateri.
Ibu! Ayah! Ain menjerit sekuat hati .Ayah , ibu dan abangnya. Mereka pun turut terkejut. Ayah mengeluarkan kunci kereta dari dalam poket untuk , membawa Shahziq ke hospital.Sebelum itu ibu dan ayah Ain sempat lagi memarahinya. Sedangkan Ain tak bersalah.
Tinggallah Ain seorang diri dirumah sehingga terlena. Keesokan paginya , dia memikirkan bahawa ibu dan ayahnya sudah pulang tapi hampa mendatang. Dia menunggu. Tunggu dan tunggu. Daripada terbit matahari sehingga terbenam dia masih setia menunggu. Perutnya sudah beberapa kali berkeroncong. Syukurlah , terdapat lori yang menjual pelbagai makanan ringan dan roti. Ain mengambil duit simpanannya di dalam tabung dan membeli seberapa banyak makanan.
Apabila menjelang isyak, sebuah kereta Toyota Vios memakir di hadapan rumahnya. Disangkakan itu ibu dan ayahnya . Malangnya bukan. Dia berasa ketakutan . Dia menyorokan diri dibalik timbunan kain yang belum dilipat oleh Puan Kalsom.
“Assalamualaikumm! Assalamualaikumm!” laungan salam dari luar. Ain , mengenali suara itu . Dia keluar untuk melihat si pemilik suara.
“Nenek! Ain lapar. Ain nak makan.”
“Ain! Kenapa duduk rumah seorang diri? Bahaya tau. Mana ayah dan ibu?”
“Ayah dan ibu pergi hospital. Hantar adik sakit”
“Laillahhaillah! Bila mereka pergi?”
“Semalam.”
“Semalam!astaghfirrullhhalazim! Dah seharian kamu tak makan. Kesian sayang nenek. Dah jom nenek masak ayam goreng.”
Nenek mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Dia mendail nomnor Puan kalsom.
“Assalamualaikumm. Som mak ni. Sekarang mak kat rumah kau. Kenapa kau tinggal anak kau seorang diri dirumah? Kalau kena culik ke bunuh ke apa ke. Macam mana. Kenapa kau tak balik. Budak ni dah sehari tak makan . Nasib baik mak datang kalau tak budak ni mati kebulur . Huh! Tak boleh harap!” marah sungguh nenek terhadap Puan Kalsom.
Hari demi hari. Tahun demi tahun berlalu. Ain telah membesar menjadi seorang gadis jelita. Dia bukan lagi Ain yang penakut. Dia sudah menjadi sangat berani sehinggakan pelajar lelaki menghormatinya. Perwatakannya juga sudah berubah. Dia sudah menjadi seorang yang garang, tegas , happy go lucky dan berwatak seakan lelaki. Dia mempunyai satu kemahiran yang hebat . Dia mahir bermain bola baling. Mengambil alih sebagai penyerang. Selain daripada mahir bermain bola baling, dia juga seorang yang aktif dalam pelajaran. Boleh dikatakan pelajar arif.
Tahun ini adalah tahun terakhir dia berada di sekolah rendah. Dia bakal memduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Tahun ini juga dia mengenali Firdaus Fahmi. Cinta hatinya yang dia sayang. Firdaus bukan pelajar yang arif. Dia sentiasa merujuk Ain jikalau ada apa apa yang dia tidak tahu. Bagi Ain, Firdaus seorang yang jujur, baik hati and happy go lucky macam Ain.
” Ain. Nanti lepas sekolah, kau nak sekolah di mana?” soal Firdaus .
” Apa maksud kau?”
” Maksud aku, kau nak sekolah di sekolah menengah biasa atau asrama?”
” Ikut rezekilah. Kalau Allah dah tetapkan aku masuk sekolah berasrama penuh aku ikut aje.”ujar aAin.
” Kalau kau tak pergi tak boleh?”
“Fir, jangan macam ni. Ok. Aku janji aku takkan tinggalkan kau.”
“Janji.”
Banyak lagi kisah romantik mereka tapi aku hanya dapat cerita setakat itu sahaja.
Kini era baru bermula. Kesengsaraan pun baru mula. Semua baru, kasut baru, baju baru, beg baru, sekolah baru, kawan-kawan pun baru. Tapi hubungan Ain dengan Firdaus pun baru juga. Hubungan mereka sudah tak seakrab dulu. Firdaus dan Ain semakin berjauhan.
Ain dipilih untuk menjadi pengawas koperasi.Bertemu pula dengan Danial Zikri.Pelajar form 4 Kehidupan Ain menjadi sunyi lagi . Kehadiran Danial Zikri telah membuat Ain tersenyum . Sikapnya sama seperti Firdaus. Ada -Ada aja agendanya.
11 HARIBULAN 2.
“Morning guys. Happy birthday Cikgu suzi. ” ucapnya sambil memberi hadiah kepada Cikgu Suzi.
” Thank you Ain.Happy born day to you too.” ucap Cikgu Suzi
” Wait. Are you two sharing birthday.”Soal Danial
” Of course. “ujar Ain.
” Ouh ok. So, happy birthday you two.”
” ohThank you.”
” Ting! Tong! Ain. Happy birthday girl. Nah hadiah.” ujar Rasyid dan Akmal sambil menghulur 2 kotak hadiah.
” ouh! Korang ni sweet la. Thanks for this present. Sayang korang.” ucap Ain.
” Anything for you , my sweet.”ujar Akmal
“Perghh! Ayat tak boleh blah.”gelak Ain. Merek berdua juga turut tergelak.
” wow! Boyfriend ke.” usik Danial.
” Eh! Taklah. Tu, bestfriend dunia akhirat. Sehidup semati. ”
“Hmm. Yelah tu. “Perlinya lagi.
” Elleh! Ni tak lain tak bukan kalau cakap macam tu tandanya ada orang tu cemburu.” Cikgu Suzi tiba – tba mencelah.
” Eh! Mana ada Cikgu. Tak kuasa I nak cemburu. Ok!
” Ceh! Menyampah. “ujar Ain.
Itulah ‘drama yang selalu terjadi di pagi hari.’Ain keluar dari bilik koperasi dan terlihat Firdaus berjalan bersama seorang pelajar perempuan. Disaat itu air matanya gugur. Ain melangkah naik kelas dengan langkah lemah.
” Ain. Kau, kenapa?”soal Hasliza
” Nothing. Just stomachache. Don’t worry. ”
“kau senggugut ke?”soal nisa pula
” Kau rehatlah.”pinta suraya
Sudah tujuh bulan Ain tak bertegur sapa dengan Firdaus. Jiwa Ain meran akibat rindu yang tak tertahan.Ain juga telah jatuh sakit, dia , mengalami sakit kepala setiap hari. Denyutan di kepalanya sememangya memeritkan.
Di suatu pagi, Ain telah bergaduh dengan adiknya yang kini berumur 9 tahun. Sememangnya Shahziq bersalah kerana dia telah mengoyakkan kertas lukisan Ain.Tapi yang terpaksa tanggung beban adalah Ain. Dia disebat dan dimarahi. Rambutnya ditarik sehingga terhantuk di dinding dengan kuat oleh ibunya.
Ain menangis sambil mengusap kepalanya yang terhantuk. Sakit kepalanya bertambah . Dia sudah tidak boleh menanggung lagi sakit kepalanya. Pada keesokan hari, selepas pulang , Ain mengambil keputusan untuk pulang dengan berjalan kaki untuk ke klinik.
“Siapa nama Adik?Umur berapa?”
” Nama saya Ainur Mardhia berumur 13 tahun.”
” oh! Ok. Macam ni adik. Bawa bersabarnya. Adik menghidapi barah otak tahap 3. Sekarang doktor nak tanya dah berapa lamanya adik tanggung sakit ni? ” soal doktor Hanif
“dah 7 bulan. Tapi baru- baru ni, sakit kepala ni makin bertambah lepas kena pukul dengan ibu.”
” What ! 7 month. Oh! My god.”
” its ok doc. Maybe this is the time. Saya harus berjumpa dengan pencipta. Thank you.”
“Ain. You need to see a doctor”
” For sure. I’ve. Don’t worry. I can handle it” Ain terus menuju ke kaunter pembayaran untuk mengambil ubat dan berlalu dari situ.
Keesokan paginya, dia berada di surau sekolahnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat taubat.
Ya Allah! Sesungguh nya aku hambu yang lemah. Sesungguh nya kau ampunkalah dosa ku. Jika ini takdirku, aku rela terimanya dengan hati yang terbuka. Andai ini september terakhir bagi ku, kau serikan lah hidupku dengan kegembiraan yang tak pernah aku peroleh. Amin.
Ain. Remember. Your tumor is on stage 3. I think your tumor will spread more fast . You just have less than a month.
masih terngiang-ngiang ayat terakhir doktor itu di fikiran Ain. Kurang daripada sebulan.Ain keluar dari surau dan menapakkan kaki ke koperasi. Dia memulakan langkah dengan senyuman.
“Morning guys. “ucapnya
” Morning ? You you look so happy today. Not like usual.” Henry membalas ucapanya dengan nada yng pelik
“What do you mean by ‘Not like usual’.”
“Well, you everyday look sleepy and tired.”ujarnya
“Well ………..It’s out of your business ok.”
“ok……”
Baru sahaja Ain ingin meletakkan beg, suraya sudah datang untuk membeli barang.
“Ain …morning”
” morning …papaya”
“Ain…I nak pembaris. Pen hitam dan biru.”
“ok. ”
” Ain asal nampak berseri muka tu. Biasa muka kau pepagi sembab. Penat. Lesu. Letih.”
” berseri ke? Thank you.”
” Aku tau ni mesti sebab Firdauskan.”
” Banyaklahkau.”
” eceh!!! Sudah terang lagikan bersuluh. Ini lagi tanya pula.Tak yah nak malu malu sangatlah.”
“Eiii. Mulut tu aku cucuk karang dengan pen ni. Papaya.Papaya.”
” yelah Ain… Apa- Apa aje.bye.”
Ain mengalihkan pandangan kearah Danial. Wajahnya seakan tertanya-tanya siapa Firdaus. Hari semakin hari Ain semakin tenat. Badanya mulai susut. Rambutnya mulai gugur akhirnya botak. Dia terpaksa memakai rambut palsu untuk menutup kecacatannya itu.
Hari ini 27 September. Di pagi sunyi,seperti biasa seusai menunaikan solat Taubat, Ain ke koperasi. Langkahnya sungguh lemah. Mukanya sungguh pucat.
“UHUK!UHUK!UHUK!!!”
“Huishh! Teruknya batuk kau. Kau sakit ke? Muka pucat. Badan susut.” soal Danial.
“Takdelah. Cuma batuk je. Biasalah.”
“BIASALAH kau cakap. Muka dah pucat. Masih cakap Biasalah.”ujar Danial dengan sedikit tegas.
” Betul tu cakap Danial. Awak dah makan ubat belum?” soal cikgu suzi
“Jangan lah risau saya dah makan ubat. Saya nak ke tandas sebentar.” dengan langkah longlai dia menapakkan kaki keluar dari bilik itu. Belum sempat dia keluar, tubuhnya sudah rebah. Hidungnya berdarah.
“Cikgu Ain pengsan!Ain! Ain ! Bangun!” jerit Danial.
“Ain! Ain!”
Kebetulan Firdaus lalu dihadapan koperasi. Dia terlihat Ain terbaring .
“Cikgu, Ain kenapa?Ain!Ain!”
” Saya tak tahu.”
“Cikgu kita kena bawa Ain ke hospital sekarang.” ujar Danial.
” Baiklah jom cepat!Danial angkat Ain . ” mereka pun bergegas membawa Ain ke hospital.
KRINGGGG!!!bunyi loceng menandakan berakhir waktu persekolahan sesi pagi.”
” Wei korang ada cerita yang Ain pengsan di bilik koperasi?”
“Haaaa!!!! Ye ke?”nisa sungguh terkejut .
Pada ketika itu, Firdaus memecut laju melepasi mereka.
“Firdaus!!nanti. kau ade dengar cerita tentang Ain?betul ke?”soal suraya
” Betul, sekarang ni aku nak pergi hospital.”
Pada ketika itu langakah Suraya, Nisa dan Hasliza terhenti.Dengupan jantung mereka seakan berdupdap laju.Firdaus mengayuh laju basikalanya untuk pulang kerumah. Dia mengemaskan beberapa helai pakaiannya dan terus sahaja menapakkan kaki keluar dari rumah.
“Daus! Nak pergi kemana?” Jerit maknya.
” Daus nak pergi hospital. Kawan Daus sakit. Tadi dia pengsan kat sekolah.”ujar Firdaus
“Kawan Daus yang mana satu?”
“Ain mak.”
“Ain yang comel molek, sopan santun tu.”
“ye. Dah lah Daus nak pergi dulu. Kalau mak nak datang call Daus tau.”
” Yelah. Hati-Hati.”
Firdaus terus mengayuh laju basikalnya ke hospital. Dalam hatinya terdapat seribu kerisauan yang melanda. Pelbagai anak fikiran yang terlintas di fikirannya.
“Assalamualaikumm, Cikgu saya dah sampai hospital ni. Ain berada di wad yang mana?”Soal Firdaus.
“Waalaikummussalam Firdaus. Ain berada di wad kecemasan tingkat 4.”
“”Baiklah cikgu nanti saya sampai . Terima kasih.” Firdaus bergerak pantas menuju kearah lif.
“Urmm. Nurse kat sini ada tak pesakit bernama Ainur Mardhiah?”
“Ainur Mardhiah berada di wad kecemasan bilik 16.”
“Thank you Nurse.”Firdaus berjalan pantas selepas mendengar kata- kata jururawat tersebut.
Kelihatan Cikgu Suzi, Danial dan Ahli keluarga Ain.
“Cikgu. Ain macam mana?” soal Firdaus
“Keadaan dia amat kritikal. Terdapat tumor dalam kepalanya.”ujar Cikgu Suzi.
“Firdaus. Jom aku belanja kau minum. Kau mesti penatkan .”
“Ok. Jom.”mereka berdua bergerak turun untuk ke kafe dibawah.
“Actually aku nak tanya . Kenapa kau risau sangat dengan Ain. Kau tiada apa apa hubungan dengan dia.” soal Danial.
“Kenapa kau tanya? Kau suka dia ke?”soal Firdaus.
” Jawab soalan aku. Aku ajak kau ke sini bukan untuk gaduh.”
” ok. Ya , aku suka Ain. Kalau kau nak tau, Firdaus yang selalu rakan-rakan Ain sebut ialah aku.”
Jawab Firdaus.
” Now. Its your turn.” ujarnya lagi
” Sebelum aku cakap. Aku , minta maaf terlebih dahulu. Sebenarnya aku dah terjatuh hati dengan dia. “ujar Danial.
” Tak apa. Aku dah biasa.”
” Dah biasa? Apa maksud kau. Aku tak faham.”
“Sebenarnya Ain ialah gadis idaman semua lelaki di sekolah rendahnya . Dah ramai peminatnya sebenranya. Tapi dia anggap semua benda mudah. Tak pernah anggap serius. Sampailah satu tahap dimana dia mengaku yang dia suka kan aku. Aku nak cakap yang aku suka kan dia tapi mulut aku susah sangat nak katakan.” ujar Firdaus.
” oh! Baru aku tahu. Aku rasa baik kita berkawan. Lagipun kau tak kisah kan kalau aku suka Ain. Dah jomlah kita naik semula.”ujar Danial
” Tak apa . Tak kisah pun. Jom.”
Mereka berdua bergerak menuju ke wad Ain semula. Mereka lihat ahli keluarga Ain masih ada di luar. Seketika kemudian, doktor yang merawat Ain keluar. Tertera pada tag namanya, Doktor Sakinah.
” Alhamdullillah, semuanya berjalan denhan lancar. Keadaan Ain sudah ok. Tapi buat masa ni jangan jenguk dia berramai-ramai. “ujar Doktor itu.
Semua yang ada menarik nafas lega. Jam menunjukkan jam 3.Ahli keluarga yang lain pergi ke surau sebentar manakala Cikgu suzi pulang ke rumah. Danial dan Firdaus mengambil kesempatan untuk menjenguk Ain.
“Ain. Fir dah datang ni. Ain. Bangunlah.” kata Firdaus sambil memegang tangannya
Kelopak mata Ain terbuka perlahan. Dia melihat Danial dan Firdaus berada di sisinya.
“Fir . Danial.” Ain tersenyum. Air matanya mengalir.
” Ni kenapa nangis ni. Tak nak nangis. Nanti tak lawa.” usik Firdaus.
“Hai.” sapanya.
“Hai sayang. ”
“Awak simpan lagi tak hadiah yang saya bagi?”
“Simpan.kenapa?”
“Awak jaga baik baik tau. Itu aje Ain yang saya tinggalkan pada awak.”
Tak lama selepas itu, Doktor yang merawat Ain datang semula untuk memeriksa Ain. Firdaus dan Danial diminta untuk menungu di luar. Tak lama selepas itu, keluarga Ain pun tiba semula dan doktor itu pun keluar.
“Para ahli keluar Ain, awak semua boleh jenguk dia.”
Semua ahli keluarga Ain kecuali Danial dan Firdaus masuk untuk melihat Ain.
Jam 8 malam.Seorang demi seorang ahli keluarga Ain pulang.Danial juga sudah pulang.Kini hanya tinggal Firdaus, ibu dan ayah Ain.Doktor yang merawat Ain keluar.
“Saya nak tanya siapa yang bernama Firdaus Fahmi?” soal Doktor Sakinah.
“Saya. ” Firdaus terus bangun.
“Sila masuk ke dalam. Ain nak jumpa.” Firdaus dan Doktor Sakinah masuk bersama.
“Ain. Fir datang ni.”
“Fir. Ain cuma nak Fir ada kat sisi Ain. Tiba-Tiba Ain rasa rindu sangat dengan Fir. Kalau Ain pergi. Jasad Ain aje pergi. Hati Ain masih tertinggal dalam hati Fir.”ujar Ain. Firdaus memeluk erat tangan Ain.Mata Ain mulai layu. Tiba-tiba darah mengalir keluar dari hidungnya.Tubuhnya bergetar.Doktor Sakinah bergegas membawa Ain ke bilik Pembedahan. Pintu dikuak dengan kuat.Ibu dan ayah Ain terkeju tmelihat akan Ain dibawa ke bilik bedah.
“Doktor. Apa yang dah terjadi? Kenapa dengan anak saya?”
“Anak tuan dan tuan harus dibedah sekarang. Dia amat kritikal ketika ini.”
” Doktor tolong saya mohon. Tolong selamatkan anak saya. Please.”Pinta puan Kalsom.
1 jam
2jam
3jam.
Sudah 3 jam berlalu . Tapi masih tiada khabar berita . Tak lama selepas itu pintu di kuak lemah. Doktor Sakinah keluar sengan wajah yang muram.
“I’m so sorry. I’ve try my best to save her but to no avail. I’m so sorry. ” Doktor Sakinah berlalu. Suasan ketika itu senyap dan sunyi. Tangisan dan sebak hadir tanpa diundang. Ain sudah pergi dan tak akan kembali.
Pintu sekali lagi dikuak dari dalam. Sebuah katil ditolak. Terdapat sekujur tubuh terbaring tak bernyawa di atasnya. Kini tiada lagi suara tangis dan tawa. Maka berakhirlah kisah hidup Penderitaan seorang gadis bernama Ainur Mardhiah. (BUKAN NAMA SEBENAR)
Cerita itak terhenti disini,
“Firdaus Fahmi. Ini ada surat untuk awak.Ia dari Ain untuk awak.” ujar Doktor Sakinah.
Firdaus membuka lipatan surat itu dan mula membacanya.
Firdaus,
Assalamualaikum, Firdaus Fahmi. Terima kasih kerana kau telah hadir dalam
hidupku. Terima kasih kerana telah membalas tepukanku. Bukan niat aku untuk
merahsiakan semua ini daripada kau. Aku sayang kau. Jikalau sebelum ini aku
terhiris hati kau, aku mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Laplah air matamu sayang. Relakan aku pergi. Sesungguhnya kerelaanmu adalah
ketenangan bagiku. Sampaikan salam ampunku kepada seluruh ahli keluarga dan
rakan-rakan.Kau harus ingat. Ainur Mardhiah (bukan nama sebenar) sayang Firdaus Fahmi.
Salam Sayang.
Ain.

Rabu, 16 September 2015

CINTA SEJATI

.: CINTA SEJATI Cinta yang dirindui selamanya:.

Di keheningan pagi raya, kelihatan seorang lelaki sedang membongkok membersihkan sebuah kubur yang kelihatan agak lama. Walaupun kelihatan agak usang, kubur tersebut bersih dan terjaga rapi. Tanpa menghiraukan sesiapa, lelaki itu terus sibuk sambil tangannya yang kasar pantas mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh di sekitar kubur tersebut.Setitik demi setitik air mata suam kelihatan menitis mengalir turun menuruni pipinya. Setelah selesai kubur tersebut dibersihkan, lelaki tersebut duduk bersila sambil membaca Yasin dan doa dipanjatkan. Selesai membaca Yasin, dicapainya bekas air berisi rendaman bunga mawar lalu dicurahkan ke atas batu nisan sambil tangannya menyapu-nyapu bersih batu nisan tersebut. “Zura, Selamat Hari Raya sayang. Abang datang lagi hari ni, macam biasa. Abang masih lagi sayangkan Zura dan abang akan sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang” lelaki tersebut tiba-tiba bersuara, sayu. 

Lelaki tersebut menarik nafas panjang. Matanya yang berair itu memandang ke arah batu nisan di kuburan itu dengan pandangan yang kosong.Fikiran beliau mengimbau ke suatu masa sepuluh tahun yang lepas. Sepuluh tahun laluTangan Zack menggenggam erat tangan Azura bagaikan tidak akan dilepaskannya. Keadaan Terminal Bas Putra yang penuh sesak dengan orang dan dalam keadaan tolak-menolak itu bagaikan tidak dapat menguraikan pasangan kekasih itu. Mata Zack merenung tajam ke mata Azura. “Abang, kenapa pandang Zura macam tu?” Zack hanya tersenyum. “Abang rasa berat hati untuk lepaskan Zura. Terasa macam abang tak akan dapat jumpa Zura lagi” jawab Zack. “Jangan cakap macam tu, Zura balik kampung sekejap aje. Hari raya ke-5, Zura balik semula ke KL. Abang jangan risau la.” Zack hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan kekasihnya. Tangannya makin erat menggenggam tangan Azura. “Tapi, abang janji, jangan lupakan Zura tau.” Azura berkata pada Zack sambil tersenyum. “Abang janji sayang.” jawab Zack sambil tangannya makin erat menggenggam tangan Azura. Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara mengumumkan ketibaan bas memasuki terminal. Zack segera memimpin tangan Azura menuju ke bas yang berhenti di hadapan sekali sambil tangannya yang sebelah lagi menjinjing beg pakaian Azura. Tertera pada tingkap bas tersebut ‘No. 5 KL-KB’. Zack membaca
pada tiket di tangannya. 

Memang sah inilah bas yang perlu Azura naiki. Kaki Zack melangkah naik ke tangga bas sambil memandu Azura menuju ke tempat duduk. Kelihatan seorang perempuan tua sedang duduk bersebelahan dengan tempat duduk Azura. Zack tersenyum lega. “Nasib baik makcik ni yang duduk sebelah awek aku, kalau lelaki, kenalah aku ikut Zura balik sekali,” bisik hati Zack. Zack segera memberi salam pada perempuan tua tersebut.“Makcik, ni awek saya, Zura. Dia duduk sebelah makcik. Mintak makcik tolong tengok-tengokkan dia ye” sapa Zack. Azura dengan segera menghulurkan tangan pada makcik itu sambil memperkenalkan diri. “Eloklah tu nak. Sekurang-kurangnya ada juga teman makcik berbual. Sila duduk nak,” jawab makcik tersebut sambil tersenyum. Setelah meletakkan beg Azura, Zack segera turun dari bas sambil diekori oleh Azura dari belakang. “Zura, bas dah nak bergerak. Abangpun tak boleh lama di sini. Bila Zura sampai kampung nanti, kirim salam abang pada mak dan ayah Zura. Jangan lupa pada adik Zura juga tau,” pesan Zack.“Baiklah abang. Abangpun sama tau, kirim salam sayang Zura pada mak dan ayah abang,” jawab Azura kembali. Enjin bas tiba-tiba dihidupkan. Azura memandang ke arah Zack. Dengan cepat Azura memegang dan terus mencium tangan Zack. 

“Abang, Zura pergi dulu ye. Ingat pesan Zura tadi. Jangan lupakan Zura ye. Zura sayangkan abang.” Kata Azura sambil tersenyum. Zack hanya memandang ke arah Azura. Tangan Azura digengam erat. Perlahan-lahan Zack melepaskan sebuah ciuman pada dahi Azura. Muka Azura tiba-tiba menjadi merah. Azura tersipu-sipu malu. “ Zura, walau apapun terjadi, abang tetap sayangkan Zura hingga ke akhir hayat abang. Zura ingat kata-kata abang tu ye.” Azura hanya menganggukkan kepala sambil linangan air mata bergenang di matanya. “Zura akan ingat abang sampai bila-bila. Zura pergi dulu bang. Janji jangan lupakan Zura ye” jawab Azura sambil menarik tangannya dari tangan Zack yang bagaikan tidak mahu melepaskan tangan Azura dan terus melangkah masuk ke dalam perut bas. Pintu bas ditutup sambil bas tersebut bergerak perlahan-lahan keluar dari terminal sambil diperhatikan oleh Zack hingga hilang dari pandangan mata. Zack berdiri tegak bagaikan mengelamun. “Kenapa hatiku bagaikan ada sesuatu yang tak kena?” bisik hatinya sambil kakinya melangkah pergi ke ruang letak motorsikal. Setelah mengenakan topi keledar, Zack terus menunggang motorsikalnya keluar dari Terminal Bas Putra menuju ke rumah. Keadaan ibukota malam itu bagaikan pesta dengan lampu berkilauan di kiri kanan jalan. Tapi hati Zack direnggut risau mengenang apa yang tak pasti. Di rumah Zack, lampu pelita bergemerlapan menanti ketibaan Aidilfitri. Zack pula berehat di luar rumah setelah penat membantu ibubapanya menyiapkan persiapan hari raya. Kelihatan kanak-kanak bising sambil bermain bunga api. Zack hanya memandang dengan pandangan kosong.

 Keriuhan kanak-kanak langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya yang tadi penuh kerisauan mula berdebar-debar bagai ada sesuatu yang akan berlaku. Zack bangun dan terus masuk ke rumah menuju ke biliknya. Tanpa berlengah, dia ke bilik air mengambil wuduk. Sejadah di bentangkan dan Zack terus menunaikan solat sunat sebelum masuk tidur. Namun Zack tidak boleh tidur.Fikirannya melayang memikirkan Azura sahaja. Walaupun matanya tak mahu pejam, dipaksakan juga hingga terlelap. Pagi esoknya, Zack terbangun setelah azan Subuh berkemumandang. Setelah menunaikan solat Subuh, Zack ke dapur membantu ibunya menyiapkan juadah untuk hari raya. Setelah itu, dia bersama-sama ayahnya ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Di rumah, setelah menjamu selera dan bermaaf-maafan, Zack termenung sambil merenung ke luar rumah melihat kanak-kanak gembira berhari raya. Tiba-tiba telefon bimbit Zack berbunyi. Zack mengambil telefonnya dan merenung ke arah telefonnya. “Panggilan jauh. 

Dari Kelantan.” Bisik Zack. “Hello. Assalamualaikum” jawab Zack. “Waalaikumsalam. Abang Zack ye?” balas pemanggil itu. “Ini adik Zura, Mira,” pemanggil memperkenalkan diri dalam nada yang tersekat-sekat. “Abang Zack, Mira minta maaf mengganggu, tapi Mira nak beritahu Abang Zack, yang kak Zura dah tiada…… Bas kak Zura kemalangan malam tadi masa baru sampai ke Kota Bharu.” Kata Mira dengan nada yang tersedu-sedu. “Insyaallah, petang selepas asar ni nak dikebumikan” sambung Mira singkat. Zack hanya tersentak. Pandangannya kabur dan terus gelap. Kakinya bagaikan tak dapat lagi nak menampung berat badannya. Dengan cepat Zack duduk di sofa. Nafas Zack tersekat-sekat dan dadanya berombak kuat. Air matanya mula berlinang menitis membasahi pipi. Telefon bimbitnya terlepas dari tangan. “Astaghfirullahalazim. Ya Allah Ya Tuhanku,” hanya itu sahaja suara yang keluar dari bibir Zack. Melihatkan keadaan Zack, ibu Zack menerpa ke arah anak sulungnya. “Mak, Zura dah tak de, mak. Zura dah meninggal. Kemalangan bas pagi tadi” beritahu Zack dengan suara yang tersekat-sekat.Ibu Zack hanya dapat
menarik nafas sambil terduduk di sebelah anaknya. Tiada suara yang keluar dari bibirnya, hanya air mata bercucuran membasahi pipi tuanya.“Mak, ayah, Zack minta izin untuk pergi ke Kelantan, hari ini juga.” pinta Zack pada ibubapanya. “Baiklah Zack, kau bawa kereta ayah,” jawab ayah Zack. “Tak pelah ayah, Zack pergi dengan motor Zack. 

Zack lebih selesa,” jawab Zack. “Baiklah Zack. Tapi hati-hati,” pesan ayah Zack.Mendengar keizinan yang di beri, Zack segera berlari menuju ke biliknya untuk bersiap. Motornya sudah gagah tersedia menunggu untuk ditunggang. Motorsikal Yamaha RD 350 YPVS pemberian ayahnya itu banyak mengimbau kenangan antaranya dengan Azura. Dengan sekali tendangan sahaja, enjin motorsikal Zack mengaum garang dan terus meluncur keluar melalui pintu pagar rumah sambil di perhatikan oleh ibubapa Zack. Perjalanan jauh tidak menjadi masalah pada Zack kerana sebagai ahli kelab motor, beliau banyak kali melakukan konvoi ke lokasi-lokasi yang jauh. Motorsikalnya juga diselenggara dengan baik membuat perjalanan berjalan lancar. Tepat jam 5 petang, Zack tiba di rumah Azura. Deruman enjin motorsikal Zack menarik perhatian orang ramai yang berada di rumah Azura. Melihatkan Zack datang, Mira segera meminta ayahnya membawa Zack masuk. Zack terus menerpa ke arah ayah Azura sambil mencium tangan ayah Azura. Dengan linangan air mata, ayah Azura memeluk Zack. “Zura dah tak ada Zack,” kataayah Zura. “Mari tengok dia,” ajak ayah Azura. Perlahan-lahan Zack melangkah menuju ke atas rumah Azura. Dari pintu rumah, kelihatan sekujur tubuh ditutupi kain batik sambil dikelilingi orang-orang sambil membaca Yasin. 

Kelihatan ibu Azura berteleku di sisi tubuh Azura sambil teresak-esak. “Maknya, ini Zack. Tolong bukakan tutup muka Zura tu.” Kata ayah Azura. Ibu Azura memandang ke arah Zack sambil linangan air matanya makin mencurah-curah keluar. Tangannya perlahan-lahan membuka kain batik yang menutupi muka Azura. Zack menanti dengan hati yang berdebar-debar.Setelah kain batik di selak, terserlahlah wajah Azura, kekasihnya yang amat dicintainya. Walaupun rohnya sudah tiada, wajah Azura tetap ayu, tetap cantik. Tanpa dapat ditahan, air mata Zack berlinang keluar membasahi pipi dan juga lantai. Zack membacakan Al-Fatihah dan doa untuk kekasih tercintanya. Keadaan menjadi sepi. Kesayuan mula terasa pada yang hadir. Mira hanya dapat menutup mukanya dengan telapak tangannya sambil teresak-esak.

Jenazah Azura di alihkan ke dalam pengusung. Zack memegang kayu pengusung yang di hadapan sekali. Perlahan-lahan pengusung dimasukkan ke dalam van jenazah. Setelah van jenazah meninggalkan rumah menuju ke tanah perkuburan, hujan mulai turun. Setelah selesai upacara pengkebumian, Zack meminta izin dari ayah Azura untuk bertafakur seketika. Tinggallah Zack seorang diri melutut di sisi kubur Azura. Hujan lebat membasahi bumi tidak di hiraukan. Linangan air mata Zack masih tidak berhenti. “Zura, abang minta maaf jika abang ada buat salah dan silap pada Zura,” kata Zack dengan tersedu-sedu. “Abang sangkakan hubungan kita akan berakhir sebagai suami isteri, tapi takdir menentukan segala-galanya. Abang tak boleh melawan takdir sayang,” sambung Zack. “Abang pernah berjanji untuk menyayangi Zura hingga ke akhir hayat abang, dan abang akan tepati janji abang itu, walaupun Zura tiada lagi di sisi abang. Bagi abang, Zuralah kekasih abang yang pertama dan yang terakhir.” Linangan air mata dan sedu Zack makin bertambah. Tangannya menggenggam kuat tanah kubur Azura. “Abang berjanji, abang akan tetap sayangkan Zura dan abang takkan lupakan Zura hingga ke akhir hayat abang,” kata Zack sambil berdiri. Perlahan-lahan Zack mengatur langkah longlai meninggalkan tanah perkuburan dalam hujan yang makin mencurah-curah. Masa sekarangKicauan burung menghentikan lamunannya. Haripun sudah menjelang tengahari. “Zura, abang balik dulu Zura. Jauh lagi perjalanan abang ke Kuala Lumpur. Motor kitapun abang masih guna lagi. Masih boleh bawa abang berjumpa Zura hari ini. Macam manapun, abang tetap sayangkan Zura hingga ke hembusan nafas abang yang terakhir. Zura ingat tu ye sayang.” Kata Zack dengan lembut. Tangannya menabur bunga-bunga yang dipotong rapi ke atas kubur Azura. 

Setelah itu Zack bangun sambil mengemaskan barang-barang dan menuju ke arah motornya. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, motorsikal pemberian arwah ayah Zack masih kukuh lagi. Perlahan-lahan Zack menunggang motornya meninggalkan pusara kekasih tercintanya. Ketika Zack keluar dari simpang tanah perkuburan, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju keluar dari selekoh dan terus merempuh Zack tanpa sempat mengelak. Zack tercampak jauh. Darah memercik membasahi motor Zack. Tubuh Zack terbaring di atas jalan raya. Matanya memandang ke arah langit sambil mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah. Pandangannya mulai kabur, kemudian kelam, kelam dan terus
gelap. Nafas Zack berombak deras, kemudian perlahan dan perlahan. 

Apa yang kelihatan di anak matanya hanyalah raut wajah ayu Azura ketika dia mencium dahi Azura sepuluh tahun yang lepas.Setelah ambulan tiba, Zack disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, tidak jauh dari kubur Azura. Akhirnya Zack dapat mengotakan janjinya iaitu untuk menyayangi kekasihnya, Azura, hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Sekian


cinta sejati untuk selamanya, andai itu takdir ALLAH SWT terpisah macam mana pun, benci sekali pun kalau itu dah tertulis dalam qada dan qadarnya, kita pasti bertemu walau seribu tahun sekali pun..insyallah

Jumaat, 4 September 2015

MINI POPIA

Mini Spring Rolls With Ikan Bilis Floss


kruk kruk ranggup..nyummyi.. sekali rasa pasti nak lagi..
1kg RM27 tidak termasuk pos.


mini popia yang siap di bungkus untuk di hantar kepada customer

keranggupan mini popia yang digulung dengan ikan bilis buat anda tidak jemu menguyah..

popia ini akan dimasak dan dibungkus apabila customer order 


*Ketahanan  

Mini Spring Rolls 4-6 Bulan.

hangpa dapat rasa Mini Spring Roll ni sekali makan pasti nak lagi
***Sesuai untuk sebarang majlis dan dijadikan hadiah atau hamper.
boleh di borong..


Hatiku Yang Terluka




 Hati Yg Terluka 

Setelah lima tahun di perantauan, Azlan kembali ke tanahair. Terlalu banyak perubahan telah berlaku sepanjang ketiadaannya selama ini. Bumi Malaysia semakin bertahta di hatinya. Langkahnya lemah menuju ke balai berlepas. Pesawat yang dinaikinya tiba setengah jam lebih awal dari waktu yang telah dijadualkan. "Azlan", Azlan menoleh ke arah suara yang melaungkan namanya. Bibirnya terukir senyuman. Wajah kakak serta keluarganya kini sudah di depan mata. Mereka saling bersalaman dan berpelukan. "Abah dan Mak mana?" tanya Azlan setelah menyedari ketiadaan dua insan yang teramat dirinduinya itu. "Abah tak sihat sangat. Akak suruh mak dan abah tunggu kat rumah je. Jomlah," jawab Azlia, kakaknya. Perjalanan pulang ke rumah begitu lambat Azlan rasakan. Namun, melayani keletah anak saudaranya yang seramai dua orang itu sedikit sebanyak mengurangkan debarannya. "Kali ni dah tak balik sana lagi, kan?" tanya Azlia. Azlan hanya tersenyum. "Insyaallah. Azman dan Azli buat apa sekarang, kak?" "Azman dah tahun akhir di UITM. Dia sambung degree lepas habis diploma dulu. Azli sudah setahun di USM. Semua ada tunggu kat rumah. Dah macam orang nak buat kenduri kat rumah tu," cerita Azlia. Azlan semakin tidak sabar untuk tiba ke rumah. Sejam kemudian, mereka tiba di rumah. Suasana agak meriah seperti yang dikatakan oleh kakaknya. Azman memeluk tubuh kedua orang tuanya. Lima tahun di negara orang jauh dari keluarga cukup menginsafkan Azlan. Selama ini dia kurang perihatin terhadap seisi keluarganya. Kini, setelah apa yang ditempuhi seorang diri selama lima tahun itu tidak akan diulanginya untuk peluang yang kini di depan mata. Midvalley Megamall agak sesak di hujung minggu ini. Azlan sendirian menyusuri ruang legar pusat membeli-belah besar itu. Langkahnya dihalakan menuju ke butik pakaian kanak-kanak Strawberry.
"Abang Azlan," panggil seseorang. Azlan menoleh ke belakang. Seorang gadis manis bertudung bersama seorang teman perempuannya berdiri di hadapannya. Azlan tersenyum. Wajah manis itu tidak banyak berubah sepanjang lima tahun ini. Ayu dan bertambah cantik dengan penampilan bertudungnya ala gaya Wardina, artis kesukaannya. "Ain. Apa khabar?" balas Azlan tenang. Tiada getaran dan debaran yang dilalui seperti lima tahun dulu. Sudah hilangkah segala rasa kasih sayang dan cinta di hatinya untuk gadis itu? Ke manakah hilangnya rindu dendam buat gadis itu selama ini? "Alhamdulillah sihat. Bila abang balik sini?" tanya Ain sedikit teragak-agak. "Dah lima hari abang balik. Hari ni baru keluar jalan-jalan. Ain buat apa sekarang ni?" jelas Azlan. "Ain kerja di IGB. Kebetulan hari ni Ain cuti temankan kawan. Abang cuti lama ke?" sambut Ain. "Tak. I'm back for good," jawab Azlan pendek. Ain menoleh wajah temannya sebentar lalu mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya. "Ni kad Ain. Kalau abang sudi, telefonlah Ain." Azlan menyambut sekeping kad nama yang dihulurkan oleh Ain. "Insya Allah." "Ain pergi dulu. Assalamualaikum." "Waalaikumsalam." Azlan hanya memerhatikan Ain berlalu pergi sehingga hilang dari pandangannya. Azlan tersenyum sendiri. Untuk apa dia sendiri tidak pasti. Gembira? Ya, dia gembira bertemu semula gadis yang disayanginya dulu walaupun terpaksa menerima tentangan hebat dari Abah dan keluarga Ain. Rintangan itulah yang telah membawanya jauh dari keluarga dan pulang dengan kebanggaan keluarga. Dia berjaya di atas hati yang telah dilukai. Azlan duduk di kerusi meja makan. Ayah Ain, Pakcik Taza masih berdiri bercekak pinggang. Azlan jeling Abah yang sedang asyik menonton televisyen. Azlan tahu Abah bukan tidak mahu mempertahankannya cuma Abah malas nak melayan karenah lelaki itu. "Kau jangan kurang ajar dengan aku. Bapa kau tak ajar ke macamana nak hormat dengan orang tua. Kenapa kau tak jawap apa aku tanya?" sergah orang tua itu.
Bulat matanya merenung Azlan. "Tadi pakcik juga yang cakap jangan cakap masa pakcik tengah cakap. Bila saya diam, pakcik marah pula. Saya memang tak hormatkan pakcik sebab pakcik sendiri memang tak pandai nak hormatkan orang. Datang menyerang rumah orang pukul dua belas malam, elok sangat ke?" balas Azlan lembut. Dia tahu api jika di simbah dengan minyak akan semakin bersemarak amarahnya. Pakcik Taza kembali duduk. Tahu pula letih berdiri lama sangat, bisik Azlan di dalam hati. Dibiarkan saja orang tua itu membebel sendiri. Setelah puas meluahkan ketidakpuasan di hatinya, dia balik tanpa disuruh seperti mana dia datang tanpa diminta. "Abah masuk tidur dulu," akhirnya Abah bersuara. Azlan hanya merenungi wajah tenang Abah masuk ke biliknya. Azlan bersandar di kerusi. Hampir dua tahun perkenalannya dengan gadis bernama Ain Syuhada itu. Entah apa yang silapnya, ayah Ain seorang saja yang membantah perhubungan mereka. Ada saja yang tidak kena. Ini bukan kali pertama dia diserang oleh ayah Ain. Tidak kira siang dan malam. Ugutan demi ugutan telah diterimanya. Namun, kerana kejujuran dan keikhlasan mereka masih meneruskan perhubungan dengan restu ibu Ain yang memahami keadaan mereka. "Kau ada harta ke nak kahwin dengan anak aku? Kau ada rumah? Ada kereta? Boleh ke anak aku hidup senang kahwin dengan kau nanti?" kata-kata itu berbekas di hatinya sepanjang perhubungan mereka. Tapi, Azlan tahu Ain bukan begitu. Ain tidak pernah meminta-minta sepanjang mereka berkawan. Barangkali kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Abah berhasrat untuk berpindah ke rumah kakak. Abah malu apabila orang tua itu menyerang mereka sekeluarga. Jiran-jiran ramai yang memasang telinga. Tapi, sebenarnya mereka mengambil sikap bersiap sedia. Mereka almaklum dengan sikap panas baran ayah Ain. ************** Setahun berlalu lagi menjadikan perhubungan itu bertambah usia. Ain sudah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej di Bandar Bersejarah, Melaka. Ain mula menegur kerjayanya sebagai penyelia restoran ekslusif di sebuah hotel. Azlan turutkan juga tapi memerlukan masa untuk bertukar ke bidang lain.
Panas tidak selamanya ke petang. Turun hujan di tengahari menghancurkan segalanya. Permintaan Ain supaya datang ke Melaka ditunaikan demi orang yang disayangi. Diredah juga kerana Ain walaupun di bulan puasa. "Ain minta maaf. Ain tahu Ain akan melukakan hati abang tapi Ain tak boleh tipu diri Ain sendiri," luah Ain tenang ditemani seorang kawan perempuannya dan seorang lelaki. Azlan hanya memandang muka Ain. "Apa maksud Ain?" soalnya pendek. Hilang rasa rindu di hati. Sedikit curiga mengambil tempat. Ain menoleh ke wajah lelaki di sisinya. Azlan turut mengalihkan pandangan ke wajah lelaki di hadapannya. "Ain nak putuskan perhubungan kita. Ain dah jumpa orang lain," terangnya.Azlan hanya tersenyum sinis menyindir dirinya sendiri. Perkara yang paling ditakutinya sudah pun berlaku. Patutlah beria-ria Ain menyuruhnya datang ke Melaka ini sekadar ingin memberitahu berita duka ini. "Ain pasti?" tanya Azlan cuba menduga. Ain mengangguk perlahan lalu menundukkan kepalanya. Diserahkan sebuah kotak kepada Azlan. "Ain minta maaf," ujar Ain seperti menahan sendu lalu meninggalkan Azlan sendirian tanpa sebarang pamitan. Azlan terkedu sendiri. Bermimpikah dia di siang hari ini? Di bulan Ramadhan yang mulia ini. Azlan tenung kotak berwarna kuning itu lama. Dibukanya perlahan. Semuanya barang yang pernah diberikan kepada Ain dahulu telah kembalikan semula kepadanya. Azlan kembali menutup kotak tersebut lalu beredar menuju ke perhentian bas.Hilang seleranya untuk menikmati juadah berbuka puasa. Hilang kegembiraan di hatinya untuk berbuka puasa bersama Ain. Setelah membeli tiket pulang ke Kuala Lumpur, Azlan singgah di restoran makanan segera yang berdekatan sementara menantikan waktu bas akan bertolak. Episod cintanya dengan Ain telah berakhir. Hatinya telah dilukai. *************** Azlan tiba di rumah tepat jam dua pagi. Abah dan Azman sedang menonton televisyen siaran bola. Azlan terus kebilik lalu mencapai tuala dan asuk ke bilik air. Abah hanya melihat. Balik selewat itu adalah perkara biasa pada Abah. Tiada peliknya. "Azlan! Azlan!" Terdengar namanya di laung lantang dari luar. Azlan keluar dari bilik air setelah mandi. Kelihatan ayah Ain berdiri bercekak pinggang di muka pintu.
"Mana telefon Ain? Kenapa ambik telefon tu dari dia? Kau ni tak habis-habis nak kacau anak aku," marahnya. "Pakcik, telefon tu Ain pulangkan balik pada saya sebab saya yang belikan. Lepas ni saya tak kacau anak pakcik dah. Kami dah putus. Itu yang pakcik nak, kan? Sekarang, pakcik jangan kacau kami sekeluarga lagi," jelas Azlan tenang. Pakcik Taza semakin bengis. "Anak kurang ajar!" tengkingnya kuat. Azlan hanya tersenyum sinis. "Pakcik pergilah balik. Bersahur dengan keluarga pakcik. Kami pun nak bersahur ni," lembut Azlan cuba memohon pengertian ayah Ain. Kepalanya makin berat dengan pemasalahan yang entah bila akan berakhir. Kerananya seorang, seluruh ahli keluarganya yang lain terpaksa turut terlibat sama.Dengan dengusan kasar, akhirnya Pakcik Taza berlalu pergi. Azlan tahu di hati orang tua itu masih belum terpadam rasa dendam dan amarah. "Azlan dari mana tadi ni?" Azlan menoleh apabila mendengar suara Emak bertanya. Barangkali gangguan dari ayah Ain tadi telah mengejutkan emaknya dari tidur. "Dari Melaka. Jumpa Ain. Kami dah putus. Dia dah pulangkan semua barang pada Lan tadi. Dia dah ada orang lain," padat dan ringkas keterangan yang Azlan berikan. "Dari awal Abah dah cakap. Tak ke mana hubungan tu kalau ayah dia terus macam ni. Tak habis-habis nak menyerang. Malu pada jiran-jiran sini. Abah baru datang sekejap dah kena serang macam ni. Masa Abah tak ada, agaknya selalu pula dia datang menyerang," tanpa diduga Azlan, Abah bersuara. "Sudahlah tu. Tak yah nak mengungkit. Yang lepas tu biar jadi pengajaran. Mulai hari ini, buka azam baru. Bina hidup baru. Ramai lagi kat luar sana yang lebih baik dari yang kita pernah ada. Mak pun tak berkenan nak berbesan dengan orang yang macam tak ada agama macam tu. Belum kahwin lagi dah suka menyerang, esok kalau dah kahwin lagi senang nak menyerang," nasihat Emak. Suasana tiba-tiba menjadi kelam dan sepi. Hanya kedengaran suara dari kaca televisyen. "Lan ingat nak berhenti kerjalah, Mak, Abah," tiba-tiba Azlan bersuara. Kakaknya yang baru bangun dari tidur termangu di kerusi meja makan. "Kenapa nak berhenti kerja pula? Sekarangkan susah nak cari kerja," sampuk kakaknya yang baru saja dikhabarkan berita apa yang telah berlaku sebentar tadi.
"Lan nak kerja dengan kawan Lan. Dia ada offer kerja dengan dia dekat Itali. Kalau Abah dan Mak izinkan, Lan nak pergi hujung tahun ni," jelasnya. "Buatlah apa yang terbaik. Asalkan Lan gembira," sambut Abah tanpa Azlan duga. Selama ini Abah jarang memberi pendapat ataupun kata-kata yang memberansangkan dengan setiap apa yang dilakukannya. "Terima kasih, Abah." Keizinan dari Abah dan Emak lebih memberi makna padanya setelah apa yang berlaku. Azlan bertekad untuk membuktikan kata-kata ayah Ain salah. Perginya untuk mencari apa yang tidak dimilikinya. Sehari sebelum pemergiannya, Ain datang berjumpa dengannya. Wajah ayu itu sembab dihiasi air mata yang mengalir membasahi pipi. "Abang betul-betul nak tinggalkan Ain? Abang tak kesiankan Ain," tanyanya sayu dan sebak. Azlan hanya tersenyum. Teringat sejenak bagaimana Ain sengaja singgah di tempat kerjanya untuk menayangkan kekasih barunya setelah dibawa lelaki itu berjumpa dengan keluarganya. "Abang nak cari pengalaman di tempat orang. Ain kan dah ada dia. Tak elok kalau dia tahu Ain jumpa abang macam ni. Nanti dia pikir abang nak larikan kekasih dia pula. Cukuplah ayah Ain kata abang macam-macam," Azlan cuba bergurau menahan gelora di jiwanya. "Tapi, Ain sayangkan abang," rayunya lagi. "Ain, abang selalu pesan pada Ain. Walau apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan. Abang tak mau Ain bersedih macam ni," pujuk Azlan. "Ain minta maaf. Ain tak bermaksud nak bertindak macam tu. Ain tahu Ain tipu diri Ain dan abang tapi Ain keliru," luahnya. Berkerut dahi Azlan mendengar kata-kata Ain. "Apa maksud Ain? Abang tak faham." "Ain minta maaf. Ain tak berniat nak lukakan hati abang. Ain keliru. Sebenarnya Ain cuma nak mainkan perasaan abang. Ain nak tengok sejauh mana kesungguhan abang pada Ain. Tapi, Ain tak sangka abang betul-betul turutkan kehendak Ain. Sudahnya Ain yang merana," jelasnya. Azlan mengeluh perlahan. Kesal. "Abang faham keadaan Ain cuma abang tak sangka Ain bertindak sampai begitu sekali. Abang maafkan Ain tapi abang tak mampu nak buat apa lagi. Esok abang akan berangkat. Apa yang abang nak, Ain ingat pesan abang. Belajar bersungguh-
sungguh. Walau apa pun yang ayah Ain lakukan, jangan sekali-kali lukakan hati dia. Macamana teruk pun dia, dia tetap ayah kandung Ain. Wali yang sah. Abang akan doakan semoga Ain panjang umur dan bahagia di samping dia," pesan Azlan tenang walaupun hatinya bagaikan dipagut dengan parang. "Ain akan tunggu abang balik," janjinya. "Jangan, Ain. Jangan rosakkan masa depan Ain sebab nak tunggu abang. Abang sendiri tak pasti selama mana abang akan duduk di sana. Kita masing-masing ada tanggungjawab pada keluarga. Tunaikan kewajipan Ain sebagai anak. Insya Allah kalau ada jodoh kita jumpa lagi tapi abang nak Ain jangan terlalu mengharap. Kelak, ada di antara kita yang akan merana." Ain menundukkan kepalanya. Azlan tahu Ain menangis tapi lebih baik melukai hati Ain sekarang dari beberapa tahun yang belum pasti. "Ain doakan abang selamat pergi dan selamat kembali," ucapnya lalu meninggalkan Azlan sedirian di taman perumahan mereka. Itulah kali terakhir dia menemui Ain. Selepas itu, dia berangkat ke Itali dengan diiringi doa dan restu keluarga tercinta. "Assalamualaikum", Azlan menoleh perlahan. Ceria wajahnya melihat wajah manis ayu bertudung berdiri di hadapannya. "Waalaikumsalam", Azlan menjemputnya duduk. "Maaf, terlambat sikit. Bos buat short briefing tadi. Dah lama tunggu ke?" tanya si gadis penuh sopan. Azlan hanya tersenyum panjang memandang wajah yang tidak pernah menjemukannya itu. Debaran di dadanya tidak pernah hilang rupanya selama lima tahun ini. Alhamdulillah. Inilah berkat kejujuran dan keikhlasan sebenarnya. "Abang tak pernah bosan kalau tunggu Ain. Lima tahun abang boleh tunggu takanlah setengah jam abang tak boleh tunggu. So, Ain nak makan apa? Spagetti lagi ke?" usik Azlan bahagia. Ain tersenyum. "Abang tahu kan Ain suka makan apa. Ain tak payah cakap pun abang patutnya dah tahu," balas Ain. Azlan melambai tangannya memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. "Dua spagetti ayam dan dua air strawberi mirinda", Azlan memberi pesanan. Pelayan berlalu meninggalkan mereka.
"Ayah dan Mak sihat?" tanya Azlan cuba mengembalikan kemesraan setelah lama tidak bertentang mata. "Alhamdulillah, sihat. Lepas operation bulan lepas, Ayah dah boleh jalan sikit-sikit. Mak pun dah mula berpencen bulan lepas. Mereka tanya bila abang nak datang rumah? Ayah dah lama tak jumpa abang." "Insya Allah. Kali ini abang datang bawa keluarga abang, boleh?" "Apa pula tak bolehnya? Ajak satu kampung pun tak apa," balas Ain cuba menyakatku pula. "Insya Allah, kalau tak ada apa-apa hujung minggu ni abang sampai rumah Ain bersama angkatan rombongan dari kampung abang," Azlan membalas usikan. "Abang Azlan", mereka berdua menoleh apabila nama Azlan dipanggil. Wajah Azlan tenang. "Ain! Seorang saja ke?" tegur Azlan tanpa sebarang riak terkejut. Ain hanya mengangguk. "Kenalkan, bakal tunang abang, Sharifah Ain Syazwana. Ini kawan lama abang, Ain Syuhada. Kebetulan pula, dua-dua nama Ain", perkenal Azlan.Mereka bersalaman. Ternyata wajah Ain Syuhada sedikit terkejut berbanding Sharifah Ain Syazwana yang tersenyum manis. "Jemputlah duduk," Sharifah Ain Syazwana menjemput. Ain Syuhada hanya menggeleng kepala. "Tak apalah. Ain nak cepat. Ternampak abang kat sini tadi, saja tegur. Ain balik dulu. Assalamualaikum," pintanya lalu bersalaman dengan Ain di hadapannya sebelum beredar begitu saja. "Patutlah abang bawa diri sampai ke Itali," luah Sharifah Ain Syazwana tenang dalam senyuman. "Kenapa pula?" sambut Azlan kurang senang. Tiada riak cemburu pada wajah gadis kesayangan di hadapannya. "Yelah, lawa orangnya. Abang tak menyesal ke tinggalkan dia dulu?" usik Ain ingin menduga. "Correction! Dia yang tinggalkan abang dulu. Tak dapat Ain dulu Ain sekarang pun apa kurangnya," balas Azlan selamba. Sharifah Ain Syuhada hanya tersenyum. Dia tahu di hati Azlan telah hilang kasih untuk Ain Syuhada semenjak lima tahun dahulu. Semenjak bumi Itali menemukan mereka setelah hati mereka dilukai.