Khamis, 17 Mac 2016

Adakah Dia??

Cerpen : Dia Lelaki Itu

20 May 2016  
Kategori: Cerpen
Penulisan2u
Oleh:Yazar
Deruan ombak laut sangat menenangkan. Ara sedang asyik menyaksikan matahari terbenam yang sangat indah. “Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan-Mu.” Matahari terbenam memang sangat cantik. Malah disebalik keindahan itu terdapat berjuta rahsia. Seperti hati Ara yang penuh dengan rahsia dan dendam yang tak pernah padam. Pilihannya untuk datang bercuti di Pulau Perhentian ini merupakan keputusan yang tepat untuk menenangkan dirinya yang sentiasa serabut.
“Hmm… kalau hari-hari macam ni kan best. Hidup tenang tanpa masalah.”Luah Ara dengan suara yang perlahan.
Tapi ketenangan itu tidak lama setelah dia diganggu dengan suara asing yang datang menegurnya.
“Assalamualaikum. Awak ni Ara kan? Iffah Yara.” Tanya seorang lelaki dengan kening terangkat.
Ara menoleh dan melihat gerangan yang telah menganggu ketenteramanya pada petang itu. Dia melihat lelaki tersebut dengan dahi yang berkerut.” Ya saya. Kenapa? Saya kenal awak ke?”
“Ya Allah Ara. Ni aku la Ari. Muhd Ariq. Kita kan satu kelas masa kat uitm dulu.” Beritahu lelaki tersebut.
Ara cuba mengamati wajah tersebut dengan teliti. Wajahnya serta-merta berubah setelah mengingati lelaki tersebut. Sudah 10 tahun berlalu. Jadi memang dia agak sukar untuk mengingati lelaki tersebut. “ Oh, Ari. Aku dah ingat. Kau dah lain sekarang ni. Susah aku nak cam kau.” Ceh, alasan semata-mata. Memang dia kurang kenal orang kalau lihat sepintas lalu. Itulah kelemahan dia yang tak boleh dinafikan lagi.
“Apanya yang lain aku ni. Macam dulu juga. Anyway kau tak jawab salam aku lagi.”
“Eh, ye ke. Waalaikumsalam. Duduklah. “
“Boleh duduk ek. Tak ada orang nak marah ke?”
“Ada. Kekasih kau mungkin?”
“Aku mana ada kekasih lagi. Semua lari bila jumpa aku. Hahaha. “ Hambar Ari ketawa mengenangkan nasib diri yang masih belum berpunya. Sedangkan sudah ramai kawan-kawannya yang berkeluarga cuma dia sahaja yang masih solo.
Petikan jari di hadapannya mematikan lamunan Ari yang entah ke mana. “Aku tanya ni kau buat apa kat sini?” Ulang Ara setelah beberapa kali dia menanyakan soalan yang sama kepada Ari.
“Sorry. Actually aku ada kerja datang sini. Kau pulak buat apa datang sini?”
“Bercuti.”
“Oh! Sorang je ke?”
“Habis tu kau nak berapa orang?”
“Mana tahu datang dengan family ke.”
“Tak. Aku sorang je.”Balas Ara sambil melihat matahari yang hampir tidak kelihatan lagi. “Hmm… dah malam ni aku balik bilik dulu la.” Beritahu Ara sambil bangun untuk biliknya.
“La… kita baru nak sembang.”
“Lain kali ok?”
“Ok la.”
Ara ingin berlalu pergi. Namun, baru beberapa tapak dia melangkah Ari memanggil nama dia.
“Ara…” jerit Ari.
Ara berpaling sambil mengangkat kening menanyakan kepada Ari.
“Aku nak nombor telefon kau boleh?”
“Nak buat apa?”
“Mana tahu kot-kot aku nak jumpa kau lagi.”
“Ok. Bak sini phone kau.” Pinta Ara sambil menghulurkan tangannya. Setelah memberi nombor telefonnya kepada Ari dia terus melangkah pulang untuk ke biliknya.
***
Ah… Indahnya sarapan pagi sambil menyaksikan pemandangan di tepi pantai.Ara menghirup kopi yang dipesannya tadi. Hari ini merupakan hari terakhir dia di sini. Petang nanti dah nak pulang. Dia pasti akan merindukan suasana di sini. Erm… nasi lemak di sini pun sedap. Ucapnya di dalam hati setelah menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya. Tiba-tiba ada orang menarik kerusi dihadapannya. Dia mendongak melihat gerangan tersebut.
“Assalamualaikum. Boleh aku join kau?” tanya Ari sopan.
“Waalaikumsalam. Jemputlah duduk.” Pelawa Ara.
“Thanks.” Ari mengucapkan terima kasih setelah Ara membenarkan dia duduk.” Actually, hari ni hari terakhir aku tau kat sini.” Beritahu Ari tanpa dipinta.
Ara sekadar mengangguk kepada Ari. “Bila kau bertolak?” Tanya Ara sekadar berbasa-basi.
“ Pagi ni. Pukul 10 pagi.”
“Aku pun nak balik gak harini. Tapi, aku petang ni.”
“Oh, ye ke. Ala… kau petang pulak kalau tidak kita boleh balik sama-sama.”
Ara sekadar membalas dengan senyuman. Tak tahu nak cakap apa dah. Memang mereka kawan sekolej tapi dia lebih suka membina tembok diantara lelaki dan perempuan. Baginya, hubungan lelaki dan perempuan tak lebih daripada seorang kawan biasa. Tiada istilah kawan rapat or BFF. Baginya seorang lelaki itu sangat menyusahkan. Tak lain hanya menyakiti hati perempuan. Sebab itu sampai sekarang dia hanya mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Awa atau Nurul Najwa. Hanya itu seorang sahabatnya yang paling rapat dan boleh kamceng dengan dia.
“Nanti sampai KL kita jumpa lagi nak tak?” Tanya Ari setelah sekian lama menyepi.
“Tengoklah macam mana nanti. Aku selalu busy je 24/7. Mungkin tak ada masa sangat.” Jawabnya beralasan untuk mengelakkan diri daripada berjumpa.
“Ok la dah kau cakap macam tu. Alamak aku dah lewat ni.” Beritahu Ari setelah melihat jam di tangannya.” Aku pergi dulu ek?” Pinta Ari sambil bergegas pergi.
“Huh… hilang satu bala.” Luah Ara.
***
“Assalamualaikum.” Ara masuk kedalam rumah setelah memberi salam. Hari ini dia pulang lebih awal daripada hari biasa sebab papanya ingin berjumpa. Katanya ingin dinner bersama-sama. Dia terus memanjat anak tangga untuk ke biliknya.
Setelah menunaikan solat manghrib dia turun kebawah. Sememangnya perutnya telah berbunyi dari tadi minta diisi. Turun sahaja ke meja makan semua makanan telah terhidang. Banyaknya bibik masak hari ini. Ada ayam masak merah, sayur , ulam-ulaman dan ikan panggang kegemarannya. Kecur liur dengan hanya melihat lauk-pauk tersebut. Sekarang ini hanya tinggal papa turun dan makan.
Malam itu Ara makan dengan berselera sekali. Tiga kali dia tambah. Selalunya sepinggan pun tak habis. Setelah membantu bibik di dapur dia ingin melangkah ke bilik tetapi terhenti setelah dipanggil oleh papanya.
“Ara, sini sekejap papa ada benda nak cakap.” Panggil Encik Ikram setelah melihat anaknya ingin naik kebiliknya.
Ara melangkah ke ruang tamu dengan perasaan yang bercampur- baur. Kenapa papa nak jumpa dia. Sebelum ni tak pernah pun. Ish, yang perempuan itu pun ada sekali kenapa. Buat semak mata saja.
Hubungan Ara dengan Puan Sakinah ibu tirinya itu memang tidak pernah baik. Sejak kematian ibunya semasa dia berusia tujuh tahun, dendam itu tidak pernah pudar walau sedikit pun. Walaupun ibu tirinya itu sangat baik. Melayannya seperti anak sendiri tetapi kebaikan wanita itu langsung tidak dihargai olehnya. Baginya itu hanyalah lakonan semata-mata. Kalau bukan disebabkan perempuan itu pasti mama tidak akan mati. Dia percaya itu.
“Ya papa. Ada apa nak jumpa Ara?” tanya Ara setelah duduk di atas sofa yang bertentangan dengan papanya.
“Papa sebenarnya ada benda nak bincang dengan kamu.”
“Apadia papa?” tanya Ara ragu-ragu.
“Sebenarnya papa rancang nak jodohkan kamu dengan anak kawan papa. Kamu kenal kan uncle Ahmad. Papa ingat nak jodohkan anak dia dengan kamu. Lagipun kamu tu dah 28 tahun. Dah sesuai dah untuk berumah tangga. Anak uncle Ahmad pun sama umur juga dengan kamu.” Tenang encik Ikram menjelaskan tujuannya.
“Papa. Apa yang papa cuba cakap ni. Ara tak kenal pun anak uncle Ahmad tu. Macam mana papa boleh nak jodohkan Ara dengan dia. Papa… memang Ara dah 28 tahun tapi Ara tak menyusahkan papa pun. Jodoh Ara biarlah Ara pilih sendiri. Ara memang tak setuju dengan papa.” Jelas Ara dengan panjang lebar.
Tujuan papanya sebentar tadi memang memeranjatkannya. Kenapa papa sesuka hati sahaja mengaturkan hidupnya. Ini mesti perempuan itu punya kerja. Dia memandang tajam puan Sakinah. Geramnya dia melihat perempuan itu walaupun renungannya dibalas dengan senyuman.
“Kamu bukannya kahwin terus. Jumpa la dulu baru buat keputusan. Hari Ahad ni pergi jumpa dia. Papa dah setuju dengan uncle yang kamu jadi pergi blind date dengan anaknya.”
Kenyataan papanya sebentar tadi lagi memeranjatkan dia. Berapa kali dia nak terkejut ni. Silap hari bulan boleh kena sakit jantung. “ Papa… Ara belum putuskan apa-apa lagi. Kenapa papa pergi setuju dengan kawan papa tu. Pokoknya Ara takkan pergi jumpa dia. Muktamad.” Putus Ara dan bangkit untuk ke biliknya.
“Ara… papa buat semua ni demi kamu. Papa nak ada orang yang boleh jaga kamu nanti. Seorang lelaki yang bertanggungjawab dan beriman. Papa dah kenal lama dengan uncle Ahmad dan papa yakin yang anaknya mampu bahagiakan kamu Ara. Tolonglah. Sekali ni aje papa minta dari kamu. Pergi dulu jumpa dia lepas tu baru buat keputusan ya sayang.” Lembut encik Ikram memujuk anaknya.
Dia tahu, anaknya yang ini memang keras hati. Tak macam adiknya Ilman yang sentiasa menuruti permintaannya. Ilman anaknya yang kedua bersama dengan Sakinah isteri keduanya manakala Ara anaknya dengan isteri pertamanya. Kedua-duanya anak dia. Dia sayang dua-dua. Tapi kenapa Ara lain sangat. Ara sering membuatnya risau. Disebabkan oleh itu juga, dia mengambil keputusan sedrastik ini. Semuanya demi kebaikan Ara.
“Papa… walaupun tanpa seorang lelaki Ara tetap boleh hidup. Lelaki hanya menyusahkan hidup Ara. Ara tak kisah pun kalau tak ada lelaki untuk jaga Ara papa. Selama ni Ara yang jaga hidup Ara sendiri. Ara bahagia macam ni papa.” Setelah menuturkan semua itu Ara berlari ke biliknya. Dia kecewa dengan papanya. Kenapa papa tak pernah faham apa yang dia rasa. Kenapa suka buat keputusan sesuka hati tanpa minta pendapatnya.
***
Bunyi cawan yang berlaga di Santrios’s Café menandakan yang café tersebut penuh dengan manusia pada hari minggu tersebut. Tapi ,yang menyakitkan hati Ara ialah orang yang ditunggu –tunggu tak kunjung jua. Janji pukul 11 tapi ni dah pukul 11:15 minit pagi ni tak juga sampai. Lain kali cakap la guna jam Melayu kan senang. Tak payah aku susah-susah nak jadi tunggul dekat sini. Dengusnya dalam hati.
Pagi tadi memang dia tak nak datang tapi papa dah merayu bagai nak rak. Apa boleh buat. Terpaksa. Ya , dia memang terpaksa datang sini sebab dipaksa oleh papanya. Kalau tidak jangan harap dia nak datang. Banyak lagi benda yang dia nak settlekan dekat office.
“ Ish, mamat ni bila nak datang ni. Aku dah la lapar gila. Sabar ya perut. Kejap lagi kita makan.” Ngomel Ara seorang diri sementara menanti calon menantu pilihan papanya.
“Assalamualaikum. Sorry saya lambat.”
Tersentak Ara bila dikejutkan dengan suara seorang lelaki. Dia mendongak melihat gerangan tersebut. Dan sekali lagi dia terkejut.
“Kau?”
“Ara!”
Kedua-dua mereka serentak bersuara.
“ Waalaikumussalam. Jemputlah duduk.” Pelawa Ara.
Dari sejak sampai tadi sehinggalah order yang dipesan oleh mereka sampai Ari tak lepas daripada memandang Ara. Dia berasa bagai mimpi. Dia tak tahu langsung yang Ara merupakan blind date yang diaturkan oleh babahnya. Pucuk dicita ulam mendatang. Dia tersenyum geli hati dengan plan babahnya. Kenapa dia tak pernah tahu yang anak uncle Ikram merupakan Ara. Kalau tak dah lama dia masuk meminang.
“Hello.” Ara memetik jari di hadapan wajah Ari. Ya la, dari tadi tenung aku macam nak makan ja. Aku ni dah la tengah lapar. Spaghetti depan mata ni dah memanggil-manggil dari tadi. Yang mamat seorang ini dari tadi pandang-pandang apahal. Aku ni macam alien ke? Rasanya aku pakai macam manusia biasa ja hari ni. Gumam Ara tidak puas hati.
“ Aku tak tahu pula yang kau anak uncle Ikram. Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Ari teruja.
“ Boleh tak kita makan sambil sembang pasal hal ni. Perut aku ni dari tadi dah nyanyi lagu rock and roll. Kalau kau tak kesian dekat aku atleast kesian dekat perut aku.”
“Ok… ok. Kita makan. Sorry, aku excited sangat bila jumpa kau hari ni.”
Excited konon. Teruskanlah excited kau tu Ari sebab ni mungkin kau akan menangis air mata darah pula. Gumam Ara dalam hati setelah melihat gelagat Ari.
“Ari… actually aku bukan suka rela nak datang sini dan sumpah aku tak tahu pun yang kau ni anak uncle Ahmad. Papa aku paksa aku. So, kau fahamkan maksud aku?” tanya Ara kepada Ari dengan muka yang serius.
“Ara , apa maksud kau. Aku betul-betul tak faham.” Tanya Ari dengan dahi berkerut.
“Aku tak suka kau dan aku tak nak kahwin dengan kau!” tegas Ara menuturkan pernyataan tersebut.
“ Tapi, kita bukan nak kahwin terus. Cuma kenal-kenal.”
“ Kau rasa logic ke semua ni. Kau setuju ke dengan rancangan parents kita? Sorry aku cakap tapi aku memang tak ready lagi nak kahwin.”
“ Ara, apa kata kita cuba dulu. Lagipun kita memang dah lama kenal kan? Mungkin kita patut jadi kawan dulu. Maksud aku kita cuba mengenal hati budi masing-masing?” Cadang Ari kepada Ara.
“Ikut suka hati kau lah. Tapi, kau kena tahu yang aku tak akan jatuh cinta dengan kau dan kahwin dengan kau. Aku tak pernah cintakan kau Ari dan aku tak suka dijodohkan. Aku dah habis makan. Aku gerak dulu. Assalamualakum.” Ara bangun untuk keluar dari keserabutan yang ada di dalam restoran tersebut. Kalau boleh dia ingin berlalu secepat mungkin. Fikiran dia semakin serabut dengan sikap Ari yang tak faham bahasa ini. Nak kenal hati budi masing-masing konon. Hati aku pun aku tak terjaga tambah hati orang lain. Menyampah!
Belum sempat Ari bersuara Ara sudah bangun meninggalkan dirinya seorang diri di café tersebut. Ara … Ara. Keras sungguh hati kau. Dia hanya mampu tersenyum dengan tindakan Ara tersebut. Nak cakap lebih-lebih nanti tak pasal-pasal dia kena sembur dengan ayat yang pedas lagi. Jadi , biarkan sajalah. Tapi Ara, aku takkan semudah itu nak lepaskan kau. Aku makin suka ada la. Ok. We will see. Who’s the winner.
***
Pagi minggu tersebut dia dikejutkan dengan kedatangan Ari ke rumahnya. Sejak kejadian di café tempoh hari dia langsung tidak berhubung dengan Ari. Tiba-tiba muncul pula di pagi minggu yang indah ini. Hujan tak ada. Ribut tak ada tiba-tiba muncul. Nak apa lagi la mamat ni. Tak cukup ke penjelasan aku haritu.
“ Kau nak apa?” tanya Ara kasar.
“Ara… cakap baik-baik sikit. Ari datang nak ajak Ara keluar. Dah pergi siap. Nanti lama pulak dia tunggu.” Tegur encik Ikram kepada anak perempuanya.
Macam mana dia boleh lupa yang papa ada bersama tadi. Aduh , kan dah kena marah depan mamat ni pula. Biarlah dia tunggu. Siapa suruh datang. Tak suruh pun. Memang padan muka dia. Dia mencebik setelah mendengar arahan papanya.
“ Apa yang dok tercegat lagi. Pergilah siap.” Suruh encik Ikram sekali lagi.
“Ara tak nak pergi la papa.” Tolak Ara sungguh-sungguh.
“Nope. Kali ni Ara kena pergi. No choice.” Tegas encik Ikram.
Ara menghentak kaki sebelum berlari ke atas untuk bersiap. Memandangkan dia tiada pilihan jadi terpaksalah dia menuruti arahan papanya.
***
“Kita nak pergi mana ni?” tanya Ara dengan suara tidak puas hati.
“ Kita pergi zoo nak tak? Aku dah lama tak pergi zoo. Teringin pula nak pergi.” Beritahu Ari dengan penuh keterujaan.
“ Kau ni dah tak ada tempat lain ke nak pergi. Tempat tu juga yang dipilihnya. Dah ramai orang. Semak betul.” Bentak Ara tidak puas hati.
Ari hanya tersenyum mendengar rungutan Ara itu. Tiada kata yang boleh diucapkan setelah melihat muka cemberut Ara itu. Comel. Ya. Itu sahajalah perkataan yang mampu muncul di mindanya saat ini. Tapi, untuk meluahkan kepada Ara memang nak cari mampus, silap hari bulan buku lima lekat dekat mukanya.
***
Hari minggu tersebut memang ramai orang dekat zoo. Banyak family yang datang. Nak naik train untuk pusing-pusing zoo pun jenuh tuggu. Kalau diikutkan hati Ari nak saja dia jalan pusing zoo itu. Tapi anak dara seorang ini pula jual mahal. Katanya leceh la jalan dengan cuaca panas macam ni. Jadi terpaksalah tunggu giliran nak naik train.
Bagi Ara pula, itu ialah kali kedua seumur hidup dia ke zoo. Kali pertama sewaktu usianya enam tahun. Memang best datang zoo ni. Dia suka binatang. Tetapi selepas kejadian itu dia dah tak datang lagi dah. Dia lebih suka menyendiri di rumah layan buku-buku. Hari ini memang dia teruja bila tahu sahaja yang dia nak ke zoo tapi datang dengan orang ini terus tak happy dah.
“ Ara nak cuba bagi makan rabbit tak? Jom cuba nak tak. Rabbit-rabbit tu cute sangat. Jomlah.” Ajak Ari setelah melihat beberapa orang pelancong yang cuba memberi makanan kepada arnab-arnab di sangkar.
Ara tiada pilihan tetapi hanya menurut setelah Ari menarik lengannya. Nasib baik beralas. Kalau tak memang makan kasut pak cik ni.
“ Comelnya rabbit ni. Eii… dah la mata warna biru. Nak makan lagi ya sayang?” tanya Ara kepada rabbit tersebut. Macam la dia boleh faham apa yang aku cakap gumam Ara dalam hati. Tapi dia tak lepas-lepas memberi rabbit tersebut makan.
“ Cik, rabbit tu namanya Blue sebab matanya warna biru.” Beritahu seorang gadis yang bekerja di situ.
“ Oh! Blue namanya ya. So cute.” Sahut Ara sambil membelai arnab tersebut.
Ari tersenyum melihat gelagat Ara itu. Keras-keras pun dalam hati ada taman. Ujar Ari dalam hati.
***
Petang tersebut Ari membawa Ara ke sebuah tasik. Petang-petang begini memang seronok kalau pergi tasik sekaligus boleh melihat matahari terbenam. Mereka memilih tempat yang boleh menyaksikan matahari terbenam dengan lebih jelas. Agak ramai juga orang petang-petang begini. Maklumlah hari minggu sebegini semuanya ingin meluangkan masa bersama keluarga.
“Ara, aku ada satu soalan nak tanya kau. Boleh?” ujar Ari tidak semena-menanya.
“Apa dia ?” balas Ara sambil mata tidak beralih daripada memandang matahari.
“Erm… kenapa kau macam benci lelaki? Tak, maksud aku, dari kolej lagi kau macam suka jauh dari lelaki. Kenapa ya?”
Ara menarik nafas dalam-dalam sebelum menceritakan hal yang sebenarnya. Mungkin ini masa yang sesuai untuk menceritakan hal yang sebenarnya kepada Ari supaya lepas ni mungkin Ari lebih faham situasi dia.
“ Semasa aku tujuh tahun dulu, mama aku meninggal. Mama, meninggal di depan mata aku. Malam tu hujan turun dengan sangat lebat. Mama diserang asma. Aku telefon papa tapi tak berjawab. Aku panic sangat. Cuba kau bayangkan. Waktu tu umur aku tujuh tahun Ari. Tujuh tahun. Apalah sangat budak yang seusia itu boleh buat. Kebetulan pulak malam tu bibik cuti. Aku takut sangat tengok keadaan mama macam tu. Aku call papa banyak kali tapi tak angkat. Nasib baik ada uncle Malik jiran aku. Aku redah hujan pergi minta tolong uncle Malik. Waktu itu dah malam. Memang orang akan cakap kenapa tak call ambulans saja. Aku memang call ambulans selepas call papa tak dapat.
Tapi, ambulans tak sampai-sampai. Mungkin hujan lebat sangat kot. Mama pula makin tenat. Uncle Malik yang hantar mama pergi hospital. Sampai hospital saja doctor cakap mama tak dapat diselamatkan. Waktu tu aku cuma ingat papa. Aku tahu malam tu papa tidur rumah mak cik Sakinah. Tapi kenapa sampai tak boleh nak angkat call. Sejak hari tu memang aku marah sungguh dengan papa. Tapi aku lebih marahkan mak cik Sakinah. Kalau papa tak kahwin dengan mak cik Sakinah mesti semua ni takkan jadi.” Ara berasa lega setelah menceritakan semuanya. Dia menarik nafas dalam-dalm sebelum menyambung ceritanya.
“Dan sejak haritu juga aku dah nekad yang aku tak perlu seorang lelaki dalam hidup aku. Bagi aku, lelaki memang tak tahu erti tanggungjawab. Kalau lelaki tu tahu tanggungjawab dia pasti mama aku tak mati macam tu saja. Lelaki… hanya tahu tanam tebu di tepi bibir. Ayat manis boleh sampai kena diabetes tapi hakikatnya sangat pahit.” Luah Ara pahit.
“Ara… aku rasa kau tak patut hukum semua lelaki hanya di sebabkan papa kau saja. Kau dah tanya kenapa papa kau tak angkat call malam tu? Aku yakin, uncle mesti ada sebabnya. Kalau dia tak sayangkan mama kau dan kau mesti dia dah lama buang kau. Tapi dia jaga kau.”
“Entahlah Ari. Aku dah agak kau takkan faham.” Sinis Ara bersuara.
“Aku rasa baik kau tanya papa kau sebab dia tak jawab call kau. Aku yakin mesti ada sebab. Sampai bila kau nak terus benci papa kau. Sampai bila nak berdendam macam ni.”
Ara menghembus nafas mendengar nasihat Ari itu. Dia buntu. Keindahan matahari yang terbenam tidak mampu mengubati hatinya yang resah sekarang. Dia ingat Ari akan faham tapi sebaliknya pula berlaku.
***
Encik Ikram hanya bersantai di luar rumah. Melihat bintang-bintang di langit sedikit sebanyak mampu menenangkan fikirannya. Fikirannya berserabut ketika ini memikirkan perihal keluarganya. Dia tahu dia yang bersalah. Tapi… entahlah dia buntu ketika ini.
“Papa…” panggil Ara sambil melabuhkan duduk dia atas buaian bersebelahan papanya. Dia nekad. Malam ini dia harus mengetahui kebenarannya.
“Eh, Ara! Ada apa?” tanya encik Ikram.
“Papa, Ara nak tahu sebab papa tak jawab call Ara malam mama meninggal tu. Kenapa pa…”
“ Ara… papa minta maaf. Ara janganlah berdendam lagi dengan mak cik. Mak cik tak salah. Pada malam itu, papa dekat hospital. Mak cik masuk wad sebab nak bersalin. Memang salah papa sebab tinggal phone dalam kereta. Papa tak tahu nak jadi macam ni. Kalau papa tahu pasti papa tak kan tinggal phone dalam kereta. Kamu tahu kan yang mak cik kamu nak bersalin. Papa cemas. Banyak darah mak cik kamu yang hilang.” Beritahu encik Ikram. Sedaya upaya dia cuba menahan air mata yang ingin mengalir. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung ceritanya.
“Bila papa balik ke kereta tengok banyak sangat call dari kamu. Papa cuba call kamu tapi tak dapat. Papa terus balik rumah. Tapi, papa terlambat. Mama dah tak ada.” Luah encik Ikram kesal.
“Papa minta maaf sayang. Maafkan papa ya Ara?”
“ Hmm… kenapa papa tak beritahu Ara hal yang sebenarnya?”
“ Papa cuba tapi kamu yang mengelak. Papa tahu semuanya salah papa.”
“ Papa… benda dah lepas. Nak buat macam mana lagi.”
“Tapi, Ara masih tak maafkan papa.”
“Papa… Ara sayang papa. Hanya papa seorang sahaja yang Ara ada. Ara maafkan papa.” Luah Ara sambil memeluk encik Ikram erat. Erat sehingga tidak mahu dilepaskan. Sungguh dia rindukan pelukan papanya. Tapi, disebabkan ego dia tewas.
Sekarang ini hanya tinggal untuk minta maaf dengan mak cik Sakinah. Mampukah wanita itu untuk maafkan dia setelah apa yang dilakukannya. Ara risau.
***
Tekak yang haus memaksa Ara untuk turun ke dapur untuk mengambil minuman. Sampai di dapur terkejut bukan kepalang dibuatnya apabila dia bertemu dengan mak cik Sakinah. Dia cuba berlagak seperti biasa tetapi agak kekok terasa.
“Ara… nak air?” tanya puan Sakinah.
“ Eh, tak apa. Ara boleh ambil sendiri.” Tergagap Ara membalas.
Puan Sakinah ingin berlalu pergi tapi terhenti bila Ara memangggil.
“ Mak cik…”
“Ya Ara.” Sahut puan Sakinah berpaling menghadap Ara.
“Boleh kita cakap sebentar?” pinta Ara.
“ Ya. Kenapa?”
Puan Sakinah menarik kerusi di hadapan Ara.
“ Mak cik… Ara dah tahu hal yang sebenarnya. Ara banyak buat salah dengan mak cik. Ara… nak minta maaf dengan mak cik.” Luah Ara kesal dengan sikapnya.
“ Apa yang Ara cakap ni. Ara tak pernah buat salah dengan mak cik. Buat apa nak minta maaf.” Puan Sakinah bangun lantas memeluk Ara yang sudah dianggap seperti anak sendiri. Dia sangat sayangkan Ara. Patutnya dia yang perlu minta maaf pada Ara sebab telah mengambil papanya dari dia.
Ara berasa sangat lega setelah mendengar kenyataan tersebut. Dia berasa puas. Terasa semua beban yang ditanggungnya telah hilang. Dia bersyukur sebab semuanya telah selesai. Dia sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada Ari. Kalau bukan disebabkan lelaki itu pasti semuanya tidak akan selesai. Kalau dia tak mengikut nasihat lelaki itu pasti dia masih tidak tahu sebab yang sebenarnya.
***
Di banglow milik encik Ahmad, Ari sedang mundar-mandir di dalam biliknya. Dia melihat jam di dinding. Sudah menghampiri dua pagi. Dia mula menyesal. Sepatutnya petang tadi dia melamar Ara tetapi lain pula yang jadi. Setelah mendengar kisah Ara dia tidak jadi meneruskan hajatnya. Dia tidak mahu untuk menambahkan beban Ara. Tapi, sekarang ini dia pula yang menyesal. Dia perlu beritahu Ara sebelum dia berangkat ke Hong Kong. Bukannya sekejap dia kan berada di Hong Kong. Tiga bulan itu begitu lama bagi dia. Macam mana kalau Ara dilamar oleh orang lain. Macam mana kalau dia terlepas peluang. Itulah yang merunsingkannnya ketika ini. Dia betul-betul cintakan Ara. Dia nekad. Dia harus menghubungi Ara ketika ini.
“Tut… tut…tut…” kenapa lambat sangat ni Ara nak angkat keluh Ari.
Ara yang baru masuk ke dalam bilik bergegas mengangkat telefon yang berbunyi. Tanpa melihat si pemanggil terus dia menekan butang answer.
“ Hello. Siapa ni?” tanya Ara.
“Assalamualaikum Ara…ni Ari. Sorry menganggu malam-malam. Dah tidur ke?”
“Waalaikumsalam. Ari! Ada apa ya?”
“Ara… kau masih tetap sama ke dengan keputusan kau?” tanya Ari gagap-gagap.
“ Keputusan apa ya”? tanya Ara bingung.
Ish , minah ni. Masa ni la kau buat-buat tak faham. Aku dah la nervous semacam saja ni. Ujar Ari dalam hati.
“Ara kau sudi tak terima aku jadi suami kau?” tanya Ari tanpa berdalih.
Tergamam Ara mendengar pertanyaan Ari itu. Sungguh dia tiada jawapan sekarang . Kenapa tiba-tiba Ari bertanya. Petang tadi tidak pula bersuara. Memang dia mengaku yang dia sudah selesa dengan lelaki itu. Dia semakin boleh menerima lelaki itu tetapi untuk berkahwin… Dia tiada jawapan. Terlalu pantas rasanya.
“ Ari… aku mengantuk sangat malam ni. Boleh tak kita bercakap esok?” Ara beralasan untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan tersebut.
Ari mengeluh mendengar kenyataan Ara. Tiada hak dia untuk memaksa Ara menerima dirinya.
“ Ok lah Ara. Good night.” Putus Ari akhirnya.
***
Pagi itu Ara turun bersarapan dengan wajah yang ceria. Dia menarik kerusi dan duduk. Air coklat panas kegemarannya dihirup dengan enak sekali. Beberapa keping sandwich menjadi mangsanya. Encik Ikram hanya melihat telatah anaknya.
“Hai… ceria Nampak anak papa ni. Orang selalunya kalau buah hati nak pergi jauh sedih. Ni dia ceria pulak.” Kata encik Ikram yang memecah kesunyian di meja makan tersebut.
Ara memandang papanya dengan muka yang hairan. Buah hati nak pergi jauh? Bila masa pula Ari tu nak pergi jauh. Ujar Ara dalam hati.
“Apa yang papa dok merepek pagi-pagi ni. Ara ceria pun salah ke?” celah Ara.
“Ye la. Ari kan nak pergi Hong Kong lama. Kamu tak sedih ke?” tanya encik Ikram kepada anaknya.
“Ari nak pergi Hong Kong? Buat apa pa?” tanya Ara terkejut.
“ Entah. Merajuk dengan kamu kot sebab tolak lamaran dia.” Selamba encik Ikram menjawab. Saja ingin menguji anak perempuannnya itu. Dah dapat lelaki yang baik pun ditolaknya. Apalah yang dimahukannya.
“Bila flight dia?” tanya Ara gusar.
“Pagi ni. Pukul Sembilan kot.” Jawab encik Ikram.
Setelah mendengar jawapan papanya Ara terus mencapai beg tangannya dan berlari keluar. Dia harus cepat jika mahu berjumpa dengan Ari. Keadaanya itu diperhatikan oleh encik Ikram. Encik Ikram memanggil anaknya tetapi tidak hiraukan. Dia ingin ketawa melihat telatah anaknya itu. Sebenarnya dia tahu yang Ari pergi atas urusan kerja tetapi dia sengaja ingin menduga Ara.
***
Ara memandu dengan laju sekali. Pagi-pagi macam ini selalu sesak tetapi dia tiada pilihan. Dia mesti bertemu dengan Ari juga. Boleh dikatakan hampir semua lampu isyarat dilanggarnya. Bunyi hon daripada kereta yang tidak puas hati dengannya langsung tidak dihiraukan. Yang dia tahu sekarang ini dia mesti sampai ke airport dengan cepat.
Setibanya di airport dia bergegas keluar dari kereta untuk mencari Ari. Pagi itu dia berasa orang terlalu ramai sehingga langsung tidak kelihatan Ari. Dia melilau di sekitar airport untuk mencari gerangan tersebut tiba-tiba dia ternampak Ari yang sedang menjalani pemeriksaan oleh pegawai kastam di situ. Dia terus berlari dan memanggil Ari.
“Ari…” panggil Ara kuat sehingga menyebabkan orang yang berada di sekitar airport memandang ke arahnya.
Ari yang sedang menjalani pemeriksaan oleh pagawai kastam berpaling mencari gerangan yang memanggil namanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ara berada di airport. Tapi kenapa dia ada kat sini. Fikir Ari. Setelah selesai menjalani pemeriksaan dia pergi mendapatkan Ara.
“Ara, kenapa ni?” tanya Ari yang melihat muka Ara yang hampir menangis.
“Ari, jom kahwin. Ari janganlah merajuk lagi. Kau tak boleh tinggalkan aku. Aku dah ready nak jadi isteri kau.” Luah Ara sambil menangis.
Ari yang mendengar pengakuan Ara itu tergamam tetapi akhirnya tersenyum. Dia gembira sangat mendengar kenyataan tersebut.
“Ara. Thanks sebab kau sudi jadi isteri aku. Thanks sayang. Tapi sekarang ni Ari kena ke Hong Kong. Tiga bulan saja. Ara boleh tunggu kan?” pujuk Ari setelah melihat Ara yang menangis.
“ Bukan kau pergi Hong Kong sebab merajuk dekat aku ke?” tanya Ara pelik.
“ Eh, bila masa pula Ari merajuk! Ari ada kerja dekat Hong kong lah sayang.” Beritahu Ari jujur.
Ara yang mendengar kenyataan Ari tersebut tergamam. Papa… jerit Ara dalam hati. Geram sungguh dia dengan papanya. Tak pasal-pasal dia telah memalukan diri di hadapan Ari.
“Ara.. Ari dah nak kena pergi ni.” Beritahu Ari.
“ Okey. Jaga diri ya.” Pesan Ara sambil menampilkan senyuman terpaksa di wajahnya. Dia malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
Ara hanya melihat langkah Ari yang semakin jauh darinya. Dia tersenyum. Akhirnya mampu juga dia luahkah hal itu. Dia yakin Arilah lelaki itu. Lelaki yang mampu membahagiakannya. Lelaki yang mampu menjadi imamnya.

Rabu, 2 Mac 2016

MAT SENGAL EEEE SEWEL...

Inas termenung di balkoni sambil menikmati muzik yang berkumandang di corong radio, sedang dia ralit mengelamun, dia terganggu dengan satu suara yang agak sumbang sekali. Dia tercari-cari gerangan empunya diri yang menyanyi lagu jiwang dengan begitu kuat sampai membingitkan cuping kedua telinganya.
“Sewel ke apa mamat ni? Menyanyi pagi-pagi buta, kuat pulak tu!” bebel Inas, geram bila melihat seorang lelaki sebelah rumahnya sedang memetik sebuah gitar.
“Inas!”
Kedengaran suara Mak Jah dari dapur memanggil anak dara bongsunya itu.
“Ada apa mak? Pagi-pagi dah memekik, orang tak pekak lagi, tahu!” usik Inas sebaik kakinya melangkah masuk ke dapur.
“Ini haa…. tolong mak pergi hantar tepung bungkus kat rumah mak cik Nab kamu,” perintah Mak Jah dengan suara yang masih memekakkan telinga.
“Baiknya mak, nak hantar kuih segala, ke ada udang di sebalik mee ni?” usik Inas lagi dengan keningnya diangkat-angkat. Ketika dia mahu mengambil kuih di dalam bekas yang sedia di atas meja, tangannya ditampar lembut oleh ibunya.
“Ish, budak ni, nak makan pergi amik dalam periuk sana! ini yang mak cik Nab punya,” marah Mak Jah
“Aduh sakit mak!” Inas mengaduh sambil mengosok lembut tangannya.
“Pergilah, mereka dah banyak tolong kita Inas, sejak kita berpindah ke sini keluarga dia tak putus-putus hulurkan bantuan. Kat siapa lagi kita nak mintak tolong kalau bukan dengan jiran sendiri, tambah-tambah ayah kau dah tak de, jadi kita kena balas bak kata orang-orang dahulu orang..
orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa,” celah Inas sambil tersengih.
“Budak nii…” marah Mak Jah lalu memcubit bahu anaknya.
“Sakit mak!” jerit Inas tak sempat mengelak. Mak Jah menambah satu lagi cubit dipehanya pula.
“Okeylah- okeylah, Inas pergi ni.” Akhirnya Inas mengalah.
“Assalamualaikum orang rumah. Assalamualaikum tak de orang ke? Eh, pintu pagar tak berkunci ni, apa lagi Inas masuk jelah.”
Tatkala Inas membuka pintu pagar dia terkejut bila melihat ada seorang lelaki di kerusi batu sedang membelai sebuah gitar.
“Awak pekak ke? Orang bagi salam bukan nak jawab. Berdosa tahu, tak jawab salam orang.”
“Eh! Jap bukan ke lelaki yang aku tengok tadi? Tapi siapa dia ni, hah? Setahu aku mak cik Nab cuba ada anak lelaki sorang je, abang Uzir. Habis siapa dia ni hah?”
Sedang Inas membebel seorang diri, tiba-tiba lelaki itu menghampiri dirinya. Inas tersentap dengan kemunculan lelaki itu tiba-tiba. Dia cuba mengukir senyuman manis untuk lelaki itu lalu menghulurkan bekas yang berisi tepung bungkus kepada lelaki itu.
“Mak bagi, nanti kasi dekat mak cik Nab, ya.”
Bekas itu tidak bersambut, Inas geram kerana lelaki hanya menatap wajahnya
tidak berkelip.
“Dia ni tak betul ke, apa? Lantaklah baik aku blah sebelum jadi apa-apa? Tengok muka mamat ni pun dah menyeramkan aku,” gerutu Inas.
Setelah meletakkan bekas itu di meja batu ,Inas mengatur langkah untuk pulang ke rumahnya tanda di duga olehnya kakinya tersepak batu dan mahu tumbang namun tubuhnya sempat disambar lelaki itu dari tersungkur.
“Terima kasih,” ujar Inas sambil membetulkan posisinya.
Dengan serta merta lelaki itu bertindak agresif, dia memeluk Inas seerat mungkin. Inas tersentak lalu bergelut untuk membebaskan dirinya, lelaki tadi tidak melepaskan pelukan itu. Inas semakin panik, yang paling mengejutkan Inas lelaki itu telah mengucup bibirnya dengan rakus. Inas menutup rapat bibirnya dia tak sanggup melepaskan ciuman pertamanya kepada orang ajnabi. Dengan segala kekuatan yang ada padanya Inas menolak kasar tubuh sasa itu lantas menampar kuat wajah yang penuh dengan jambang itu.
“Kurang ajar! Kau ni gila ke apa, hah?” marah Inas dengan mata merah menyala. Lelaki itu hanya ketawa lalu berlalu memasuki rumahnya. Air mata Inas berlinangan dengan perasaan marah dia berlari menuju ke rumahnya di sebelah.
“Bodoh!bodoh!sengal!sewel!gila! Aku benci mamat tu sampai kapan pun,” bentak Inas sendiri lalu meyembam mukanya ke bantal dengan tangisan yang masih berbaki.
“Ya Allah Inas kau ni, kenapa? Dah bagi kuih pada mak Nab ke?” soal Mak Jah bila memasuki kamar anaknya.
“Dah! Mak ni, bukan nak tanya keadaan Inas, tentang kuih mak je, yang mak tahu. Perasaan hati anak mak mak tak peduli!”
“Yang kau menangis ini kenapa?”
“Baru nak tanya? Mamat gila kat rumah mak Nab yang buat,” adu Inas geram.
“Uwais ada apa-apa kan kau, ke?” tanya Mak Jah cemas
“Uwais? Siapa tu mak?” soal Inas kembali.
“Uwais anak sulung mak Nab yang baru balik dari Amerika, mak Nab cakap dia mental sikit sebab kematian isteri dan anak, dia sangat sayangkan isteri dan anaknya sebab tu jadi macam tu? Dulu budak tu baik orang, bijak pulak tu. Kerja pun elok, tapi sayang otaknya ada mental sikit sebab terlalu sayangkan isterinya, tulah lain kali kalau nak sayang seseorang tu jangan melebih,” cerita mak Jah diselit dengan nasihat kepada anak gadisnya itu.
“Patutlah aku bagi salam dia tak jawab, sewel rupanya,” suara Inas sendiri.
“Dia ada buat apa-apa kat kau, ke Inas? jangan dimain budak tu!”
Inas tersentap, fikirannya diwayangkan pada kejadian yang menimpa diri. Dia berkira-kira samada mahu memberitahu hal sebenarnya atau tidak pada maknya itu.
“Er.. tak, dia tak ganggu Inas pun,” bohong Inas.
“Yang kau maki hamun tadi, siapa?” duga mak Jah.
Inas tersengih sumbing, Mak Jah mencebik lalu keluar dari bilik tidur anak bongsunya itu.
“MAMA MANA PISAU? UWAIS NAK MAKAN COLEK MANGGA PUTIK.”
Suara anak lelaki sulung mak Nab mengejut mereka bertiga di dapur.
“Tak payah nak ngada, biar mama yang kupaskan nanti. Uwais bukan boleh percaya sangat, nak kupas buah konon! tengok-tengok kelar tangan sendiri nanti,” bebel mak cik Nab pada anaknya.
Inas memandang lelaki sewel yang bernama Uwais itu berlalu dari situ setelah dimarahi oleh ibunya sendiri. Terselit rasa kasihan terbit dari pangkal jantungnya.
“Tak pe mak Nab, biar Inas tolong kupaskan untuk abang Uwais, mak dan mak Nab masaklah, nanti tak sempat nak hantar gulai dekat masjid nanti,” pelawa Inas lalu berlalu dari situ.
Inas menghampiri lelaki yang pernah meninggalkan sejarah hitam buat dirinya seminggu yang lepas, dia mengeluh sebelum duduk menghadap lelaki yang bernama Uwais itu.
“Abang Uwais nak Inas kupaskan mangga, tu?” soal Inas dengan suara sedikit gemuruh.
Uwais memandang sekilas pada Inas, kemudian dia mengambil sebiji mangga putik dan dihulurkan pada Inas. Inas menyambut buah itu dengan sedikit gemuruh di dada, lalu mengupasnya.
“Nah!” Inas menghulurkan pinggan yang berisi kepingan mangga pada Uwais.
“Aku tak nak makan macam tu! Aku nak makan dengan coleknya sekali!” suara Uwais dibuat-buat tegas.
“Uh! Ngada betul mamat sewel ni?” gerutu Inas lalu bangkit.
Uwais tersengih-sengih bila melihat Inas datang kembali sambil membawa sepiring kicap yang bercampur gula pasir, sedikit garam dengan memek muka yang menyampah. Sebaik sahaja piring itu diletak dihadapannya Uwais sudah bertepuk tangan seperti kanak-kanak dapat coklat.
“Memang sewel dan sengal mamat ni,” kutuk Inas lagi dalam hati.
“Cepat buka mulut?”
Suara Uwais membuatkan Inas pantas mendongak ke memandang Uwais, Uwais menyuakan sepotong mangga yang sudah dicicah dengan colek ke arah mulut Inas. Sebaik sahaja Inas mahu membuka mulut Uwais cepat-cepat memasukkan mangga itu ke dalam mulutnya sendiri lalu ketawa terbahak-bahak.
“Sewel punya mamat! Berani dia mempermainkan aku? Tak guna betul!” marah Inas, perlahan.
“Maaf-maaf..kali ni betul, cepatlah buka mulut tu?” ujar Uwais sekali lagi sebaik tawa reda.
Sekali lagi dia menyuakan potongan mangga pada Inas. Dan sekali lagilah Inas tertipu, gelak tawa Uwais semakin kuat menimbulkan kegeraman dalam diri Inas.
“Sewel!” marah Inas lalu meninggal Uwais yang masih dengan tawanya.
Petang esoknya Uwais membawa setangkai buah mangga ke rumah Inas, bila salamnya tidak bersahut dia terus menerpa masuk memandangkan pintu itu tidak berkunci. Uwais tertinjau-tinjau mencari kelibat Mak Jah dan Inas namun tidak ketemui, bila bola matanya dilarikan ke arah kerusi panjang bibirnya mengukir senyuman yang melirik. Uwais menatap lama wajah ayu yang sedang lena dibuai mimpi, lalu dia menundukkan tubuhnya sebuah ciuman dihadiahkan kepada gadis itu kemudian dia keluar dari rumah itu bila Inas memberi reaksi seakan-akan mahu sedarkan diri.
“ AIR PASANG PAGI SURUT PUKUL LIMA, INAS BANGUN PAGI SIRAM POKOK BUNGA, POKOK BUNGA ROS TANAM TEPI RUMAH, MAK JAH MENGAMUK INAS BUAT BODOH.”
Inas menyanyi riang ketika menyiram pokok-pokok bunga kepunyaan ibunya, sedang dia menyanyi tiba-tiba dia disergah oleh Uwais dari arah belakang. Inas terkejut lantas menoleh dan menyiram Uwais.
“Ya, Allah abang Uwais, jangan nak buat gila dengan Inas boleh tak?!” marah Inas sambil melurut dadanya.
Uwais ketawa terbahak-bahak. Lalu merampas wayar paip dari tangan Inas terus menyiram Inas, Inas sudah terpekik marah. Kekecohan yang berlaku di antara mereka mengundang kedatangan Mak Jah dari dalam.
“Ya Allah Inas, mak suruh kamu siram bukannya…. Eh! Uwais kamu pun ada sekali?”
“Mak tengok abang Uwais ni.. dia ganggu Inas,” adu Inas sambil merengek manja.
“Tak delah mak cik, Uwais cuma nak sapa Inas, tapi dia balas dengan jirus air pada Uwais.”
Uwais berbohong namun dihatinya senang bila melihat riak muka Inas sudah berubah merah menahan marah padanya. Dia suka bila melihat muka Inas berubah macam itu.
“Korang berdua ni, macam budak-budak,” bebel Mak Jah berlalu masuk ke dalam semula.
“Abang ni, dah lah sewel lepas tu sengal pulak!” bidas Inas lalu mahu mengatur langkah untuk memasuki rumah, belum sempat dia melangkah dengan pantas Uwais mencengkam lengan Inas. Inas tersentap, perasaan takut mula menjalar dalam dirinya memandangkan Uwais seorang yang sakit jiwa sekarang.
Wajah Uwais semakin menghampiri wajah Inas dengan renungan yang cukup mencurigakan dengan serta merta Inas memejamkan matanya serapat yang mungkin. Saat itulah Uwais ketawa dengan begitu kuat sekali lalu meninggalkan Inas yang sudah naik geram.
“Memang dasar sewel, gila dan bengap punya laki!” sumpah Inas geram.
“Tapikan setiap kali aku tengok gelak tawanya, hatiku turut tergelak sama.. ah! Inas jangan kau turut tergila bayang kat lelaki sewel tu sudah.”
Semakin hari persahabatan antara Inas dan Uwais yang sewel itu semakin erat dan Inas semakin senang dengan kesewelan Uwais itu, setiap kali mereka bersama pasti tidak kering gusi Inas.
~~~~~~~~~~~~~
UWAIS TAK BOLEH TERIMA MAMA! BIAR UWAIS MATI SAMA!
“Uwais tak sanggup nak terima! kenapa dia buat Uwais macam tu? Uwais sayang dia lebih dari nyawa Uwais sendiri mama…”
Uwais mengamuk, penyakit jiwa kembali lagi, mak cik Nab turut menangis sama dia memeluk erat tubuh sasa anaknya itu agar bertenang namun tenaga seorang perempuan tidak mampu menghalang amukan anaknya itu.
“Mak Nab kenapa tu, mak ?” soal Inas sebaik meluru turun dari biliknya untuk mendapatkan Mak Jah di dapur.
“Entahlah, Mak rasa Uwais mengamuk lagi.”
“Mengamuk..” suara Inas perlahan selepas itu dia menarik tangan Mak Jah dan berlari untuk ke rumah sebelah.
Uwais yang sudah duduk terus bangkit dia mengambil pasu bunga lalu dilempar. Pasu yang dilempar Uwais nyaris-nyaris mengena Inas. Inas yang terkejut terus melaung memanggil nama Uwais.
“Abang Uwais!!”
Uwais tersentap, anak matanya tepat menikam wajah Inas yang sudah mengigil itu serta merta dia berlari keluar meninggalkan rumah itu, semasa Uwais melewati Mak Jah dan Inas dia terlanggar badan kecil Inas menyebabkan imbangan badannya Inas bergerak kebelakang.
“Inas kamu tak de apa-apa ke ?” soal mak cik Nab sampai menyapu air.
Inas mengeleng menandakan dia baik-baik sahaja.
“Kenapa Nab? Apa yang tak kena dengan Uwais tu?” soal Mak Jah cuba menenangkan jirannya itu.
“Saya pun tak tahu kenapa kak Jah, balik dari kubur isteri dan anaknya dia terus mengamuk, abang Hab pun masih di Kelantan dengan Uzir, saya risaulah kak Jah,” adu mak cik Nab dengan tangisannya yang masih berbaki itu.
Inas kaku dan terkejut, hatinya juga cukup sedih bila pertama kali melihat Uwais mengamuk sakan sepanjang perkenalan mereka.
Dalam perjalanan pulang dari kedai, Inas melewati danau untuk pulang ke rumahnya, pertengahan jalan dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang dia kenali sedang termenung jauh.
“Abang Uwais…..” panggil Inas
Uwais hanya mengerling sekilas kemudian kembali menghadap air yang tenang dihadapannya itu.
“Abang jomlah kita pulang, mak Nab duk risau tentang abang?” Inas memujuk Uwais bila panggilannya tidak diendahkan.
“Kau masih nak berkawan dengan aku?”
Inas terkejut bila Uwais mula ber ‘kau aku’.
“Aku kan gila! Pergi kau dari sini! Sebelum aku apa-apakan?!”
“Tak! abang tak gila!” Bentak Inas
“Habis kalau tak gila ,apa dia?” soal Uwais kasar.
“Abang tak gila, abang cuma sewel… dan satu lagi sengal,” ujar Inas masih dalam keadaan geram.
Uwais pantas memalingkan mukanya menghadap Inas, lama dia menatap sebelum bersuara.
“Bukan ke, sewel dan gila maksud yang sama?”
“Tak!” jawab Inas laju.
“Gila tu memang dah terlalu teruk tapi sewel masih dalam peringkat waras lagi lah,” sambung Inas.
“Apa yang Inas mengarut ni?” marah Uwais bila terasa dirinya dipermainkan.
“Yeay! Akhirnya abang sudi bercakap dan pandang Inas.” Inas bersorak seperti kanak-kanak ribena.
“Budak-budak,” marah Uwais bengang.
“Tengok-tengok abang Uwais dah kembali. Seronoknya…”
“Inas abang serius ni? Ni masih nak kawan dengan abang ke tak?” tanya Uwais tegas.
“Sejak bila abang pandai serius ni?” usik Inas lagi, sambil tersengih sumbing.
“Mestilah nak! Asalkan abang tak buat perkara mula-mula yang abang buat pada Inas, masa kali pertama kita berkenalan, ya? Sebab kita belum mahram lagi tahu,” suara menekankan sedikit pada ayat akhirnya.
Hati Uwais berdebar kencang bila perkataan kita belum mahram lagi meniti dibibir nipis Inas, dia mengagak Inas menyukai dirinya yang gila ini.
“Abang!”
Sergahan Inas mengejutkan Uwais. Dia menjungkit keningkan sebelah
“Wah! abang nampak kacak tanpa sehelai jambang di muka, mesti abang lakukan semua ini disebabkan Inas kan? Tak sangka ya, abang ikut cakap Inas, ‘kalau abang cukur jambang mesti abang bertambah kacak’, haa sekarang memang terbukti, abang memang kacak.”
Inas berjeda seketika, dia tidak menyedari kata-katanya menyebabkan Uwais salah sangka perasaan Inas padanya.
INAS PERGILAH JUMPA UZIR KAT DEPAN SANA?” Suara mak cik Nab yang sedang sibuk memasak hidang untuk majlis kesyukuran malam nanti, sempena Uzir dapat bertukar ke negeri asalnya, Perak.
“Seganlah mak Nab,” ujar Inas tersengih malu.
“Amboi, dah pandai nak malu-malu dengan abang, ya? 3 tahun lepas tak malu pula,” usik Uzir bila tiba di dapur.
Dia yang baru sampai pagi tadi dari Kelantan, kelihatan agak keletihan. 5 tahun bekerja di Pantai Timur akhirnya dia berjaya menukar balik ke Perak. Salah satu kenapa dia mahu kembali ke negeri asalnya adalah kerana Inas, dia mengenali Inas sejak 3 tahun yang lepas sejak Inas berpindah di sebelah rumahnya. Dan sejak itu perasaan cintanya terpendam di sudut hatinya.
“Mak Jah, Uzir nak curi Inas sejak boleh tak?”
“Aih! Nak curi kena masuk meminanglah dulu, ya?”
Usikan dari Mak Jah menimbulkan gelak tawa mereka yang berada di dapur, Inas membuat muka kerana bengang dengan usikkan ibunya.
“Amboi orang tu, sombong sekarang.. sms pun tak apatah lagi nak call. Maklumlah dah dapat segulung ijazahkan?” perli Uzir bila mereka jauh dari orang ramai.
“Eleh.. kata kita, yang orang tu busy memanjang tak sedar? Raya tahun lepas pun tak balik rumah, asyik raya kat hospital je kerja orang tu, tak gitu Dr. Uzir,” bidas Inas balik. Mereka saling sindir menyindir sambil ketawa.
“Inas… sudi tak Inas jadi isteri abang, hujung tahun nanti,” pinta Uzir bila tawanya reda.
Mata Inas membulat, tawanya serta merta terhenti, dia meneguk airnya berkali-kali terkejut dengan luahan hati Uzir yang tiba-tiba itu. Belum sempat Inas mahu membalas kata-katanya, tangan kanannya disentap kuat oleh Uwais. Uwais menarik Inas kasar lalu membawa gadis itu memasuki kamarnya lantas dia mengunci diri mereka dari dalam. Dia menarik dan menghempas Inas ke katilnya. Tercegang Inas buat seketika.
“Kenapa kau buat aku macam ni, Inas? Perempuan memang sama. Tak reti nak harga sebuah cinta!” herdik Uwais dengan mata merah menyala.
“Kau memang tak guna! Aku menyintai kau setulus hati aku, kekayaan aku tabur ke atas kau sorang dan zuriat dalam perut kau, aku bagi. Apa yang tak cukup untuk kau? Cakap!” sambung Uwais lagi, suaranya bergema seluruh bilik.
“Abang Uwais kenapa ni? Inas tak faham ?” soal Inas dalam nada gugup.
“Uwais! Buka pintu ini sayang! Jangan apa-apakan si Inas tu.”
“Abang Uwais buka pintu nii!”
Laungan mama dan papa serta Uzir adiknya dari luar tidak diendahkan. Dia betul-betul terpukul bila melihat Uzir dan Inas mesra bergurau senda tadi. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengheret Inas memasuki kamarnya, dia tak sanggup melihat gadis itu bermesra dengan orang lain selain dia.
“Aku sayang kau! Aku benci kau! Kau sanggup menduakan aku ketika kau hamilkan zuriat aku! Kenapa?”
“Abangg!” Pekik Inas lalu menghadiahkan satu tampar pada Uwais.
Uwais bagaikan tersedar. Dia merengus kasar lalu menuju ke laci mejanya. Dia mencari sesuatu dari situ, kemudian dia kembali menghadap Inas sambil melemparkan beberapa keping gambar di atas katil, Inas mengutip gamabr-gambar tersebut dan menatap seketika, dahinya berkerut-kerut matanya dipanggung mencari anak mata Uwais yang sudah merah berair.
“Itu isteri abang, abang balik ke Malaysia untuk melupakan segala bayangan dia di sana, tapi bila abang terpandang Inas buat kali pertama, abang dapat lihat bayangan dia dalam diri Inas, bila abang semakin rapat Inas semakin banyak ciri-ciri dia yang ada pada Inas. Macamana abang nak pulih, setiap kali terpandang Inas hati abang berdegup kencang, sampaikan abang tak boleh nak kawal nafsu abang. Abang sanggup pikul dosa abang sebab telah menyentuh dan mencium Inas sebanyak dua kali yang tidak halal dari abang.”
Uwais berjeda seketika dengan suara yang sudah berubah nada. Manakala Inas sudah menekup mulutnya. Tidak percaya yang bibirnya sudah dua kali dinodai.
“Dua kali abang? Bila?”
“Masa Inas tidur di kerusi panjang rumah Inas. Dah lah Inas abang sedar yang abang ni gila dan tak mungkin Inas akan terima cinta dari abang yang gila inikan? Inas keluarlah. Maafkan abang sebab buat Inas macam ni, Inas tak bersalah yang bersalah isteri abang, dia dijumpai mati kemalangan bersama dengan bekas kekasihnya. Abang tak dapat terima semuanya itu, tapi berkenalan dengan Inas membuatkan hati abang berbunga lagi. Dan abang tak boleh terus heret Inas dalam hal ini,” sambung Uwais lagi.
“Kenapa abang cakap macam tu? Inas tak tahu diri Inas buat abang terbayang-bayangkan isteri abang. Inas.. Inas nak bantu abang. Lagipun Inas dah mula sayangkan abang, dan abang boleh bezakan diri Inas dan arwah isteri abangkan? Berilah peluang untuk Inas rawat abang.”
“Dah lah! Aku tak perlukan kau untuk aku pulih! Kau keluar sekarang! Uzir sedang tunggu kau, baik kau pergi!”
“Inas tak nak!” bentak Inas. Dia masih berdegil dia memakukan duduknya di katil Uwais.
Uwais bengang lantas dia menghampiri gadis itu dan menarik tangan Inas lalu membuka pintu kamarnya, dia menolak Inas keluar dari biliknya. Ketika badan Inas dilambung Uwais namun Inas sempat mendarat dalam pelukan Uzir.
“Inas, awak tak de apa-apa?” tanya Uzir nyata terkejut.
Mak Jah serta yang lain menggosok belakang Inas yang sudah teresak-esak itu. Uzir naik angin bila gadis yang disayanginya itu telah diapa-apakan oleh abang kandungnya yang gila itu dengan amarah di dada dia meluru masuk kamar Uwais lantas menghadiahkan satu tumbukan pada wajah abangnya itu.
“Abang dah gila! jangan menambah kegilaan abang tu pada Inas! Dah gila buat cara gilalah!” marah Uzir dan satu lagi tumbukan kena pada bibir Uwais.
Uwais terjatuh dan yang paling parah bibirnya sudah berdarah. Dia tidak membalas sedikit pun tumbukan adiknya itu, dia lebih suka memakukan dirinya dari membalas serangan. Inas bertambah sedih bila melihat Uwais ditumbuk berkali-kali, dia tak sanggup untuk melihatnya lalu dia berlari meninggalkan rumah itu.
UWAIS, UZIR, UWAIS, UZIR, UWAIS, UZIR, UWAIS…. Inas membilang sambil memejamkan matanya.
“Hah! abang Uwais lagi…” ujar Inas bila matanya dicelikkan kembali.
Inas yang tiada kerja lain asyik membuat perkara yang sama sejak tiga hari yang lalu, iaitu mencabut kelopak bunga ros yang dipetik di halamannya dan tiga hari bertutur-tutur nama Uwais juga yang akan muncul berbanding Uzir.
“Kenapa ni? Adakah aku dah turut gila kerana tergilakan senyumannya yang sewel itu? Ahh!! Macammana ni?”
Kepala otak Inas sudah berserabut memikirkan perasaannya sedang dia memeningkan kepalanya, cuping telinganya sempat menangkap suara tangisan mak cik Nab dan suara abang Uwais terpekik, di sebelah rumah dengan pantas dia berkejar ke sana.
“Kenapa ni mak Nab? Pak Wahab?” soal Inas sebaik saja tiba di hadapan mak cik Nab yang masih lagi mengesak.
Pak Cik Wahab memandang Inas tanpa sebarang riak, mulutnya terkumat kamit ingin memberitahu sesuatu namun seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya. Mereka dikejutkan dengan suara Uzir memarahi abangnya yang semakin menghampiri mereka.
“Kalau abang asyik macam ni, menyusahkan mama dan papa! Lebih baik abang masuk hospital sakit!”
Uzir mengheret kasar Uwais. Uwais masih lagi terpekik melolong, penyakit gila semakin parah.
“Abang Uzir! cukuplah tu abang! sanggup abang buat abang kandung abang sendiri macam orang gila?”
Uzir tercengang bila Inas memarahi dirinya malah membela abangnya yang gila itu.
“Inas, pak cik dan mak cik sudah tak tahu cara untuk menyembuhkan Uwais lagi, jadi Uzir cadangkan kami supaya Uwais dibawakan ke hospital jiwa. Kami takut kalau kejadian yang menimpa Inas akan terjadi lagi,” suara Mak cik Nab dalam tangisan.
“Pak cik, mak cik, bukan begitu nak rawat abang Uwais, sepatutnya kita menyokongnya dia bukannya hantar ke tempat macam tu?” suara Inas syahdu.
Uwais sudah berhenti dari amukkannya, serentak itu dia melangkah laju dan terus membolos memasuki kereta adiknya. Mereka berempat terpinga-pinga dengan tindakan tiba-tiba dari Uwais itu.
“Uzir, jom!” suara Uwais tegas sebelum menghempas kuat pintu kereta.
Belum sempat Uzir memasuki keretanya, Inas terlebih dahulu membuka pintu kereta di tempat duduk Uwais.
“Abang Uwais memang nak sangat pergi ke sana, ke?” marah Inas tapi masih dalam terkawal.
Uwais hanya membatukan diri, Inas semakin bengang. Dia tarik lengan Uwais agar keluar dari perut kereta, Uwais tetap mengeraskan tubuhnya.
“Kenapa dengan abang ni?!” bentak Inas.
“Kalau abang terus macam ni, macamana abang nak sembuh! Kalau abang masih berdegil nak terus sewel dan sengal seorang diri, Inas tak kesah abang… tapi dengan kesewelan dan kesengalan abang tu, Inas turut tempias sama tahu tak?! Inas perlu abang untuk meceriakan hidup Inas, Inas perlukan abang untuk mewarnai hari-hari Inas…” Inas sudah tersedu-sedu.
“Inas….”
Seru Uzir nyata terkejut mendengar penjelasan dari mulut Inas, dia tidak menyangka gadis itu lebih menyintai abangnya yang sewel itu berbanding dirinya.
“Maafkan Inas, abang Uzir, Inas tak mampu untuk menipu hati Inas sendiri, Abang Uwais sangat penting buat…”
Belum sempat Inas menghabiskan bicarnya, Uwais mencantas laju.
“Abangkan gila, abang tak layak untuk Inas, Uzir lebih sepadan dengan Inas, lepaskan abang, Inas.”
“Inas pernah bagitahu abangkan sebelum ni?! Abang tak gila! Tak gila! abang cuma sewel sikit je… Inas tak kira! Abang tak boleh nak halang Inas dari menyukai abang. Sampai hati abang ya, selepas abang buat Inas tergilakan abang, abang terus tinggalkan Inas. Kalau abang tak suka kan Inas, Inas… Inas tak kesah suara Inas dari nada keras semakin mengendur, dia cukup sedih bila Uwais tidak memandangnya langsung.
“Tak pelah abang, Inas doakan abang bahagia,” ujar Inas seraya melepaskan gengamannya. Dia berundur setapak kebelakang dan sempat menoleh semula ke arah Uwais yang masih membatu.
“Maafkan Inas mak cik.. Inas tak dapat menolong merealisasikan impian mak cik dan mak untuk menyatukan Inas dan abang Uzir. Inas tak nak kahwin dengan sesiapa kecuali abang Uwais, Inas pergi dulu mak cik,” suara Inas sebak lalu dia berlari dari perkarangan rumah itu.
Mak cik Nab sudah menangis dalam pelukan suaminya pak cik Wahab, Uzir masih membisu akibat terkilan cintanya ditolak manakala Uwais sudah menitis air mata jantannya. Tidak terniat dihatinya untuk melukakan hati gadis yang bernama Inas itu.
SETAHUN SUDAH BERLALU, Inas membawa diri ke Kuala Lumpur untuk merawat hatinya yang cukup terluka, memandang dia mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di sana sebagai pereka dalaman (ID). Dia akan pulang ke Perak, bila ada masa terluang, memandang kakaknya sekarang tinggal dengan mak mereka di kampung. Baginya dia lebih baik berjauhan dengan Uwais dari terus menatap lelaki itu membuat hatinya terluka.
“Inas, sekejap lagi arkitek dari Syarikat Bayu Indah akan datang berjumpa dengan kamu, bincang tentang projek kita dekat Kedah sana.”
“Baiklah bos.” mendatar sahaja suara Inas.
“Ingat Inas! jam 1 nanti!” laung majikan Inas sebelum melangkah masuk ke pejabatnya.
Inas hanya mengeluh kecil. Arahan majikan wajib dipatuh, inilah perlu dilakukan bila bekerja dibawah orang.
“Assalamualaikum cik Inas Harliana….”
“Wa’alaikumussalam,” balas Inas, dia yang sedang khusyuk meneliti setiap dekoran di majalah lantas mendongkat bila namanya diseru oleh seseorang.
Bila melihat seorang lelaki yang berdiri di hadapannya Inas serentak bangkit dari duduknya. Dia bagaikan tidak percaya bila melihat lelaki yang pernah menolak cintanya tersenyum manis padanya.
“Abang Uwais?”
Inas masih tidak percaya, kerana Uwais yang pernah dia kenali dulu jauh berbeza dengan Uwais yang berada di hadapanya kini, segak mengenakan pakaian formal pejabat, wajahnya sudah licin dari dinodai sebarang jambang mahupun misai jangut. Penampilan Uwais kali betul-betul menggoda hati wanitanya.
Uwais hanya mengangguk perlahan.
“Sudah lama tidak berjumpakan? Inas nampak semakin berisi dan semakin cantik,” suara Uwais seraya melabuhkan duduknya.
Inas hanya tersipu malu, lama tidak bergurau dengan lelaki itu membuatkan dirinya sedikit kekok. Jantungnya yang dahulu pernah berdegup kerana lelaki ini, sekali berdegup kencang pada orang yang sama.
“Inas tak sangka, abang rupanya arkitek dari Syarikat Bayu Indah tu,” suara Inas bila masing-masing siap berbincang.
“Aah, tapi baru je kerja dekat situ. Abang sangat gembira bila dapat tahu yang abang akan berganding dengan Inas untuk menguruskan projek ini,” balas Uwais teruja.
“Abang jahat….”
“Siapa suruh lari? Kan dah dapat dikejar,” perli Uwais
“Abang yang mulakan dulu! Kalau abang tak tolak Inas dulu, Inas takkan datang ke sini tahu?!” bentak Inas namun suara masih lagi terkawal.
Uwais hanya tersenyum lembut sebelum bersuara.
“Cik Inas Harliana sudi ke menjadi isteri Uwais Irfan yang pernah gila dulu…”
Mulut Inas terlopong bila Uwais sudah mengeluarkan kata-kata keramat itu namun dia tidak mempercayai kerana dia tidak mahu terluka lagi.
“Lepas Inas pergi, hidup abang betul-betul kosong. Ketika itu baru abang sedar, abang perlukan Inas untuk melengkapi hidup abang. Abang tekad tidak mahu terus hidup dengan dunia abang sendiri, abang cuba untuk membangunkan diri abang dengan apply kerja berdasarkan ijazah yang abang dapat dan pengalaman kerja yang abang perolehi di Amerika dulu, alhamduillah ianya berhasil sekaligus dapat menemukan jodoh abang di sini.”
Uwais berjeda seketika cuba memujuk hati Inas.
“Macamana Inas, sudi tak?” ujarnya tegas, dia betul-betul berharap agar lamarannya tidak di tolak.
“Abang jangan nak buat gila dekat sini, boleh tak?!” marah Inas lalu mahu bangkit dari situ, namun tidak menjadi Uwais pantas menyentap tangannya
“Abang pernah gila Inas, dan kali ni, abang akan terus gila bila Inas tolak lamaran abang,” ujar Uwais sayu.
“Abang! Inaskan pernah cakapkan? abang tak gila! cuma sewel dan sengal je!” bulat mata Inas memarahi Uwais, kerana selalu menyebut dirinya gila.
“Jadi kiranya Inas setujulah, ye?” Uwais memberi jawapannya sendiri.
Inas terkedu sendiri, mulutnya terkumat-kamit mahu berkata sesuatu, saat itu juga Uwais mengeluarkan sebentuk cincin emas dari koceknya dan menyarungkan ke jari manis Inas, Inas nyata terkejut.
“Abang si mamat sewel dan sengal!” hanya itu yang terpancul keluar dari mulut Inas.
“Mamat sewel dan sengal ini jugalah yang membuat Inas larikan diri dan turut tersewel sama kan?” usik Uwais tersenyum menggoda.
Meletus tawa Inas bila Uwais mengusiknya begitu, dia rasa kebahagian menunggunya, hati kecilnya berdoa agar perhubungan mereka kekal bersama walaupun dengan bekas pesakit jiwa.