Jumaat, 27 Mei 2016

Untukmu sayang

SELAT Melaka membuatkan Amalina teringatkan kasihnya yang terdahulu. Dahulu betapa dia menyayangi seorang lelaki yang hampir setiap hari dia memujanya hinggakan kasihnya kepada anaknya seorang itu hampir punah. Ya..betapa dia taksub dengan cintanya.Dari jauh di melihat anaknya riang bermain bersama anak jirannya. Duduk di kampung lebih mencabar daripada bertandang ke Bandar. Dibandar tiada sesiapa yang mahu mencanang cerita tentang keluarganya tetapi di sini..cerita yang terjadi pada dirinya heboh diperceritakan.
Amalina melihat jam tangannya. Sudah mencapai angka 7 petang. Dia cepat-cepat berlari kearah anaknya. Wajah anaknya dipandang. Wajahnya seperti wajah arwah suaminya. Sudah sepuluh tahun suaminya hilang di laut. Dan tiada kenangan antara mereka kecuali si kecil yang berusia 9 tahun yang berada di depan matanya.
“Raihan, jom kita balik. Ajak Misya sekali.”ujar Amalina kepada anaknya. Raihan hanya tersenyum dan mengangguk kemudian dia berlari dan mencapai tangan anak jiran sebelah rumahnya. Sesudah berkata sesuatu, Misya memperkemaskan pegangan tangan itu dan berlari ke arah Amalina yang dari jauh tidak hilang dari memerhatikan perilaku anaknya.
Amalina tersenyum kapada Misya. Dia mengengam dangan kedua-dua budak kecil di kiri dan kanan. Kereta Perdana hitamnya di letakkan betul-betul berdekatan. Memang senang jika membawa anak kecil seperti dirinya. “Misya..besar nanti..jadi menantu Umi ya.”usul Amalina sengaja mahu mengusik anaknya yang sudah berani mengajak anak dara orang berkahwin.
Raihan tersenyum malu di hadapan. Misya yang juga tersenyum mengangguk-angguk malu. Amalina menghulurkan pipinya untuk mendapatkan ciuman Misya yang duduk di belakang. Raihan hanya memerhati tanpa menganggu suasana tersebut. Kemudian Amalina menjeling anak lelakinya. “Han..besar nanti jangan bawa gadis lain jumpa Umi selain Misya tau.. Ingat.”arah Amalina sengaja.
Dia sengaja mahu mengusik hati anak kecil itu. Dia tidak mahu anak kecil itu kesepian tanpa ayah. Dia mahu mengisi segenap ruang yang kosong di dalam hati anak kecil itu. Setiap perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan kegemaran anaknya akan Amalina tunaikan janjinya dengan membawa anak kecil itu menonton perlawanan yang berlansung. Sehinggakan dia membawa anak itu terbang ke Austri semata-mata mahu melihat perlawanan ahkir Euro 2008 antara Sepanyol pasukan pilihan Raihan dan Jerman. Itu semua dilakukan untuk Raihan. Anak kecil yang membuntukan perhatian.
Raihan tersenyum mendengar ujaran Uminya. Dia terus mengangguk tanpa bersuara. Amalina juga membalas anggukkan itu. Sebenarnya dia tidak mahu memaksa anaknya mengikut kata-katanya kerana anak-anak sekarang mempunyai pilihan mereka sendiri. Dia tidak mahu kejadian silam seperti dulu terjadi sebagaimana dia terpaksa berkahwin pada usia baru mencecah 16 tahun dan melahirkan Raihan pada dia sibuk menghadapi SPM. Hidupnya terus kelam apabila kehilangan suami yang diutuskan oleh ibubapanya pada usia baru 18 tahun. Semua itu terjadi kerana keinginan keluarga yang tidak memikirkan kehendaknya. Namun itu semua kenangannya sehinggakan dia meninggalkan Raihan bersama kedua ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke UKL sehinggakan dia melupakan kehadiran Raihan apabila dia menemui cinta pertamanya. Kini Amalina boleh menabik dada apabila dia mempunyai kerjaya yang selama ini tidak terlintas di kepalanya. Spa AR yang menjadi penguasa dalam kalangan Spa-spa di Kuala Lumpur membuatkan Amalina boleh berehat apabila sudah 20 cawangannya boleh berdiri dengan sendiri. Usahawan wanita yang berjaya pada usia 27 tahun.
“UMI..Han nak makan KFC.”usul Raihan. Amalina memandang anaknya. Lauk yang baru dimasaknya dipandang sepi. Penat-penat dia memasak, anaknya rupa-rupanya mahu menikmati makanan segera. Amalina mengeluh melihat asam pedas ikan pari kegemaran anaknya. Raihan berlari menuruni tangga rumah kampong milik arwah kedua nendanya.
Raihan memandang Uminya dengan pandangan serba salah. Dia tidak tahu yang Uminya sudah memasak dan apabila dia menjerit meminta KFC dia baru selesai mengaji bersama ayah,Misya di rumah sebelah. “Umi..”panggil Raihan apabila melihat Uminya termenung jauh.
Amalina tersedar dari lamunannya. “Ok..Raihan. Kita pergi simpang empat makan KFC ya.. Kita ajak Misya sekali.”jawab Amalina. Raihan memandang Uminya yang menutup meja makan dengan perasaan yang bersalah.
“Umi..”panggil Raihan.
“Ya sayang..”jawab Amalina memandang Raihan yang sudah duduk diatas kerusi makan.
“Raihan nak makan lauk yang Umi masak. Esok-esok kita makan KFC dengan ‘isteri’ Han tu..”jawab Raihan sambil tersenyum. Amalina tersenyum melihat anaknya yang berani mengelarkan Misya sebagai isterinya.
Amalina mengambil pingan dan dihulurkan kepada Raihan. “Lain kali jangan gatal panggil Misya itu isteri Han. Tak baik macam tu.”arah Amalina. Raihan menyambut huluran Amalina. Dia memandang nasi yang sudah diisi kedalam pingannya oleh Amalina.
“Kenapa Umi?”soal Raihan kehairanan.
“Sebab Umi tak nak Misya malu bila Han cakap macam tu dekat orang lain. Lagipun minggu depan kita nak balik KL. Tak tahu bila kita boleh jumpa Misya lagi.”usul Amalina. Dia sudah mengisikan lauk ke pingan Raihan sambil tersenyum.
“Raihan kena janji dengan ibu yang Raihan akan setia pada cinta Han. Kalau dah cinta jangan nak lukakan orang yang Raihan sayang.”sambung Amalina. Dia risau melihat Raihan yang tidak mengerti kata-katanya tetapi Raihan mengangguk dengan yakin membuatkan Amalina kagum melihat anak kecil ini yang sentiasa bertolak ansur dengan dirinya.
“Raihan janji akan setia seperti Umi setia menjaga Raiha. Terima kasih Umi..Raihan janji akan sentiasa setia dengan Umi. Raihan akan terima segala keputusan Umi. Raihan akan isi ruang kosong yang ayah tinggalkan pada Umi. Sebab Raihan sayang Umi.”
“ABANG janji akan datang jumpa Misya lagi. Abang akan datang jumpa Misya bila abang nak pelangi dan bunga abang. Waktu itu abang akan balik.”ujar Raihan. Misya mengaru-garu kepalanya. Dia tidak mengerti kata-kata yang baru diusulkan budak darjah tiga dihadapannya.
“Abang Raihan cakap apa ni. Misya tak faham.”balas Misya dia melihat ayah dan ibunya membantu Amalina membawa beg ke dalam kereta Perdana milik Umi Raihan.
Raihan tersenyum. “Satu hari nanti Misya akan faham apa yang abang katakan ini. Misya jaga diri dan tunggu abang balik ya.”
“Bila bang balik?”soal anak kecil yang berusia 8 tahun ini.
“Bila abang dah besar dan ada kereta sendiri.”jawab Raihan sambil tersenyum. Dia menghulurkan tangannya kepada Misya. Misya menyambut dan mencium tangan kecil itu. Lantas Raihan memeluk Misya sambil mengucapkan sesuatu yang tidak difahami langsung oleh Misya.
Amalina datang memeluk Misya. Misya mencium tangan Amalina lantas tersenyum lagi. “Umi..Raihan nak tangkap gambar dengan Misya. Boleh tak?”soal Raihan.
“Boleh sayang..”jawab Amalina lantas berlari kecil menuju ke arah keretanya. Gambar antara Raihan dan Misya selesai ditangkap dengan senyuman ceria daripada Raihan dan tangisan kecil dari Misya. Amalina tersenyum. Itulah yang menjadi kenangan Raihan di Melaka.Lambaian Misya membuatkan hatinya sayu melihat air mata Raihan mengalir deras.
SEPULUH TAHUN SETERUSNYA..
“UMI..kita balik Melaka..”ajak Raihan. Dia memandang Uminya yang sedang leka menikmati sarapan pagi. Amalina memandang anaknya kehairanan. Dia tetap terus menyumbat kuih karipap yang baru dikelimnya pagi tadi.
Raihan memandang Uminya. Dia tidak mengambil sarapan lagi dan Amalina tahu tentang hal itu. Dia tidak menghulurkan sarapan kepada Raihan seperti biasa. Dia mahu melihat reaksi Raihan. Ahkirnya tiada reaksi yang sebenarnya dia mahu lihat. Anaknya mahu pulang ke kampong yang sudah berpuluh tahun mereka tinggalkan.
“Kenapa?”soal Amalina sengaja.
Raihan mengaru-garu kepalanya. Dia tidak memandang Uminya lansung. Dia takut yang Amalina akan mengetahui hal sebenar permintaannya. “Han..nak tengok kampong..”jawab Raihan perlahan.
“Apa Han?”soal Amalina. Dia memandang Raihan tajam. Sengaja dia mengusik anaknya sebegitu. Dia hairan melihat reaksi anaknya bagaikan orang yang bersalah.
“Kita balik kampong. Han dah tak tahan rindu. Han nak balik kampong.”luah Raihan. Dia memandang pandangan Uminya yang tajam menikam .
Amalina bangun dari duduknya. Dia menuju ke dapur dan kembali ke meja makan. Amalina menarik tangan anaknya dan membawa ke ruang tamu yang indah dengan hiasan ala-ala Italian. “Duduk!”arah Amalina.
Raihan duduk bertentangan dengan Uminya.
“Raihan nak balik sebab nak jumpa Misya ke?”soal Amalina terus tanpa berselindung. Raihan menelan air liurnya. Dia memandang Amalina dan menutup matanya dengan keluhan.
“Ermm..Han rindu dia. Han nak jumpa dia.”bisik Raihan perlahan. Dia membuka matanya perlahan-lahan tanpa memandang wajah Uminya.
“Kalau Umi cakap sesuatu..Raihan jangan terperanjat.”ujar Amalina. Dia melihat Raihan tekun menunggu ayat yang keluar dari bibirnya. “Misya..dah bertunang. Umi..tak nak balik kampong sebab Umi tak nak Raihan rasa sedih. Umi tak nak Raihan terseksa macam Umi..Umi tak nak Raihan derita kerana ketidaksetiaan seseorang kepada Raihan.”ujar Amalina. Dia memandang Raihan yang terperanjat.
Raihan memandang Amalina dengan pandangan yang tajam. “Betul ke Umi?”soal Raihan sambil menundukkan kembali kepalannya.
“BETUL bang, Misya dah bertunang.”ujar Misya tanpa sekumit rasa bersalah. Raihan tersentak. Jadi betulla cerita yang dikhabarkan Umi..bisik Raihan. Raihan melihat pantai Melaka yang menjadi kenangannya bersama Misya ketika mereka masih di alam kanak-kanak. Disinilah kasih sayangnya kepada Misya terbentuk kerana jalinan mereka yang utuh dan abadi. Tetapi bukan seperti sekarang. Rasa sayang Misya rapuh kepadanya dan berbeza pula kasih sayang dirinya kepada Misya yang semakin lama semakin mengunung.
Balik ke kampong Raihan terus berlari mencari Misya. Janjinya belum lagi tertunai. Dia belum mempunyai kereta tetapi dia sudah kembali semula ke kampong tetapi jika dia sudah mempunyai janjinya dia tetap akan berpisah kerana Misya bukan miliknya lagi, itu pun sudah dibuktikan Misya.
“Jadi..Misya tak pernah tunggu abang?”soal Raihan tenang. Dia tidak memandang Misya tetapi dia lebih senang melimpahkan pandangannya ke pantai. Hatinya lebih tenang daripada memandang wajah manis Misya yang selalu dia rindui.
Misya senyap. Tiada kata-kata yang keluar dari bibir gadis itu. Raihan mengeluh. Dia tahu yang Misya masih lagi di belakangnya. Dia dapat melihat kehadiran Misya dengan ekor matanya. “Jadi..selama ini Misya tak pernah sayang pada abang?”
Raihan berpaling memandang Misya yang senyap. Asyik-asyik senyap..getus hati Raihan. Dia tahu yang Misya serba salah tetapi hatinya mahukan juga jawapan dari bibir manis dan nipis itu. “Pernah tak fikir kenapa abang selalu bagi surat pada Misya?” persoalan Raihan tidak mendapat jawapan.
Ahkirnya Raihan menyerah kalah. Dia tidak sepatutnya meluahkan perasaannya kepada gadis yang tidak mengetahui apa-apa tentang perasaan yang tumbuh dalam hatinya. Ini silapnya juga kerana tidak pernah menyuarakan rasa hatinya apabila berutus surat. “Tak apa la kalau Misya tak nak jawab soalan abang. Mungkin semua ni terjadi sebab abang terlalu setia pada pelangi dan bunga abang.”ulas Raihan sebelum dia menapak meninggalkan Misya yang menghantarnya dengan pandangan seribu makna. Raihan tidak lagi menoleh. Cintanya bukan milik Misya, air matanya bukan untuk Misya dan tulang rusuk Misya bukan juga miliknya.
“UMI..kita balik KL esok.”suara Raihan membuatkan Amalina tersentak. Dia memandang anaknya merebahkan badan betul-betul di atas sofa antik milik kedua ibubapanya. Amalina bangkit dari duduknya. Dia memandang Raihan apabila Raihan seperti melarikan wajahnya. Amalina menarik bantal yang menutupi wajah anaknya.
Wajah Raihan sembab. Matanya merah mengalirkan air mata yang tidak terkira dan tidak mahu menunjukkan reaksi berhenti. Hidung Raihan yang mancung itu berair dan mukannya yang putih merah menyala menahan tangisan. Amalina mengelap air mata anaknya. Dia membangunkan anaknya yang terbaring dengan senyuman penawar.
“Sudah la sayang..Misya bukan untuk mu sayang.”pujuk Amalina. Dia mengurut-urut dada Raihan yang berombak menahan sebak.
Raihan menerpa ke arah Uminya. Air matanya masih lagi mengalir. Dia tidak boleh mengawal dirinya daripada berhenti menangis. Amalina juga risau memikirkan keadaan anaknya. “Sayang..stop crying. Kehilangan Misya bukan menandakan Raihan kehilangan segalanya. Cinta boleh dicari sayang. Kasih sayang tu yang tak boleh dicari kerana ia datang dengan sendirinya. Walaupun Misya dah bertunang..kasih sayang dia pada Raihan tetap utuh malah lagi utuh.. Percaya cakap Umi.”pujuk Amalina lagi.
Raihan mengeleng laju. Dia memejamkan matanya. Dia tidak sanggup melihat Misya jatuh ke tangan orang lain kerana hanya Misya yang menjadi pelangi dan bunganya. Dia juga setia seperti permintaan Uminya. Dia lakukan begitu kerana dia mahukan yang terbaik untuk semua. Untuk Umi, Misya dan juga dirinya tetapi ini balasan bagi dirinya.
“Umi..Misya tak pernah tunggu Han!. Dia tak pernah sayang Han!..Dia pun tak pernah nak jadi pelangi dan bunga dalam hidup Han Umi.. Dia tak pernah tahu perasaan Han! Dia tak ada perasaan Umi..Dia kejam Umi!!.. Han tak boleh hidup tanpa dia Umi..Han tahu Han lelaki dan tak sepatutnya Han menangis macam ni tapi Han tak boleh kawal perasaan Han Umi.. Raihan lemah..Raihan lelaki yang lemah!.”tangis Raihan. Dia tidak mahu lagi kembali ke kampong. Dia juga tidak mahu mengetahui apa-apa lagi tentang Misya. Segala-galanya tentang kampong dan Misya! Biarkan semuanya lenyap!!..jerit hati Raihan.
“ASSALAMMUALAIKOM..Umi..Umi..”panggil satu suara dari luar rumah. Amalina yang sedang mengurut kepala Raihan yang tiba-tiba diserang demam memberhentikan perbuatannya. Raihan sudah tidur lena. Sisa air matanya masih lagi mengalir. Sepatutnya semalam mereka sudah berangkat ke KL tetapi kesihatan Raihan tidak mengizinkan Amalina.
Amalina menjengah ke pintu rumah. Ketika itu kelihatan Misya bersama plastik merah ditangan. Amalina membalas senyuman Misya yang menawan. Senyuman itulah yang membuatkan anak aku sayang padannya..getus hati Amalina. Dia menyambut huluran salam anak gadis itu. Kesopanan inilah yang menjadikan anak aku cinta padanya..getus Amalina lagi. “Ada apa Misya?”
Misya tersenyum. “Ibu ajak Umi datang rumah esok malam..Ada kenduri”ujar Misya sambil menghulurkan plastik merah ditangannya. Amalina menyambut huluran itu dengan anggukan.
“Apa dalam plastik ni Misya?”soal Amalina sambil mengambil peluang untuk mengintai disebalik plastik merah itu.
Misya tersenyum “Bubur untuk abang Raihan.”jawab Misya sambil tersenyum lagi. Dia memandang wajah Amalina yang sudah berubah air mukanya.
“Terima kasih sayang..”ucap Amalina. Misya mengangguk.
“Misya balik dulu Umi..kirim salam pada abang Raihan dan ibu minta abang Raihan datang sekali esok.”ujar Misya sebelum dia menyalami Amalina.
“Misya…tunggu sekejap. Abang Raihan kamu ada tulis surat terahkir untuk kamu semalam. Kami ingat nak balik semalam tapi dia pulak tak sihat. Sekejap..Umi ambik surat tu.” Amalina mengambil surat yang terletak di meja ruang tamu rumah lama itu. Misya menyambut surat itu dengan perasaan yang berbelah bagi.
Misya tersenyum kemudian. “Terima kasih Umi..”
MISYA membuka surat tersebut dengan doa. Hatinya luruh membaca surat itu. Terasa bersalah itu melampaui rasa sayangnya pada lelaki yang setia untuknya..
Keindahan ‘pelangi’ adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata hati ku ini
Keharuman ‘bunga’ kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah
Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Ku telah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hati ini
Untuk selamanya
Oh sayang..
Terima kasih kerana merantai abang dengan cinta. Terima kasih kerana mengajar abang erti bahagia menjadi manusia. Abang utuskan surat ini hanya untuk mengucapkan terima kasih. Terima kasih kerana saat kita berpisah dulu..Misya gengam tangan abang. Terima kasih ketika Misya sanggup membalas kembali surat abang dan terima kasih kerana mengajar abang bahawa cinta memerlukan pengorbanan. Terima kasih kerana berjaya membuatkan abang menangis. Terima kasih.
RAIHAN bangkit dari baringannya. Dia melihat Uminya yang mengisi ruang di sebelah sudah bangun apabila dia meracau sebantar tadi. Amalina memandang anaknya yang sudah terduduk. Amalina terus menuju ke dapur. Dia mengambil bubur yang baru dimasaknya tadi. Raihan mengucap dalan hati. Tadi dia bermimpi Misya betul-betul meninggalkannya dan terus lenyap dari muka bumi ini.
“Asstagfirullah Al-Azim.”ucap Raihan perlahan. Ketika itu Amalina melangkah masuk ke dalam bilik Raihan dengan dulang yang berisi air barli dan bubur ayam. Dia memandang anaknya dengan senyuman.
“Makan Raihan.”aju Amalina kepada anaknya. Raihan tersenyum. Dia terus membuka mulut apabila Amalina menyuapnya. “Semalam Misya datang..”lembut sahaja suara Amalina membuka cerita. Raihan mengangguk perlahan. “Dia datang hantar bubur.”sambung Amalina lagi. Raihan hanya mengangguk sahaja. Bukan malas tetapi dia serik mahu memikirkan gadis itu. Biarlah gadis itu berkecil hati atau apa-apa pun sekali. Dia tidak kisah.
“Umi..Raihan boleh makan sendiri.”ujar Raihan. Dia menyambut mangkuk yang dipegang Amalina. “Umi..kita balik hari ni.”
Amalina mengeluh tiba-tiba. Tidak pernah Raihan mendengar keluhan Uminya..inilah kali pertama Uminya mengeluh dan ini semua adalah kerananya. “Raihan..Umi dah bagi surat yang Raihan tulis untuk Misya.”usul Amalina.
Raihan hanya mengangguk dan terus membisu. Bubur tetap masuk menerjah ke tekaknya walaupun terasa pahitnya. “Bubur yang Misya bagi dah basi. Dah dua hari Han tak sedarkan diri. Malam ni kita pergi rumah Misya.”ulas Amalina lantas bangkit dari duduknya. Dia berjalan menuju ke pintu.
Air mata Raihan mengalir perlahan. Hati Umi mesti terguris dengan perangai aku..bisik Raihan dalam hati. “Umi..kita balik sekarang.”ajak Raihan. Dia meletakkan mangkuk bubur keatas meja lampu. Dia terus bangun dan memeluk Uminya daripada belakang. “Raihan tak nak jumpa Misya lagi..Raihan tak sanggup nak pandang muka dia Umi..Dia buat Raihan rasa bodoh.”luah Raihan.
Amalina mengelap air matanya. “Kita pergi sayang..Umi dah janji dengan Misya. Lepas kenduri di rumah dia kita balik KL. Kita tinggalkan semua yang menyakitkan hati anak Umi ni..ya..”pujuk Amalina.
Raihan melepaskan pelukkan itu. “Kali ini sahaja ya Umi..”ujar Raihan. Amalina tersenyum kemudian dia terus berlalu ke dapur. Raihan mengeluh. Dia terpaksa menempuh satu hari yang menyeksakan dan menyesakkan. Ya Allah..kau bantulah aku Ya Allah..Aku sudah kehilangan orang yang aku cintai dan janganlah pula kau larikan orang yang aku kasihi dan yang setia menjagaku Ya Allah. Hanya kau Ya..Allah tempat aku meluahkan segalannya..doa Raihan dalam hati.
SUASANA di rumah Ustaz Daud membuatkan Raihan sesak. Dia memandang Uminya sedang seronok berbual bersama saudara dari jauh dan dekat yang meraikan kejayaan Misya yang dapat melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne di Australia. Raihan hilang punca apabila kesemua kawan semasa kecilnya juga sudah pulang. Tinggal Raihan yang kelihatan mati kutu. Dia melangkah keluar dari rumah Misya dengan keluhan. Kereta BMW Amalina menjadi tempat dia merehatkan badan.
Disandarkan badannya ke kereta itu. Sekali lagi dia mengeluh.
“Assalamualaikom.”seru satu suara dari tepi Raihan. Raihan berpaling kemudian dia berpaling kembali semula. Tidak sanggup dia melihat wajah yang sedia berdiri di tepinya dan memandangnya. Ya Allah..tabahkanla hati aku..Jangan biarkan air mata ini mengalir dihadapannya. Jangan tunjukkan yang aku lemah tanpanya.
“Waalaikomsalam.”jawab Raihan dengan mengawasi suaranya. Dia tetap memandang suasana pantai dari jauh. Suasana malam ditemani bintang dan bulan.
“Abang..Misya nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki pada abang. Misya tahu Misya banyak mengusik hati abang tapi percayalah bahawa Misya sebenarnya han..”
“Sudahla Misya..tak ada dosa Misya pada Abang. Abang tak pernah sakit hati pada Misya cuma abang hanya nak penjelasan. Pada waktu abang meminta penjelasan pada Misya..Misya hanya senyap. Tak ada masa abang untuk mendengar penjelasan yang boleh dikatakan expired pada abang. Surat pun abang dah bagi untuk menjelaskan segalanya. Jadi..may God bless you.”ujar Raihan panjang lebar. Raihan tersenyum dalam hati . Puas hatinya dapat meluahkan segalanya.
Misya tersenyum. “Tapi..Misya bukan hanya nak minta maaf pada abang.”
“Misya nak apa lagi? Tak habis-habis lagi ke Misya nak duga abang. Hati abang ni Misya macam awan Misya tahu tak. Lagi lama Misya berdiri dekat depan abang..alamatnya berair mata abang. Jadi..go..go away from me. I don’t need you after what you have done to me. You make me do a confession in front of you”lirih suara Raihan. Dia memandang Misya tajam.
“Misya cuma nak abang tahu yang Misya selalu tunggu abang. Misya sentiasa sayang abang dan Misya tahu maksud di sebalik surat-surat abang dan Misya tahu maksud ayat terahkir abang pada Misya. Misya terima abang.”luahan Misya membuatkan Raihan bengang. Sudah bertunang tetapi mahu meluahkan perasaan kepada dirinya. Raihan menuju ke arah Misya. Pandangan matanya menikam pandangan mata gadis itu. Bara-bara kemarahan muncul jelas di mata Raihan.
“Please Misya..what the hell a you talk about!. Abang dah terima keputusan Misya. Kita tak ada apa-apa hubungan lagi. Tentang ayat terahkir abang tak payahla Misya sibuk-sibuk nak fikirkan lagi!. Will you marry me?. Itulah ayat abang kan?”soal Raihan perlahan selepas suaranya tadi begitu tinggi bagi lelaki seperti Raihan yang sentiasa tenang.
Misya mengangguk sahaja. Raihan tersenyum. Dia memandang cincin di tangan Misya. Itula cincin yang mahu berikan kepada Misya dahulu. Sama bentuk dan saiz tetapi cincin itu bukan cincin yang berada di jari manis gadis dihadapannya. Cincin itu tersemat cantik di jari Umi. Cincin itu selamat di jari Umi sebelum dia dapat mencari penganti Misya. “Abang..Misya nak minta izin dengan abang untuk pergi ke Australia. Misya sebenarnya tak nak cakap pada abang tapi ibu dan ayah suruh minta izin pada abang.”
Raihan tersentak. “Apa kena ayah dan ibu Misya? Abang ni tak kisah pun Misya nak pergi mana. Sekali Misya tak setia pada abang..abang dah tak nak tahu tentang Misya. Lantak Misyala..Abang dah penat nak tanggung-tanggung rindu macam ni. Jadi pergilah Misya jauh dari abang. Jaga diri macam biasa.”luah Raihan sambil berlalu. Hatinya tidak dapat di tahan lagi. Makin lama dia menunggu Uminya di situ dan menghadapi Misya..dirinya akan bertindak dengan lebih mengerunkan. Ya..Allah,terima kasih kerana menjauhkan diri aku kepadanya. Ya..Allah..selamatkanlah dia walau di mana dia berada kerana aku masih mahukan dia berada di samping aku walaupun dia bukan milikku..
“Abang!!”jerit Misya kuat.
Raihan berpaling perlahan. Dia tidak mempunyai daya untuk memandang gadis yang berlari ke arahnya. “Cukupla Misya..abang tak nak kita makin dekat. Misya bukan milik abang.”luah Raihan tenang. Dia mahu menyentuh pipi Misya seperti biasa tapi dengan cepat dia tersedar.
“Misya bukan milik abang tapi abang milik Misya. Misya terima abang bila Umi datang serah cincin pada keluarga Misya. Cincin tu ada pada jari Misya. Misya tak nak abang jauh dari Misya. Misya cuma nak abang tapi abang suruh Misya lupakan semua yang abang katakan.”Misya menangis selepas selesai bersuara. Dia memandang Raihan yang tersentap. Raihan memegang tangan Misya dan cincin itu cuba dikeluarkan Raihan dan dihalang Misya. Dia menarik tangannya. “Abang jangan berani nak putuskan pertunangan kita. Cincin ni milik Misya walaupun abang putuskan hubungan kita. Ini cincin Misya.”ujar Misya sambil menggelap air matanya. Dia memandang Raihan tajam.
Raihan tersenyum. Ya..betulla cincin itu cincin yang dia mahu berikan kepada Misya. Dia sudah mengukir sesuatu diatas cincin itu.. ‘ would you marry me.’ “Misya..abang..tak tahu pun.”ujar Raihan.
Misya mencebik. “Abang tu lembab sangat.”ujar Misya sambil menggelap lagi air matanya. Cincin dijarinya disentuh Raihan lagi. “Berani abang tanggalkan cincin ini?”soal Misya apabila melihat Raihan masih tersenyum dan memandang cincin dijarinya.
“Tak..abang tak akan berani nak tanggalkan cincin yang ada di jari gadis yang abang cintai. Abang tak boleh hidup tanpa Misya. Abang pun tak boleh nak bernafas tanpa kehadiran Misya. Abang yang tenang ini boleh jadi tak keruan bila Misya membisu tanpa kata bila abang minta penjelasan. Abang tak boleh nak buat diri abang lupa dari menyayangi Misya. Jadi..abang nak Misya sedia menerima abang.”ujar Raihan sambil menggelap tubir matanya yang berair.
“Abang nangis?”
“Tak..”jawab Raihan sambil menggelap lagi air matanya yang bertakung. “Misya.. maafkan abang.”pinta Raihan. Dia memandang Misya yang memandangnya.
Misya menggelap air mata Raihan. “Misya tak pernah simpan dendam pada abang tapi Misya masih simpan surat abang pada Misya.Terima kasih kerana rajin membalas surat Misya.”ujar Misya.
“Misya..terima kasih.”
“Sama-sama kasih”ujar Misya sambil tersenyum manja.
Raihan juga turut tersenyum. “Abang tak tahan tengok Misya senyum macam ni..apa kata kita kahwin.”ajak Raihan lantas mengengam tangan Misya. Misya tersentak.
Misya tersenyum malu seperti dahulu. Comel..desis Raihan. “Boleh..tapi tunggu Misya balik dari Australia.”ujar Misya sambil meneruskan senyumannya.
Wajah Raihan masam. “Ala..tak payah pergila..abang tak bolehla tengok Misya jauh dari abang. Rindu..”usik Raihan.
Misya mencebik. “Rindu konon! Sudahla..Misya nak balik. Duduk dengan abang dekat sini banyak setan!.”
“Kita bukan duduk tapi berdiri la Misya..Takkan lepas abang ajak kahwin Misya dah tak betul kot?”usik Raihan lantas dia tergelak besar. Misya malu. Dia terus berjalan tanpa menunggu Raihan. Raihan berlari mendapatkan bakal pengantinnya lalu tangan Misya digengam dan letakkan bersama-sama tangannya ke dalam poket seluarnya.
“Abang!”marah Misya apabila dilakukan sebegitu.
Raihan hanya senyap namun bibirnya mengukir senyuman penuh makna. “Misya.. abang sayangkan Misya..Abang perlukan Misya..Abang rindukan Misya..Abang cintakan Misya dan Abang inginkan Misya..”luahan Raihan membuatkan bulu roma Misya menegak. Raihan tersenyum melihat reaksi Misya. “Abang izinkan Misya pergi tinggalkan abang tapi hanya untuk seketika. Pergila Misya mengejar cita-cita Misya tapi jangan tinggalkan abang yang sudah menganggap Misya pelangi dan bunga abang.”ujar Raihan lantas mengeluarkan tangan Misya dan melepaskan pegangan itu.
“Terima Kasih abang..”

Khamis, 26 Mei 2016

Tak ku Duga...


Mia sambi membelek gambar didalam handset nya

"awak saya tak duga, apa yang berlaku ini semua sekelip mata sahaja. saya rindu awak". kata hati kecil mia

setahun 5bulan yang lalu..

"kau ni asal acu, aku tengok kau sedih je mcm org mati suami je" soal wahida kepada mia.
"aku sedihlah angah, khai masih tak boleh maafkan aku, tadi ada hamba allah mengaku dia ada hubungan dengan dia" nangis mia teresak2
"sabarlah mia ada hikmah semuani" pujuk wahida kepada ibu saudaranya..
sebulan sebelum kejadian itu, mia ada hubungi sahabatnya itu..mia tak tahu apa salah dia sehingga sahabatnya membenci dirinya. terasa dirinya ini sangat jijik..hampir 4bulan sahabatnya hilang dialah teman tapi mesra mia bertahun..

10/5/2014 

mia turun ke johor untuk bertemu dengan sahabat yang paling di rindu dan sayang. siap panggil b sayang lagi.. mcm couple pulak..tapi pelik dorg tak pernah declare apa2 hubungan pun just sahabat yang mia tahu..
" sayang bila kita nak jumpa, b rindu sgt dkt syg" kata khai bila text mia. "hurm insyallah b, nanti ada masa kita jumpa eh, b sabar kejap tau" balas mia sambil golek2 atas katil.
"sayang janji eh,.kita jumpa. sayang jom kita nikah nak tak??" soal khai gaya yang manja.
"boleh b, tapi kita kena face to face lah.mana blh kita discuss mcm ni, kitakan ada adat" pujuk mia.
khai atau qayyim memang seorang yang manja walau khai anak sulung, tapi jarang dengan adik2nya macam langit dengan bumi. tambah dengan mia lagi tambah mengada2 khai macam kucing siam hehehe..
"betul ni syg, wah tak sbar2,b sayang. syang i love you"wajah khai blink2
"ekk.love you b, tapi b sayang nk tanya b,  apa perasaan b pada syg.kita tak pernah couple pun sebelum ni kan"mia tergaru2 kepala.

"sayang paling istimewa dalam hidup b tau..paham b, suka usik b selalu ada dengan b" khai kalau boleh muncung tu dah serupa tikus.
ya allah adakah qayyim jodohku ya allah, kenapa setiap kali aku dengan dia aku rasa bahagia sangat2. adakah jodoh dengan qayyim berpanjangan atau sementara sahaja, andai dia jodohku kau satukkan kami sehingga ke jannah,
mia tak putus2 berdoa kepada kehadrat ilahi. namun hati mia berdebar. mia seorang gadis pemalu dan dia tak pernah yakin dengan diri sendiri, penampilan mia simple sahaja, mia akui dia tak pandai bergaya, dia malu dengan khai sahbatnya. berwajah sederhana..tapi sepanjang dorg berkawan mia lebih bersemangat.
selepas mia pulang dari pasir gudang jumpa khai, mia dan khai berbincang mengenai rncang khai ingin melamar mia, mia terima dengan hati terbuka, pertama kali qayyim lafaskan perkataan keramat pada mia di hadapan orang ramai..terasa malu mia seketika..

namun itu hanya sementara seminggu mia balik penang, khai berubah, khai langsung tak hubungi mia, msg di hantar tak di balas, call di buat tak di angkat khai..
"khai, mana khai pergi..kenapa khai buat mia mcm ni, khai mia rindu khai .please khai balas msg mia," teresak2 mia nangis.

ya allah apalah dugaan yang kau berikan ini, akan ku tempuhi dengan tenang..
mia setiap hari menanti khai sahabatnya bulan berganti bulan.
khai apa salah mia khai..mia teruskan kehidupanya tanpa sahabat.
sampai satu hari mia di maki hamun oleh perempuan yang mengaku dia ada hubungan dengan dia, mia teresak2 nangis.. sakit hanya allah yang tahu..

"khai mia minta maaf kalau mia ada buat salah"
mia hanya mampu berkata dalam hati. habis semua akuan laman web sosial mereka, khai block ..
wahida cuba memujuk mia, mia memang tak ada perasaan nak tolong buat persiapan majlis kahwin ika..hanya mia tahu sendirian sahaja..
mia bersusah payah buat kek hari lahir khai. macam2 dia pujuk khai namum khai sedikit pun tak hargai..
mira sepupu rapat mia, cuba bagitahu khai tapi khai hanya jawap dah tak ada jodoh nak buat macam mana..menyirap hati mira bila khai umpama mia terhegeh2 dekat khai..
wahida cadangankan mia buat akuan baru stalker khai.mia fikir2 lama jugaklah. mia akhirnya setuju jadi orang lain.

puteri adalah nama pena mia, semasa majlis khawin ika di perlis khai dengan puteri (mia) mula berkenalan dalam wechat. secara tak kebetulan mia dengan khai berada di perlis cuma lokasi sahaja berpisah..
mia tersenyum bahagia. khai yang dia rindui kembali. tapi mia sedih macam mana kalau khai tahu dia mia..

"sape nama awk"soal puteri pada khai
"qayyim" balas khai
"saya puteri amira khadija" jawap puteri
"saya abdul al qayyim, panggil khai je. mana you dapat id i" balas khai
erkkk..pahit mia telan air liur.
"geng nak jawap mcm mana dia tanya" ,soal mia masa lepas majlis kenduri ika..
"jawap je peorple nearby" jawap wahida
"dekat people nearby, tap sy tak sempat add awk, just ingat id je, maaf add awk" balas puteri
"ouh tak pe" balas khai pulak, " puteri you kerja ke study" soal khai kembali pada puteri
"i buat part time phd sambil jadi tenaga pengajar sambilan sahaja" jawap puteri
"wau lecture,, malu i. i ni keje biasa je" kata khai kembali
"awk, semua tu tak penting sangat yang penting hati kita kalau nak berkawan, awak asal mana eh"-tanya puteri
"i asal pasir gudang, datang bercuti dengan family dekat penang terus ke padang besar ni" balas khai.lagi
wah khai dari situ nampak sangat die melayan perempuam cantik sahaja, mementang ema tu cantik kau nak layan je. kata sarah pada mia. mia hanya mampu menitis air mata sahaja
"puteri you tak boy ke, nanti boy you mara pulak dekat i msg2ni" tanya khai lagi
"tak de lah sapa nak dekat sy ni khai busy manjang" puteri balas lagi.. tapi hakikatnya hati mia mcm kena lorek2 ye..khai je special bg mia tapi khai tak pernah nampak semua tentang.
bila puteri tanya dekat khai yang khai ada tak sesapa kawan dekat penang tu, khai hanya jawap taka da, menangis mia dalam hati.

"lah perempuan pandai mcm you tak ada org nak, ish2 jual mahal ke" lasernya khai
mia terasa hati dengan kata2 khai tu.
"saya ada seorang sy syg tapi dia jauh sy" baas puteri
"maaf you" balas khai lagi
"so kay, awk tak ada org marah"
" i solo lah you, i tak nak bg harapan pada sapa2 cz nanti tertiba lost contact mcm mana" kata2 ,khai tu buat mia menangis..

khai nape khai x boleh perasan puteri tu mia, sampai hati khai tak ingat mia, memang khai buang mia dalam hidup khai ke sampai khai benci mia macam ni.
bulan berganti bulan hubungan puteri dengan khai rapat sekali..walau tak pernah jumpa dorg selain rinduan. tapi mia tetanya2 sampai bila khai dengan puteri..mia syg khai tapi  khai syg puteri dan puteri tu mia, hanya wajah ema sahja..khai ,mia salah sebab buat khai mcm mi, sedara mia nak khai sedar tapi mia tak sanggup tengok khai sedih hari2.. mia sanggup telan pahit biar happy kalau ema nak khai, mia sanggup berkorban..hari demi hati dorg selalu bergaduh.hal kecik je khai ada je nak salahkan puteri tak msg tak boleh call..mia di sini asik2 diberi tekanan dari sedaranya suruh berhenti nyamar jadi puteri..dari situ puteri (mia) buat mcm2 nak bagi khai benci dia..mia tak ada niat nak buat mcm tu tapi mia terpaksa khai
kini puteri telah hilang dan khai telah kotakan kata2 nya

 “ i tak pernah dan bagi harapan pada mana2 perempuan, dan macam mana satu hari nanti kita lost contact”
akhirnya mia tekad hilangkan diri watak puteri tu..puteri hilang diri, mia sedar khai ada org lain.
khai mia minta maaf sangat2 ,mia tak pernah niat buat khai mcm tu. mia tetalu sygkan khai.
tapi khai tak nampak diri mia. 

mia tahu mia tak secantik dorg tak sebijak dorg ..ia busuk mia jijik pada khaikan..
bila mia tengok khai mention nama akhilah dekat fb dekat wechat hati mia sakit khai.. memang orang kata mia bodoh tunggu khai sebab khai dah lupakan mia. dan mia masih berharap pada khai..sedangkan khai happy dengan akhilah
khai selagi allah swt tak temukan mia dengan jodoh mia , mia akan tunggu khai..
dan mia tak jemu berdoa pada allah.
khai ingat tak lagu mia buat dekat khai tu, lagu tu mia nak khai nyanyi tapi khai tak nak nyanyi khai cakap tak reti..masa tu mia buat sendiri utk khai..memang masa tu puteri yg bagi tapi mia yg tulis..
khai kalau mia bukan puteri mesti khai benci mia kan.dan kalau dah khai tahu mia tu puteri mesti lagi benci sebab tipu khai.. khai tak suka org tipu khai tapi mia jujur pun khai tak suka.
khai mia nak minta maaf pada khai kalau mia pernah buat sesuatu yang mia tanpa mia sedar.


Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan
Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati
Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
sebaris lagu syamel yang kini popular membuat mia menangis, 
ya allah ya tuhan ku, kau kuatkan hati ku tabahkan diriku ni

qayyum, mia rindu qayyum
maafkan mia apa yg berlaku..
bagi mia peluang utk terus terang...





Ahad, 22 Mei 2016

ISTIKARAH CINTA

Suasana di kelas itu senyap serta merta bagai ada malaikat lalu. tahulah dia siapa yang lalu dihadapan kelas dia itu. Bahunya di cuit. Segera dia memandang rakan sebelahnya. Kemudian dia menoleh ke hadapan. Jelas terpampang wajah bengis cikgu Ahmad. Mata cikgu itu memandang tepat ke arahnya. Kelu. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Siapa yang tidak kenal dengan cikgu Ahmad. Cikgu yang paling garang di sekolah itu. Namun, dia tidak seperti rakannya yang lain. Dia kenal dengan cikgu itu. Pak longnya. Sikap tegas pak longnya tidak sama sekali menurun ke dia. Hanya ada waktu yang sahaja akan dia ikut sikap pak longnya itu. Malangnya, tiada siapa yang mengetahui bahawa mereka merupakan sedara. Bukan dia merahsiakan tapi tidak ada yang menanyakan.
“Farhah. Jumpa saya di bilik guru.” Tegas arahan cikgu Ahmad. Mengeluh lagi. Kelas menjadi riuh rendah kembali setelah cikgu Ahmad melangkah pergi. Farhah melangkah lesu ke arah bilik guru. Apalah nasibnya kali ini? Setiap hari ada sahaja yang harus dia lakukan. Sudah dia dibebel kerana jarang masuk kelas. Semua itu hanya kerana dia menjalankan tugasnya sebagai ketua pelajar perempuan. Jadah apa jawatan yang dia sandang pun tak tahu.
“Again, right?” Farhah hanya mengangguk. Dia tahu siapa disebelahnya. Sudah pasti ketua pelajar lelaki. Tidak lain tidak bukan sedara dia juga, Farhan. Nasib badanlah mereka. Mereka di didik dengan cikgu Ahmad dari kecil supaya menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. Dia dan Farhan di lantik hanya kerana tiada siapa yang berani berdepan dengan cikgu-cikgu yang garang di sekolah itu. Mereka pula jenis baik dengan semua orang. Tidak kiralah cikgu itu garang ataupun tidak. Hormat tetap hormat. Itulah prinsip cikgu Ahmad.
Bukk! Sakit bahunya kerana melanggar seseorang dihadapannya. Sudahlah dia penat. Fikir mahu belajar lagi. Malangnya nasib dia hari itu. Menyesal datang, beb!.
“Farhah. Merungut ke? Sampai ada orang dekat depan pun awak langgar.” Sentap! Itu yang Farhah rasakan. Farhan hanya senyap. Dia mengerti dan tahu itu adalah suara cikgu Ahmad. Lembut tapi tegas. Petah tapi sinis. Farhah hanya menundukkan kepalanya.
“okey. Saya nak kenalkan ini guru baru. Guru praktikal.” Farhah tetap menundukkan kepalanya. Malu. Itu yang dia rasa. Dia sebenarnya pelik. Kenapa pak longnya macam teragak-agak nak kenalkan lelaki di sebelahnya.
Farhah melihat Farhan berlalu pergi bersama seorang guru perempuan. Dia sudah sedia maklum yang guru itu akan menjadi guru kelas Farhan. Sudah pasti disebelahnya menjadi guru kelas dia. Kringg! Lonceng rehat sudah berbunyi. Dia masih lagi terconggok depan dua orang lelaki itu.
Suara itu? Farhah tercengang. Dia kenal benar suara itu. Segera dia menoleh ke arah guru praktikal disebalahnya. Kaget. Itu riak mukanya ketika itu. Pandangan segera di kalih ke arah cikgu Ahmad. Dia cuba minta pengertian daripada cikgu itu. Namun, hampa. Cikgu Ahmad hanya mendiamkan dia. Redha dan ikhlas. Itu yang dia tanam dalam hati. Dia meminta diri untuk pulang ke kelas. Niat di hati mahu makan tidak di teruskan. Langkahnya terhenti apabila menyedari dia tertinggal seseorang.
“Mari cikgu. Saya tunjukkan kelas.” Jelas tergetar-getar aku mengajak. Tangungjawab tetap tanggungjawab. Lelaki itu hanya tersenyum. Senyuman itu sangat dia rindukan.
Setahun yang lalu,…
Hambar. Sayu. Dia memandang wajah pak longnya. Dia meminta kekuatan. Farhan dipandang sekilas. Dia tahu sedaranya itu berduka dengan apa yang menimpanya ketika itu. Soalan yang diajukan peguam di ulang lagi.
“Puan, dah ikhlas dengan penceraian ini. Benar bahawa keputusan ini tidak ada paksaan dari pihak lelaki?” soal hakim kearahnya. Tunduk. Dia mengangguk tanda benar dengan keputusannya. Pandangannya dikalih kearah lelaki dihadapannya.
Perkahwinan atas dasar hutang memang menyakitkan. Demi menjaga maruah pihak lelaki, dia terpaksa berkorban. Namun, hampa. Pengorbanannya tidak dihargai. Masih terpalit segar, dia terpaksa mengantikan tempat anak pak long. Silap arwah atuk kerana berhutang dengan keluarga Tan Sri Khairul. Pihak sana akan menganggap hutang itu langsai jika anak pak long berkahwin dengan cucu Tan Sri Khairul. Itu semua di lakukan hanya mahu menutup malu keluarga itu kerana cucunya itu di tangkap basah. Tapi entah mengapa, dia pula jadi mangsa. Anak pak long, melarikan diri ketika pernikahan mahu berlangsung. Terpaksa dirinya menjadi mak sanggup.
Tanpa rasa cinta? Siapa kata? Dia cintakan Aizzudin sejak lelaki itu melafazkan akad nikad. Walaupun usia masih muda. Dia tahu menjaga batas pergaulan. Aizzudin. Lelaki yang pernah menjadi suaminya. Kini, dia hanya mampu mendengar lafaz cerai dari mulut lelaki itu. Cinta? Biarlah dia lupakan cinta itu. Pernikahan mereka hanya bertahan 3 bulan. Pernikahan dan penceraian tetap menjadi rahsia. Diam. Itu yang Farhah lakukan. Farhah bersyukur dia tidak mempunyai edah dengan penceraian ini.
Sungguh, hanya di atas kertas gelaran isteri dia sandang. Aizzudin tidak pernah melayani dia. Dia hanya di layan layaknya orang asing dalam hidup Aizzudin. Perempuan kerap masuk ke rumah mereka sepanjang 3 bulan itu. Sakit hati mahu di ingat lagi. Tiada tangisan di luaran tapi hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan Farhah ketika itu. Keluar sahaja mahkamah, Aizzudin menarik tangan Farhah ke suatu sudut. Keluarga mereka hanya melihat tindakan Aizzudin.
“Aku tak nak kau hebohkan pasal ini. Dan aku tak nak pasal aku dan perempuan tu sampai ke pengetahuan atuk. Kau faham?” jelas tegas amaran Aizzudin. Farhah memandang lelaki itu dengan senyuman. Dia tidaklah bodoh nak sebarkan aib suaminya. Suami? Opss! Bekas suami.
“okey. Saya berharap saya tak jumpa awak lagi. Bye. Assalamualaikum.” Farhah segera berlalu pergi. Dia tidak kuat untuk berhadapan dengan lelaki itu lama-lama. Dia takut air mata yang dibendung jatuh dihadapan lelaki itu. Dulu dia beralah dengan pernikahan itu. Sekarang dia beralah dengan penceraian ini. Semua yang dia lakukan dengan suatu luka. Dia tanamkan azam, untuk melupakan lelaki itu. Janda? Tergelak kecil Farhah. ‘Janda pun jandalah. Bukan orang tahu pun.’ Getus Farhah.
Farhah segera mengelap air matanya. Dilihat sekeliling. Untung sahaja tiada siapa di dalam kelas. Mahu kantoi dia menangis. Al maklumlah, dia jarang nangis depan orang. Dia tepis segala masa lalunya. Lantas dia tersenyum. Sudah 2 bulan lelaki itu mengajar di kelasnya. Farhah tersenyum tipis. Aizzudin memang jadi pandangan orang sejak lelaki itu mula menapak di dalam kelas 6 Ikhlas. Farhah mengeluh. Kenapa layanan lelaki itu pada dia lain dibandingkan dengan rakan-rakannya. Mengapa dia selalu menarik perhatian lelaki itu?
“Farhah. Petang ni nak join tak? Study.” Soal Arina kepadanya.
“study? Sejak bila kau minat study, yunk? Setahu aku kau paling susah kalau ajak study.” Farhah kebingungan. Benar apa yang dikatakan. Arina merupakan orang yang paling liat kalau di ajak study. Kalau ajak pergi shopping, Arinalah yang paling laju. Pandangan pelik dihalakan ke arah Arina. Arina hanya menanyangkan gigi.
Farhah segera melihat kehadapan kembali. Semua rakan sekelasnya sudah masuk termasuk guru kelas mereka. Farhah terkedu. Pandangan mata dia dan Aizzudin bertemu. Pantas dia melarikan pandangannya. Mulut beristighfar dengan ketelanjurannya tadi. Debaran di dada dapat di rasakan. Diam.
Aizzudin tersenyum manis. Tiada yang banyak berubah dari gadis itu. Rindu. Dia rindu dengan gadis itu. Sejak penceraian dia setahun lalu. hidupnya jadi sunyi. Segala yang dia lakukan serba tak kena. Ada sahaja yang tak betul. Sepanjang 3 bulan dia hidup bersama Farhah, gadis itu menjalankan tanggungjawabnya di rumah. Walaupun, dia kerap membawa Elena ke rumah mereka. Lupakah Farhah kepada dirinya?
“memandangkan petang ini saya free. Saya nak buat study group dengan korang. Terpulang pada siapa yang mahu ikut mahupun tidak. Tiada paksaan.” Farhah memandang Arina. Ini ke sebabnya minat disebelahnya mahu study. Pembicaraan Aizzudin terhenti. Cikgu Ahmad membicarakan sesuatu kepada Aizzudin. Wajah sayu pak longnya itu menarik perhatian dia.
Farhah terkedu. Farhan datang dan memeluk dia. Tindakan Farhan membuat seisi kelas senyap. Farhah sendiri bingung. Apa yang sudah terjadi?
“Umi..” diam. Segera Farhah meleraikan pelukan Farhan. Sukar dia menebak apa yang mahu disampaikan Farhan. Pandangan aneh rakan-rakan sekelasnya hanya dibiarkan. Farhan menundukkan kepalanya.
“kenapa dengan umi? Farhan jangan macam ni? Kenapa dengan umi?” Farhan tetap diam. Takut untuk dia ucapkan apa yang baru dia dengar daripada pak longnya sebentar tadi. Dia memandang Aizzudin yang berada di sebelah Farhah. Sayu pandangan lelaki itu. Mungkin pak longnya sudah memberitahu kepadanya.
“Farhah banyak bersabar, ya? Allah lebih sayang ibu Farhah. Ibu Farhah dah meninggal dunia kerana kemalangan.” Jelas Aizzudin. Kesian dia melihat Farhah menangis. Jarang sekali dia melihat Farhah menangis. Farhan memeluk Farhah. Dia menenangkan kakak sedaranya itu. Farhah tidak menolak. Dia dengan Farhah merupakan adik beradik susuan.
“Dulu abah tinggalkan Farhah sekarang umi. Farhah tak kuat, Farhan.” Tersedu-sedu Farhah. Pak long menarik tangan Farhah. Dia mengajak Farhah dan Farhan pulang. Sepanjang perjalanan pulang. Farhah mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Hatinya sakit. Dulu abahnya meninggal kerana kemalangan. Kini, uminya pula. Dia cuba menjadi kuat tapi hatinya rapuh. Kini, tinggal pak long, mak long dan Farhan tempat dia bergantung. Dia hilang segala-galanya sekarang. Dia tunduk dan dia menangis lagi.
Lima tahun kemudian,..
Farhah menyiram air ke pusara uminya kemudian ayahnya. Rindu dia kepada kedua orang tuanya itu. Kemudia dia menyiram pusara ibu bapa Farhan. Farhan sudah anak yatim dari kecil. Ketika itu, mak su dan pak su ingin mengambil Farhan di rumahnya setelah mereka pulang dari hospital. Entah mengapa, mak sunya tidak mahu membawa Farhan sekali. Mungkin mak sunya tahu yang dia akan pergi. Farhah beza lima bulan dengan Farhan. Setelah kematian orang tua Farhan, arwah umi menyusukan Farhan. Kerana ketika itu usia Farhan masih tiga bulan manakala dia lapan bulan.
Farhah memandang orang yang menarik tangannya. Dia melihat Farhan sambil tersenyum. Tahulah dia bahawa Farhan mengajaknya pulang. Sudah lima tahun dia tidak pulang ke kampung halamannya setelah dia dan Farhan dapat menyambung belajar ke luar negara. Kebetulan tempat mereka sama, jadi tidaklah pak long dengan mak long risau jika dia pergi sendiri sudah pasti mereka tidak benarkan.
“jom balik. Lagi pun Farhan rasa dah rimas ni. Nak mandi nanti. Farhan tengok Farhah pun dah macam belacan je.” Gelak Farhan. Lantas tangan Farhah lincah mencubit pinggang Farhan. Ada sahaja yang Farhan nak usik dia. Sehari kalau tak usik memang tak sah. Farhan sudah berlari-lari anak sambil ketawa meninggalkan Farhah. Farhah hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.
Sesampai sahaja dirumah pak long, mereka melihat ada beberapa kereta di hadapan rumah mak long. Dalam dua tiga buah kereta. Farhan segera memberi salam. Terpampang wajah mak long di hadapannya. Wajah ceria mak long bertambah ceria melihat mereka berdua. Mak long memeluk Farhah dan Farhan dengan erat. Rumah yang asalnya riuh rendah menjadi senyap melihat kelakuan mak long. Setelah Farhah masuk. Kaget dia dibuatnya. Mak Aih.. Ramainya lelaki. Farhah menundukkan pandangannya. Segera dia beristighfar.
“Mak tak cakap pun dengan Faruq yang diaorang nak balik. Kalau mak cakap, Faruq boleh ajak kawan-kawan Faruq tidur hotel ke apa ke?” kenallah dia dengan jejaka itu. Anak kepada mak long dan pak long. Faruq, Farhah dan Farhan. Semua ada Far. Ikatan kekeluargaan keluarga itu memang erat. Jadi nama mereka pun ada Far. Termasuk Farzana, adik Faruq. Mak long dan pak long ada dua orang anak. Faruq kerja di Kuala Lumpur jadi memang jarang balik. Farzana? Sejak 7 tahun lepas dia tidak tahu. Dengar-dengar sudah pulang ke rumah. Entahlah, Farhah masih marah dengan Farzana atas kejadiaannya dulu.
“Tak apalah, long. Nanti Farhah balik rumah sendiri. Saje je singgah sini. Farhan yang ajak tadi.” Kata Farhah. Kepala masih ditundukkan. Dia sedar kawan-kawan Faruq memerhatikan dia. Dia tidak selesa dengan pandangan mereka. Mahu sahaja dia berlalu pulang ke rumahnya. Bukan jauh mana, sebelah rumah.
“Sorang? Tak bahaya ke?” jelas satu suara garau. Farhah berkerut. Itu bukan suara Faruq. Dia teragak-agak mahu mengangkat muka. Setelah itu, dia melihat ke arah suara yang menegurnya. Sekali di pandang, lelaki itu ada di sebelahnya. Mahu taknya dia melompat ke arah Farhan. Farhan sudah mengadu sakit. Faruq hanya tersenyum. Sudah faham dengan cara Farhah. Tak suka dekat dengan lelaki yang bukan dia kenal.
Farhah segera bangun dari riba Farhan. Kesian pula Farhan kesakitan menahan berat badannya. Dia tu bukanlah kurus mana. Dia segera menyalami mak longnya kemudian berlari keluar dari rumah itu. Segan dengan apa yang terjadi tadi. Sudahnya drama dia dilihat kawan-kawan Faruq. Tidak lama lepas itu, Farhan pula meminta izin untuk mengikut Farhah. Mana mungkin dia nak biarkan Farhah seorang diri. Farhah tu penakut orangnya. Tengok sahaja tadi, baru ada yang duduk disebelah sudah melompat bagai nak rak. Mahu lenguh kaki dia menampung berat Farhah. Untung sahaja Farhah memang asli comel dan slim badannya. Kalau tidak mahu patah kakinya.
“ishh kau ni. Sebarang je duduk sebelah dia. Mentang-mentanglah mak aku pergi dapur. Kau amik peluang pula. Pantang nampak perempuan cantik. Mula lah nak try.” Marah Faruq. Amri hanya tersengih. Haikal, Taufiq dan Khairil sudah tergelak-gelak. Sekali kena marah dengan Faruq.
“betul apa aku cakap. Bahayalah perempuan tinggal sorang-sorang. Jap. Dia tu siapa sebenarnya? Setahu aku adik kau Farzana je. Yang dua orang tadi tu suami isteri ke? Sedara ke?” Amri cuba membela diri. Tapi banyak pula soalan yang dia ajukan. Dia sebenarnya sudah tertarik dengan perempuan tadi. Lain daripada lain. Selalunya perempuan pandang dia tak berkelip. Handsome sangat. Tapi perempuan tadi boleh pula melompat ke arah lelaki yang datang dengan dia pula. Siapa lelaki itu? Apa hubungan mereka?
“dia adik sedara aku. Farhah dengan Farhan. Farhah anak mak ngah aku. Farhan pula anak mak usu aku. Diaorang anak yatim piatu. Alahh kau ni. Farhan ada temankan Farhah. Yang kau over risau ni kenapa? Dah jatuh hati?” terang Faruq.
“tinggal berdua? Ishh bukan muhrim. Haram. Pakaian sopan tapi hampeh.” Kata Amri sambil mengutuk Farhah. Farhah yang kebetulan baru nak masuk ke dalam rumah terdengar kata-kata Amri. Sakit hati dengar.
“kau ni, sebarangan je menuduh. Kau cakap orang, kau tu apa kurangnya. Diaorang tu adik beradik susuan. Haram tang mana? Adik beradik susuan hampir sama juga dengan adik beradik kandunglah.” Kepala Amri di hempuk Faruq. Marah dia dengan tuduhan Amri. Menyesal pula mengajak Amri ikut dia.
Faruq tahu mengapa Amri mahu mengikut dia pulang ke kampung. Amri mahu lari keluarganya. Keluarga Amri memang susah. Susah untuk di atur. Amri pula dah terbiasa dengan budaya barat. Kerja tak kerja sahaja dia tu. Kalau ada mood masuk kerja. Kalau tiada melepak sana sini. Untung sahaja itu syarikat bapa dia. Kalau tidak, mahu kena pecat. Kerjanya berfoya-foya sahaja.
“along, mak mana?” soal Farhah yang dari tadi menyepikan diri dibelakang pintu. Jelas kelihatan kaget wajah Amri. Dengarkah dia?
“entahlah. Tadi macam ke dapur. Farhah tengoklah sendiri. Kalau tak ada pergi rumah mak cik Senah agaknya. Kenapa cari mak?” soal Faruq.
“oh. Ingatkan mak masak. Farhah ada bawa ikan, ayam, sayur. Peti sejuk dekat rumah tak mahu nak hidup pula. Rosaklah agaknya sebab dah lama tak guna. Tu yang datang sini nak tumpang. Sekali tumpang masaklah.” Jelas Farhah. Farhah rimas dengan pandangan Amri. Sejak dari tadi memandang dia sampai tak berkelip mata. Sakit mata ke apa? Faruq hanya menganggukkan kepala.
Farhah hampir sahaja terjatuh. Farhan tersengih dengan tindakannya. Lagipun dia tidak sengaja mahu melanggar. Sudah Farhah tercegat di tengah laluan. Farhah menjeling Farhan.
“Apa jeling-jeling? Ingat cantiklah tu. Eh, Farhah dalam bonet tu banyak lagi. Bukan tahu nak tolong Farhan. Penatlah Farhan macam ni.” Ngomel Farhan sambil melangkah ke arah dapur. Dia tahu bila Farhah mula berbelanja. Semua barang Farhah mahu beli alasannya buat stok. Tapi yang nak mengangkatnya dia juga. Dari mereka dekat Mesir lagi, Farhah memang jenis orang sekali beli untuk jangka masa yang lama. Malas nak ulang-ulang beli katanya.
“abang tolong nak? Farhah beli apa je? Ada beli kuih tak?” kata Taufiq. Dia sahaja mahu membuat Amri cemburu. Sambil-sambil tu dia mahu tengok juga apa yang Farhah beli sampai Farhan merungut. Dia sebenarnya sudah faham dengan sikap perempuan. Kalau dah shopping memang tak ingat dunia.
Farhah hanya mengangguk. Dia tidak berkata apa. Dia hanya melangkah pergi. Dia tidak betah dengan pandangan mata Amri. Mahu sakit jiwa dibuatnya. Taufiq dan Khairil mengikuti dia sehingga ke kereta Farhan. Faruq pula pergi ke dapur untuk melihat Farhan dan membantu apa yang patut. Haikal sejak tadi sudah menghilang setelah telefonnya berdering. Mungkin girlfriendnya telefon. Mereka meninggalkan Amri sendiri.
“Mak aih.. banyak barang Farhah angkut. Patutlah Farhan bising tadi. Eh ada jajanlah.” Pantas tangan Khairil mancapai jajan yang ada dihadapannya. Dia membuka jajan dan menyuakannya ke dalam mulut. Sedap sahaja dia makan tanpa meminta izin. Tangannya disenggol oleh Taufiq. Taufiq memandang Khairil. Dia mengerti dengan pandangan Taufiq. Kemudian dia tersengih.
“sekali beli je, bang. Tak apa. Makan jelah. Semua tu bawa pergi dapur je lah. Letak atas meja dapur. Terima kasih tolong Farhah.” Kata Farhah tersenyum.
Amri melihat rumah sebelahnya, ruih sahaja. Entah apa yang dibisingkan mereka itu. Amri melihat Farhah keluar dengan senyuman dibibir. Farhah berlari-lari anak ke arah paip. Segera Farhah menyiram pokok di halaman rumahnya. Amri tersenyum melihat tingkah laku Farhah. Sudah seminggu dia tinggal di rumah Faruq, tapi Farhah tetap diam. Jarang bertegur sapa dengan dia. Tiba-tiba Amri merasakan hujan bagai menimpa dia. Dia melihat langit, mendung pun tidak. Kemudian dia melihat kekecohan dihadapannya. Tahulah dia bagaimana dia boleh basah.
“Farhan ni dah kenapa? Tak puas nak usik Farhah kan? Tengok tu, Farhah dah tersiram kawan along. Farhah balas apa yang Farhan buat tadi.” Farhah segera menyiram Farhan sehingga basah kuyup. Dia tergelak melihat riak Farhan. Tadi dia tidak dapat membalas dendam kerana Farhan sempat masuk ke dalam bilik. Nasi lemak yang dia buat sudah habis Farhan kebas. Sabarlah wahai hati.
“err.. maaf Farhah tak sengaja.” Farhah berhenti ketawa dan menoleh ke arah Amri. Dia meminta maaf kepada Amri.
“Amri. Tak apa. Farhah memang selalu macam tu ke dengan Farhan.” Kata Amri. Dia sendiri bingung. Dia boleh sopan tutur kata dengan Farhah. Mungkin cara pakaian dan tingkah laku Farhah membuat dia menghormati Farhah.
Farhah mengangguk. Memang benar dia begitu bila dengan Farhan. Dia membesar dengan Farhan. Dia sudah masak dengan perangai Farhan. Sikap mengusik Farhan memang sudah sebati dengan dirinya. apa yang menghairankan dia ketika ini. Farhan tidak pernah mencintai siapa-siapa. Bila dia tanya, pasti soalan itu akan ditanya kembali kepadanya.
“Farhah dah berpunya?” setelah mereka berborak lama. Amri mengeluarkan ayat yang sering dia katakan kepada perempuan yang dia pernah kenal sebelum ini. Farhah mengangguk dan tersenyum. Amri sedikit kecewa. Dia menanyakan siapa gerangan yang telah memiliki Farhah.
“Farhah milik Allah” jelas Farhah sambil tersengih. Dia tahu dengan riak wajah Amri menandakan kekecewaan.
Amri melopong. Sudah. Dia terkena dengan Farhah. Kini, dia merasakan gadis itu memang unik. Benar kata Faruq, Farhah memang sukar bergurau jika tidak mengenali orang tersebut. Entah kenapa dia selesa dengan cara itu. Sepanjang dia berada di kampung itu dan sepanjang dia melihat Farhah. Ada aura yang sukar dia ungkapkan. Ketenangan bila dengan Farhah. Sudah lama dia tidak merasai ketenangan itu.
“tak elok lari dari masalah, bang. Setiap orang ada kesalahan yang pernah dilakukan. Tidak kiralah besar ataupun kecil. Abang beruntung tau. Masih ada ibu bapa. Tengok Farhah. Alone. Tapi Farhah tak pernah rasa sendiri. Allah ada dengan kita. Abang, try jadi baik. Try berubah. Insyallah. Abang akan rasa ketenangan yang sebelum ini abang tak pernah rasa. Bukan Farhah nak masuk campur urusan abang. Tapi abang cuba fikir, bila lagi abang nak bahagiakan keluarga abang. Ibu bapa abang. abang dah besar. Abang tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Buat solat isthikarah untuk mencari jawapan dari setiap permasalahan abang.” Amri menundukkan kepala. Benar apa yang dikatakan Farhah. Dia kerap lari dari masalah. Tapi di setiap perlarian dia, tidak sekali pun dia mencari ketenangan yang Farhah katakan.
Amri mengikut Faruq pulang ke kampung hanya kerana dia tidak mahu menikah dengan Amni. Amni merupakan adik angkatnya. Sebelum ini dia tidak pernah bertemu dengan Amni. Apa yang dia tahu, dia mempunyai keluarga angkat. Mama dan papanya menampung semua keperluan keluarga angkatnya itu. Dia hanya mengenali ibu bapa angkatnya tidak pula dia mahu mengenali adik beradik angkatnya.
Farhah menjenguk dari tingkap. Kenapa riuh rumah pak longnya. Di lihat ada tamu. Entah siapa, dia tidak pasti. Dia kembali menyambung kerjanya. Farhan sudah pergi entah ke mana. Sudah pukul 3 petang tapi tidak pulang juga. Mungkin singgah di rumah kawannya. Macamlah dia tidak faham dengan Farhan, kalau sudah lepak dengan kawan-kawannya pasti tidak ingat nak balik rumah. Farhah menghidangkan makanan yang sudah siap masak. Dia berkira-kira mahu pergi rumah pak long ke tak. Sudah dia berjanji nak masakkan mak long kari ayam. Rumah mak long ada tamu pula. Kedengaran bunyi kereta di hadapan rumah. Tahulah dia Farhan sudah pulang. Farhah tersengih.
Aizzudin memandang rumah sebelah cikgu Ahmad. Ada sebuah kereta yang baru sampai dihadapan rumah tersebut. Sejak dia datang tadi, dia ingin sahaja bertanya siapa yang tinggal di rumah bekas mertuanya itu. Namun, hasratnya dibiarkan sepi. Segan dia mahu menanyakan hal itu. Dia terlihat dua orang keluar ke arah rumah cikgu Ahmad. Mereka berdua masuk melalui pintu belakang. Mereka saling usik mengusik. Farhan merungut lagi. Baru sahaja pulang sudah di suruh. Aizzudin terdengar suara gelak tawa di dapur. Rumah itu agak sunyi kerana Faruq dan kawan-kawannya sudah pulang ke Kuala Lumpur. Mak long mengajak Aizzudin dan Amelia ke dapur. Amelia merupakan adik Aizzudin. Amelia beza enam tahun dengan dia. Amelia sekarang 23 tahun manakala dia 28 tahun.
“Kak Far, kan? Kak Farhah.” Amelia memeluk Farhah. Farhah terkedu. Dia memandang Farhan. Farhah hanya mengangguk. Ingin sahaja dia pulang ke rumah. Tidak mahu dia menghadap lelaki itu lagi. Menyesal pula ikut Farhan hantar tadi.
“cantik kak Far sekarang. Rindunya Amy dekat kak Far.” Farhah hanya tersenyum. Dia tidak tahu mengatakan apa.
Aizzudin menatap gadis itu. Cantik. Tenang sahaja wajah gadis itu. Sungguh dia sangat merindui gadis itu. Dia sering menjenguk cikgu Ahmad dan dia berharap dapat berjumpa dengan Farhah. Dulu dia pernah silap. Dia mahu tebus kesalahan dia yang dulu. Dia mahu mendapatkan gadis itu kembali.
“Farhah. Jom. Tadi kata nak pergi kedai kan?” kata Farhan sambil tersenyum. Dia menolak tawaran Aizzudin untuk makan bersama-sama mereka. Farhah hanya mengangguk. Dia bukan mahu ke kedai pun. Tapi dia mengerti dengan ajakan Farhan. Farhan sangat memahami keadaan dia ketika itu.
Kereta Farhan meluncur keluar. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam. Farhan memandang sekilas Farhah. Gadis itu senyap. Wajahnya muram sahaja selepas pertemuan tadi. Dia sangat mengerti perasaan Farhah. Dia tahu kenapa Farhah menolak mana-mana lelaki yang mahu mendekati dia. Farhah masih setia. Setia yang sangat menyakitkan. Dia tahu Farhah masih mencintai Aizzudin. Itulah impian Farhah. Mencintai hanya seorang lelaki iaitu suaminya.
Mereka keluar dari kereta. Farhah berjalan ke arah pantai. Pandai Farhan membawa dia ke situ. Setitis demi setitis air mata jatuh. Dia menangis lagi. Sudah sekian lama dia tidak menangis. Sungguh dia sangat lemah untuk berhadapan dengan lelaki itu. Rindu. Dia memang rindu. Tapi dia masih terluka dengan Aizzudin. Hatinya sakit apabila mengenang apa yang pernah terjadi. Sakit melihat kecurangan Aizzudin dulu dihadapan matanya.
“Farhan faham. Tapi Farhah kena kuat. Farhan tahu Farhah masih cintakan dia. Comotlah kakak Farhan ni kalau nangis.” Itulah Farhan. Ayat pertama memang memujuk tapi bila ayat penghabisan mesti mahu memerli.
“kenapa dia datang? Kenapa Farhah masih cintakan dia? Sungguh Farhah tak kuat berhadapan dengan dia.” Farhah kembali menangis. Apa yang dikatakan itu adalah hakikatnya. Dia menyandarkan kepalanya di bahu Farhan. Farhan mengusap lembut kepalanya. Farhan sudah tiada kata mahu berbicara. Dia lemah apabila melihat Farhah menangis. Dia sayang Farhah. Dia tak nak Farhah kecewa. Itu janji dia pada arwah umi dahulu. Dia janji dia akan jaga Farhah sebaik-baiknya.
Farhan yang sedang bermain gitar dengan rakannya tiba-tiba mengadu sakit. Baju yang baru sahaja dia pakai tadi dilemparkan ke arah dia. Dia menoleh ke arah Fattah. Kawanya itu sudak mengekek ketawakan dia. Dia melemparkan kembali bajunya ke arah Farhah. Dia merasa terganggu dengan perilaku Farhah. Kacau mood dia nak berfeeling sahaja. Farhah berjalan ke arah Farhan. Baju yang Farhan baling tadi dia tekupkan ke muka Farhan. Fattah sudah ketawa berdekah-dekah.
“sedap baunya wahai adik ku Farhan. Farhan ni, Farhah kan dah cakap baju kotor letak dekat bakul bukan dicampak-campak. Yang Farhan dok feeling ni kenapa? Dah ada calon adik ipar untuk Farhah ke?” Farhan yang baru sahaja mahu minum air yang dibawa Farhah tetiba tersedak dengan ayat terakhir Farhah. Pandai Farhah meneka. Fattah sudah tersenyum melihat Farhan.
“memang pun dia dah ada calon adik ipar untuk Farhah. Cantik orangnya. Nama dia Aisyah. Kawan kerja aku. Kebetulan tadi pagi aku keluar dengan dia. Tiba-tiba terserempak dengan adik kau ni ha. Tak berkelip mata dia tau.” Laju sahaja Fattah menceritakan. Farhan sudah menghempuk Fattah. Habis rahsia dia terbongkar. Memanglah dia jatuh cinta dengan Aisyah tapi belum pula dia tahu perangai Aisyah macam mana. Farhah sudah memandang dia dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan.
“orangnya macam mana? Okey tak? Kalau okey minggu depan Farhah masuk meminang dia untuk Farhan. Tak adalah Farhan nak mengadap muka Farhah je. Cuba kau cerita dekat aku, Fattah. Aisyah tu macam mana orangnya.” Hampir sahaja Farhan melopong dengan jawapan Farhah. Dia menyangka Farhah akan memarahinya ataupun menegur dia.
Fattah mencerita semua tentang Aisyah. Dengan apa yang Fattah ceritakan, Farhah sudah tertarik dengan Aisyah. Baik orangnya. Mungkin sesuai dengan Farhan. Setelah mendengar peribadi luaran Aisyah. Dia akan meminang Aisyah untuk Farhan minggu depan.
Alhamdulillah. Segala yang Farhah rancang berjalan dengan baik. Farhan tidak dapat mengikut kerana dia ada urusan kerja yang perlu di selesaikan. Farhah pergi ke rumah Aisyah dengan mak long dan pak long. Jelas kelihatan Aisyah terkejut dengan pinangan itu. Dia memang sudah jatuh hati dengan Farhan. Tapi dia melupakan hasratnya kerana dia pernah ternampak Farhan bermesra dengan Farhah. Dia juga tekejut apabila melihat Farhah yang masuk meminang dia untuk Farhan.
“bukan akak..” Aisyah teragak-agak untuk mengatakan apa yang ada dalam lubuk hatinya. Farhah tersenyum. Dia memang pernah melihat Aisyah. Ketika itu dia ada di pantai dengan Farhan. Dia juga tahu yang Aisyah memandang mereka ketika itu. Memang tidak dinafikan. Jika orang yang tidak kenal mereka, pasti akan mengatakan mereka suami isteri.
“Akak Farhah. Akak bukan isteri Farhan tapi kakak dia. Kakak susuan dia. Kami rapat dari kecil. Kami memang sentiasa berdua.” Aisyah mengangguk tanda mengerti. Dia meminta masa untuk memberi jawapan kepada mereka. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru.
Kejutan. Itu yang Farhah rasakan ketika itu. Dia baru sahaja habis meminang Raisya untuk Farhan. Pulang sahaja di rumah. Diri dia pula di pinang orang dan paling mengejutkan dia di pinang bekas suaminya sendiri. Mahu tidak terkejut. Untung sahaja dia tidak ada sakit jantung. Farhah meminta masa untuk memberi jawapan. Kalau dulu, dia tidak ada waktu untuk memikirkan itu.
Tiga bulan kemudian,…
“Farhan ni banyak songellah. Masa Farhah tanya okey ke tak baju ni. Farhan kata okey. Sekarang kata tak pula. Nak je Farhah hempuk kepala Farhan. Menyakitkan hati je kerjanya.” Farhah memarahi Farhan. Tangannya masih ligat mendandani Farhan agar tetap kelihatan segak. Dia sudah berpeluh dengan baju yang dia pakai.
Sampai sahaja di hadapan masjid. Farhan tidak keluar kereta. Mahu sahaja Farhah menjerit dengan tindak tanduk Farhan. Dari dekat rumah sampai dekat masjid masih buat hal. Farhan mendongakkan kepala. Farhah mengangkat kening melihat Farhan yang masih statik pada kedudukannya. Farhan menarik tangan Farhah. Dia mengengam tangan yang sudah ada inai itu. Sejuk. Itu yang dirasakan Farhah.
“keep calm my brother. Allah with us. Come on. Farhah always with you. Farhah support Farhan, ya?” kata Farhah untuk menenangkan Farhan. Farhan akur dengan Farhah. Dia segera keluar dari kereta. Setelah itu mereka melangkah masuk kedalam masjid. Al-fatihah dan selawat dibaca agar semua urusannya dipermudahkan.
Alhamdulillah. Selesai akad nikah. Ya, Farhah dan Farhan sudah sah menjadi isteri dan suami kepada pasangan masing-masing. Setelah itu mereka mengikut haluan masing-masing. Pantai destinasi mereka selepas akad nikah. Farhan sudah kelihatan lebih tenang berbanding tadi. Maklumlah dia dah sah jadi suami Aisyah. Senyum sampai ke telinga.
“kenapa terima abang lagi?” soal Aizzudin.
“Allah dah tetapkan.” Itu sahaja yang terpancul dari mulut Farhah. Kenapa dia terima? Sebab dia mahu merialisasikan impiannya dulu. Dia mahu Aizzudin tetap menjadi lelaki yang dia cintai. Menjadi suami pertama dan terakhir untuk dia. Bukan orang lain.
“Farhah cintakan abang. dari dulu sampai sekarang. Farhah buat solat istikharah dan jawapannya abang.” tambah Farhah lagi. Benar solat istikharah menjadi peneman untuk dia membuat segala keputusan. Allah sudah tetapkan bahawa Aizzudin jodoh dia. Istikharah.