Khamis, 9 April 2015

Secakir Kasih secarit Cinta buat Mu

Hoiii .. stop !!! Keding laju kau jalan , kenapa? Tercirit apa,? Haha . Gelak mirza .
Langkah kaki Aira terhenti dengan panggilan dari Mirza, jejaka paling jengkel yang pernah dia kenali. “kau pehal nak suruh aku berhenti ? Kau ada hutang dengan aku ke? Dan untuk pengetahuan kau encik cekadak nama aku Adonia Humaira bukan keding , faham? .
Hahaha … mirza hanya ketawa berdekah-dekah ,.
“sah kau memang gila cekadak, tahan aku tengah jalan lepas tu gelak”. sergah aira bila mirza masih terkekek ketawa.
“oii , keding mulut kau biar wangi sikit , kalau tak de pewangi meh aku tolong wangikan, dan, untuk pengetahuan kau juga Cik keding nama aku Syafi Mirza bukan cekadak ada, faham? Perli Mirza pada Aira sambil menjuihkan bibir.
“habis tu yang kau tahan aku tengah jalan ni kenapa,? Marah Aira pada Mirza.
Mirza hanya tersenyum sinis “ aku rindu kat kau sebab tu aku tahan kau ni”.
“ kau minum ketum ke ? Kata Aira sambil tersenyum sini . “aku blah dulu , aku dah lewat nak masuk kelas”.
“ hahaha.. jom la kita masuk kelas sama-sama sayang, meh jalan tepi abang,. Kata Mirza menyekat laluan Aira.
“cekadak ni tebiat nak mampus ke apa tetiba baik dengan aku, mesti dia ada agenda nak kenakan aku”, bisik Aira perlahan.
“ehhh.. mesti kau dah perasan lawa kan? Tengok muka pun aku dah boleh agak, setakat keding macam kau selera pulak aku nak panggil sayang, aku cuma nak bagitahu kau yang …. taik mata kau tu tolong ye buang.. geli aku tengok . Hahaha. Kata Mirza tergelak besar dan berlalu pergi bersama kawan-kawannya.
Kan aku dah agak dah, cekadak ni kalau tak cari pasal dengan aku sehari memang tak sah, dengus Aira. Dia faham benar perangai Mirza, musuh ketatnya tidak akan membiarkan hidupnya tenang.
Permusuhan antara Adonia Humaira dan Syafi Mirza bukan asing lagi dikalangan pelajar kampus Universiti Utara Malaysia, mereka berdua diibaratkan seperti anjing dengan kucing yang tidak boleh bertemu langsung, jika terserempak ada sahaja ulah mereka berdua untuk bergaduh.
Mereka berdua menjadi musuh disebabkan perangai Mirza yang terlalu ego dan tidak mahu mengalah walaupun kesalalahannya sendiri. Pergaduhan mereka berlaku semasa minggu orientasi mereka sebagai pelajar baru.
Pada hari terakhir orientasi Aira telah menjadi ahli kumpulan Mirza untuk malam kebudayaan , mereka diberi tugasan untuk melakukan sebarang persembahan pada malam tersebut. Mereka telah bersepakat untuk membuat persembahan teater . Pada malam kejadian tersebut Mirza terlupa membawa pendrive yang mengandungi lagu untuk persembahan mereka, sedangkan selepas perbincangan tersebut Aira telah mengingatkan Mirza untuk membawa pendrive tersebut. Tapi atas kecuaian Mirza , Aira telah menjadi mangsa kemarahan ahli kumpulan lain kerana tidak turut menyimpan salinan lagu dan mengingatkan Mirza. Mirza hanya berlagak tidak tahu dan turut menyalahkan Aira.
Sejak dari hari itu Aira telah mengisyhtiharkan permusuhan antara mereka berdua. Aira tidak akan melupakan perbuatan Mirza yang tidak tahu bertanggungjawab atas kesalahan yang dibuat oleh nya.
“Hoihh!! Termenung apa woi? Teringatkan si jantung hati ke? Jerkah Lili teman baik Aira.
“Weiii … kau ni Lili nasib baik aku tak keras kat sini tau”.balas Aira sambil memukul bahu Lili perlahan.
“tak de la aku teringatkan mama aku la, rindu la . Lama tak balik kampung jumpa mama dengan abah aku”. Kata Aira sambil mengesat pelupuk mata.
Aiii .. masuk habuk mata kau kawan? Hahahaha.. gelak Lili sambil membaling bantal pada Aira.. “ malu woi da besar kot nangis lagi, cengeng la kau ni. Hahaha.
Aira tidak menghiraukan usikan Lili, Aira bangun menuju ke almarinya untuk menunjukkan blaus barunys.
“Lili , tengok ni ! Kata Aira sambil menunjukkan blaus baru nya pada Lili.
“ pink lagi, tak de warna lain da ke kau nak beli woi? Naik pink dah korneo biji mata aku ni”. Kata Lili sambil membelek baju baru Aira.
Aira memang terkenal dengan kegilaan dia terhadap warna merah jambu. Dari barangan mandi, cadar, tuala semuanya warna merah jambu. Sepadan dengan maksud namanya humaira kemerah-merahan.
“hihi… aku tak tahan tengok blaus tu cantik, pink pulak tu “. Kata Aira sambil tersengih.
“ dah la jom makan, aku lapar la dari tengahari aku tak makan, lecturer aku tu la nak habiskan kelas tiga jam terus, mau sawan aku dalam kelas tadi. “ adu Aira pada Lili.
………………………………….
Keding!!! Keding!! Laju betul kau jalan eh lari kot.. haha, alah aku rindu la kalau tak kacau kau sehari. “ kata Mirza sambil tergelak miang.
Aira ingin berlalu pergi tapi dihadang oleh Mirza.
“kau ni dah kenapa mangkuk? Aku nak lalu la. Jalan lain punya besar jalan ni jugak kau nak rempuh. Kau ni buta ke juling? Sembur Aira pada Mirza. Huh puas hati aku , getus Aira perlahan.
“Ewah, ewah bukan main lagi ye kau sembur aku cik keding, basah spek aku kena air liur kau yang tengik tu. Haha , aku Cuma nak pastikan yang mata kau bersih dari sebarang anasir kotor je, tak kan tak boleh kot. “ perli Mirza sambil berlalu pergi.
“Kurang asam betul mangkuk jamban ni, saja nak menyakitkan hati aku dengan lawak dia yang memang tak kelakar, rosak hari aku, bila la cekadak ni nak berambus dari hidup aku”. Getus Aira dalam hati.
Aira pantas berlalu ke perpustakaan untuk menyiapkan tesisnya memandangkan ini adalah semesternya yang terakhir.
………………………………..
“akhirnya .. room sweet room , arghhh .. leganya dapat baring .” bisik Aira sambil memeluk bantal.
“tok.. tok.. tok.. bilik Aira diketuk bertalu-talu.
“alahai sape pulak datang ni, aku baru nak rehat”, Aira menggeliat malas untuk bangun membuka pintu. “ ya ya kejap kejap.
“Aira………
“Lili kenapa ni mata kau bengkak”.
“kau sakit ke?
Tanya Aira bertalu-talu.
Lili hanya mendiamkan diri sambil menangis teresak-esak.
“ ok kau tidur dulu kat katil aku, nanti kau dah ok dah boleh cerita kat aku kau cerita, dah tidur dulu rehatkan diri kau”. Aira menggamit bahu Lili sambil menggosok perlahan tangan Lili.
Lili berbaring sambil terhenjut-henjut menahan sebak, entah apa masalah yang melanda kawan baiknya. Aira berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri dan bersolat.
~~~~~~~~~~~~~~
“Lili, lili .. bangun da asar ni. Bangun mandi solat lepas tu kita joging ke jalan-jalan ke kat tasik Guthrie . Tak pun jom kita main kayak ke, nak? Ajak aku sambil memandang muka Lili yang sembap kerana banyak menangis.
“ermmm .. ok “. Balas Lili lesu sambil berjalan menuju ke bilik air.
“Lili , baju kau semua aku dah ambil kat bilik kau tadi. Tu atas meja aku. Kata aku pada Lili.
“owh, ok thanks”. Balas Lili sambil berlalu ke bilik air.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berdua berjalan menuju ke tasik Guthrie dengan perlahan-lahan sambil menikmati udara nyaman . UUM walaupun terletak jauh nun ditengah rimba namun aku sangat menyayangi tempat aku menimba ilmu ini.
“ Dia dah tinggalkan aku Aira”… kata Lili perlahan sambil mengesat air mata yang mengalir.
“ tak pe la Lili, sabar je semua tu ada hikmahnya. Mungkin dia bukan jodoh kau. Nanti sampai masa kau akan dapat yang terbaik . Dia je tak sedar di untung tinggalkan kau”. Balas aku pada Lili.
“Dia yang bodoh tinggalkan kau , kau dah berkorban segalanya untuk dia dan ini yng dia balas dengan tinggalkan kau? Dah la tak hensem macam jamban tak siap,tinggi macam galah, galah pun tak panjang macam tu. Nasib je sekarang bukan final exam. Ishh geram je aku rasa nak sekolah kan mamat tu. “ ketap Aira geram dengan perbuatan teman lelaki Lili yang telah meninggalkan Lili.
“Aira..
“Aira…
Apa?? Aku tak habis lagi la .. hishh
“ apa kau merepek ni Aira? Ni bukan pasal zafran la.. kau ni dah salah faham. “ kata Lili sambil ketawa terbahak-bahak.
“ kau dah kenapa tadi meroyan nangis macam mati laki, sekarang dah gelak syaitonirajim pulak . Kenapa? Tebiat? . Hembur Aira pada Lili.
“ weyhh , ni bukan pasal zafran la ni pasal hemo-hemo la , kucing kesayangan aku tu kena langgar kereta masa aku balik dari kelas tadi . Berkecai badan dia weh, tak sanggup aku tengok tu yang aku lari pi bilik kau”. Cerita Lili pada aku sambil ketawa .
“ kurang asam punya kawan, aku baik punya kutuk zafran . siap kau . Aku belasah kau sampai kau pengsan mangkuk tingkat“. Aira mengejar Lili sambil menngepal penumbuknuntuk membelasah Lili.
Ketika adegan kejar mengejar berlaku Aira tidak sengaja terlanggar seorang lelaki yang sedang berjoging di kawasan tersebut.
“ ehh.. sori, sori awk ok? Tanya Aira pada lelaki tersebut.
“ kalau kau yang langgar aku memang ok ja, kau kan keding memang rasa macam rempuh kapas je”. Balas lelaki tersebut.
“macam pernah aku dengar je suara tu”, getus Aira perlahan sambil mendongakkan muka untuk melihat empunya suara.
“errr .. kau rupanya, patut macam pernah ku dengar suara kau yang macam cekadak tertelan batu”. Perli Aira sambil ketawa dan bergegas pergi bersama Lili.
“ hoii .. keding , elok-elok lari kang terjatuh patah riuk badan kau yang memang sekeping tu” jerit Mirza.
……………………………………….
Aira mencari Lili di hostel mereka untuk mengkhabarkan berita gembira bahawa dia bakal menjadi seorang kakak selepas mama, abah dan dia menunggu selama 10 tahun untuk memiliki seorang adik. Aira anak tunggal dalam keluarga dan tidak hairanlah dia begitu teruja untuk memberitahu Lila berita gembira tersebut.
“ eh , mana Lili ni kat kampus tak de, dekat bilik dia pn takde “. Bisik hati kecil Aira hairan. Kerana setahu Aira jika Lili tiada di kampus dia mesti berada di bilik. Dia telah menelefon zafran , teman lelaki Aira tetapi zafran pun tidak tahu kemana Lila pergi.
Aira menuju ke cafe untuk makan tengahari sementelaah dia tidak sempat untuk bersarapan kerana terlewat bangun untuk ke kelas .
“ hai.. sorang je ke? Kesian kawan baik dia dah tinggalkan dia sorang-sorang.. huhuhu “ tegur satu suara yang menyakitkan hati yang memang Aira kenali, Mirza.
“ yang kau susah hati aku duduk sorang-sorang ni kenapa? Menyibuk je , pi main jauh-jauh la semak je . “ jeling Aira pada Mirza.
“ amboi garangnya cik keding ni , hahaha . Oii cukup baik tau aku nak teman kau ni . Kesian dah la tak de kawan , makan sorang-sorang”. Ketawa Mirza sambil menarik kerusi di depan aku.
“kau ni boleh berambus tak? Aku nak makan pun tak selera tengok muka kau macam jamban separuh siap tu “ . Hamun Aira sambil menyisip minuman tanpa mempedulikan Mirza.
“ kau ni makin garang makin comel pulak “. Balas Mirza sambil tersenyum gatal . “ kenapa kau tak hantar kawan baik kau si Lili tu balik pagi tadi? Kesian dia bawa beg berat , kawan apa kau ni tak de sifat tolong-menolong ,? Kata Mirza pada aku.
“ opsss ..jap jap ehhh nanti dulu apa maksud kau ni cekadak ? Aku tak faham? Lili balik? Sejak bila kau tiba-tiba jadi bodyguard Lili apa ? Mana kau tahu ni wei? . Tanya Aira bertalu-talu pada Mirza.
“ woo .. woo .. woo. Rilek keding kau tanya aku soalan bertubi-tubi kau ingat aku ni kaunter pertanyaan bergerak ke? “ perli Mirza sambil tersenyum .
“ eh tak kan kau tak tahu yang kawan kau balik rumah, dia kan extend untuk semester ni? Mustahil kawan baik dia sendiri tak tahu “. Kata Mirza pelik.
“ hah !!! Lili extend? Balik kampung? soal Aira bertalu-talu pada Mirza.
Aira bangun berlalu pergi untuk balik ke hostel dan menelefon Lili untuk meminta penjelesan.
“ Assalamualaikum.. Lili … sampai hati kau tinggalkan aku tanpa jumpa aku, tanpa sepatah kata pun kau tak bagitahu aku , kenapa? Aku siapa pada kau?. Tanya Aira sayu .
“ waalaikummussalam… Aira ….
“Aku minta maaf . Aku bukan sengaja ingin menyembunyikan masalah ini dari kau tapi aku yakin jika aku memberitahu kau pasti kau tidak akan membenarkan aku balik. Papa dan mama aku kemalangan Aira, kemalangan dengan kereta semasa mereka berdua balik dari tempat kerja, kaki papa patah, mama aku masih tidak sedarkan diri, adik aku kat asrama . Aku terpaksa balik untuk menjaga papa dan mama aku “ balas Lili sayu sambil teresak-esak.
“ owhh .. Lili maafkan aku kerana tidak berada di samping kau .” kata Aira.
“Bila kau nak balik hostel semula Lili? Tanya Aira kembali.
“Semester depan aku akan balik,bila papa dan mama aku dah sihat ”. Balas Lili.
“ ermm .. entah bila dapat jumpa kau lagi, aku dah semester last dah. Aku nak gaduh dengan sape lagi? Luah Aira sayu.
“ alaa jangan risau encik cekadak kau kan ada, nanti kau ajak la dia bertumbuk ke apa”. Balas Lili sambil tergelak kecil .
“ hahaha . Tak kelakar pun lawak kau tu” balas aku geram.
“ eh Aira .. aku call kau lain tau, papa aku dah panggil la. Ok bye sayang kau .muahh , Assalamualaikum”. Kata Lili sebelum meletakkan gagang telefon.
“ aku pun sayang kau, Walaikummussalam”. Balas Aira sebak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aira terkial-kial di depan mesin fotostat di dalam perpustakaan, dia tidak tahu untuk menggunakan mesin tersebur kerana selama 5 semester belajar di sana , ini baru pertama kali dia menggunakan mesin fotostat tersebut kerana jurnal tesis tidak boleh di pinjam.
“ aduh.. macam mana nak guna benda alah ni, ishhh .. menyesal pulak aku tak tanya puan tadi, tula berlagak pandai sekarang diri sendiri yang rugi “. Keluh Aira perlahan.
“ hoiihh .. gila ke cakap sorang-sorang? Ke meroyan? Tepi sikit aku nak guna mesin ni , tercegat kat sini macam pengawal tak berbayar. Tepi sikit keding “. Halau Mirza sambil menjelirkan lidah pada Aira.
“owh macam tu ke cara guna? Kena pakai matrik ke. Alahai “. Bisik Aira perlahan.
“yang kau tercegat kat sini lagi buat pi, pi main jauh-jauh. Sakit mata aku”. Halau Mirza.
“errr .. aku, aku … “ kata Aira sambil tergagap-gagap.
“ aku, aku . Apa kau ni? jerkah Mirza geram.
“ kau ni keturunan lanun apa? Asyik jerit ja, aku tak pekak lagi la mangkuk “. Balas Aira geram dengan sikap Mirza yang suka menjerit apa bila bercakap.
“ habis tu yang kau tercegat dekat sini , aku aku.. apa? Ye sayang baby intan permata zamrud nak apa darling? Balas Mirza dengan siara ala-ala gedik.
Aira menahan loya di dalam hati melihat tingkah Mirza yang menjengkelkan, namun ditahannya kerana dia ingin meminta bantuan Mirza untuk mengajarnya cara menggunakan mesin fotostat tersebut.
“ aku nak minta tolong kau ajar aku guna mesin fotostat ni? . Kata aku sambil tersengih.
“ ohh . Patutla kau terkial-kial dari tadi aku tengok macam ayam berak tak basuh je”. Swmbur Mirza tanpa perasaan bersalah.
“ sabar Aira sabar Aira, kau kan nak minta tolong dia “ , pujuk hati Aira.
“ alaa .. tolong la aku tak pandai guna ni.. please”. Rayu Aira pada Mirza dengan wajah yang sengaja di memekkan untuk meminta simpati Mirza.
“ ermmm. Ok la aku rolong kau, nasib baik mood aku baik hari ni”. Kata Mirza sambil mengajar aku menggunakan mesin fotostat tersebut.
Selepas kejadian tersebut Aira dan Mirza menjadi semakin rapat, kemana sahaja mereka akan pergi berdua. Mirza Telah banyak membantu Aira dalam proses menyiapkan tesis nya sementelah Lili tiada untuk menemani Aira ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan untuk tesisnya.
Angin bertiup lembut menampar pipi Aira yang sedang mengelamun di bangku tasik Guthrie, Mirza telah meminta Aira berjunpa dengan nya kerana ada sesuatu yang ingin diberitahu keoada Aira.
“ Assalamualaikum.. keding!! Hahaha . Mengelamun apa tu? Teringat dekat aku ke? Jerkah Mirza dari belakang Aira .
“ waalaikummussalam . Hishh terkejut aku . Kalau aku out tadi macamna tak le naya kau naklena bertanggungjawab, eii .. luku nak? Aira mengetap bibir geram dengan Mirza.
“hahahaha…. Mirza hanya membalas dengan gelak besar.
“ ada apa kau nak jumpa aku ni? Macam hal penting je. “ tanya Aira pada Mirza yang masih Ketawa.
“ hurmmm.. aku nak berterus terang dengan kau, aku sebenarnya dah lama suka kau, aku senang rapat dengan kau . jika tidak keberatan aku ingin menjadikan kau sebagai permaisuri hati aku. Aku tak minta jawapan sekarang tapi kalau kau ada jawapan sekarang aku terima dengan terbuka walau apa pun keputusan kau. “ . Kata Mirza perlahan.
“ aku bagitahu kau memandangkan final exam dah habis , kita pun akan bercuti dan ini semester terakhir kita kat sini, aku pun tak tahu bila nak jumpa kau lagi” sambung Mirza kembali.
“ Mirza.. aku hargai apa yang luahkan pada aku, jawapan aku untuk persoalan kau aku minta tempoh untuk aku berfikir dengan tenang kerana ini soal hidup aku . “ balas Aira dengan tenang.
“Aira .. aku akan tunggu jawapan kau , aku ada satu lagi hal yang nak aku kongsikan dengan kau. Aku akan sambung pengajian sarjana aku di Australia selama dua tahun. Sebulan dari sekarang aku akan berangkat. “kata Mirza pada Aira yang sedang memandang kearah sekumpulan pelajar yang sedang bermain kayak dengan riang.
“ Mirza , tahniah semoga kau berjaya mencapai apa yang kau idamkan”. Kata Aira tersenyum senang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kring.. kringg .. kringgg..
“Assalamualaikum . Aira , kenapa kau call aku ni? Rindu nak gaduh dengan aku ke? Haha.. tak pun kau rindu aku panggil kau keding macam selalu? . Usik Mirza sambil ketawa kecil.
Aira di hujung talian hanya membisu .
“Mirza… panggil Aira perlahan.
“ yess .. ada apa ni? Kau sakit ke? Ke mama dengan abah kau tak sihat? Ke Lili nak kawin? Senyap je dari tadi. Tanya Mirza bertalu-talu.
“aku tunggu kau !! . Kata Aira yakin.
tutt .. tutt. tutt dan Aira memutuskan talian .
Mirza di hujung talian tersenyum senang dengan jawapan kasih dari Aira.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 tahun selepas itu……..
“ aku terima nikahnya Adonia Humaira dengan mas kawinnya 50 Ringgit tunai..”. Syafi Mirza melafazkan akad dengan tenang seraya memandang wajah isteri nya yang di kasihi.
“ sayang .. akan aku jaga ikatan ini sehingga ke akhir hayatku, izinkan aku menjadi pendampingmu yang paling setia di kala susah dan senang mu. Terima kasih atas segalanya , terima kasih kerana memilih aku sebagai pendamping mu di dunia dan semoga di alam sana aku akan kekal sebagai pendamping mu”.. terima kasih Tuhan atas hadiah Mu ini “.. bisik Aira perlahan sambil memandang wajah Mirza .

Khamis, 2 April 2015

Cinta,air mata dan pengorbanan

29 april 2004
Aku melangkah menuju ke sebuah kedai di perkarangan Kota Bharu dengan menaiki sebuah motorsikal berwarna biru milikku.Aku mencari-cari sebuah kedai kasut yang dikhabarkan oleh kawan ku yang menjanjikan jawatan sebagai pembantu penjual kasut.Aku mencari pekerjaaan sebegini adalah untuk mengisi masa kekosongan oleh kerana aku baru sahaja menduduki peperiksaan SPM dan juga ingin mencari pengalaman
Setibanya aku disebuah perhentian bas,aku menghentikan dan mematikan motorsikal ku dan ku bangun dari motorsikalku dan melihat sebuah bangunan yang berwarna hijau.aku menuju kesana dan bertanyakan kepada pakcik yang berada duduk di sebelah pintu masuk.”Pakcik,ini kedai kasut H2 kan?ujarku kepada pakcik yng sedikit kelihatan agak garang.”Ye nak,ni la kedai kasut H2!X Nampak ke kt signboard depan tu tulis H2!Aku tersipu-sipu malu dengan kata-kata pakcik itu oleh kerana aku masuk dengan tergesa-gesa tanpa melihat signboard didepan pintu.
Aku bertanyakan kepada pakcik itu tentang jawatan kosong yang ditawarkan oleh kedai ini.Lalu pakcik itu menyuruhku masuk ke dalam bilik Big Bos yang berada di seblah kiri pintu masuk..Semasa aku menuju ke bilik itu,aku melihat seorang perempuan mentertawakan aku disebabkan kesalahan kecil aku tadi.Pandangan pertamaku begitu teruja kerana perempuan yang mentertawakan aku begitu cantik dan ayu sekali.Dengan pantasnya aku tunduk kembali dan menuju ke bilik Big bos kedai itu.
Alhamdulillah aku Berjaya mendapat pekerjaan itu dan aku dapat berkerja di kedai ini pada minggu depan.2 Mei 2004,aku menaiki motorsikal ku dan menuju ketempat kerja ku.ini adalah hari pertamaku,jadi aku ketempat kerjaku dengan begitu awal sekali.Sampai aku disana,Aku melihat kelibat 7 orang didepan pintu sedang menyapu dan membersih di luar pintu masuk kedai itu.Aku menyapa pakcik tadi bertanyakan tentang kerja yang perlu kubuat.Die memberi sehelai kain buruk dan penyapu lalu menyuruhku membersihkan cermin dan menyapu dibeberapa kawasan.semasa aku sedang membersihkan cermin kedai itu,aku mencuri pandang gadis yang Berjaya mencuit hatiku itu.aku melihat die sedang membersihkan lantai didalam kedai.Didalam benak hatiku berkata,alangkah indahnya kalau gadis ini menjadi milikku yang perfect dan memenuhi citarasa ku ini.selepas menyelesaikan kerja-keja membersih,big boss menyuruhku naik ke tingkat atas bersama seorang lelaki yang bernama hafidz yang merupakan pekerja disitu jugak.aku ditempatkan di unit menyimpan barang(Store).Disitu aku melihat begitu banyak kotak-kotak kasut yang disimpan ditas rak dengan tersusun sekali.Hafidz menyuruhku menghafal jenama-jenama kotak disana kerana jika permintaan kasut dari customer dibawah,kita harus mencari dengan pantas dan memberikan kepada pekerja bawah menggunakan lif barang.Dengan tekunnya aku cuba menghafalkan kedudukan jenama kasut yang berada di rak itu dan Berjaya Berjaya menghafalnya dalam masa 3 hari.
Hari silih berganti dan genaplah seminggu aku bekerja disitu.Ketika waktu rehat,semasa aku ingin turun kebawah,aku melihat gadis itu berada diatas kerusi.Lalu aku menegurnya bertanyakan khabar dan namanya.
“Saya sihat jer.Awak sihat?hehehe nama saya Aleeka Sofea binti zain dan awak bleh panggil saya Sofea jer.Name awak Mohd Hakim Aiman kan?ujarnya kepadaku.
‘Saya sihat jer,Macam maner awak bleh tahu name saya?
“Ala kitaorang biase mengumpat pekerja-pekerja kat sini,bukan setakat name awak jer saya tau,name ayah awak pom saya tau”
Aku tergelak sakan dengan telatah percakapan gadis yang bernama sofea itu.Aku mengajak dia makan bersama-sama dengan ku disebabkan aku tidak mempunyai teman di sini.
Semasa disana,Die memesan air Sun Quick ais untuk dibungkus.Dengan rela hati jer,aku mengOFFERkan diri ku untuk belanja makan LUNCH ini.Ini kali pertama dalam hidupku,aku Dating dan belanja seorang gadis yang amat cantik sekali
Setelah selesai waktu berehat,kami menuju ke tempat kerja kami,semasa ON THE WAY nak balik,HANDPHONE aku berbunyi,bekas kekasih ku menelefon aku untuk kembali disisiku,aku leka dengan berbualan itu sampai aku lupa untuk melihat kiri-kanan semasa melintas jalan raya,sebuah kereta berwarna biru laju dan hamper melanggarku.Saat aku hamper dilanggar,Tiba-tiba tanganku ditarik oleh sepasang tangan yang lembut yang telah menyelamatkan aku dari dilanggar oleh kereta.syukur Alhamdulillah kalau bukan kerana sofea,dah lama aku masuk Wad ICU ataupom terus ke lubang kubur.Aku tersenyum dan berterima kasih kepadanya.Ini adalah pertama kali seorang wanita bukan muhrim telah memegang tanganku(batal la air sembahyang).
14 June 2005,Genap la 2 bulan 3 hari aku bekerja disini,aku telah ditawarkan masuk ke Universiti Kuala Lumpur untuk melanjutkan pengajianku di peringkat diploma dalam bidang computer.Tarikh yang dibagi untuk mendaftar adalah 21 hb june,bermakna aku mempunyai 6 hari lagi untuk bersedia ke sana.Aku berjumpa dengan big bos untuk berhenti kerja dalam masa terdekat kerana ingin melanjutkan pelajaranku.Dia memberikan ku gaji dan memujiku kerana aku tekun dan berdedikasi dalam kerja(Bangga ar).
Keesokan harinya,aku berjumpa dengan Sofea di Kota Bharu Mall.Aku ingin mengatakan kepadanya bahawa aku mencintainya..tapi lidahku kelu didepannya.Aku melihat reaksi matanya seolah-olah menanti sesuatu ungkapan dari bibirku.Kami hanya berjalan disekitar Hypermarket itu dengan diam membisu.Jam menunjukkan pukul 5.30 Petang,dia meminta izin dari ku untuk pulang.aku menghantarnya ke rumah dengan kereta milik bapaku.Sesampainya kami di rumahnya,Dengan spontannya lidahku berani mengatakan “saya sebenarnya dah jatuh cinta kat awak,saya ingin awak menjadi teman hidup saya,adakah awak sudi?”
“Itu yang saya menanti ungkapan dari awak,susah ker nak mengungkapkannya?saya menanti kata-kata awak dari awal perkenalan kita lagi”balas nya kepadaku sambil membuka pintu kereta untuk beredar.dia memberikan satu senyuman yang begitu manis kepadaku .Aku merasakan macam dunia ni ana yang punye(Kata-kata P.Ramlee dalam cite madu tiga),terjoget sini,terjoget sana..macam kera dengar lagu M.jackson jer.
Bermulalah Sketsa cintaku dengan Sofea yang memberi satu pengertian indah tentang cinta,ketabahan,kesabaran,kesetiaan,kegembiraan dan juga kesedihan.Aku telah pom menjadi Mahasiswa di universiti kuala lumpur,manakala sofea pula mahasiswa di Universiti kebangsaan Malaysia(UKM)dalam bidang komunikasi dan media.Kami kerap kali berjumpa dan makan bersama-sama.KLCC,Midvalley,The mines,Masjid India,One Utama,sunway pyramid,The mall, dan semua kawasan di sekitar kuala lumpur dan Selangor telah ku terokai bersama kekasihku Sofea.Aku gemar berjalan dan sofea pula gemar bershopping.Kami mempunya hobi dan citarasa yang sama.Aku masih ingat lagi waktu kami berdua naik perahu mengelilingi pusat shopping complex the mines Serdang,aku rasa bagaikan berada di Venice jer dengan kawasan yang indah,dengan hanya kami berdua di atas perahu tu.Aku telah memberi seutas rantai kepada sofea.sofea nampak terkejut dengan pemberian ku ini.Aku telah mengkalungkan rantai itu dilehernya dengan bersaksikan air tasik yang jernih,ikan yang berenang-renang ditasik,rumput yang menghijau,langit biru yang luas terbentang …wah indahnya hidup bercinta dengan suasana harmoni dan nyaman.Rantai itu tanda kesetiaan ku dan cintaku tidak pernah untuh terhadap gadis yang bernama sofea.
TUP-TUP,genaplah 3 tahun aku Couple dengan Sofea.Sofea telah Berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah,manakala aku mempunyai satu semester lagi untuk menamatkan pengajianku.Sofea mengajakku untuk ke Konvokesyen nyer di UKM bangi dan menerima ajakannya itu walaupom jaraknya agak jauh(rasanya 30 KM).21 julai 2007,jam menunjukkan pukul 7.00 pagi.Aku pening memikirkan pakaian yang harus aku pakai untuk hari konvokesyen kekasihku ini.Puas ku terokai almari burukku untuk mencari pakaian yang sesuai untuk ke sana.xkan aku nak pakai T-shirt ngan seluar jeans..nampak selekeh giler..ataupom xkan pakai tuxedo ngan pakaian formal,Nampak aku plak yang nak Grad.Last-last aku pakai kemeja ngan seluar jeans..yang mungkin bagiku match dengan majlis tu.
Aku meminjam motor dari kawan ku untuk kesana.Aku membawa Sejambak Bunga yang baru dibeli semalam dan sebentuk cincin emas putih untuk diberikan kepada kekasihku sofea.Cincin itu yang akan menjadi simbol hubungan cinta ku dengannya yang telah masuk tahun ke 3……….
Setibanya aku di sebatang jalan berhadapan dengan UKM,aku terpaksa memperlahankan motorku kerana Handphone didalam poketku berbunyi,sofea menelefon bertanyakan aku dimana..aku menjawap aku dah hamper dekat dengan UKM,Tiba-tiba……………..
Aku merasakan aku terjatuh jauh dari motorku,aku melihat bunga-bunga yang kubeli bertaburan di udara…aku terjatuh menyembah jalan raya yang bertar..aku melihat orang ramai yang berada disitu datang membantuku,aku dapat merasakan denyutan jantungku kuat berbunyi..Dup..dup…dup….Seketika itu,penglihatan dan pendengaranku terganggu..dan aku lupa apa yang terjadi selepas itu.aku dilanggar oleh sebuah kereta proton wira dengan laju dari arah belakang,pemandu itu dipercayai gagal mengawal keretanya lalu merempuh motorku dari arah belakang.
3 Bulan aku koma di hospital Kuala Lumpur,12 oktober 2008,jam 8.30 malam,aku membuka mataku setelah sekian lama tertutup.Aku melihat kedua-dua ibu bapaku dalam keadaan kegembiraan sambil menitis air mata melihatku.aku kehairanan dengan tingkah laku mereka,mereka memeluk diriku…
Setelah sedar dari koma,aku nampak fizikal ku telah berubah,macam ada sesuatu yang telah hilang.Aku melihat kerusi roda disebelah kananku yang diletakkan oleh doktor.aku membuka selimut yang menutupi kaki ku,alangkah terkejutnya apabila melihat sepasang kakiku telah hilang akibat kecelakaan itu.Aku menangis sepuas-puasnya mengenangkan nasib yang menimpa diriku.aku kini cacat tanpa kedua-dua belah kakiku.Bagaimana aku ingin bergerak,bermain bola,berjalan apatah lagi bekerja nanti…Mungkin ini satu dugaan yang paling besar dalam hidup aku.Aku pasrah dan redha dengan Ketentuan Illahi,aku anggap ini satu ujian dariNya….
Sebulan selepas itu, Aku dibenarkan keluar dari hospital setelah diberi kebenaran oleh doktor untuk dibawa pulang.Aku dibawa oleh kerusi roda yang baru dibeli oleh ibu-bapaku.Kerusi inilah yang akan menjadi nadi untuk aku bergerak kesana-sini nanti…Setibanya aku dirumahku,aku disambut oleh sepupu-sepupu dan kawan-kawanku yang menantiku di perkarangan rumah.Aku dibawa masuk ke bilikku..Betapa rindunya aku terhadap bilikku ini setelah hampir 4 bulan aku tidak balik kerumah.Last aku balik kerumah ketika hari pernikahan kakak pada 21 mei 2007.
Aku terlihat sebuah gambar yang digantung didalam bilik.Gambar yang memaparkan seorang gadis yang amat kucintai yang memberi kegembiraan dalam hidupku selama ini.Aku sudah lama tidak berjumpa dengannya .Semenjak aku di hospital,aku tidak pernah nampak kelibatnya datang untuk melawatku…
Aku begitu merinduinya,tapi adakah dia masih merinduiku ?setelah sekian lama tidak berjumpa,apatah lagi dia masih tidak tahu yang aku sekarang sudah cacat!!Mungkin dia sekarang malu untuk bercinta dengan seorang yang cacat,atau mungkin cintanya telah berkurangan setelah aku lari darinya?
Aku terpaksa melupakannya setelah melihat kekurangan pada diriku.Biarlah aku bersendirian tanpa cinta dari seorang gadis yang paling dicintai..
Setelah genap 5 bulan aku dirumah,Ujian dari Tuhan datang lagi menguji kekuatan iman dan diriku ini,aku rebah tiba-tiba semasa ingin mengambil wudud untuk menunaikan solat Magrib.Ibu dan ayahku segera menghantarku ku ke Hospital Kota Bharu Di Unit Rawatan Rapi.Doktor mengesahkan aku perlu dibedah kerana untuk membuang darah beku dikepala ku yang disebabkan kemalangan tempoh hari.Setelah 5 jam aku dibedah,doktor mengesahkan bahawa jangka hayat ku adalah 50-50 kerana aku juga mengalami kegagalan kedua-dua belah buah pinggang.
Aku diletakkan ke Wad Delima iaitu wad untuk pesakit luar.Disinilah bemulanya aku menulis kisah ceritaku ini untuk tatapan semua..Aku amat gembira kerana Ibu bapa dan Keluargaku ini masih bersama denganku..Aku juga mendengar berita sedih dan gembira dari saudaraku iaitu cerita tentang perkahwinan sofea dengan Lelaki pilihan emaknya yang merupakan seorang jurutera computer.
Aku sangat gembira kerana sofea sudah bahagia bersama Lelaki pilihannya yang akan meniti alam perkahwinan nanti, dan yang sedihnya cintaku bersamanya hanya berkubur disini…
Buat Sofea,Tahniah kerana anda bakal menjadi isteri orang dan Saya akan berdoa semoga perkahwinan anda berkekalan sehingga akhir hayat.Andalah Cinta pertama dan terakhir saya,walaupun terkubur disini,saya tetap menyayangi awak seperti mana pertama kali saya mengenali awak…mungkin ini bukan jodoh kita…
20 hb Disember 2007,aku mengalami kesakitan dikepala ..dan darah keluar dari hidung ku ini.Aku menahan kesakitan itu dengan sepenuh kekuatan ku ini,aku mengesat darah yang keluar tidah henti-henti dari hidungku ini..Aku merebahkan tubuhku ini…sambil menunggu ibuku yang baru dalam perjalanan untuk melihatku…aku lihat diriku ini semakin lemah dan aku…
Pn Suriani: Mohammed Hakim Aiman telah pergi ke Rahmatullah pada 20 hb disember 2007 Pada hari Khamis Di Wad Delima pada pukul 5.50 petang.Arwah menghidapi kompilasi buah pinggang dan luka di otaknya disebabkan kemalangan tempoh hari.Semoga Arwah ditempatkan Di tempat orang-orang yang mukmin dan soleh.Al Fatihah.

Jumaat, 27 Mac 2015

Anugerah Yang terindah

Ainul melihat wajahnya di hadapan cermin. Gincu berwarna rose pink dicalit ke bibir, menambahkan lagi seri wajahnya. ‘Cantik juga kau ni Sya.’
“Sya, cepat sikit papa dah nak check out.”
“Ya, ma…” Ainul masih tidak berganjak memandang cermin.
Puan Aina menggelengkan kepalanya melihat Ainul. Puterinya yang satu ini bukan boleh biar berlamaan depan cermin, boleh jadi satu jam pun belum siap.
“Apa lagi yang ditelek dekat muka tu sayang? Cepatlah nanti Mak Cik Imah menunggu lama pula.”
Mendengarkan sepotong nama itu, Ainul jadi kalut. Baru dia ingat tujuan mereka pulang ke Kedah kali ini. Tas tangan merah berjenama MANGO di atas katil dicapai lalu langkah ibunya dikejar.
Ainul memerhati pemandangan sekeliling. Sungai Petani sudah banyak berubah pada pengamatannya. Sudah lama benar mereka sekeluarga tidak pulang ke Kedah. Seingatnya, kali terakhir mereka pulang ke Kedah adalah pada hari kematian arwah nenek, itupun sudah sepuluh tahun yang lalu.
“Sungai Petani pun boleh jammed ke?” suara Encik Fuad memecah kesunyian.
“Alah papa, biasalah musim raya kan sekarang ni. Semua orang nak keluar jalan-jalan. Macam kita.”
Eh pandai pula si kecil Aiman ini berbicara. Besar kecil besar kecil je aku tengok budak ni.
“Kenapa pandang adik macam tu? Salah ke adik cakap?” Aiman tidak selesa ditenung Ainul lama.
“Sejak bila adik kakak ni pandai berkata-kata ni?” Lucu pula melihat wajah Aiman. Baru 9 tahun lagak sudah seperti orang dewasa.
Pandangan Ainul kembali terarah pada pemandangan sekeliling. Petak-petak sawah yang menghijau mendamaikan setiap mata yang memandang. Dia jadi rindu dengan zaman kanak-kanaknya…
“Ainul!! Ainul!!” Ainul Antasya tercari-cari dari arah mana suara kecil itu datang. Dari jauh, seorang budak lelaki berpakaian lusuh sedang berlari ke arahnya.
“Apa?” Bunga lalang yang sedari tadi berada di tangan terlepas ke tanah.
“Tengoklah aku dapat ikan ni. Tengoklah Ainul.” Beria-ria Irfan mengangkat hasil tangkapannya kepada Ainul.
“Wahh.. banyaknya.” Mata Ainul bersinar-sinar melihat ikan yang berenang di dalam baldi kecil milik Irfan.
“Jom balik. Kita suruh mak kita masak. Nanti boleh kita berkelah sama-sama dekat depan rumah hang.” Irfan menarik tangan Ainul agar mengikutnya pulang. Gembira betul dengan hasil tangkapan mereka.
“Ainul.Ainul.”… “Ainul Antasya”.. Suara siapa ni? Makin lama makin jelas kedengaran di corong telinga. Sesaat kemudian, mukanya terasa gatal. Benda apa pula merayap atas muka aku ni? Pantas tangannya mencapai benda halus yang bergerak-gerak mengenai mukanya. Bunga lalang? Terkejut bukan kepalang Ainul melihat wajah di hadapannya kini.
“Mama?Papa? Aiman?” Mana semua orang ni. Keretanya sudah kosong. Ternyata hanya dia seorang yang masih tertidur di dalam kereta. Cis.
“Cari siapa?” lelaki itu tersenyum memandangnya lagi.
Ya Allah malunya aku. Macam mana agaknya muka aku tertidur tadi. Mesti buruk. Aaaaarggh.
“Tak mau turun ka? Semua orang dah masuk dalam rumah.” Ainul mendongak memandang Irfan. Not bad. Tinggi juga mamat ni. Haih, kurang asam betul family aku ni, boleh pula tinggalkan aku dalam kereta, matikan enjin pula. Lepas itu suruh mamat ni datang kejut.
Ainul keluar dari perut kereta meninggalkan Adam Irfan di belakang. Malunya masih belum habis.
“Comel juga budak ni.” Irfan tersenyum sendiri melihat gelagat Ainul yang kelam kabut. Cepat-cepat dia mengatur langkah mengejar Ainul.
“Hei, tunggulah aku.” Irfan berlari-lari anak mengejar langkah Ainul yang sudah jauh meninggalkannya. Dari kecil tak berubah perangai. Tak pernah nak tunggu orang si Ainul ni.
“Tak bagitahu pun nak fly.” Patutlah mama dengan papa beria benar nak balik Kedah.
“Nak bagitahulah ni. Kalau tak, buat apa jemput hang mai sini.”
‘Iyalah tu nak bagitahu. Nasib baik aku ikut datang sini. Buatnya aku stay KL, melepas aku jumpa kau.’ Kata-kata itu dibiarkan berlalu dalam hati.
“Tak takut ke pergi Mesir? Orang bom sana sini?” Ainul cuba menguji lelaki ini.
“Tak. Allah kan ada. Kalau dapat syahid dekat sana lagi best.” Irfan menjeling Ainul sambil menayang segaris senyuman menampakkan giginya yang putih bersih. Dah agak jawapan ini yang akan keluar. Standard lah bakal ustaz jawab begitu.
Ainul meneruskan suapannya. Sedap betul nasi tomato hari ini. Namun Ainul sedikit kekok memikirkan Adam Irfan yang sedari tadi asyik memerhatinya. Mama dan papanya dari tadi asyik bersembang dengan mak cik Imah di dalam rumah.
Sepanjang mereka berbual, Ainul perasan banyak mata-mata yang memandang mereka. Lantaklah. Peduli pula aku.
“Kakak, mak ajak balik.” Aiman yang entah dari mana tiba-tiba muncul dari belakang mengejutkan mereka berdua.
“Okay.”
“Belajar elok-elok dekat sana nanti.” Adam Irfan hanya mengangguk dengan senyuman mendengar nasihat daripada Encik Fuad.
Papa menghulurkan sampul berwarna biru kepada Irfan. Duit belanja agaknya.
Ya Tuhan, janganlah senyum macam itu, lemah seluruh jiwa ragaku.
“Mak cik doakan Irfan pergi dan pulang dengan selamat.” Tambah Puan Aina.
“Insya-Allah mak cik, pak cik. Kalau ada apa-apa nanti Irfan contact Ainul. Boleh kan Ainul.”Kata Adam Irfan sambil mengenyitkan mata ke arah Ainul. Mereka yang lain ketawa melihat reaksi Ainul yang terkejut.
Suka hati cakap nak contact aku. Eh, siapalah yang nak berhubung dengan dia ni.
6 tahun kemudian..
“Sya, kau dah ready ke nak confess dekat dia?Serius kau nekad nak buat kerja gila ni?” Suara Farah Amalina memecah kesunyian pagi.
Hati Ainul jadi berbunga-bunga mendengar perkataan confess. Sudah dua tahun dia menyimpan niat untuk melamar Dr Hazieq. Dia tidak kisal pasal istilah perigi cari timba. Siti Khadijah dulu pun meminang Rasulullah.
Mereka berkenalan dua tahun lepas dan mula rapat setelah Ainul ditetapkan untuk posting di Hospital Temerloh.
“Wei, kau ni Sya aku tanya bukannya nak jawab. Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk dah kenapa? Beranganlah tu. Teringat Dr Hazieq eh?” teka Farah Amalina.
“Sibuk.” Malas nak layan Farah ni. Kalau layan sampai ke laut nanti. Amirul Hazieq. Memiliki perwatakan persis lelaki idaman Malaya. Siapa boleh tahan. Muka pun dah persis anak jepun. Hensem.
“Hish kau ni, yang mata sepet sampai tak nampak biji mata tu juga yang kau berkenan.” Ainul memandang tepat ke anak mata Farah Amalina, seraya keningnya diangkat.
“Kau ni tak habis-habis nak kondem taste aku kan? Jealous cakap. Aku boleh pass dekat kau.”
“Hihi, tak nak aku. Kau bagi free pun aku tak nak. Aku ni mana layak untuk dia. Bukan macam kau, cantik. Apalah yang ada pada diri aku ni kan?”
Ainul menggelengkan kepala. “Tak payah nak buat ayat pasrah sangat.” Farah Amalina tersengih mendengar jawapan Ainul. Cawan yang berisi air coklat panas itu diteguk perlahan.
“Beb, tak sangka yang kita nak graduate kan? Rasa macam baru semalam kita kenal.” Suara Farah Amalina menghentikan lamunan Ainul.
“Haaa..mulalah tu nak throwback.” Agaknya mengimbas kenangan lalu sudah menjadi hobi buat Farah. Masuk kali ini, dah dekat sepuluh kali dia asyik ulang ayat yang sama. Excited agaknya nak tunggu hari konvokesyen.
“Thanks babe jadi kawan aku. Selalu ada dengan aku. Hiks. Aku doakan kau bahagia dengan Dr Hazieq.”
Sekali lagi senyuman Ainul meleret mendengar nama Amirul Hazieq dari bibir Farah.
“You too Dr Farah Amalina. Thank you for being the best best best friend ever. I love you.”
Hari konvokesyen.
Mata Ainul Antasya meliar-liar mencari kelibat wajah-wajah kesayangannya. Agak susah sebenarnya mencari orang dengan keadaan kawasan dewan yang dipenuhi dengan orang ramai yang sibuk bergambar kenangan.
“Kakak.” Sejambak bunga singgah betul-betul di hadapan muka Ainul. Aiman Hakim, adik kesayangannya datang memeluk dari belakang. Papa dan mamanya juga turut berada di belakang Aiman. Dia tersenyum senang. Kad kecil yang terselit di celah bunga ros merah itu ditarik keluar.
Congrats my dear Dr. Ainul Antasya binti Fuad.
Ainul menarik mama dan papanya ke dalam pelukannya. “Thanks mama,papa. This is for you.” Pipi kedua orang tuanya dicium lama.
Ya Allah, gembiranya hati hanya Engkau yang tahu. Impian untuk membuat mama dan papa bangga sudah tercapai.
Sejambak coklat fererro rocher sekali lagi singgah di hadapannya. Tangan siapa ni? Putih melepak pakai Qu Puteh ke? Ainul bermonolog di dalam hati. Tawanya berdecit perlahan, lucu dengan lawak sendiri.
Jambangan coklat itu diambil. Ainul tidak berani menoleh ke belakang.
Be my wife, please. (Adam Irfan)
Kertas kecil berwarna merah itu jatuh ke lantai. Tangan Ainul menggigil tiba-tiba.
Ya Allah. Ainul memandang wajah Adam Irfan yang penuh pengharapan. ‘Tapi aku tak suka kau.’ Kata-kata itu hanya tersekat di kerongkong.
“Will you?” Adam Irfan meminta jawapan Ainul.
“Kenapa balik Malaysia tak bagitahu?” suaranya sedikit berbisik memarahi Irfan.
“Surprise..”
Surprise sangat Irfan. Buatnya aku mati hari ini, sia-sia aku belajar 6 tahun nak jadi doktor. Aku tak pernah terbayang pun akan terima kejutan sebegini. Sudahlah hari ini hari penting dalam hidup aku.
“Sayang, apa jawapannya?” wajah Puan Aina berseri-seri menanti jawapan anaknya.
“Sya..Sya..” susahnya nak cakap. Wajah mama dan papanya dipandang silih berganti.
“Sejak bila jadi gagap ni?” soal Adam Irfan.
Mak Cik Imah yang sedari tadi hanya menanti di sebelah Puan Aina datang memujuk Ainul. Tangan Ainul diusap lembut, penuh sayang.
“Ainul, mak cik harap sangat Ainul sudi jadi menantu mak cik. Mak cik berkenan sangat dengan Ainul.” Mak cik Imah mengeluarkan sebentuk cincin berlian di hadapan Ainul.
Haa sudah. Apa aku nak jawab ni? Rasa macam tengah shooting drama pula. Ramai yang melihat kami. Tak kurang juga yang menjerit suruh aku terima lamaran Adam Irfan.
Kalau aku tolak, mesti mama sedih, mak cik Imah sedih. Lagi sedih Adam Irfan dan aku akan menganggung malu. Takut pula nanti ada orang snap gambar kami, buat caption pelik-pelik. Karang tak pasal-pasal aku kena kecam netizen sebab tolak lamaran lelaki hensem di hari konvokesyen. Sedikit sebanyak aku takut jawapan aku ini akan merosakkan hubungan persahabatan antara mama dengan mak cik Imah. Allah, tolong aku. Aku tak boleh malukan mereka. Tapi, kalau aku konfes dekat Hazieq, belum tentu dia balas cinta aku. Ah, susahnya! Ainul memejamkan matanya meminta kekuatan dari Tuhan.
‘Amirul Hazieq, I’m sorry.’ Bisik hatinya.
“Bismillahhirrahmanirrahim..” Ainul tidak mampu meneruskan kata-kata, hanya mengangguk setuju. Air matanya menitis laju. Peliknya, dia tidak merasa menyesal. Dia sendiri tidak mengerti perasaannya saat ini.
“Terima kasih, Ainul.” Adam Irfan tersenyum gembira mendengar jawapan Ainul lantas terus sujud tanda bersyukur kepada Tuhan.
“Sya! Sya! Jom ambil gambar.” Farah Amalina berlari ke arah mereka dengan sebuah kamera DSLR.
“Tolong ambilkan.” Kamera dihulur kepada Irfan.
“Kau ni behave sikit. Dah macam kanak-kanak Ribena aku tengok.”
Terhibur seketika Ainul melihat telatah sahabat baiknya yang satu ini. Raut wajahnya jelas terpancar kegembiraan. Siapa tak gembira dapat title doktor setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus belajar.
“Babe, siapa tu?” bisik Farah Amalina ingin tahu.
“My fiancé.” Jawab Ainul sepatah.
“Since when?”
“Since tadi.”
“What? Kau cakap kau nak…” Ainul menutup mulut celopar Farah. Bahaya kalau mulutnya tidak ditutup. Habis terbongkar semua rahsia.
“Nanti aku story.”
“Tapi babe, tadi aku nampak Dr Hazieq, dia ada jumpa kau tak?”
Pertanyaan Farah dibiarkan sepi. Sepotong nama Amirul Hazieq tidak boleh lagi berada di hatinya.
“Aku terima nikah Ainul Antasya binti Fuad dengan mas kahwin dua ribu ringit dibayar tunai.” Sah. Hari ini sah aku bergelar Isteri kepada seorang lelaki yang aku tak pernah terbayang akan hidup bersama. Seorang lelaki dari zaman kanak-kanak yang sudah sepuluh tahun aku tinggalkan. Berjumpa sekali selepas sepuluh tahun. Berpisah kembali enam tahun kemudian. Sungguh ketentuan Allah tidak ada siapa yang mampu menduga.
Adam Irfan mengatur langkah menghampiri Ainul Antasya yang sedang duduk bersimpuh beberapa meter di belakangnya. Jantung Ainul berdegup kencang. Oh my heartbeat, please slow down.
Sebentuk cincin berlian berjenama Habib Jewel tersarung kemas di jari manis milik Ainul. Kini giliran Ainul pula menyarungkan jam tangan berjenama Sovil Et Titus pilihan Irfan ke pergelangan tangannya.
“Kenapa awak nak jam? Jam itu buatlah hantaran. Kita tukar cincin saja lah masa batal air sembahyang nanti.” Cadang Ainul.
“No.Abang nak Ainul pakaikan jam tangan ni juga. So that I can record precisely the moment when you first time touch my hand as my wife.”
“Yeke first ? Habis itu, masa kita kecil dulu siapa yang asyik tarik tangan Ainul ajak main?”
“Alaa, itu tak kira la. Masa itu Ainul berhingus lagi. Abang tak bernafsu pun tengok Ainul.” Adam Irfan selamba menjawab. Berhingus ye? Comot sangat ke aku dulu?
“Eleh, ingat sweet ?” Ainul ketawa mengejek.
“Tak cukup sweet ke? …Terima kasih sayang sudi terima abang.” Bisik Adam Irfan di telinga Ainul.
“Promise me, you’ll be my best man after papa.” Adam Irfan mengangguk senang. Memang itu sudah menjadi tanggungjawabnya. Dia berjanji akan mempertaruhkan nyawanya untuk Ainul. Isteri dunia akhiratnya.
“Hai bisik apa lama sangat tu.” Usik mak lang yang sedari tadi memerhati. Usikannya disambut dengan gelak ketawa saudara mara lain yang turut hadir memeriahkan majlis.
“Tahniah bro.” Amirul Hazieq yang dari tadi hanya memandang dari jauh menyapa Adam Irfan. Irfan tersenyum gembira melihat Amirul Hazieq.
“Terima kasih apek. Sayang, ni abang nak kenalkan kawan baik abang masa dekat MRSM dulu.” Ainul hanya menunduk melihat Hazieq. Kecilnya dunia. Pujaan hatinya dulu ternyata bersahabat dengan suaminya.
“Dah kenal. Kitorang posting dekat hospital yang sama.” Jelas Amirul Hazieq.
“Tahniah babe.” Farah Amalina memeluk tubuh kecil Ainul Antasya. Cantik betul sahabatnya mengenakan baju kebaya songket berona biru lembut itu.
“Kau jaga sahabat aku ni baik-baik. Kalau aku dengar kau buat benda tak elok dekat dia, nahas kau.” Farah Amalina cuba memberi amaran kepada Adam Irfan. Amarannya hanya disambut dengan ketawa lucu daripada mereka berdua.
“Sayang juga kan kau dekat aku.” Farah Amalina ditarik ke dalam pelukan. Aku tak perlu sahabat yang ramai, kalau yang satu ini sudah cukup menyenangkan aku. Terima kasih tuhan untuk anugerah ini.
“Sayang, bangunlah.” Ainul yang masih lagi mengantuk memaksa dirinya untuk bangun.
“Pukul berapa sekarang?” Ainul masih mamai.
“5 pagi. Bangunlah, sayang dah boleh solat kan. Jom qiam, teman abang.” Adam Irfan menarik tangan isterinya ke tandas. Ainul yang mamai hanya menurut. Tidak pula dia membantah. Semenjak berkahwin dengan Irfan, dia sudah terbiasa dengan qiamullail. Mahu tidaknya, sejak hari pertama kahwin Irfan sudah bangunkan Ainul untuk tahajud. Almaklumlah, suami aku ustaz katakan.
Semenjak berkahwin, suara Adam Irfan semasa mengimamkan solat sudah menjadi sebahagian daripada makanan rohaninya. Tidak lengkap rasanya hidup satu hari tanpa mendengar alunan merdu Irfan mengalunkan ayat-ayat suci al-quran.
Irfan bijak dalam mengatur hal rumah tangga. Ainul sememangnya sudah dapat mengagak, kerana Irfan memang jauh lebih matang daripadanya. Tambahan pula, Irfan memang lebih tua.
Selesai solat berjemaah subuh, Adam Irfan menarik Ainul ke ribanya.
“Sayang, kita pergi honeymoon nak?”
“Nak pergi mana?” Eeei, excited pula rasanya. Selalu tengok orang bulan madu dekat tv je.
“Well, for now, I can’t afford to go overseas. So what if kita pergi Sabah? Kundasang ke?” Irfan cuba untuk memberi cadangan.
“Ikutlah. Dalam negara pun banyak tempat yang cantik-cantik. Ainul tak kisah.” Ainul tersengih di riba Adam Irfan.
“Eeei busuk. Dah gosok gigi ke belum ni?” Ainul bingkas bangkit dari ribaan Irfan. Busuk ke? Rasa macam dah gosok. Ke tadi aku mamai. Eh, dah gosoklah. Dia ni… Ainul mengetap bibir geram. Pagi-pagi nak sakat orang.
“Eh, elok sikit abang ni. Ainul dah gosok kot tadi.” Adam Irfan ketawa berdekah-dekah. Reaksi cemas Ainul betul-betul menceriakan paginya.
“Sure?Tak apalah, tak gosok pun tak apa, lagi busuk lagiiiii abang sayanggggg.” Sengaja sayang itu dipanjangkan enam harkat. Biar Ainul tahu, betapa besarnya cinta Adam Irfan kepada Ainul Antasya. Tawanya masih bersisa.
“Ish dia ni…” geram pula aku.
**********
Adam Irfan mencari kelibat isterinya. Kelembutan yang terpancar di wajah isterinya sedikit sebanyak dapat meredakan penat berkerja seharian. Hidungnya mencium bau wangi masakan dari arah dapur. Sah, Ainul memasak. Ainul memasak? Tak pernah-pernah dia memasak sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Tekak mereka hari-hari hanya menjamah lauk pauk dari restoran. Adam Irfan faham keadaan Ainul yang sibuk, jadi dia pun tidak kisah kalau hari-hari terpaksa makan luar asalkan isterinya ada bersama.
“Abang nak makan?” Ainul sedang menghidang makanan tengah hari di atas meja menegurnya. Ada sambal ikan dan cendawan tumis. Sedapnya bau.. Bukan selalu isterinya akan memasak.
“Boleh juga. Lapar.” Muka cemberut ditayang kepada isterinya.
“Alolo kesiannya.” Ainul membantu Irfan melonggarkan tali leher biru yang mencekik tengkuk itu. Nasi disenduk ke dalam pinggan yang sudah tersedia di meja. Kemudian, Ainul mengambil tempat di sisi suaminya.
“Tak makan?”
“Abang makanlah dulu.”
“Bukannya kenyang pun tengok abang makan.” Tangannya sudah mencapai sudu untuk mencedok lauk. Ainul hanya memerhati. Dia masih kenyang.
“Manisnya.” Gelas berisi air kosong itu diambil dan diteguk.
“Mesti abang nak cakap senyuman Ainul lagi manis kan?” Ainul meneka. Sekarang ni kan musim orang bagi pickup line.
“Tak, serius cendawan ni manis. Ainul letak gula banyak mana ni?”
“Sikit je.” Ainul menunjuk anggaran gula dengan mengangkat sudu yang digunakan untuk mencedok lauk. Adam Irfan menggeleng. Jumlah gula yang digunakan Ainul begitu berlebihan.
“ Sayang, you nak bagi abang mati cepat ke?” Adam Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melihatkan Ainul yang masih membisu, dia jadi serba salah. “ Tak apalah, lain kali, nak goreng sayur tak payah letak gula. Letak garam, sikit saja. Cendawan ni pun dah cukup manis dah, tengok muka sayang lagi manis. ”
“Ainul minta maaf sebab Ainul tak pandai masak. Abang tak payah makanlah cendawan ni. Ainul buang je nanti.” Memang dia tidak tahu memasak. Zaman kolejnya dihabiskan dengan belajar dan berjimba. Padan muka kau Ainul, dulu tak nak belajar masak, sekarang nak ikat perut suami sendiri pun tak boleh.
“Sayang, abang bukannya marah tahu. Abang tegur je. Kalau sayang tak reti masak, kita belajar sama-sama. Sayang buat salah abang tegur. Abang salah, sayang tegur. Kita sama-sama perbaiki diri kita. Abang kahwin dengan sayang, sebab sayang, bukan sebab nak cari orang rumah yang boleh serba-serbi.Kalau macam itu, baik abang kahwin dengan orang gaji je. Abang sedar, abang ni pun bukannya sempurna sangat.” Irfan memujuk. Sempat lagi dia berseloroh.
Sya kau dah habis shift kan. Jom aku tumpangkan kau balik.”
“It’s okay. Husband aku datang ambil hari ini.” Ainul menolak sopan pelawaan Dr Nadia yang tingal berhampiran dengan kawasan rumahnya.
“Untungnya ada suami nak datang jemput. Kalau macam itu, aku balik dulu ya.” Dr. Nadia mengatur langkah meninggalkan Ainul.
Ainul mengerling jam tangannya. Lambat satu jam. Jalan jammed agaknya. Ainul cuba menenangkan perasaannya. Walau bagaimanapun, dia rasa tidak senang duduk. Adam Irfan tidak pernah lambat walau seminit. Irfan akan sampai awal sebelum shifnya habis lagi.
Beberapa kali dia cuba mendail ke telefon bimbit Irfan, namun hampa. Yang ada hanya jawapan daripada operator.
Tiba-tiba ruang kecemasan dan trauma jadi kelam kabut. Tiga pesakit yang cedera parah ditolak masuk ke dalam hospital.
“Ada apa ni?” Ainul bertanya attendant yang lalu di sebelahnya.
“Kemalangan dekat lebuh raya doktor. Dua buah kereta bertembung. Satu kereta terbalik rempuh divider.”
Oh. Ainul kembali duduk di kerusi. Tangannya kembali mendail nombor Irfan.
‘Mana abang pergi?’
Tiba-tiba lutut Ainul tidak semena-mena jadi lemah melihat pesakit kedua yang ditolak masuk. Jam tangan yang tersarung di pergelangan tangan lelaki itu persis milik suaminya. No way. That’s limited edition.
Ainul bangun untuk melihat wajah yang sedang terlantar itu. Sebelah wajahnya hancur, berlumuran darah. Baju kemeja putih itu juga sudah jelas bertukar merah bermandi darah.
“Abang!” Ainul menjerit sekuat hati melihat keadaan suaminya.
Kakinya pantas berlari ke zon merah mengejar Irfan. Ya Allah, dugaan apa yang Engkau berikan kepada aku ini. Aku tak kuat Ya Allah. Tubuh Irfan didakap kemas. Dia sudah tidak peduli coat putihnya kotor dengan darah. Air matanya mengalir deras.
Ainul meraung sekuat hati memeluk tubuh Irfan. Kredibilitinya sebagai seorang doktor hilang tiba-tiba. Dia jadi buntu. Lemah.
“Tasya, let me handle him okay. Don’t cry.” Amirul Hazieq simpati melihat keadaan Ainul.
Ainul hanya mengangguk lemah.
“You tunggu dekat luar. Apa-apa nanti I inform you.”
Ainul masih lagi tidak berganjak. Dia tidak mahu keluar.
“Please Tasya, trust me.” Amirul Hazieq masih lagi memujuk.
“Promise ?” Lelaki itu mengangguk laju.
Akhirnya Ainul akur. Langkahnya diatur perlahan. Jiwanya kosong. Yang ada sekarang hanya sebuah pengharapan,semoga suaminya Irfan akan kembali pulih.
Seminggu selepas insiden itu. Adam Irfan masih lagi tidak sedarkan diri. Luka-luka di wajahnya sudah hampir sembuh. Ainul mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga suaminya.
“Kakak baliklah.Biar adik jaga abang Irfan.” Aiman risau melihat keadaan Ainul. Sudah seminggu dia bermalam di hospital. Puas disuruh pulang, tetapi Ainul masih berdegil.
“Kakak nak teman dia. Hospital ini dah macam rumah akak. Akak okay.” Sungguh Ainul tidak mahu berenggang dengan Irfan. Dia tahu peluang Irfan untuk hidup sangat tipis. Dia doktor.
Surah Yasin dikeluarkan dari dalam beg Prada, hadiah hari jadi dari Irfan.
Ainul mendekatkan wajahnya ke telinga Adam Irfan, ‘Abang, bangunlah. Lama sangat abang tidur. Ainul rindu bacaan al quran abang. Abang dengar Ainul baca ya.’
“Bismillahhirrahmanirrahim… Yasin..”
Amirul Hazieq tidak jadi masuk ke kamar Irfan. Dia terpaku mendengar bacaan Yasin Ainul. Merdunya. Bertuah kau Irfan, dapat isteri sebaik Tasya. Bisik hati Hazieq.
Irfan membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya berpinar. Tangan kanannya terasa berat.
‘Patutlah, sayang abang buat bantal.’ Irfan tersenyum lemah. Wajah isterinya dipandang lama. Hatinya tidak pernah jemu menjamah wajah putih mulus ini.
‘I love you, sayang.’
Pergerakan kecil Adam Irfan telah mengejutkan Ainul. Adam Irfan sedang tersenyum memandangnya.
“Ya Allah abang dah sedar.” Ainul mengalirkan air mata gembira.
“Hari ini hari apa?” Hari apa? Aku pun tidak tahu. Sudah lama benar rasanya aku berkampung di sini.
Ainul membuka aplikasi calendar di dalam telefon pintarnya.
“Jumaat abang.”
“Abang nak solat.” Ainul tersenyum. Dalam kesakitan pun suaminya masih tidak melupakan kewajiban sebagai hamba.
“Boleh. Ainul bantu ya.”
“Sayang, terima kasih jadi isteri abang. Maafkan abang tak mampu jadi yang terbaik.”
Ainul pelik mendengar kata-kata Adam Irfan.
“Jangan cakap macam itu. Ainul tak suka. Abang adalah anugerah terbaik yang Ainul pernah ada. Abang solat dulu, Ainul panggilkan Dr Hazieq.” Ainul keluar meninggalkan suaminya. Hatinya kini lega.
Ainul mendapatkan Amirul Hazieq yang sedang berbual dengan jururawat di hadapan wad.
“Hazieq, husband I dah sedar.” Dr. Hazieq bergegas ke kamar Adam Irfan setelah mendengar perkhabaran daripada Ainul.
Ainul membontoti langkah Dr. Hazieq, namun langkahnya sedikit perlahan. Kepalanya tiba-tiba berpinar. Ainul cuba mengimbangi badannya dengan memegang dinding.
Sakitnya, Ya Allah.
“Sya, are you okay?” menyedari Ainul masih di belakang, Amirul Hazieq memberhentikan langkahnya.
“Pening sikit.Tak payah risaulah.”
“Sure ni?” Raut wajah Amirul Hazieq jelas menunjukkan riak risau. Dia tahu Ainul tidak cukup tidur kerana sibuk menjaga suaminya.
Ainul mempercepatkan langkahnya menghampiri Amirul Hazieq. Ainul memegang kepalanya. Sebelah lagi tangannya memegang coat putih Amirul Hazieq. Peningnya makin menjadi-jadi.Tidak semena-mena pandangannya kelam.
Siling putih itu dipandang kosong. Otaknya masih ligat memproses kejadian tadi. Seingatnya, Amirul Hazieq yang menyambutnya sebelum tubuhnya jatuh menghempap bumi.
“You dah sedar.” Amirul Hazieq berjalan menghampiri Ainul.
“I dekat mana ni?” Ainul bertanya meminta kepastian.
“Hospital-lah.” Kedengaran ketawa Amirul Hazieq meletus.
‘Hish, aku tahulah ini hospital. Tak bagi tahu pun aku tahu.’ Wajah Amirul Hazieq dijeling garang. Sempat lagi dia ini nak main-main.
“Okay, okay. You dekat bilik I. You know what, I have good news for you.”
“What? I pregnant ke?” Ainul meneka. Mana ada good news lain dekat hospital ini. Amirul Hazieq mengangguk gembira. Entah kenapa dia bagaikan orang paling gembira di dunia mengetahui berita itu.
“Serious? Syukur Ya Allah. I nak bagi tahu Irfan.” Ainul bingkas bangun namun dihalang oleh Hazieq.
“Rehat dulu. He’s fine. Nanti once you dah okay, tak pening pening baru I izinkan you jumpa Irfan.”
Ainul tidak puas hati. Dia bangun, tidak mempedulikan larangan Hazieq.
Aku doktor. Aku boleh jaga diri aku.
“Sya, I tahu you doktor. Tapi tolonglah dengar cakap I kali ini.” Suaranya sedikit merayu.
“Not this time, Hazieq. I need to see him.” Belum sempat Ainul menghampiri pintu, tombol sudah dipulas dari luar.
“Doktor, Encik Adam Irfan kritikal.” Ainul kaget.
Abang, Ainul ada berita baik untuk abang. Kenapa abang buat Ainul macam ini. Kenapa abang buat anak kita macam ini.
Amirul Hazieq berlari meninggalkan Ainul yang masih terpinga-pinga di hadapan pintu biliknya. Adam Irfan harus diselamatkan. Dia tidak mahu melihat air mata Ainul Antasya menitis lagi.
“You said I can count on you.!You said he’s fine?” Ainul tidak dapat menerima perkhabaran yang baru didengarnya.
“Yes, he was. I’m sorry Sya. I’ve tried my best. Allah loves him more.” Amirul Hazieq cuba memujuk. Ainul sudah terduduk di hadapan pintu kamar Adam Irfan. Meraung. Menangis sekuat hati.
“Kenapa abang tinggalkan Sya, di saat Sya betul-betul perlukan abang.” Ainul Antasya meratapi nasibnya.
Baru beberapa jam yang lalu dia berbicara dengan suaminya. Ternyata, itu kali terakhir mereka bersama.
Andai sahaja dia tahu itu detik terakhir Adam Irfan di bumi, pasti dia tidak akan berganjak dari sisinya.
“I seronok sangat bila you beritahu I mengandung. I tak sabar nak sampaikan berita gembira ini kepada dia. Kenapa dia tak boleh tunggu. Kenapa Hazieq?” Ainul hilang pertimbangan, dia mula mempersoalkan takdir tuhan.
Amirul Hazieq serba salah. Hatinya luluh melihat Ainul Antasya kesayangannya menangis hiba. Ingin sahaja gadis di hadapannya ini ditarik ke dalam pelukan. Namun, akalnya masih waras. Dia tahu Ainul bukan miliknya.
“Ingat tuhan Sya. I tahu you kuat. You boleh hadapi ujian ini.” Amirul Hazieq membantu Ainul bangun, dan memapahnya menghampiri Adam Irfan.
Semua ahli keluarganya ternyata sudah menunggu di sisi suaminya. Ainul Nampak mata Ibu mertuanya merah dek esak tangis yang berpanjangan.
Sekujur tubuh yang terbujur kaku di atas katil hospital itu ditenung lama. Air mata Ainul sudah kering. Dia sudah puas menangis dan meratap.Suasana hiba menyelubungi seluruh ruang kamar itu. Ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan setugas Ainul turut bersama memberi penghormatan terakhir kepada Adam Irfan.
Ainul mengenggam tangan Adam Irfan ke dadanya.
“Ya Allah, terima kasih pinjamkan aku suami sebaik ini. Abang, tak pernah sekali pun terlintas dalam kamus hidup Ainul yang Ainul akan kehilangan abang secepat ini. Hidup bersama abang bagaikan di awang-awangan. Ainul bahagia. Sangat. Halalkan setiap apa yang abang berikan untuk Ainul sepanjang tempoh perkenalan kita. Dalam perut ini ada zuriat abang. Zuriat yang abang nantikan. Ainul minta maaf tak sempat khabarkan kewujudan nyawa kecil kita kepada abang. Ainul janji, Ainul akan jaga zuriat kita dengan baik. Didik dia macam mana abang didik Ainul.” Tangan Irfan yang sejuk itu dicium lama.
Puan Aina memeluk Ainul memberi kekuatan. Dia tahu anaknya tabah.
“Sya kuat ya sayang. Allah takkan uji kalau Sya tak kuat.” Puan Aina sebak. Tidak menyangka bahtera perkahwinan yang baru lima bulan dibina diuji dengan ujian yang sangat dahsyat.
“Sya redha dengan takdir Sya mama. Sya ikhlas abang Irfan pergi. Lagipun abang Irfan pergi hari Jumaat. Dia selalu cakap nak mati hari Jumaat. Sya gembira sangat Allah makbulkan doa abang.” Ainul membalas pelukan ibunya. Air matanya jatuh jua.
Bunyi deruan ombak yang membelah pantai sungguh menenangkan. Ainul memegang kemas tangan yang sedang memimpinnya berjalan di pesisir pantai.
“Abang, seronokkan kalau hari-hari macam ini.” Tangan sasa itu dipeluk manja.
“Seronok.” Adam Irfan melemparkan pandangan melihat lautan yang sedang luas terbentang. Cantik. Bibirnya menguntum senyuman. Indahnya ciptaan tuhan.
“Sayang, kalau anak perempuan biar abang yang bagi nama tau!”
“Eh, mana boleh. Penat Ainul mengandung, abang suka hati je.”
“Boleh laaa.” Dia memujuk. “Kalau lelaki, sayang pula yang bagi nama.”
Ainul berfikir sejenak.
“Abang nak nama apa?”
“Nur Damia Hana.” Sedap.
“Nama siapa ni. Nama kekasih gelap abang dekat Mesir dulu ke?” Seorang Ainul akhir-akhir ini kuat betul cemburunya.
“Nama anak kita la. Abang suka. Ingat tau. Damia Hana.”
“Ibuu..” “Ibuuu, takutt..” suara tangisan itu semakin mendekat. Ainul membuka matanya. Anak kecil itu sudah berdiri di tepi katil, menangis. Kedengan kilat sabung menyabung di luar.
Ya Allah, mimpi rupanya. Air mata Ainul menitis laju. Anak kecil itu ditarik ke dalam pelukan. ‘Abang, Ainul rindu.’
5 tahun kemudian.
“Ibu kita nak pergi mana?” Anak kecil berbaju kurung hitam itu berlari ke arah ibunya.
“Kita nak pergi kubur papa. Hari ini kan hari jadi papa. Kita sedekahkan bacaan Yasin dekat papa ya?” Anak kecil itu tersengih mengangguk.
“Mia ambil tudung Mia ya?”
“Iya sayang, pergi kubur kena tutup aurat. Pandai anak mama.” Ainul mencium dahi anak kesayangannya itu. Nur Damia Hana. Sepotong nama yang diamanatkan oleh Adam Irfan semasa hayatnya Ainul namakan pada anak pertama mereka. Hanya Damia tempat dia bermadu kasih sekarang.
“Assalamualaikum..”
Damia Hana berlari ke muka pintu mendapatkan suara yang sangat dikenalinya.
“Uncle Daddy!” Tubuh tingi lampai itu didakap kuat. Amirul Hazieq yang segak berbaju melayu hitam mendukung tubuh kenit itu lalu mencium dahinya.
“Jom.”
Ainul memasukkan senaskhah Surah Yasin ke dalam tas tangannya. Langkahnya diatur kemas menuju ke kereta milik Amirul Hazieq.
Setiap orang ada kisahnya yang tersendiri. Aku bersyukur dengan setiap anugerah yang Dia pinjamkan untuk aku. Walaupun kadang kala waktunya terlalu singkat, dia hadir memberi bahagia. Adam Irfan, tenanglah kau di sana. Nantikan Ainul dan anak kita di sana.