Jumaat, 27 Februari 2015

Cinta skuter Merah

Motor skuter warna merah yang berhenti dilampu isyarat itu, dirempuh oleh sebuah kereta Toyota Sivic milik seorang lelaki. Gadis itu terus terjatuh betul-betul diatas pembahagi jalan. “Arghhh! Aduh.. sakitnya! Woi! Buta ke? Kau tak nampak lampu isyarat tu warna merah! Tak ada sivik punya orang!” Hambur gadis itu takkala lelaki tersebut keluar dari keretanya. Namun bukan untuk membantu gadis tersebut. Sebaliknya dia terus melihat keadaan keretanya. Mahu memastikan sama ada keretanya itu tercalar atau pun kemik. Gadis itu bangun. Dia melihat sikunya yang berdarah. Lalu mendengus kasar. Ewah! Ewah mamat ni! Sepatutnya dia tengok sini! Bukan sibuk pasal kereta dia tu! Dia menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahunya. “Hello!! Pekak ke?!” Marah Maya Irdina. Lelaki itu bangun dan membulatkan matanya.
“Hey! Takat motor buruk tu aku peduli apa! Dah tahu motor tu buruk, yang bawak naik atas jalan buat apa! Menyusahkan orang saja, tau!” Marah Lelaki itu kembali. Maya Irdina terkebil-kebil memandang wajah lelaki itu yang menyeringainya. Panas sahaja telinganya mendengar bahasa lelaki itu.
“Cakap baik-baik sikit! Jangan nak hina motor aku, erk! Kau fikir kereta kau tu cantik sangat! Lagi pun jalan ni bapak kau yang punya ke!” Bidas Maya Irdina.
“Of course! This is a new car! I just bought it yesterday. Lagi satu bapak-bapak kau jangan main!”
“What ever! Ni siapa yang nak bayar ganti rugi? Tengok! Siku aku dah luka!” Ilham Najmi tersenyum sinis. Lalu mengeluarkan dompetnya.
“Sikit pun hal pun nak mintak ganti rugi! Nah! Ambik duit ni pergi bawak besi buruk tu ke bengkel. Tapi tempat yang paling sesuai, buang dalam laut! Yang lebih aku sedekah!” Ilham Najmi membaling duit itu ke muka Maya Irdina. Gadis itu terkesima dan mengertap bibir. Dibiarkan duit itu bertaburan diatas jalan.
“Biadap betulkan mulut kau! Mulut macam longkang! Kau ingat aku hadap sangat ke duit kau tu!”
“Suka hati kaulah, minah pengkid! By the way, could you please move that ugly thing.” Ujur lelaki itu lalu masuk semula ke dalam keretanya. Termangu Maya Irdina seketika. Lelaki itu terus beredar bila lampu isyarat bertukar hijau.
“Pengkid? Pengkid! Hoi! Nanti dulu! Tak guna betul mamat ni! Kalau kau tak blah tadi, memang masak kau aku kerjakan. Arghhh!” Jerit gadis itu melepaskan perasaan geramnya. Sakit hatinya lebih lagi jika dibandingkan dengan sakit disikunya. Gadis itu terus mengangkat motor skuternya. Baby, kau okey ke? Alahai, dahlah aku tengah sengkek ni. Manalah aku nak cari duit nak hantar kau pergi bengkel! Tiba-tiba dia terpandang duit kertas yang bertaburan dikakinya. Duit yang dilemparkan oleh lelaki itu. Bila difikirkan cara lelaki itu, sakit hatinya tidak tertanggung. Tidak ingin dia mengambil duit-duit itu. Namun bila difikirkan, memang wajar lelaki itu membayar ganti rugi padanya. Alamak, rezeki! Maya Irdina terus mengutip duit-duit itu. Dia langsung tidak perdulikan lagi pada mata-mata yang memerhatikannya. Yang penting, dia ambil dulu duit itu semua dan simpan didalam poketnya. Seratus, dua ratus, tiga ratus, empat ratus, lima puluh. Empat ratus lima puluh?! Huhh! Kedekut betul mamat tu. Pakai kereta besar. Mewah pulak tu. Tapi bagi empat ratus lima puluh saje? Tak patut! Tak patut! Tak patut kalau aku tak ambik. Rezeki jangan ditolak. Maut jangan dicari! Lebih baik daripada tak ada langsung. Getus hati kecil Maya Irdina sambil ketawa kecil. Duit itu terus dia simpan didalam kocek seluarnya. Cepat-cepat dia menghidupkan enjin motornya itu. Gadis itu tersenyum lega bila motor itu dapat dihidupkan. Nasib baik tiada apa-apa yang rosak. Cuma cermin sisinya patah. Maya Irdina terus bergerak dan meninggalkan lampu isyarat.
Ilham Najmi tersenyum seorang diri. Bayangan wajah gadis yang dia langgar tadi masih bermain difikirannya. Hati kecilnya benar-benar tercuit melihat wajah dan teletah gadis itu bila dia sedang marah. Paling lucu, ketika dia memanggil gadis itu dengan gelaran pengkid. Tentu hangin satu badan gadis itu dibuatnya. “Ehem! Orang kata kalau orang asyik senyum sorang-sorang ni, sama ada dia tak betul atau pun tengah dilamun cinta! Tapi kau dah bertunang, kan!” Tegur Kamil bila lelaki itu langsung tidak menyedari kehadirannya didalam pejabat Ilham Najmi. Tersentak dia dibuatnya, lalu mengaru-garukan kepala yang tidak terasa gatal itu.
“Ish, mengarutlah kau ni! Hurm, ada apa hal?” Soalnya sekadar mahu mengalihkan topik. Malaslah dia hendak menceritakan insiden yang baru sahaja berlaku tadi. Kamil terus duduk dihadapan lelaki itu.
“Saja!”
“kau tak ada kerja nak buat?”
“Adalah! Aku datang ni nak jemput kau datang ke majlis kahwin aku nanti. Nah, ni kad kahwin aku. Datang, tau!” Ilham Najmi tersenyum kecil lalu mengambil kad undangan tersebut.
“InsyaAllah. Kau pun nanti bila aku kahwin jangan tak datang pulak!” Pesan lelaki itu. Kamil mencebik bibir lalu tersenyum kecil.
“Ada satu benda lagi. Kalau boleh aku nak kau jadi pengapit aku masa aku kahwin nanti. Bolehkan?!” Pinta Kamil tanpa menunggu persetujuan Ilham Najmi dahulu. Tetapi lelaki itu tidak kisah yang sebenarnya. Malahan dia dengan sukarelanya sanggup menjadi pengapit pengantin demi kawan baik yang telah lama dia kenal itu. Sejak dari bangku sekolah lagi.
“Okey! Tapi nanti bila aku kahwin, kau pulak yang kena jadi pengapit aku!”
“Mestilah. Tapi bila majlisnya? Dah empat bulan kau bertunang. Kau tengok aku! Sebulan bertunang, terus nikah! Tak payah tunggu lama-lama.”
“Itu kau! kau tahu ajelah tunang aku tu. sikit-sikit nak tangguh. Takutlah, apalah. Kalau dia nak, hari ni pun kita orang boleh nikah. Hurm, kalau tak ada aral, dua bulan lagi kitaorang nikahlah rasanya.”
“Baguslah, jangan tunggu lama-lama. Aku doakan kau dengan dia cepat-cepat diijab kabulkan.”
“Amin!” Ujar Ilham Najmi seraya tersenyum kecil. Kamil turut tersenyum.
*********
Maya Irdina melemparkan topi keledarnya diatas lantai. Lalu masuk ke dalam rumah. Tersepuk diatas sofa. Encik Fuad yang sibuk membajai pokok bunga orkidnya tersentak. Terpinga-pinga dia seketika dengan kelakuan cucunya yang sorang itu. Lantas dia terus bangun. Berjalan menghampiri muka pintu. “Angin tak ada, ribut tak ada. Tiba-tiba melenting ni kenapa?” Soalnya sambil menanggalkan sarung tangan. Maya Irdina masih memuncungkan bibirnya sedepa. Puan Fatimah yang kebetulan membawa secawan air untuk suaminya itu turut kehairanan.
“Awalnya Maya balik? Tak kerja ke hari ni?” Soalnya pula. Namun tetap sahaja gadis itu mendiamkan diri.
“Kenapa ni? Maya ada masalah ke kat tempat kerja? Cuba cerita pada atuk!” Lelaki separuh abad itu menyoal lagi, tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapannya.
“Maya sakit hati! Geram sangat-sangat!”
“MasyaAllah, cuba cakap kenapa? Kalau tak cakap, macam mana atuk dengan opah nak tahu apa masalah Maya.” Kali ini Puan Fatimah pula cuma mengorek rahsia dari gadis itu.
“Tadi, ada orang gila mana entah langgar Maya! Dah la tu boleh pulak main campak duit depan muka orang! Mana tak sakit hati!” Adu gadis itu.
“Maya tak apa-apa? Macam mana boleh kena langgar pulak ni?” Encik Fuad makin risau. Manakan tidaknya. Itulah satu-satunya cucu yang dia ada.
“Itulah, bila cakap orang Malaysia ni berbudi bahasa percaya sangat! Cuba tengok adap diaorang atas jalan raya. Hancur! Lampu isyarat warna merah pun diaorang nak langgar! Tak ada moral sivik, betul!” Gerutu gadis itu sepuas-puasnya. Encik Fuad memandang Puan Fatimah lalu tersenyum kecil. Mereka yang memang arif akan sikap gadis itu yang cepat melenting dan kepala angin, tidak terkata apa-apa.
“Motor Maya teruk ke? Ni kat mana pulak yang luka? Biar opah tengok!” Ujar Puan Fatimah.
“Opah tengok ni! Siku orang dah luka! Sakit, tau!” Ujur Maya Irdina, merengek manja.
“Alah, kesiannya cucu opah ni! Kejap opah ambikkan ubat.”
“Hurm, manjanya cucu atuk sorang ni! Sakit sikit pun tak tahan!” Perli Encik Fuad.
“Iyalah! Atuk mana ada cucu lain. Maya pulak.. mana ada mak dengan ayah.. lainlah kalau mak dengan ayah masih hidup. Dapatlah Maya bermanja dengan diaorang.” Tutur Maya Irdina mendatar. Air matanya mula bergenang dikelopak mata. Hatinya cepat terusik bila diungkit tentang kedua orang tuanya yang telah pergi menyambut panggilan ilahi. Waktu itu dia baru berusia 10 tahun. Sudah terlalu lama dia dahagakan kasih sayang ibu dan bapanya. Cuma pada atuk dan opahnya tempat dia menumpang kasih. Tempat dia bermanja. Encik Fuad meraih tubuh itu lalu dipeluk. Dia mengosok-gosok bahu Maya Irdina.
“Mayakan ada atuk dengan opah. Lagi pun Maya kena redha kepergian mereka. Kita semua milik-Nya. Kalau dia nak ambik, bila-bila masa pun boleh.” Nasihat Encik Fuad. Maya Irdina sudah tersendu didalam pelukkanya. Puan Fatimah jadi hairan bila melihat Encik Fuad dan Maya Irdina begitu.
“Apa awak dah buat dengan cucu saya ni? Sampai menangis macam ni. Kenapa ni sayang?”
“Atuk tak buat apa-apa pun. Cuma Maya teringatkan mak dengan ayah.”
“Maya tahukan mereka dah tak ada! Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup. Ya, sayang!” Pesannya pula. Encik Fuad mengesat air mata Maya Irdina. Gadis itu tersenyum tawar. Dia cuma mengangguk sahaja. Dia tidak mahu melihat atuk dan opahnya jadi susah hati gara-gara melihat dia bersedih. Mereka juga sepertinya yang sedaya upaya cuba menguatkan semangat dan cuba bersikap tabah. Masing-masing pernah merasai kehilangan orang yang mereka sayangi. Tetapi hidup harus diteruskan. Selagi ada nyawa, selagi itu belum ada penghujung bagi kehidupan ini.
“Opah..!” Panggil Maya Irdina, manja.
“Iya, sayang?”
“Lapar!” Tercetus tawa Encik Fuad dan Puan Fatimah mendengarnya. Terasa lucu pun ada.
“Ingatkan sakit hati, nak mogok lapar hari ni!” Perli Puan Fatimah.
“Mana boleh mogok lapar! Itu hal lain. Makan pulak hal lain! Kalau Maya tak makan nanti, Maya tak ada tenaga nak buat kerja. Bila Maya tak kerja, siapa yang nak bantu atuk dengan opah!” Tutur Maya Irdina dengan gaya lagak anak kecil. Tercuit hati atuk dan opahnya itu. Semakin banyak kasih yang tertumpah dengan sifat manja dan berdikarinya itu.
“Iyalah. Jom kita makan. Hari ni opah masak lauk kegemaran Maya.”
“Ayam goreng?!” Soalnya girang. Puan Fatimah mengangguk sahaja. Semakin melebar senyuman gadis itu lantas membuatkan Encik Fuad mengelengkan kepala. Umur sudah menjangkau 25 tahun, namun sifat keanak-anakkannya masih menebal didalam diri. Walau pun begitu, Maya Irdina bukanlah seorang gadis yang tidak matang. Cuma bila dia bersama atuk dan opahnya, dia suka bermanja dengan mereka. Pada siapa lagi dia boleh bermanja. Bila sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah, dia akan cuba menjadi orang yang matang dan berdikari. Jadi sikap keanak-anakkannya itu biarlah hanya ketika bersama atuk dan opahnya sahaja.
“Ya, ayam goreng! Macam upin dengan ipin yang gila makan ayam goreng tu!” Ujar Puan Fatimah, mengusik gadis itu. Maya Irdina mengerutkan dahi.
“Mana ada gila! Bila kita suka makan sesuatu makanan, itu namanya..”
“Taksub!” Usik Encik Fuad pula.
“Atuk ni! Dahlah. Apa-apa jelah. Maya dah lapar nak makan dulu.” Gadis itu terus menonong ke dapur. Meninggalkan atuk dan opahnya. Mereka ketawa kecil. Lalu turut mengekorinya ke dapur.
*********
Ilham Najmi mengatur langkah keluar dari pejabat. Setelah dia menyiapkan kerjanya, pantas sahaja dia menyambar briefcasenya dan menuju ke lif. Petang ini dia berjanji mahu menjemput Narina, tunangnya dipejabat wanita itu. Kemudian, makan malam bersama. Kamil menahan pintu lif sebelum sempat ia tertutup. Cuak seketika Ilham Najmi dibuatnya. Tetapi Kamil tersenyum kecil. “Awalnya kau keluar?! Bukan tadi kau kata ada banyak kerja ke?” Soal lelaki itu meminta kepastian. Bukannya mahu menyibuk cuma hairan.
“Aku janji nak jemput Rina! Lagi pun dah seminggu aku tak jumpa dia. Dia kan baru balik dari outstation.”
“Owh, jadi nak lepaskan rindulah ni!” Ujar Kamil dengan nada berseloroh. Ilham Najmi tersenyum sipu.
“Biasalah! Hurm, kau balik terus ke?”
“Tak. Aku pun macam kau. Nak pergi jumpa tunang aku jugak.” Ujar Kamil tersengeh. Ilham Najmi tersenyum meleret. Kemudian terdiam seketika.
“Kita ni dah tak ada kerja lain agaknya. Habis kerja, kena jemput tunang pulak. Ni belum kahwin, kalau tak lagi parah. Nak lepak macam dulu pun tak boleh dah.”
“Biasalah. Kita orang lelaki mana boleh hidup tanpa orang perempuan. Kalau tak ada diaorang semua, bosan la pulak kan!”
“Memanglah, tapi belum kahwin jumpa selalu. Esok-esok kahwin nak hadap muka diaorang hari-hari pulak. Aku dah mula rasa cuak. Kau?” Kamil mengelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.
“Aku dah bosan hidup seorang diri. Dah tiba masanya aku jalani hidup dengan orang yang aku sayang. Lagi pun kahwin tu sunnah Nabi. Menyambung zuriat keturunan. Tu! mak, ayah aku asyik merungut nak ada cucu. Kau pun patut cepat-cepat nikah dan bagi cucu pada orang tua kau!”
“Kalau Rina tu macam bakal isteri kau, tak apalah. Dia dah bagi warning awal-awal lagi kat aku. Dia tak nak mengandung! Takut rosak tubuh la, apa la. Bukan orang tua aku aje yang kempunan, aku ni!” Kamil ketawa kecil.
“Nasib kaulah, Ilham. Tapi kalau dia tak nak bagi kau anak. Tambah la lagi satu cawangan! Ada tiga kosong lagi kot!”
“Isyh, mintak simpang la. Aku kalau boleh nak setia pada yang satu. Kalau dia tak nak bagi anak kat aku, tak apalah. Asalkan kami bahagia bersama. Itu dah cukup! Lagi pun masa depan mana kita tahu. Mungkin lepas kahwin nanti hati dia terbuka nak ada anak, siapa tahu!”
“Hurm, ikut suka kaulah. Tapi anak ni pengikat kasih sayang antara sumai dan isteri. Awal-awal kahwin memanglah tak kisah. Lama-lama nanti jemulah jugak, kan!” Tambah Kamil lagi. Tidak sependapat dengan sahabat baiknya itu. Ilham Najmi mengangkat kedua bahunya dan cuma tersenyum kelat. Pintu lif terbuka saat itu. Masing-masing mengatur arah tuju mereka. “Jumpa esok!” Ujar lelaki itu sebelum menghilang. Ilham Najmi terus ke keretanya yang diparking dihadapan bangunan agam itu.
*********
Narina sudah terpacak dihadapan bangunan agam itu. Bangunan yang menempatkan pejabatnya dibawah syarikat Indra Putra Holding Snd. Bhd. Wajahnya mencuka sambil memeluk tubuh. Saat Ilham Najmi memberhentikan keretanya dihadapannya, dia terus berpaling. Namun sempat dia mengerling pada kereta baru lelaki itu. Huh, aku mintak kereta baru kata nantilah! Untuk diri sendiri boleh pulak beli! Dasar lelaki tangkai jering! Gerutu Narina didalam hatinya. Muncungnya dipanjangkan sedepa. Ilham Najmi terus keluar dan berlari anak mendapatkan buah hatinya itu. “Sorry, babe! I’m late. Traffic jam.” Ujar Ilham Najmi sambil menyusun sepuluh jarinya.
“Excuse! Lenguh kaki I tunggu you kat sini!”
“I lambat sikit je!”
“Lain kali kalau dah janji, mesti tepati!”
“Jangan la marah! I pun penat jugak. I cepat-cepat datang sebab nak jemput you.”
“Hurm, okey. Tapi lain kali jangan lambat lagi. You pun tahukan I paling tak suka menunggu!”
“Tak apa, nanti I ciptakan sebuah kereta yang boleh terbang. Tak payah tersangkut kat traffic jam lagi. Lepas tu bolehlah I jemput you cepat-cepat.” Usik lelaki itu. Namun hanya cubitan yang dia terima. Narina terus masuk ke dalam kereta Ilham Najmi sebaik lelaki itu membukakan pintu untuknya. Kereta Toyota Sivic itu terus meluncur laju keluar. Didalam kereta Narina masih lagi merajuk. Pandangannya dilemparkan ke luar kereta yang bergerak laju itu. “Kenapa ni? Asyik muncung aje. You marahkan I lagi ke?” Soal Ilham Najmi yang mula resah melihat wajah tunangnya yang mendung dan keruh itu. Narina berpaling melihatnya.
“Cantik kereta! Bila you beli?” Ilham Najmi mengaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu. Narina pula bagaikan singa yang kelaparan memandangnya.
“Err, I baru beli semalam.”
“Hurm.. kalau macam tu kereta untuk I pun, you dah belikanlah!” Soal gadis itu dengan nada sedikit girang. Cuba menelah, mana tahu benar telahannya itu. Tetapi lelaki disebelahnya itu tergagap-gagap.
“Owh, kereta untuk you?! Kereta untuk you, I.. I dah order! Tapi tak sampai lagi.” Bohong Ilham Najmi. Yang sebetulnya, dia terlupa akan janjinya untuk menghadiahkan sebuah kereta khas untuk Narina.
“Tak sampai lagi?” Soalnya hairan.
“Ha’ah, sebab I nak belikan kereta yang paling mahal dan cantik untuk you! Jadi I mintak kereta yang paling latest untuk you. Yang penting mesti menepati selera you.” Narina termakan kata-kata dusta lelaki itu. Senyumannya kian melebar dibibir.
“Sebab tulah I sayangkan you! Thank you, sayang!” Ujar Narina lalu memeluk lengan Ilham Najmi.
“Anything for you sweetheart!” Fuhh! Nasib baik tak kantoi. “Jadi, nak ke mana sekarang? I rindukan you. Seminggu tak jumpa you rasa macam nak gila!” Narina tersenyum kecil.
“I miss you too! Hurm, mana saja pun tak apa. Asalkan bersama you, I tak kisah!” Tutur gadis itu manja. Ilham Najmi terasa bahagia. Ternyata mereka berkongsi rahsia hati yang sama. Sudah lebih tiga tahun mereka kenal. Dalam tempoh sesingkat itu, banyak yang telah mereka lalui bersama. Menyulam rasa sayang yang kian menebal. Namun cuma ikatan yang suci masih belum menyatukan mereka. Ilham Najmi sudah lama bersedia untuk menjalani kehidupan dan membina sebuah keluarga bahagia bersama Narina. Tetapi itulah, gadis itu terlalu banyak beralasan. Barangkali dia masih belum puas untuk menikmati hidup bujang. Maka itu tiap kali bila Ilham Najmi ungkitkan perihal kahwin, dia pasti mengelak. Hai, entahlah.
*********
Hujung Minggu,
Maya Irdina mengeluh sebaik keluar dari panggung wayang. Terasa menyesal pula bersetuju dengan cadangan Dahlia, menonton filem romantik cinta. Dia hanya tengok permulaan dan kemudian tertidur kerana kebosanan. Pengakhiran cerita barulah dia terjaga semula. Tidak seperti Dahlia yang memang suka dan teruja dari awal sehingga akhir. Siap berkepit sakan dengan Borhan didalam panggung tadi. Naik geli dan mual Maya Irdina dibuatnya. “Sweetnya filem ni! Kan Maya!” Soal Dahlia sengaja mahu menduga Maya Irdina. Yang sebetulnya dia tahu gadis itu tertidur masa menonton wayang tadi.
“Hurm, ha’ah.” Ujar Maya Irdina acuh tak acuh sambil menguap.
“Mengantuk lagi?! Tadi bukan main sakan tidur dalam panggung!” Perli Dahlia tidak puas hati. Maya Irdina tersengeh sahaja.
“Owh, kau perasan erk?! Sorrylah, aku bukannya sengaja.”
“Hurm, alasan! Rugi aje aku belanja kau! Bukannya tengok pun, boleh pulak tertidur!” Marah Dahlia sambil memuncungkan bibirnya.
“Sebab tulah aku malas nak ikut kau. kalau aku duduk rumah, lagi baik! Tidur pun best! Beralaskan tilam dan bantal yang empuk. Selesa sikit. Bukan macam dalam panggung tu, sakit tengkuk aku!” Rungut Maya Irdina.
“Kau tak ada kerja lain ke selain tidur?!” Soal Dahlia geram mendengar rungutan gadis itu.
“Hurm, ada! Makan!” Ujar Maya Irdina dengan nada girang sehingga cuak Dahlia dibuatnya. Borhan yang baru kembali dari tandas, hanya mengelengkan kepala melihat gelagat dua orang gadis itu yang memang suka bertikam lidah. Ada-ada sahaja yang tidak kena dengan mereka berdua.
“Tak habis lagi bertekak?! Dari sebelum mula wayang sampai habis wayang. Tak letih ke?” Soal Borhan cuak. Rimas melihat gadis-gadis itu bertikam lidah tidak sudah-sudah.
“Alah, kitaorang bertekak ala manja gitu! Kau orang lelaki mana tahu!” Jelas Maya Irdina lalu mengangkat keningnya pada Dahlia. Gadis itu mengangguk dan ketawa kecil.
“Hai, tak faham aku perangai orang perempuan ni! Pening kepala dibuatnya.”
“Tak payah pening-pening sangatlah. Apa kata kita pergi makan nak?! Saya laparlah awak!” Ujar Dahlia persis anak kecil. Lalu mengusap-usap perutnya.
“Saya pun lapar jugak. Tapi kejaplah, saya nak pergi tengok DVD dekat kedai depan tu. Lepas tu kita pergi makan, ya!” Pujuk Borhan.
“Alah, nanti-nanti tak boleh ke?” Rungut Dahlia lagi, tidak puas hati.
“Erh, aku pun nak cari CD lagu kumpulan One Direction jugaklah. Ada satu lagu tu, best gila. Jomlah!” Ujar Maya Irdina pula lalu menonong ke kedai yang menjual cakera padat itu. Borhan turut membontoti gadis itu sambil menarik tangan Dahlia. Gadis itu terpaksa akur. Dia hanya mampu mengertap bibir, menahan geram.
*********
Ilham Najmi menyelinap keluar dari butik secara senyap-senyap. Sebaik Narina masuk ke dalam bilik persalinan, dia terus mengambil kesempatan yang ada untuk melepaskan diri seketika. Sudah hampir sejam dia terpaksa menemani Narina mencuba pakaian didalam butik itu. Hampir ke semua baju yang berkenan dimatanya, dicuba. Namun masih teragak-agak untuk membelinya. Memilih bukan main lagi. Asyik menyoal Ilham Najmi tentang baju itu baju ini. Namun bila lelaki itu memberikan pendapatnya, bukannya dia mahu mendengar pun. Sudah beribu duit lelaki itu melayang hari ini. Dari kasut, beg berjenama, alat mekap dan baju. Itu pun masih belum cukup. Lelaki itu membuka dompetnya yang kian menipis. Dia mengeluh berat. Bukannya dia kedekut, cuma sikap boros gadis itu cukup merimaskannya. Nanti bila ditegur, dikatakannya lelaki tangkai jering pula. Hai, serba salah dibuatnya. Ilham Najmi mengerling jam ditangan. Dan kemudian beralih ke belakang mencari kelibat Narina. Manalah tahu gadis itu sudah menyedari kehilangannya. Namun masih tiada. Jadi Ilham Najmi terus berjalan dihadapan deretan butik dan kedai sehinggalah dia terlihat kedai yang menjual cakera padat. Jadi memandangkan Narina pun masih belum selesai berbelanja, apa salahnya jika Ilham Najmi masuk seketika didalam kedai itu. Lelaki itu terus membelek setiap CD dan DVD yang tersusun dirak. Ramai juga orang didalam kedai itu. Namun sedikit pun tidak menganggu tumpuannya. Sudah ada beberapa keping cakera padat ditangannya. Sudah menjadi hobinya mengumpul koleksi lagu terbaru dan juga lagu klasik. Tidak kiralah lagu melayu atau pun lagu inggeris. Minatnya itu dikongsikan bersama dengan Imtiyaz, adik lelakinya. Tangan Ilham Najmi cuba mencapai sekeping cakera padat yang berada dihadapannya, sebelum tiba-tiba ada tangan lain yang mencapainya. Tersentak dan cuak, namun dia tidak melepaskan pegangan. “Kau?!” Ujar Maya Irdina dengan lantang. Barangkali terkejut. Ilham Najmi yang pada mulanya tidak cam akan gadis itu, terus teringat akan kejadian tempoh hari.
“Owh, minah pengkid ni lagi!”
“Erh, mat poyo! Jaga sikit mulut kau tu! Aku tumbuk kang, bersepai jugak gigi kau nanti!” Gerutu Maya Irdina bila lelaki itu asyik mengelarnya pengkid. Bernanah telinganya mendengar gelaran itu. Tangannya masih juga tidak melepaskan cakera padat itu. Sengaja enggan mengalah dengan lelaki biadap dihadapanya. Mereka asyik tarik menarik tanpa memperdulikan ada mata yang mula memandang.
“Ewah, besarnya penumbuk! Ingat aku takut ke?! Lepaslah! Aku yang ambik CD ni dulu!” Tekan Ilham Najmi sambil menarik cakera padat itu dari tangan Maya Irdina. Tetapi tidak semudah itu untuk gadis tersebut tunduk dan mengalah dengannya. Sengaja mahu mencabar kejantanan Ilham Najmi.
“No way! Aku yang ambik dulu! Kau yang lepaskan!” Jerit Maya Irdina tidak puas hati.
“Huh, tak padan dengan perempuan. Tapi perangai tak serupa macam perempuan pun! Tak ada sopan santun langsung!”
“Erh, ada aku mintak pendapat kau ke hah! Sesuka hati nak komen pasal orang. Cerminlah diri tu dulu. Muka macam jamban pecah!” Kutuk Maya Irdina melepaskan geram didada. Sakit hati tempoh hari masih bersisa. Tiba-tiba pula lelaki itu muncul dan mengkritiknya. Terasa kebas mukanya menahan bahang amarah yang terbuku. Pantas kakinya menendang betis lelaki itu. Ilham Najmi menjerit kesakitan. Namun masih enggan mengalah. Dalam menahan kesakitan, dia terus menarik sekuat hati cakera padat itu.
“Sakitlah mangkuk! Baik kau lepaskan CD ni! Lepaskan!” Tengkingnya yang sudah mula hilang sabar. Maya Irdina sedikit pun tidak gentar.
“Jangan harap! Kau yang lepaskan!”
“Tak! Kau!”
“Tak! Kau!”
“Tak! Kau!”
“Tak!! Kau yang lepaskan!” Jerit Maya Irdina. Sibuk tarik menarik, tiba-tiba cakera padat itu terus terlepas dari gengamannya dan juga Ilham Najmi. Lalu jatuh berkecai diatas lantai. Makin ramai orang yang berkerumun melihat drama sebabak itu.
“Ehem!” Pengurus kedai yang dari tadi melihat sahaja pertelingkahan dua ekor mahkluk itu, berdiri mencekak pinggang. Lalu melemparkan jelingan tajam pada Maya Irdina dan Ilham Najmi. Mereka berdua terus terdiam dan menelan liur. “Awak berdua tolong ikut saya ke pejabat sekejap!” Perintah Pengurus kedai itu dan terus membelakangkan mereka berdua.
“Ni kau punya pasallah minah sewel!” Gerutu Ilham Najmi masih tidak puas hati.
“Siapa sewel?! Kau tu yang sewel!” Bidas Maya Irdina lalu berjalan cepat-cepat masuk ke bilik pengurus kedai. Sakit hatinya masih menebal kalau terus melihat wajah lelaki itu. Ilham Najmi mencebik bibir, geram.
“Ini kedai jual CD dan DVD. Bukannya tempat bergusti. Perbuatan awak berdua boleh mencemarkan reputasi kedai saya ni! Jadi sekarang saya nak mintak awak berdua bayar ganti rugi atas CD yang awak berdua rosakkan.” Tutur pengurus kedai itu. Maya Irdina menelan liur.
“Maaf encik, bukan salah saya! Ni mamat poyo ni tiba-tiba nak berebut dengan saya! Biadap betul!” Adu Maya Irdina.
“Erh, kedai ni bukan kedai kau pun kan! Jadi aku punya sukalah nak ambik CD yang mana pun! Kau tu yang biadap!” Ujar Ilham Najmi membela diri. Pengurus kedai itu hanya mampu mengelengkan kepala.
“Sudah! Saya tak nak dengar pun masalah awak berdua. Cuma yang saya mintak hanyalah ganti rugi.” Jelas pengurus kedai itu lagi. Maya Irdina sudah buat muka seposen dia. Cuba menagih simpati.
“Berapa harga CD tu?” Soalnya. Ilham Najmi mencebik lagi. Drama queen! Buat muka kesian nak tagih simpati la tu! Huh, orang macam ni pun ada dalam dunia ni! Dia hanya memeluk tubuh.
“RM29.90 sen sahaja.” Maya Irdina terus mengeluarkan dompetnya. Lalu mengeluarkan duit dan diletakkan dihadapan pengurus kedai itu.
“Nah, 9.90 sen! Selebihnya encik mintak kat mamat poyo ni! Saya pergi dulu!” Ujar Maya Irdina dan cepat-cepat dia larikan diri. Terpinga Ilham Najmi dibuatnya. Pengurus kedai itu pun turut tercengang. Dia memandang wajah Ilham Najmi yang jelas tidak puas hati. Belum sempat dia kejar, pengurus itu menghalang.
“Erh, baki 20.00 ringgitnya mana?” Ilham Najmi mengeluarkan dompetnya. Sebal dan marah. Lalu menghentak dua keping duit kertas dihadapan pengurus kedai itu dan terus lari keluar. Dia masih tidak puas hati dengan Maya Irdina. Kalau dia dapat gadis itu, tahulah bagaimana dia nak ajar perempuan yang tidak tahu berbudi bahasa itu.
*********
Maya Irdina berhenti seketika. Mengambil nafas panjang. Tercungap-cungap. Sempat lagi dia laungkan pada Dahlia dan Borhan yang menunggunya dihadapan kedai tadi supaya tidak perlu menunggunya. Termangu dan terpinga-pinga seketika Borhan Dan Dahlia. Mana tidaknya tiba-tiba sahaja dia berlari keluar dari kedai. Tanpa menjelaskan dan menceritakan apa yang sudah berlaku. Dia berkalih ke belakang mencari kelibat mahkluk biadap tadi. Tersenyum puas dan lega bila kelibat Ilham Najmi langsung tidak kelihatan. Fuhh! Nasib baik selamat! Padan muka kau, rasakan! Lain kali jangan nak cabar aku. Ini Maya tau! “Erh, perempuan! Jangan lari!” Tempik Ilham Najmi yang berada tidak jauh dari gadis itu. Bagai mahu luruh jantung Maya Irdina. Apa lagi. Ambil langkah seribulah jawapnya gadis itu. Jangan harap dia akan patuh kata-kata lelaki itu. Kalau dia terus tunggu disitu, entah apa pula yang lelaki itu akan cuba lakukan padanya.
“Jangan harap! Lelaki gila!” Gerutunya. Maya Irdina terus lari sepantas mungkin. Ilham Najmi mengigit bibir menahan rasa geram. Degil betullah budak ni! Ngomel Ilham Najmi. Tetapi dia tetap tidak berputus asa. Dia mahu melihat sejauh mana gadis itu mampu berlari darinya. Biar sampai ke lubang cacing sekali pun, dia tetap akan kejar Maya Irdina. Sudahlah pengunjung didalam kompleks beli-belah itu ramai. Susah betul dia hendak lari. Namun gadis itu masih boleh mencelah. Almaklum sahajalah. Tubuhnya itu cuma kecil sahaja. Jadi tentu tidak sukar untuknya mencelah ditengah-tengah orang ramai. Ilham Najmi pula asyik terlanggar orang. Hampir hilang gadis itu dari pandangannya. Sekejap sahaja gadis itu telah berada diatas escalator menuju ke bawah. Sempat Maya Irdina berkalih ke belakang dan menjelirkan lidahnya. Narina yang kebetulan baru keluar dari butik, merasa hairan melihat Ilham Najmi mengejar seseorang. Lantas dia memanggil lelaki itu. Namun tidak bersahut. Barangkali Ilham Najmi tidak perasan atau pun dengar. Gadis itu mengigit bibir, geram. Sudahlah dia ditinggalkan keseorangan memilih pakaian. Sekarang ditinggalkan gara-gara lelaki itu sedang mengejar seseorang. Ilham Najmi terus berlari menuruni tangga escalator. Namun Maya Irdina sudah hampir ke pintu gerbang utama. Kalut dia mencari arah untuk bersembunyi dari lelaki itu. Tiba-tiba sahaja dia terlanggar pula seseorang. Terbantut langkahnya. “Hish, tepilah!” Marah Maya Irdina. Terkebil-kebil mahkluk itu. Nasib baik telefon ditangannya dipegang kuat, kalau tidak mahu berkecai ke lantai. Gadis itu terus berlari tidak cukup tanah.
“Hish! Cepatnya dia lari! Macam lipas kudung! Tak apa, hari ni hari kau. Esok-esok aku jumpa kau, siap la kau!” Gerutu Ilham Najmi tidak puas hati pada dirinya sendiri. Dengan perasaan sebal dan tidak puas hati, Ilham Najmi berpatah balik masuk ke dalam pusat beli belah itu. Narina pasti marah kalau dia sedar Ilham Najmi tinggalkannya nanti. Kalau dia jumpa gadis pengkid itu lagi nanti, tahulah dia buat perhitungan dengannya. Tentu meletusnya perang dunia yang ke tiga. Huish, dahsyat!
*********
Ilham Najmi yang duduk ditepi kolam renang, mengurut-gurut betisnya yang masih terasa perit kerana ditendang oleh gadis pengkid itu siang tadi. Berkerut dahinya menahan rasa perit. Agak-agaklah kalau nak tendangnya pun. Ganas betul mengalahkan jantan. Itu pun nasib baik Maya Irdina tendang dibetis, kalau ditutttt…nya. Owh, tak terbayang kesakitannya. Dato Sufian menghampiri Ilham Najmi yang tidak sedar kehadirannya. Datin Zuhara yang berdiri dibelakang suaminya sudah berkerut-kerut dahinya. Nampak gelisah macam cacing kepanasan. Dato Sufian berkalih memandang isterinya ragu-ragu. “Ham..” Panggil Dato Sufian.
“Papa, mama. Tak tidur lagi?” Soalnya sambil tersenyum mesra. Dato Sufian dan Datin Zuhara duduk dihadapan anak lelaki mereka.
“Erm, papa ada benda nak bagitahu Ham. Tapi papa harap Ham tak terburu-buru buat keputusan dan menghukum.” Ujar Dato Sufian. Ilham Najmi sedikit pun tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh papanya.
“Ada apa, pa? Macam serius saja.” Soal Ilham Najmi yang mula rasa tidak sedap hati.
“Papa nak cakap pasal.. Narina..”
“Kenapa dengan Rina?”
“Papa tahu dah tiga tahun Ham kenal Rina, kan. Tapi papa rasa Ham sendiri tak betul-betul kenal siapa Narina yang sebenarnya. Hurm, papa pun terkejut bila dengar cerita ni. Tapi bila papa nampak dan dengar dari mulut dia sendiri, papa betul-betul tak sangka.” Bagai mahu pecah dada Ilham Najmi menahan perasaan ingin tahu. Macam-macam benda buruk terlintas difikiran lelaki itu kala ini. Dia menelan liur yang terasa tersekat dikerongkong. Huh, relaks Ilham, relaks. Desis hati lelaki itu. Dato Sufian memandang lama wajah Ilham Najmi. Tidak sanggup rasanya mahu menyampaikan berita yang bakal menghancurkan hati anak lelakinya itu. “Rina dah bersuami, Ham..” bagai disambar halilintar, Ilham Najmi terkaku keras. Terkelu seketika. Datin Zuhara terus bangun dan duduk disebelah Ilham Najmi. Diusap kepala anaknya itu. Hatinya turut terasa pedih dan kecewa bila dia dapat tahu berita ini. Jadi tentunya hati Ilham Najmi lebih terasa sakitnya. Ilham Najmi memandang wajah mamanya, menagih jawapan.
“Betul Ham. Mama dengan papa baru dapat tahu yang Rina dah bernikah dengan Datuk Syuib. Dah sebulan. Mama pun mula-mulanya tak nak percaya. Tapi Datuk Syuib sendiri yang bagitahu papa dengan mama. Datuk Syuib tak tahu yang Rina tu tunang Ham.” Jelas Datin Zuhara. Ilham Najmi ketawa bingung. Bingung bagaikan orang bodoh yang diperbodohkan.
“Tak mungkin.. Ham baru jumpa Rina petang tadi.. dia tunang Ham, ma. Dia tunang Ham!” Tekan Ilham Najmi yang enggan percaya.
“Sabar Ham. Ini semua dugaan. Dia dah jadi hak orang lain.” Pujuk Dato Sufian.
“Tak! Datuk Syuib tu..dah beristeri dua pa! Beristeri dua! Takkan Rina sanggup bermadu?! Rina cintakan Ham, pa..ma.. Dia takkan khianati cinta kami!” Ujar Ilham Najmi yang masih enggan percaya.
“Tapi bukti dah ada depan mata, Ham. Mama pun rasa kecewa dan marah. Sanggup Rina buat Ham macam ni! Sebab tulah mama tak pernah suka Ham berkawan dengan dia dulu. Dia tu perempuan pisau cukur. Dia kahwin dengan Datuk Syuib semata-mata kerana duit, Ham! Dia bukan perempuan yang baik!” Gerutu Datin Zuhara. Ilham Najmi mengelengkan kepalanya, enggan percaya. Dia bangun dan berdiri.
“Ham takkan percaya selagi Ham tak dengar dari mulut Rina sendiri.” Ujar Ilham Najmi lalu dia terus masuk dan mencapai kunci kereta yang berada diatas meja. Kaget seketika Dato Sufian dan Datin Zuhara.
“Ham! Nak pergi mana tu? Dah lewat ni!” Soal Datin Zuhara cemas.
“Cari Rina!” Ujar Ilham Najmi sebelum menghilang disebalik daun pintu. Makin gelisah Datin Zuhara jadinya.
“Biarkan dia. Nanti baliklah tu.” Pujuk Dato Sufian.
*********
Ilham Najmi sudah terpacak dihadapan pintu pagar rumah banglo yang tersergam indah. Tadi bila dia ke apartment Narina, rakan serumah gadis itu cakap Narina sudah tidak tinggal disitu lagi. Nasib baik diberinya alamat banglo Narina. Tidak kira apa yang berlaku, Ilham Najmi mahu mendengar sendiri kenyataan dari mulut Narina. Biar pun perit untuk ditelan, sakit untuk dihadapi. Narina berlari keluar sebaik bunyi lonceng ditekan tidak henti-henti. Pucat lesu wajahnya melihat Ilham Najmi tercegat dihadapan pintu pagar. Nasib baiklah Datuk Syuib tiada. Dia pulang ke rumah isteri pertamanya. Takut-takut Narina menghampiri. “Ilham.. macam.. mana you tahu I tinggal kat sini?” Soalnya tergagap-gagap. Ilham Najmi merenungnya seperti singa yang kelaparan.
“Tell me something that I don’t know! Tell me the truth! Why you do this to me? Why, Rina? Why!”
“Apa you cakap ni? I tak faham la.”
“Tak faham atau saja buat tak faham!” Tengking Ilham Najmi yang sudah mula hilang kewarasan akal.
“Ham, I..” Narina menelan liur yang terasa tersekat dikerongkong. Dia terkejut mendengar lelaki itu menengkingnya. Sepanjang dia kenal Ilham Najmi, inilah kali pertama lelaki itu meninggikan suara padanya. Sungguh, dia rasa kecut perut.
“You apa?! You dah bernikah dengan Datuk Syuib! Itu yang you nak cakap?! You bernikah dengan orang tua tu sedangkan you masih tunang I! Apa semua ni Rina?! I ni apa pada you? Sanggup you khianati cinta I pada you! I sayangkan you Rina.. tapi ini balasan yang I dapat! You perbodohkan I demi lelaki tua tu!”
“Ilham, I’m really sorry. I memang nak bagitahu you.. tapi I tak sampai hati..” Ujar Narina cuba menjelaskan hal yang sebenarnya.
“Huh! Tak sampai hati?! Habis tu kenapa you kahwin dengan orang tua tu kalau you tak sampai hati nak kecewakan I, hah?! I really do love you.. I can’t live without you.. tapi I betul-betul rasa macam orang bodoh sekarang sebab cintakan perempuan macam you. Perempuan mata duitan!” Jerit Ilham Najmi lagi. Dia tidak perduli jika ada orang yang mendengar. Biar semua tahu yang hatinya terluka, hancur luluh. Narina mengigit bibir. Geram dituduh perempuan mata duitan. Memang hakikatnya dia lakukan semua itu demi kepentingan diri.
“Memang I perempuan mata duitan! And this is because of you! You tak pernah bagi apa-apa yang I inginkan. You terlalu pentingkan diri! Kedekut dan tak pernah memahami I! Sedangkan I’m your future wife!” Narina cuba membela diri.
“Ex future wife! I bagi you kasih sayang, cinta dan kesetian I. Tak cukup ke semua tu?!” Tekan Ilham Najmi yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang Narina baru katakan padanya.
“Tak! Cinta saja tak cukup untuk membahagiakan I. I need more! Datuk Syuib bagi segala kemewahan yang you tak mampu bagi pada I, Ham. I dah penat! Penat hidup susah. Penat untuk berangan-angan memiliki apa sahaja yang I mahu tapi I tak pernah dapat. Datuk Syuib lelaki yang baik dan adil. Sebab tu I tak kisah jadi isteri nombor tiga dia.” Terang Narina dengan harapan Ilham Najmi mengerti maksudnya. Biar pun dengan jelas hati lelaki itu bakal terluka dengan kata-katanya. Ilham Najmi mengelengkan kepalanya berulang kali.
“Habis I macam mana? Macam mana I nak teruskan hidup tanpa you?! I love you, Rina! Allways love you. Please don’t do this to me. I need you! I tak sanggup hidup tanpa you.” Rayu Ilham Najmi yang masih enggan berganjak. Dia terasa lemah. Rebah dan hilang arah jika Narina berpaling darinya.
“I’m really sorry, Ham. I just harap yang you dapat maafkan I. I dah ada kehidupan baru sekarang. Dah you pun patut mulakan kehidupan baru. No matter what happens, life must go on. Just forget me.” Pinta Narina lalu dia terus masuk. tidak sanggup untuk terus berhadapan Ilham Najmi dan terus melukakan hati lelaki itu. Ilham Najmi menumbuk pintu pagar sekuat hati. Melepaskan segala rasa kecewa dan marah yang terpendam.
“Rina! Jangan buat I macam ni. Please!” Jeritnya. Namun Narina sudah hilang dari pandangan. Ilham Najmi benar-benar kecewa dan hampa.
*********
Maya Irdina singgah sebentar ke kedai. Mahu membeli air. Tekaknya terasa haus pula. Hari ini banyak kerja sampai masa rehatnya pun hanya sekejap. Dahlia tidak dapat teman dia makan tengahhari kerana keluar berdua dengan Borhan. Hurm, itulah untungnya punya buah hati. Setiap hari mesti berkepit sakan. Lainlah Maya Irdina yang masih single mingle. Melihatnya berpakaian sahaja, ramai lelaki yang rasa gerun nak dekat. Inikan pula nak buat jadi kekasih. Memang taklah! Sebelum dia masuk ke kedai itu, dia perasan akan seseorang yang tidak begitu dia kenal. Tapi rasanya dia cam lelaki itu. Mahu tidaknya, itulah mamat poyo yang kejarnya tempoh hari. Ilham Najmi kelihatan sugul dan serabut. Dia duduk bersandar ditepi bangunan sambil memegang tin minuman. “Hish, tak ada muka lain ke dalam Malaysia ni? Asyik muka mamat poyo tu jugak yang aku nampak. Malang betul!” Gerutu Maya Irdina sorang diri. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kedai. Kalau lelaki itu nampaknya, tak ke kes naya. Ilham Najmi merenyukkan tin dan membuangnya ke dalam longkang sebelum dia berjalan dan melintas ke seberang. Hurm, teruk juga penyakitnya itu. Sampaikan berjalan pun sudah tidak pandang kiri dan kanan. Main redah saja. Tiba-tiba tangannya direntap kuat. Kaget dan terkejut beruk lelaki itu seketika. “Kau dah gila ke? Kalau nak bunuh diri pun janganlah depan aku! Pergilah jauh-jauh sikit! Menyusahkan orang betul!” Tempelak Maya Irdina padanya. Terus dia rentap tangannya kembali.
“Kau yang gila, tak pasal-pasal tarik tangan aku apahal?!”
“Hoi, kalau nak lintas pun tengok kiri kananlah!” Jerit lelaki yang berada didalam kereta. Nasib baik dia sempat tekan brek. Berderau darahnya bila tiba-tiba Ilham Najmi muncul dihadapan tadi. Lelaki itu terus memecut keretanya. Ilham Najmi mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal. Maya Irdina mengertap bibir, menahan rasa sakit hati.
“Sekarang siapa yang gila?! Siang-siang buta pun berangan! Orang tolong selamatkan dia bukannya reti nak terima kasih, marah pulak! Huh!” Omel Maya Irdina yang geram dengan Ilham Najmi. Terus dia menyarung helmetnya. Tergagap seketika lelaki itu. Hai, nasib baik.. hurm, macam mana nak cakap terima kasih dengan dia ni.. tolong macam tak ikhlas aje.. Desis hati Ilham Najmi. Dia masih berdiri terpacak disitu. “Tepilah!” Marah Maya Irdina.
“Erh, kereta aku! Kereta aku, woi!” Jerit Ilham Najmi bila dia baru perasan kereta yang lelaki itu naiki tadi adalah keretanya. Patutlah macam kenal saja kereta itu tadi. Aduih, siapa pula penyangak antarabangsa yang berani sentuh keretanya itu. Sudahlah itu kereta barunya. Serabut! Serabut! Maya Irdina mencebik sinis. Padam muka, itulah belagak lagi.. Sindirnya dalam hati. Tetapi kasihan pun ada.
“Cepat naik. Cepatlah!” Arah Maya Irdina pada lelaki itu. termangu Ilham Najmi. Pulak, takkan nak naik besi buruk ni kejar penyangak tu? Gila ke apa perempuan ni?! “Kau nak kejar kereta tu ke tak nak? Cepatlah sebelum kereta tu hilang!” Marah Maya Irdina. Ilham Najmi terpaksa akur. Sudahlah helmet pun tiada. Ini kalau ada roadblock, memang masak mereka nanti. Berserah sahajalah. Terkejut beruk lelaki itu bila Maya Irdina memulas pedal minyak. Memecut laju mengalahkan Valentino Rossi.
*********
Maya Irdina memberhentikan motor skuternya. “Hish, mana pulak kereta tu hilang? Ni kau punya pasal la! Lembab!” Marah gadis itu.
“Ini semua salah kaulah! Kalau aku tak jumpa kau tadi, mesti kereta aku tak hilang. Kau ni muka bawak sial ke apa?!” Gerutu Ilham Najmi pula, tidak sanggup dirinya dipersalahkan. Sudahlah dia bengang kerana tidak dapat kejar penyangak yang membawa lari keretanya itu.
“Hey, kalau tak pasal muka sial ni. Kau dah lama mati katak! Ni ke cara kau nak berterima kasih bila orang dah susah payah tolong kau?!” Ilham Najmi terkedu. Rasa bersalah pula kerana menuduh gadis itu bukan-bukan. Tidak terniat dia mahu melukakan hati Maya Irdina. Mulutnya itu memang tidak ada insuran. Cakap ikut sedap tekaknya sahaja.
“Err, aku mintak maaf.. aku tengah serabut. Aku tak tahu apa yang aku cakap.” Maya Irdina menjeling geram.
“Lain kali pakai otak bila cakap. Jangan sesuka hati nak tuduh orang bukan-bukan. Kau patut bersyukur sebab aku nak tolong kau.” Ujar Maya Irdina seakan menyindir.
“Iyalah. Tapi alang-alang kau dah tolong aku, boleh tak kita pergi buat report polis?!” Maya Irdina mencebik bibir.
“Okey, boleh. Tapi dengan syarat!”
“Apa?” Soal Ilham Najmi, cuak.
“Isi minyak motor aku dulu. Ni pun pasal tolong kaulah, minyak kering.” Ujar Maya Irdina. Hish, berkiranya! Kalau aku tahu, tak hingin aku naik motor buruk ni tadi..
“Hurm, iyalah. Cepat jalan, panas ni.” Arah Ilham Najmi. Dia sudah malas hendak bertekak dengan gadis itu. Maya Irdina menepuk dahinya sebaik dia melihat jam ditangan. Aduih, dah pukul tiga. Masak! Memang masak! Macam mana aku boleh terlupa?! Sepatutnya aku masuk kerja sekarang ni! Matilah aku kena maki hamun dengan encik Ihsan.
“Turun, turun.” Arahnya pada lelaki itu.
“Kenapa pulak?”
“Err, aku lupa yang aku kena masuk kerja sekarang. Kau pergilah sendiri. Sorry erk!” Ujar Maya Irdina lalu terus meninggalkan Ilham Najmi kebingungan. Ilham Najmi merengus geram.
“Tadi dia yang beriya-iya nak tolong orang. Sekarang dia blah macam tu saja?! Hish, menyesal aku tumpang dia!” Omel Ilham Najmi sambil menyepak ketul batu diatas jalan. Dia terus berjalan ke arah hentian bas. Namun tidak sampai beberapa langkah, motor skuter warna merah itu berhenti disebelahnya. Ilham Najmi menjeling dan mencebik bibir. Dia membatukan diri.
“Jomlah naik. Aku tumpangkan kau pergi balai polis. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan kau kat sini.” Ujar gadis itu.
“Hurm, terima kasih ajelah. Aku lebih rela jalan kaki dari minta tolong dengan orang yang tak ikhlas.”
“Erh, kau ni memang poyo erk?! Tak pernah aku jumpa makhluk ego macam kau! Dah orang nak tolong tu kira ikhlas la. Kau ingat ikhlas boleh nampak dekat muka ke? Sejak kali pertama aku jumpa kau, kau asyik cakap benda yang menyakitkan hati aje! Kenapa erk kau benci sangat dengan aku?!” Soal Maya Irdina tidak puas hati. Terkedu Ilham Najmi seketika.
“Siapa cakap aku benci kau?! Kenal kau pun tidak.”
“Habis tu yang kau asyik cari pasal dengan aku kenapa?” Ilham Najmi mengaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal.
“Mungkin pasal kau..” Ilham Najmi tidak sanggup cakap. Lagi pun dia tidak mahu gadis itu pandang rendah padanya.
“Hah, apasal?!” Soal Maya Irdina. Dia nak jugak tahu kenapa lelaki itu suka sangat bermusuh dengannya.
“Dahlah. Tak ada apa-apa. Lagi pun hak aku kan nak suka siapa nak benci siapa! Hurm, sekarang kau betul ke ikhlas nak tolong aku atau sekadar berpura-pura?” Soalnya kembali. Maya Irdina mencebik geram. Dia mengigit bibir. Ingin sahaja dia ketuk kepala lelaki itu. Mulutnya Super biadap! Tahap maksima.
“Anggap aje aku berpura-pura ikhlas. Kita settle benda ni cepat-cepat, so bolehlah kau blah cepat sikit. Okey!” Ujar Maya Irdina geram. Ilham Najmi merengus kasar. Dia terus memanjat tempat duduk belakang. Mahu tak mahu, harus juga dia susahkan gadis itu. Tak kuasa dia nak bertikam lidah dengan Maya Irdina lama-lama. Bikin hatinya bernanah sahaja.
*********
“Dah nak malam ni, kau pergilah balik. Terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku hari ni.” Ujar Ilham Najmi pada Maya Irdina selepas mereka membuat report polis.
“Macam mana kau nak balik? Duit, telefon, semuanya dalam kereta kau kan?!” Baru dia terfikir. Betul kata Maya Irdina. Hai, malang betul nasib dia hari ini.
“Tak payahlah risau pasal aku. Kau baliklah. Lagi pun aku nak bersendiri sekejap.” Ujar lelaki itu mendatar. Dia terus berjalan meninggalkan Maya Irdina disitu dan duduk dihentian bas. Maya Irdina mengeluh kecil. Kasihan pula nak tinggalkannya sendirian. Walaupun lelaki itu sering menyakitkan hatinya. Dia tidak sampai hati biarkan Ilham Najmi bersedih sendirian. Maya Irdina memarkir motornya ditepi jalan. Dia turun dan duduk tidak jauh dari Ilham Najmi. Lelaki itu kelihatan termenung jauh sambil memandang ke tanah. Maya Irdina sekadar memerhatikan lelaki itu.
“Apa kau buat lagi kat sini? Kenapa kau tak pergi lagi?” Soal Ilham Najmi bila dia sedar Maya Irdina masih disitu. Gadis itu tersenyum kelat.
“Inikan hentian bas. Tempat awam. Jadi tak salahkan kalau aku nak duduk kejap kat sini.” Ujarnya cuba berselindung.
“Yang kau pandang aku macam tu kenapa?” Soalnya lagi tidak puas hati. Rimas pula diperhatikan sebegitu.
“Saja. Kenapa? Tak boleh?!” Soal Maya Irdina kembali. Dia tersenyum sinis. Ilham Najmi malas hendak mengendahkan gadis itu. Moodnya tak ada untuk terus melayannya. Lelaki itu cuba berpura-pura yang Maya Irdina tiada disitu. Sakit otaknya kalau dilayan nanti. Tetapi tak boleh. Tarikan Maya Irdina terlalu kuat. Tak mampu Ilham Najmi menempisnya.
“Tenunglah lama-lama sikit. Biar juling mata tu baru tahu!” Marah Ilham Najmi. Maya Irdina terus ketawa. Lelaki itu tewas juga dengannya. Dia tak dapat menahan diri dari tersenyum.
“Kau ni memang peliklah. Sekejap mood okey, sekejap angin satu badan. Masalah takkan selesai kalau asyik termenung.” Ujar Maya Irdina ingin mengorek rahsia lelaki itu. Alang-alang sudah terlanjur kenal, apa salahnya dia selidik serba sedikit tentang lelaki itu.
“Kau ni memang busybody, kan.” Maya Irdina tersenyum sinis.
“Tengok muka kau pun dah tahu. Mesti ni kes kena tinggal dengan kekasih. Betul tak?!” gadis itu cuba serkap jarang. Ilham Najmi mengeluh kecil.
“Tunang aku. Dia kahwin dengan orang lain. Dia sanggup tinggalkan aku semata-mata nak hidup mewah. Dia khianati cinta dan kesetiaan aku pada dia. Aku tak pernah pandang perempuan lain. Mungkin disebabkan sikap aku jugak dia tinggalkan aku.” Ujar Ilham Najmi. Entah kenapa, mudah benar dia menceritakan masalahnya pada gadis yang tidak dia kenali itu. Maya Irdina rasa simpati.
“Kau pernah dengar tak orang cakap, yang kadang kala Allah sembunyikan matahari dan Allah turunkan hujan. Puas kita menangis, mencari ke mana hilangnya matahari. Sehingga dunia ni terasa gelap gelita, hilang arah tuju, hilang harapan untuk terus bertahan. Tapi rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Setiap ujian dan dugaan yang Dia berikan, tentu bersebab. Mungkin satu hari nanti kau akan jumpa orang yang lebih baik dari dia.” Nasihat Maya Irdina tanpa dipinta. Ilham Najmi terus mendengar dan sejenak berfikir. Ilham Najmi tersenyum tawar. Yang sebenarnya, dadanya terasa sedikit lapang selepas dia luahkan masalahnya pada Maya Irdina. Tidak sangka pula dia yang gadis seperti Maya Irdina bijak berkata-kata.
“Tapi macam mana pulak kalau pelangi tak muncul lepas hujan berhenti?” Duga Ilham Najmi.
“Hurm, senang aje. Kau ambil buku lukisan, berus, warna dan kau lukiskanlah pelangi. Lepas tu kau tampal kat dinding. Tengoklah 24 jam, pelangi tu takkan hilang.” Ilham Najmi ketawa, geli perut. Maya Irdina sendiri tersenyum senang melihat lelaki itu ketawa. Entah kenapa, ada damai yang hadir menyelinap diruang hatinya.
“Kau ni kelakarlah. Hurm, terima kasih sebab kau sudi dengar masalah aku dan dah buat aku ketawa.” Ujar lelaki itu.
“Kasih diterima.” Ujar Maya Irdina kembali lalu tersenyum lebar.
*********
mengelabah Maya Irdina bila menghampiri sekatan jalan raya. Mahu tidaknya, dia kan membawa seorang pelarian tanpa pengenalan diri. Itu baru satu, helmet pun tidak pakai. Habislah mereka kali ini. Kecut perut Ilham Najmi bila seorang polis menghampirinya.
“Ni kenapa tak pakai helmet? Salah kalau tak pakai helmet! Ini boleh membahayakan diri awak.” Soal seorang anggota polis, garang. Tergagap-gagap lelaki itu mahu menjawapnya.
“Err, maaf encik. Tapi kitaorang ada hal kecemasan tadi. Tu yang tak sempat nak pakai helmet tu.” Jelas Maya Irdina.
“Hal kecemasan ke apa ke, keselamatan harus diutamakan! Ni ada lesen ke tak ada ni?!” Soal pengawai polis itu lagi.
“Mestilah ada! Kejap.” Ujar Maya Irdina lalu menunjukkan lesennya. Pegawai polis itu mengambilnya sebelum mengarahkan Maya Irdina menyorong motornya ke tepi jalan.
“Tolong bagi IC sekali.”
“Hah, IC? Err, IC saya atau dia?” Soal Maya Irdina. Ilham Najmi terus mengelabah. Aduh, parah!
“Dua-dua! Bagi dekat pegawai tu.” Ujar pegawai polis tu sebelum dia meninggalkan mereka berdua dan menyambung tugasnya menahan penunggang motorsikal yang lain.
“Aduh, macam mana ni? IC aku tak ada! Kang tak pasal-pasal orang ingat aku pendatang tanpa izin pulak!” Ujar Ilham Najmi yang mula rasa cuak.
“Itulah, kau pun memang ada iras-iras mat bangla pun. Mesti diaorang tak percaya punya.” Sempat lagi gadis itu mengutuknya. Ilham Najmi mengigit bibir. Bukannya nak bantu hilangkan kekusutan, menambahkan lagi adalah. Masa-masa macam ini jugalah dia nak buat lawak.
“Kau boleh tak serius sikit?!” Marah lelaki itu.
“Tengah serius la ni! Erh, kejap tu bukan.. kereta kau ke?” Ujar Maya Irdina tiba-tiba bila melihat kereta honda yang seakan-akan sama dengan kereta yang dia lihat siang tadi. Terus Ilham Najmi berkalih. Terkejut dan tidak sangka memang itu keretanya. Malah dipandu oleh lelaki yang sama pula itu. kereta itu hanya mempelahan dan terus memecut bila pegawai polis membenarkannya lalu. Lagi pula sekatan jalan raya itu hanyalah untuk menahan penunggang motorsikal sahaja.
“Cepat naik!” Arah Ilham Najmi lalu dia terus menyambar helmet ditangan Maya Irdina dan menyarungkannya dikepala. Dia terus menghidupkan enjin dan bersedia untuk lari.
“Kau gila ke?!”
“Jangan cakap banyak! Cepat naik!” Maya Irdina terpaksa akur. Memang kerja gila lari dari sekatan polis semata-mata mahu kejar penyangak yang mencuri kereta Ilham Najmi itu. Ilham Najmi terus memulas pedal minyak dan memecut. Bertempik anggota polis cuba menahannya namun tidak berjaya. Maya Irdina terpaksa memeluk pinggang lelaki itu kerana lelaki itu bawa terlalu laju. Ilham Najmi terus memintas keretanya itu. “Woi! Kereta aku! Berhenti!” Ujarnya pada lelaki yang masih tidak sedar bahawa dia telah diekori. Mengelabah dan cuak lelaki itu. terus dia memecut laju.
“Woi, polis kejar kita! Macam mana ni?” Ujar Maya Irdina bila dia berkalih memandang ke belakang. Berderau darahnya. Seumur hidup gadis itu, tidak pernah dia buat kerja gila macam itu. Ini semua gara-gara Ilham Najmi. Dah macam dalam drama tv pun ada. Main kejar-kejar dengan penyangak dan polis. Tetapi ini realiti. Realiti yang tidak ingin Maya Irdina mahukan terjadi. Maya Irdina hanya mampu berdoa dan berserah sahaja saat itu.
“Aku tak kira! Selagi aku tak dapat balik kereta aku, apa nak jadi-jadilah!” Ujar Ilham Najmi yang masih enggan mengalah. Lelaki itu mengekori keretanya yang masuk ke sebuah stesyen minyak. Lelaki yang mencuri keretanya itu dilihat melarikan diri selepas dia tinggalkan kereta itu dibelakang stesyen minyak. Namun tidak sampai beberapa saat mereka berdua sampai, polis turut tiba.
“Angkat tangan! Jangan cuba buat apa-apa!” Arah anggota polis. Kaget Ilham Najmi dan Maya Irdina. Terus mereka membatukan diri dan mengangkat tangan ke udara. Mereka berpandangan sesama sendiri, cuak. Aduh, terasa diri macam pesalah jenayah pula. Kan dah kantoi.
*********
Ilham Najmi telah dibenarkan untuk dibebaskan. Itu pun kerana dia telah diikat jamin oleh Dato Sufian. Namun dia tidak pasti tentang nasib Maya Irdina. Dia cuma berharap gadis itu sudah dibebaskan. Menyesal pula dia kerana terlalu ikutkan perasaan semalam. Akibatnya dia dan Maya Irdina terpaksa tidur dalam lokap. Lelaki itu terus keluar dari balai. Manakala orang tuanya masih didalam. Menyelesaikan urusan ikat jaminnya. Saat itu baru dia perasaan akan gadis itu. Namun dia jadi ralit bila melihat Maya Irdina melepaskan rambutnya yang panjang mengurai dari topi yang dipakainya. Baru kini dia perasaan yang gadis itu mempunyai kecantikan yang tidak pernah dia perasan sebelum ini. Tiba-tiba dia rasa kagum dan terpesona. Maya Irdina melambai-lambaikan tangannya betul-betul dihadapan muka Ilham Najmi. Lelaki itu tersentak dan malu sendiri.
“Kau.. dah keluar?” Entah apa-apa soalan yang ditanyanya. Mestilah sudah keluar. Kalau tidak, masakan gadis itu boleh ada depan matanya. Maya Irdina hanya mengangguk, cuak juga dengan lelaki itu.
“Terima kasih sebab kau mintak ayah kau untuk ikat jamin aku sekali.” Ujar gadis itu.
“Tak ada hal. Lagi pun salah aku kau kena tidur lokap. Aku mintak maaf.” Maya Irdina cuma tersenyum tawar. Dia tertunduk kerana tidak tahu untuk berkata apa lagi. Tiba-tiba dia kekok dan malu untuk bertentangan dengan lelaki dihadapannya itu. “Err, aku masih tak tahu nama kau! Aku rasa kita patut mulakan semula perkenalan kita, sebab sebelum ni kita bermula dengan cara yang agak tegang.” Usul Ilham Najmi. Maya Irdina mencebik dan tersenyum sebelum mengangguk.
“Okey. Hai, Maya Irdina.” Ujarnya lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan lelaki itu. Ilham Najmi tersenyum dan menyambut tangannya.
“Ilham Najmi. Gembira dapat kenal awak.” Cehh, tetiba berbahasa baku pula. Tadi berkau aku. Gadis itu ketawa kecil.
“Baiklah, awak! Saya mintak diri dulu.” Ujarnya lalu bersedia untuk pergi. Namun Ilham Najmi enggan melepaskan tangannya. Terkedu dan cuak seketika dibuatnya.
“Err, kejap. Saya nak ucapkan terima kasih kerana awak telah bantu saya semalam. Terima kasih jugak sebab awak dah bagi kata-kata semangat untuk saya. Betul kata awak, kadang kala kita akan kehilangan sesuatu. Tapi Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Saya dah nampak pelangi tu. Sebab pelangi tu ada depan mata saya, sekarang.” Ujar Ilham Najmi lalu tersenyum ikhlas. Maya Irdina tetiba rasa berdebar-debar. Mukanya terasa merona merah.
“Mengarutlah!” Maya Irdina menarik tangannya kasar. Ilham Najmi ketawa kecil.
“Saya rasa awak tak perlukan topi ni lagi. Sebab pelangi tak perlu sembunyikan kecantikkannya. Lagi pun awak nampak macam kaki pukul ajelah pakai macam ni. Jadi diri sendiri tu lebih baik dari cuba jadi orang lain.” Ujar Ilham Najmi lalu menanggalkan topi dikepala gadis itu. Entah kenapa tiba-tiba Maya Irdina jadi seperti orang bingung. Malah dibiarkan lelaki itu menyisir rambutnya ke belakang.
“Err..”
“Topi ni biar saya simpan.” Ilham Najmi terus memakai topi itu lalu mengenyitkan matanya pada Maya Irdina. “Assalamualaikum.” Ujarnya dan berlalu pergi. Maya Irdina bagaikan baru sahaja dipukau. Dipukau oleh kenyitan mata lelaki itu yang cukup mengoda. Alahai, cair seluruh jiwanya yang keras bak bongkah aisberg.
“Waalaikum’musalam..” Oh tuhan, adakah aku telah dilamun cinta? Cinta yang tiba-tiba datang ibarat ribut taufan.. Desis hati kecilnya. Oi minah, berangan pulak! Tapi kenapa tiba-tiba dia layan aku dengan baik? Takkanlah..?! Ah, tak mungkin! Tapi.. tak mustahilkan..
*********
Tiga bulan kemudian,
Kereta Ilham Najmi diberhentikan dibahu jalan. Tiba-tiba meragam entah kenapa. Dia turun dan membuka but kereta lalu mengaru-garukan kepala. Satu pun dia tidak faham apa masalah dengan enjin kereta. Iyalah, bab bawa kereta itu kepakarannya tapi bab periksa enjin kereta itu memang dia tidak pandai. “Hai, nak buat apa ni?” Soalnya pada diri sendiri sebelum mendail nombor makenik. Saat itu, ada sebuah motor skuter warna merah berhenti disebelah.
“Kereta rosak, bang?!” Soal gadis itu.
“Ha’ah, tiba-tiba meragam pulak.” Ujarnya sebelum berkalih memandang gadis itu. Maya Irdina tersenyum manis. “Maya?!” Ujarnya yang agak terperanjat melihat gadis itu. Tambah terpesona melihat Maya Irdina yang ayu berbaju kurung warna biru laut. Cantik! Lelaki itu jadi ralit seketika sehingga gadis itu jadi cuak dan malu diperhatikan sebegitu.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Mungkin sebab awak nampak cantik sangat hari ni sampai saya rasa terpukau.” Puji Ilham Najmi, ikhlas. Maya Irdina tersenyum malu.
“Nak tumpang? Jangan risau, hari ni saya bawak helmet extra!” Ilham Najmi tersenyum lebar dan mengangguk.
“Okey, boleh jugak.” Ujarnya sebelum membonceng dibelakang gadis itu. Maya Irdina terus memulas pedal dan bergerak. “Awak, saya nak buat pengakuan.” Ujar Ilham Najmi.
“Pengakuan apa?”
“Tentang perasaan saya.” Maya Irdina rasa berdebar-debar tidak semena. “Saya rasa saya dah jatuh hati sejak kali pertama bertentang mata. Mungkin pada mulanya saya rasa menyampah, tapi lama kelamaan perasaan tu bertukar jadi sayang.”
“Maksud awak?” Maya Irdina berpura-pura tidak faham.
“Maksud saya, saya dah jatuh cinta dengan..” Jantung gadis itu berdegup kencang bagai mahu tercabut. “Dengan motor skuter awak!” Ujar Ilham Najmi yang segaja ingin mengusik gadis pujaannya itu. Maya Irdina terus berhenti mengejut sehingga membuatkan Ilham Najmi tidak sengaja memeluk pinggangnya.
“Ish, lepaslah!” Marahnya lalu turun dari motor skuter.
“La, kenapa ni?’
“Kata dah jatuh cinta dengan motor ni! Pergilah kahwin aje dengan motor ni.” Cabar Maya Irdina. Ilham Najmi ketawa kecil, rasa lucu melihat gadis itu yang cemburu dengan motor skuternya sendiri.
“Okey, saya pergi kahwin dulu. Bye-bye!” Ujarnya sebelum memecut dan meninggalkan Maya Irdina sendirian. Gadis itu mengertap bibir dan menghentakkan kaki.
“Hish, bencinya! Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang.” Omel gadis itu. namun tidak sampai beberapa minit, Ilham Najmi berpatah balik. Maya Irdina terus memuncungkan biir dan berpaling, enggan memandang lelaki itu.
“Awak marah? Kalau marah nanti kena jual!”
“Biar la!”
“Saya gurau ajelah. Lagi pun tak mungkin orang kahwin dengan motor. Saya cuma nak kahwin dengan tuan punya motor saja. Itu pun kalau tuan punya motor sudi..” Maya Irdina terus tidak jadi merajuk. Perasaan marah tadi telah bertukar jadi perasaan malu dan bahagia. Dia tersenyum malu lalu menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Ilham Najmi tersenyum girang. “Yes! Syukur Alhamdulillah. Kalau macam tu, jom pergi!”
“Pergi mana?”
“Jumpa atuk dengan opah awak. Saya nak lamar awak depan mereka. Barulah ada berkat!” Maya Irdina ketawa kecil.
“Ada-ada ajelah awak ni.” Maya Irdina terus memanjat dan duduk dibelakang Ilham Najmi. Kali ini biar lelaki itu yang bawa motor skuternya.
“Awak!”
“Ya.”
“Nanti bila kita kahwin, saya nak kita sanding atas motor ni!”
“Hah? Merepeklah awak ni. Lagi pun peliklah, awak.”
“Saya tak perduli. Lagi pun motor ni banyak menyimpan kenangan kita berdua. Dan pasal motor ni jugaklah kita berjumpa dan jatuh cinta. Saya cintakan awak, Maya!” Ucap lelaki itu, jujur dari hatinya.
“Saya pun cintakan awak..” Bisik Maya Irdina malu-malu. Ilham Najmi tersenyum bahagia. Kerana cinta ini akhirnya menjadi milik mereka. Maya Irdina memeluk pinggang Ilham Najmi seeratnya. Dia ingin saat-saat ini diabadikan didalam kenangan supaya satu hari nanti, dia mahu mereka kenangkannya bersama-sama. Kenangan yang terindah.


Rindu Qayyyum....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan