Jumaat, 27 Februari 2015

Cinta skuter Merah

Motor skuter warna merah yang berhenti dilampu isyarat itu, dirempuh oleh sebuah kereta Toyota Sivic milik seorang lelaki. Gadis itu terus terjatuh betul-betul diatas pembahagi jalan. “Arghhh! Aduh.. sakitnya! Woi! Buta ke? Kau tak nampak lampu isyarat tu warna merah! Tak ada sivik punya orang!” Hambur gadis itu takkala lelaki tersebut keluar dari keretanya. Namun bukan untuk membantu gadis tersebut. Sebaliknya dia terus melihat keadaan keretanya. Mahu memastikan sama ada keretanya itu tercalar atau pun kemik. Gadis itu bangun. Dia melihat sikunya yang berdarah. Lalu mendengus kasar. Ewah! Ewah mamat ni! Sepatutnya dia tengok sini! Bukan sibuk pasal kereta dia tu! Dia menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahunya. “Hello!! Pekak ke?!” Marah Maya Irdina. Lelaki itu bangun dan membulatkan matanya.
“Hey! Takat motor buruk tu aku peduli apa! Dah tahu motor tu buruk, yang bawak naik atas jalan buat apa! Menyusahkan orang saja, tau!” Marah Lelaki itu kembali. Maya Irdina terkebil-kebil memandang wajah lelaki itu yang menyeringainya. Panas sahaja telinganya mendengar bahasa lelaki itu.
“Cakap baik-baik sikit! Jangan nak hina motor aku, erk! Kau fikir kereta kau tu cantik sangat! Lagi pun jalan ni bapak kau yang punya ke!” Bidas Maya Irdina.
“Of course! This is a new car! I just bought it yesterday. Lagi satu bapak-bapak kau jangan main!”
“What ever! Ni siapa yang nak bayar ganti rugi? Tengok! Siku aku dah luka!” Ilham Najmi tersenyum sinis. Lalu mengeluarkan dompetnya.
“Sikit pun hal pun nak mintak ganti rugi! Nah! Ambik duit ni pergi bawak besi buruk tu ke bengkel. Tapi tempat yang paling sesuai, buang dalam laut! Yang lebih aku sedekah!” Ilham Najmi membaling duit itu ke muka Maya Irdina. Gadis itu terkesima dan mengertap bibir. Dibiarkan duit itu bertaburan diatas jalan.
“Biadap betulkan mulut kau! Mulut macam longkang! Kau ingat aku hadap sangat ke duit kau tu!”
“Suka hati kaulah, minah pengkid! By the way, could you please move that ugly thing.” Ujur lelaki itu lalu masuk semula ke dalam keretanya. Termangu Maya Irdina seketika. Lelaki itu terus beredar bila lampu isyarat bertukar hijau.
“Pengkid? Pengkid! Hoi! Nanti dulu! Tak guna betul mamat ni! Kalau kau tak blah tadi, memang masak kau aku kerjakan. Arghhh!” Jerit gadis itu melepaskan perasaan geramnya. Sakit hatinya lebih lagi jika dibandingkan dengan sakit disikunya. Gadis itu terus mengangkat motor skuternya. Baby, kau okey ke? Alahai, dahlah aku tengah sengkek ni. Manalah aku nak cari duit nak hantar kau pergi bengkel! Tiba-tiba dia terpandang duit kertas yang bertaburan dikakinya. Duit yang dilemparkan oleh lelaki itu. Bila difikirkan cara lelaki itu, sakit hatinya tidak tertanggung. Tidak ingin dia mengambil duit-duit itu. Namun bila difikirkan, memang wajar lelaki itu membayar ganti rugi padanya. Alamak, rezeki! Maya Irdina terus mengutip duit-duit itu. Dia langsung tidak perdulikan lagi pada mata-mata yang memerhatikannya. Yang penting, dia ambil dulu duit itu semua dan simpan didalam poketnya. Seratus, dua ratus, tiga ratus, empat ratus, lima puluh. Empat ratus lima puluh?! Huhh! Kedekut betul mamat tu. Pakai kereta besar. Mewah pulak tu. Tapi bagi empat ratus lima puluh saje? Tak patut! Tak patut! Tak patut kalau aku tak ambik. Rezeki jangan ditolak. Maut jangan dicari! Lebih baik daripada tak ada langsung. Getus hati kecil Maya Irdina sambil ketawa kecil. Duit itu terus dia simpan didalam kocek seluarnya. Cepat-cepat dia menghidupkan enjin motornya itu. Gadis itu tersenyum lega bila motor itu dapat dihidupkan. Nasib baik tiada apa-apa yang rosak. Cuma cermin sisinya patah. Maya Irdina terus bergerak dan meninggalkan lampu isyarat.
Ilham Najmi tersenyum seorang diri. Bayangan wajah gadis yang dia langgar tadi masih bermain difikirannya. Hati kecilnya benar-benar tercuit melihat wajah dan teletah gadis itu bila dia sedang marah. Paling lucu, ketika dia memanggil gadis itu dengan gelaran pengkid. Tentu hangin satu badan gadis itu dibuatnya. “Ehem! Orang kata kalau orang asyik senyum sorang-sorang ni, sama ada dia tak betul atau pun tengah dilamun cinta! Tapi kau dah bertunang, kan!” Tegur Kamil bila lelaki itu langsung tidak menyedari kehadirannya didalam pejabat Ilham Najmi. Tersentak dia dibuatnya, lalu mengaru-garukan kepala yang tidak terasa gatal itu.
“Ish, mengarutlah kau ni! Hurm, ada apa hal?” Soalnya sekadar mahu mengalihkan topik. Malaslah dia hendak menceritakan insiden yang baru sahaja berlaku tadi. Kamil terus duduk dihadapan lelaki itu.
“Saja!”
“kau tak ada kerja nak buat?”
“Adalah! Aku datang ni nak jemput kau datang ke majlis kahwin aku nanti. Nah, ni kad kahwin aku. Datang, tau!” Ilham Najmi tersenyum kecil lalu mengambil kad undangan tersebut.
“InsyaAllah. Kau pun nanti bila aku kahwin jangan tak datang pulak!” Pesan lelaki itu. Kamil mencebik bibir lalu tersenyum kecil.
“Ada satu benda lagi. Kalau boleh aku nak kau jadi pengapit aku masa aku kahwin nanti. Bolehkan?!” Pinta Kamil tanpa menunggu persetujuan Ilham Najmi dahulu. Tetapi lelaki itu tidak kisah yang sebenarnya. Malahan dia dengan sukarelanya sanggup menjadi pengapit pengantin demi kawan baik yang telah lama dia kenal itu. Sejak dari bangku sekolah lagi.
“Okey! Tapi nanti bila aku kahwin, kau pulak yang kena jadi pengapit aku!”
“Mestilah. Tapi bila majlisnya? Dah empat bulan kau bertunang. Kau tengok aku! Sebulan bertunang, terus nikah! Tak payah tunggu lama-lama.”
“Itu kau! kau tahu ajelah tunang aku tu. sikit-sikit nak tangguh. Takutlah, apalah. Kalau dia nak, hari ni pun kita orang boleh nikah. Hurm, kalau tak ada aral, dua bulan lagi kitaorang nikahlah rasanya.”
“Baguslah, jangan tunggu lama-lama. Aku doakan kau dengan dia cepat-cepat diijab kabulkan.”
“Amin!” Ujar Ilham Najmi seraya tersenyum kecil. Kamil turut tersenyum.
*********
Maya Irdina melemparkan topi keledarnya diatas lantai. Lalu masuk ke dalam rumah. Tersepuk diatas sofa. Encik Fuad yang sibuk membajai pokok bunga orkidnya tersentak. Terpinga-pinga dia seketika dengan kelakuan cucunya yang sorang itu. Lantas dia terus bangun. Berjalan menghampiri muka pintu. “Angin tak ada, ribut tak ada. Tiba-tiba melenting ni kenapa?” Soalnya sambil menanggalkan sarung tangan. Maya Irdina masih memuncungkan bibirnya sedepa. Puan Fatimah yang kebetulan membawa secawan air untuk suaminya itu turut kehairanan.
“Awalnya Maya balik? Tak kerja ke hari ni?” Soalnya pula. Namun tetap sahaja gadis itu mendiamkan diri.
“Kenapa ni? Maya ada masalah ke kat tempat kerja? Cuba cerita pada atuk!” Lelaki separuh abad itu menyoal lagi, tidak puas hati selagi tidak mendapat jawapannya.
“Maya sakit hati! Geram sangat-sangat!”
“MasyaAllah, cuba cakap kenapa? Kalau tak cakap, macam mana atuk dengan opah nak tahu apa masalah Maya.” Kali ini Puan Fatimah pula cuma mengorek rahsia dari gadis itu.
“Tadi, ada orang gila mana entah langgar Maya! Dah la tu boleh pulak main campak duit depan muka orang! Mana tak sakit hati!” Adu gadis itu.
“Maya tak apa-apa? Macam mana boleh kena langgar pulak ni?” Encik Fuad makin risau. Manakan tidaknya. Itulah satu-satunya cucu yang dia ada.
“Itulah, bila cakap orang Malaysia ni berbudi bahasa percaya sangat! Cuba tengok adap diaorang atas jalan raya. Hancur! Lampu isyarat warna merah pun diaorang nak langgar! Tak ada moral sivik, betul!” Gerutu gadis itu sepuas-puasnya. Encik Fuad memandang Puan Fatimah lalu tersenyum kecil. Mereka yang memang arif akan sikap gadis itu yang cepat melenting dan kepala angin, tidak terkata apa-apa.
“Motor Maya teruk ke? Ni kat mana pulak yang luka? Biar opah tengok!” Ujar Puan Fatimah.
“Opah tengok ni! Siku orang dah luka! Sakit, tau!” Ujur Maya Irdina, merengek manja.
“Alah, kesiannya cucu opah ni! Kejap opah ambikkan ubat.”
“Hurm, manjanya cucu atuk sorang ni! Sakit sikit pun tak tahan!” Perli Encik Fuad.
“Iyalah! Atuk mana ada cucu lain. Maya pulak.. mana ada mak dengan ayah.. lainlah kalau mak dengan ayah masih hidup. Dapatlah Maya bermanja dengan diaorang.” Tutur Maya Irdina mendatar. Air matanya mula bergenang dikelopak mata. Hatinya cepat terusik bila diungkit tentang kedua orang tuanya yang telah pergi menyambut panggilan ilahi. Waktu itu dia baru berusia 10 tahun. Sudah terlalu lama dia dahagakan kasih sayang ibu dan bapanya. Cuma pada atuk dan opahnya tempat dia menumpang kasih. Tempat dia bermanja. Encik Fuad meraih tubuh itu lalu dipeluk. Dia mengosok-gosok bahu Maya Irdina.
“Mayakan ada atuk dengan opah. Lagi pun Maya kena redha kepergian mereka. Kita semua milik-Nya. Kalau dia nak ambik, bila-bila masa pun boleh.” Nasihat Encik Fuad. Maya Irdina sudah tersendu didalam pelukkanya. Puan Fatimah jadi hairan bila melihat Encik Fuad dan Maya Irdina begitu.
“Apa awak dah buat dengan cucu saya ni? Sampai menangis macam ni. Kenapa ni sayang?”
“Atuk tak buat apa-apa pun. Cuma Maya teringatkan mak dengan ayah.”
“Maya tahukan mereka dah tak ada! Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup. Ya, sayang!” Pesannya pula. Encik Fuad mengesat air mata Maya Irdina. Gadis itu tersenyum tawar. Dia cuma mengangguk sahaja. Dia tidak mahu melihat atuk dan opahnya jadi susah hati gara-gara melihat dia bersedih. Mereka juga sepertinya yang sedaya upaya cuba menguatkan semangat dan cuba bersikap tabah. Masing-masing pernah merasai kehilangan orang yang mereka sayangi. Tetapi hidup harus diteruskan. Selagi ada nyawa, selagi itu belum ada penghujung bagi kehidupan ini.
“Opah..!” Panggil Maya Irdina, manja.
“Iya, sayang?”
“Lapar!” Tercetus tawa Encik Fuad dan Puan Fatimah mendengarnya. Terasa lucu pun ada.
“Ingatkan sakit hati, nak mogok lapar hari ni!” Perli Puan Fatimah.
“Mana boleh mogok lapar! Itu hal lain. Makan pulak hal lain! Kalau Maya tak makan nanti, Maya tak ada tenaga nak buat kerja. Bila Maya tak kerja, siapa yang nak bantu atuk dengan opah!” Tutur Maya Irdina dengan gaya lagak anak kecil. Tercuit hati atuk dan opahnya itu. Semakin banyak kasih yang tertumpah dengan sifat manja dan berdikarinya itu.
“Iyalah. Jom kita makan. Hari ni opah masak lauk kegemaran Maya.”
“Ayam goreng?!” Soalnya girang. Puan Fatimah mengangguk sahaja. Semakin melebar senyuman gadis itu lantas membuatkan Encik Fuad mengelengkan kepala. Umur sudah menjangkau 25 tahun, namun sifat keanak-anakkannya masih menebal didalam diri. Walau pun begitu, Maya Irdina bukanlah seorang gadis yang tidak matang. Cuma bila dia bersama atuk dan opahnya, dia suka bermanja dengan mereka. Pada siapa lagi dia boleh bermanja. Bila sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah, dia akan cuba menjadi orang yang matang dan berdikari. Jadi sikap keanak-anakkannya itu biarlah hanya ketika bersama atuk dan opahnya sahaja.
“Ya, ayam goreng! Macam upin dengan ipin yang gila makan ayam goreng tu!” Ujar Puan Fatimah, mengusik gadis itu. Maya Irdina mengerutkan dahi.
“Mana ada gila! Bila kita suka makan sesuatu makanan, itu namanya..”
“Taksub!” Usik Encik Fuad pula.
“Atuk ni! Dahlah. Apa-apa jelah. Maya dah lapar nak makan dulu.” Gadis itu terus menonong ke dapur. Meninggalkan atuk dan opahnya. Mereka ketawa kecil. Lalu turut mengekorinya ke dapur.
*********
Ilham Najmi mengatur langkah keluar dari pejabat. Setelah dia menyiapkan kerjanya, pantas sahaja dia menyambar briefcasenya dan menuju ke lif. Petang ini dia berjanji mahu menjemput Narina, tunangnya dipejabat wanita itu. Kemudian, makan malam bersama. Kamil menahan pintu lif sebelum sempat ia tertutup. Cuak seketika Ilham Najmi dibuatnya. Tetapi Kamil tersenyum kecil. “Awalnya kau keluar?! Bukan tadi kau kata ada banyak kerja ke?” Soal lelaki itu meminta kepastian. Bukannya mahu menyibuk cuma hairan.
“Aku janji nak jemput Rina! Lagi pun dah seminggu aku tak jumpa dia. Dia kan baru balik dari outstation.”
“Owh, jadi nak lepaskan rindulah ni!” Ujar Kamil dengan nada berseloroh. Ilham Najmi tersenyum sipu.
“Biasalah! Hurm, kau balik terus ke?”
“Tak. Aku pun macam kau. Nak pergi jumpa tunang aku jugak.” Ujar Kamil tersengeh. Ilham Najmi tersenyum meleret. Kemudian terdiam seketika.
“Kita ni dah tak ada kerja lain agaknya. Habis kerja, kena jemput tunang pulak. Ni belum kahwin, kalau tak lagi parah. Nak lepak macam dulu pun tak boleh dah.”
“Biasalah. Kita orang lelaki mana boleh hidup tanpa orang perempuan. Kalau tak ada diaorang semua, bosan la pulak kan!”
“Memanglah, tapi belum kahwin jumpa selalu. Esok-esok kahwin nak hadap muka diaorang hari-hari pulak. Aku dah mula rasa cuak. Kau?” Kamil mengelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.
“Aku dah bosan hidup seorang diri. Dah tiba masanya aku jalani hidup dengan orang yang aku sayang. Lagi pun kahwin tu sunnah Nabi. Menyambung zuriat keturunan. Tu! mak, ayah aku asyik merungut nak ada cucu. Kau pun patut cepat-cepat nikah dan bagi cucu pada orang tua kau!”
“Kalau Rina tu macam bakal isteri kau, tak apalah. Dia dah bagi warning awal-awal lagi kat aku. Dia tak nak mengandung! Takut rosak tubuh la, apa la. Bukan orang tua aku aje yang kempunan, aku ni!” Kamil ketawa kecil.
“Nasib kaulah, Ilham. Tapi kalau dia tak nak bagi kau anak. Tambah la lagi satu cawangan! Ada tiga kosong lagi kot!”
“Isyh, mintak simpang la. Aku kalau boleh nak setia pada yang satu. Kalau dia tak nak bagi anak kat aku, tak apalah. Asalkan kami bahagia bersama. Itu dah cukup! Lagi pun masa depan mana kita tahu. Mungkin lepas kahwin nanti hati dia terbuka nak ada anak, siapa tahu!”
“Hurm, ikut suka kaulah. Tapi anak ni pengikat kasih sayang antara sumai dan isteri. Awal-awal kahwin memanglah tak kisah. Lama-lama nanti jemulah jugak, kan!” Tambah Kamil lagi. Tidak sependapat dengan sahabat baiknya itu. Ilham Najmi mengangkat kedua bahunya dan cuma tersenyum kelat. Pintu lif terbuka saat itu. Masing-masing mengatur arah tuju mereka. “Jumpa esok!” Ujar lelaki itu sebelum menghilang. Ilham Najmi terus ke keretanya yang diparking dihadapan bangunan agam itu.
*********
Narina sudah terpacak dihadapan bangunan agam itu. Bangunan yang menempatkan pejabatnya dibawah syarikat Indra Putra Holding Snd. Bhd. Wajahnya mencuka sambil memeluk tubuh. Saat Ilham Najmi memberhentikan keretanya dihadapannya, dia terus berpaling. Namun sempat dia mengerling pada kereta baru lelaki itu. Huh, aku mintak kereta baru kata nantilah! Untuk diri sendiri boleh pulak beli! Dasar lelaki tangkai jering! Gerutu Narina didalam hatinya. Muncungnya dipanjangkan sedepa. Ilham Najmi terus keluar dan berlari anak mendapatkan buah hatinya itu. “Sorry, babe! I’m late. Traffic jam.” Ujar Ilham Najmi sambil menyusun sepuluh jarinya.
“Excuse! Lenguh kaki I tunggu you kat sini!”
“I lambat sikit je!”
“Lain kali kalau dah janji, mesti tepati!”
“Jangan la marah! I pun penat jugak. I cepat-cepat datang sebab nak jemput you.”
“Hurm, okey. Tapi lain kali jangan lambat lagi. You pun tahukan I paling tak suka menunggu!”
“Tak apa, nanti I ciptakan sebuah kereta yang boleh terbang. Tak payah tersangkut kat traffic jam lagi. Lepas tu bolehlah I jemput you cepat-cepat.” Usik lelaki itu. Namun hanya cubitan yang dia terima. Narina terus masuk ke dalam kereta Ilham Najmi sebaik lelaki itu membukakan pintu untuknya. Kereta Toyota Sivic itu terus meluncur laju keluar. Didalam kereta Narina masih lagi merajuk. Pandangannya dilemparkan ke luar kereta yang bergerak laju itu. “Kenapa ni? Asyik muncung aje. You marahkan I lagi ke?” Soal Ilham Najmi yang mula resah melihat wajah tunangnya yang mendung dan keruh itu. Narina berpaling melihatnya.
“Cantik kereta! Bila you beli?” Ilham Najmi mengaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu. Narina pula bagaikan singa yang kelaparan memandangnya.
“Err, I baru beli semalam.”
“Hurm.. kalau macam tu kereta untuk I pun, you dah belikanlah!” Soal gadis itu dengan nada sedikit girang. Cuba menelah, mana tahu benar telahannya itu. Tetapi lelaki disebelahnya itu tergagap-gagap.
“Owh, kereta untuk you?! Kereta untuk you, I.. I dah order! Tapi tak sampai lagi.” Bohong Ilham Najmi. Yang sebetulnya, dia terlupa akan janjinya untuk menghadiahkan sebuah kereta khas untuk Narina.
“Tak sampai lagi?” Soalnya hairan.
“Ha’ah, sebab I nak belikan kereta yang paling mahal dan cantik untuk you! Jadi I mintak kereta yang paling latest untuk you. Yang penting mesti menepati selera you.” Narina termakan kata-kata dusta lelaki itu. Senyumannya kian melebar dibibir.
“Sebab tulah I sayangkan you! Thank you, sayang!” Ujar Narina lalu memeluk lengan Ilham Najmi.
“Anything for you sweetheart!” Fuhh! Nasib baik tak kantoi. “Jadi, nak ke mana sekarang? I rindukan you. Seminggu tak jumpa you rasa macam nak gila!” Narina tersenyum kecil.
“I miss you too! Hurm, mana saja pun tak apa. Asalkan bersama you, I tak kisah!” Tutur gadis itu manja. Ilham Najmi terasa bahagia. Ternyata mereka berkongsi rahsia hati yang sama. Sudah lebih tiga tahun mereka kenal. Dalam tempoh sesingkat itu, banyak yang telah mereka lalui bersama. Menyulam rasa sayang yang kian menebal. Namun cuma ikatan yang suci masih belum menyatukan mereka. Ilham Najmi sudah lama bersedia untuk menjalani kehidupan dan membina sebuah keluarga bahagia bersama Narina. Tetapi itulah, gadis itu terlalu banyak beralasan. Barangkali dia masih belum puas untuk menikmati hidup bujang. Maka itu tiap kali bila Ilham Najmi ungkitkan perihal kahwin, dia pasti mengelak. Hai, entahlah.
*********
Hujung Minggu,
Maya Irdina mengeluh sebaik keluar dari panggung wayang. Terasa menyesal pula bersetuju dengan cadangan Dahlia, menonton filem romantik cinta. Dia hanya tengok permulaan dan kemudian tertidur kerana kebosanan. Pengakhiran cerita barulah dia terjaga semula. Tidak seperti Dahlia yang memang suka dan teruja dari awal sehingga akhir. Siap berkepit sakan dengan Borhan didalam panggung tadi. Naik geli dan mual Maya Irdina dibuatnya. “Sweetnya filem ni! Kan Maya!” Soal Dahlia sengaja mahu menduga Maya Irdina. Yang sebetulnya dia tahu gadis itu tertidur masa menonton wayang tadi.
“Hurm, ha’ah.” Ujar Maya Irdina acuh tak acuh sambil menguap.
“Mengantuk lagi?! Tadi bukan main sakan tidur dalam panggung!” Perli Dahlia tidak puas hati. Maya Irdina tersengeh sahaja.
“Owh, kau perasan erk?! Sorrylah, aku bukannya sengaja.”
“Hurm, alasan! Rugi aje aku belanja kau! Bukannya tengok pun, boleh pulak tertidur!” Marah Dahlia sambil memuncungkan bibirnya.
“Sebab tulah aku malas nak ikut kau. kalau aku duduk rumah, lagi baik! Tidur pun best! Beralaskan tilam dan bantal yang empuk. Selesa sikit. Bukan macam dalam panggung tu, sakit tengkuk aku!” Rungut Maya Irdina.
“Kau tak ada kerja lain ke selain tidur?!” Soal Dahlia geram mendengar rungutan gadis itu.
“Hurm, ada! Makan!” Ujar Maya Irdina dengan nada girang sehingga cuak Dahlia dibuatnya. Borhan yang baru kembali dari tandas, hanya mengelengkan kepala melihat gelagat dua orang gadis itu yang memang suka bertikam lidah. Ada-ada sahaja yang tidak kena dengan mereka berdua.
“Tak habis lagi bertekak?! Dari sebelum mula wayang sampai habis wayang. Tak letih ke?” Soal Borhan cuak. Rimas melihat gadis-gadis itu bertikam lidah tidak sudah-sudah.
“Alah, kitaorang bertekak ala manja gitu! Kau orang lelaki mana tahu!” Jelas Maya Irdina lalu mengangkat keningnya pada Dahlia. Gadis itu mengangguk dan ketawa kecil.
“Hai, tak faham aku perangai orang perempuan ni! Pening kepala dibuatnya.”
“Tak payah pening-pening sangatlah. Apa kata kita pergi makan nak?! Saya laparlah awak!” Ujar Dahlia persis anak kecil. Lalu mengusap-usap perutnya.
“Saya pun lapar jugak. Tapi kejaplah, saya nak pergi tengok DVD dekat kedai depan tu. Lepas tu kita pergi makan, ya!” Pujuk Borhan.
“Alah, nanti-nanti tak boleh ke?” Rungut Dahlia lagi, tidak puas hati.
“Erh, aku pun nak cari CD lagu kumpulan One Direction jugaklah. Ada satu lagu tu, best gila. Jomlah!” Ujar Maya Irdina pula lalu menonong ke kedai yang menjual cakera padat itu. Borhan turut membontoti gadis itu sambil menarik tangan Dahlia. Gadis itu terpaksa akur. Dia hanya mampu mengertap bibir, menahan geram.
*********
Ilham Najmi menyelinap keluar dari butik secara senyap-senyap. Sebaik Narina masuk ke dalam bilik persalinan, dia terus mengambil kesempatan yang ada untuk melepaskan diri seketika. Sudah hampir sejam dia terpaksa menemani Narina mencuba pakaian didalam butik itu. Hampir ke semua baju yang berkenan dimatanya, dicuba. Namun masih teragak-agak untuk membelinya. Memilih bukan main lagi. Asyik menyoal Ilham Najmi tentang baju itu baju ini. Namun bila lelaki itu memberikan pendapatnya, bukannya dia mahu mendengar pun. Sudah beribu duit lelaki itu melayang hari ini. Dari kasut, beg berjenama, alat mekap dan baju. Itu pun masih belum cukup. Lelaki itu membuka dompetnya yang kian menipis. Dia mengeluh berat. Bukannya dia kedekut, cuma sikap boros gadis itu cukup merimaskannya. Nanti bila ditegur, dikatakannya lelaki tangkai jering pula. Hai, serba salah dibuatnya. Ilham Najmi mengerling jam ditangan. Dan kemudian beralih ke belakang mencari kelibat Narina. Manalah tahu gadis itu sudah menyedari kehilangannya. Namun masih tiada. Jadi Ilham Najmi terus berjalan dihadapan deretan butik dan kedai sehinggalah dia terlihat kedai yang menjual cakera padat. Jadi memandangkan Narina pun masih belum selesai berbelanja, apa salahnya jika Ilham Najmi masuk seketika didalam kedai itu. Lelaki itu terus membelek setiap CD dan DVD yang tersusun dirak. Ramai juga orang didalam kedai itu. Namun sedikit pun tidak menganggu tumpuannya. Sudah ada beberapa keping cakera padat ditangannya. Sudah menjadi hobinya mengumpul koleksi lagu terbaru dan juga lagu klasik. Tidak kiralah lagu melayu atau pun lagu inggeris. Minatnya itu dikongsikan bersama dengan Imtiyaz, adik lelakinya. Tangan Ilham Najmi cuba mencapai sekeping cakera padat yang berada dihadapannya, sebelum tiba-tiba ada tangan lain yang mencapainya. Tersentak dan cuak, namun dia tidak melepaskan pegangan. “Kau?!” Ujar Maya Irdina dengan lantang. Barangkali terkejut. Ilham Najmi yang pada mulanya tidak cam akan gadis itu, terus teringat akan kejadian tempoh hari.
“Owh, minah pengkid ni lagi!”
“Erh, mat poyo! Jaga sikit mulut kau tu! Aku tumbuk kang, bersepai jugak gigi kau nanti!” Gerutu Maya Irdina bila lelaki itu asyik mengelarnya pengkid. Bernanah telinganya mendengar gelaran itu. Tangannya masih juga tidak melepaskan cakera padat itu. Sengaja enggan mengalah dengan lelaki biadap dihadapanya. Mereka asyik tarik menarik tanpa memperdulikan ada mata yang mula memandang.
“Ewah, besarnya penumbuk! Ingat aku takut ke?! Lepaslah! Aku yang ambik CD ni dulu!” Tekan Ilham Najmi sambil menarik cakera padat itu dari tangan Maya Irdina. Tetapi tidak semudah itu untuk gadis tersebut tunduk dan mengalah dengannya. Sengaja mahu mencabar kejantanan Ilham Najmi.
“No way! Aku yang ambik dulu! Kau yang lepaskan!” Jerit Maya Irdina tidak puas hati.
“Huh, tak padan dengan perempuan. Tapi perangai tak serupa macam perempuan pun! Tak ada sopan santun langsung!”
“Erh, ada aku mintak pendapat kau ke hah! Sesuka hati nak komen pasal orang. Cerminlah diri tu dulu. Muka macam jamban pecah!” Kutuk Maya Irdina melepaskan geram didada. Sakit hati tempoh hari masih bersisa. Tiba-tiba pula lelaki itu muncul dan mengkritiknya. Terasa kebas mukanya menahan bahang amarah yang terbuku. Pantas kakinya menendang betis lelaki itu. Ilham Najmi menjerit kesakitan. Namun masih enggan mengalah. Dalam menahan kesakitan, dia terus menarik sekuat hati cakera padat itu.
“Sakitlah mangkuk! Baik kau lepaskan CD ni! Lepaskan!” Tengkingnya yang sudah mula hilang sabar. Maya Irdina sedikit pun tidak gentar.
“Jangan harap! Kau yang lepaskan!”
“Tak! Kau!”
“Tak! Kau!”
“Tak! Kau!”
“Tak!! Kau yang lepaskan!” Jerit Maya Irdina. Sibuk tarik menarik, tiba-tiba cakera padat itu terus terlepas dari gengamannya dan juga Ilham Najmi. Lalu jatuh berkecai diatas lantai. Makin ramai orang yang berkerumun melihat drama sebabak itu.
“Ehem!” Pengurus kedai yang dari tadi melihat sahaja pertelingkahan dua ekor mahkluk itu, berdiri mencekak pinggang. Lalu melemparkan jelingan tajam pada Maya Irdina dan Ilham Najmi. Mereka berdua terus terdiam dan menelan liur. “Awak berdua tolong ikut saya ke pejabat sekejap!” Perintah Pengurus kedai itu dan terus membelakangkan mereka berdua.
“Ni kau punya pasallah minah sewel!” Gerutu Ilham Najmi masih tidak puas hati.
“Siapa sewel?! Kau tu yang sewel!” Bidas Maya Irdina lalu berjalan cepat-cepat masuk ke bilik pengurus kedai. Sakit hatinya masih menebal kalau terus melihat wajah lelaki itu. Ilham Najmi mencebik bibir, geram.
“Ini kedai jual CD dan DVD. Bukannya tempat bergusti. Perbuatan awak berdua boleh mencemarkan reputasi kedai saya ni! Jadi sekarang saya nak mintak awak berdua bayar ganti rugi atas CD yang awak berdua rosakkan.” Tutur pengurus kedai itu. Maya Irdina menelan liur.
“Maaf encik, bukan salah saya! Ni mamat poyo ni tiba-tiba nak berebut dengan saya! Biadap betul!” Adu Maya Irdina.
“Erh, kedai ni bukan kedai kau pun kan! Jadi aku punya sukalah nak ambik CD yang mana pun! Kau tu yang biadap!” Ujar Ilham Najmi membela diri. Pengurus kedai itu hanya mampu mengelengkan kepala.
“Sudah! Saya tak nak dengar pun masalah awak berdua. Cuma yang saya mintak hanyalah ganti rugi.” Jelas pengurus kedai itu lagi. Maya Irdina sudah buat muka seposen dia. Cuba menagih simpati.
“Berapa harga CD tu?” Soalnya. Ilham Najmi mencebik lagi. Drama queen! Buat muka kesian nak tagih simpati la tu! Huh, orang macam ni pun ada dalam dunia ni! Dia hanya memeluk tubuh.
“RM29.90 sen sahaja.” Maya Irdina terus mengeluarkan dompetnya. Lalu mengeluarkan duit dan diletakkan dihadapan pengurus kedai itu.
“Nah, 9.90 sen! Selebihnya encik mintak kat mamat poyo ni! Saya pergi dulu!” Ujar Maya Irdina dan cepat-cepat dia larikan diri. Terpinga Ilham Najmi dibuatnya. Pengurus kedai itu pun turut tercengang. Dia memandang wajah Ilham Najmi yang jelas tidak puas hati. Belum sempat dia kejar, pengurus itu menghalang.
“Erh, baki 20.00 ringgitnya mana?” Ilham Najmi mengeluarkan dompetnya. Sebal dan marah. Lalu menghentak dua keping duit kertas dihadapan pengurus kedai itu dan terus lari keluar. Dia masih tidak puas hati dengan Maya Irdina. Kalau dia dapat gadis itu, tahulah bagaimana dia nak ajar perempuan yang tidak tahu berbudi bahasa itu.
*********
Maya Irdina berhenti seketika. Mengambil nafas panjang. Tercungap-cungap. Sempat lagi dia laungkan pada Dahlia dan Borhan yang menunggunya dihadapan kedai tadi supaya tidak perlu menunggunya. Termangu dan terpinga-pinga seketika Borhan Dan Dahlia. Mana tidaknya tiba-tiba sahaja dia berlari keluar dari kedai. Tanpa menjelaskan dan menceritakan apa yang sudah berlaku. Dia berkalih ke belakang mencari kelibat mahkluk biadap tadi. Tersenyum puas dan lega bila kelibat Ilham Najmi langsung tidak kelihatan. Fuhh! Nasib baik selamat! Padan muka kau, rasakan! Lain kali jangan nak cabar aku. Ini Maya tau! “Erh, perempuan! Jangan lari!” Tempik Ilham Najmi yang berada tidak jauh dari gadis itu. Bagai mahu luruh jantung Maya Irdina. Apa lagi. Ambil langkah seribulah jawapnya gadis itu. Jangan harap dia akan patuh kata-kata lelaki itu. Kalau dia terus tunggu disitu, entah apa pula yang lelaki itu akan cuba lakukan padanya.
“Jangan harap! Lelaki gila!” Gerutunya. Maya Irdina terus lari sepantas mungkin. Ilham Najmi mengigit bibir menahan rasa geram. Degil betullah budak ni! Ngomel Ilham Najmi. Tetapi dia tetap tidak berputus asa. Dia mahu melihat sejauh mana gadis itu mampu berlari darinya. Biar sampai ke lubang cacing sekali pun, dia tetap akan kejar Maya Irdina. Sudahlah pengunjung didalam kompleks beli-belah itu ramai. Susah betul dia hendak lari. Namun gadis itu masih boleh mencelah. Almaklum sahajalah. Tubuhnya itu cuma kecil sahaja. Jadi tentu tidak sukar untuknya mencelah ditengah-tengah orang ramai. Ilham Najmi pula asyik terlanggar orang. Hampir hilang gadis itu dari pandangannya. Sekejap sahaja gadis itu telah berada diatas escalator menuju ke bawah. Sempat Maya Irdina berkalih ke belakang dan menjelirkan lidahnya. Narina yang kebetulan baru keluar dari butik, merasa hairan melihat Ilham Najmi mengejar seseorang. Lantas dia memanggil lelaki itu. Namun tidak bersahut. Barangkali Ilham Najmi tidak perasan atau pun dengar. Gadis itu mengigit bibir, geram. Sudahlah dia ditinggalkan keseorangan memilih pakaian. Sekarang ditinggalkan gara-gara lelaki itu sedang mengejar seseorang. Ilham Najmi terus berlari menuruni tangga escalator. Namun Maya Irdina sudah hampir ke pintu gerbang utama. Kalut dia mencari arah untuk bersembunyi dari lelaki itu. Tiba-tiba sahaja dia terlanggar pula seseorang. Terbantut langkahnya. “Hish, tepilah!” Marah Maya Irdina. Terkebil-kebil mahkluk itu. Nasib baik telefon ditangannya dipegang kuat, kalau tidak mahu berkecai ke lantai. Gadis itu terus berlari tidak cukup tanah.
“Hish! Cepatnya dia lari! Macam lipas kudung! Tak apa, hari ni hari kau. Esok-esok aku jumpa kau, siap la kau!” Gerutu Ilham Najmi tidak puas hati pada dirinya sendiri. Dengan perasaan sebal dan tidak puas hati, Ilham Najmi berpatah balik masuk ke dalam pusat beli belah itu. Narina pasti marah kalau dia sedar Ilham Najmi tinggalkannya nanti. Kalau dia jumpa gadis pengkid itu lagi nanti, tahulah dia buat perhitungan dengannya. Tentu meletusnya perang dunia yang ke tiga. Huish, dahsyat!
*********
Ilham Najmi yang duduk ditepi kolam renang, mengurut-gurut betisnya yang masih terasa perit kerana ditendang oleh gadis pengkid itu siang tadi. Berkerut dahinya menahan rasa perit. Agak-agaklah kalau nak tendangnya pun. Ganas betul mengalahkan jantan. Itu pun nasib baik Maya Irdina tendang dibetis, kalau ditutttt…nya. Owh, tak terbayang kesakitannya. Dato Sufian menghampiri Ilham Najmi yang tidak sedar kehadirannya. Datin Zuhara yang berdiri dibelakang suaminya sudah berkerut-kerut dahinya. Nampak gelisah macam cacing kepanasan. Dato Sufian berkalih memandang isterinya ragu-ragu. “Ham..” Panggil Dato Sufian.
“Papa, mama. Tak tidur lagi?” Soalnya sambil tersenyum mesra. Dato Sufian dan Datin Zuhara duduk dihadapan anak lelaki mereka.
“Erm, papa ada benda nak bagitahu Ham. Tapi papa harap Ham tak terburu-buru buat keputusan dan menghukum.” Ujar Dato Sufian. Ilham Najmi sedikit pun tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh papanya.
“Ada apa, pa? Macam serius saja.” Soal Ilham Najmi yang mula rasa tidak sedap hati.
“Papa nak cakap pasal.. Narina..”
“Kenapa dengan Rina?”
“Papa tahu dah tiga tahun Ham kenal Rina, kan. Tapi papa rasa Ham sendiri tak betul-betul kenal siapa Narina yang sebenarnya. Hurm, papa pun terkejut bila dengar cerita ni. Tapi bila papa nampak dan dengar dari mulut dia sendiri, papa betul-betul tak sangka.” Bagai mahu pecah dada Ilham Najmi menahan perasaan ingin tahu. Macam-macam benda buruk terlintas difikiran lelaki itu kala ini. Dia menelan liur yang terasa tersekat dikerongkong. Huh, relaks Ilham, relaks. Desis hati lelaki itu. Dato Sufian memandang lama wajah Ilham Najmi. Tidak sanggup rasanya mahu menyampaikan berita yang bakal menghancurkan hati anak lelakinya itu. “Rina dah bersuami, Ham..” bagai disambar halilintar, Ilham Najmi terkaku keras. Terkelu seketika. Datin Zuhara terus bangun dan duduk disebelah Ilham Najmi. Diusap kepala anaknya itu. Hatinya turut terasa pedih dan kecewa bila dia dapat tahu berita ini. Jadi tentunya hati Ilham Najmi lebih terasa sakitnya. Ilham Najmi memandang wajah mamanya, menagih jawapan.
“Betul Ham. Mama dengan papa baru dapat tahu yang Rina dah bernikah dengan Datuk Syuib. Dah sebulan. Mama pun mula-mulanya tak nak percaya. Tapi Datuk Syuib sendiri yang bagitahu papa dengan mama. Datuk Syuib tak tahu yang Rina tu tunang Ham.” Jelas Datin Zuhara. Ilham Najmi ketawa bingung. Bingung bagaikan orang bodoh yang diperbodohkan.
“Tak mungkin.. Ham baru jumpa Rina petang tadi.. dia tunang Ham, ma. Dia tunang Ham!” Tekan Ilham Najmi yang enggan percaya.
“Sabar Ham. Ini semua dugaan. Dia dah jadi hak orang lain.” Pujuk Dato Sufian.
“Tak! Datuk Syuib tu..dah beristeri dua pa! Beristeri dua! Takkan Rina sanggup bermadu?! Rina cintakan Ham, pa..ma.. Dia takkan khianati cinta kami!” Ujar Ilham Najmi yang masih enggan percaya.
“Tapi bukti dah ada depan mata, Ham. Mama pun rasa kecewa dan marah. Sanggup Rina buat Ham macam ni! Sebab tulah mama tak pernah suka Ham berkawan dengan dia dulu. Dia tu perempuan pisau cukur. Dia kahwin dengan Datuk Syuib semata-mata kerana duit, Ham! Dia bukan perempuan yang baik!” Gerutu Datin Zuhara. Ilham Najmi mengelengkan kepalanya, enggan percaya. Dia bangun dan berdiri.
“Ham takkan percaya selagi Ham tak dengar dari mulut Rina sendiri.” Ujar Ilham Najmi lalu dia terus masuk dan mencapai kunci kereta yang berada diatas meja. Kaget seketika Dato Sufian dan Datin Zuhara.
“Ham! Nak pergi mana tu? Dah lewat ni!” Soal Datin Zuhara cemas.
“Cari Rina!” Ujar Ilham Najmi sebelum menghilang disebalik daun pintu. Makin gelisah Datin Zuhara jadinya.
“Biarkan dia. Nanti baliklah tu.” Pujuk Dato Sufian.
*********
Ilham Najmi sudah terpacak dihadapan pintu pagar rumah banglo yang tersergam indah. Tadi bila dia ke apartment Narina, rakan serumah gadis itu cakap Narina sudah tidak tinggal disitu lagi. Nasib baik diberinya alamat banglo Narina. Tidak kira apa yang berlaku, Ilham Najmi mahu mendengar sendiri kenyataan dari mulut Narina. Biar pun perit untuk ditelan, sakit untuk dihadapi. Narina berlari keluar sebaik bunyi lonceng ditekan tidak henti-henti. Pucat lesu wajahnya melihat Ilham Najmi tercegat dihadapan pintu pagar. Nasib baiklah Datuk Syuib tiada. Dia pulang ke rumah isteri pertamanya. Takut-takut Narina menghampiri. “Ilham.. macam.. mana you tahu I tinggal kat sini?” Soalnya tergagap-gagap. Ilham Najmi merenungnya seperti singa yang kelaparan.
“Tell me something that I don’t know! Tell me the truth! Why you do this to me? Why, Rina? Why!”
“Apa you cakap ni? I tak faham la.”
“Tak faham atau saja buat tak faham!” Tengking Ilham Najmi yang sudah mula hilang kewarasan akal.
“Ham, I..” Narina menelan liur yang terasa tersekat dikerongkong. Dia terkejut mendengar lelaki itu menengkingnya. Sepanjang dia kenal Ilham Najmi, inilah kali pertama lelaki itu meninggikan suara padanya. Sungguh, dia rasa kecut perut.
“You apa?! You dah bernikah dengan Datuk Syuib! Itu yang you nak cakap?! You bernikah dengan orang tua tu sedangkan you masih tunang I! Apa semua ni Rina?! I ni apa pada you? Sanggup you khianati cinta I pada you! I sayangkan you Rina.. tapi ini balasan yang I dapat! You perbodohkan I demi lelaki tua tu!”
“Ilham, I’m really sorry. I memang nak bagitahu you.. tapi I tak sampai hati..” Ujar Narina cuba menjelaskan hal yang sebenarnya.
“Huh! Tak sampai hati?! Habis tu kenapa you kahwin dengan orang tua tu kalau you tak sampai hati nak kecewakan I, hah?! I really do love you.. I can’t live without you.. tapi I betul-betul rasa macam orang bodoh sekarang sebab cintakan perempuan macam you. Perempuan mata duitan!” Jerit Ilham Najmi lagi. Dia tidak perduli jika ada orang yang mendengar. Biar semua tahu yang hatinya terluka, hancur luluh. Narina mengigit bibir. Geram dituduh perempuan mata duitan. Memang hakikatnya dia lakukan semua itu demi kepentingan diri.
“Memang I perempuan mata duitan! And this is because of you! You tak pernah bagi apa-apa yang I inginkan. You terlalu pentingkan diri! Kedekut dan tak pernah memahami I! Sedangkan I’m your future wife!” Narina cuba membela diri.
“Ex future wife! I bagi you kasih sayang, cinta dan kesetian I. Tak cukup ke semua tu?!” Tekan Ilham Najmi yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang Narina baru katakan padanya.
“Tak! Cinta saja tak cukup untuk membahagiakan I. I need more! Datuk Syuib bagi segala kemewahan yang you tak mampu bagi pada I, Ham. I dah penat! Penat hidup susah. Penat untuk berangan-angan memiliki apa sahaja yang I mahu tapi I tak pernah dapat. Datuk Syuib lelaki yang baik dan adil. Sebab tu I tak kisah jadi isteri nombor tiga dia.” Terang Narina dengan harapan Ilham Najmi mengerti maksudnya. Biar pun dengan jelas hati lelaki itu bakal terluka dengan kata-katanya. Ilham Najmi mengelengkan kepalanya berulang kali.
“Habis I macam mana? Macam mana I nak teruskan hidup tanpa you?! I love you, Rina! Allways love you. Please don’t do this to me. I need you! I tak sanggup hidup tanpa you.” Rayu Ilham Najmi yang masih enggan berganjak. Dia terasa lemah. Rebah dan hilang arah jika Narina berpaling darinya.
“I’m really sorry, Ham. I just harap yang you dapat maafkan I. I dah ada kehidupan baru sekarang. Dah you pun patut mulakan kehidupan baru. No matter what happens, life must go on. Just forget me.” Pinta Narina lalu dia terus masuk. tidak sanggup untuk terus berhadapan Ilham Najmi dan terus melukakan hati lelaki itu. Ilham Najmi menumbuk pintu pagar sekuat hati. Melepaskan segala rasa kecewa dan marah yang terpendam.
“Rina! Jangan buat I macam ni. Please!” Jeritnya. Namun Narina sudah hilang dari pandangan. Ilham Najmi benar-benar kecewa dan hampa.
*********
Maya Irdina singgah sebentar ke kedai. Mahu membeli air. Tekaknya terasa haus pula. Hari ini banyak kerja sampai masa rehatnya pun hanya sekejap. Dahlia tidak dapat teman dia makan tengahhari kerana keluar berdua dengan Borhan. Hurm, itulah untungnya punya buah hati. Setiap hari mesti berkepit sakan. Lainlah Maya Irdina yang masih single mingle. Melihatnya berpakaian sahaja, ramai lelaki yang rasa gerun nak dekat. Inikan pula nak buat jadi kekasih. Memang taklah! Sebelum dia masuk ke kedai itu, dia perasan akan seseorang yang tidak begitu dia kenal. Tapi rasanya dia cam lelaki itu. Mahu tidaknya, itulah mamat poyo yang kejarnya tempoh hari. Ilham Najmi kelihatan sugul dan serabut. Dia duduk bersandar ditepi bangunan sambil memegang tin minuman. “Hish, tak ada muka lain ke dalam Malaysia ni? Asyik muka mamat poyo tu jugak yang aku nampak. Malang betul!” Gerutu Maya Irdina sorang diri. Cepat-cepat dia masuk ke dalam kedai. Kalau lelaki itu nampaknya, tak ke kes naya. Ilham Najmi merenyukkan tin dan membuangnya ke dalam longkang sebelum dia berjalan dan melintas ke seberang. Hurm, teruk juga penyakitnya itu. Sampaikan berjalan pun sudah tidak pandang kiri dan kanan. Main redah saja. Tiba-tiba tangannya direntap kuat. Kaget dan terkejut beruk lelaki itu seketika. “Kau dah gila ke? Kalau nak bunuh diri pun janganlah depan aku! Pergilah jauh-jauh sikit! Menyusahkan orang betul!” Tempelak Maya Irdina padanya. Terus dia rentap tangannya kembali.
“Kau yang gila, tak pasal-pasal tarik tangan aku apahal?!”
“Hoi, kalau nak lintas pun tengok kiri kananlah!” Jerit lelaki yang berada didalam kereta. Nasib baik dia sempat tekan brek. Berderau darahnya bila tiba-tiba Ilham Najmi muncul dihadapan tadi. Lelaki itu terus memecut keretanya. Ilham Najmi mengaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal. Maya Irdina mengertap bibir, menahan rasa sakit hati.
“Sekarang siapa yang gila?! Siang-siang buta pun berangan! Orang tolong selamatkan dia bukannya reti nak terima kasih, marah pulak! Huh!” Omel Maya Irdina yang geram dengan Ilham Najmi. Terus dia menyarung helmetnya. Tergagap seketika lelaki itu. Hai, nasib baik.. hurm, macam mana nak cakap terima kasih dengan dia ni.. tolong macam tak ikhlas aje.. Desis hati Ilham Najmi. Dia masih berdiri terpacak disitu. “Tepilah!” Marah Maya Irdina.
“Erh, kereta aku! Kereta aku, woi!” Jerit Ilham Najmi bila dia baru perasan kereta yang lelaki itu naiki tadi adalah keretanya. Patutlah macam kenal saja kereta itu tadi. Aduih, siapa pula penyangak antarabangsa yang berani sentuh keretanya itu. Sudahlah itu kereta barunya. Serabut! Serabut! Maya Irdina mencebik sinis. Padam muka, itulah belagak lagi.. Sindirnya dalam hati. Tetapi kasihan pun ada.
“Cepat naik. Cepatlah!” Arah Maya Irdina pada lelaki itu. termangu Ilham Najmi. Pulak, takkan nak naik besi buruk ni kejar penyangak tu? Gila ke apa perempuan ni?! “Kau nak kejar kereta tu ke tak nak? Cepatlah sebelum kereta tu hilang!” Marah Maya Irdina. Ilham Najmi terpaksa akur. Sudahlah helmet pun tiada. Ini kalau ada roadblock, memang masak mereka nanti. Berserah sahajalah. Terkejut beruk lelaki itu bila Maya Irdina memulas pedal minyak. Memecut laju mengalahkan Valentino Rossi.
*********
Maya Irdina memberhentikan motor skuternya. “Hish, mana pulak kereta tu hilang? Ni kau punya pasal la! Lembab!” Marah gadis itu.
“Ini semua salah kaulah! Kalau aku tak jumpa kau tadi, mesti kereta aku tak hilang. Kau ni muka bawak sial ke apa?!” Gerutu Ilham Najmi pula, tidak sanggup dirinya dipersalahkan. Sudahlah dia bengang kerana tidak dapat kejar penyangak yang membawa lari keretanya itu.
“Hey, kalau tak pasal muka sial ni. Kau dah lama mati katak! Ni ke cara kau nak berterima kasih bila orang dah susah payah tolong kau?!” Ilham Najmi terkedu. Rasa bersalah pula kerana menuduh gadis itu bukan-bukan. Tidak terniat dia mahu melukakan hati Maya Irdina. Mulutnya itu memang tidak ada insuran. Cakap ikut sedap tekaknya sahaja.
“Err, aku mintak maaf.. aku tengah serabut. Aku tak tahu apa yang aku cakap.” Maya Irdina menjeling geram.
“Lain kali pakai otak bila cakap. Jangan sesuka hati nak tuduh orang bukan-bukan. Kau patut bersyukur sebab aku nak tolong kau.” Ujar Maya Irdina seakan menyindir.
“Iyalah. Tapi alang-alang kau dah tolong aku, boleh tak kita pergi buat report polis?!” Maya Irdina mencebik bibir.
“Okey, boleh. Tapi dengan syarat!”
“Apa?” Soal Ilham Najmi, cuak.
“Isi minyak motor aku dulu. Ni pun pasal tolong kaulah, minyak kering.” Ujar Maya Irdina. Hish, berkiranya! Kalau aku tahu, tak hingin aku naik motor buruk ni tadi..
“Hurm, iyalah. Cepat jalan, panas ni.” Arah Ilham Najmi. Dia sudah malas hendak bertekak dengan gadis itu. Maya Irdina menepuk dahinya sebaik dia melihat jam ditangan. Aduih, dah pukul tiga. Masak! Memang masak! Macam mana aku boleh terlupa?! Sepatutnya aku masuk kerja sekarang ni! Matilah aku kena maki hamun dengan encik Ihsan.
“Turun, turun.” Arahnya pada lelaki itu.
“Kenapa pulak?”
“Err, aku lupa yang aku kena masuk kerja sekarang. Kau pergilah sendiri. Sorry erk!” Ujar Maya Irdina lalu terus meninggalkan Ilham Najmi kebingungan. Ilham Najmi merengus geram.
“Tadi dia yang beriya-iya nak tolong orang. Sekarang dia blah macam tu saja?! Hish, menyesal aku tumpang dia!” Omel Ilham Najmi sambil menyepak ketul batu diatas jalan. Dia terus berjalan ke arah hentian bas. Namun tidak sampai beberapa langkah, motor skuter warna merah itu berhenti disebelahnya. Ilham Najmi menjeling dan mencebik bibir. Dia membatukan diri.
“Jomlah naik. Aku tumpangkan kau pergi balai polis. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan kau kat sini.” Ujar gadis itu.
“Hurm, terima kasih ajelah. Aku lebih rela jalan kaki dari minta tolong dengan orang yang tak ikhlas.”
“Erh, kau ni memang poyo erk?! Tak pernah aku jumpa makhluk ego macam kau! Dah orang nak tolong tu kira ikhlas la. Kau ingat ikhlas boleh nampak dekat muka ke? Sejak kali pertama aku jumpa kau, kau asyik cakap benda yang menyakitkan hati aje! Kenapa erk kau benci sangat dengan aku?!” Soal Maya Irdina tidak puas hati. Terkedu Ilham Najmi seketika.
“Siapa cakap aku benci kau?! Kenal kau pun tidak.”
“Habis tu yang kau asyik cari pasal dengan aku kenapa?” Ilham Najmi mengaru-garukan kepalanya yang tidak terasa gatal.
“Mungkin pasal kau..” Ilham Najmi tidak sanggup cakap. Lagi pun dia tidak mahu gadis itu pandang rendah padanya.
“Hah, apasal?!” Soal Maya Irdina. Dia nak jugak tahu kenapa lelaki itu suka sangat bermusuh dengannya.
“Dahlah. Tak ada apa-apa. Lagi pun hak aku kan nak suka siapa nak benci siapa! Hurm, sekarang kau betul ke ikhlas nak tolong aku atau sekadar berpura-pura?” Soalnya kembali. Maya Irdina mencebik geram. Dia mengigit bibir. Ingin sahaja dia ketuk kepala lelaki itu. Mulutnya Super biadap! Tahap maksima.
“Anggap aje aku berpura-pura ikhlas. Kita settle benda ni cepat-cepat, so bolehlah kau blah cepat sikit. Okey!” Ujar Maya Irdina geram. Ilham Najmi merengus kasar. Dia terus memanjat tempat duduk belakang. Mahu tak mahu, harus juga dia susahkan gadis itu. Tak kuasa dia nak bertikam lidah dengan Maya Irdina lama-lama. Bikin hatinya bernanah sahaja.
*********
“Dah nak malam ni, kau pergilah balik. Terima kasih sebab kau dah banyak tolong aku hari ni.” Ujar Ilham Najmi pada Maya Irdina selepas mereka membuat report polis.
“Macam mana kau nak balik? Duit, telefon, semuanya dalam kereta kau kan?!” Baru dia terfikir. Betul kata Maya Irdina. Hai, malang betul nasib dia hari ini.
“Tak payahlah risau pasal aku. Kau baliklah. Lagi pun aku nak bersendiri sekejap.” Ujar lelaki itu mendatar. Dia terus berjalan meninggalkan Maya Irdina disitu dan duduk dihentian bas. Maya Irdina mengeluh kecil. Kasihan pula nak tinggalkannya sendirian. Walaupun lelaki itu sering menyakitkan hatinya. Dia tidak sampai hati biarkan Ilham Najmi bersedih sendirian. Maya Irdina memarkir motornya ditepi jalan. Dia turun dan duduk tidak jauh dari Ilham Najmi. Lelaki itu kelihatan termenung jauh sambil memandang ke tanah. Maya Irdina sekadar memerhatikan lelaki itu.
“Apa kau buat lagi kat sini? Kenapa kau tak pergi lagi?” Soal Ilham Najmi bila dia sedar Maya Irdina masih disitu. Gadis itu tersenyum kelat.
“Inikan hentian bas. Tempat awam. Jadi tak salahkan kalau aku nak duduk kejap kat sini.” Ujarnya cuba berselindung.
“Yang kau pandang aku macam tu kenapa?” Soalnya lagi tidak puas hati. Rimas pula diperhatikan sebegitu.
“Saja. Kenapa? Tak boleh?!” Soal Maya Irdina kembali. Dia tersenyum sinis. Ilham Najmi malas hendak mengendahkan gadis itu. Moodnya tak ada untuk terus melayannya. Lelaki itu cuba berpura-pura yang Maya Irdina tiada disitu. Sakit otaknya kalau dilayan nanti. Tetapi tak boleh. Tarikan Maya Irdina terlalu kuat. Tak mampu Ilham Najmi menempisnya.
“Tenunglah lama-lama sikit. Biar juling mata tu baru tahu!” Marah Ilham Najmi. Maya Irdina terus ketawa. Lelaki itu tewas juga dengannya. Dia tak dapat menahan diri dari tersenyum.
“Kau ni memang peliklah. Sekejap mood okey, sekejap angin satu badan. Masalah takkan selesai kalau asyik termenung.” Ujar Maya Irdina ingin mengorek rahsia lelaki itu. Alang-alang sudah terlanjur kenal, apa salahnya dia selidik serba sedikit tentang lelaki itu.
“Kau ni memang busybody, kan.” Maya Irdina tersenyum sinis.
“Tengok muka kau pun dah tahu. Mesti ni kes kena tinggal dengan kekasih. Betul tak?!” gadis itu cuba serkap jarang. Ilham Najmi mengeluh kecil.
“Tunang aku. Dia kahwin dengan orang lain. Dia sanggup tinggalkan aku semata-mata nak hidup mewah. Dia khianati cinta dan kesetiaan aku pada dia. Aku tak pernah pandang perempuan lain. Mungkin disebabkan sikap aku jugak dia tinggalkan aku.” Ujar Ilham Najmi. Entah kenapa, mudah benar dia menceritakan masalahnya pada gadis yang tidak dia kenali itu. Maya Irdina rasa simpati.
“Kau pernah dengar tak orang cakap, yang kadang kala Allah sembunyikan matahari dan Allah turunkan hujan. Puas kita menangis, mencari ke mana hilangnya matahari. Sehingga dunia ni terasa gelap gelita, hilang arah tuju, hilang harapan untuk terus bertahan. Tapi rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Setiap ujian dan dugaan yang Dia berikan, tentu bersebab. Mungkin satu hari nanti kau akan jumpa orang yang lebih baik dari dia.” Nasihat Maya Irdina tanpa dipinta. Ilham Najmi terus mendengar dan sejenak berfikir. Ilham Najmi tersenyum tawar. Yang sebenarnya, dadanya terasa sedikit lapang selepas dia luahkan masalahnya pada Maya Irdina. Tidak sangka pula dia yang gadis seperti Maya Irdina bijak berkata-kata.
“Tapi macam mana pulak kalau pelangi tak muncul lepas hujan berhenti?” Duga Ilham Najmi.
“Hurm, senang aje. Kau ambil buku lukisan, berus, warna dan kau lukiskanlah pelangi. Lepas tu kau tampal kat dinding. Tengoklah 24 jam, pelangi tu takkan hilang.” Ilham Najmi ketawa, geli perut. Maya Irdina sendiri tersenyum senang melihat lelaki itu ketawa. Entah kenapa, ada damai yang hadir menyelinap diruang hatinya.
“Kau ni kelakarlah. Hurm, terima kasih sebab kau sudi dengar masalah aku dan dah buat aku ketawa.” Ujar lelaki itu.
“Kasih diterima.” Ujar Maya Irdina kembali lalu tersenyum lebar.
*********
mengelabah Maya Irdina bila menghampiri sekatan jalan raya. Mahu tidaknya, dia kan membawa seorang pelarian tanpa pengenalan diri. Itu baru satu, helmet pun tidak pakai. Habislah mereka kali ini. Kecut perut Ilham Najmi bila seorang polis menghampirinya.
“Ni kenapa tak pakai helmet? Salah kalau tak pakai helmet! Ini boleh membahayakan diri awak.” Soal seorang anggota polis, garang. Tergagap-gagap lelaki itu mahu menjawapnya.
“Err, maaf encik. Tapi kitaorang ada hal kecemasan tadi. Tu yang tak sempat nak pakai helmet tu.” Jelas Maya Irdina.
“Hal kecemasan ke apa ke, keselamatan harus diutamakan! Ni ada lesen ke tak ada ni?!” Soal pengawai polis itu lagi.
“Mestilah ada! Kejap.” Ujar Maya Irdina lalu menunjukkan lesennya. Pegawai polis itu mengambilnya sebelum mengarahkan Maya Irdina menyorong motornya ke tepi jalan.
“Tolong bagi IC sekali.”
“Hah, IC? Err, IC saya atau dia?” Soal Maya Irdina. Ilham Najmi terus mengelabah. Aduh, parah!
“Dua-dua! Bagi dekat pegawai tu.” Ujar pegawai polis tu sebelum dia meninggalkan mereka berdua dan menyambung tugasnya menahan penunggang motorsikal yang lain.
“Aduh, macam mana ni? IC aku tak ada! Kang tak pasal-pasal orang ingat aku pendatang tanpa izin pulak!” Ujar Ilham Najmi yang mula rasa cuak.
“Itulah, kau pun memang ada iras-iras mat bangla pun. Mesti diaorang tak percaya punya.” Sempat lagi gadis itu mengutuknya. Ilham Najmi mengigit bibir. Bukannya nak bantu hilangkan kekusutan, menambahkan lagi adalah. Masa-masa macam ini jugalah dia nak buat lawak.
“Kau boleh tak serius sikit?!” Marah lelaki itu.
“Tengah serius la ni! Erh, kejap tu bukan.. kereta kau ke?” Ujar Maya Irdina tiba-tiba bila melihat kereta honda yang seakan-akan sama dengan kereta yang dia lihat siang tadi. Terus Ilham Najmi berkalih. Terkejut dan tidak sangka memang itu keretanya. Malah dipandu oleh lelaki yang sama pula itu. kereta itu hanya mempelahan dan terus memecut bila pegawai polis membenarkannya lalu. Lagi pula sekatan jalan raya itu hanyalah untuk menahan penunggang motorsikal sahaja.
“Cepat naik!” Arah Ilham Najmi lalu dia terus menyambar helmet ditangan Maya Irdina dan menyarungkannya dikepala. Dia terus menghidupkan enjin dan bersedia untuk lari.
“Kau gila ke?!”
“Jangan cakap banyak! Cepat naik!” Maya Irdina terpaksa akur. Memang kerja gila lari dari sekatan polis semata-mata mahu kejar penyangak yang mencuri kereta Ilham Najmi itu. Ilham Najmi terus memulas pedal minyak dan memecut. Bertempik anggota polis cuba menahannya namun tidak berjaya. Maya Irdina terpaksa memeluk pinggang lelaki itu kerana lelaki itu bawa terlalu laju. Ilham Najmi terus memintas keretanya itu. “Woi! Kereta aku! Berhenti!” Ujarnya pada lelaki yang masih tidak sedar bahawa dia telah diekori. Mengelabah dan cuak lelaki itu. terus dia memecut laju.
“Woi, polis kejar kita! Macam mana ni?” Ujar Maya Irdina bila dia berkalih memandang ke belakang. Berderau darahnya. Seumur hidup gadis itu, tidak pernah dia buat kerja gila macam itu. Ini semua gara-gara Ilham Najmi. Dah macam dalam drama tv pun ada. Main kejar-kejar dengan penyangak dan polis. Tetapi ini realiti. Realiti yang tidak ingin Maya Irdina mahukan terjadi. Maya Irdina hanya mampu berdoa dan berserah sahaja saat itu.
“Aku tak kira! Selagi aku tak dapat balik kereta aku, apa nak jadi-jadilah!” Ujar Ilham Najmi yang masih enggan mengalah. Lelaki itu mengekori keretanya yang masuk ke sebuah stesyen minyak. Lelaki yang mencuri keretanya itu dilihat melarikan diri selepas dia tinggalkan kereta itu dibelakang stesyen minyak. Namun tidak sampai beberapa saat mereka berdua sampai, polis turut tiba.
“Angkat tangan! Jangan cuba buat apa-apa!” Arah anggota polis. Kaget Ilham Najmi dan Maya Irdina. Terus mereka membatukan diri dan mengangkat tangan ke udara. Mereka berpandangan sesama sendiri, cuak. Aduh, terasa diri macam pesalah jenayah pula. Kan dah kantoi.
*********
Ilham Najmi telah dibenarkan untuk dibebaskan. Itu pun kerana dia telah diikat jamin oleh Dato Sufian. Namun dia tidak pasti tentang nasib Maya Irdina. Dia cuma berharap gadis itu sudah dibebaskan. Menyesal pula dia kerana terlalu ikutkan perasaan semalam. Akibatnya dia dan Maya Irdina terpaksa tidur dalam lokap. Lelaki itu terus keluar dari balai. Manakala orang tuanya masih didalam. Menyelesaikan urusan ikat jaminnya. Saat itu baru dia perasaan akan gadis itu. Namun dia jadi ralit bila melihat Maya Irdina melepaskan rambutnya yang panjang mengurai dari topi yang dipakainya. Baru kini dia perasaan yang gadis itu mempunyai kecantikan yang tidak pernah dia perasan sebelum ini. Tiba-tiba dia rasa kagum dan terpesona. Maya Irdina melambai-lambaikan tangannya betul-betul dihadapan muka Ilham Najmi. Lelaki itu tersentak dan malu sendiri.
“Kau.. dah keluar?” Entah apa-apa soalan yang ditanyanya. Mestilah sudah keluar. Kalau tidak, masakan gadis itu boleh ada depan matanya. Maya Irdina hanya mengangguk, cuak juga dengan lelaki itu.
“Terima kasih sebab kau mintak ayah kau untuk ikat jamin aku sekali.” Ujar gadis itu.
“Tak ada hal. Lagi pun salah aku kau kena tidur lokap. Aku mintak maaf.” Maya Irdina cuma tersenyum tawar. Dia tertunduk kerana tidak tahu untuk berkata apa lagi. Tiba-tiba dia kekok dan malu untuk bertentangan dengan lelaki dihadapannya itu. “Err, aku masih tak tahu nama kau! Aku rasa kita patut mulakan semula perkenalan kita, sebab sebelum ni kita bermula dengan cara yang agak tegang.” Usul Ilham Najmi. Maya Irdina mencebik dan tersenyum sebelum mengangguk.
“Okey. Hai, Maya Irdina.” Ujarnya lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan lelaki itu. Ilham Najmi tersenyum dan menyambut tangannya.
“Ilham Najmi. Gembira dapat kenal awak.” Cehh, tetiba berbahasa baku pula. Tadi berkau aku. Gadis itu ketawa kecil.
“Baiklah, awak! Saya mintak diri dulu.” Ujarnya lalu bersedia untuk pergi. Namun Ilham Najmi enggan melepaskan tangannya. Terkedu dan cuak seketika dibuatnya.
“Err, kejap. Saya nak ucapkan terima kasih kerana awak telah bantu saya semalam. Terima kasih jugak sebab awak dah bagi kata-kata semangat untuk saya. Betul kata awak, kadang kala kita akan kehilangan sesuatu. Tapi Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Saya dah nampak pelangi tu. Sebab pelangi tu ada depan mata saya, sekarang.” Ujar Ilham Najmi lalu tersenyum ikhlas. Maya Irdina tetiba rasa berdebar-debar. Mukanya terasa merona merah.
“Mengarutlah!” Maya Irdina menarik tangannya kasar. Ilham Najmi ketawa kecil.
“Saya rasa awak tak perlukan topi ni lagi. Sebab pelangi tak perlu sembunyikan kecantikkannya. Lagi pun awak nampak macam kaki pukul ajelah pakai macam ni. Jadi diri sendiri tu lebih baik dari cuba jadi orang lain.” Ujar Ilham Najmi lalu menanggalkan topi dikepala gadis itu. Entah kenapa tiba-tiba Maya Irdina jadi seperti orang bingung. Malah dibiarkan lelaki itu menyisir rambutnya ke belakang.
“Err..”
“Topi ni biar saya simpan.” Ilham Najmi terus memakai topi itu lalu mengenyitkan matanya pada Maya Irdina. “Assalamualaikum.” Ujarnya dan berlalu pergi. Maya Irdina bagaikan baru sahaja dipukau. Dipukau oleh kenyitan mata lelaki itu yang cukup mengoda. Alahai, cair seluruh jiwanya yang keras bak bongkah aisberg.
“Waalaikum’musalam..” Oh tuhan, adakah aku telah dilamun cinta? Cinta yang tiba-tiba datang ibarat ribut taufan.. Desis hati kecilnya. Oi minah, berangan pulak! Tapi kenapa tiba-tiba dia layan aku dengan baik? Takkanlah..?! Ah, tak mungkin! Tapi.. tak mustahilkan..
*********
Tiga bulan kemudian,
Kereta Ilham Najmi diberhentikan dibahu jalan. Tiba-tiba meragam entah kenapa. Dia turun dan membuka but kereta lalu mengaru-garukan kepala. Satu pun dia tidak faham apa masalah dengan enjin kereta. Iyalah, bab bawa kereta itu kepakarannya tapi bab periksa enjin kereta itu memang dia tidak pandai. “Hai, nak buat apa ni?” Soalnya pada diri sendiri sebelum mendail nombor makenik. Saat itu, ada sebuah motor skuter warna merah berhenti disebelah.
“Kereta rosak, bang?!” Soal gadis itu.
“Ha’ah, tiba-tiba meragam pulak.” Ujarnya sebelum berkalih memandang gadis itu. Maya Irdina tersenyum manis. “Maya?!” Ujarnya yang agak terperanjat melihat gadis itu. Tambah terpesona melihat Maya Irdina yang ayu berbaju kurung warna biru laut. Cantik! Lelaki itu jadi ralit seketika sehingga gadis itu jadi cuak dan malu diperhatikan sebegitu.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Mungkin sebab awak nampak cantik sangat hari ni sampai saya rasa terpukau.” Puji Ilham Najmi, ikhlas. Maya Irdina tersenyum malu.
“Nak tumpang? Jangan risau, hari ni saya bawak helmet extra!” Ilham Najmi tersenyum lebar dan mengangguk.
“Okey, boleh jugak.” Ujarnya sebelum membonceng dibelakang gadis itu. Maya Irdina terus memulas pedal dan bergerak. “Awak, saya nak buat pengakuan.” Ujar Ilham Najmi.
“Pengakuan apa?”
“Tentang perasaan saya.” Maya Irdina rasa berdebar-debar tidak semena. “Saya rasa saya dah jatuh hati sejak kali pertama bertentang mata. Mungkin pada mulanya saya rasa menyampah, tapi lama kelamaan perasaan tu bertukar jadi sayang.”
“Maksud awak?” Maya Irdina berpura-pura tidak faham.
“Maksud saya, saya dah jatuh cinta dengan..” Jantung gadis itu berdegup kencang bagai mahu tercabut. “Dengan motor skuter awak!” Ujar Ilham Najmi yang segaja ingin mengusik gadis pujaannya itu. Maya Irdina terus berhenti mengejut sehingga membuatkan Ilham Najmi tidak sengaja memeluk pinggangnya.
“Ish, lepaslah!” Marahnya lalu turun dari motor skuter.
“La, kenapa ni?’
“Kata dah jatuh cinta dengan motor ni! Pergilah kahwin aje dengan motor ni.” Cabar Maya Irdina. Ilham Najmi ketawa kecil, rasa lucu melihat gadis itu yang cemburu dengan motor skuternya sendiri.
“Okey, saya pergi kahwin dulu. Bye-bye!” Ujarnya sebelum memecut dan meninggalkan Maya Irdina sendirian. Gadis itu mengertap bibir dan menghentakkan kaki.
“Hish, bencinya! Sampai hati dia tinggalkan aku sorang-sorang.” Omel gadis itu. namun tidak sampai beberapa minit, Ilham Najmi berpatah balik. Maya Irdina terus memuncungkan biir dan berpaling, enggan memandang lelaki itu.
“Awak marah? Kalau marah nanti kena jual!”
“Biar la!”
“Saya gurau ajelah. Lagi pun tak mungkin orang kahwin dengan motor. Saya cuma nak kahwin dengan tuan punya motor saja. Itu pun kalau tuan punya motor sudi..” Maya Irdina terus tidak jadi merajuk. Perasaan marah tadi telah bertukar jadi perasaan malu dan bahagia. Dia tersenyum malu lalu menganggukkan kepalanya lambat-lambat. Ilham Najmi tersenyum girang. “Yes! Syukur Alhamdulillah. Kalau macam tu, jom pergi!”
“Pergi mana?”
“Jumpa atuk dengan opah awak. Saya nak lamar awak depan mereka. Barulah ada berkat!” Maya Irdina ketawa kecil.
“Ada-ada ajelah awak ni.” Maya Irdina terus memanjat dan duduk dibelakang Ilham Najmi. Kali ini biar lelaki itu yang bawa motor skuternya.
“Awak!”
“Ya.”
“Nanti bila kita kahwin, saya nak kita sanding atas motor ni!”
“Hah? Merepeklah awak ni. Lagi pun peliklah, awak.”
“Saya tak perduli. Lagi pun motor ni banyak menyimpan kenangan kita berdua. Dan pasal motor ni jugaklah kita berjumpa dan jatuh cinta. Saya cintakan awak, Maya!” Ucap lelaki itu, jujur dari hatinya.
“Saya pun cintakan awak..” Bisik Maya Irdina malu-malu. Ilham Najmi tersenyum bahagia. Kerana cinta ini akhirnya menjadi milik mereka. Maya Irdina memeluk pinggang Ilham Najmi seeratnya. Dia ingin saat-saat ini diabadikan didalam kenangan supaya satu hari nanti, dia mahu mereka kenangkannya bersama-sama. Kenangan yang terindah.


Rindu Qayyyum....




Jumaat, 13 Februari 2015

February kisah Cintaku..

Kaki melangkah perlahan tanpa arah tujuan. Memikirkan permintaan ex-senior dia suatu ketika dahulu, pening kepalanya. Ada ke patut minta nak kahwin sebulan saja. Yang tu satu hal! Dan yang satu hal lagi, nak kahwin sebulan dalam bulanFebruari. Ada ke patut?
Sebulan itu ada tiga puluh hari atau tiga puluh satu tapi masalahnya bulan Februari tak pernah nak cukup sebulan. Otak dah biul ke apa lelaki itu. Nak kata tak bijak, semasa zaman universiti dulu dapat anugerah dekan selalu. Entahlah! Penat dia memikirkannya.
Sedang asyik Zalfa Fatnin melangkah, Samsung Galaxy Anya berdering minta dijawab. Nama pemanggil dilihat tetapi hanya nombor saja yang tertera di skirn telefon. Jarang sekali nombor yang tidak dikenali menelofonnya.
Nak jawab ke tak?
Zalfa Fatnin masih lagi ragu-ragu untuk menjawab. Tetapi kata hatinya menyuruh dia menjawab. Jadinya, dia mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum.” Salam diberi sebaik saja telefon diletakkan di telinga.
“Waalaikumussalam.” Jawab si pemanggil talian.
Suaranya garau. Ok, pemanggil tersebut LELAKI!
‘Siapa ni?” Soal Zalfa Fatnin ingin tahu. Jarang sekali lelaki yang tidak dikenali menelofonnya melainkan tersilap nombor.
“Takkan tak kenal. Baru beberapa jam saja kita jumpa. Dah lupa dah?” Balas si pemanggil itu.
Zalfa Fatnin cuba mengingati siapa yang dia ada jumpa hari ini selain ex-seniornya. Eh! Jangan kata yang ni Isyq Azfar!
“Dah ingat dah?” Soal si pemanggil yang berada di talian setelah dua minit Zalfa Fatnin diam.
“Ini Isyq Azfar ke?” Soal Zalfa Fatnin inginkan kepastian walaupun hatinya mengatakan bahawa lelaki yang menelefonnya itu adalah Isyq Azfar.
“Ha! Betullah tu. Siapa lagi kalau bukan Isyq Azfar.” Si pemanggil itu mengiakan tekaan Zalfa Fatnin.
“Tapi dari mana you dapat nombor telefon I?”
Pelik! Seingat Zalfa Fatnin, dia tidak pernah memberi nombor telefonnya kepada lelaki itu tapi dari mana lelaki itu mendapat nombornya?
“You lupa agaknya yang I ni teman baik abang you” ujar Isyq Azfar.
Laju saja tangan kirinya naik menepuk dahi perlahan. Iyalah! Lupa yang abangnya sangat rapat dengan Isyq Azfar.
“Ada apa you call saya sebenarnya?” Soal Zalfa Fatnin.
“Tentang cadangan saya tadi. Macam mana? Setuju ke?” Soal Isyq Azfar kembali.
Zalfa Fatnin mengeluh perlahan sebelum menjawab soalan Isyq Azfar.
“Saya tak setuju dan saya tolak cadangan awak!” Laju Zalfa Fatnin memberitahu tanpa berfikir panjang lagi.
“Really? Awak memang tak setuju?” Soal Isyq Azfar tidak percaya.
“Betullah! Saya tak setuju!” Dengan yakin Zalfa Fatnin menjawab.
“Bukankah tadi saya dah pesan pada awak yang saya tak nak dengar perkataan ‘tidak’?” Tegas sekali suara Isyq Azfar. Dan sengaja perkataan tidak ditekan supaya Zalfa Fatnin tahu dia memang serius.
“Ingat tapi dah hati saya bukan pada awak. Lagipun rancangan awak tu memang gila. Saya tak setuju!” Balas Zalfa Fatnin.
“Okey. Tak mengapa! Tapi awak tunggu ya, Zalfa Fatnin. Awak tengok apa yang akan saya buat nanti!” Jelas sekali Isyq Azfar sedang mengugut Zalfa Fatnin.
Tanpa sempat Zalfa Fatnin membalas kata-kata Isyq Azfar, lelaki itu terlebih dahulu menamatkan panggilan. Zalfa Fatnin menarik nafas dan menghembuskan perlahan-lahan. Terasa berat sekali kepalanya saat ini memikirkan ugutan Isyq Azfar. Dia fikir, apabila menolak tawaran lelaki itu, masalah sudah selesai tetapi masalah lain pula timbul!
Huh!
Sangat penat dan boleh sakit jiwa!
*****
Berita yang dia baca tadi cukup memeranjatkannya.
‘Isyq Azfar Tan Sri Lukman akan menamatkan zaman bujangnya.’
Okey! Baca tajuk tu tak terkejut lagi tapi apabila dia baca di muka penuh akhbar itu, boleh membuatkan dia diserang penyakit jantung walaupun dia tiada penyakit jantung.
Sejak bila dia setuju nak kahwin dengan lelaki itu? Dah gila ke apa? Rasa marah membuak-buak di dalam hati. Itu baru dia saja yang baca, belum lagi Abi dan Umminya yang baca. Silap haribulan, jadi arwah terus!
Akhbar yang berada di atas meja diambil dan di bawa ke dalam biliknya untuk disimpan sebelum Abi atau Umminya baca. Lebih baik dia ambil langkah berjaga-jaga. Dan selepas ini dia akan selesaikan hal tersebut sendiri dengan Isyq Azfar.
Setelah memastikan dirinya menutup semua aurat, Zalfa Fatnin turun ke bawah. Sampai saja di tangga bawah sekali, kakinya terpaku melihat susuk tubuh seseorang yang sedang asyik berbual dengan Abi dan Umminya. Serius sekali wajah Encik Bakhtiar dan Puan Anisah.
‘Buat apa lelaki itu di sini?’ Bisik Zalfa Fatnin sendirian.
Perlahan-lahan Zalfa Fatnin menghampiri Abi dan Umminya di ruang tamu. Saat Encik Bakhtiar melihat Zalfa Fatnin, tajam sekali pandangan itu membuatkan Zalfa Fatnin kecut perut. Muka Puan Anisah boleh tahan masam seperti asam jawa.
Jangan-jangan Abi dan Umminya sudah tahu tentang berita itu? Zalfa Fatnin tidak berani untuk membuka mulutnya.
“Zalfa, duduk!” Arah Encik Bakhtiar. Tegas sekali suara itu.
Tanpa banyak soal, Zalfa Fatnin duduk disebelah Puan Anisah. Wajah ditunduk ke bawah kerana di berani untuk memandang wajah Encik Bakhtiar. Jari-jemari bermain sesama sendiri untuk mengurangkan rasa gusar di hati.
“Betul ke kamu pernah terlanjur dengan Azfar?” Laju Encik Bakhtiar bertanya tanpa tapis sedikit pun ayat yang keluar dari mulutnya.
Zalfa Fatnin angkat kepala dan wajah terkejut jelas terpamir. Bulat matanya memandang wajah Encik Bakhtiar di yang berada di kanan uminya. Terkaku seketika sebaik saja mendengar pertanyaan abinya.
Pernah terlanjur? Sejak bila dia bercinta dengan Isyq Azfar?
Wajah Isyq Azfar dipandang. Dan hanya ketenangan saja yang terpamir pada raut wajah lelaki itu. Dan kepalanya berpaling ke arah umminya yang berada di sisinya. Jelas sekali raut kecewa yang terpamir di wajah umminya.
“Betul ke Zalfa? Betul ke sekarang ni kamu mengandung?”
Sekali lagi pertanyaan dari abinya membuatkan di rasa hendak pitam. Oh! Permainan apakah ini, Isyq Azfar?
Dek terkejut dengan pertanyaan Encik Bakhtiar, Zalfa Fatnin kaku tanpa bicara. Sungguh! Dia sangat terkejut. Kenapa sanggup Isyq Azfar lakukan semua ini kepadanya? Apa salah dia?
“Kamu diam tu maknanya betullah?” Tekan Encik Bakhtiar.
Zalfa Fatnin cuba membuka mulut tetapi sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya. Hanya bergerak sahaja tanpa bicara. Kata hatinya menafikan tetapi kenapa berat sekali untuk meluahkan?
‘Ya Allah, bantulah hambaMu ini.’ Bisik Zalfa Fatnin.
“Sebelum perut kamu besar, abi nak kamu nikah dengan Azfar. Lagi dua minggu kamu kena nikah dengan dia!” Tegas sekali suara Encik Bakhtiar. Itu bukan permintaan tetapi arahan dari seorang ayah.
“Ummi….” Akhirnya keluar jua suara Zalfa Fatnin. Puan Anisah disebelahnya dipeluk erat. Zalfa Fatnin menangis teresak-esak di dalam dakapan Puan Anisah.
Inikah pengakhiran hidupnya? Terpaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai. Dan berkahwin dengan lelaki yang menfitnahnya. Ya Allah, dugaan apakah ini? Sungguh, dia tidak kuat untuk hadapinya!
Isyq Azfar hanya memandang sayu kepada Zalfa Fatnin. Maafkan I, Zalfa. I terpaksa lakukan semua ini. Isyq Azfar meraup mukanya. Dia menarik nafas perlahan-lahan dan dihembuskan. Dia harap, Zalfa Fatnin akan memaafkan dia suatu saat nanti.
*****
Persiapan perkahwinan hanya dibuat ala kadar sahaja. Nama pun kahwin ekspress. Hanya ada masa dua minggu sahaja untuk menyiapkan semua persiapan perkahwinan. Dan Zalfa Fatnin langsung tidak sentuh atau melibatkan diri dalam persiapan menuju hari bahagianya. Dia hanya membiarkan Puan Anisah dan abangnya, Zarif serta kakak iparnya buat semua itu. Entahlah! Dia tiada hati dan perasaan untuk sentuh barang-barang perkahwinan.
Sekali lagi keluhan dilepaskan. Hari ini entah berapa kali dia mengeluh walaupun dia tahu yang mengeluh itu tidak baik. Tapi hatinya sakit sangat! Terlalu sakit dan sukar untuk luahkan apa yang dia rasa. Bahunya disentuh dari belakang. Zalfa Fatnin berpaling dan secebis senyuman dihadiahkan buat si abang, Zarif Fahmi walaupun agak hambar.
“Eh! Abang Zar, duduklah!” Suruh Zalfa Fatnin.
Zarif Fahmi melabuhkan duduknya di atas bangku di tepi Zalfa Fatnin.
“Jauh benar termenung abang Zar tengok. Kenapa ni? Biasanya orang yang nak kahwin happy saja tapi adik abang ni masam saja. Ada masalah ke?” Soal Zarif Fahmi sambil memegang pipi Zalfa Fatnin. Senyuman diukir buat si adik yang masam macam tempoyak basi.
“Tak ada apa-apalah, abang Zar. Adik okey saja! Tengok ni, adik senyum kan. Takkanlah adik nak senyum sorang-sorang pula. Nanti orang ingat adik abang ni KO pula.” Senyuman dihadiahkan buat Zarif Fahmi. Hambar saja.
“Adik. Jangan nak tipu abang Zar boleh? Abang kenal adik abang bila masa dia happy dan bila masa dia moody.” Zarif Fahmi memandang Zalfa Fatnin yang berada disebelahnya.
“Betullah abang Zar. Adik okey saja. Jangan risau yer. Maybe adik nervous kut sebab hanya tinggal beberapa hari saja lagi adik nak kahwin kan? Takkanlah abang Zar tak nervous masa nak kahwin dengan Kak Niesa’ dulu.” Zalfa Fatnin cuba mengelak dari menjawab pertanyaan abangnya itu walaupun dia tahu abangnya tahu kenapa dia harus kahwin dengan Isyq Azfar.
“Abang Zar pula yang kena. Orang cakap pasal dia, dia cakap pasal kita balik.” Zarif Fahmi mencebik bibirnya tanda tidak puas hati.
“Biarlah! Abang Zar selalu kenakan adik, so adik kenakan abang baliklah!” Jelir Zalfa Fatnin sambil gelak jahat. Tanduk evil sudah naik kiri kanan. Maka dia akan kenakan abangnya habis-habisan.
“Abang Zar potong lidah tu baru tahu. Jelirlah kalau berani” ugut Zarif Fahmi.
Sekali Zalfa Fatnin menjelir lidahnya tanpa menghiraukan ugutan dari abangnya tetapi dia sudah tiada di sisi Zarif Fahmi. Langkah berjaga-jaga sudah diambil. Nanti tak pasal-pasal kena tarik telinga dengan Zarif Fahmi. Dan apa lagi, Zarif Fahmi terus mengejar Zalfa Fatnin yang mula melarikan diri. Riuh sekali laman rumah Encik Bakhtiar dan Puan Anisah dengan jeritan si adik dan abang yang berperangai seperti kanak-kanak kecil.
*****
Hari ini, Zalfa Fatnin akan diijab kabulkan bersama Isyq Azfar. Jurusolek sedang menata rias Zalfa Fatnin di dalam bilik pengantin. Kalau ikutkan hati Zalfa Fatnin, tak pakai mekap pun tak mengapa tapi itulah, bila umminya dah keluarkan arahan terpaksalah dia ikut walaupun hati tak rela.
Selesai saja disolek oleh jurusolek, Zalfa Fatnin diminta untuk menukarkan pakaiannya kepada busana pengantin. Hari ini dia mengenakan baju pengantin berwarna putih untuk majlis akad nikah. Bajunya simple sahaja. Tidak terlalu berat dengan hiasan. Dan untuk majlis resepsi di sebelah petang nanti, Zalfa Fatnin dan Isyq Azfar akan mengayakan busana pengantin berwarna maroon.
“Dah siap dah?” Soal Khairunnisa’ yang berada di muka pintu bilik Zalfa Fatnin.
“Hampir siap. Sikit saja lagi” jawab Ainul sebagai jurusolek.
“Cepat sikit ya! Pengantin lelaki dah nak sampai” beritahu Khairunnisa’.
“Baiklah!” Angguk Ainul. Dia masih menunggu Zalfa Fatnin yang sedang menyalin pakaiannya di dalam tandas. Dia menunggu untuk memakaikan selendang kepada Zalfa Fatnin. Itu baru lengkap. Takkanlah pengantin nak keluar tanpa tutup aurat pula.
“Wah, cantiknya!” Puji Nurin. Sahabat baik kepada Zalfa Fatnin.
“Zalfa, sini. Biar kak Ain pakai selendang dulu. Pengantin lelaki dah nak sampai” ujar Ainul.
‘Baik, kak Ain!” Akur Zalfa Fatnin. Baru saja dia ingin memeluk sahabatnya yang baru tiba itu.
Selesai saja menutup kepalanya dengan selendang, Zalfa Fatnin terus meluru ke arah Nurin yang sedang duduk di atas katil.
“Ya Allah, rindunya aku pada kau!” Peluk Zalfa Fatnin.
“Eh! Kau ni, lemas aku nanti! Macam setahun tak jumpa. Padahal baru sebulan tak jumpa” bebel Nurin sambil cuba merungkaikan pelukan Zalfa Fatnin. Nak lemas rasanya!
“Aku tahulah kau tak rindukan aku. Sebab itulah kau lemas aku peluk kau.” Bibir dicebik. Wajah masam terlakar di bibirnya. Sengaja Zalfa Fatnin buat-buat merajuk dengan Nurin. Rasa macam lama dia tak merajuk dengan sahabatnya itu.
“Alala… Bakal isteri Azfar merajuklah! Tak cantik dah. Senyum sikit. Nanti Azfar tengok kau masam macam ni, mesti dia ingat kau tak nak kahwin dengan dia” pujuk Nurin. Senyuman dihadiahkan buat Zalfa Fatnin yang berdiri dihadapannya.
‘Aku memang tak nak kahwin dan tak rela kahwin dengan Azfar pun!’ Bisik Zalfa Fatnin di dalam hatinya.
“Kau ni, ke situ pula! Yer lah, aku senyum ni. Cantikkan?” Senyuman dilakarkan dibibirnya tapi agak hambar. Tidak manis seperti selalu.
“Ha! Macam itulah. Pengantin kena senyum. Baru ada seri. Ni tak, masam saja!” Pipi Zalfa Fatnin dicubit perlahan.
“Ish! Kau ni, sakitlah! Aku tahulah pipi aku ni gebu tapi janganlah selalu cubit. Nanti hilang kegebuan tu.” Gelak Zalfa Fatnin sebaik saja dia menghabiskan ayat terakhirnya.
“Masuk bakul angkat sendiri nampak!” Sindir Nurin. Zalfa Fatnin hanya mencebik bibirnya sambil membuat gaya ‘whatever’.
“Zalfa, jom turun! Pengantin lelaki dah sampai” beritahu Khairunnisa’.
Zalfa Fatnin mengeluh perlahan bimbang jika Nurin dapat menangkap keluhannya itu. Langkah diatur menuju ke pintu bilik bersama Nurin disebelah. Perlahan-lahan dia menuruni tangga sambil diiringi oleh kakak iparnya dan sahabat baiknya.
Sebaik saja kaki Zalfa Fatnin menyentuh lantai, dia terpaku seketika melihat Isyq Azfar kebetulan lelaki itu berpaling ke arahnya.
Kacak!
Hanya itu saja perkataan yang Zalfa Fatnin mampu ungkapkan. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila pandangan dia bertembun sesaat dengan Isyq Azfar. Apakah itu rasa cinta?
Zalfa Fatnin duduk bersimpuh di atas bantal. Di sisinya ada umminya, Puan Anisah dan bakal ibu mertuanya, Datin Nora. Wajahnya ditunduk kerana hatinya begitu berdebar saat ini. Apabila mendengar abinya melafazkan kata-kata ” Aku nikahkan dikau dengan puteriku, Nur Zalfa Fatnin Binti Bakhtiar” hatinya sebak tetapi dia tahan dari mengalirkan air matanya. Abinya akan melepaskan dia kepada Isyq Azfar.
Dan apabila Isyq Azfar melafazkan “Aku terima nikahnya Nur Zalfa Fatnin Binti Bakhtiar dengan mas kahwin tersebut” terus saja air mata Zalfa Fatnin mengalir keluar. Sebak yang dia tahan tadi, akhirnya memecahkan benteng yang dibina.
Air mata kegembiraankah atau air mata kesedihan? Ataupun air mata penderitaan? Dia tidak pasti. Apa yang Zalfa Fatnin rasa saat ini, hatinya sakit dan terluka apabila Isyq Azfar menerima dia sebagai isteri. Usai saja mengaminkan doa yang dibaca oleh imam, Isyq Azfar bangun untuk menunaikan solat sunat nikah.
Selesai saja solat sunat, Isyq Azfar mengatur langkah menuju ke arah Zalfa Fatnin yang masih lagi setia duduk di situ. Sebaik saja sampai dihapan Zalfa Fatnin, Isyq Azfar duduk melutut. Cincin emas putih bertakhtakan berlian di tengah, di ambil dari kotak baldu berwarna merah. Dan disarungkan ke jari Zalfa Fatnin. Isyq Azfar menghadiahkan senyuman paling manis buat Zalfa Fatnin sebaik saja isterinya mengangkat wajah.
Ya Allah! Kenapalah dia kacak sangat hari ini? Pertama kali dia melihat Isyq Azfar sedekat ini dan sekacak seperti sekarang. Kenapa sebelum ini dia tidak perasan yang Isyq Azfar sangat kacak?!
“Zalfa! Sarung cincin kepada suami kamu tu. Kalau nak tenung Azfar pun, kejap lagilah. Kita ada majlis lagi sekejap lag. Tak pun malam nanti tenung Azfar puas-puas” usik Zarif Fahmi. Keningnya diangkat bersama senyuman manis.
Terus berubah tona muka Zalfa Fatnin sebaik saja usikan si abang menyapa telinganya. Apalah yang abangnya mengarut? Mana ada dia tenung Isyq Azfar. Hatinya menafikan walaupun hakikatnya dia memang asyik tenung suaminya sendiri.
“Sayang, thanks sebab sudi terima abang jadi suami saying” bisik Isyq Azfar di tepi telinga kanan Zalfa Fatnin.
Zalfa Fatnin hanya membalasnya dengan senyuman. Jelas sekali tidak ikhlas senyuman itu. Hatinya masih sakit dan tetap sakit. Malah terluka dengan perbuatan Isyq Azfar.
*****
Selesai saja majlis resepsi di hotel, Zalfa Fatnin merebahkan badannya di atas tilam yang empuk. Melepaskan lelah setelah hampir seharian melayan tetamu yang hadir. Kalau tak layan, tak pasal-pasal dilabel sombong pula.
Zalfa Fatnin bangun dari pembaringannya apabila mendengar pintu bilik hotel ditutup. Dia yakin itu suaminya.
Lelaki yang dia nikahi beberapa jam lepas. Zalfa Fatnin bangun dan menanggalkan tudungnya. Panas! Dia ingin mandi. Lebih baik dia mandi dulu dari Isyq Azfar yang masuk ke bilik air dulu. Biarlah dia terpaksa berebut bilik air dengan Isyq Azfar, dia tidak malu.
Usai saja menanggalkan mekap di mukanya, Zalfa Fatnin melangkah ke arah luggagenya yang terletak di hadapan almari. Perlahan-lahan dia membuka zip dan terbeliak matanya apabila melihat baju tidur di dalam begnya itu semuanya seksi. Tapi takkanlah dia nak pakai baju kurung pula. Panaslah!
“Sayang!” Panggil Isyq Azfar dari belakang apabila melihat Zalfa Fatnin sedang sibuk mencari sesuatu di dalam luggage.
Zalfa Fatnin buat tidak endah dengan panggilan encik suami. Biarlah dia jadi isteri derhaka seklipun, dia tidak kisah. Siapa suruh paksa dia kahwin. Huh!
“Sayang…..” meleret saja panggilan Isyq Azfar. Tapi kenapa dia rasa macam dekat saja? Zalfa Fatnin berpaling ke sisi dan nasib baik dia tiada sakit jantung, kalau tak memang pendek umur dah.
“Ya Allah! You ni, buat I terkejut saja!” Marah Zalfa Fatnin sambil menampar lengan sasa Isyq Azfar. Manakala tangan satu lagi mengurut dadanya perlahan.
“Sorry, honey!” pinta Isyq Azfar. Hanya jelingan diberikan kepada Isyq Azfar.
Isyq Azfar mengeluh perlahan. Nampaknya dia kena jelaskan sesuatu kepada Zalfa Fatnin. Kalau tak, rumah tangganya hambar saja. Tiada bahagia.
“Sayang, i think we need to talk!” Ujar Isyq Azfar dari sisi.
“Nak bincang apa lagi? Kita dah kahwinkan? You pun dah dapat apa yang you nakkan? So, tak ada apa-apa yang hendak dibincangkan. Lagipun, kita kahwinkan sebulan saja.” Sinis sekali ayat yang keluar dari mulut Zalfa Fatnin.
“Sayang! Sayang dah salah faham ni” jelas Isyq Azfar.
‘Salah faham apanya? Bukankah kita memang kahwin sebulan sajakan? Eh! Silap, bukan sebulan tapi 29 hari saja!” Sindir Zalfa Fatnin bersama senyuman sinis menghiasi bibirnya.
Isyq Azfar melepaskan keluhan perlahan-lahan. Dia bangun dari duduk bersila di sisi Zalfa Fatnin. Dia tidak melangkah pergi tetapi sebaliknya dia mengangkat Zalfa Fatnin dan menuju ke katil.
“Eh! Apa ni? Turunkan I, Azfar! Turunkan I!” Jerit Zalfa Fatnin sebaik saja merasakan badannya tidak menjejaki lantai. Dada Isyq Azfar ditampar berulang kali.
Sampai saja di katil, Isyq Azfar meletakkan Zalfa Fatnin di atas katil dan menindih tubuh isterinya itu. Zalfa Fatnin meronta-ronta minta dilepaskan tetapi tidak dihiraukan oleh Isyq Azfar.
“Sayang! Stop it. You make me wanna you more than this!” bisik Isyqa Azfar sambil menahan nafasnya.
Terus saja Zalfa Fatnin berhenti dari meronta-ronta. Dan diam tanpa bicara. Wajah dipalingkan ke sisi.
“Pleaseee…. dengar apa yang abang nak cakap. Tolong dengar. Abang kita hidup dalam salah faham” terang Isyq Azfar.
Zalfa Fatnin hanya diam tanpa bicara. Angguk pun tidak. Isyq Azfar bangun dan duduk di sisi Zalfa Fatnin sambil bersandar di kepala katil.
“I love you!” Luah Isyq Azfar senafas.
Sebaik saja mendengar ayat keramat itu keluar dari bibir suaminya, Zalfa Fatnin terus saja berpaling ke sisi. Tergamam dia buat seketika.
“Yes, honey! I do love you since we’re first meet. In February at London. Do you remember that?” Wajah Zalfa Fatnin di sisi di pandang. Anak matanya menikam lembut anak mata Zalfa Fatnin.
Zalfa Fatnin hanya mengangguk tanda dia ingat. Ya! Mereka berdua pernah berjumpa di Kota London suatu ketika dahulu. Dan dia sedikit pun tidak lupakan kenangan itu. Sentiasa tersemat di hati kerana itulah cinta pertamanya.
“Abang minta maaf kerana memaksa sayang kahwin dengan abang. Sebenarnya abang tak nak kehilangn sayang lagi sebab abang dah berjanji dengan diri abang, kalau abang jumpa sayang lagi, abang akan kahwin dengan sayang” luah Isyq Azfar.
“Dan tentang kahwin sebulan saja, abang saja buat macam tu sebab abang ingat sayang akan setuju tapi abang silap! Jadi sebab itulah abang terpaksa berbohong abi dan ummi termasuk keluarga abang sekali. Dan hanya Zarif saja yang tahu rahsia ini.”
“Kenapa abang tak terus terang saja? Kan senang!” soal Zalfa Fatnin ingin tahu.
“Susah sayang. Lagipun sayang selalu saja ignore abang setiap kali abang berjumpa dengan Zarif. Sayang tak pernah pun pandang abang” jelas Isyq Azfar.
“Maafkan, sayang!” pinta Zalfa Fatnin.
“Tak mengapa. Abang tak ambil hati pun” balas Isyq Azfar.
“Dah lah! Jom kita tidur” ajak Isyq Azfar.
“Tidur?” soal Zalfa Fatnin gerun. Takut untuk hadapi malam pertama.
“Tidrulah sayang. Apa lagi? Ke nak lebih dari tidur?” soal Isyq Azfar nakal. Senyuman nakal jelas terukir di bibir.
“Okey, jom kita tidur.” Cepat-cepat Zalfa Fatnin merebahkan badannya di atas katil.
“Abang gurau saja. Malam ni tak sebab esok kita ada majlis. Jadinya malam lusalah, ya! So, be prepare!” bisik Isyq Azfar nakal di tepi telinga Zalfa Fatnin sebelum meledakkan ketawa.
*****
Wajah yang lena dipandang tanpa jemu. Tenang sekali. Dan hatinya tenang apabila melihat wajah anak lelakinya yang berumur 4 bulan. Gembira sekali hatinya apabila Zalfa Fatnin disahkan mengandung. Perasaan gembira dan bersyukur itu hanya Allah saja yang tahu.
“Abang tak bosan ke hari-hari tengok wajah Iyyad?” Soal Zalfa Fatnin sebaik saja dia duduk di sisi suaminya.
“Tak! Abang suk sangat tengok wajah Iyyad. Comel saja. Macam mamanya” jawab Isyq Azfar.
“Sayang tak sesuai kalau dipadankan dengan perkataan comel tapi kalau cantik betullah” seloroh Zalfa Fatnin sambil ketawa kecil. Bimbang Iyyad Furqan sedar nanti.
“Amboi! Sejak jadi mama ni, suka sangat masuk bakul angkat sendiri ya!” Usik Isyq Azfar.
“Tapikan memang sayang cantik pun. Kalau tak, takkanlah abang boleh terpikat dengan sayang pula” ujar Isyq Azfar. Hidung Zalfa Fatnin dicuit.
“Ermm.. betul tu.” Angguk Zalfa Fatnin tanda mengiakan apa yang suaminya cakap itu betul.
‘Sayang.” Tangan Zalfa Fatnin dibawa ke bibirnya dan dicium.
“Terima kasih sebab sudi terima abang dan lahirkan Iyyad Furqan untuk abang. Abang bahagia sangat.” Luah Isyq Azfar. Matanya menikam mata Zalfa Fatnin dengan lembut.
“Dan terima kasih juga buat abang sebab sudi jadikan sayang isteri abang” balas Zalfa Fatnin.
“Most welcome, dear! I love you more and more. More than yesterday and today.” Dahi Zalfa Fatnin dikucup penuh kasih dan sayang.
“I love you too. More than you love me, hubby!” Balas Zalfa Fatnin.
Zalfa Fatnin dibawa ke dalam pelukannya. Erat sekali Isyq Azfar memeluk Zalfa Fatnin. Ibarat menanggung rindu yang lama seperti setahun tidak berjumpa.
Sayang, abang janji akan jaga sayang dan anak-anak kita sampai akhir nafas abang. Sayang dan Iyyadlah nyawa abang. Dan abang tetap akan mencintai sayang sampai ke syurga. Setialah bersama abang kerana abang tahu sayanglah jodoh terbaik buat abang. Maafkan segala perbuatan abang terhadap sayang. Abang lakukan semua itu kerana abang benar-benar cintakan sayang. Please stay with me till hereafter.
Abang, Zalfa sayang abang ketat-ketat. Abanglah lelaki dan suami yang terbaik buat Zalfa. Walaupun dulu Zalfa pernah marah dan sakit hati dengan perbuatan abang tapi jujur Zalfa cakap, yang Zalfa memang jatuh cinta dengan abang dari hari ke hari. Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan kerenah Zalfa. I love you so much, abang. Abanglah suami Zalfa dunia akhirat.
Cinta
Kadang-kadang sukar ditafsir tapi cinta itu tetap ada di hati walaupun hati kita lambat untuk memahaminya. Cintailah cinta yang halal kerana itu lebih indah dan mendamaikan.