Dushh!!3 biji buku terlepas dari tanganku!!!!eh comel anak aku jatuh…!!oppss!!aku menampar mulutku..nasib baik takde orang dengar aku melatah.Kalau la orang tahu,takmau makcik-makcik menantukan aku.Tengok luaran da ada gaya ustazah pilhan gitu tapi sekali melatah,hurmm..hancuqq!!!..tapi takpe asalkan comel.. uitt!!!da perasan la pulak..hehe..Aku mati kutu memikirkan maksud perbualan dengan mak aku tadi.Ke mak nak kahwinkan aku??Oh nehi babuji!Andaeeee!!!mana bias dong..Aku mau tamatkan pengajianku yang berbaki 1 tahun lagi dan aku nak kerja dulu at least 2 tahun sebelum kahwin..Tapi…hurmmm…terngiang-ngiang perbualan aku dengan mak tadi.
#################………………………………………………………################################
“achik, nanti cuti sem minggu depan ni kamu singgah dulu ye kat butik aunty Leha. Ambil baju yang mak dah tempahkan untuk kamu. Bayaran semua mak dah settlekan. Kamu pergi ambil je.”
“Baju ape mak? Warna ape? Kenapa mak tempah?Bila masa mak datang tempah baju tu? Datang sini tak jenguk orang pun. Takpe la mak..mak dah tak sayang orang dah…uwaaaaaaaa”
“Amboi budak bertuah ni. Dia nak buat drama pulak.Alah hujung bulan hari tu mak pergi rumah kawan mak sekejap.Alang-alang tu mak singgah butik aunty Leha kamu tu..Alah jangan banyak soal la. Kamu ni ambil course kewartawanan ke bioteknologi..sibuk je la nak tahu..aishh budak bertuah betul”.
“Hehe..biasa la mak. Anak mak ni ada banyak bakat terpendam. Orang cakap macam-macam ada. Tapi kan mak, kenapa mak sampai nak tempah baju kat butik aunty Leha tu? Bukan ke baju-baju kat butik dia tu untuk orang-orang yang nak kahwin, bertunang semua tu..Siapa nak kahwin mak??”
“Eh2 budak ni..makin dilayan makin menjadi pulak dah..Udah2 la ye..Kamu balik je la dulu..Apa-apa hal nanti kita bincang kat rumah ye..Ok la ye..Mak letak dulu.. Kalau dilayankan kamu, abes la melambung tinggi bil telefon mak…Jangan lupa ambil baju tu, kalau kamu tak ambil, mak kunci pintu rumah. Mak tak kasi kamu masuk umah nanti”.
“Amboi mak, garang nampak..hahaha…ok la..nanti orang ambilkan erk..apa-apa aje untuk mak tau..luv u baby!!!”
“Luv u too honey!!!!haha..ok la sayang …mak letak dulu ye..take care..assalamualaikum..”.
“waalaikummussalam mak..”.
Aku dengan mak memang kamceng. Lagipun mak memang sporting dengan anak-anaknya..Dialah ibu, dialah kawan kawan baikku…
#################………………………………………………………################################
“Iqa, dengar kata awak nak bertunang cuti sem ni. Sape la lelaki malang tu kan..” seloroh Amalin, sahabat baikku.
“Amboi mulut dia..takde insuran Nampak..Kalau masin mulut awak tu, mau gila meroyan saya tau..Ish merepek la awak ni..I taksuka tau..”.
Amalin memang suka menyakat kawannya itu. Bagi Amalin, Iqa memang kawan yang baik tapi gila-gila. Tapi gila-gila dia hanya orang yang rapat dengannya. Sebab tu lah kami panggil dia ustazah rock. Imejnya yang bertudung dan perangai yang amat baik disamping ilmu agamanya, memang menjadi idaman lelaki untuk dijadikan isteri. Tapi sekali dia buat gila dia, hancuq!!!! “ haha..kalau awk jadi macam tu kan, saya la orang pertama yang pergi melawat awak di Hospital Bahagia tu tau..Nanti saya siap bawa big apple donut favourite awak lagi tau”.
“Eh budak ni..Dah melampau ni..Awak pernah rasa selipar dalam mulut tak?? Nak rasa??”.
“Mak oii…ada orang marah la..haha..orang gurau je la. Tapikan kalau betul awak nak bertunang , awak snap tau gambar tunang awak nanti.. Manatau orangnya macam Jong Kook oppa yang suka tu.. So tak payah la awak pergi sampai korea. Kira ambil Jong Kook oppa versi Malaysia je la erk..”.
“haha..Kalau macam tu ok gak erk..oh Jong Kook oppa…saranghae..”…
“Dia da start dah drama dia..Oit makcik Fiqa, cepat pergi, kang terlepas flight awak ke Kelantan tu..Kang tak pasal-pasal ada drama air mata kat sini pulak”.
“Ye la nenek..Orang tau la..Thanks tau sbb hantar saya..Nanti apa-apa msg tau..Cuti kali ni lama gak kan,,so jangan rindu saya tau…haha..saya pergi dulu ..Nanti kirim salam kat mak dan ayah awak..drive elok-elok..assalamualaikum…”
Aku melangkah pergi selepas memeluk Amalin…will miss her..Oh kelate!!!tunggu ambo..ambo kelik dah ni..nok make budu!!!!
#################………………………………………………………################################
“What??!!!!! Mama tak boleh buat Is macam ni..Mana ade orang arrange2 married sekarang ni..Common la mama. Is dah besar la ma. Jangan paksa Is macam ni. Lagipun hati Is dah lama tertutup selepas kematian Naziha. I’m not ready yet. Hati Is masih cintakan Naziha walaupun dia dah tiada..Please mama…don’t do me like this”…Rayu Syed Adam Iskandar selepas mamanya memberitahu bahawa dia akan ditunangkan dengan gadis yang tak pernah dikenalinya.
“Is, jangan macam ni. Is kena tolong mama. Lagipun mama dah berjanji dengan keluarga Aunty Ida tu. Mama nak balas jasa keluarga diorang. Is tak ingat ke. Kalau la diorang tak de waktu tu, dah lama mama hilang nyawa tau. Trust me. U gonna be happy with her. Anak Aunty Ida tu mama berkenan sangat. Baik budaknya. Walaupun mama kenal diorang semua dalam jangka waktu yang singkat, tapi mama senang dengan sikap diorang..ramah,baik,jujur,cukup pengangan agamanya..Mama betul-betul yakin dengan kata hati mama..Is dengar cakap mama erk”.
Setahun yang lepas, Datin Maria dan Dato’ Syed Hassan telah ke Kelantan untuk melancong. Tetapi ketika hari kedua mereka di sana, mereka telah dirompak oleh sekumpulan lelaki bersenjata dan Datin Maria hampir hilang nyawa ketika menyelamatkan suaminya yang teruk dipukul perompak itu.. Keluarga Idalah yang menyelamatkan mereka. Dato’ Syed Hassan koma selama 1 minggu dan Datin Maria cedera teruk. Keluarga Idalah yang menjaga mereke sehingga ahli keluarga mereka datang. Mereka dilayan amat baik oleh keluarga Ida. Semua ahli kelurganya amat ramah dan baik. Sejak kejadian itu, mereka jadi rapat.
“But mama…Is tak kenal pun anak aunty Ida tu..Maybe she’s not my type..Common la mama..Is dah 27 tahun dan Is dah boleh buat keputusan sendiri..and I said NO..Please understand me.”
“Is, tolong la faham keadaan mama..Mama dah buat keputusan.. Mama dah banyak terhutang budi dengan keluarga mereka..Mama malas nak cakap banyak..Ni gambar anak aunty Ida tu..semua pasal dia ada dalam fail ni. Is tengok la sendiri. Mama yakin dia boleh gantikan Naziha. Mama nak tengok anak mama ceria macam dulu..and I want u to accept this decision. No excuse..”.
Dato’ Syed Hassan hanya memerhatikan pertelingkahan ibu dan anaknya tu. Dia mengambil langkah berdiam diri. Dia memang lama sudah berkenan dengan anak Ida yang ketiga itu untuk dijadikan menantu. Dia yakin hanya Iqa mampu mengembalikan Syed Adam Iskandar yang dulu. Anak keempatnya itu berubah sekelip mata selepas kematian kekasihnya, Naziha. Dato’ Syed Hassan berdoa dalam hati moga-moga Iskandar menerima keputusan mereka itu.
#################………………………………………………………################################
Lewat malam rumah banglo 2 tingkat itu sepi. Semua penghuninya sudah lama dibuai mimpi kecuali Syed Adam Iskandar yang termenung di balkoni biliknya. Fikirannya kusut memikirkan permintaan mamanya itu. Dia memang anak yang baik. Dia tidak pernah berniat untukmeng ingkari permintaan mama dan papanya tetapi kali ini permintaan tersebut terlalu berat baginya.
Naziha…arghh..Nama itu terlalu sukar dilupakan. Gadis pertama yang berjaya menakluk hatinya. Gadis yang periang,cantik,baik itu menceriakan hari-harinya sebelum ini dan dia pernah berjanji akan menjadikan Naziha permaisuri hidupnya. Namun takdir Tuhan Maha Hebat. Naziha telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan dia sendiri menyaksikan Naziha menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saat itu saat yang paling pahit dalam hidupnya.
Walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu, namun bayangan dan cinta Naziha masih segar dalam hatinya..Walaupun ramai perempuan yang cuba mendekatinya, namun hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Sejak kejadian itu, dia menyibukkan diri dengan urusan kerjanya. Dia bekerja sebagai salah satu engineer di syarikat papanya sendiri. Dia seorang engineer yang hebat. Sentiasa focus dalam kerja..hari-harinya dihabiskan dengan bekerja. Sehingga ramai kawannya memanngilnya workaholic. Hanya cara itu yang membolehkan dia merawat kepahitan dihatinya.
“what I’m gonna to do..aku tak boleh mengecewakan mama dan papa tapi this is my life”..fikiran Syed Adam Iskandar makin bercelaru. Arghhhh!!!!!!!
Dia melangkah ke katilnya dan terlihat fail yang ditinggalkan mamanya tadi. Hatinya meminta-minta dia membelek fail itu. Lantas dihampiri katilnya dan dicapai fail tersebut. “mak oii!! Hebat mama aku ni..dia kasi aku biodata yang lengkap pasal budak ni. Macam resume pun dah ada aku tengok…hmmm…study lagi rupanya dia..food biotech di usim..what??aku kena kawen dengan budak yang study lagi la ni??!!!nasib badan betul…”.
Dibelek-belek kertas yang ada dalam fail tersebut sehinggalah dia melihat foto seorang gadis yang manis bertudung. “hmmm..not bad…tapi mampukah aku bahagiakan dia??”…Syed Adam Iskandar menutup fail tersebut dan termenung panjang.
Tiba-tiba dia teringat pesanan ustaznya dulu..”kalau kamu ada masalah, ingat, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Penyayang..kalau kamu ingat pada Allah,insyaAllah Allah pun akan membantu kita. Berdoalah kepada Allah agar Allah memudahkan segala urusan kita..”.
Lantas Syed Adam Iskandar menuju ke kamar mandinya untuk berwuduk.. Malam itu, dia memohon petunjuk Allah….Ya Allah,,,,bantulah hambaMu ini…Berikanlah aku petunjuk……………….
Malam itu, Syafiqah turut sujud kepada Maha Pencipta..dia memohon Allah berikan petunjuk terhadap dilema yang dilaluinya.
#################………………………………………………………################################
Aku termenung melihat kanak-kanak bermain dihadapan rumahku. Fikiranku masih kusut memikirkan permintaan mak dan ayah. Apa yang perlu aku buat? Nampaknya masin betul mulut Amalin tu.Aku akan bertunang!!!MasyaAllah…apa yang aku harus lakukan… Aku mahu menjadi anak yang solehah. Aku tidak mahu ingkar kata-kata mak dan ayahku. NAmun kali ni permintaan mereka amat berat bagiku.
Hampir seminggu ni aku melakukan solat sunat istikharah. Hatiku kini kuat mengatakan keputusan mak dan ayahku adalah terbaik untukku. Adakah ini petunjuk daripada Allah???aku betul-betul keliru. Tapi kalau aku terima lamaran tersebut, aku dah kena kahwin dan jari isteri orang!!!!oh tidak!!!aku dah tak boleh nak gila-gila lagi..dan yang paling sedih, anndaee… jong kook oppa!!!…uwaaa…tapi Nabil……hmmm…Dia lelaki yang cukup baik..aku amat menyenangi sikapnya…Memang boleh dijadikan calon menantu mak aku…tapi….hmmmmmm
Malam itu….
“mak ,ayah…orang dah buat keputusan..”.
Mak dan ayah yang ketika itu sedang menonton tv terus menutup tv dan memandang kearahku..”kami terima apa jua keputusan achik…”
Aku melihat kedalam mata mereka..Mata yang penuh pengharapan.. Ya Allah!!bantulah hambaMu ini..”orang terima lamaran tersebut”.
Mereka kelihat terkejut dengan jawapan aku..aku melihat mak menitiskan air mata. “achik dah fikir betul-betul?? “soal mak.
“Mak, ayah, apa sahaja yang mak ayah tentukan untuk orang, orang yakin itulah keputusan yang terbaik..orang redha..tiada yang paling bermakna bagi orang selain melihat mak dan ayah bahagia.”
Mak menarik aku dalam pelukannya. Ayah hanya memerhatikan aku dan mak..”terima kasih sayang”.
“tapikan mak..lepas ni kan orang dah kena ikut suami orang kan..kalau raya nanti dia suruh balik kampung dia, mak jangan sedih pulak ye..kang tak pasal2 mak pasang lagu dendang perantau kat dapur pastu nangis sorang2”.
“ishhh budak ni…orang tengah sedih ni sempat lagi dia buat lawak..Kamu jangan risau, nanti tiap-tiap bulan mak bekalkan budu kat umah kamu nanti ye..biar suami kamu pun suka makan budu.”
Hahaha…kami semua ketawa…dalam hatiku, aku berdoa moga-moga ini adalah keputusan yang terbaik dalam hidupku.
#################………………………………………………………################################
Segala persiapan perkahwinan dilakukan dengan sempurna walaupun dalam masa yang singkat. Majlis pertunanganku ditukarkan kepada majlis pertunangan dan perkahwinanku..Itu adalah permintaan bakal suamiku..amboiii dia..tak sabar Nampak..tak pasal2 lepas buka sem ni aku akan pegang tittle isteri orang..Tapi keputusan itu aku terima dengan redha kerana itu lagi bagus..tidak membazir dan dapat elakkan benda yang tak elok daripada berlaku.
Sepanjang persiapan perkahwinan aku,aku tak pernah sekalipun melihat wajah suamiku. Alimkah dia??Hensem ke??Suara macho ke??tapi kompemnye dia ada 2 mata..1 hidung.. 1 mulut…hehehe..Semua itu adalah permintaanku.
“eh iqa, segaknya bakal suami awak..badan tough tu..muka hensemnya…tengok la tu..dari belakang pun dah Nampak hensem..untungla awak…kalau awak taknak kahwin dengan dia, kasi kat saya la..jom kita pegi tukar baju sekarang!!”Amalin berbisik padaku.
“Amboi nenek..gatai nah hang ni..Izzat awak tu nak letak mana??sempat lagi dia nak menggatai nah..haha…..saya takut la..”..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika ini. Mahu saja aku lari dan tinggalkan majlis ni..Tapi kalau aku buat macam tu, nampaknya ada orang lain la yang gantikan aku di Hospital Bahagia..ngehngeh..sempat pulak nak buat lawak time emergency macam ni..Dari belakang,aku melihat bakal suamiku. Berbaju melayu putih kemas bersampin. Aku telah berjanji pada diriku sendiri.Aku akan jadi isteri yang mithali walau apa pun yang terjadi.
Di masjid itu,dari jauh Syed Adam Iskandar melihat seorang gadis memakai persalinan yang sedondon dengannya..Gadis itu tampak ayu dimatanya dengan tudung dan pakaian yang menutup auratnya.Inilah bakal isteriku. …Hatinya berdebar-debar tika saat akad nikah..Permudahkanlah ya Allah.
“Aku terima nikahnya Nur Syafiqah Alia bt Samsul dengan mas kahwinya sebanyak Rm80 tunai …… ”. Dengan sekali lafaz,aku telah menjadi isteri kepada Syed Adam Iskandar. Sekarang syurgaku terletak di tapak kaki suamiku.Aku telah menjadi milik lelaki itu. Air mataku mengalir terharu.Aku melihat makku turut mengalirkan air mata.Sahabatku Amalin turut terharu.
Kemudian lelaki yang kini bergelar suamiku itu datang mendekatiku.Dia melutut dan memandangku. Hatiku berdebar-debar kerana itu kali pertama lelaki ajnabi menerungku dengan jarak yang dekat dan dengan renungan yang sukar aku tafsirkan. “awak ada wudhu’ lagi tak??Let’s pray solat sunat together”.
Hampir menitik air mataku mendengar kata-kataya. Ya Allah terima kasih!!Kau telah makbulkan doaku. Memang itu yang aku sering doakan dan itulah impianku. Aku ingin solat sunat dengan suamiku sesudah akad nikah.
Selepas berdoa, dia memusingkan badannya kearahku yang menjadi makmumnya. Dia menghulurkan tangan untuk disalami. Kusambut tangannya dan 1 ciuman hinggap di dahi daripada insan yang sudah menjadi suamiku. Air mataku mengalir lagi. Sukar menggambarkan perasaanku ketika itu. Ya Allah..berkatilah perkahwinan kami ini.
#################………………………………………………………################################
Majlis walimatul urus di pihak perempuan berjalan dengan lancar. Ramai tetamu yang hadir. Kulihat dia amat ramah dan mesra melayan tetamu dan sanak saudaraku. Sesekali mata kami bertembung, aku terus melarikan pandanganku..malu!!!
“Iqa, dah2 la basuh pinggan. Pergi naik bilik sekarang. Abe kamu tu dah lama tunggu”. Usik Mak Long. Mukaku terasa panas.
“Alah Mak Long,,skit je lagi ni..jap lagi orang naik la.”
“Iqa, tak baik biar suami kamu menunggu. Kesian dia. Pegi naik sekarang sayang.”Mak mula bersuara lembut.
Aku akur. Selepas bersalam dengan mak dan ayah, aku ke bilikku. Jantungku berdebar-debar ketika berada di depan bilik aku. “nak masuk ke tak ni..kena ketuk ke??aishh..nape nak ketuk..ni bilik aku kan..tapi…uwaaa…mak!!nak balik…!!!uwaa…jap2..ni umah aku kan..ape keno eh jang.”..monolog aku seorang diri di depan pintu. Aku gagahkan diri memulas tombol pintu.
“eh anak aku comel terjatuh!!!”…haaa..kang da keluar ayat power aku..melatah lagi..depan suami aku pula tu…malu..abes la..turun la saham aku macam ni..hancuq.
Hahaha..dia tergelak besar.. “ape??anak??kita mana ada anak lagi..common la sayang..bawak bersabar skit..lepas ni abang kasi awak anak seorang setahun..deal?”..dia terus galak menyakat aku.
Muka aku terasa panas..mana nak sorok muka ni..mana tidaknya.Buka je pintu bilik, tengok orang tu bertuala je.Terdedah badan toughnye.Tapi tak setough jong kook oppa..hehe.. Tak pernah aku tengok lelaki ajnabi macam tu sebelum ni. Aku tak berani memandang kearahnya..Kutundukkan pandanganku.Ape aku nak buat ni??Tak kan nak tercegat kat sini kot.. Macam tugu negara pun dah ada.
Melihat keadaan isterinya yang kaku macam patung, timbul idea nakal Syed Adam Iskandar. Dia menuju kearah isterinya.Perlahan-laha dia menghampiri isterinya.
Ape aku nak buat ni. Dia datang sini pulak dah.Terus aku kaku bersandar di pintu bilik.Dia merapatkan mukanya kewajahku sehingga deruan nafasnya jelas dipendengaranku.Aku menutup mataku. Tiba-tiba ….“Nur Syafiqah Alia bt Samsul…abang haus la..boleh ambekkan air untuk abang??”
Serentak itu aku membuka mata dan mendengarnya galak berketawa. Mukaku mula bertukar merah dan dia masih galak ketawa..mak,,,orang dah kena…malunya..Tanpa memandangnya aku terus keluar ke dapur. Ya Allah mana aku nak sorok muka aku ni..malu..!!!!!
Didapur aku disakat lagi oleh geng2 makcik aku.. “amboi iqa, baik betul kamu ni..siap ambekkan air lagi untuk abe tu. Ye la..malam masih muda kan..”geng2 makcik aku galak ketawa. Ape la nasib aku hari ni..asyik kena usik je…mana aku nak lari ni.
Dengan segelas air di tangan, aku tercegat lagi depan pintu. Aiiisshhh..nak masuk ke tak ni..Nanti kena sakat lagi..uwaaa..nak balik usim la macam ni..dah 5 minit aku tercegat depan pintu..hurmmm..kesian dia pulak tunggu lama air ni..masuk je la..bismillah…sabor je dulu erk..ade ubi ada batas, ada hari kite balas..ngehngeh.
Ketika masuk,kulihat dia tengah solat. Aku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Waktu aku keluar toilet, aku lihat dia sudah terbaring di katil sambil membaca buku. Aku terus solat.Sesudah solat,aku duduk di meja solek dan mengeringkan rambutku. Dia memandangku.
“Cantik juga isteri aku ni”..bisik Syed Adam Iskandar..dia memerhatikan isterinya mengeringkan rambut..rambutnya yang lurus paras dada,leher yang jinjang dan kulitnya yang bersih,semua itu tertutup selama ini.. “terima kasih sayang kerana menjaga aurat sayang selama ini”..katanya dalam hati.
“Nur Syafiqah Alia..kenapa duduk kat situ je..ke awak nak tidur kat situ??saya takde masalah..i’ll get more space on this bed”.Geli hati Syed Adam Iskandar melihat isterinya terduduk kaku di meja solek. “come here”.Dia menepuk tilam.
Alamak.Dia perasan aku hilang arah ni. Ape aku nak buat ni.Dia panggil aku pulak tu.”Syafiqah!!pergi la.Dia suami kau..dia berhak keatas kau sepenuhnya” bisik suara hatiku. Aku rasa macam nak buat2 pengsan la pulak. Kang kalau aku buat macam tu, heboh satu kampung ni. Jadi hot story lak. Tak pasal2 masuk Kosmo! esok jadi tajuk utama gitu “Pengantin Perempuan Pengsan Pada Malam Pertama”..nehi babuji. Malu aku nanti..eh2..ape la aku merepek ni.
“Fiqa, come here”..lembut dia bersuara. Hampir mencairkan hati aku.Aku bangun dan menuju kearahnya. “Sit here”..arahnya.
“Abang tahu Fiqa tak bersedia lagi untuk menjadi isteri abang secara mutlaknya. Abang paham. Abang akan tunggu sampai Fiqa bersedia or u wanna make a deal?”.
“Deal???ape maksud awak??”aku kebingungan.
“Yes. Abang takkan sentuh Fiqa selagi Fiqa tak abis study. But after Fiqa dah abis study, jaga-jaga la ye..hahaha”. Katanya dengan penuh pengertian.
Otak aku memproses data..alah buffering pulak dah..line slow sangat malam ni..hmm..macam mana dia boleh baca fikiran aku erk??ajaib bin pelik ni. Tapi ok gak kan..tiba-tiba hati aku dipagut rasa sayu..
“Awak, saya minta maaf. Saya just belum bersedia. Saya minta maaf sangat-sangat. Tapi saya rasa saya dah derhaka dengan awak sebab tak jalankan tanggungjawab saya kepada awak secara mutlaknya. Saya minta maaf.” Air mata aku mula bercucuran.
“syhhh..dont cry honey. Abang tak marah sayang. Abang akan terima sayang seadanya ok. But there’s some rules. Kalau Fiqa ikut semua rules tu, I’ll keep my promise.” Dia tersenyum sambil mengangkat tangannya ala-ala orang tengah baca ikrar gitu.
“ape syaratnye?”
“From now on u must call me “ABANG”..if not,I’m gonna kiss u..and rules lain,abg akan update nanti”.
Amboi dia ni. Boleh update2 jugak erk rules dia. Da macam android je yang diupdate2.Tapi aku patut bersyukur sebab dia memahami. Mana nak cari suami macam ni lagi. Alhamdulillah.Aku dikurniakan suami yang baik dan memahami.
“Ok saya setuju..tapi awak..oppss..tapi abang jangan minta yang bukan-bukan tau. Saya ni bukannya kaya sangat, kerja takde lagi, kereta takde lagi, harapkan ada muka yang comel ni je”.aku buat2 muka sposen depannya.
Dia ketawa lagi.”Jangan buat muka comel macam tu tau..tergoda abang. So what we gonna to do now? Takkan dah nak tidur kot. Malam masih muda ni..haha”.
Oh tidak!!!ayat geng2 makcik tadi..Entah2 suami aku ni ketua geng tersebut kot..Ayat sama je..hehe..”Abang tak ngantok lagi ke?Kalau macam tu, kita main teka-teki nak?Sape tak boleh jawab, dia kena denda..ok?”
“hmmm..sounds great..Ok..sape yang tak boleh jawab,dia kena kiss tau..Deal??”Dia mengenyit matanya.
“Kiss lagi??hmm..deal!!!tapi tu kalau saya yang kalah..kalau abang yang kalah, abang kena belanja saya 5 kali tau..and I will choose the place OK??..saya start dulu tau”.
“Orite dear”…dan malam pertama kami berlalu dengan diselangi teka-teki dan gelak ketawa.. Siapa yang menang??Of course aku la..Hello aku ni sifu teka-teki tau..Nampaknya bahagia la perut aku ni sebab ada orang nak belanja…bahagianya……hehe.
#################………………………………………………………################################
Sudah hampir 5 bulan aku bergelar isteri kepada Syed Adam Iskandar. Alhamdulillah. Aku cukup bahagia. Dia seorang yang amat memahami dan penyayang.Selepas kahwin kami terus berpindah ke apartmentnya yang terletak di Ampang. Alasannya kepada mama sebab nak berdikari dan nak privasi. Tapi aku tahu dia lakukan supaya aku lebih selesa dan tiada yang menghidu rahsia rumah tangga kami.
Aku kesian juga kepada suamiku. Aku tinggal di rumah sewa di Nilai. 2 minggu sekali aku pulang ke aparmentnya. Dah macam duduk di asrama pun ada. Cukup 2 minggu, dia datang menjemputku. Kesian suamiku terpaksa menguruskan pakai minumnya sendiri sedangkan itu tanggungjawabku terhadapnya.Rasa bersalah sering menghantui diri.
Syed Adam Iskandar dapat merasakan perubahan yang berlaku pada dirinya sejak berkahwin dengan Nur Syafiqah Alia. Dia sudah dapat melupakan Naziha. Awalnya dia menerima permintaan mamanya kerana terpaksa dan dia bercadang untuk menjauhi isterinya selepas kahwin kemudian melepaskannya. Namun kuasa Allah, segalanya berubah. Semasa selesainya akad nikah 5 bulan yang lepas, dia merasakan satu perasaan dan tanggungjawab yang tidak dapat digambarkan. Hatinya tiba-tiba terbuka untuk mendekati gadis itu. Allah telah membantunya membuat pilihan yang tepat. Terima kasih ya Allah.
Syed Adam Iskandar tersenyum sendiri. Geli hatinya apabila mengingatkan isterinya. Macam budak-budak pun ada isteri aku ni. Ada ke patut setiap kali nak tinggalkan rumah sempat lagi dia ajak aku ke pasaraya untuk beli makanan. Katanya stok untuk 2 minggu. Bukan untuknya tapi untuk diriku.Setiap kali nak tinggalkan rumah, mesti ada je benda yang nak dibebelnya.
“Abang, nanti orang balek Nilai, abag jaga diri elok-elok tau. Jangan main api. Nanti terbakar rumah. Lepas mandi tutup air tau. Jangan membazir. Makan nasi at least 3 kali sehari tau. Kalau abang tak makan, orang taknak kawan dengan abang lagi.”
Terhibur hati Syed Adam Iskandar melihat bibir comel isterinya membebel.
“Lagi satu abang. Fiqa dah ironkan baju-baju abang untuk 2 minggu. Dah siap matching tau. Jangan pakai baju yang berkedut pulak. Kalau Fiqa tau abang buat macam tu, fiqa taknak balik umah lagi. Duduk la abang sorang2..Biar hantu ambek!!”.
Tergelak besar Syed Adam Iskandar. Dia layan aku dengan cukup baik.Tak pernah dia abaikan tanggungjawabnya walaupun kami berjauhan. Setiap perlakuannya amat comel dimataku. Kadang-kadang akau rasa dia macam budak tadika. Nak2 pula kalau dia dah start merajuk. Terpaksa la aku keluar pergi cari Big Apple donut untuknya. Alahai isteri aku,,,comel betul.
Dia melihat jam dipergelangannya..”alahai lambatnya pukul 6 ni. Tak sabar aku nak pergi jemput budak comel tu…cepatla masa berlalu..” Syed Adam Iskandar mengeluh. Dia tersenyum dan terus menyambung kerjanya.
#################………………………………………………………################################
Hyundai Santa Fe membelah malam. Diam. Syed Adam Iskandar bingung memikirkan kenapa la isterinya diam seribu bahasa. Biasanya mulut comelnya sentiasa ada je cerita nak diceritakan. Malam ni lain macam je.Tanya satu jawab satu.Tanya 3 pun jawab satu.Apo kono eh jang. Bulan mengambang ke??
“Abang, sekejap lagi kita singgah Tesco jap boleh tak?”
“Kenapa? Banyak lagi la stok makanan yang Fiqa beli hari tu”.
“Alah abang ni. Orang nak singgah sekejap pun tak boleh. Takpe la”.Terus dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.
“Ala comel-comel. Merajuk la pulak. Abang tak cakap pun kan tak nak singgah kan..abang tanya aje kan. Nanti kita singgah erk. Abang beli gula-gula nanti untuk Fiqa.”Pujuk Syed Adam Iskandar.
“Tak payah la. Kita balik je la”.
Senyap. Bingung Syed Adam Iskandar memikirkan perangai isterinya..Gi mana ni sih??sudah merajuk la tu.
Sesampai je mereka di apartment, Syed Adam Iskandar melihat isterinya terus masuk ke biliknya. Mereka tidur dibilik yang berbeza kerana dia berpegang janjinya terhadap Fiqa. Kalau satu bilik,hurmm..Janji hanya tinggal janji je la…hehe
Dia terus merebahkan dirinya di sofa sambil membuka tv. Fikirannya tidak berfokus pada rancangan di tv. Sekejap-sekejap matanya melilau melihat pintu bilik isterinya. Tertutup rapat. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
30 minit berlalu. Syed Adam Iskandar seperti cacing kepanasan. Hatinya dipagut kebimbangan. Terus dia melangkah ke pintu bilik isterinya. Teragak-agak dia mahu mengetuk pintu tersebut. “ape aku nak buat ni?? kalau terjah masuk je, kang dia tarik muncung itik dia tu pulak..eii..geram betula aku budak ni”.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi esakan isterinya menangis. Terus dia merempuh masuk bilik itu. Tercari-cari isterinya. Di katil tiada. Kemudian matanya menangkap susuk tubuh isterinya terbaring di lantai bersebelahan katil. Dia cemas.
“Fiqa..kenapa ni??Fiqa sakit ke??Jom kita pergi klinik”. Cemas Syed Adam Iskandar bertanya. Macam orang hilang anak pun ada aku tengok. Dia menyentuh dahiku dan mencempungku ke katil.
Aku terus menangis macam anak kecil . Mesti buruk muka aku time tu kan. Alah ader I kesah. Suami aku je pun yang tengok.
“Sayang kenapa ni??stop crying please..talk to me..”lembut dia berkata-kata memujukku.
Aku menangis lagi. Terharu. Lantas dia memelukku.
“Abang, orang sakit perut. Sakit sangat”.
“Fiqa nak ehemm2 ke??Abang bawa ke toilet erk?”
“Orang bukan nak ehem2 la..orang sakit perut lain ni.Abang ni…”
Air mataku jatuh lagi. Sakit yang tidak tertahan.Dia menggaru kepala kebingungan. Kesianku melihatnya.
“orang period la. Ni senggugut. Tu sebab orang nak pergi tesco tadi. Nak beli panadol dengan pad. Pad dah tinggal satu je. Tapi abang tak kasi tadi. Sampai hati”. Aku mula menarik muncungku.
“oh period.abang ingat ke sakit perut ape tadi. Kenapa tak bagitau abang awal2. Ni nak merajuk-rajuk pulak.Siap nangis pulak tu. Macam budak kecil je. Abang cubit pipi ni kan”.
“tak nak kawan dengan abang..wekkkk”.aku pura-pura merajuk lagi.
“tak nak kawan sudah.” Terus dia berlalu meninggalkan aku. Hatiku tersentuh. Banjir lagi mataku.
Tiba-tiba dia masuk dengan sebotol minyak di tangannya. “Ni kenapa menangis lagi ni.Tadi cakap taknak kawan dengan kita. Sekarang nak touching2 pulak. Air mata tu dah boleh buat siram pokok bunga kat luar tu…haha”. “Meh sini abang urutkan”.
Lantas dia duduk disebelahku dengan gaya-gaya ala2 tok bidan kampung. Perlahan-lahan bajuku diselak.
Aku memegang tangannya. “apa abang nak buat ni?abang dah lupa janji abang ke?”
“ish2 dia ni..abang nk letakkan minyak ni je la. Kalau abang nak langgar janji abang, dah lama dah abang buat tau. Ade ke patut nak buat benda tu time bendera merah ni. Tak baik tuduh2 tau. Nak merajuk la macam ni.”Dia membuat gaya ala2 budak yang merajuk menghentak kaki sebab tidak dibelikan ais krim. Comelnya.
Aku tergelak.”orang minta maaf tau.alah bucuk2.Nanti esok ibu belikan ais krim tau. Senyum la skit”.
Dia tersenyum.”alahai fiqa, cair la abang kalau macam ni selalu” bisik Syed Adam Iskandar dalam hatinya. “meh sini abang urutkan”. Tangannya mula menyentuh perutku. Bergetar hatiku. Senyap.
“Nenek yang ajarkan abang urut ni tau. Dia cakap kalau abang dapat isteri yang ada senggugut, bleh la abang tolong kurangkan sakit dia plus jimat duit nak beli ubat.”dia gelak lagi.Ada aje idea dia nak mengenakan aku.
Tangan sasanya menarik turun kembali bajuku.Terasa kurang kesakitanku. Pandai abang muscle ni urutkan. “abang, letakkan kepala abang atas perut Fiqa boleh tak??Nanti lagi kurang rasa sakit tu nanti.”
“Jap erk abang pergi dapur. Nak ambik pisau. Nak potong kepala abang and letak atas perut Fiqa ni”.Dia berkira-kira hendak bangun.Aku memegang tangannya. Gelaknya pecah lagi.
“abang ni saje je kan. Orang sakit ni dia sempat main2 lagi. Aduh sakit2”. Aku berpura-pura sakit.
“Fiqa,sakit kat mana?jom kita ke klinik la kalau macam ni”.Dia bernada cemas.
“hahaha..Gocca!!!padan muka..main2 sangat..wekk”
“eiii sayang ni. Risau abang tau. Tepi skit.. kepala abang nak landing ni..”dia berbaring di sebelahku berbantalkan perutku!!
“Abang minggu lepaskan Fiqa………………………” kami bercerita mengenai aktiviti masing-masing sehinggalah kedua2nya sampai ke bulan..zzzzzzzzzzzzz
#################………………………………………………………################################
“Bang,..abang..dengar la saya nak cakap ni” Datin Maria mencubit lengan suaminya.
Dato’ syed Hassan yang sedang khusuk membaca akhbar tersentak. “apa awak ni.. saket tau..saya tengah baca berita ni..Ape hal Datin Maria oiii…”.Dato’ Syed Hassan meletakkan akhbar di meja.
“Abang rasa anak kita bahagia ke dengan perkahwinan tu??Saya risau la kalau2 anak kita menzalimi isterinya nanti. Iqa tu baik budaknya. Kang anak kita sia-siakan hidup dia nanti. Kita yang akan dipersalahkan nanti”.
“Eh awak ni. Yang awak boleh fikir sampai ke situ tu kenapa??Saya tengok diorang bahagia je. Tiap-tiap hari saya jumpa si Is tu di office ok je. Nampak makin berseri-seri lagi ade la. Dia pun dah banyak berubah saya tengok. Dah mula tersenyum macam dulu.”
“Betul ke bang. Tapi mana la tau kan bang. Tu luaran je kan. Kita tak tahu dalamannya. Bahagiakah mereke. Saya risau tau bang”. Keluh Datin Maria.
“InsyaAllah. Awak banyak-banyak la berdoa. Moga-moga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga. Awak tak percayakan anak sendiri ke Datin Maria oiitt??Hmm.. Abang ada 1 cadangan. Ape kate kita suruh Iqa dan Is tinggal di rumah kita waktu Iqa cuti sem nanti. Nanti boleh la awak jadi spy mereka. Ada berani??..hehehe”. Cadang Dato’ Syed Hassan.
“Superb idea!!!Pandai betul la suami saya ni. Tak sia-sia saya kahwin dengan abang. “
“Tengok orang la Datin Maria oitt. Kalau bukan sebab abang, takdenya semua anak kita belajar tinggi-tinggi. Ni sebab genetic papa mereka la. Tak gitu Datin Maria..haha”.
“Amboi Dato’ Syed Hassan. Angkat bakul sendiri nampaknya. Sebab genetic saya jugak la anak-anak kita hensem-hensem dan cantik-cantik orang nya. Ni sebab lesung pipit ni la awak cair dengan saya kan.”
“Ye la sayang oittt. Dah la.. makin di layan awak ni nampaknya abes la darah kita disedut nyamuk. Jom masuk. Dah nak maghrib ni. Nanti kita solat sama-sama.”
Mereka beriringan menuju ke banglo 2 tingkat tersebut.
#################………………………………………………………################################
Aduhai mengantuk la pulak mata ni. Sikit je lagi nak abiskan assignment ni. Sabar ye mata. Ni dah kali keempat aku menguap. Jam sudah menginjak ke angka 4 pagi. Tak boleh jadi ni. Aku kena upgrade mata ni dengan kopi. Aku savekan semua kerja yang aku buat dan keluar menuju ke dapur. Ketika melewati bilik suamiku, aku melihat lampu biliknya masih menyala”eh tak tidur lagi ke dia?Dah lewat dah ni”.
Pintu biliknya sedikit terbuka. Timbul idea nakalku. “boleh skodeng ni. Takpe. Suami sendiri jugak kan..hehe”. Hampir tumpah air mataku. Dia tengah sujud mengadap Ilahi. Qiamullai. Hatiku mengucap syukur berkali-kali kerana dikurniakan suami yang soleh. Ini sudah kali ketiga aku melihat dia qiam. Tetapi hatiku tetap tersentuh. Dia seorang lelaki yang baik. Hamba yang patuh,seorang engineer yang cekap, anak yang soleh dan suami yang penyayang. Aku harus menjadi isteri yang terbaik untuk dirinya. Itu azamku.
Aku berlalu ke dapur.”Hmmm..kopi sudah siap. Kalau mata ni mengantuk lagi, aku sandal mata ni dengan mancis nanti. Baru la sentiasa terbukak nanti..hehe”.
Aku masuk semula ke bilikku. Ketika menguak pintu bilik, terkejut bukang kepalang aku apabila melihat suamiku sedang khusyuk berada dihadap laptopku. Seperti lecturer yang membaca assignment student gayanya. “MasyaAllah!!!!abang!! apa abang buat ni?Terkejut Fiqa tau”. Aku mengurut dada.
“Eh tak melatah pulak awak kali ni ye”. Dia memberhentikan bacaannya dan menuju kearahku sambil tersenyum.alamak, cair la aku kalau dia terus tersenyum macam ni. “Kenapa tak tidur lagi ni? Kang dah lewat ni. Sambung esok je la. Jom temankan abang tidur ye.”Dia mengenyit mata.Nakal!!
“hmm..ada sikit je lagi kerja orang nak siapkan. abang tak tidur lagi ni kenapa? Takkan takut kot tidur sorang2..takut hantu ye…hihihi.. hantu,ambek dia ni”. Aku mengusiknya.
“hahaha..kalau abang takut, Fiqa nak temankan abang tak??”
Oh tidak..usikkanku memakan diri. “errr..orang…”.Aku tergagap.
“Haha..ok la sayang..abang masuk tidur dulu ye.Jangan tidur lewat2 sangat tau.. kang ada yang meneman Fiqa jap lagi..hihhhihi”. Usiknya dengan gelak yang menyeramkan.”Good night sayang.Assalamualaikum”. Dia mengenyit matanya.
Aku terkaku. Ape aku nak buat ni.Aku ni jenis penakut sikit. Alah. Pedulikan dia.Aku duduk di hadapan laptopku meneruskan kerja. Aku hanya mampu focus 15 minit je. Tiba-tiba aku terasa seram memikirkan kata-katanya. Tukk..TUkk.Tukkk.. “mak!!!!!!”meremang bulu romaku mendengar sesuatu diketuk.Aku menutup mataku.Tiba-tiba aku mendengar ketawa pecah.
“Fiqa..kenapa ni?tadi Nampak berani. Baru bunyi abang ketuk pintu kot.Dah takut dah??ahahahaha”.
“Abang!!!!!terkejut orang tau. Nasib baik orang takde saket lemah jantung. Kalau tak, da go dah tadi.”
“Hahaha..tu la..lain kali dengar cakap abang. Alah abang dulu study biase2 je. Tidur lewat bukan sebab study tapi sebab main games. See..Jadi engineer jugak kan”.
“amboi..bangga diri Nampak. Ye la. Fiqa tak genius macam abang. Kena study kuat sikit. Kenapa abang masuk balek?”Tanyaku kehairanan.
“ni hah..abang lupa benda ni”. Dia menghampiri aku. Tiba-tiba aku terasa satu kucupan hinggap di pipiku. Mukaku terasa panas. “Gudnite kiss abang..haha”.Dia kira-kira hendak berlalu dari bilik aku.”oh ye..nak abang temankan?”
“hmm..erkk..erk..takpe la kot. Abang tidur la ye.Fiqa boleh kot sorang-sorang”.
“sure?? Ok……fine..take care ye”.Dia mula mengangkat kakinya.
Aku berperang dengan perasaanku sendiri. Ape aku nak buat ni. Aku takut tapi…”abang…temankan orang erk…”.Dia memusing kembali badannya dan tersenyum.
“hahaha..penakut jugak isteri abang ni ye..abang akan temankan dengan syarat Fiqa kena teman abang keluar esok. Boleh??”.
“No hal la..benda kecik je tu. Abang teman erk”. Aku mula membuat muka sposen.
“dia dah start dah dengan muka comel dia tu. Fiqa nak soh abang dok tepi Fiqa sambel jerit “Fighting2!!!Go Fiqa!!!Chayyok!!!!?? macam tu ke?ke nak soh abang buat banner??”
“haha.. ape la abang ni. Tak perlu la sampai macam tu. Kang jiran-jiran dengar nanti.. buat malu je..abang pergi tidur di katil Fiqa je. Abang dok kat situ je ok??”
“OK sayang..nanti kalau Fiqa nak ape2, kejutkan abang erk”. Dia tersenyum dan mula merebahkan badannya ke katil. Alahai comelnya suami aku..hehe
Aku meneruskan kerja aku..dan suamiku??…. zzzzzzz.
#################………………………………………………………################################
Sabar wahai hati. Esok last exam paper untuk sem ni dan next sem aku ada LI (latihan industry) di Bangi. Nampaknya duduk di rumah sewa lagi la aku ye. Lepas tu!!hoorey!! aku dah boleh start cari kerja dan stay dengan suamiku..gullpp..lepas abis study, maksudnya perjanjian kami akan….Takutnya aku. Tapi tu kan tanggungjawab aku sebegai isterinya.aku tersenyum.
Teet2..Handphoneku berbunyi tanda isyarat sms masuk.
“Good Luck for ur last paper tomorrow..do the best erk.abang doakan yang terbaik untuk isteri abang ni..kalau rasa susah sangat,Fiqa ingat muka abang,,kompem boleh jwb dgn lancar..:)..”
Aku tersenyum membaca sms dari suamiku. Sepanjang study week dan exam, tiap-tiap hari dia akan call atau sms aku untuk memberi kata-kata semangat. Aku terharu. Makin semangat aku untuk menelaah pelajaran. Patut la ramai yang cakap kahwin time belajar lebih banyak kebaikan daripada keburukan erk. Aku sudah dapat merasai kebaikannya.
“Thanks oppa!!!! Lepas org abes exam ni, kita pergi daki Bukit Broga tu erk..Abang dah janji!!!abang..org nerves la..esok last paper,,killing subject L”..aku membalas smsnya.
2 minit kemudian, dia membalas lagi
“abang ingat la syg psl Broga tu. Nanti jgn suruh abg dukung Fiqa pulak ye kalau dah letih waktu daki tu..ke kita nak bwa skali kreta sorong??senang nnt abg nk tolak Fiqa..hehe..Jgn risau syg..igt..Allah sentiasa ada untuk kita..usaha,doa dan tawakal..buat yg terbaik..Trust urself J”
Tersenyum aku membaca smsnya. Aku membalasnya lagi.
“Abg ni selalu nk kenakan org erk. Takpe2,,ade ubi ade bats,ada hari Fiqa bals..hehe..tq abg..org akn lakukn dgn sehabis baek sehingga ke titsn peluh yg terakhir..hehe..ok la abg,org nk smbung study.abg take care tau.Nite J”
aku tersenyum membaca sms terakhirnya dan meneruskan bacaanku dengan bersemangat.
“Mcm tu la isteri abg. Smgt mcm abg yg hensem ni..hehe..Fiqa take care jugak ye.Esk before exam, take ur breakfast dlu ye. Bca doa byk2..Lusa abg jemput Fiqa..Nite syg…..wait!!my gudnite kiss mna??abg tuntut nnt tau!!!
“

Selepas mengemaskan semua barang2ku di bilik, aku keluar ke ruang tamu. Kelihatan suamiku menonton tv. Aku mengambil tempat disisinya. Perlawanan bola sepak antara Chelsea dan Arsenal. Patut la dia tak ganggu aku pun tadi. Team favourite dia rupanya tengah lawan. Go Gunner!!!
Bosan. Dia khusyuk menonton perlawanan tersebut. Aku mula bangun untuk ke bilikku. Tiba-tiba tanganku dipegang oleh. “Nak pergi mana??Teman la abang tengok ni.”Katanya sambil tersenyum.
“Abang tu khusyuk sangat tengok bola sampai orang duduk sebelah dia pun dia wat tak tahu je.”Aku buat-buat merajuk.
“Alah sayang..sorila..best sangat game ni..teman abang erk…”.Dia memujuk. “oh lupa abang nak bagitau Fiqa. Mama suruh kita tinggal dengan dia sebab dia cakap sunyi sangat rumah tu sejak Lisa fly to Canada. Abang pun setuju je la. Fiqa ok je kan?”.Tanyanya tapi matanya tetap melekat di kaca tv.
“Ok jugak tu.Takde la Fiqa bosan nanti duduk kat rumah sorang2..tapi sebelum kita stay dengan mama dan papa, boleh tak orang nak balek jumpa mak dan ayah di Kelantan??Fiqa rindu sangat kat my parent and adik-adik. Boleh ye bang?”kataku penuh mengharap.
“hmmm…kalau abang tak izinkan macam mana?”duganya.
“Kalau macam tu, orang ikut abang je. Orang takkan membantah.Tempat isteri di sisi suaminya”kataku bernada sayu.
“abang gurau je la. Hujung minggu depan kita balek Kelantan ye. Lamo doh abe tok make budu”.
“Hehehe…macam orang Siam je bunyinye abang cakap Kelantan tu.Kita stay sana berapa har?i”.
Dia memandangku.” Abang tak boleh stay lama-lama sangat. Isnin tu I have an important meeting. Kalau Fiqa nak stay lama, abang hantar Fiqa this weekend and next weekend abang jemput Fiqa balek ok?”
Kerana terlalu gembira mendengar kata-katanya,aku telah…culpp..dalam tidak sedar aku telah mencium pipinya.Kami berpandangan. Aku dapat merasakan electron mula menakluki proton. Satu panahan kilat dipancarkan melalui matanya. Perlahan-lahan, dia mendekatkan bibirnya ke bibirku..Hampir mengenai bibirku. Aku memejamkan mata. Tiba-tiba ringtone handphone berbunyi. Perbuatannya terbantut. Aku dapat mendengar keluhan kecil di bibirnya.
“Hello..No..no..wrong number..”Dia mematikan talian.
Keadaan sepi antara kami.Masing-masing kelu.
“fiqa..Lepas ni Fiqa kena selalu temankan abang tengok match bola la ye..so meh abang ajar fiqa psl games ni..apa yang abang suka, fiqa kena suka gak tau.. So welcome to my club..Go Gunner!!!!”.Jeritnya.
Aku tertawa kecil melihat keletahnya. “ kalau Fiqa taknak temankan abag jugak macam mana??”Dugaku.
“abang taknak kawan dengan Fiqa lagi!!!abang nak merajuk 24 jam dengan Fiqa!!!”
“hahaha..macam budak kecil abang ni..Cubit kang baru tau..haaha”.
Dan sejak malam itu aku mula menemaninya menonton perlawanan bola sepak. Hanya 20 minit aku mampu bertahan. Selebihnya??aku terlentuk tidur di bahunya..hehe
#################………………………………………………………################################
“Mama..papa..orang lupa nak bagitau. Bulan depan mak nak buat majlis cukur jambul anak Kak Ngah. Ni, mak ada kirimkan kad jemputan”.Aku meghulurkan sampul berwarna pink kepada mama. Sudah seminggu aku tinggal di banglo 2 tingkat itu.
“Oh majlis cukur jambul tu ye. Mak kamu ada call mama semalam. InsyaAllah kalau takde aral melintang, kita pergi sama-sama ye”.Balas mama.Papa menonton tv sambil memerhatikan kami. Suamiku???Terlentuk tidur di ribaku. Malu aku diperlakukan sebegitu di depan mertuaku.
“ish2 budak bertuah ni. Orang tengah-tengah sembang ni, boleh pulak dia tidur.”
“Biarkanlah dia yang..Dia penat sangat la tu. 2-3 minggu ni dia sibuk uruskan projek kita di Kedah tu. Nasib baik Fiqa duduk dengan kita. Kalau tak duduk sorang-sorang la Fiqa di apartment tu hingga lewat malam.” Papa mencelah.
Pandanganku jatuh ke wajah suamiku.”kesian abang..kerja kuat2 sebab amanah dan tanggungjawab yang digalas”.Bisikku di dalam hati. Tiba-tiba ringtone handphone suamiku berbunyi. Tidurnya terganggu. Mama memberi isyarat mengarahkan aku menjawabnya. “Assalamualaikum,,,ye2..sekejap ye”.Aku menjawab panggilan tersebut. Suara wanita dihujung talian.
Suamiku tersedar. Matanya sudah terbuka. Aku menyerahkan handphone kepadanya. “Hello..yes2..then..” dia bangun dan keluar rumah untuk bercakap. Siapakah perempuan itu??Hatiku dipagut rasa ingin tahu. Cemburukah aku??
Selepas 15 minit berlalu,dia kembali duduk di sisiku. Aku hanya diam mendengar perbualan papa dan suamiku mengenai projek mereka di Kedah.
“kenapa sayang senyap je ni??Jelez ke?”Dia bertanya setelah menyedari aku diam membisu.
“takde ape la abang. Fiqa tengok tv ni haahh”tipuku.
Dia memegang tanganku. Mukaku terasa panas menahan malu diperlakukan sebegitu dihadapan mertuaku. “alah sayang..tu salah seorang pekerja projek di Kedah tu la. Jangan risau la. Abang da cukup ada Fiqa sorang je tau. Abang dah tak pandang orang lain dah. Alah, kalau abang nak curang pun, takkan abang nak curang depan mata Fiqa kan” usiknya lantas mencuit hidungku.
“abang ni kan…eiii”.Aku mencubit lengannya.
“Hepi mama tengok kamu berdua macam ni. Tak sia-sia la keputusan kami dulu kan. Kan bang”celah mama.
“ye Datin Maria oitt..Lepas ni awak dah boleh buka agensi mencari jodoh..haha”.
“eh kesitu pulak abang ni..”Kami ketawa melihat keletah mama dan papa. “Is, bila kamu nak bagi mama cucu ni?mama dah tak sabar nak lihat anak kamu ni”.kata-kata mama membuatku rasa berdebar.
Syed Adam Iskandar melihatku. “alah mama..mamakan dah ade 5 orang cucu. Biarla kami honeymoon lama-lama dulu.Relex dulu. Kang bila da ada baby nanti, menantu mama ni dah taknak layan Is dah. Sedih tau.”Suamiku membuat mimic persis kanak-kanak yang hendak menangis.
“Eh budak ni. Perangai sebijik macam papa kamu. Suka sangat merepek. Malang betul nasib kamu Fiqa dapat suami yang manja macam ni”. Usik mama.
“Bukan malang la ma. Tapi paling bertuah. Dah la dapat suami yang hensem, baik hati pulak tu. Mana nak dapat ma??Is sorang je yang macam tu..Mama jangan mengeluh pulak ye kalau lepas ni Is kasi mama seorang cucu setahun.”Dia ketawa galak. Papa pun turut join the club.
“eh2 budak ni..aku sekeh kang jugak dia ni. Tengok isteri kamu tu. Merah muka dah tu tahan malu..Iqa, jangan dilayan sangat budak ni. Kang dengan kamu-kamu sekali jadi nakal macam dia”.
“hahaha..dia memang macam ni mama.so sabar je la kan. insyaAllah kalau ada rezki, ada la tu ma.”kataku tidak mahu mengecewakan mama.
Mama tersenyum puas. “ok lah mama, papa..Is masuk tidur dulu ye.Kata nak cucu cepat kan. Kena la masuk bilik awal-awal. Tak gitu sayang?”dia mengenyit mata kepadaku.
Eh dia ni. Main kasar Nampak. Suka sangat ambil kesempatan kalau depan mama dan papa. Takpe2..Sabar2.
“Good luck ye my son”. Papa bersuara. Tercetus ketawa antara 2 beranak tu. Baruku tahu mana datangya perangai nakal suamiku itu. Genetic papa rupanya.
Selepas bersalam dengan papa dan mama, Syed Adam Iskandar menarikku ke biliknya di tingkat atas. Aku berdebar. Adakah dia kan mengotakan janjinya kepada mama??
“Sayang…..kenapa tercegat je kat depan pintu tu..come here”katanya sambil tersengeh.Aku bungkam.
Perlahan-lahan aku duduk di sebelahnya di atas katil.”abang letih la sangat sayang..badan pun da rasa sengal-sengal..sayang tolong urutkan belakang abang ni boleh?”pintanya.
Aku melihat anak matanya. Mata yang mengharapkan simpati. Sungguh aku kesian melihatnya . Sibuk dan letih dengan kerja. Tanpa banyak soal, aku menganggukan kepala. Dia tersenyum dan membuka bajunya. Dia membelakangiku. Aku berdebar.
Tanganku teragak-agak untuk menyentuh bahunya. Ku kuatkan hati. Perlahan-lahan kuurut bahunya. Aku diam tanpa kata.
“Kalau la abang tahu Fiqa pandai urut, tiap-tiap hari tau abang suruh fiqa urutkan abang”. Senyap lagi tanpa respon. “Fiqa???oh Fiqa..eh hilang pulak suara emas isteri abang ni. Takkan merajuk lagi kot”.
Aku tersenyum melihat suamiku seolah-olah tengah berdialog seorang.”Isteri saya suka makan donut big apple.esok saya nak belikan untuk dia la. Tapi saya tak tahu berapa biji donut dia nak..hmm,awak boleh tanyakan isteri saya tak pasal ni??isteri saya taknak cakap dengan saya la.”rengeknya.
Aku menahan tawaku.”hmmm..awak dah tanya isteri saya?awak nak tahu tak,isteri saya tu suka sangat merajuk. Bila dia merajuk je dia mesti tarik muncung itiknya macam ni”.dia memuncungkan mulutnya seperti yang kulakukan apabila merajuk. Comel.
Ketawaku terlepas.”abang ni kan. Suka sangat kenakan orang tau.tadi dia kenakan orang kaw2 depan mama dan papa. Malu orang tau.taknak la kawan ngan abang lagi.”aku menghentikan perbuatanku mengurutnya dan memeluk tubuhku seolah-olah merajuk.
Dia memusingkan badannya kearahku.”ala tomei2..kalau Fiqa taknak kawan dengan abang, abang tak kisah pun. Sebab abang dah lama taknak kawan dengan Fiqa…sebab abang nak bercinta pulak dengan Fiqa,boleh??”.Dia menghadiahkan kucupan di pipiku.
Aku terkejut dengan perbuatannya itu. “ok lah Fiqa. Abang nak tidur dulu ye. Tolong bentangkan tilam tu untuk abang”.
Tanpa banyak kata, aku membentangkan alas tidurnya di atas lantai itu. Dia mengambil bantal dan selimut dan terus merebahkan badannya atas tilam tersebut.
“Good nite sayang..Dream of me erk”.katanya sambil tersenyum dan terus memejamkan mata.
Aku mematikan lampu bilik dan memasangkan lampu tidur di hujung katil. Aku dapat lihat wajahnya yang keletihan dalam samar-samar cahaya lampu. Sejak menginap di rumah mama ini, dia tidak pernah memaksaku tidur sekatil dengannya. Dia yang sukarelanya tidur di lantai setelah dia melihat diriku tidak selesa tidur sebilik dengannya. Kejamnya aku terhadap suamiku.
Aku melihat wajahnya yang tidur keletihan. Mesti dia tidak selesa tidur diatas lantai. Hatiku dipagut rasa simpati dan bersalah. Aku bangun dari pembaringanku di atas katil. Aku menuju kearahnya. “Abang…abang..”panggilku.
Dia terjaga.”kenapa fiqa??fiqa sakit ke?”dia bernada cemas.
“abang tidur atas katil je la ye..space atas katil tu banyak lagi..Fiqa minta maaf sebab Fiqa,abang terpaksa tidur di atas lantai ni.”air mataku mula bergenang.
“syhhh..jangan menangis sayang…sayang tak salah pun..abang paham keadaan Fiqa..abang lakukan semua sebab…..abang cintakan Fiqa”.aku bertambah terharu mendengar perkataan itu keluar dari mulutnya..”I love u so much sayang”.Perkataan telah lama aku tunggu darinya.
Aku menangis lagi. Dia mengangkatku ke katil. Aku terus menangis dalam dakapannya. “Fiqa minta maaf abang. Fiqa kejam terhadap abang selama ini. Fiqa tak laksanakan tanggungjawab Fiqa sebagai isteri abang dengan sempurna.Ampunkan Fiqa abang “aku mencapai tangannya dan mencium.
“Abang ampunkan sayang..abang paham keadaan Fiqa selama ini. Restu dan redha abang pada setiap perbuatan Fiqa sejak awal kita kahwin lagi. Fiqa tak salah”..aku terus teresak dalam dakapannya.
“I love u too abang”.aku membalasnya. Kuangkat wajahku melihat wajahnya. Matanya penuh dengan sinar harapan. Dalam kesamaran cahaya, dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Kupejamkan mata. Kudapat rasakan bibirnya bertaut dengan bibirku. Ciuman pertama dari suamiku di bibirku. Malam itu, aku hanyut dalam dakapannya. Kami sama-sama melayari detik kami menjadi suami isteri secara mutlaknya. Janji hanya tinggal janji. Kuasa Allah lagi Maha Hebat yang mengaturkan segala ketentuan. Kudengar mulutnya berkumat-kamit membaca doa. Malam itu berlalu dengan penuh kebahagian.
#################………………………………………………………################################
“Is..Is..Syed Adam Iskandar”..Amer melambaikan tangannya di hadapan sahabat baiknya itu.
“Hahh??!!!”.Syed Adam Iskandar tersentak. Dia mengurut dadanya kerana terkejut dengan panggilan sahabatnya itu. “amer!! Kau ni. Kalau nak jumpa aku pun, ketuk la pintu tu dulu. Ni main sergah je. Terkejut mak nokkss”.Syed Adam Iskandar buat gaya ala-ala nyah untuk cover malunya.
“hahaha..gila kau ni. Aku punya la ketuk pintu tu sampai nak roboh. Boleh kau cakap aku tak ketuk lagi. Saket tangan mak ni nokkss”.Amer teruskan dengan drama mereka.
“hahaha….ape hal kau cari aku??”
“Ni hah aku nak Tanya pasal projek kat Kedah tu. Aku masuk-masuk je bilik kau ni.. Tengok kau tersenyum sorang-sorang. Termenung jauh pulak tu.Kau dah sampai ke Canada dah ke??Macam orang angau aku tengok kau ni. Seram aku”.
“haha..agak-agak la bro. Aku tak tahu la ape dah jadi dengan diri aku. Kemana je aku pergi aku terlihat bayangan isteri aku tu. Aku asyik teringat kat dia je. Adakah ini cinta??”.
“Geli aku tengok kau ni..Dah jadi balek dah perangai jiwang kau tu. Alhamdulillah. Ni la Syed Adam Iskandar yang aku kenal. Welcome back bro!!Aku salute la dengan wife kau tu. Pandai dia ubatkan kau. Bagi panahan cinta lagi..haha”.
“Alhamdulillah. Sekarang ni bayangan Naziha terus lenyap dalam hidup aku. Aku betul-betul bahagia dengan Fiqa sekarang. Aturan Allah itu indah sekali.hmmm…Fiqaku..”syed Adam Iskandar membuat gaya ala-ala mat remeo yang tengah jiwang.
“wekkk..haha..geli kot aku dengan kau ni. Nanti kau kenalkanlah wife kau dengan aku ye. Nak jugak aku kenal orang yang dah ubah sahabat aku ni daripada hati batu ke hati lembut selembut agar-agar ni..haha”. Walaupun dia menghadiri perkahwinan Syed Adam Iskandar dulu, namun dia tidak berpeluang untuk mengenali isteri sahabatnya itu.
“InsyaAllah bro. Nanti aku kenalkan. Udah-udah la cakap pasal wife aku tu. Kang tersedak-sedak dia kat umah tu. Ape yang kau nak Tanya tadi?”.
Mereka tergelak. Kemudian Amer meneruskan tujuan utamanya dia masuk ke bilik Syed Adam Iskandar. Perbincangan antara mereka berlaku dengan rancaknya.Sesekali Syed Adam Iskandar teringat peristiwa minggu lepas antara dia dan isterinya. Sejak hari itu, kehidupan mereka betul-betul berubah. Dia semakin bahagia bersama isterinya. Terima kasih ya Allah!!!!
#################………………………………………………………################################
“Assalamualaikum sayang..Kat mana tu?Buatpe?”kedengaran suara Syed Adam Iskandar di hujung talian.
“Waalaikummussalam tuan. Tuan, saya tak buat salah ape-ape. Saya tak berada di tempat kejadian tu pun. “ aku membalas pertanyaannya bersahaja.
Kedegaran gelak tawanya di hujung talian.”hahaha…ape la sayang ni.orang Tanya lain, sempat lagi dia buat lawak. Tak rindu abang ke??”
“tu la abang. Banyak sangat soalan. Tak sempat orang nak jawab salam tau. Gaya Tanya dah macam polis yang soal siasat penjenayah tau”.Rajukku.
“haha..Fiqa memang penjenayah..sebab Fiqa dah curi hati abang. Abang tak boleh buat ape-ape tau. Asyik teringat kat Fiqa je. Balik la hujung minggu ni sayang. Abang rindu sangat dah ni”.
Itulah kata-kata Syed Adam Iskandar yang cukup aku gemari. Lagi tinggal 1 bulan untuk aku tamatkan Latihan Industri di Bangi ni. Seperti biasa la, aku sewa rumah, hujung minggu dia akan datang menjemputku. Bukan 2 minggu sekali dah kali ni tapi 1 minggu sekali. Pernah sekali dia buat lawak tengah-tengah malam. Dia datang pukul 2 pagi. Dia suruh aku keluar rumah. Aku seram jugak la nak keluar malam-malam buta tu. Sekali bila aku keluar, aku tengok kereta dia tersadai di luar pagar rumah sewaku. Dia bawa donut Big Apple untukku. Tu sebagai umpan je. Katanya dia tak boleh nak lelapkan mata kerana rindu sangat nak tengok muka aku yang comel ni. Terharu aku dengan pengakuannya. Tengah malam buta tu kami berbual-bual dalam kereta sampai la pukul 5 pagi. Dasyat betul panahan cinta ni.
“Ye la abang sayang oiii..Nanti orang balik la. Sabar skit boleh tak. Lepas habis je kerja abang hari Jumaat tu, abang terus ambek Fiqa kat sini tau. Dah makan ke belum ni? Kalau abang tak makan lagi, sekarang jugak Fiqa balek umah tau”.
“Balik la sekarang. Lagi abang suka tau..haha.Lupa abang nak bagitau sayang. Hujung minggu ni teman abang kena pergi annual dinner syarikat kawan papa tau. Papa wakilkan abang untuk pergi. Abang dah tempahkan dah baju Fiqa kat butik.”
“Hahh!!abang, orang segan la nak pergi tempat macam tu. Kang orang memalukan abang nanti”.
“sayang , kenapa cakap macam tu. Fiqa la anugerah yang terindah Allah kurniakan untuk abang. Jangan risau, super Is ni kan ade. Sape yang kacau fiqa nanti, abang attack diorang kaww2”.
“hahaha..abang ni…abang…..saranghae”.
“I love u too sayang. Abang tak pandai la nak balas dalam bahasa korea ni..Love u so much..I’ll always rite here for u. remember that”.Dia bernada romantic.
Air mata terharuku mula mengalir. “Thanks abang for loving me. Take care tau. Fiqa nak tido dulu. Abang jangan tidur lewat sangat erk.Gudnite abang. Dream of me erk!!!!”.
Begitulah hari-hariku berlalu semasa praktikal di Bangi. Setiap malam mesti dia akan call aku. Kadangkala aku akan jadi hilang arah kalau tidak mendengar suaranya walaupun sehari. Hebatnya getaran cinta!!!
#################………………………………………………………################################
2 tahun berlalu.
Bunyi deruman enjin di perkarangan rumah. Kini kami sudah berpindah di Shah Alam. Dia telah membeli banglo 2 tingkat di sana. Katanya senang sikit bila dah ada anak nanti. Takde la diorang akan terperap je di apartment tu. Boleh la kami sekeluarga nanti beriadah di halaman rumah. Dia siap membuat kolam renang di belakang rumah nanti. Katanya dia nak ajar anak-anak nanti berenang. Save budget kan. Tak payah dah nak pergi water theme park untuk mandi kolam. Pandai betul suami aku ni. Pikir jauh. Patut la dia study sampai di UK dulu. Harap-harap anak-anak kami nanti bijak-bijak macam papanya dan secomel ibunya ni..perasan pulak..hehe.
Anak?masih tiada rezeki. Walaupun hampir 3 tahun kami kahwin, Allah belum mengurniakan kami rezeki itu. Mungkin kami masih belum mampu untuk jadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.
Aku menyambut suamiku dimuka pintu dan menyalami tangannya serta memngambil briefcase dari tangannya. Dia menghadiahkan kucupan di pipiku. Kasih sayangnya tak pernah berubah untukku.”awal sayang balik hari ni. Biasenya kita racing kan kat highway tu untuk sampai umah dulu.”dia menarikku kedalam rumah kami. Duduk di sofa.
“haha..macam-macam la abang ni. Tadi Fiqa attend meeting kat luar office. Meeting tu abes awal, Fiqa pun terus balek la”.
Aku meleraikan tali lehernya. Dia membiarkan perlakuanku dengan senang. Aku melihat mukanya sedikit kelainan daripada hari biasa. “kenapa muka abang semacam je hari ni?monyok je. Dah tak hensem dah”. Aku mencuit dagunya.
Dia tersenyum dah menarikku dalam pelukannya.” Abang rindu sangat kat sayang abang ni. Tak nak lepas Fiqa. Biar macam ni sampai bila-bila”.Dia mengemaskan pelukannya.
“Mana boleh. Kebuluran la abang nanti. Fiqa tak masak lagi ni.”Dia terus memelukku.Lain pelukkannya hari ni. Aku dapat merasakan sesuatu kelainan pada dirinya.
“abang…kenapa ni??abang ada masalah ye?share la dengan Fiqa. Manatau Fiqa boleh tolong abang”aku meleraikan pelukan dan memandang tepat kematanya.
“abang memang tak boleh nak tipu Fiqa langsung la. Ilmu ape Fiqa pakai ni??hahaha”.Gelaknya. “syarikat kita dapat projek di Jepun. papa suruh abang handle projek tu kat sana. So abang kena stay kat sana for about 5 months. Abang takmau berpisah dengan sayang.”Aku dapat lihat dia rasa berat untuk terima projek itu.
Aku menyentuh pipinya.”abang..Fiqa paham. Tapi tu kan tanggungjawab abang. Papa percayakan abang sebab tu la papa serahkan projek tu kat abang.Abang jangan risaukan Fiqa. Fiqa akan setia menunggu abang disini. Kalau abang rasa berat jugak, Fiqa stay dengan mama dan papa erk. Jangan risau ye sayang”.
Dia memelukku. “sayang..terima kasih sebab memahami abang. Abang taktau nak cakap ape lagi dah. Fiqa anugerah yang terindah buat abang. Abang janji, abang akan cuba setelkan secepat mungkin projek disana then terus balek ke pangkuan sayang. Abang janji”.
Aku mengangguk dan air mataku mengalir. Lama kami berpelukan sehinggalah masuk waktu maghrib. Ya Allah!!!ini satu ujianMu terhadap rumahtangga kami. Cekalkan hati kami. Amin.
#################………………………………………………………################################
Sudah hampir 2 bulan suamiku pulang dari Jepun. Urusannya disana telah selesai. Namun rumahtangga kami sekarang tidak sepeti dulu lagi. Dia dingin terhadapkuku. 1 soalanku Tanya sepatah yang dia jawab. Kalau 3 soalan sekalipun hanya sepatah sahaja dia jawab. Dia semakin kurang berkomunikasi denganku. Tapi Alhamdulillah tempat tidur kami tak terpisah lagi. Aku bingung memikirkan apa salahku padanya. Dia kerap termenung. Dia mula meninggikan suara padaku. Setiap malam aku ditemani air mata. Setiap malam dia akan pulang lewat. Kalau tak cecah pukul 11 malam, susah untuk melihat kelibatnya dirumah.Namun apa yang aku perhatikan, dia kerap bergayut di telefon lewat malam. Senyum-senyum dan ketawa. Aku tak tahu dengan siapa dia bercakap semesra itu. Hatiku dipagut kebimbangan. Adakah cintanya sudah beralih arah??Ya Allah, ini ujianMu kepadaku.
“abang, abang pergi mana?? Dah pukul 12 baru abang balik”.tanyaku kerisauan.
Dia duduk di sofa. Tak mengendahkan pertanyaanku. Aku meninggalkannya di ruang tamu dan mengambil segelas air kepadanya. “aku menghulurkan gelas tersebut kepadanya.”air bang”.Dia menolak tanganku sehingga gelas tersebut jatuh pecah berderai di lantai. Aku terkesima.
“awak jangan busybody pasal hal saya boleh tak??balek-balek umah je nak membebel. Kusut saya tau”dia mula meninggikan suara padaku. Tiada lagi bahasa yang selalu dia gunakan. Dia sekarang membahasakan “awak” “saya” denganku. Air mataku mula bertakung.
Aku duduk melutut dihadapannya. Ku capai tangannya,”Abang,kalau Fiqa buat salah dengan abang,Fiqa minta maaf. Abang bagitau apa salah Fiqa terhadap abang?Fiqa minta maaf bang..tapi jangan layan fiqa macam ni”.
Aku teresak di kakinya. “perempuan macam ni la.Sikit-sikit nak nangis. Bosan tau!!!” Dia bangun dan berlalu meninggalkanku. Aku menangis semahu-mahunya. Malam itu, tidurku bertemankan air mata lagi.
#################………………………………………………………################################
“Tahniah Puan Syafiqah. You are gonna to be a mother. Puan mengandung”. Ucap Dr Aisyah dihadapanku. Alhamdulillah. Akhirnya saat yang aku nantikan telah tiba. Mungkin ini adalah penawar terhadap sikap suamiku itu. Mungkin rumahtangga kami akan jadi seperti dahulu dengan kedatangan cahaya mata ini.aku tak sabar memberitahu berita bahagia ini kepada suamiku.
Kejadian itu berlaku 6 bulan lepas. Kini aku syarat mengandung anak pertama kami. Usia kandunganku mula mencecah 7 bulan. 2 bulan lagi kami bakal menyambut kelahiran anak kami. Aku berdebar-debar menanti saat itu. Namun rumahtangga kami masih lagi dingin. Suamiku masih seperti dulu. Kehadiran anak dalam kandungan kami ini tidak mengubah apa-apa pun dalam rumahtangga kami. Cuma suamiku sudah tidak meninggikan suara. Dia hanya diam dan menjauhkan dirinya dariku. Namun dia tetap menjagaku. Tiap-tiap malam dia akan mengurutkan kakiku dan menyapukan losyen di perutku. Dia tidak pernah tinggalkan perbuatannya itu walaupun dia hanya diam seribu bahasa ketika melakukan tugasannya itu. Tiap-tiap malam juga sebelum tidur dia akan membacakan ayat-ayat al-Quran dan menghembuskan ke perutku. Aku tetap bersyukur walaupun dia bukan lagi Syed Adam Iskandar yang aku kenali.
Suatu petang, aku berjalan-jalan di pusat membeli-belah di ibu kota untuk mencari peralatan anakku nanti. Ketika melewati salah sebuah restoran di situ, aku melihat kelibat suamiku sedang makan berdua-duaan dengan seorang wanita.Amat mesra sekali. Seperti pasangan kekasih yang dilamun cinta.Hatiku berdebar-debar. Pedih. Kuamati wajah perempuan itu dari jauh. Aku terkesima. Natasya!!!ya aku amat yakin perempuan itu adalah Natasya.
Natasya adalah perempuan yang aku temui ketima annual dinner yang aku hadiri beberapa tahun yang lepas bersama suamiku. Aku dapat lihat renungan tajamnya kearahku sepanjang malam tersebut. Dia pernah memberi amaran kepadaku ketika kami terserempak di tandas.
“baik kau tinggalkan Iskandar.He’s mine!!!Dia tak cintakan kau pun. Dia hanya berdrama je. Kalau kau tak lepaskan dia, aku akan pastikan kau akan menderita!!!”.
Aku tidak ambil endah kata-katanya kerana tiada apa-apa tindakan yang dia ambil selama ini sehinggalah hari ini. Betulkah kata-kata Natasya itu??Suamiku mempermainkanku??Aku kusut.Air mata mula mengalir.Ya, siapa yang akan menolak tuah jika dapat mendampingi wanita seperti Natasya. Tinggi, cantik, seksi, bergaya,berpelajaran dan juga berpangkat. Jika dibandingkan dengan aku, kerdil sangat diri ini. Terbantut niatku untuk mencari keperluan anakku. Aku terus memecut keretaku laju pulang ke rumah. Ya Allah,kuatkanlah hatiku.
Malam itu aku menunggu kepulangannya. Aku berpura-pura membaca buku ketika dia memasuki bilik. Dia terus menuju ke kamar mandi. Selepas membersihkan dirinya, dia menghampiriku. Tugasannya sebelum tidur dilakukan. Perlahan-lahan dia menyapukan losyen ke perutku. Aku menghalang perbuatannya. Aku memegang tangannya dan cuba mengangkat diriku bersandar di katil. Dia memandang dan merenung mataku. Ya Allah..sudah lama aku rindu akan renungannya itu.
Aku memandangnya. “abang, Fiqa minta maaf kalau selama ini Fiqa tak mampu bahagiakan abang. Abang halalkan makan minum fiqa selama ini ye bang. Tapi satu perkara je yang Fiqa nak abang tahu, Fiqa sangat-sangat sayang dan cintakan abang. Hanya abang yang ada dalam hati Fiqa ni. Fiqa minta maaf kalau kasih sayang Fiqa tak cukup kuat pada abang. Abang….Fiqa izinkan abang kahwin lagi..kalau itu mampu bahagiakan abang, Fiqa redha bang..Tapi Fiqa mohon pada abang..Fiqa rayu pada abang..abang jangan lepaskan Fiqa..Fiqa nak hembuskan nafas Fiqa yang terakhir sebagai isteri abang.”. Aku mencium tangannya. Air mataku deras membanjiri tubir mataku.
Dia merenungku tajam. Aku dapat menangkap reaksi terkejut di wajahnya. Aku mengelap air mataku. “ok la bang..Fiqa nak tidur dulu. Baby pun nak tidur jugak.. Gudnite papa.. Aku menyalami tangannya. Aku menarik selimut di kakiku melepasi dadaku. Aku memejam mata. Cuba menenangkan diriku. Lama dia berdiam diri di sisiku. Dia merenung wajah basahku. Tak lama selepas itu, dia bangkit dari katil dan meninggalkan aku sendirian di kamar itu. Aku membuka mata. Aku menangis tersedu-sedu. Mataku jatuh ke perutku.”sayang, mama akan jaga dan lindungi sayang tak kira apa pun yang berlaku”.aku menngosok perutku. Ya Allah,perikhlaskanlah hati ini.
#################………………………………………………………################################
“Datin,nampaknya anak Datin ni dah kena ubat guna-guna”kata ustaz Azman kepada mama.Aku hanya memerhatikan.
Seminggu yang lepas,mama datang kerumahku. Ketika itu aku baru je lepas menangis. Mama dapat mengesan mataku yang sembap. Setelah dipaksa oleh mama, akhirnya aku terpaksa menceritakan tentang apa yang berlaku dalam rumahtangga kami. Mama berasa pelik dan hairan mengenai perubahan sikap suamiku kebelakangan ini. Ditambah pula dengan ceritaku. Akhinrnya mama mencadangkan kami meminta nasihat dan bantuan Ustaz azman. Aku menolaknya. Namun setelah dipujuk rayu oleh mama,akhirnya aku bersetuju.
“siapa yang buat ustaz??macam mana dengan anak saya??dia akan pulih ke??”mama mula mengalirkan air mata. Aku kelu tidak terkata.
“insyaAllah.Jika niat kita suci dan sentiasa berpegang teguh kepada Allah, Allah akan menolong kita. Saya akan buatkan air ni. Puan hanya perlu memastikan air ini diminum oleh suami puan”.Ustaz Azman mula membacakan ayat-ayat al-Quran dan menghembuskan ke dalam air tersebut.
“banyakkan berdoa dan sabar ye Datin,Puan. InsyaAllah Encik Iskandar akan pulih”.
Malam berikutnya aku menukarkan air mineral di bilik bacaan suamiku dengan air yang ustaz azman bekalkan. Suamiku kerap menghabiskan masanya di rumah dengan berkurung di bilik bacaan ini. Aku berdoa moga-moga suamiku akan minum air tersebut dan pulih seperti biasa.
#################………………………………………………………################################
“Astaghfirullahalazim!!!”Syed Adam Iskandar tersentak dari tidurnya. Bajunya dibasahi peluh. Dia bermimpi ngeri. Dilihat isterinya sedang lena tidur disebelahnya.Direnung wajah itu. Rasa bersalah datang bertimpa-timpa dalam hatinya. Ya Allah!!!apa yang aku telah lakukan kepada isteriku!!aku menzaliminya!!Dia kesal. Dielus-elus lembut wajah isterinya. Air matanya mengalir. Dia bangun menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhu’.
Malam itu Syed Adam iskandar sujud kepada Maha Pencipta. Dia menangis semahu-mahunya. Dia seperti baru tersedar dari dunia yang melalaikan selama ini. Dia mula mengingati apa yang telah terjadi. Dia menzalimi isterinya. Dia mengabaikan tanggungjawabnya sedangkan isterinya sentiasa menyayanginya. Ya Allah!!!!!ampunkan dosaku!!!berikanlah aku waktu dan kesempatan untuk menebus balik dosaku terhadap isteriku!!!
Pagi itu, aku menyediakan sarapan seperti biasa sebelum ke office. Aku melihat kelibat suamiku menuruni tangga. Seperti biasa, aku hadiahkan senyuman kepadanya. Kulihat wajahnya redup sekali pagi itu. Tidak sedingin selalu. Adakah dia telah meminum air tersebut??aku tertanya-tanya.
“Good morning abang. Sarapan abang fiqa dah siapkan. Hujung minggu ni Fiqa ada appointment dengan doctor. Nak check baby kita. Nakal ke tak dalam ni”.aku mengusap perutku sambil tersenyum.
Sayu hati syed Adam iskandar melihat isterinya.”walaupun aku kejam terhadapnya,namun cintanya padaku tak pernah berubah..Fiqa… maafkan abang”,dia bermonolog dalam hatinya.
Ketika aku menyalami tangannya, aku dapat merasakan dia enggan melepaskan tanganku. Aku memandang wajahnya.Kulihat manik-manik mutiara mengalir dari matanya.”Fiqa,maafkan abang.”dia memelukku.Ya Allah,rindunya aku untuk mendengar panggilan itu keluar dari mulutnya.
“Fiqa…abang dah banyak bersalah dengan Fiqa..abang zalimi Fiqa,abang abaikan tanggungjawab abang .abang…”.aku meletakkan jari telujukku ke bibirnya.
“syhhh…Fiqa dah lama maafkan abang..abang tak pernah salah pun dengan Fiqa..Semua tu terjadi di luar kawalan abang.Fiqa anggap itu ujian daripada Allah untuk menguji keikhlasan cinta Fiqa terhadap abang.”aku menyentuh pipinya.
“Diluar kawalan abang???ape maksud Fiqa?”soalnya kehairanan
“sebenarnya abang……………………………….”aku menceritakan segala-galanya kepada suamiku. Ubat guna-guna,Natasya…semuanya terlerai pada hari tersebut.akibatnya???kami sama-sama lewat ke tempat kerja.
#################………………………………………………………################################
Aku kini menunggu detik-detik melahirkan bayi pertama kami. Aku mengambil cuti awal kerana aku semakin sarat dan cepat letih. Alhamdulillah, semenjak peristiwa tempoh hari, hubungan kami suami isteri sudah kembali seperti biasa. Suamiku juga sudah memutuskan hubungannya dengan Natasya. Natasya kini sudah mula insaf dan tidak mengganggu hidup kami lagi setelah dia diganggu makluk halus yang dihantar oleh bomoh yang dimninta bantuan membomohkan suamiku. Dia juga meminta bantuan Ustaz azman untuk menghalau makhluk tersebut daripada mengacau dirinya. Kini ,ku dapat merasakan kehangatan kasih sayangya seperti dulu.
“hello sayang….jauh termenung Nampak. Dia meletakkan dulang diatas meja dekat dengan bangku aku duduk di halaman rumah kami.”ingatkan sape tu??abang yang didepan mata pun dia buat tak tahu je..sedih kite tau”.dia menghentakkan kaki ke tanah persis kanak-kanak yang merajuk.
“hahaha..ala2 sayang mucuk-mucuk.merajuk pulak dia.jangan merajuk tau. Nanti ibu belikan gula-gula 10 ok??”aku memujuknya.
“hahaha..sayang ni kan..abang tak boleh tahan la nak merajuk lama-lama dengan sayang ni. Dah-dah..makan vitamin ni..abang dah buatkan air milo sekali untuk sayang. Donut big apple pun ada.pakej tau..kat kedai takde jual. Dekat rumah Syed adam Iskandar je ada tau”.dia mencuit hidungku.
Aku tersenyum dan mengambil huluran supplement dan air milo darinya. “sayang, kenapa perut sayang ni besar sangat ye??tak macam perempuan lain yang pregnant pun..takut abang tengok tau..”.
“haha..sebab anak-anak abang ni nakal sangat macam papa dia. So dia perlukan space yang besar untuk tidur kat dalam ni”.aku menyentuh perutku.
“eh2 sayang ni. Abang pulak yang dipersalahkan erk…wait..anak-anak????”dia kehairanan. Aku tersenyum melihat wajahnya yang kelihatan lucu itu.
“kita akan dapat twins??”
Aku tersenyum dan menganggukkan kepala. “Yahoooo!!!!!”dia menjerit keriangan.macam budak-budak.
“Alhamdulillah..terima kasih sayang..hebat la abang ni..sekali dapat baby, 2 orang!!!tapi sayang ni nakal betul la.dia nak main secret2 pulak..cium kan baru tau”.dia menghadiahkan ciuman bertubi-tubi di wajahku.
“abang..stop it..abang…”aku menolak lembut wajahnya. “ape la abang ni..tak malu langsung…kang dilihat mama dan papa,malu fiqa tau”.Sejak seminggu ni papa dan mama telah berkampung di rumah kami. Hujung minggu ni mak dan ayah aku dari kampung pula yang akan datang berkampung di kediaman kami.
“alah kalau diorang tengok pun, diorang nak kata ape lagi kan. Fiqa milik abang. U’r mine. So suka hati abang la nak buat ape pun kat Fiqa kan”dia mengenyit matanya. Nakal.
“abang ni kan…ishh..aduh..abang…”.aku memegang perutku.”abang…aduh…”
“sayang…sayang..kenapa ni??baby dah nak keluar ke?”tanyanya panic. “ma……..”dia berkira-kira mahu memanggil mertuaku. Aku menekup mulutnya. “Gocca..!!!!!hahaha…padan muka abang..main2 sangat kan..”aku mengenyit mata kepadanya.
“sayang!!!!!!kenakan abang ye..oii..dah nakal sekarang ye..pandai ye..terkejut abang tadi tau”.rajuknya lagi.
“tu la..sape soh main2kan fiqa lagi..haha..alah comelnya muka papa merajuk ni kan anak-anak ibu. Agak-agaknya anak-anak ibu nanti muka macam mama yang comel ni ke or suka merajuk macam papa ni?” aku mencubit pipinya.
Dia tersenyum. “eh mestilah segak bergaya lagi hensem macam papa ni kan. Tak boleh ikut perangai macam ibu tu. Nanti suka makan donut big Apple. Bankrup la papa kalau macam tu. Dengan-dengan kedai tu papa kena beli nanti”.Ucapnya sambil menyentuh perutku.
Ada-ada je suami aku ni. Aku mencium pipinya. Dia memandangku terharu. Kami sama-sama menikmati keindahan petang itu.
Dari jauh Datin Maria dan suaminya melihat pasangan suami isteri itu . Mereka mengucapkan syukur. Anak dan menantunya kini kembali seperti dahulu. Moga-moga kebahagian kekal milik mereka selamanya.
#################………………………………………………………################################
“ibu!!!ibu!! tengok abang ni..dia kacau adik..”anak perempuanku berlari kearahku. Aku menghentikan perbuatanku menyiram pokok bunga di taman. Alhamdulillah..kedua anakku kini sudah berusia 4 tahun. Sepasang kembar yang kami namakan Syed Syamir Aiman dan Sharifah Sarahlia. Aku hampir hilang nyawa sewaktu melahirkan mereka. Rahimku rosak teruk dan aku disahkan doctor yang aku tidak boleh hamil lagi. Namun, Aku tetap bersyukur kerana Allah telah memberi peluang kepadaku untuk menjadi ibu kepada anak-anak yang comel ini dan melihat mereka membesar.
“ibu!!!!tengok abang tu..dia kacau Sarah dengan cicak….arghhhh”. Sarah menjerit kegelian apabila abangnya Aiman mengacukan cicak plastic kearahnya.
Aku mendukung Sarah. “aiman..kenapa kacau adik ni. Tak baik macam tu. Aiman kan abang, kena la protect adik macam superman tu”.
Aiman membuat muka monyok. “alah ibu..abang kacau sikit je pun..abang nak suruh dia jadi berani. Ni dengan cicak plastic pun dia takut. Tak best la macam ni”.Aiman memeluk tubuhnya membelakangiku. Sebijik muka papanya kalau dia dah merajuk. Perangai pun sama!!!
Sarah minta aku menurunkan dia. “abang…Sarah minta maaf. Lepas ni sarah janji, sarah tak takut dengan cicak dah ok?”pujuk adiknya.Aku hanya memerhatikan mereka.
Aiman senyum.”janji tau?”dia mengangkat jari kelingkingnya dan ditautkan di jari kelinking kecil Sarah. Sarah menjawab”promise!!!!!”. Mereka berpelukan. Aku terharu melihat keletah mereka. Hampir gugur air mataku melihat kasih sayang mereka.
Tiba-tiba ada tangan memelukku dari belakang. Sah super Is dah datang!!”yang sayang menangis tu kenapa??orang lain kena kacau,orang lain pulak yang menangis”.bisiknya ditelingaku sambil tangannya melingkari pingganku.
Aku mengesat air mataku.Aku memusingkan badanku mengadapnya. “mana abang pergi??selalu tinggalkan Fiqa sorang-sorang tau??”aku berpura-pura marahnya.
Dia tersenyum dan mencium pipiku.Tiba-tiba “eiii tak malu!!!!papa cium ibu!!!!”kedua-dua anakku bersuara.
Pecah ketawa kami.”alah, papa nak bercinta dengan ibu sekejap je tau..sarah dengan aiman jangan kacau tau”.Jawabnya sambil mengenyit mata kearahku.
“Tak boleh!!!!!Sarah nak ibu!!!!”Sarah pura-pura marah. “Amboih budak ni..sebijik macam ibunya..comel..”kata Syed Adam Iskandar didalam hati.
“ape sarah??tak boleh??takpe2…papa nak culik ibu..nak bawa ibu pergi jauh-jauh”. Suamiku mula membuat gaya ala2 Tom mahu menangkap Jerry. Ape lagi??lari!!!!!
“abang aiman..abang kejar ibu, sarah kejar papa ye..jom”.Mereka mula mengejar kami.Petang itu kami berekejaran di halaman rumah. Gelak ketawa menghiasi banglo kami petang itu. Aku bahagia Ya Allah..dikurniakan anak-anak yang comel dan baik serta suami yang sentiasa memahami dan menyayangi aku..Terima kasih ya Allah..Kekalkanlah kebahagiaan kami…Moga-moga ia menjadi Kebahagiaan di dunia dan diakhirat….Amin…