Afa Ariana, seorang gadis biasa yang hidup dalam golongan yang amat pelik. Suatu masa dahulu, penduduk mereka sering bergaduh lalu menitik beratkan satu sistem yang dipanggil ‘Tiada Cinta Selain Kehidupan’. Semua penduduk boleh menerima slogan itu kecuali dia yang bernama Afa Ariana.
Pada ketika itu, dia tidak lagi mengenal erti sebuah cinta. Bahkan apalah cinta dalam kalangan mereka yang hanya maju kerana hidup semata mata. Dia tetap mengeluh.
Apa yang merunsingkan hatinya lagi, sistem ‘Tiada Cinta Selain Kehidupan’ itu semakin diperketat dan dimajukan. Dan salah satu yang dianggap tidak masuk akal adalah Pembunuhan Terhadap Pasangan Yang Bercinta. Tak logik kan? Tapi, itulah yang berlaku di Kampung Ulu Tanah. Sejak dari hari itu, satu persatu rahsia terbongkar selepas piagam atau undang undang itu telah diwarwarkan. Rakan karibnya sendiri Rifa Aqila dibunuh dan dibuang ke dalam sungai.
Mata Afa sendiri yang memandang sudah berair. Bagaimana pula dengan hatinya yang kian remuk melihat insiden begitu. Tapi, Afa tidak takut kerana dia tak pernah rasa cinta. Apa Cinta? Bagaimana Cinta?
Sehinggalah suatu hari, Furqan Ahmad, si kacak dan bergaya muncul sebagai orang baru di kampung tersebut. Afa merasakan satu perasaan yang tak pernah dirasainya. Sejak Furqan muncul, dia jadi malu, berdebar, tak senang duduk. Apakah ini?
…
Insiden pembunuhan terhadap pasangan yang bercinta diteruskan dengan rancak. Kali ini, abang kandung rakan Afa sendiri, Alfian dikelar bersama-sama Alya yang dikenalinya. Disebabkan itu, Afa berdendam. Siapa yang mewujudkan sistem mengarut INI? Adakah dia?
Afa melangkah masuk dengan hati yang terasa bagai nak pecah. Pejabat ketua kampung direnung dengan teliti. Muncul susuk tubuh yang amat dikenalinya tapi, tak pula dihormat dan diseganinya iaitu Wak Zamani. Afa syak yang Wak Zamani lah punca semua ini.
Perasaannya itu menjadi lebih kuat setelah mendengar pengakuan Wak Zamani. Dari saat itu, dia tahu. Dia harus menghapuskan Wak Zamani. Menghapuskan sistem itu. Mengahapuskan dunia tanpa cinta. Tapi, bagaimana?
Malam itu, langit terasa sejuk. Tubuh Afa bagai nak frostbite dengan bayuan sepoi sepoi bahasa. Ditambah pula dengan bunyian cengkerik yang memenuhi malam yang amat gelap itu. Wajah Afa tiada reaksi. Tiada apa apa yang dapat disimpulkan dek mukanya bak lukisan yang terkena hujan. Tak jelas…tapi ada imej dan maksud tersirat disebaliknya.
Dalam kesejukan itu, ibunya datang dan duduk bersebalahan dengannya. Afa hanya tersentak seketika. “Eh! Ibu tak tidur lagi ke? Selalu pukul 10 dah terlentang dan berdengkur” sempat juga dia memerli ibunya.
Dicubit manja betis dan lengan anaknya itu menyebabkan Afa mengaduh secara spontan. “ Amboi! Pandai mengata orang ye” seraya dengan itu, mulut ibu mengeluarkan kata kata.
“Alah…gurau je la ibu”. Lantas wajah Afa berubah kembali. Senyuman selama 10 saat tadi hilang. Keluhan pendek didengari oleh ibu.
“Afa takut dengan pemilihan esok ke?” soal ibu meneka. Tapi, Afa terkejut sambil memandang ibunya. Jelaslah bahawa itulah yang sedang bermain di fikirannya ketika itu.
“Macam mana ibu tahu?” soal Afa sedikit hairan. Ibunya tak pernah menggunakan ilmu sihir, bahkan apa lagi jumpa dengan pawang atau bomoh.
“Ibu mana yang tak dapat rasa isi hati anak mereka. Seburuk buruk atau sebaik baik seorang ibu, mereka boleh merasa isi hati anak anak mereka” jawab ibu sambil mengambil tangan kanan Afa lalu diletakkan di dadanya.
Afa tersenyum pahit. “Ibu….boleh Afa tanya sesuatu?”
“Tanyalah” balas ibu ringkas.
“Mana ayah? Ye…Afa tau ibu cakap ayah dah lama meninggal. Tapi, ibu tak pernah cakap kenapa ayah meninggal” soal Afa dengan berani. Walaupun soalan itu telah keluar dari bibir Afa beribu ribu kali.
Ibu terdiam. “Sudah la. Ibu tiba tiba sakit tekak. Uhuk uhuk…ibu nak pergi masuk tidur dulu ye” ibu mengelak. Kakinya bingkas menuju ke dalam bilik tidur.
Tengok tu, pandai betul dia berlakon. Dah boleh kalahkan Rosnah Mat Aris. Haisyyy…Sebab itulah sampai sekarang ni, aku masih tak mendapat apa apa jawapan pun tentang kematian ayah. Yang ibu beritahu hanyalah, Ayah Sudah Meninggal Dunia.
Berbalik kepada pemilihan individu pada esok hari. Afa Ariana yang sudah menjangkau usia 21 tahun akan memilih perjalanan hidupnya sendiri. Sama ada hendak terus hidup tanpa cinta ataupun bebas di luar kampung tersebut. Pasti semua orang menganggap bahawa hidup bebas ini agak teruk. Tapi bagi Afa, itulah perkara yang diidamkannya sekarang ini.
Setiap penduduk di kampung ini yang telah mencapai 21 tahun harus memilih dua keputusan yang akan menentukan perjalanan hidup mereka. Terus kekal di kampung itu atau keluar dari situ.
Afa keliru. Cuba bayangkan, dia nak keluar daripada tempat ini. Tapi dalam masa yang sama, dia memikirkan ibunya. Dia tak boleh bayangkan jika ibunya ditinggalkan bersendirian. Apa yang harus dia lakukan?
…
“Apabila kamu semua telah mengecopkan cap jari kamu di atas salah satu kertas, itu adalah muktamad. Kini terpulanglah kepada anda sendiri sama ada ingin terus menjadi penduduk di Kampung Ulu Tanah ataupun menjadi penduduk yang tidak mempunyai matlamat di luar” pesan Wak Zamani yang petah.
Afa hanya mendengar. Hatinya tidak mempunyai haluan. Kini, dia harus membuat pilihan.
Ibu jari Afa diletakkan di atas dakwat berwarna ungu gelap. Kini, dua bahagian terpapar jelas di pancainderanya. Terpapar dua perkataan keramat yang akan diingatinya. KELUAR….KEKAL.
Kepala Afa pening. Semua penduduk sedang melihatnya termasuklah ibunya sekarang ini.
Kepala Afa pening. Semua penduduk sedang melihatnya termasuklah ibunya sekarang ini.
Tanpa berfikir panjang, Afa menutup mata, lalu menggerakkan jarinya dan turut mengecapkannya
dibuka matanya perlahan lahan dan mendapati bahawa cap tersebut tepat di bahagian KELUAR. Afa menarik nafas sedalam dalamnya.
dibuka matanya perlahan lahan dan mendapati bahawa cap tersebut tepat di bahagian KELUAR. Afa menarik nafas sedalam dalamnya.
Semua penduduk terkejut. Termasuk ibunya juga. Selepas itu, Afa dihalau keluar sehelai sepinggang daripada kampung tersebut. Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya, pintu pagar besar pun ditutup.
Afa sebak. “Kenapa? Kenapa aku pilih untuk keluar? Kenapalah aku ni terlalu bodoh?” Afa menangis semahu mahunya. Ditumbuk tumbuk pintu besi yang amat utuh dan kukuh itu. Tetapi dia tahu, yang nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa apa yang boleh dilakukannya lagi selain….selain memusnahkan pengasas sistem tanpa cinta. Dia berazam.
Dalam tangisan yang sudah makin berkurangan, Afa dapat melihat sekeliling. Hanya dia seorang sahaja yang memilih untuk keluar. Tiada sesiapa yang dapat membantunya ketika itu. Dia tertunduk.
Tetapi, jangkaanya ternyata salah apabila muncul seorang lelaki di sebelahnya. Tangan lelaki itu kekal kemas di dalam poket seluarnya. Wajahnya menatap Afa. Ya….itulah Furqan. Lelaki pertama yang membuat Afa berasa bagai nak gila.
“Dah dah. Menangis macam budak budak. Tak senonoh betul” kata Furqan.
“Hei. Biar la orang nak nangis pun. Orang rindukan mak la” Afa melenting. Tiba-tiba, Furqan memberi sehelai sapu tangan kepada Afa sambil wajahnya dipalingkan ke arah lain. “Nah. Ambil la tisu ni. Lap semua air mata tu”
Afa terkedu. Tangannya dengan perlahan mencapai sapu tangan tersebut. “T..te..terima kasih” katanya ringkas.
“Aku tak suka tengok orang menangis. Tambah tambah kau” jelas Furqan.
“Kenapa” soal Afa sengaja nak tahu.
“Sebab muka kau dah cantik. Tak payah la nak burukkan dengan tangisan. Aku suka muka kau bila senyum” Furqan yang berani berkata menyebabkan Afa sedikit malu.
“Dah, jom kita pergi ke bandar. Cari tempat tinggal” kaki Furqan melangkah pergi. Afa masih lagi kaku.
“Tapi kita mana ada apa apa. Mana ada duit. Ni pun nasib baik ada baju lagi” tanya Afa yang risau.
Langkah Furqan terhenti. Tangannya masih di dalam poker seluarnya. “Ooo…kalau macam tu, nanti aku jual baju kau. Boleh dapat duit” sindir Furqan. Afa hanya memeluk tubuhnya. Ya Allah, haraplah aku tak hilang baju. Kalau tak memang aku kena jadi orang asli la nampaknya.
…
“Kat mana awak bawa saya ni. Baru tadi je saya seronok shopping dekat SUGUS tu” bisik Afa perlahan.
“Allah huakbar. Berapa kali aku beritahu kau, SOGO…S.O.G.O….bukannya SUGUS. Sugus tu gula gula” balas Furqan dengan nada suaranya yang menjengkelkan.
Afa hanya mencebikkan bibir. Setelah 10 minit menunggu, akhirnya mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Afa takut. Dia hanya berdiri di belakang Furqan. Furqan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Nak ketawa pun ada.
Mereka dapat melihat sesusuk tubuh sedang duduk di kerusi sambil tubuhnya menghadap ke arah belakang. “Tuan, saya dah jalankan tugas seperti yang diarahkan” Furqan membuka bicara.
Afa hairan. Tugas apa? Apa ni?
“Bagus…sekarang saya nak dia perkenalkan diri. Silakan” balas lelaki misteri itu. Furqan menyiku tubuh Afa perlahan untuk memberi isyarat.
“Hmmm…saya tak tahu apa semua ni…tapi saya Afa Ariana Bin Rafdan Anwar. Berasal dari….”
“Saya tahu. Cukuplah sekadar nama…” balas lelaki misteri itu.
Afa pelik. Bagaimana lelaki itu tahu nama dia? Jangan jangan, dia selalu skodeng ke?
Afa pelik. Bagaimana lelaki itu tahu nama dia? Jangan jangan, dia selalu skodeng ke?
“Selamat datang ke AASTC atau lebih dikenali sebagai Agensi Anti Sistem Tanpa Cinta. Di sini, saya mahu menyatakan yang awak direkrut untuk menjadi salah seorang ejen penyiasat. Saya dah tugaskan Furqan untuk berlakon sebagai rakyat baru di kampung awak dan merekrut seberapa ramai yang boleh. Tapi, awak seorang sahaja yang bertuah” jelas lelaki itu panjang lebar.
Afa tergamam sekali lagi. “Panggil saya ‘Mr. RA’ dan saya ketua dalam agensi ini” sambungnya lagi.
Afa hanya mendengar dengan teliti. Walaupun dia tidak berapa faham dengan apa yang dilalutkan. “Furqan, bawak dia ke asrama kita dan pastikan dia dapat semua keperluan. Dia akan mulakan latihan dari sekarang selama sebulan” arah Mr. RA.
“Baik tuan” Furqan patuh.
…
Sebulan telah berlalu dan kini, Afa sudah mahir dalam bidang penyiasatan. AASTC telah melahirkan seorang lagi ejen penyiasat wanita yang akan dihantar untuk menyelidik sistem tanpa cinta di Kampung Ulu Tanah. Walaupun Afa sudah sebulan keluar dari situ, segala selok belok masih diingati.
Perjalanan mereka ke Kampung Ulu Tanah mengambil masa selama lebih kurang 1 jam setengah untuk tiba dengan kapal selam persendirian. Afa dan Furqan berdiri dengan megah dan keazaman yang tinggi. Hari ini, walau apa pun yang terjadi, mereka harus menghapuskan sistem yang mengarut itu. Kalau terpaksa mengorbankan nyawa, mereka sanggup.
Malam itu, mereka berdua menunggu masa yang sesuai. Pakaian hitam yang mahal dan berkualiti tersarung kemas pada tubuh. Topeng muka khas ala ala cat woman dan batman dipakai oleh mereka berdua.
“Apa apa jadi pun, hari ni aku nak kau tahu yang….” nada Furqan perlahan memberitahu Afa.
“Yang?” soal Afa ringkas.
“Aku nak kau tahu, yang aku amat…sayangkan kau. Sejak aku nampak kau, hati aku jadi lain macam. Maybe sebab ego aku sebagai seorang penyiasat, aku malu nak meluahkan isi hati aku ni. Tapi aku nak kau tahu yang, yang kau sudah ‘menyiasat’ hati aku ni” luah Furqan walaupun dia malu.
Pipi Afa sudah merah menyala. Pengakuan sebentar tadi telah mencuit hatinya lalu membuka pintu sanubari dalam dirinya yang tidak pernah terbuka apalagi diketuk. Apa apapun, mereka terus fokus dalam misi mereka.
Mereka menceroboh bilik ketua kampung dengan ilmu yang sudah diajar di AASTC. Mereka menyelongkar segala peti yang ada di dalam bilik tersebut. Sampai sahaja di bilik utama, Furqan menjaga pintu depan manakala Afa bertindak sebagai penyelongkar maklumat.
“Mesti ada sebab kenapa Wak Zamani wujudkan sistem mengarut ni” hatinya mula berazam. Setelah menyelongkar satu peti besi yang mencurigakan, Afa terjumpa satu salinan yang menarik perhatiannya. Dia membacanya dengan teliti. Ya….dia sudah menjumpai bukti yang kukuh.
Tapi tiba-tiba, ‘gedebushhh…’…Afa jatuh tersungkur. Matanya hanya kabur memandang satu susuk tubuh. Kepalanya terasa bagai dipukul dengan sebatang kayu. Mata Afa kelam dan dia tidal sedarkan diri.
…
Afa membuka matanya. Sedar sedar sahaja, dia terikat di sebatang kayu betul betul di tengah tengah orang ramai. Keadaan Afa ketika itu amat menyedihkan. Mukanya lebam dan kepalanya berdarah. Dia juga dapat melihat Furqan yang sudah tidak bermaya terikat di sebelahnya. Dalam kebingitan suara penduduk di situ, dia dapat melihat seseorang yang amat dikenalinya. Wanita itu menangis teresak esak sambil dadanya dilurut. Itulah ibu Afa yang agak terkejut dengan keadaan anaknya. Afa tertunduk.
Tiba-tiba, muncul Wak Zamani dan sesetengah daripada konco-konconya memegang tali penjerut. “Oooo…ini rupa rupanya kerja kau lepas tinggalkan kampung ni. Orang macam kau patut mati. Sedia semua” arah Wak Zamani.
Tali penjerut dimasukkan kemas pada leher Furqan dan Afa. Mereka sempat tersenyum. Afa juga mengukirkan senyuman terakhir kepada ibunya. Sebak hati ibunya apabila anaknya diperlakukan sedemikian. Tapi, dia tidak mampu menolong.
“Sedia…1..2″ kira Wak Zamani. Selaras dengan itu, satu tembakan kuat mengalih perhatian mereka semua. Mereka dapat melihat seseorang yang berpakaian hitam kemas dan berkaca mata hitam memegang pistol. Dia juga turut membawa sepasukan ejen yang lain. Wak Zamani dan penduduk rasa terancam. Tetapi, lain pula kepada Furqan dan Afa. Mereka bersyukur kerana masih hidup.
“Minta maaf semua penduduk kampung. Saya bukannya nak menganggu ketenteraman semua orang. Tapi, sistem tanpa cinta di sini amat mengarut. Kita sepatutnya berhak mencintai seseorang” jelas Mr. RA.
Akhirnya, wajah Mr.RA didedahkan. Afa agak gembira kerana buat kali pertamanya, dia melihat wajah Mr.RA. Tetapi, dalam keterujaan Afa, ibu kelihatan terkejut. Kaget seketika. “Abang”jerit ibu sambil berlari ke arah Mr.RA. Ibu memeluk lelaki itu.
“Apa?” Afa terkejut. Siapa Mr.RA?
Furqan juga turut terkejut.
Furqan juga turut terkejut.
“Ingat tak lagi. Saya, Rafdan Anwar yang telah pilih untuk keluar daripada kampung durjana ini. Kini, saya banyak belajar tentang dunia luar, yang lebih 100 kali ganda baiknya daripada kehidupan kampung ini. Ternyata sistem tanpa cinta ini sememangnya mengarut” Rafdan Anwar berbicara.
Afa dan Furqan terkejut. Rupa-rupanya, Mr.RA ialah ayah kandungnya sendiri yang telah dianggap meninggal dunia. Dia amat tergamam hingga air mata kering.
“Kau tahu apa Rafdan Anwar. Kau tu gila. Kau tak tahu apa apa pasal sistem ni” tengking Wak Zamani.
“Kami ada bukti tentang sistem mengarut ni” Afa mencelah. Semua penduduk ingin tahu. Wak Zamani risau.
Afa dan Furqan dilepaskan. Furqan mengambil sesuatu dari dalam poketnya dan ditunjukkan kepada semua orang. “Sebenarnya, sistem tanpa cinta ini diwujudkan oleh Wak Zamani atas kepentingannya sendiri. Akibat cintanya yang tidak pernah menjadi, dia ingin memusnahkan cinta orang lain. Jelaslah…sistem ini satu benda yang mengarut dan tidak patut diwujudkan.
Orang kampung mula memarahi Wak Zamani yang sudah tertunduk. “Wahai penduduk semua, saya isytiharkan bahawa sistem tanpa cinta dihapuskan. Pagar yang menghalang kita daripada dunia luar akan dirobohkan. Kita bebas mencintai orang lain dan bebas untuk menikmati kehidupan” kata Rafdan Anwar membakar jiwa penduduk kampung.
…
Kini, tiada lagi sistem yang mengarut di Kampung Ulu Tanah. Wak Zamani sudah ditangkap. Ibu Afa dan ayah Afa sudah bersatu kembali. Furqan dan Afa sudah saling mencintai antara satu sama lain.
…
“Afa, hari ini kita ada satu lagi tugas penting” kata Furqan ringkas sambil memperkemas rambutnya.
“Tugas apa?” soal Afa. Dia hairan walaupun sedang bercuti, masih ada tugas khas. Furqan membalas dengan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Mereka bergerak ke arah sebuah rumah kosong dan memulakan misi. Macam biasa, Afa yang akan membuka peti besi. Sebuah peti besi dapat dibuka oleh Afa. Saat dia membuka peti tersebut, dia dapat melihat sebentuk cincin di dalam bekas sahaja. Diambil cincin itu lalu direnung.
Tiba-tiba, Furqan datang dari belakang dan memegang tangan Afa. “Afa. Saya nak awak tahu, dalam kita melakukan sisatan, awak juga telah ‘menyiasat’ hati saya. Alangkah bagusnya jika kita dapat hidup bersama-sama hingga ke Jannah. Sudikah awak?” soal Furqan sambil mengambil cincin yang dipegang Afa.
Afa tersentuh. Tiada apa apa lagi yang boleh diungkapkan selain “Saya terima”. Matanya mula berair. Kini, dia sudah faham erti sebuah cinta yang sebenar. Cinta memang mendebarkan, menghangatkan dan meresahkan. Saat dia merasai semua itu, lelaki yang benar benar sudah membuka kunci pintu hatinya ialah tidak lain dan tidak bukan, Furqan, si ejen penyiasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan