Jumaat, 29 April 2016

Hati seorang Lelaki

“ Adam, mabruk atas pernikahan yang bakal berlangsung. ”, kata Ustaz Ridwan kepada Adam Fitri, anak murid kesayangan beliau selain Fatah.
“Jazakallahu khair atas doa ustaz.”, balas Adam Fitri sambil tertunduk. Malu mungkin.
Adam Fitri. Dia lelaki yang hampir sempurna. Ilmu agama yang ada menjadikannya salah seorang anak didik yang disayangi ramai guru disamping dihormati oleh pelajar-pelajarnya.
Meskipun masih muda dan sudah bekerja sebagai seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah swasta serta penceramah bebas di sekitar ibu negeri Pahang, Ustaz Ridwan amat memerlukan khidmat Adam Fitri sebagai salah seorang perawat di Pusat Rawatan Al-Mukmin yang diasaskan oleh beliau dan beberapa orang kenalan.
Perwatakan Adam Fitri yang baik dan rajin mendalami ilmu agama menjadikan dia pemuda idaman semua.
“ Tapi, Adam mesti ingat! Jangan sesekali jauh daripada Allah. Dia sebaik-baik tempat kembali. Gunakan segala ilmu yang ada dan letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. In shaa-Allah, dengan izinNya, semua akan selamat. ”, nasihat Ustaz Ridwan panjang lebar, penuh kasih sayang.
Adam Fitri tersenyum manis. Dia redha menerima nasib dan ketentuannya. Nasihat ustaz yang disanjung meresap ke dalam jiwa. Dia tahu, kini ujian baru menanti. Bukan senang menjadi tumpuan Jin A’syik. Meskipun bahana besar perlu dihadapi, Adam Fitri cekalkan hati dan tidak gentar kerana keyakinannya terhadap Allah tidak pernah berbelah bahagi.
Menjadi tumpuan Jin A’syik ini bukan perkara mudah. Ramai pesakit yang tewas dalam ujian yang melanda berpunca daripada hal ini. Jin ini akan menghuru-harakan rumah tangga insan yang disukainya. Namun Adam Fitri tidak akan menolak takdir .Dia nekad. Istikharah itu isyarat daripadaNya. Lalu,dia mengambil keputusan mendirikan masjid.
Ustaz Ridwan sering menasihati Adam Fitri agar terus membina benteng daripada gangguan jin perosak itu dengan kalamullah dan zikrullah.
Adam tersenyum tatkala menyebut nama itu.
“ Ainur Hannah. “
Ainur Hannah merenung wajahnya sendiri. Tidak menyangka bahawa dia akan bertukar status daripada ‘single’ kepada ‘married’ sebentar lagi. Dia tidak menyangka sama sekali pertemuan singkat antara dia dan Adam Fitri di Pusat Rawatan Al-Mukmin akan merubah kisah hidupnya. Dia menemani arwah ibunya mendapatkan rawatan di pusat rawatan Al- Mukmin. Aturan Allah Maha Hebat. Adam Fitri ditakdirkan menjadi perawat kepada arwah ibu kesayangannya. Terimbau saat dia ditinggalkan ibunya.
Imbas kembali.
Cuaca mendung. Alhamdulillah, jenazah Puan Ayu selamat dikebumikan sebelum Asar. Ibu kesayangan meninggalkan dirinya setelah arwah ayah yang tidak pernah ditemuinya sejak dalam kandungan ibunya lagi. Arwah ibu dan ayahnya merupakan anak tunggal jadi, dia tidak mempunyai saudara-mara. Merasa keseorangan, lafaz istighfar terbit di bibir.
“ Ain. Sabar, Semua yang berlaku mesti ada hikmah. ”, kata Adam kepada Ainur Hannah yang masih tertunduk. Namun, hati lelakinya terusik melihat air mata gadis tabah itu. Tangisan hiba gadis itu masih tidak reda, bahkan sebaliknya.
‘ Ya Allah, kalaulah aku mampu menenangkannya. ’ Namun Adam Fitri sedar, niat tidak sesekali akan menghalalkan cara.
Tiba-tiba, Ainur Hannah merangkul Adam Fitri ke dalam pelukannya. Dia menangis teresak-esak di dada bidang lelaki itu tanpa sedar!
Wajah Adam Fitri menghangat. Untuk menolaknya, dia bimbang akan menyinggung hati gadis itu. Untuk membiarkannya, dia sendiri tidak rela. Adam Fitri menolak sedikit tubuh gadis itu agar tidak bersentuhan terlalu rapat dengannya. Hatinya melafaz istighfar.
“ Eerr.. Ain, kita bukan mahram, berdosa kita berpelukan. ” Lembut tuturnya.
Ainur Hannah tersedar lantas meleraikan pelukan. Istighfar dilafazkan memohon keampunanNya.
“ Ma..ma..af.. ”
Adam Fitri menunaikan Solat Dhuha. Sebentar lagi, amanah yang harus dipikul semakin bertambah. Menikahi Ainur Hannah ialah keputusan yang diambilnya setelah mengenali gadis itu selama dua tahun. Sepanjang tempoh perkenalan, Adam Fitri tidak pernah mengabaikan Solat Istikharah, memohon petunjuk dariNya agar dipermudahkan segala urusan. Dia berserah kepada Allah. Dia yakin Ainur Hannah ialah takdir Allah untuknya.
Firman Allah : “ Lelaki ialah pelindung kepada wanita… ” ( An-Nisa’, 34 )
Adam Fitri memohon kekuatan daripada Allah SWT untuk melaksanakan amanah-Nya ini sebaiknya.
Sebagai insan yang serba kekurangan, sedikit sebanyak dirinya dilanda resah dan gundah. Takut tewas dalam ujianNya.
Nau’zubillah. ‘Ayat cinta’ Allah sentiasa tenteramkan jiwanya.
Firman Allah : “ Sesungguhnya pelindungku, Allah yang menurunkan kitab (Al-Quran). Dia melindungi orang-orang soleh. ” ( Al-A’raf, 196 )
Adam Fitri masih dihantui mimpi ngerinya. Dia didatangi bayangan dan jelmaan wanita yang amat rupawan, memperkenalkan dirinya sebagai Balqis.
“ Ingat! Kalau aku tak dapat kau, sesiapa pun tak akan dapat kau! Jangan ingat kau takkan bahagia! ”, jerit makhluk itu dengan nyaring.
“ Adam, good luck bro. Besar dah dia. Hahaha. ”, usik Fatah merangkap sahabat baiknya itu.
Lamunannya terhenti. Adam tersenyum dengan usikan nakal Fatah. Mereka melangkah ke masjid. Doa Umi dan walid yang berangkat menunaikan haji di Mekah mengiringinya.
Sebelum melangkah ke dalam masjid, Adam berasa panas. Kepalanya berdenyut. Nafasnya sesak. Ustaz Ridwan yang sedar dengan keadaan Adam menggosok perlahan belakangnya. Jubah putih sudah basah di bahagian belakang Adam Fitri dek peluh yang membasahi. Dia tidak bodoh dalam menilai apa yang sedang berlaku. Adam Fitri membaca ayatul kursi. Dia bersedia untuk segala kemungkinan.
“ Kau okey tak? ”, tanya Fatah prihatin. Risau dan khuatir jelas tergambar di raut wajahnya.
“ Hmm.. Alhamdulillah. Jom, tak sabar nak kahwin! ”
Berjenaka adalah cara terbaik untuk menghalau kegusaran sahabatnya dan Ustaz Ridwan.
Dengan sekali lafaz, Adam Fitri sah menjadi suami buat Ainur Hannah. Lafaz syukur diucap.
Ainur Hannah merasai debaran yang amat hebat saat menantikan Adam Fitri melangkah ke arahnya untuk upacara pembatalan wuduk. Seluruh perhatian dirasakan tertumpu ke arah mereka berdua! Lelaki itu tenang. Rupa indah seindah akhlaknya. Ainur Hannah membalas senyuman suaminya.
“ Asalamualaikum sayang. ”, bisik Adam Fitri ketika si isteri mengucup tangannya.
Ainur Hannah berasa sangat malu dengan situasi itu namun tatkala melihat Adam Fitri mendekatinya, dia menundukkan wajah. Tiba-tiba, Adam Fitri rebah dan tidak sedarkan diri.
Adam Fitri mencelikkan matanya perlahan-lahan. Bingung. Apa yang telah terjadi? Dia cuba mengamati sekelilingnya.
Pusat Al-Mukmin! Adam Fitri cuba bangkit daripada pembaringan namun dunia seakan – akan bergoyang.
‘ Allah..Allah.. ’, hatinya menyebut nama Allah.
“ Allahurabbi, ini ujianMu. Maka, berikanlah aku kekuatan. ”
Adam Fitri masih dalam keadaan samar-samar tetapi apa yang dapat disimpulkan, dia akan berasa sakit di bahagian kepalanya serta seluruh urat dan sendinya terasa bagai direntap kasar seandainya wajah wanita kesayangannya ditatap.
Sewaktu majlis, Adam Fitri melihat satu jelmaan buruk menjadi isterinya. Wajah Ainur Hannah yang putih kemerahan kelihatan hodoh pada pandangannya. Dia teramat yakin bahawa semua yang berlaku merupakan muslihat makhluk itu.
Balqis!
‘ Moga kita kuat ya sayang ’, kata hatinya.
“ Adam, kau okey? Dah lama kau sedar? ”, sapa Fatah yang sudah mengambil tempat di sisi katil Adam.
“ Alhamdulillah, aku baharu je sedar. Hm, mana Ain? ” Hatinya tidak tenang jika tidak tahu keadaan Ainur Hannah.
“ Kau sakit kan waktu kau nampak dia? ”
“ Ustaz Wan yang cakap pada aku tadi. Ustaz dah agak. Walaupun kau kuat, tak bermakna gangguan tu akan hilang. Now, Ain pun terkena sekali. ”
“Allah…”
Allah tak akan menzalimi takdir hamba-Nya.
Firman Allah : “ Allah tidak akan menguji hamba-hambaNya melainkan dengan kemampuannya. ” ( Al-Baqarah, 286 )
Adam Fitri berteleku di atas sejadah. Memikirkan tindakan yang perlu dilakukannya. Tidak mungkin dia akan terus meninggalkan Ainur Hannah, insan penting dalam hidupnya.
Ainur Hannah menangis lagi. Dia masih ingat apa yang diberitahu Ustaz Ridwan mengenai suaminya. Tak mungkin dia akan mendekati Adam Fitri buat sementara waktu kerana dia tidak sanggup untuk melihat lelaki kesayangannya menderita.
“ Ain harus kuat. Dia tidak akan berputus asa. Dia yakin Allah itu Maha Mengetahui. “
Firman Allah : “Katakanlah ( Muhammad ) Allah itu Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu.” ( Al-Ikhlas, 1 – 2 )
Ainur Hannah tak jemu meminta kekuatan dariNya. Rindunya kepada Adam sukar dibendung. Dia teresak lagi. Lagu ‘You are my life’ dari telefon bimbitnya menghentikan tangisan buat seketika. Tanpa melihat nama pemanggil, dia menjawab salam si pemanggil. Ain tersentap. Terasa permata jernih mengalir deras membasahi pipi.
” Awaak.. ” Suara serak Ain sudah cukup memberitahu Adam bagaimana keadaannya.
” Aiinn.. sayangg.. ”
‘ Maaf sayang ‘, hati kecilnya berkata.
” Sayang, jangan nangis. Tak cantik la. ”
Hakikatnya,dia juga sedang bertahan di hadapan tembok sabar.
” Abang okey? Sakit lagi? ”
” In shaa-Allah, dah okay, lagi okay kalau Ain ada. Ain datang ye. ”
” Ain tak nak abang sakit. Sebab Ain… ”
” Ain, ini ujian. Allah tahu kita mampu sebab tu Dia uji. Ain datang esok ye. Abang tunggu.”
” Lepas Ain uruskan urusan kenduri ni, Ain cuba pergi ye. Tapi Ain tak janji tau.”
Ain melakukan solat tahajjud memohon pinjaman kekuatan daripada-Nya.
“Doa saat tahajjud umpama anak panah yang tepat menuju sasaran. ” ( Al-Imam As-Syafie’ )
Dia juga memohon petunjuk dalam istikharahnya. Apa yang harus dia lakukan untuk bertemu Adam Fitri dalam keadaan suaminya itu tidak akan sakit?
Adam Fitri menunggu kehadiran Ainur Hannah sambil berzikir sepenuh hati diselangi ayat-ayat Quran. Dia terlelap dalam pengharapan.
” Terima kasih Fatah “, ucap Ainur Hannah kerana menunjukkannya bilik Adam Fitri.
” My pleasure. Hm, Ain banyakkan bersabar ea.”
” In shaa-Allah “, Ainur Hannah hanya senyum.
Dia melangkah ke arah katil. Wajah Adam Fitri yang tertidur sambil bersandar pada kepala katil ditatap bersama senyuman.
Ainur Hannah melabuhkan punggung di sisi suaminya. Dia yakin bahawa niqab yang dipakainya mampu menghijab wajah itu daripada dilihat Adam. Hanya mata yang kelihatan. Air matanya bergenang. Ainur Hannah memeluk Adam Fitri erat dan menangis teresak-esak di dada bidang suaminya. Lelaki yang dirinduinya.
Adam Fitri terjaga namun tidak melatah. Tangannya mengusap kepala yang dilitupi niqab itu.
‘ Alhamdulillah ‘, ucap Adam Fitri dalam hati.
Adam mengucup kepala isterinya dan berserah kepada Allah. Ain mengeratkan pelukan.
Firman Allah : ” Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya dan jangan kamu mengkhianati amanah yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui. ” ( Al-Anfal, 27 )
Isteri itu amanah. Dia sangat merindui isterinya. Dia harus bersama Ain. Tapi..
Imbas kembali…
Adam dan Ain berjalan beriringan menuju ke taman bunga yang terletak di bahagian belakang Pusat Al-Mukmin. Sambil berjalan, Ain memaut erat pinggang Adam.
Namun, dia sudah rasa lain macam. Dahinya berpeluh namun Adam Fitri cuba bertahan. Dia masih mahu bersama isterinya.
” Abang, dah nak Maghrib. Ain balik dulu ye.” sambil mengucup tangan suaminya.
Adam Fitri masih tidak mahu melepaskan tangan itu.
” Abang ikut balik ye. Lagi pun cuti sekolah dah nak habis. Banyak kerja yang tertangguh.”
Ain tersenyum di sebalik niqab. Matanya redup merenung wajah imamnya itu. Rasa berat untuk berpisah. Adam Fitri terpaku merenung mata bundar itu. Dia nekad dia mahu melihat wajah Ain, isterinya. Niqab dileraikan.
” Aaaiinn… “, Adam Fitri cuba mengatakan sesuatu sebelum mengerang kesakitan.
Ainur Hannah gelisah. Dia mengikat niqabnya lalu menghampiri suaminya yang terduduk.
Adam Fitri sempat melaung nama Allah.
” Allah.. arghh! arghh! ”
” Abang, Ain panggil ustaz.. ”
Ainur Hannah bangun untuk meminta bantuan. Tetapi pergelangan tangannya dicengkam kuat oleh Adam Fitri.
” Mati kau! Mati! “, jerkah Adam bagai dirasuk. Ain ditolak hingga tersembam ke atas tanah.
” Abang, ingat Allah. Ni Ain, bang. ”
Ain bingkas bangkit namun kesakitan yang dialami membataskan pergerakannya.
Adam Fitri terus memukul wajah Ainur Hannah sehingga bibir wanita itu tercedera. Dahi Ainur Hannah juga lebam. Dia berjalan ke arah Ainur Hannah.
” Aaiinn, argh! laa..laarii ! “, kata Adam sebelum rebah.
Adam Fitri membaca Quran. Sudah tiga hari dia tidak mendengar suara isterinya . Rasa bersalah masih menebal. Dia tidak kisah jika dirinya sakit, namun dia tidak sanggup Ain terluka di tangannya sendiri.
Adam melihat skrin telefon bimbitnya. Hampir seratus panggilan dan mesej daripada Ainur Hannah yang masih tidak dijawab. Hatinya pedih mengenangkan tindakan luar kawalnya.
Adam Fitri masih ingat dengan jelas dengan suara rayuan Ain yang ingin bertemu dengannya semalam. Namun, Adam berkeras tidak mahu berjumpa dan mengunci diri di dalam bilik.
” Abangg, Ain nak jumpa abang… ”
” Abaangg… ”
” Tak rindu Ain ke? ”
Adam Fitri terpaksa.
‘ Maaf sayangg ‘, jerit hati kecilnya.
Teringat hadis Rasul Allah yang bermaksud,
“Allah lebih mencintai Mukmin yang kuat berbanding Mukmin yang lemah.. ”
Lamunannya terhenti dek sapaan daripada Fatah. Adam mengesat air matanya. Malu.
” Adam, wife kau demam panas kat rumah sorang-sorang. Tadi kawan dia telefon aku suruh beritahu kau sebab phone kau off.”
Adam tersentak. Allah..
Ustaz Ridwan berdiri di hadapan pintu bilik Adam. Fatah meninggalkan mereka untuk seketika. Mungkin Ustaz Ridwan mampu memujuk Adam Fitri.
” Adam, boleh ustaz cakap sikit? ”
Adam Fitri hanya tersenyum seraya mengangguk. Menyembunyikan duka mungkin.
” Adam tak boleh abaikan Ain walau apa pun. Apa yang berlaku, mesti ada cara untuk atasinya. Sebagai hamba, kita hanya perlu ikhlas dan redha di samping ikhtiar. ”
” Adam tak mahu dia tercedera. “, jelas Adam.
“Jadi,sekarang,Ain tak cedera? Hati dia okay? Tak jugak kan? ”
Adam terpukul dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Wan.
“ Allah,apa yang dah aku lakukan? “, Adam menyoal dirinya sendiri.
‘ Ain,tunggu abang,sayang.. ‘
Adam Fitri nekad. Selepas beristikharah memohon petunjuk, dia mengambil keputusan untuk kembali bersama isterinya. Selang masa antara maghrib dan isyak, Adam membaca Al- Quran dengan sepenuh penghayatan. Dia cuba membina benteng kukuh dalam dirinya, dia yakin pada bantuan Allah.
” Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, dan Engkau ialah Tuhan yang Maha Penyayang antara semua penyayang… ” ( Al-Anbiya’, 83 )
Adam Fitri menyebut kalam Allah berulang kali. Terasa kerdil diri mengenangkan dirinya seorang hamba yang begitu lemah.
Ainur Hannah berdoa bersungguh – sungguh. Meskipun masih lemah, dia sesekali tidak akan meninggalkan solat.
” Ya Allah Maha Mengasihani, sewaktu daku dalam kandungan ,Kau telah mengambil ayahku lalu aku tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah,.. ”
” Saat daku sudah redha, Kau ambil pula Ibu kesayangan yang juga teman buatku dan Kau pinjamkan kekuatan untuk ku teruskan kehidupan..”
” Kemudian, Kau temukanku dengan cinta fitrah dan saat ini, Kau uji daku dengan perpisahan. Ya Allah, sungguh daku manusia yang berduka namun aku tahu aku tidak akan kecewa, kerana aku tidak berseorangan. Aku yakin Kau sentiasa bersama.. ”
” Allah, pinjamkan aku sedikit masa bersama imamku, aku rindu padanya. ” Air mata ditepis.
“Allahumma amin..” Suara lain mengaminkan doanya.
Suara itu membuatkan Ainur Hannah lekas berpaling. Benarkah apa yang dilihatnya?
Adam Fitri melangkah ke arah Ainur Hannah yang sudah bangun daripada tikar sejadah. Kaku merenung ke arah suaminya.
Adam Fitri memandang isterinya yang sedang merenungnya. Wajah itu suci dihiasi wuduk.
Tanpa berlengah, Adam Fitri merangkul wanita kesayangannya ke dalam pelukan. Ainur Hannah menangis teresak-esak dalam pangkuan Adam Fitri.
Ain pantas meleraikan pelukan. Adam Fitri kaget.
” Sayang? ”
” Sayang marah abang? ”
Ainur Hannah membelakangi suaminya.
” Abang, Ain tak pakai purdah. Keluar dulu ya. Ain tak nak abang sa.. ”
Belum sempat Ainur Hannah menyudahkan ayatnya, Adam Fitri bertindak memeluk pinggang Ainur Hannah dari belakang. Erat.
” Faiza ‘azamta fatawakkal ala’ Allah ”
‘ Sesiapa yang sudah berazam, maka bertawakal lah kepada Allah. ‘
Ain terharu. Adam cuba bertahan. Meskipun kepalanya sudah mula berdenyut, namun dia yakin Allah akan membantunya.
Ain berdebar lantas cuba memejamkan matanya.
” Ya Allah, Ya Tuhanku, hindari kami dari syaitan dan singkirkan syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak). ”
Adam Fitri membuka matanya. Lafaz tahmid diucapkan. Dia mengerling ke sisi.
Ainur Hannah, wanita halal untuk dicintainya. Tampak polos wajah itu tatkala sedang lena.
Adam Fitri meleraikan pelukan lalu menjarakkan diri. Jam menunjukkan 5 pagi.
Tahajjud memanggilnya. Dia mendekatkan wajahnya untuk melihat wajah Ain dari dekat.
” Sayangg, bangun.. “
“ Sayanggg.. “
” Oo, baby wa honey wa guni.. “
” Aikk,ape aku merepek ni? Haha “,kata Adam sambil tertawa kecil. Bahagia.
” Guni? ” Ain tersenyum. Tawa mereka bersatu.
Allah itu Maha Berkuasa. Adam Fitri seolah-olah mendapat kekuatan baru. Tiada lagi kesakitan yang dialaminya selepas malam itu. Malam seribu makna.
Firman Allah : “Dan antara tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri- isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya antaramu rasa cinta dan belas kasihan.” ( Al-Rum, 21 )
Adam Fitri sudah mengajar di sekolah seperti biasa dan Ainur Hannah bertugas sebagai seorang pensyarah.
Kegembiraan mereka yang lenyap pada awalnya seolah-olah dipulangkan kembali.
” Abang, salam dulu. “, pohon Ain sebelum Adam melangkah ke sekolah.
” Abang pergi dulu,tapi abang tanya sikit, boleh? ”
” Apa? ”
” Kenapa putih berseri seri je hari ni? “, tanya Adam dengan wajah nakalnya.
” Putih? Kenapa? Terpikat? “, jawab Ain menjawab gurauan Adam.
“ Huish, gila tak terpikat? ”, balas Adam Fitri sambil mengenyitkan mata.
‘ Kekalkanlah kebahagiaan ini Ya Rabb. ‘
Adam mengimami solat Maghrib. Setelah selesai berdoa, dia menyambut salam Ain.
” Abang, Ain mintak maaf. ” Ucapan yang sering dikatakan Ain.
” Abang pun, okey? “, Adam membalas dan mengucup dahi isterinya.
Tiba-tiba, Ain rebah di dalam pelukan Adam.
” Ain? Sayang?! ”
Adam Fitri merenung langit. Bintang di langit tidak menunjukkan diri. Mungkin akan hujan.
Antara waktu mustajab doa ialah pada waktu turunnya hujan. Adam Fitri memejamkan matanya.
Istighfar dilafazkan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : ” Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, Allah akan melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakan rezeki dari sumber yang tidak diketahui. ” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Imbas kembali..
Adam Fitri menanti kedatangan doktor dengan debaran. Baru sebentar tadi, isterinya dibawa masuk ke dalam bilik rawatan.
” Adam, aku harap kau banyakkan bersabar. ”, kata doktor yang memakai tag nama ‘Madihah’ merangkap sahabatnya sejak berada di sekolah menengah lagi.
” Er, kenapa dengan wife aku? ” Jelas keresahannya.
” Ain koma. Ada darah beku dalam otaknya. Angin ahmar kecil. ”
” Allah. ”
” Adam, hm dan.. Ain mengandung dua bulan.”
Kaget.
” Apa? Apa yang boleh kita ikhtiarkan?Aku masih tak faham.. ”
” Kita hanya mampu untuk tunggu dan lihat. Darah beku yang tumbuh dalam otak Ain tidak besar, tapi kalau darah beku tu menutup laluan salur darah, keadaan jadi bahaya. ”
” Pembedahan tak boleh dijalankan? “, soal Adam.
” Andai pembedahan dijalankan, peratusan untuk Ain sedar cepat itu tinggi, tapi cecair Warfarin yang digunakan untuk mencairkan darah beku akan menjejaskan keadaan janin. ”
” Buat masa ni, kita tunggu hingga ada perkembangan terbaru. “, sambung doktor muda itu.
Adam Fitri akur. Dia redha. Terngiang-ngiang suara Ainur Hannah beberapa hari lalu..
” Cuba teka ni siapa? “, tanya Ain dengan tangannya menutup mata Adam dari belakang.
” Baby wa honey wa guni! “, gurau Adam Fitri dengan suara yang dibuat buat manja.
Tawa mereka bersatu. Ainur Hannah melepaskan tangannya.
” Isy, kenapa guni ? “, tanya Ainur Hannah sambil duduk di atas ribaan suaminya.
Adam Fitri tertawa.
” Alahai, bosan ke sayang sampai kacau abang ni? “, tanya Adam Fitri sambil membelai rambut Ain.
” Ain nak tanya abang ni. ”
” Tanya apa? ”
” Kalau abang la, abang nak Ain mati dulu ke abang dulu? ”
” Isy,kenapa tanya macam tu? ”
” Alaa, jawabla Ustaz Adam.. “, Ainur Hannah meleretkan suara.
” Abang harap Ain pergi dulu. “ Tenang sambil menanti reaksi Ainur Hannah.
” Ain tahuuu. “, jawab Ain sambil merebahkan kepalanya ke atas dada suaminya.
” Iya? Kenapa? “, terasa bergetar suara Adam.
” Sebab, abang tak kan biarkan Ain dimandikan dan dikafankan orang lain. Disolatkan dan dikebumikan tanpa diketuai abang, kan? “, terasa sayu suara Ainur Hannah.
” Betul,sayang. “, kata Adam sambil mengusap kepala isterinya.
Adam Fitri melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan isterinya. Lalu,dia melangkah perlahan ke arah Ainur Hannah sambil menahan hati yang semakin pedih tatkala melihat tubuh isterinya yang memerlukan bantuan mesin pernafasan untuk membekalkan bekalan oksigen.
” Ainnn.. “, seru Adam Fitri seketika. Terasa dirinya terlalu lemah tika ini.
Dia menggenggam erat tangan Ainur Hannah. Seolah-olah menyalurkan kekuatan.
” Ain, bangun sayang.. bangun.. ”
Tika ini, suara lelaki ini seperti bergema di halkumnya sahaja. Sungguh, seolah-olah jiwanya juga turut lumpuh. Adam Fitri mengucup tangan Ainur Hannah sepenuh hati.
Seluruh kasihnya tertumpah pada wanita itu. Adam Fitri benar-benar dihanyut perasaan duka.
” Ain, siapa nak jadi makmum abang? Abang tadi tak solat jemaah pun tau. ”
Kedengaran tangisan lelaki itu memecah keheningan malam. Memilukan hati sesiapa yang mendengar.
Adam Fitri menghantar kepulangan umi dan walidnya yang menziarahi Ainur Hannah sebentar tadi.
Imbas kembali…
” Umi tak sangka Adam kuat orangnya. “, kata umi sebelum pulang.
” Kenapa umi cakap macam tu? “, tanya Adam Fitri hairan.
” Makin kuat seseorang tu, makin sering diuji, makin berat juga ujian. “, celah walidnya pula.
” Allahumma aamiin. “, Adam Fitri mengaminkan doa orang tuanya.
Adam Fitri mengusap perut yang sudah mula membesar. Sudah hampir dua bulan Ainur Hannah tidak menyedarkan diri. Namun, tidak sesekali Adam Fitri akan mengalah.
Allah juga berjanji.
“Mintalah apa sahaja dariKu,nescaya akan Aku berikan.”
Adam Fitri tidak pernah berhenti berdoa. Begitu juga Ustaz Ridwan dan para pelajarnya juga sering melawat Ainur Hannah di hospital.
Adam Fitri akan membersihkan Ainur Hannah dan menguruskannya daripada hal dalaman sehingga hal luaran.
Dia tidak pernah tinggal mengaji. Setiap kali lepas solat, Adam Fitri akan membaca apa-apa surah di sisi Ainur Hannah.
Dia memejamkan matanya.Terasa hangat di tubir mata seakan tidak tertanggung lagi mutiara yang ditahan.
” Ainnn.. ”
Allah berfirman : ” Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepadaKu. ”
( Al-Baqarah, 186 )
Adam Fitri mengucup dahi isteri tercinta.
Adam Fitri merenung wajah polos milik Ainur Hannah.
” Subhanallah, tenangnya wajah sayang. “, Adam Fitri mula meluahkan rasa.
Air mata lelakinya mengalir lagi.
” Abang, Ain suka abang baca satu doa ni untuk Ain. “, kata Ain sambil membutangkan jubah Adam yang ingin ke masjid.
” Doa apa sayang? ” Pinggang Ainur Hannah dipaut dan diraih ke dalam pelukannya.
Ainur Hannah muncungkan bibirnya.
” Ala, tak nak kawan. “, Ain cuba melepaskan diri daripada pelukan.
Adam Fitri tersenyum. Namun pelukan dikemaskan.
Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Ainur Hannah seraya berbisik,
“Ya Tuhan kami,anugerahkan kami isteri-isteri dan keturunan yang menjadi penenang hati bagi kami dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” ( Al-Furqan, 74 )
” Yeay! “, Ain bersorak gembira.
Adam Fitri membuka matanya. Hatinya sebak. Dia mencium perut isterinya yang turut membawa anak mereka bersama.
” Sayang sabar ya. Abang ada untuk sayang. “, Adam Fitri menangis lagi buat sekian kalinya.
Tiba-tiba, terasa berdesing telinga kirinya.
” Adaamm, kau milik aku! Aku bunuh perempuannn ni! ”
Dia terpempan. Balqis!
Adam Fitri membuka mata.
” Astaghfirullahalazim, tertidur rupanya. “, Adam Fitri mengerling ke arah Ainur Hannah yang masih tidak sedarkan diri.
Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Adam Fitri bergegas ke surau untuk bertahajjud.
Dia terus memohon petunjuk. Teringat kata-kata Doktor Madihah mengenai keadaan Ainur Hannah semalam.
” Sebenarnya, kalau mengikut laporan. Ain dalam keadaan stabil kerana aktiviti otak mampu menggerakkan darah beku yang tumbuh sebab saiznya yang kecil. Aku tak dapat kesan sebab utama Ain masih koma. “, jelas Dr. Madihah.
” Allah, inikah petunjukMu? ” , soal Adam Fitri dalam doanya.
Pagi hari minggu itu, Adam Fitri meminta pertolongan para pelajarnya untuk membacakan ayat-ayat Ruqyah di bawah bimbingan Ustaz Ridwan. Fatah dan rakan-rakannya turut hadir dalam proses rawatan itu.
Ini lah ‘mesej’ dari Allah. Sakit yang berkaitan dengan gangguan jin!
Adam Fitri berteleku di atas sejadah di surau hospital. Di dalam kamar rawatan Ainur Hannah sudah bergema bacaan ayat suci Allah.
” Ya Allah, sesungguhnya, hidupku, matiku hanya untukMu. Benar, aku terlalu menyayangi isteriku namun tetap tidak melebihi cintaku padaMu dan RasulMu.”
” Ya Rabbul Izati, Pemilik segala hati, jika aku Kau masukkan ke dalam Syurga, izinkan aku memilih isteriku, Ainnur Hannah sebagai ketua bidadariku semula. ”
Dari luar, Ustaz Ridwan memerhatikan Adam.
‘ Adam, Allah bersama orang yang sabar. ‘, getus hati tuanya.
Adam Fitri melangkah ke arah katil isterinya.
” ..Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Allah ialah sebaik baik pelindung. ”
( Al-Imran, 173 )
” ..Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya. ” ( Al-Ghafir, 44 )
Adam Fitri membuka segala jenis alat pernafasan yang ada pada tubuh isterinya. Keadaan Ainur Hannah mula tidak stabil. Nafas mula tidak teratur.
Adam Fitri menundukkan wajahnya. Dia berzikir sepenuh hati dan diikuti dengan ayat-ayat suci al-Quran yang lain di sisi Ainur Hannah. Satu jeritan nyaring kedengaran.
” Prangg ! ” Gelas kaca terpecah dengan sendiri.
Keadaan di luar kamar tegang. Para doktor dan jururawat juga berkerumun di sekitar bilik.
Nafas Ainur Hannah mula perlahan dan berhenti. Tiada lagi jeritan nyaring yang membingitkan telinga.
Adam Fitri redha. Isterinya sudah tiada. Adam Fitri teresak. Dia juga lelaki biasa. Namun,sedaya upaya dia mengikhlaskan hati.
” Ainnn. ”
Adam mengucup dahi isterinya. Terasa air matanya jatuh ke pipi Ainur Hannah.
” Aabang.. “, terdengar suara yang dirinduinya begitu hampir dengannya.
Adam Fitri mengangkat wajah. Allah.. Alhamdulillah..
Dia melepaskan pelukan lalu terus melakukan sujud syukur. Kemudian, dia kembali memeluk isterinya yang dirindui.
Kedengaran esak tangis mereka bersatu. Ustaz Ridwan dan mereka yang melihat turut mengucap syukur.
” Sayang ni,makin lasak pulak,hati-hati. “, kata Adam Fitri kepada Ainur Hannah yang sedang mendaki tangga ke bilik.
” Argh! Abaangg! “, jerit Ainur Hannah dari tingkat atas.
Adam Fitri terpempan. Dia berlari menuju ke kamar.
” Sayang?! Sayang okey? ”
Adam Fitri melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka dengan hati yang hampir luluh! Risau!
Namun, isterinya tidak kelihatan. Tiba-tiba, terasa ada tangan yang menjalar di pinggangnya. Adam Fitri tersenyum.
” Sori, Ain rinduu. “, rengek Ainur Hannah manja.
” Ain ni.. ”
Malam itu, Ainur Hannah kembali ke pangkuan imamnya. Namun hakikatnya, Allah ialah Pemilik Segala Cinta. Jika hati ikhlas mengakui hakikat itu, maka selamanya hati tak akan kecewa.

Khamis, 14 April 2016

Kerana aku

Aku disergah dari belakang.
“Apa yang kau menungkan tu? Masih teringatkan dia? Talipon lah. Tak pun kau Whatapps.” bertubi-tubi soalan dan cadangan diajukan pada aku.
Talipon? Tak mungkin dia akan menjawabnya. Lebih-lebih lagi bila perkataan ‘Blocked’ yang tertera setiap kali Hp berdering. Whatapps? Berkali-kali juga mesaj yang aku hantar tapi tak pernah dibalas. Kalau tak kerana kecanggihan teknologi sekarang ini, tak mungkin aku tahu mesaj aku sudah dibaca ataupun tidak. Tapi aku tahu mesaj yang aku hantar telah pun dibaca kerana di bawah nama dia ada tertera ‘last seen (date & time)’.
Aku sedih. Terasa sangat kehilangan seseorang. Seseorang yang aku anggap sahabat. Ya, aku kehilangan sahabat yang aku sayang.
“Kau nak aku talipon dia? Ataupun aku cari dan jumpa dia?” sekali lagi SyaQina bertanya. Aku masih lagi tidak menjawab.
“Han, aku sedih tengok kau macam ni. Kau dah seperti dulu lagi. Kenapa kau sering ketepikan kebahagian kau?” aku tahu SyaQina cuba memujuk aku. Aku tahu SyaQina ingin sangat tahu apa sebenarnya yang terjadi sehingga aku kembali semula kepada sikap asalku.
“Maafkan aku, Han. Kalau tak kerana aku tak mungkin kau jadi macam ni. Kalau tak kerana aku tak mungkin kau kenal dia.” SyaQina mula menyalahkan dirinya sendiri.
++++
“Han, barang ni aku nak kasi pada kawan FB aku. Niat aku nak jumpa dia tapi aku terpaksa balik Jakarta. Mungkin lama baru aku balik sini. Aku akan berangkat ke German dari sana nanti.” SyaQina meminta bantuan aku. Satu paper bag besar diserahkan.
“Kau ni Qina. Asal tak kau courier je macam dulu? Ingat aku ni postwoman kau ke?” SyaQina hanya tersenyum.
“Alah, sorry lah babe. Aku tak ada time lah nak hantar kat Post Office tu. I owe you one, ok.”
“Manalah tahu lepas kau jumpa dia, terbukak sikit jiwa kau untuk berkawan dengan lelaki.” SyaQina menepuk-nepuk nakal bahuku.
“Yelah tu. Lelaki eh? Buat aku pening kepala je.” aku mendengus.
“Oklah Han, ni Hp aku. Kau pakai Hp ni untuk berkomunikasi dengan dia. By the way, I think he can be your friend too.” SyaQina tersenyum memberi keizinan.
++++
“Thanks kerana sudi temankan I hari ini.” aku mengucapkan terima kasih.
“Thanks to you too.” Farid membalas.
Farid. Itulah nama dia. Nama yang sering menemankan aku dikala aku sedang suka dan duka. Dialah yang telah membuat aku tersenyum dan ketawa semula. Setelah terlalu lama jiwa aku mati dan setelah 2 tahun aku digantung tak bertali.
Hubungan kami rapat. Ibarat teman tapi mesra. Aku akui sudah mula sukakan dia. Mungkin juga aku jatuh hati padanya. Terasa seperti cinta pertama yang pernah aku lalui. Tapi semuanya hanya sementara. Kebahagian yang aku rasa bertukar menjadi hampa.
++++
“Aid, apa hubungan kau dengan Han? Kau kene ingat, Han tu masih lagi isteri orang. Tak baik kau keluar berdua-duaan, Aid. Mama tak kisah kalau kau nak berkawan tapi Mama harap sangat kau jangan keluar dengan Han lagi.” Farid memandang Puan Farida, mamanya.
“Mama bukan memilih. Mama akan terima siapa saja pilihan Aid. Walaupun jodoh Aid dengan janda ada anak pun Mama akan merestuinya asalkan bukan dengan isteri orang. Berdosa Aid runtuhkan rumahtangga orang.” Farid termenung sejenak.
“Tapi Aid sayangkan Han. Aid kesian tengok Han teraniaya. Han berhak untuk bahagia. Mungkin selama ini Han hanya mampu memendam rasa kerana tak ada teman untuk diluahkan perasaannya. Aid betul-betul sayangkan Han, Mama.” Farid meluahkan isi hatinya.
Aku tahu dan aku dapat rasakan Farid juga mula sayangkan aku. Ya, kami sudah saling sayang menyayangi. Teramat sayang.
“Aid, biarlah Han selesaikan masalahnya dulu. Mama tak nak Han buat keputusan hanya kerana dah terpengaruh dengan harapan yang Aid berikan pada Han.” Puan Farida mengalihkan punggungnya dan duduk bersebelahan anak bujangnya yang kedua.
“Aid, berbual atau ber-sms dengan unsur kasih sayang pun dah kira berdosa. Apa lagi bila keluar berdua-duaan. Mama harap Aid cakap dengan Han baik-baik. Insya Allah, kalau dah jodoh Aid dengan Han pasti tak ke mana.” Farid menghela nafas panjang.
‘Kau kan slalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat ku miliki
Jiwaku kan slalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untukku
Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya
Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya
Mengapa cinta ini terlarang
Saat ku yakini kaulah milikku
Mengapa cinta kita tak bisa bersatu
Saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu
Nyanyian lagu Cinta Terlarang dari The Virgin seakan memahami hati dan perasaan Farid kini.
++++
“Dah setahun Han dengan Kim. Entah abah dapat lihat korang nikah ke tidak.” tanganku di usap lemah.
Aku menziarahi abah Hakim di hospital. Sebak hatiku. Abah tersenyum lesu.
Aku cuba mengukirkan senyuman. Setahun. Ya, genap setahun sahaja aku merasakan kasih sayang cinta sejatiku. Dalam hati kecilku seakan-akan ingin menjerit memberitahu semua perkara yang sebenar. Mereka tidak tahu status aku dengan Hakim sekarang.
Kian ramai saudara-mara yang tak henti-henti datang menziarah. Aku memberi laluan pada mereka dan meminta keizinan untuk pulang setelah bersalaman. Belum sempat aku keluar dari wad, tiba-tiba tangan ku disambar.
“Han, boleh cik cakap sekejap?” Wak Imah, makcik Hakim memegang tanganku. Aku mengangguk setuju. Seketika Wak Imah juga memanggil Hakim dan membawa kami ke satu sudut jauh dari wad abah.
“Sebenarnya Wak sedih tengok abah. Dah berkali-kali dia ucapkan yang sama. Entah dapat tengok korang nikah atau tidak.” aku terasa hiba. Aku hanya diam membisu.
“Kalau boleh, Wak cadangkan korang cepatkan tarikh pernikahan korang. Kalau bolehlah kurang 6 bulan dari sekarang. Cubalah korang berbincang. Wak dah bincangkan dengan ibu. Ibu pun setuju.” bersungguh-sungguh Wak Imah memberi cadangan.
“Maafkan Han, Wak Imah. Han nak balik sekarang.” aku langsung pergi meninggalkan Hakim dan Wak Imah.
++++
Haiz… Itu jugalah cadangan yang aku sarankan pada Hakim ketika abah di masukkan ke hospital buat kali kedua. Tetapi cadangan aku disalah ertikan. Malah aku dituduh mementingkan diri sendiri.
“Abah Kim sakit kat hospital pun Han tetap nak cakap pasal nikah! Kenapa? Han takut tak kahwin ke?” herdik Hakim.
Itu jugalah kali pertama Hakim bertutur kasar dengan aku.
“Han, Kim minta maaf. Sebenarnya Kim nak putuskan pertunangan kita.”
“Kim nak tumpukan sepenuhnya pada keluarga. Han tahukan Kim anak sulung. 2 adik Kim masih sekolah. Angah baru je masuk NS. Ibu tak bekerja. Abah pulak terpaksa retire awal.” Hakim seakan meminta aku faham akan keadaannya.
“Tapi kita tak payah kasi tahu parents kita. Insya Allah, nanti bila abah beransur sihat, Kim akan jelaskan pada mereka dan juga parents Han.” Hakim tampak serius dengan kata-katanya.
Aku terpaksa ikutkan kemahuannya. Sebagai anak sulung dan penyara tunggal dalam keluarga, aku terpaksa akur dengan keputusannya.
Rasa kasih sayang cinta sejati hilang sekelip mata. Aku benar-benar sedih tapi aku redha dan selalu berkata mungkin Allah ingin berikan aku yang terbaik dari yang ini.
++++
“Macam mana dengan cadangan Wak Imah tempoh hari? Han setuju?” kedengaran suara Puan Mastura di hujung talian.
“Cik dah tanya Hakim?” aku pula bertanya.
“Sudah. Kim kata dia ikut je mana yang baik. Han macam mana?” balas Puan Mastura.
Hah?! Ikut aje mana yang baik? Jadi apa yang aku usulkan dulu tak baik? Bila ibu dan makcik cadangkan baru baik baginya?!
“Susah Han nak cakap, cik. Sebenarnya Han dan Hakim dah putuskan pertunangan kami. Hakim yang minta begitu.” aku memberitahu.
“Putus?! Bila? Kim tak cakap apa-apa pun. Takpe, nanti cik tanya Kim.” segera talian dimatikan.
++++
“Han, kita cepatkan tarikh pernikahan kita.” pinta Hakim.
“Kim nak kita cepatkan apa? Kan pertunangan kita dah diputuskan.” aku cuba mengingatkan keputusan Hakim.
“Han, Kim minta maaf. Kim tak sepatutnya buat keputusan itu dulu. Kita teruskan. Kita cepatkan tarikh pernikahan kita.” pinta Hakim sekali lagi.
“Atas dasar apa sekarang Kim nak teruskan hubungan kita ini? Kerana keluarga mendesak? Bukan kerana niat asal Kim dulu kan? Han tak nak kita teruskan kerana Kim terpaksa. Bukankah Han pernah cadangkan yang sama seperti keluarga Kim rancangkan?” aku ingin kepastian.
“Kim tahu Kim salah. Maafkan Kim, Han. Kim sayangkan Han. Kim sayangkan Han sama seperti dulu. Tak ada bezanya. Please Han. Kita teruskan cinta kita.” Hakim memegang tanganku dengan penuh harapan.
++++
“Hello, Papa. Ihan ni. Ihan kejut mama tapi mama tak bangun-bangun. Papa balik ok. Ihan dan Ihana takut.”
“Kenapa dengan Han ni? Kalau stress sangat kat kerja tu, berhenti sajalah. Nasib baik Ihan talipon Kim. Kalau tidak mati keras Han kat rumah tadi.” itulah yang aku dengar sebaik saja aku tersadar.
Aku telah pengsan. Doktor kata tekanan degupan jantung aku terlalu lemah. Sebenarnya dadaku terasa amat sakit selepas solat subuh. Sakit hingga menebus kebelakang dadaku. Aku berfikiran jika aku tidur mungkin sakit dadaku berkurangan. Namun jangkaan aku meleset.
Sejak aku menikahi Hakim tak pernah pun sekali dia ucapkan sayang padaku. Malah sikapnya yang tidak mempedulikan aku semakin menjadi-jadi setelah abah meninggal dunia sejak 2 tahun lalu. Genap 11 tahun usia perkahwinanku. Aku sudah pun mempunyai dua orang anak. Raihan 10 tahun dan Raihana 6 tahun.
2 tahun itu juga aku sering ditinggal-tinggalkan oleh Hakim. Rumah perkongsian kami hanya setakat persinggahan saja. Hakim hanya pulang ke rumah apabila aku keluar bekerja. Hakim akan berjumpa dan membawa anak kami sesuka hatinya.
Memang Hakim masih lagi menjalankan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah dan bil bulanan tapi ianya tidak cukup sempurna. Seolah-olah aku hanya pengasuh untuk anak kami dan mungkin juga orang gaji untuk menguruskan segala hal dalam rumah aku sendiri.
Apakah erti pernikahan tanpa belaian kasih sayang atau gurau senda dari seorang suami?
Apakah aku tak layak untuk mendapatkan kasih sayang dan cintamu seperti dulu, Hakim?
Apakah aku persinggahanmu hanya kerana kau mengikut kehendak orang tuamu dulu?
Apakah kau tidak ikhlas menikahi aku, Hakim?
“Kim, maafkan Han sekiranya Han menyusahkan Kim selama ini. Kim, tolong lepaskan Han. Han tak sanggup meneruskan rumahtangga kita. Rumahtangga yang ibarat kapal tanpa nakhoda. Apalah erti rumahtangga kita ini, Kim?” aku terpaksa luahkan.
“Apa Han merepek ni? Apa yang tak kene dengan rumahtangga kita?” Hakim membentak.
“Kim tak rasa apa yang Han rasa? Atau Kim sengaja nak sakiti hati Han?” balas aku.
“Rasa apa Han? Kan Han jugak yang setuju kita nikah. Hakim dah ikut kata Han jugak kan.” jelas Hakim.
“Ya. Memang Han setuju tapi setelah Kim tak sudah-sudah memaksa dan mendesak Han supaya terima Kim semula! Kim lupa siapa yang putuskan pertunangan kita! Kenapa kini Kim salahkan Han!” aku seperti tidak percaya Hakim berkata begitu pada aku.
“Jadi selama ini, Kim cuba menjadi anak yang baik pada pandangan mata keluarga Kim kerana setuju dengan rancangan mereka? Kim buat Han sebagai pak sanggup untuk sempurnakan hasrat Kim?”
“Sungguh kejam, Kim! Han tak sangka tiada keikhlasan langsung dalam pernikahan kita ini. Han rasa tertipu dan terperangkap dengan desakan Kim dulu. Han ingatkan Kim bersungguh-sungguh ingin teruskan cinta sejati kita. Sampai hati Kim memperalatkan Han.” kini barulah aku sedar siapalah aku disisi Hakim yang sebenar.
Hakim memang anak yang baik. Wataknya yang pendiam dan sukar untuk mengatakan tidak pada orang tuanya. Segala keperluan keluarganya diambil tahu. Tanggungjawab sebagai anak lelaki malah anak yang sulung amat aku hormati.
Hubungan mesra aku bersama Hakim hanya dapat dilihat apabila berdepan dengan keluarga dan saudara-mara aku dan dia. Bahagia sungguh aku. Seperti sebuah keluarga yang cukup sempurna.
Tapi sayang, ianya cuma setakat lakonan semata-mata. Hakim seakan lupa pada tanggungjawab ‘ijab dan qabul’. Lupa akan ikrar lafaz taklik semasa nikah dulu. Aku juga punya hak sebagai isteri. Hak sebagai ibu pada anak-anak kami.
++++
“Han, mana Ihana? Kan tadi Ihana dengan Han? Asal tak pimpin dia? Tak boleh haraplah! Anak sendiri pun cuai nak jaga! Tak guna!” tengking Hakim sambil kedua tangannya menggengam dan menolak bahuku hingga aku tersandar ke tembok.
Aku sungguh malu sekali ditengking, diherdik dan diperlakukan di khalayak ramai. Di depan Raihan. Ada juga yang tertoleh-toleh melihat aku. Ya Allah, hina kah maruah aku ini?
“Kim, kat sana ada baju cantik-cantik. Ibu bawak Ihana kat sana tadi semasa Han hantar Ihan pergi toilet.” Seketika Raihana datang ke arah kami bersama Puan Mastura.
Hakim memandang aku namun dengan cepat aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Terguris jiwaku. Terlalu sakit sekali.
++++
“Qina, kalau kau diberi peluang untuk putarkan balik masa, apa yang akan kau laku kan?” soalan itu tiba-tiba aku ajukan.
“Hmmm… Kalau akulah, Han, aku tak akan balik ke Jakarta dulu. Kalau aku tak balik, mungkin aku masih bersama Farid dan kau tak akan sedih begini lagi.” ujar SyaQina.
“Kau ni, Qina. Kau tak suka lah aku kawan dengan Farid?” tempelak aku.
“Taklah Han. Aku suka kau kawan dengan Farid. Nasib baik kau berkawan dengan dia, kalau tidak mungkin dia juga kecewa dengan aku.”
“Mesti dia bencikan aku sekarang ni kerana terpaksa ikutkan wasiat Papa untuk menikah dengan sepupu aku.” SyaQina terpaksa menurut wasiat arwah Papanya.
“Kau bahagia Qina. Hazri sayangkan kau sepenuhnya walaupun terpaksa menikahi kau. Aku? Aku tak pernah memaksa diri aku menikahi Hakim. Aku cintakan dia, Qina. Tapi baru kini aku tahu Hakim yang memaksa dirinya untuk menikahi aku. Hakim tak bahagia, Qina! Hakim salahkan aku, Qina!” SyaQina memeluk bahuku.
“Kalaulah aku dapat putarkan balik masa… Aku tak akan termakan dengan pujuk rayu Hakim dulu. Aku tak akan menikahi Hakim. Biarlah aku tak kahwin pun tak apa.”
“Apakan daya aku, Qina. Allah dah tentukan jodoh aku dengan Hakim waktu itu hingga kini. Allah lebih mengetahui segalanya.” Aku redha.
“Hakim masih tak balik rumah lagi ke? Dia masih duduk kat rumah ibunya?” tanya SyaQina.
“Sejak aku pengsan di rumah, Kim dah mula balik. Sering sangat dada aku sakit. Lebih-lebih lagi bila perasaan marah aku meluap-luap kerana tak dapat aku luahkan.” berbicara begini saja juga dadaku terasa sakit.
“Doktor kata aku depression. Aku kena belajar luahkan perasaan aku supaya aku tak rasa tertekan.” aku mengeluh nafas panjang.
“Kau bole story kat aku, Han. Itu pun kalau kau percayakan aku.” SyaQina sedia mendengar.
“Takpelah Qina. Biarlah aku tanggung masalah aku sendiri. Aku tak nak mengaibkan sesiapa. Cukuplah kau tau jiwa aku tersiksa.” aku enggan teruskan bercerita tentang masalah aku.
“Yelah, dengan aku pun kau nak rahsia. Tapi dengan Farid boleh pulak kau ceritakan masalah kau.” SyaQina mula tunjuk merajuk.
“Siapa kata dia tahu masalah aku? Tak sorang pun aku ceritakan masalah rumahtangga aku. Tak seorang pun, Qina. Kau janganlah nak merajuk dengan aku, Qina.” aku memujuk SyaQina.
++++
“Congratulation, Farhana. You are pregnant. It’s too early to hear the heartbeat but you are already 3 weeks.” Dr Heng, gynae aku mengucapkan tahniah padaku.
“Huh? 3 weeks? It can’t be.” aku seakan tidak percaya.
“Why not? You still young and strong. I’ll see you in 2 weeks to hear your baby’s heartbeat, okay.” aku keluar untuk membuat temu janji.
Sejak Hakim tahu akan kehamilanku, aku dilayan dengan begitu baik dan prihatin. Sesekali terasa mungkin inikah hikmatnya berkat kesabaran aku selama ini? Terasa juga sedikit kebahagiaan.
“Hmmm… I still can’t hear the heartbeat yet. Maybe it takes a bit longer this time. But you confirmed pregnant. There is your waterbag and yolk sac. See you again next week, okay.” jelas Dr Heng.
Kehamilan aku ni ada masalah ke? Aku akui pinggang ku sering sakit-sakit tapi tak pernah aku beritahu Hakim. Aku khuatir Hakim akan menuduh aku yang bukan-bukan atau mengada-ngada pula. Aku mahu lagi rasakan belaian sayang dari Hakim.
Check up minggu seterusnya juga tidak memberi jawapan yang pasti. Janin ku tidak kelihatan. Begitu juga 2 minggu kemudian. Hakim sudah mula rasa bosan. Akhirnya aku terpaksa cuci tempat peranakanku. Tiada janin di dalamnya. Aku keguguran.
Aku sedih sekali. Sedih kerana tamatlah sudah kebahagian yang Hakim curahkan padaku ketika aku hamil. Hakim sudah mula tidak mempedulikan aku lagi. Pernah juga Hakim tidak balik ke rumah kami lagi. Sakit dadaku bertambah kerap.
++++
Hari ini 20hb Jul 2012 bersamaan dengan 30 Syaaban 1433H. Hari Jumaat dan juga hari terakhir sebelum semua umat Islam mula berpuasa esok.
Ya Allah, aku bermohon padaMu. Ya Allah, aku merayu padaMu. Ya Allah, aku bersujud padaMu. Ya Allah, betapa banyaknya dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah, hapuskanlah segala dosa-dosaku. Ya Allah, hapuskanlah segala halangan yang menghalang doaku diterima Engkau, Ya Allah. Ya Allah, dengarkanlah rintihan hati seorang hambaMu yang sangat hina, lemah dan daif tanpa Engkau disisi. Ya Allah, berikanlah aku kesempatan mengecapi kejayaan di duniaMu dan akhiratMu. Ya Allah, sesungguhnya betapa hinanya diri aku padaMu. Sesungguhnya aku tak layak meminta-minta padaMu. Namun Engkau maha mendengar lagi maha mengetahui segala-galanya. Engkau jugalah maha pengampun segala dosa, Ya Allah. Oleh itu ampunkanlah aku, Ya Allah. Aku mohon bimbingan dariMu, Ya Allah. Bimbinglah aku. Bimbinglah aku ke jalan yang benar, Ya Allah.
Ya Allah, sesungguhnya aku tahu Engkaulah yang menentukan jodoh dan ajalku. Ya Allah, panjangkanlah jodohku sekiranya aku adalah hak mutlak untuk dirinya. Ya Allah, bukakan hatinya agar dapat menerimaku seadanya. Ya Allah, seandainya jodohku tidak panjang, Engkau ampunkanlah aku. Sesungguhnya segala kekurangan adalah dariku. Ya Allah, sekirnya ajalku tiba, berikanlah ketabahan dan bukan kesedihan pada mereka yang mungkin akan terasa sangat kehilanganku. Ya Allah, berilah kebahagian pada mereka yang sangat-sangat aku sayang – ibu bapaku, keluargaku, saudaraku serta sahabatku.
Ya Allah, Ya Rabb. Aku bersyukur kepadaMu. Ya Allah, berikanlah aku hidayahMu agar aku selalu mengingatiMu dikala aku suka mahupun duka. Akan aku berusaha menjadi hambaMu yang soleha. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan dan kemampuan mental serta fizikal agar dapat aku beribadah padaMu selalu. Ya Allah, berikanlah aku rezeki agar aku dapat bahagikan sebahagian hartaku pada yang lebih memerlukan. Ya Allah, berikanlah aku ketenangan dan keimanan agar aku dapat meningkatkan lagi kesabaran untuk menghadapi dan mengharungi segala dugaanMu di dunia yang fana ini. Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu dan cahayaMu agar aku tidak tersasar dari landasanMu dan sentiasa dekatkanlah hatiku padaMu. Ya Allah, peliharalah cahaya panca indraku – penglihatanku, pendengaranku, percakapanku, permakananku dan perbuatanku agar aku tidak bersikap keterlanjuran. Amin Ya Rabballamin.
Sememangnya aku redha atas pemberianMu, Ya Allah. Alhamdulillah. Bersyukur aku kerana dapat bersolat Jumaat berjemaah di Masjid Al-Falah. Aku melangkah keluar dari masjid menuju ke ofisku yang berdekatan. Aku rasa ketenangan. Ketenangan yang damai sekali. Alhamdulillah.
++++
Dentum!!! Aku tercampak. Sekujur tubuhku yang berlumuran darah terdampar di tengah jalan raya. Pandanganku mula samar dan kosong. Keadaanku parah. Darah tidak henti-henti mengalir dari kepalaku. Aku terpaksa menjalani operasi untuk menghentikan pendarahan di kepalaku dan itu juga yang menyebabkan aku koma.
++++
“Farhana, please try to open your eyes. Slowly.” terdengar suara memanggil-manggil namaku.
Aku cuba membukakan mataku. Kelihatan beberapa pasang mata sedang merenungku. Baru kini aku tersadar dari koma. 3 minggu lamanya aku tidur. Sejak aku sedar tak sepatah perkataan pun keluar dari mulutku. Aku terasa berat untuk mengeluarkan kata-kata.
Setiap kali aku memandang Hakim, jiwaku seakan memberontak. Dadaku amat sakit. Sehingga airmata mengalir kerana menahan kesakitan. Setiap kali itu juga aku segera diberi suntikan ubat pelali agar aku dapat bertenang. Pabila Raihan dan Raihana datang menziarah, aku hanya mampu memaksa senyuman untuk mereka. Aku tak tahu mengapa sukar sangat untuk aku bersuara.
Ya Allah adakah aku diuji untuk berdiam mematikan diri?
“Lost of vocal cord can have several causes which include Surgical trauma, head or neck trauma. It can be the result of weakened vocal cord muscles temporarily or because of extended treatment with an artificial respirator (ventilator) that we use to help to support her breathing in the intensive care unit. It’s confirmed she suffered from depression too. Real deep, hurt or unaccomplish depression, maybe? She could be still in her miscarriage post natal depression when the accident happened. So all these possibilities adding up to her well being.” Hakim seakan resah dengan penjelasan Dr Suresh.
“Perhaps you could help her. Help her remember the happy moments that she had or shared with you or anybody. Or anything that makes her happy and joyful just like before the accident.” Dr Suresh memberi usulan.
“We have to try to make her speak again. I’m sure we would’nt want her to lost her vocal cord just like that, don’t you?” Hakim terdiam memikirkan kata-kata Dr Suresh tadi.
Memori bahagia? Bahagiakah aku bersama Hakim? Hakim seakan tidak dapat mengimbas kembali bilakah detik kebahagian sejati yang pernah aku kecapi bersamanya. Kawan baik? Tak pernah Hakim tahu yang aku mempunyai kawan baik. Hakim akui aku lebih ceria bila bekerja.
Mungkin Han ada kawan baik di ofisnya. Detik hati Hakim. Tapi semua teman sekerjanya nampak seperti kawan biasa saja. Hah! Hp Han. Kalau Han ada kawan baik mesti Hp Han ada banyak missed call ataupun mesaj-mesaj yang belum dijawab.
Hakim segera mencari Iphone aku di laci bersebelahan katilku. Iphone yang sudah calar kerana kemalangan itu dihidupkan. Betul jangkaan Hakim. Banyak missed call dan mesaj belum dijawab.
++++
“Macam mana boleh jadi begini, Han. Berkali- kali aku call dan mesaj tapi kau tak jawab.” SyaQina memeluk aku.
Aku rasa sangat terharu. Dalam masa yang sama aku rasa gembira. SyaQina benar-benar merindui aku. Sama seperti aku. Dialah orang yang aku rindukan selama ini. Tapi sayang, aku tidak dapat berkata apa-apa pun.
Hakim menjelaskan situasiku pada SyaQina. SyaQina mengangguk faham. SyaQina terasa sayu. SyaQina meminta izin Hakim agar dibiarkan kami berduaan saja. Hakim menurut kerana dengan kedatangan SyaQina saja jelas tampak perubahan pada reaksi aku.
“Han, aku harap ini bukan lakonan yang pernah kau impikan dulu.” SyaQina mengeluarkan Ipadnya. Diserahkan kepada aku.
“Kau tau Qina, pernah terlintas di hati aku untuk merancang satu kemalangan terhadap diri aku sendiri. Satu kemalangan yang boleh membuat aku lupakan segala memori duka. Satu kemalangan yang hanya mengingatkan aku memori yang bahagia dan ceria. Setidak-tidaknya aku boleh berpura-pura lupa ingatan. Aku mahu mereka merasakan kehilangan aku yang ‘dulu’.” SyaQina teringat kata-kata Han sewaktu mereka bercerita tentang apa yang akan di lakukan jika dapat putarkan balik masa seketika dulu.
“Apakah kau benar-benar tak dapat bercakap ataupun kau berpura-pura tak mahu bercakap?” tanya SyaQina.
Jari jemariku menaip lemah di Ipad SyaQina.
“Mungkin Allah terlalu mengerti hati dan perasaan aku.”
“Betul aku pernah terfikir begitu tapi aku tak pernah mendoakan ianya terjadi.”
“Aku tak berpura-pura.”
SyaQina menggengam tanganku.
“Han, beritahulah aku apa yang boleh aku buat untuk membantu kau. Aku rindukan suara kau, Han. Aku rindukan gelak ketawa manja kau.” SyaQina merayu padaku.
“Aku tak tahu apa yang aku inginkan sekarang.”
“Aku rasa lebih damai tanpa suara.”
“Aku rasa jiwa aku kosong.”
SyaQina dapat merasakan kekosongan yang aku maksudkan.
++++
Siapakah yang mengerti kemahuan aku?
Siapakah yang akan pedulikan perasaan aku?
Siapakah aku di hati mereka?
Siapakah yang dapat mengubati jiwaku yang luka lagi parah ini?
Aku perlukan belaian kasih sayang. Jiwa aku dah lama mati. Apakah mungkin aku dapat rasakan erti kebahagian lagi?
Bertalu-talu soalan demi soalan aku mempersoalkan. Aku mengharapkan jawapan. Ya Allah, salah satu dari nikmatMu telah Kau ambil semula dariku. Aku redha Ya Allah. Tapi mengapa tak Kau gantikan dengan sedikit kebahagianMu Ya Allah. Setidak-tidaknya ambillah segala memori lukaku agar aku dapat menjadi orang yang baru.
Ya Allah, ampunkanlah aku kerana lancang benar permintaanku tadi. Sesunggungnya aku terasa seolah-olah ingin berputus harap padaMu. Janganlah Kau murka dengan sikapku tadi, Ya Allah. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Naluri hatiku menjerit kesakitan. Degupan jantungku kian lemah dan menurun. Kelihatan di monitor berkelipan isyarat merah memberi amaran. Seketika keaadan menjadi agak tegang. Beberapa jururawat yang bertugas datang ke katilku. Semua pelawat disuruh tunggu di luar. Kelihatan dua orang doktor tiba untuk memeriksa keadaanku.
++++
‘kau mau apa pasti kan ku beri
kau minta apa akan ku turuti
walau harus aku terlelah dan letih
ini demi kamu saying
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti
tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia’
Hakim seakan terpukau bila terdengar lirik lagu berjudul Doa Untukmu Sayang dari kumpulan Wali berkumandang di corong radio. Ya Allah, itu juga aku doakan buat isteriku. Deringan Hp mematikan lamunan Hakim yang sedang berehat di pantry tempat tugasnya.
Hakim bergegas ke hospital selepas panggilan talipon dijawab tadi. Pabila tiba, Hakim terperanjat kerana tidak dibenarkan masuk. Raihan dan Raihana menangis ingin melihat aku. Ummi dan ibu cuba memujuk anak-anakku.
++++
‘Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setia
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat
Hanyalah bayangmu’
SyaQina sudah pun tiba di destinasinya. Tapi kerana lagu tadi ‘Bila Cinta’ dari kumpulan Gio kedengaran di radio keretanya membuatkan SyaQina lebih mengerti akan maksud kekosongan jiwa yang Farhana rasakan.
“Assalammualaikum.” SyaQina memberi salam.
“Waalaikumsalam. Cari siapa?” seorang wanita menyambut SyaQina di pintu.
“Farid ada di rumah?” Puan Farida cuba meneka. Farhana ke?
“Saya perlu berjumpa Farid. Penting sangat, Aunty.” pinta SyaQina lagi bila tiada jawapan yang diberikan.
“Farid ada tengah mandi. Masuklah.” Puan Farida mempelawa SyaQina masuk ke dalam rumahnya.
“Farid?” SyaQina bangun berdiri bila Farid muncul di ruang tamu.
“Ya. Saya Farid.” Farid tertanya-tanya.
Wajahnya seperti pernah dia nampak. SyaQina tersenyum. Hmmm… Tinggi dan hansemlah Farid ni. SyaQina berdetik nakal.
“Farid tak kenal saya?” tanya SyaQina. Farid menggelengkan kepala.
“Qina. SyaQina.” SyaQina memperkenalkan diri.
“Qina?! Tak kan.” Farid seakan tidak percaya.
“Betul. I’m Qina. How are you, Farid?” balas SyaQina.
“Alhamdulillah. Sihat. Tapi Qina patutnya ada di German kan?” ujar Farid.
“Ya tapi Qina rindukan Singapura. Rindukan teman-teman. Rindu kat Farid juga.” SyaQina tersenyum.
“Qina balik sini sorang je? Mana…” mata Farid terpandang cincin berlian di jari manis SyaQina.
“Tunang? Qina dah bernikah dengan sepupu Qina. Wasiat arwah papa Qina turutkan. Qina harap Farid dapat memaafkan Qina. Qina tak pernah ada niat untuk mempermainkan hati dan perasaan Farid.” SyaQina meminta maaf.
“Tak perlu minta maaf Qina. Farid faham. Farid happy tengok Qina bahagia. Farid pun dah jatuh hati pada yang lain.” balas Farid.
“Yang lain? Farid dah ada yang lain? Siapa?” SyaQina bertanya.
“Tak apalah. Tak perlu Qina tahu siapa dia.”
“Qina nak tahu siapa yang Farid sayang sekarang ini.” SyaQina mendesak ingin tahu.
Belum sempat Farid menjawab, deringan Hp S3 di atas meja tamu berbunyi. Sekilas tertera nama ‘Farhana’. SyaQina segera menjawab. Farid memperhatikan SyaQina. Perbualannya agak serius. Farhana? Mungkin Farhana yang menyuruh SyaQina datang mencarinya. Terdetik hati kecil Farid. SyaQina memandang Farid. Tanpa disedari airmata SyaQina membasahi pipinya.
“Qina datang ni nak minta pertolongan Farid. Farid mungkin dapat membantu. Please Farid. Qina merayu, Farid.” Farid tidak faham apa maksud SyaQina.
“Qina tahu Farid dah benci dan tak pedulikan lagi tapi Qina harap sangat Farid berilah peluang dan berjumpalah dengannya. Kali ini je Farid. Demi sahabat, Farid.” Farid makin keliru.
“Apa yang Qina cakapkan ni? Tadi yang talipon tu siapa? Farhana? Han yang suruh Qina cari Farid?” teka Farid.
“Marah sangat ke Farid pada Han? Benci sangat ke pada Han? Apa salah Han hingga Farid terus menghilangkan diri tanpa sebarang kata? Panggilan dan mesaj tak Farid balas. Kenapa Farid? Kerana Farid dah ada yang lain? Seperti apa yang Farid katakan tadi?” soal SyaQina sebak menahan sedih.
“Jadi betullah Han yang talipon tadi? Han yang suruh Qina cari Farid?” Farid bersandar dan mengeluh.
“Qina mesti tahu apa sebabnya Farid buat begitu. Kerana terlalu sayangkan Han, Farid terpaksa. Han isteri orang Qina. Farid tak ada hak untuk mempertahankan kasih sayang Farid pada Han. Farid tak nak Han berdosa terhadap suaminya.” jelas Farid.
“Sebagai sahabat salah ke? Seperti Qina. Qina juga isteri orang. Jadi salah ke kalau kita hanya berkawan? Tak perlu ada perasaan cinta. Salah ke?” soal SyaQina lagi.
“Han sekarang kritikal di ICU. Jantungnya terlalu lemah. Sebenarnya Han kemalangan. Han koma. Kelmarin baru Han sedar selepas 3 minggu koma. Tapi Han tak dapat berkata apa-apa. Seketika Han akan marah. Kemudian menangis. Kalau tak pun termenung.” SyaQina mula bercerita.
“Jangan-jangan Han berpura-pura tak? Han pernah katakan kalau boleh dia nak buat sesuatu supaya dapat hilangkan rasa sedihnya.” SyaQina menggelengkan kepalanya.
“Farid pun tahu tentang hal itu? Orang kalau dah terlalu bersedih, macam-macam benda dia fikirkan.”
“Tak Farid. Han depression. Han baru juga keguguran sebelum kemalangan. Jadi impaknya terlalu berat untuk Han. Lebih sedih lagi bila Hakim dah mula tidak mempedulikan perasaan Han. Jiwa Han dah lama mati.”
“Han kata sejak jumpa Farid, Han dapat juga tersenyum dan ketawa. Tapi itu pun tak lama. Selepas Farid menyepikan diri, Han kembali ke asalnya semula. Malah makin suram hidupnya.” sebak juga hati SyaQina menceritakannya.
“Farid, Han perlukan kita. Dia perlukan teman. Demi sahabat, Farid. Kita tengok Han?” pujuk SyaQina.
“Suami Han kan ada di sana? Farid tak nak nanti Han dituduh yang bukan-bukan kalau suami Han tahu siapa Farid.” Farid bimbang.
“Qina kan ada. Kalau mereka tanya, Qina cakap Farid suami Qina lah. Bohong untuk mengelakkan pertelingkahan. Kita pergi sekarang.” SyaQina bingkas bangun mencapai Hp dan kunci keretanya.
++++
Aku dalam keadaan stabil. Masih lagi di ICU. Hanya dua pelawat saja dibenarkan berada disisi pesakit. Hakim memegang tanganku. Di usap-usap rambutku. Tube oxigen di hidungku membuatkan aku rimas. Dadaku masih lagi penuh dengan wire-wire ECG yang merakamkan degupan jantungku. Monitor masih lagi berkelipan merah tapi sesekali kelihatan ia berkelipan hijau tanda stabil.
“Han, maafkan Kim. Kim sedar kesalahan Kim. Kim terlalu ego. Kim sayangkan Han. Kim berjanji akan jaga Han dengan penuh kasih dan sayang. Kim berjanji akan buat Han lebih bahagia. Maafkan Kim, Han.” serius Hakim berkata padaku.
“Ya Allah, ampunkanlah aku kerana telah lama menyiksa hati dan perasaan isteriku, Farhana. Aku merayu padaMu. Ya Allah. Berilah aku kesempatan mencintainya sepenuh jiwa dan ragaku. Ya Allah, sesungguhnya aku perlukan isteri dan ibu kepada anak-anakku.” Hakim berdoa. Hakim menangis.
Aku dapat mendengar namum aku tak dapat menjawab sepatah pun. Hakim, benarkah apa yang kau lafazkan ini? Aku turut menangis. Sebak dadaku. Adakah ini airmata bahagia?
Hakim, seandainya kau tahu cintaku tak pernah berubah.
Hakim, aku dambakan kasih sayang dan cintamu.
Hakim, aku rindukan belaian dan peluk kasihmu.
Kerana aku tak pernah jemu mencintaimu.
Kerana aku isterimu.
Kerana aku hakmu.
“Kim, kawan Han datang.” Ummi datang menyapa. Hakim dan Ummi keluar memberi laluan pada kawan ku yang datang menziarah.
“Han!!! Farid menerpa ke arahku. Sedih melihat keadaanku begini.
“Aku yang cari dia, Han. Nasib baik aku masih simpan alamat rumah dia kat diary lama aku.” SyaQina seakan tahu soalan untuknya.
“Aid salah, Han. Aid tak patut buat Han susah hati. Maafkan Aid, Han. Aid sayangkan Han. Terlalu sayang, Han. Tapi Aid tak boleh buat apa-apa. Bukan Aid bencikan Han. Tak sekali pun perasaan benci tu ada. Tak pernah sekali pun Aid lupakan Han. Aid tahu Han mencari kebahagian. Siapa yang tak nak bahagia, Han. Aid selalu doakan agar Han dapat kebahagian yang Han idamkan, yang Han impikan bersama suami dan anak-anak. Itulah yang selalu Aid doakan untuk Han. Hanya itulah yang Aid mampu lakukan untuk Han, sahabat Aid dunia dan akhirat. Insya Allah.” Farid menjelaskan tanpa dipinta.
Berlinangan airmataku mengalir tak henti-henti. Terasa jiwaku yang kosong mula hilang. Apakah persoalanku telah terjawab? Apakah penjelasan ini yang aku harapkan? Ataupun kerana kehadiran Farid yang membuatkan aku tidak lagi rasa terkilan dan tidak lagi tertanya-tanya?
Farid, terima kasih kerana kau sudi menziarahiku.
Farid, terima kasih kerana kau sudi jadi sahabatku.
++++
Tiba-tiba ramai jururawat dan doktor datang kepadaku. SyaQina dan Farid disuruh tunggu di luar. Tirai ditutup. SyaQina menarik tangan Farid untuk keluar. Hakim terlalu emosi dan panik.
Seketika tirai dibuka. Doktor memanggil Hakim masuk manakala yang lain hanya mampu memerhatikan dari luar saja. Cemas. Doktor menghampiri Hakim bersama xray. Doktor menjelaskan sambil menunjukkan xray itu pada Hakim. Kemudian kertas dan pen diserahkan.
“Do you need time to consider or to discuss with other family members? This is the only option we could offer. If possible, we would like to do it now as she is one of our most dedicated staff.” Hakim memandang aku. Aku mengangkat tangan. Segera Hakim menyambut. Aku mengenggam tangannya. Aku mengangguk lesu tanda setuju.
Ya Allah, semua orang menyayangi Farhana. Semua orang perlukan Farhana. Mengapa aku yang paling dekat tidak merasakan itu semua?! Kejam sungguh aku menyakiti Farhana. Semua kos hospital di tanggung pihak hospital Mount Elizabeth Orchard itu. Farhana hanya perlu kuat dan tabah mengharungi segala-galanya.
Akhirnya Hakim menurunkan tandatangannya memberi kebenaran agar aku dibedah lagi. Masih ada pendarahan di kepalaku. Namun risikonya terlalu tinggi kerana tidak kestabilan degupan jantungku. Mungkin operasi ini akan gagal. Mungkin juga aku akan koma selama-lamanya. Namun Allah yang maha berkuasa.
Hakim keluar dan bertanya jika ada sesiapa yang ingin ikut sama solat hajat bersamanya. Aku sungguh terharu bila Hakim menjadi imam bersolat hajat berjemaah di tepi katil ku.
“… Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong dan segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Kami memohon rahmatMu, keampunanMu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosa kami, hilangkanlah kesusahan kami, penuhilah hajat kami yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi…” Insya Allah, Amin. Terima kasih Hakim. Terima kasih semua kerana mendoakan aku. Aku sayang kamu semua.
++++
“Han sayang. Hari ini hari kemenangan bagi semua umat Islam, sayang. Bilakah hari kemenanganmu, sayang. Sedarlah sayang.” Hakim menangis sedu.
“Sabarlah Kim. Jangan putus asa. Sama-samalah kita terus berdoa untuk Farhana.” Farid menepuk ramah bahu Hakim.
Tanpa diduga ramai yang datang singgah menziarahi Farhana selepas solat Aidilfitri. Raihan datang duduk di atas pangkuan Hakim. Raihana merengek minta didukung Hakim. Raihan enggan mengalah untuk adiknya. Tanpa disuruh Farid mendukung Raihana agar dapat melihat mamanya dengan jelas. Hari itu doktor membenarkan pelawat mengerumuni katilku. Mungkin kerana hari raya. Selepas pembedahan, Farhana terus koma dan tiada sebarang tanda-tanda dia akan sedar.
++++
Kerana aku tahu siapa aku dihatimu Farid.
Kerana aku tahu jiwa ragaku milikmu Hakim.
Kerana aku mengerti hikmahnya semua ini terjadi.
Kerana aku yakin Allah ingin beri yang terbaik buatku.
Kerana aku…
Degupan jantungku terasa kencang sekali. Mataku seakan dipaksa minta dicelikkan. Suaraku seolah-olah mahu berkata sesuatu.
“Ya Allah!”
Kerana aku… tahu dosaku terlalu banyak. Allah masih hidupkan aku lagi hari ini. Syukur Alhamdulillah.
Ya Allah, banyaknya dosa ku
Tak malunya aku masih berani
menghirup udaraMu
Hidup dalam nikmatMu
Tapi aku tak henti-henti
bermaksiat di hadapanMu
Ampunilah daku Ya Allah
Ampunilah daku Ya Allah
Ampunilah daku Ya Allah
Ampunilah daku Ya Allah
Jauhkanlah aku dari
seksa api nerakaMu
Aku bertaubat, Ya Allah
Ampunilah daku, Ya Allah
Terimalah daku, Ya Allah