Ahad, 10 April 2016

JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT

lhamdulillah, mataku menatap segulung ijazah yang berjaya aku genggam. Disekelilingku kelihatan sahabat-sahabat perjuangan yang lain, masing-masing sibuk bergambar bersama senyuman yang terukir indah. Aku bersyukur kerana kami dapat menghabiskan pengajian di bumi Mesir ini bersama-sama, rasa syukur tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.
Mak, abah dan adik beradikku hadir memberi sokongan pada hari konvo ku, ramai sahabat-sahabat yang cemburu. Namun apakan daya, mereka sendiri yang ingin datang menemaniku. Mataku melihat Nurin dan Zainab yang masing-masing ditemani suami tercinta, benarlah jodoh rahsia Allah. Tak sangka jodoh mereka berdua hadir dulu sebelum aku. Dan aku masih mencari Prince Charming yang statusnya entah dimana.
“Az, jom tangkap gambaq ramai-ramai.” Tanganku ditarik Nurin untuk bergambar kenang-kenangan.Senyuman lebar terukir dibibir masing-masing, biarpun kebanyakkan kami memakai purdah, kebahagian kami pasti terpancar.Selesai bergambar, kami pulang ke rumah sewa masing-masing. Aku dan keluargaku ke rumah tumpangan yang kami sewa.
“Kak Long nak balik Malaysia bila?”
“Mak abah ingat dak cheq ada habaq sebelum balik Malaysia cheq dan kawan-kawan nak travel ke Turki dan Korea? InsyaAllah jadi. Kami akan pi Turki 2 minggu, Korea 2 minggu. Tapi sebelum pi Korea kami balik Mesir dulu selesai apa yang patut.”
“Owh, yaka. Maknanya jadi la. Hmm tak pa la kalau macam tu. Urusan pi sana selesai dah ka? Abah memberi izin.
“Maknanya, Long tak mau ikut kami pi buat umrah la? Mak pula menyoal.
“Urusan dah selesai, gayanya macam tu la. Tak dak rezeki lagi nak jadi tetamuNya.”
Alhamdulillah keluargaku diberi rezeki lebih sebab itu mak dan abah bawa adik-adik ke Mesir dan terus pergi menunai umrah.
“Macam tu tak pa la. Bila bertolak ke Turki?
“ InsyaAllah sehari selepas abah,mak dan adik-adik ke Madinah.”
Selesai menyembang dengan mak abah, aku membuka whatapps. Group TTK aku buka. Group TTK @ Travel Turki Korea ni untuk bincang tentang perjalanan travel kami nanti. Alhamdulillah sahabat-sahabat yang join ke Turki dalam 20 orang dan ke Korea 10 orang. Yang pasti Nurin,Nab,Muna, Alisya dan Sofea sentiasa bersama aku ke Turki dan Korea. Jelajah Turki satu plan kami selepas kami habiskan pengajian di bumi anbiyya’ Mesir ni. Jelajah Korea pula plan aku, tapi aku cuba memujuk mereka join sekali dan pujukan aku berjaya. Biarpun Nurin dan Nab dah kahwin aku pujuk suami mereka, dan semestinya berjaya juga.
Selepas aku hantar keluargaku ke lapangan terbang, aku pulang ke rumah sewa. Nasib baik ada Syafiq yang setia menamaniku. Walaupun aku dan Syafiq ada sejarah yang melibatkan hati kami, persahabatan kami tetap seperti biasa. Aku yang minta untuk terus bersahabat. Lagipun Syafiq dah sah menjadi anak angkat mak dan abah aku, secara tak langsung dia jadi adik aku kalau ikut bulan kelahiran. Tapi biar betul aku berdua dengan Syafiq ja, memang tak la. Walaupun adik tapi bukan mahram so aq heret sahabat aku yang lima orang tu. Dalam perjalanan pulang, mulalah keramahan Syafiq .
“Hampa pi Turki bila?”
Aku jawab. InsyaAllah esok.
“Owh yaka.” Suasana kembali sunyi.Sahabat-sahabat 5 serangkai aku selalu bertanya yang aku ni tak kekok ka dengan Syafiq. Dan jawapan aku tidak.
Sampai sahaja di depan rumah sewa kami,masing-masing laju ja melangkah ke dalam rumah. Banyak benda lagi nak buat sebab esok dah nak travel dan rumah sewa pun dah kosong tinggai barang yang bawa ke Turki ja. Aku pun laju jer melangkah tapi langkah aku terhenti bila Syafiq memanggil namaku.
“Azna, hati-hati no. Jangan lupa buah tangan.” Syafiq memberi pesanan setelah itu dia menyua sekeping sampul.
“Benda pa ni?” Pelik aku.
“Ambik ja la,aku ikhlas.”
“Wei tak mau la macam ni, aku tak mau hutang apa-apa dengan hang.” Aku cuba menolak , series aku tak mau ada hutang apa-apa dengan dia. Cukuplah kisah dahulu tak perlu ada sambungan.
“Hang kena terima jugak, ambik la buat belanja. Tak banyak pun.” Syafiq masih memaksa. Sampul yang dia beri aku ambil, kalau tak ambil maknanya sampai esok si Syafiq ni tak balik.
“Ok, terima kasih. Dah pi balik, lewat dah bukan nak halau tapi tak manis.”
“Ok,assalamualaikum…” Syafiq melangkah pulang dengan langkah yang berat.
“Waalaikummussalm, selesai jawab salam aku masuk rumah terus, tak perlula nak buat drama sangat.
“Hmmm, Azna…Azna… memang tak dak lansung ka perasaan hang untuk aku? Susah sangatkah nak cintai aku? Hati kecil Syafiq tertanya-tanya.
Masuk ja dalam rumah, ada 5 pasang mata yang memandang aku macam minta penampaq.
“Ni pasai pa ni, lapaq penampaq ka? Nurin, Nab laki hampa mana? Tak reti mai amik bini depa ka? Dah la nak kena tinggai tak rasa nak luang masa bersama sepenuhnya ka malam ni?” Aku dengan sahabat-sahabat aku lima orang ni memang cakap kasar mungkin sebab dah lama kenal. Hampir 13 ke 14tahun jugak kami kawan, memang kenal luar dan dalam.
“Amboi dia, mentang-mentang nak balik dah…Boleh dok dating kat luaq no.” Muna membuka bicara.
“Nab dia halau kita sampai hati.” Diikuti Nurin. Sofea, Nab dan Alisya hanya tersenyum.
“Tak dating pun aih, yang hampa pakat lari masuk tinggai ana sorang tu kenapa?
“Saja bagi masa untuk hampa.” Muna menjawab.
“Banyak la masa, dah-dah jom buat apa yang patut. Esok nak fly dah, ni dua isteri orang ni dah selesai ka kemas barang.?
“Ada sikit lagi ja, tak boleh balik lagi encik suami ada kerja. Nurin menjawab.
Selesai sesi soal jawab, kami makan malam. Makan malam pun beli , dah tak masak sebab kami dah nak pindah keluar dari rumah sewa yang kami sewa selama 3tahun.
Pagi yang serabut, macam nak terbalik rumah sewa walaupun hanya ada empat orang penghuni. Mana tak serabutnya, terlewat bangun, nak kumpul sebelum ke aiport pukul 9pagi bangun pukul 7pagi memang kalut habis. Mujur barang-barang dah siap kemas semalam. Alhamdulillah sempat sampai dekat tempat berkumpul sebelum pukul 9pagi dan kami bukan yang terakhir. Dua orang madam tersengih-sengih ke arah kami. Seronok la tu ketawakan orang.
Dari jauh aku melihat kelibat Syafiq, Ya Allah .. dia mai lagi buat apa la?
Muna mencuit bahu aku, tu sahabat anti dah sampai. Mata-mata sahabat lain mula fokus ke arah ku, dan semestinya ramai yang tahu kisah kami.
Syafiq hanya memerhati aku dari jauh dan semestinya aku tidak selesa. Setelah bilangan kami cukup, van kami dah bersedia untuk bertolak. Dan Syafiq naik van kami. Waktu tu aku macam blur, dah kenapa dia ni? Dan sekali lagi semua mata memandangku minta penjelasan. Dengan terpaksa aku bertanya kepada Syafiq.
“Ustaz, mana Ustaz Firdaus yang sepatutnya jadi musyrif kami? Geli anak tekak panggil dia ustaz.
“Haa, ni yang ana baru nak habaq, ustazah pulak tak sabaq-sabaq. Ok Ustaz Firdaus minta maaf dan dia sampaikan salam, dia ada hal mengejut dan ana gantikan dia.”Geramnya aku , kalau ayat tak menyakitkan hati tak sah.
Selesai penjelasan dari Syafiq, semua melayan melayan perasaan termasuk aku. Padahal time tu telefon aku asyik minta perhatian, maka aku silentkan dia. Tiba-tiba mata aku bertembung dengan mata Syafiq yang asyik memandangku dari cermin sisi kereta. Mata dia macam memberi isyarat supaya aku membalas mesej whatapps yang dia hantar. Aku buat tak tahu, kepalaku toleh ke arah lain. Sampai ke airport Syafiq asyik miscall aku menggunakan whatapps. Dan aku buat tak tahu.
“Az.. dari tadi ana perasan Syafiq mesej anti kan?” Nurin mula menyoal.
“Hmm,malas layan…Bukan penting pun.” Aku menjawab soalan Nurin seraya menjeling Syafiq yang masih setia memandangku.
Alhamdulillah aku dan 19orang sahabatku selamat check in ke dalam kapal terbang. Sebelum berlepas aku membuka mesej Syafiq.
“Azna…cuba senyum sikit, kata kawan sebab apa nampak aku ja muka masam. Kalau tak suka jangan la jujur sangat, terasa aku. Mesej pertama
“Azna…Sory la kalau tak suka, please bls msg aq. Kenapa ni? Aq mintak maaf la..mesej kedua
Mesej ketiga dan hingga ke berapa pun aku tak tahu smuanya voice note. Memang tak rajin la nak dengar time-time nak berlepas ni. Telefon aku berbunyi, ada lebih kurang 10minit lagi nak berlepas. Di skrin keluar nama Syafiq. Dia nak apa lagi la, semalam tak habis cakap lagi ka? Panggilan dia aku terima.
“Ya, waalaikummussalam. Kedengaran suara Syafiq macam bahagia sangat bila aku angkat panggilan dia. Hmm, nak cakap apa?
“Thanks angkat tepon, saja ja nak dengaq suara hang. Takut lepas ni dah tak boleh. Mana nak taw jodoh dengan orang Turki. Kata-kata dia buat aku tersenyum. Ok, la take care.
“ Amiin, insyaAllah aku pun berharap macam tu. Ya , hang pun take care la. Selamat kembali ke tanah air tercinta. Sampaikan salam aku dekat mak ayah hang. Ok Waalaikummussalam. Elok-elok aku selesai sembang dengan Syafiq, pramugari mula buat pengumuman untuk tutup telefon ataupun set kan flight mood.
Alhamdulillah cukup 2minggu kami di Turki, sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam. Petang ni kami akan bertolak pulang ke Mesir sebelum travel ke Korea. Banyak pengalaman yang kami dapat, pengalaman yang indah bersama sahabat-sahabat.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, kami dijemput oleh suami Nurin dan Nab. Aku dan Sembilan orang sahabatku yang akan ke Korea sibuk menyiapkan diri ke sana yang lagi 9 orang sibuk menyiapkan diri untuk pulang ke tanah air tercinta. Kami bakal meninggalkan Mesir untuk selama-lamanya, peluang untuk kembali sangat tipis tetapi jika ada rezeki kami sangat-sangatlah bersyukur.
Kami berlepas pada hari dan masa yang sama, cuma destinasi yang berbeza. Suasana sayu menyelubungi kami, biarpun akan bertemu lagi di Malaysia perasaan sedih tak dapat kami bendung. Nurin dan Nab sibuk berpelukkan dengan suami masing-masing. Bukan lama pun berpisah 2minggu sahaja, sebab suami mereka pun akan pulang ke Malaysia bersama sahabat-sahabat kami. Di dalam kapal terbang, semua sibuk melayan perasaan. Sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi Mesir, gembira berjaya membawa pulang segulung ijazah, perasaan bercampur-baur.
Setibanya kami di Seoul International Airport, kami disambut oleh wakil Travel Tour yang kami guna. Seorang Korea Asli seorang pelajar Malaysia, nampak sahaja pelajar Malaysia kami menarik nafas lega. Biarpun sebelum travel kami dah belajar bahasa Korea, tetapi adanya orang melayu tak perlu la kami terbelit lidah nak speaking Korea.
“Assalamualaikum, Selamat datang ke Korea Selatan, saya Zahiruddin pelajar perubatan tahun akhir University Of Seoul. InsyaAllah saya akan menemani kalian semua menjelajahi Korea Selatan, dan sebelah saya ni..” .Mata kami melihat jejaka Korea yang berdiri tegak sebelah Zahiruddin. Tinggi tak payah cakap la dan kulit dia kalau tak putih tak kata orang Korea la.
“Annyeonghaseyo.”.Kepala dia tunduk tanda hormat. Kami pun terikut sekali, dah la serentak. Aku nampak Zahiruddin menahan ketawa.
“Hello.. My name is Lee Hyeon Woo, all of you can call me Hyeon Woo oppa.” Aku perasan ke apa ek? Mata dia asyik pandang aku. Tak mungkin-tak mungkin depan aku ada orang lagi. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dan aku ternampak dia tersenyum, nak gelakkan aku ka apa? Malunya…Walaupum pakai purdah rasa macam nak menyorok dalam bagasi ja..Lepas kejadian aku syok sendiri tu, Aku memang dah tak fokus dia cakap apa. Mata asyik pandang telefon ja, walaupun tak tau apa yang aku tengok. Yang penting tak perlu nak angkat muka sebab tak tahu kenapa aku rasa mamat Korea tu asyik pandang aku. Bila dia dah selesai cakap , kami semua bergerak keluar ke kenderaan yang disediakan. Yang pasti aku memang tak tahu dia bagi arahan apa. Di dalam bas aku duduk sebelah Nurin, aku tanya apa yang mamat tu cakap. Dengan semangatnya Nurin cakap.
“Since when anti tak faham orang speaking, ka saja nak test ana?”
Ya Allah sahabat dunia akhirat aku ni pun, aku punya la perlahankan suara aku sekali dia jawab ..Habis satu bas tengok aku. Sekali dengan guide tour kami yang dua orang tu. Mata aku jegilkan . Geram pulak aku. Nurin dah ketawa, memang sengaja kenakan aku rupanya, kurang asam betul sahabat. Dah malas layan Nurin, aku tanyakan soalan yang sama kepada Nab,nasib baik Nab memahami.
Perkenalkan diri je pun, kenapa aku rasa macam dia dah ceritakan sejarah Korea . Rasa macam lama sangat dia cakap sampai sengal-sengal leher aku sebab tunduk lama sangat. Kepalaku pusingkan kembali, sekali lagi mata kami bertembung dan dia menghadiahkan aku sebuah senyuman yang boleh mencairkan iman seseorang.
Setibanya kami di rumah tumpangan, kami mengangkat barang-barang kami ke bilik yang disediakan. Ketika aku keluar sekali lagi untuk memastikan semua barang telah diambil, kelihatan Zahiruddin dan kawan dia tengah ketawa sakan entah apa la yang seronoknya pun tak tahu. Dan kehadiran aku menyebabkan mereka terdiam secara tiba-tiba. Aku pun cepat-cepat minta maaf takut kehadiran aku menganggu.
“I’m sorry.” Jangan berangan la aku nak cakap panjang-panjang. Cukuplah dua perkataan tu, itupun dah menyebabkan jantung aku macam nak tercabut. Tak faham juga kenapa dengan jantung aku ni. Cepat-cepat aku naik bas untuk teruskan niat yang terbantut tadi. Setelah aku yakin tak ada barang yang tertinggai aku pusing ke hadapan untuk keluar dari bas. Tiba-tiba mamat Korea tu naik bas dan aku tak pasti dia nak buat apa. Nak cek barang juga kot, bersangka baik itu penting. Aku percepatkan langkah, tak nak la berdua-duaan dalam bas nanti kena fitnah. Tiba-tiba mamat Korea tu cakap.
“Nama saper? Aku macam keliru kejap, betul ke dia yang cakap.
“Hello awak, nama saper?” Pelat Korea dia menyebabkan aku rasa nak ketawa tapi aku tahan control ayu.
“Saya Nur Azna, ok bye got to go.” Lepas jawab aku blah, kalau blah tanpa jawab kurang adab pulak so aku blah lepas jawab serta merta supaya tak dak soalan kedua.
Turun dari bas aku nampak Zahiruddin, dia pula macam terkejut. Gaya dia tadi macam jaga line takut orang datang. Ya Allah diorang plan ka? Apa semua ni?
Hyeon Woo turun daripada bas sambil tersenyum-senyum.
“What’s wrong? So fast, I think it will take 10 minutes but not even 5minutes. Zahiruddin menggeleng-gelengkan kepalanya, terkejut beruk dia masa perempuan yang Hyeon Woo minat tu turun secara tiba-tiba, malu pun ada.
“I don’t know, but I got her name. A beautiful name and I won’t tell you ever.”
“Belagak pula mamat ni, aku yang tolong dia cakap dalam melayu. Sekeh kepala baru tau.Zahiruddin bermonolong sendiri.
“What?
“Nothing, let’s go eat.
Masuk je dalam bilik, aku duduk kat atas katil dadaku urut sambil istighfar. Series rasa macam baru lepas lari. Perbuatan aku menjadi tumpuan ramai.
“Anti kenapa ni? Ok ka dak? Jumpa apa-apa ka time
cek barang? Semua soalan aku jawab dengan gelengan.
“Apa yang geleng-gelengnya.? Ok ka dak ni? Nurin dah mula soal siasat.
“Ana ok la, tak dak apapun. Semua harap bertenang. Selesai aku cakap semua buat kerja masing-masing kecuali si Nurin mata dia masih memandang aku dengan muka minta penjelasan.
“Kenapa Az, si mamat Korea tu buat apa dekat anti? Ana nampak dia naik bas lepas anti naik, ana bukan nak mengintip tapi ana nak teman anti tup-tup nampak benda lain.”
Dia nampak rupanya, patutla. Mau tak mau aku kena jelaskan kat Nurin, sat lagi habis mamat Korea tu dia kerja kan.
Selesai aku jelaskan, Nurin tiba-tiba cakap.
“Ana rasa Hyeon Woo oppa tu minat kat anti la, I think la sebab dari airport, dalam bas sampai anti nak naik bas tadi. Mata dia asyik kat anti ja. I’m totally sure.” Nurin berbicara dengan penuh yakin.
Aku hanya tersenyum. Inilah Nurin dari dulu lagi macam ni. Masa Syafiq pun dia kata dia rasa Syafiq suka aku. Pandai-pandai ja. Tapi bab Syfiq memang betul pun.
“Amboi dia speaking London, sejak bila ni? Yang semangat sangat ni dah kenapa? Ya ya ja.”
“Betul la.”
“Lantak dia la, dia bukan Islam pun. Takkan bersatu punya.”
“Yakin ja anti ni, mana nak tau, jodoh tu rahsia Allah.”
Ayat terakhir Nurin buat aku terdiam dan terfikir, ada betulnya apa yang dibicarakan oleh Nurin.
“Sentap la tu, tau pun. Dah-dah jom rehat satgi nak pi jalan-jalan.
Semua orang rehat, aku pulak pening memikirkan pasal mamat Korea yang baru beberapa jam muncul tetapi dah boleh kusutkan fikiran aku.
Esok kami akan pulang ke Malaysia setelah 2minggu berkampung di sini. Yang paling aku suka di Korea ni adalah makanannya. Sedap sangat dan tak ramai yang boleh makan . Jadinya aku bersyukur sangat-sangat. Walaupun ada mata yang tak jemu memandang aku, setiap kali aku dapat makanan sebab aku macam orang yang tak makan berbulan-bulan. Ada aku kisah, yang penting aku kenyang.
Dan kisah aku tentang Hyeon Woo oppa terhenti sampai Seoul International Airport. Yang pasti aku memang tak dak perasaan apa-apa dekat dia, dan aku rasa dia hanya nak mengusik aku. Kami hanya pernah bercakap sekali sahaja itupun masa awal-awal sampai Korea itu ja. Selepas itu dah tak pernah, dia hanya pandang aku dari jauh dan aku buat tak kisah ja.
Alhamdulillah, lafaz pertama yang keluar dari bibir aku. Bersyukur sangat-sangat diberi peluang untuk terus bernafas dan menjejakkan kaki di bumi Kedah. Sampai di KLIA aku tumpang Nurin dan suami dia pulang ke Kedah. Nak buat macam mana suami tak dak lagi, mak abah kerja, jadinya terpaksa tumpang kasih sayang sahabat. Lagipun Nurin kata dia nak balik rumah mak dia dulu, maknanya balik kampung aku juga la. Rezeki aku la tak payah naik bas.
Aku tiba di rumah petang, selesai berpeluk-peluk dengan Nurin serta berbasa-basi dengan suami dia ucap terima kasih sebab tolong angkatkan barang-barang aku sampai depan pintu rumah dan melihat kereta mereka keluar dari pagar rumah aku, aku melangkah ke pintu rumah aku dengan penuh semangat. Kali terakhir balik tahun 2014 sekarang 2016. Hampir 2 tahun juga, rindu tak payah cakap la.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikummussalam, Kak Long!!!” Adik bongsu aku , Umar berlari keluar dari bilik aku. Dia buat apa la dalam bilik aku. Lepas menyalami aku Umar sesuka hati tanya.
“Buah tangan dari Turki dan Korea mana?” Bertuah punya adik, kalau ya pun tanyala Kak Long sihat ka dak? Penat dak? Dulu aku balik baru 10tahun sekarang dah 12tahun skill bercakap dia makin bertambah.
“Waalaikummussalam,Kak Long!!!” Adik lelaki yang pertama pulak keluar dari bilik aku, musykil betul. Buat apa la dalam tu. Kebetulan aku balik masa diorang cuti sekolah.
“Amacam best dak? Ni balik nek apa? Mesti penat kan, mai-mai masuk rumah. Umaq pun biaq Kak Long dok kat luar kesian dia. Adik aku yang ni memang sweet dan sangat memahami serta suka berleter. Macam cepat ja masa berlalu, Amir ni dah umur 18tahun yang Amna dah 17tahun, Anis dah 23tahun dan tak lupa aku dah 25tahun. Rasa macam baru semalam kami dapat Umar . Alhamdulillah dapat duduk, terima kasih Amir.
“Mestilah best, Kak Long balik dengan Kak Nurin. Penat tapi best. Mak Abah mana?
“Mak abah pi pasaq malam.” Selesai Amir jawab keluar lagi sorang adik aku, Amna. Baru nak keluar. Adik aku Anis tak cuti, sekarang dia tengah belajar dalam jurusan akauntan di UIA. Tak boleh la nak gossip-gosip geng tak dak.
“Nah, ni untuk Umaq, ni untuk Amna dan yang ni untuk Amir.” Keychain dan t-shirt Korea aku edar sorang satu. Makanan-makanan kena share. Ni ja Kak Long beli untuk hampa. Dah-dah Kak Long nak mandi.” Dengan longlai aku melangkah masuk ke dalam bilik.
Masuk ja dalam bilik , aku tulisan Selamat Pulang, Kak Long!!! Congratulation 4 ur success… Sebak sebentar, hmm besar-besar dah adik-adik aku. Aku pusing belakang ucap terima kasih sambil tersenyum lebar. Lepas tu aku bersihkan badan dan siap sedia nak solat maghrib. Selesai solat maghrib, kami makan malam berjemaah. Lepas tu kami menonton sama-sama, lama tak rasa macam ni. Masa aku tengah fokus menonton cerita kartun yang Umaq buka mak soal aku dengan soalan maut.
“Long… Macam mana? Dah 25tahun dah tahun ni. Semalam Syafiq mesej mak tanya Long dah balik ka dari Korea, dia kata kalau Long balik dia minta tolong mak tanya pasai lamaran dia.”
“Hmm, cheq bukan tak suka kat Syafiq tu, tapi cheq istikharah tak nampak dia. Mak habaq kat dia, kata kalau dia sanggup tunggu la sebab cheq sendiri tak tahu rancangan Allah. Haa mak cheq nak minta izin kerja dekat tadika kak ipaq Nurin sementara nak jumpa kerja tetap, tak mau dok rumah saja.”
“Ya la.. Nanti mak habaq dekat dia, mak ikut ja. Mak tak tau Long rasa apa, pasai kerja mak ok ja. Tanya abah hang pulak.”
Paling best mak aku ni, memang dia macam nak sangat Syafiq jadi menantu dia tapi dia tetap utamakan perasaan aku dan dia takkan memaksa. Sembang tentang kahwin-kahwin setakat tu ja lepas tu semua fokus menonton. Aku tunggu abah balik dari masjid sebab nak tanya tentang kerja dan abah mengizinkan.
Seminggu aku jadi penganggur, lepas tu aku mula berkhidmat menjadi pengasuh kanak-kanak bawah 5tahun. Gaji pun alhamdulillah,boleh la nak belanja sikit dan nak simpan untuk masa depan. Aku balik rumah seminggu sekali, masa kerja aku tidur rumah pekerja. Hampir 3bulan aku bekerja, Alhamdulillah semua ok. Mana tak ok nya, kerja dengan sahabat sendiri. Tadika dan taska ni milik kak ipaq kepada Nurin dan kak ipaq dia amanahkan taska untuk dia urus. Maka akulah salah seorang pekerja dia.
Hari ni Nurin ajak teman dia beli barang, sebagai sahabat yang baik dan masih single maka dengan relanya aku ikut dia. Dan sudah menjadi kebiasaan kami, bila keluar membeli-belah mesti kena makan. Kami singgah makan di retoren kesukaan aku dan Nurin. Aku dah selesai makan, sementara nak tunggu Nurin sudah makan aku buka Whatapps baca mesej-mesej group yang tak sempat nak baca tadi.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang memberi salam, kepalaku dongak. Macam nak terkeluar biji mata aku. Tergagap-gagap aku jawab salam, Nurin dah tersengih-sengih.
“May I sit? Soal dia sambil memberi senyuman manis. Belum sempat aku jawab, Nurin dengan selamba suruh dia duduk. Dia menarik kerusi meja sebelah dan duduk di sebelah kananku. Aku masih terpaku, sepatah pun tak mampu aku ucap. Hanya mata yang berkelip-kelip.
“Azna..Azna..Azna..Are you okay?” muka Lee Hyeon Woo aku tatap , terpancar kerisauan di wajahnya. Dan aku hanya mampu mengangguk. Siapa tak terkejut, siapa boleh menyangka , lelaki Korea yang tak pernah aku terikir untuk bertemu buat kali kedua berada di hadapanku.
“I’am sorry for coming without telling you first, and now I know here is not the right place but I hope you don’t care. I need to tell you right now. Nurul Azna binti Mohamad I want you to bring happiness into my life, be my supporter and stay with me till heaven. Nurul Azna will you marry me? Habis ja dia cakap, ayat-ayat yang dia ucap cubaku hadamkan. Dan dengan serta merta, aku tengok Nurin. Aku nampak mulut dia suruh aku jawab yes or not.
Dia masih menanti jawapan aku. Dan jawapan aku.
“I need time, I need to ask Allah. And one more thing I want to make sure that you not convert to Islam because you want to marry me. I want you convert to Islam because the religion itself and for seek Allah. If your niat is first so I will never accept your propose but if you still want to marry me, firstly, you must correct your niat and after that come to my family not to me.
Lastly, I want to say sorry if my words hurts your heart and your pride. I’am so sorry. Aku cuba menahan air mata, bukan niat aku nak tolak lamaran dia tapi aku perlu masa dan aku tak nak kahwin sebab cinta manusia bukan cinta Illahi.
Sesaat pun Hyeon Woo tak pandang ke arah lain, dia hanya melihat aku dan aku melihat ke arah lain.
“It’s okay, I accept your answer and no need to say sorry because not you fault. And thank you because give me a clear answer. Please stay health , happy and take care. Got to go …Assalamualaikum..”
Langkah Hyeon Woo aku pandang hiba, maafkan saya. Terlalu fokus untuk beri jawapan tadi aku lupa Nurin yang dari tadi menjadi pemerhati. Nurin menggeleng-gelengkan kepala.
“Apa ni Az, anti tau kan dia baru masuk Islam. Kenapa bagi jawapan macam tu, terlalu kasar. Aku tau kau tegas tapi kalau iman dia tak kuat dia pi bunuh diri macam mana. Tak pun kemalangan sebab tak boleh fokus memandu.”
“Aku tak tau, aku just cakap dari hati. Dan dia takkan bunuh diri , insyaAllah. Semua dengan izin Allah.”
Sejak peristiwa 3bulan lalu, setiap hari aku istikharah. Dan jawapannya aku nampak Lee Hyeon Woo atau nama Islamnya, Abdul Mustaqim. InsyaAllah selurus keimanan empunya badan. Setiap hari aku menanti dia, nak berhubung nombor pun tak ada. Hanya mampu menanti dan terus menanti. Hari ni 17 Oktober 2016 genap tiga bulan, Hyeon Woo melamar aku pada 17 Julai2016 bersamaan 12 Syawal 1437. Sesungguhnya penantian tanpa khabar itu menyeksakan. Seorang pun aku tak beritahu mengenai istikharah aku, ianya rahsia aku dan Allah.
Hari demi hari berlalu, esok akan masuk bulan baru. Dan esok aku diarahkan oleh Nurin untuk cuti. Dia kata aku nampak lemah, kuat sangat bekerja. Dia suruh aku rehat, jaga kesihatan. Maka petang ni selepas habis waktu kerja aku memandu pulang ke kampung.
Jam menunjukkan pukul 2pagi, aku terbangun dari tidur. Mimpi tu datang lagi, seperti biasa aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Selesai solat sunat, aku termenung di tikar sejadah. Dia selalu hadir dalam mimpi aku, dia menghulurkan tangannya tetapi secara tiba-tiba dia menarik kembali. Seraya dia berkata, maaf saya tak layak, dan dia berlalu pergi.” Air mata aku tumpah lagi, aku tak menyesal dengan kata-kata aku. Cuma aku perlukan kekuatan untuk hadapi semua ini. Si Syafiq masih setia menanti, tetapi aku tak boleh terima dia. Aku anggap dia seperti adik sendiri.
Seusai solat subuh, seperti biasa aku ke dapur untuk sediakan sarapan untuk mak,abah dan Umaq. Sebab hari ni masih lagi sekolah,cuti sekolah belum bermula. Selepas mak,abah dan Umaq keluar ke sekolah aku masuk bilik dan tidur sebab mata dah tak larat nak buka. Pukul 10.30 pagi baru aku terjaga, sebab kebiasaan aku menunaikan solat sunat dhuha. Aku bangun bersihkan badan dan solat dhuha. Selesai solat, aku dapat panggilan dari mak.
“Long … Masak nasik dengan lauk apa yang ada, kawan mak nak mai empat orang. Depa sampai dalam pukul 2 satgi kot, kalau mak abah tak sempat nak balik, Long tolong bukak pintu sat kat depa.”
Selesai menerima arahan dari mak, aku ke dapur melihat lauk apa ja yang ada. Aku masak simple-simple ja, Nasi putih, ikan sweet sour,sayur air, air sirap dan sedikit buah-buahan. Yang tu ja ada. Aku siap berperang kat dapur dalam pukul 1, aku masuk bilik, mandi dan tunggu azan zohor.
Selesai solat, aku dengar bunyi kereta masuk ke kawasan rumahku. Dan ternyata abah, syukur abah balik jadinya abah yang akan sambut tetamu. Abah bagi salam dan terus masuk bilik, nak siap-siap la kot. Tak lama lepas tu mak balik dengan Umaq. Maka selamatlah aku, aku memang tak suka nak sambut-sambut tetamu ni, akukan pemalu. Mak masuk rumah tanya aku masak apa. Lepas tu mak kata lulus dan aku masuk bilik.
Dalam pukul 2.30petang aku kereta masuk lagi, mesti tetamu dah sampai. Mak ketuk pintu bilik aku.
“Long, siap-siap.. Pakai baju kurung yang lawa-lawa sikit ada orang nak menengok.” Lepas mak bagi arahan mak keluar, nak sambut tetamu
Aku dalam bilik terpinga-pinga, nak pakai baju apa. Siapa pula nak datang menengok ni.Last-last baju kurung raya tahun lepas aku pakai sebab dah gosok. Jadinya tak aku susah nak gosok, cepat dan pantas. Cantik pun cantik. Elok-elok aku siap bersiap, pintu bilikku di ketuk.
“Assalamualaikum, boleh kami masuk?”
“Waalaikummussalam, ya-ya jemput la. Nasib baik bilik aku kemas rapi. Seusai mendapat izin aku, makcik yang memberi salam masuk ke bilik aku diikuti seorang mak cik yang tak bertudung dibelakangnya dan yang terakhir mak aku. Mak cik yang tak bertudung itu tersenyum manis dan dia ucap.
“Annyeonghaseyo..” Dengar je perkataan tu aku terus teringat Hyeon Woo.
Nurul Azna, ibu,ayah,appa dan omma datang sini hari ni sebab nak merisik dan terus meminang Nurul Azna untuk anak bujang kami Abdul Mustaqim ataupun Lee Hyeon Woo.” Dengar sepotong nama tu air mata ku mengalir. Ya Allah, akhirnya.. Air mata aku seka. Ibu meneruskan percakapannya.
“Ibu dan ayah, family angkat Mustaqim, omma dan appa ayah angkat Hyeon Woo, Dia anak yatim piatu, dan dia anak susuan omma dan appa. Maaf kalau tak faham, dah lama ibu tak cakap bahasa Melayu, ibu belajar bahasa dengan ayah sebab ayah orang Melayu.”
Aku menggangguk tanda faham, patut la ada pelat sikit.
“Macam mana Nurul Azna, terima atau tidak?” Aku lihat ke arah mak dan mak tersenyum. Jawapan yang bakal aku berikan adalah jawapan yang telah lama aku simpan dan aku yakin.
“Bismillah, dengan nama Allah saya terima.” Dengar sahaja aku terima, ibu memelukku, selepas itu aku memeluk mak. Omma yang sudah faham apa yang kami bicarakan setelah diterjemahkan oleh ibu bangun memelukku. Dia bisik ke telingaku, “Khamsahamida”. Nasib baik aku faham.
Mak keluar ke ruang tamu menyampaikan berita. Ibu membuat satu permintaan untuk aku.
“Nurul Azna, sebenarnya Mustaqim ada pesan kalau Nurul Azna dah terima, dia minta untuk melihat wajah Nurul Azna. Aku tersenyum dan memahami.
Ibu merakamkan detik-detik aku membuka purdah untuk bakal imamku. Selesai menghantar video, seutas rantai tangan dipakaikan oleh ibu di lengan kiriku setelah itu, sebentuk cincin disarungkan oleh omma ke jari manisku. Ibu kata rantai tangan untuk merisik, cincin untuk tunang.
“Semangat betul tunang kamu, dari tadi lagi tunggu berita. Ibu hantar je gambar Nurul Azna, dia suruh ibu sampaikan salam dia untuk kamu.”
Alhamdulillah selesai majlis pertunangan aku yang sebenarnya bukan majlis pun. Tarikh kenduri dah tetapkan iaitu pada tanggal 20 November 2016 ada lagi 18 hari. Mak kata pilih tarikh tu sebab Mustaqim minta, abah pun ok ja sebab dah cuti sekolah.
Hari demi hari berlalu, hari perkahwinan aku hampir tiba. Lagi 3hari, dan selama aku bertunang aku lansung tak berhubung dengan Mustaqim semuanya melalui ibu. Akad nikah pada pagi kenduri. Malam kenduri aku jemput Nurin, Nab dan Nisa tidur rumah aku. Sahabat karib aku mesti la kena di sisi aku, dan sudah terjawab diantara kami berempat akulah yang terakhir menjadi isteri orang. Selesai berinai, aku dipaksa untuk tidur awal disebabkan akad nikah aku pukul 10.30 pagi.
Keesokkan paginya, suasana rumah aku mulai sibuk, Dan semestinya pengantin tak perlu buat apa-apa. Debaran di dada memang tak perlu sebut la. Selesai solat sunat dhuha, aku dimekapkan oleh ketiga-tiga sahabat aku. Pagi ni juga aku mendapat berita gembira yang sahabat aku, Nurin dan Nab bakal menjadi ibu. Alhamdulillah berita gembira dihari berbahagia. Pukul 10 tepat mereka siap menconteng muka aku, nasib baik tak tebal natural ja. Diorang ni pulun ja lebih, padahal aku memakai purdah and no make up on eyes. Aku akan dinikahkan di masjid kampung ku yang berada tak jauh dari rumahku.
Setibanya kami di masjid, aku disambut oleh omma dan ibu, tangan mereka kukucup. Aku beriringan dengan mak,ibu dan omma untuk masuk ke dalam masjid. Omma meminta izin untuk pergi ke ruang yang di sediakan sebab omma bukan Islam.
Tepat pukul 10.45pagi aku sah menjadi isteri kepada Abdul Mustaqim bin Abdullah. Aku melihat dia menunaikan solat sunat di penjuru masjid, hatiku tersentuh. Selesai dia solat, bermulalah acara pembatalan air sembahyang. Pertama kali tanganku disentuh oleh seorang lelaki selain abah dan adik-adikku, perasaan yang tak dapat ku gambarkan. Jari manisku disarungkan sebentuk cincin emas bertatah berlian berbentuk hati.
Tangan milik imamku kucium kasih. Maka mulalah sesi pengambilan gambar. Aku dimaklumkan yang suamiku mengupah 3orang untuk mengambil gambar dan video. Dan akad nikah ku ini life ditayangkan di rumah ku dan di luar masjid, khas untuk keluarga suamiku yang bukan Islam. Setelah para jurugambar sudah puas mengambil gambar aku mencium tangan suamiku, suamiku meletakkan tangan di atas kepalaku dan dia membaca doa. Hatiku sekali lagi tersentuh apabila mendengar setiap patah doa yang dibacakannya. Tiba-tiba aku ternampak satu dua titik air menitik ke atas kain sampan suamiku. Selesai membaca doa, aku melihat suamiku menyeka air matanya, dan untuk kesekian kali hatiku tersentuh lagi.
Selepas acara pembatalan air sembahyang, aku dan suami sibuk bersalam-salaman dengan mak,abah ,ibu, ayah ,omma,appa,adik beradik,sanak saudara,sahabat-sahabat dan semua yang hadir.
Aku dan suami berjalan beriringan ke kereta untuk pulang ke rumah ku,untuk berehat sebelum mula kenduri. Dia mengenggam tanganku erat seperti tidak mahu melepaskan lagi. Kawan-kawan dia mula mengusik, diaorang kata tak lari mana aih isteri kamu tu. Dia hanya tersenyum, dan aku tersenyum melihat senyumannya.
Tibanya kami di rumah, semua mata memandang kami. Pastilah semua nak tengok suami Korean aku. Kali ni aku pulak yang menggenggam tangannya erat. Dia tersenyum lagi. Cair iman cheq kalau macam ni, kami melalui lautan manusia dengan mudah apabila mak meminta izin untuk beri kami masa untuk berehat dahulu.
Kami tak dibenarkan untuk berehat di bilik pengantin, aku membawanya ke bilik bersebelahan bilik pengantin iaitu bilik yang aku tidur semalam. Seusai kaki kami melangkah ke dalam bilik sementara untuk berehat, aku mula sedar yang hanya berdua dengannya di dalam bilik yang tak besar tak kecil. Seingat aku,perkenalan kami tak sampai setahun, dan kali terakhir aku berdua-duaan dengan dia semasa di Korea di dalam bas. Saat dia mulai tahu nama aku. Bila teringat kembali, macam lucu pula tak sangka dia jodoh aku. Sedang asyik aku mengimbau kenangan lama, bahuku disentuh.
“Sayang, apa yang funny sangat? Start today, I want you to share with me everything. Even a smallest things. Dengar sahaja dia kata macam tu, lutut aku mulai lembik. Kenapalah sweet sangat suami aku ni. Suamiku cepat-cepat memautku,muka dia dah cemas.
“Sayang..Are you okay? Not feeling well? Ottoke? Comel je dia sebut bahasa Korea.
Tiba-tiba pintu bilik kami diketuk,aku berjalan ke arah pintu. Nurin,Nab dan Nisa rupanya.
“Az anti jangan lupa na, satgi kami nak siapkan anti.Haa jangan buat projek tengahari rambang ni.”
Diorang mula dah mengusik. Belum sempat tutup pintu mak datang beritahu, yang sat lagi suami aku perlu ke padang depan rumahku untuk belarak bersama keluarganya. Pintu bilik kututup rapat. Aku toleh kebelakang dan dia menanti aku ke melangkah ke katil dengan muka blur.
“Sayang, mak cakap apa?” Comelnya dia cakap Melayu, apa dah jadi dengan aku?
“Mak kata jap lagi you must go to your family and walk with them masuk ke gate this house and I will wait you at the gate, understand? And don’t worry Syafiq will help you. Entah faham entah tidak, broken English aku ni. Masa aku tengok dia angguk, aku rasa macam aku dah menang trofi.
“Of course la faham, I learn bahasa from ibu, ayah,Wan, Nurin, Syafiq and a few friends and of course man” Dengar nama Nurin dan laki dia , musykil ni. Nama Syafiq pun, macam mana dia kenal.
“Macam mana awak kenal Nurin and her husband and also Syafiq?”
“Sayang… Start today no more awak, call me abang,jagiya or honey. For your information Wan and her wife is our orang tengah, diorang banyak bantu abang. And Syafiq we just met at Wan’s house.
Okay..abang will tell you more about orang tengah but we must sit like this.” Dia tarik aku untuk duduk bersila berhadapan dengan,lutut kami bertemu. Aku jadi malu nak pandang wajah dia.
“Hey sayang, look at me.” Dagu aku dia sentuh dan dia angkat wajah ku. Mata aku pejam, malu nak bukak.
“Sayang, why so cute,you must learn to see my eyes and why so beautiful. Now bukalah tudung, I’am your husband. Kenapalah masa lambat sangat berlalu. Tanganku mula membuka tudung, dan sekarang aku jadi lagi malu. Tetapi aku beranikan diri untuk tatap mata dia. Subhanallah,itu yang terkeluar. Cantiknya mata dia, Light brown. Impian aku nak dapat suami sepet dah pun dimakbulkan Allah,baru perasaan mata dia sepet, warna koko cerah,kening dia macam cukur, dahi luas, hidung mancung, bibir pink yang sexy.
Secara spontan tanganku mengelus-elus wajah suamiku. Suami aku seribu kali lebih kacak dan comel daripada pelakon-pelakon korea yang aku minat. Dah puas menjelajah wajah suami aku, baru aku tersedar. Suami aku mula senyum nakal, nak mengusik la tu.
“Are you flirt with me, sayang?”
“No, no,no, I don’t mean it, we can until last kenduri at Korea.” Suami aku ketawa, pertama kali aku melihat di ketawa semestinya kejadian bas di Korea.
“Yes, I know. Dah jangan malu, my face, my body, my heart and all thing mine is yours since now.” Nak pengsan aku dengar dia cakap macam tu.
“Okay , I will start story about Nurin. At Korea, before sayang fly ke Malaysia, abang jumpa her and told her to help me get you. Nurin cakap yang abang must convert to Islam before I get you. So abang start learn about Islam, with bantuan Zahiruddin. And Zahiruddin introduce me to ibu and ayah, 3month abang try to faham Islam. I’am officially Muslim on 1 Syawal 1437 same date 6 July 2016. Lepas abang convert abang try to contact Nurin, and abang dapat. So abang know where you are and you still single. Nurin help me one more, on the day abang got rejected. Even abang di tolak, I’am not give up. Because abang tahu that’s my fault. Niat abang salah and what sayang say is totally true.
So on that day, abang fly balik Korea and start from zero with ayah and ibu. Alhamdulillah, abang feel more tenang. I’am sorry, to be a good and wise Muslim abang ambil long time 3months. Abang just leave all to Allah, and abang hope sayang still wait for abang. And abang very shocked when ibu send me your video. First time, abang see your face, abang fall in love again.” Air mataku bertakung, tangan suamiku cium. Aku rasa aku banyak sakitkan hati dia, main perasaan dia. Suamiku memegang kedua belah pipiku lembut. Air mataku diseka. Dahiku dikucup kasih. Seusai dia mencium dahiku, aku memeluknya erat sambil meminta maaf.
“Shhh, sayang tak salah apa-apa. Please don’t cry.” Lama juga aku menyembam muka ku ke dadanya. Rasa selamat dan disayangi sangat. Bila dah puas aku angkat muka ku dan pandang dia.
“Terima kasih terima sayang juga, and today I’am totally fall in love dengan my own husband.” Tangan dia aku kucup sayang.
“Okay, now sayang should wash your face before your friend marah abang.”
Jam baru pukul 11.30pagi, zohor 1.30petang. Aku beritahu suamiku yang aku nak tidur sebentar. Dan aku tertidur di lengannya. Aku terjaga pukul 1petang,dia masih nyenyak tidur. Macam tak percaya dapat suami korea, kacak kalah semua orang. Yang paling aku suka kat muka dia, adalah mata dan bibir.Alang-alang dia tidur lagi, aku elus-elus mata dan bibir dia. Geram . Tiba-tiba dia terjaga, bibir dia mengukir senyuman. Aku sentuh bibir dia.
“Sayang suka my lip?” aku mengangguk
“ Abang love your eyes and also your lips.”
“Me too, mana boleh tiru.”
“Abang forgot to tell sayang, abang fall in love with sayang at first sight at airport, I love you clumsy and kalut attitude, it’s so cute. When abang stare at sayang, sayang start gelabah. Sayang just look at phone, and abang think your neck must in pain. And don’t forgot when I ask your name in bus. And when you got your meal. All of everything sayang do, I love it. And insyaAllah I will love it until I die.” Dia buat aku malu lagi. Tiba-tiba bibir kami bertemu. Dia tersenyum nakal.
“Okay time’s up, let’s get ready.” Aku cepat-cepat bangun untuk melindung muka yang dah panas.
“Abang mandi dulu boleh? Sayang nak tidur lagi..” Tiba-tiba rasa mengantuk kembali, suami aku mengalah untuk mandi dahulu.
“Sayang,sayang,sayang wake up. Time for shower. Palli or mak will marah us.” Aku bangun. Lembutnya dia kejut aku.
“Sayang, abang wait you for solat Jemaah.” Selesai mandi aku melihat suamiku membaca Al-Quran.
“Sayang, solat sunat first and then we will pray zuhr together.” Aku hanya menurut. Selesai solat dan suamiku meletakkan kepalanya di atas ribaku. Mata dia pejam,rambutnya ku usap. Baru perasan rambut suamiku perang.
“Abang, nak ask something boleh?” Dia mengangguk.
“Are you hafaz AlQuran? Matanya di buka, bibirnya mengukir senyuman.
“Yes, and I’m still. Abang just hafaz 15juzuk. Pray for me.” Matanya ditutup kembali.
“Hmm..so comfortable.” Aku tersenyum melihat wajah suamiku, tanpa sedar bibir kami bertemu lagi. Suka ambil kesempatan. Suamiku bangun untuk bersiap, aku membantunya memasang butang dan sampin. Semua baju aku, ibu yang sedia kan. Akad nikah baju kurung putih , kenduri rumah aku jubah kembang warna peach bunga merah, kenduri di Kuala Lumpur jubah warna hijau cair dan yang terakhir kenduri di Korea aku akan pakai hanbok. Selesai pakaikan baju untuk suami aku dan aku. Aku menelefon Nurin untuk masuk bilik, menghias wajahku. Ketika mana sahabat-sahabatku menghias wajahku, suamiku tak pusing ke arah lain.
Mata dia asyik pandang aku melalu cermin.Malu tapi malas layan. Selesai bersiap, Syafiq mengambil suamiku ke keluarganya. Ya, Syafiq pengapit suami aku. Dan adik aku, Anis pengapit aku.
Aku menanti suami aku di pintu pagar, semua mata memandang kami.Aku terpaksa mengenakan sandal yang bertumit disebabkan suami aku tinggi dan aku hanya berada di bawah ketiak dia. Kami masuk ke dalam rumah bersama alunan kompang. Sampai ke ruang tamu kami duduk untuk makan beradab. Sebenarnya tak la makan beradab sangat, lebih kepada makan bersama keluarga. Sebab aku berpurdah ,aku tak nak makan atas meja dan semua orang tengok aku. Purdah aku buka sebab kebanyakkan semua adik-beradik. Cuma tak faham Syafiq asyik memandang aku. Dari aku mula makan sampai ke suapan terakhir. Suami aku hanya makan 3suapan dari aku, lepas tu dia asyik suap aku. Kenyang katanya. Selesai makan sarung tangan dan purdah aku pakai kembali. Kami bangun ke pelamin untuk sesi bergambar, selesai di pelami kami masuk ke bilik. Suami aku sengaja menngupah juru gambar perempuan supaya aku selesa untuk buat pelbagai gaya.
Selesai bergambar, kami keluar bertemu tetamu-tetamu yang hadir. Suami aku tak pernah tinggal aku walau sesaat. Pergi mana sahaja pasti aku diheret, begitu juga aku takkan tinggal dia. Kawan-kawan sekolah aku semua datang, Syafiq yang tolong jemput. Mulalah mengusik aku, suami aku hanya tersenyum sebab ada perkataan yang dia tak faham. Melalui riak wajah dia aku tahu dia cemburu.
Selepas bersalam, suami aku tak berkata satu patah pun. Tak sampai sehari kahwin dah ada masalah.
“Abang…are you jealouse? I love you not they, they used like to tease me at school.” Kedua pipinya aku elus, mata dia masih tak pandang aku. Akhirnya dia bersuara.
“ Abang afraid because they have more knowledge about Islam and they must a wise hamba.”Itu rupanya penyebabnya.
Dada milik suamiku ku sentuh.
“I choose you, and I know you are a wise and good Muslim. You can abang.”
Kehidupan aku dan suami Koreaku teramatlah bahagia. Kini usia perkahwinan kami hampir 5tahun dan kami dikurniakan 4orang anak. Anak sulung kami sepasang kembar perempuan dan anak kedua kami sepasang kembar lelaki. Kami sendiri tak menyangka, tetapi kehadiran mereka amatlah bermakna. Alhamdulillah adikku Anis, juga telah berumahtangga. Dan tak kusangka jodoh Anis adalah Syafiq, lelaki yang setia menantiku. Namun itulah yang dikatakan jodoh rahsia Allah.
Setiap cinta yang hadir adalah kurniaan dari Illahi dan juga merupakan fitrah insani. Yang mencorakkan kisah cinta itu adalah insan yang mencintai dan dicintai. Adakah kisah cinta itu mengikut syarie ataupun hanya nafsu semata-mata. Namun cinta tak semestinya bersatu, kerana jodoh yang pasti bersatu adalah rahsia Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan