Selasa, 28 Julai 2015

Sudah terlewat kah aku??????



Sudah terlewat kah aku??????


Bunyi nyaring dari telefon bimbit itu membuatkan Nazri tersentak dari tidur. Terpinga-pinga bangun sambil menggosok-gosok mata akibat silau dari cahaya lampu kalimantan yang terlupa ditutupnya. Sejenak Nazri sempat berfikir dan cuba meneka siapa pemanggilnya. Sudah agak lama dia tidak menerima panggilan telefon lewat malam begini. Kalau tiga tahun dulu panggilan lewat begini telah biasa ditunggunya. Sekilas kenangan yang cuba dilupakan terlintas di ruang mata. Terlalu pedih dan kejam untuk terus diingati. ‘Ah, angkat handset tu dulu kalaupun ingin berkhayal,’ kata hati Nazri. Telefon bimbit itu senyap serta merta di saat tangan Nazri hampir mencapainya. Mengganggu saja malam-malam begini. Tak tahukah orang nak tidur? Tetapi marahnya sekejap sahaja kerana di ketika itu juga tangannya tetap mengangkat telefon itu. Ditekan-tekan butang untuk mencari sesuatu. Nah, sekarang apa yang dicarinya telah ditemui! Dirasakan seperti masa berjalan terlalu lama. Semenjak mendengar deringan handset semalam, Nazri resah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia harus berperasaan begitu. Yang nyata nombor telefon pemanggil semalam telah mengganggu ketenangannya selama ini. Nombor itu telah lama diluputkan dari handsetnya sebagaimana nama pemanggilnya yang telah cuba dibuang jauh-jauh dari ingatannya. Terlalu payah untuk dilupakan dan ketika dia benar-benar boleh melupakan, mengapa panggilan semalam harus muncul? Setelah Nazri ditinggalkan tanpa belas kasihan, kini dia muncul kembali. Dafrina, kemunculannya sekadar bayang-bayang kini mengundang kontroversi dalam diri Nazri. Panggilan yang tak sempat diangkat semalam membuatkan Nazri kurang waras! Mengapa tiba-tiba Dafrina menghubunginya setelah lima tahun tidak saling berhubung? Masih belum puaskah dia menyiksa Nazri? Kenangan masa lampau menghantuinya. Telefon yang berbunyi tidak terus diangkat. Nazri hanya tersenyum sambil memandang nombor yang tertera. Seperti biasa Nazri menunggu telefonnya senyap sebelum membalas panggilan itu kembali. “Hello, Ina....” “Hai, Ina baru je telefon Naz. Apasal Naz tak jawab? Ina sedih tau...” “Eh... bukan sengaja. tengah sibuk tengok bola sepak kat TV tadi. Apa hal telefon malam-malam buta ni? Tak tidur lagi ke?” “Tak ada apalah. Nak telefon saja-saja tak boleh ke?” “Bukan tak boleh. Tapi, manalah tau kalau-kalau ada perkara yang nak kena tolong lagi. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
 




“Taklah. Sebenarnya Ina nak ucapkan terima kasih sebab pertolongan minggu lepas. Sekarang
baru Ina lega sebab masalah tu dah settle. Terima kasih ye!” “Yelah... sama-sama kasih.” Nazri mula berkenalan dengan Ina yang baru seminggu bekerja di syarikat pembinaan itu ketika Ina menghadapi masalah berkaitan dengan bil telefonnya. Sebenarnya, tak ada apa yang Nazri tolong. Dia sekadar temankan Dafrina ke pejabat TM Touch. Sebelum tu sudah dua tiga kali Dafrina pergi dengan kawan-kawannya tapi tak jumpa di mana pejabat tu. Runsing apabila memikirkan sim card telefonnya tak sampai-sampai sedangkan bilnya pula sampai. Akhirnya, masalah itu dapat diselesaikan. Bermula dari hari itu Nazri yang bekerja sebagai pembantu tadbir biasa di pejabat itu mula bermesra dengan Ina pelajar lepasan STPM yang masih menanti keputusan STPMnya. “Ina ada banyak kerja ke?” “Apasal... nak ajak Ina keluar ke?” “Emmm....rindulah.” “Eh, minggu lepas dah jumpa. Cepatnya rindu.” Dafrina buat-buat terkejut tetapi sebenarnya dia sendiri ingin sangat bertemu Nazri untuk membincangkan suatu hal penting tentang masa depan mereka berdua. “Alah, bolehlah...” Nazri merengek manja. “Yelah, yelah. Ina free esok.” Jawapan itu amat melegakan hati Nazri.“Ok.. kita pergi lunch sama-sama,” kata Nazri. “Ok.. Bye!” Ina mengakhiri perbualannya. Dafrina wanita pertama yang hadir dalam hidup Nazri. Dialah yang pertama dan terakhir bertakhta di hati Nazri. Tak sangka pertemuan yang singkat dan tanpa dirancang itu membuahkan satu kelainan dalam perhubungan. Nazri terlalu menyayangi Dafrina. Dia terlalu mengharapkan kesetiaan dan kejujuran Dafrina. Segala permintaan Dafrina dia turutkan. Segala kata-kata Dafrina, Nazri ia kan. Nazri terlalu menyanjung Dafrina sehinggakan Nazri tidak pernah ingin membalas pengkhianatan yang Dafrina lakukan. Tak disangkanya pertemuan dengan Dafrina hari itu akan mengakhiri perhubungan mereka untuk selama-lamanya! “Ina dah dapat tawaran mengikuti kursus Perumahan, Pembangunan Dan Perancangan (HBP) kat USM.” Kata-kata Dafrina membuat Nazri melonjak gembira bersamanya. “Baguslah tu... kan Ina teringin sangat nak jadi seorang arkitek yang terkenal. Lepas empat tahun nanti boleh kita kerja sama-sama lagi di syarikat ni.” “Emm... harap-harap impian Ina akan menjadi kenyataan. Tapi....” “Tapi apa Ina? Ada masalah yang boleh saya tolong?” Nazri menyampuk. “Bila Ina dah bergelar arkitek nanti, takkan Naz masih nak bergelar pembantu pentadbir rendah saja di syarikat ni. Ina suruh Naz sambung belajar pun Naz kata tak boleh sebab kena tanggung adik-beradik belajarlah, emak sakitlah. Naz pun degil!!! Malulah Ina nanti...” Kata-kata Ina umpama petir yang menyambar hati Nazri. Tak disangka Dafrina akan berubah dalam sekelip mata sahaja. “Jadi...apa keputusan Ina sekarang?” Nazri menyoal Ina sambil merenung
tepat ke matanya. Ina berpaling kerana tidak tahan dengan renungan tajam Nazri. 





“Lupakan Ina. Jangan tanya mengapa sebab masalahnya datang dari diri Nazri sendiri. Rasa-rasanya kita memang tidak dapat bersama. Perjalanan Ina masih jauh. Kalau Nazri tak nak ikut biar Ina pergi sendiri. Dengan diri Ina sekarang Ina rasa dah cukup untuk Ina melangkah.” Ayat Ina yang penuh angkuh itu merobek hati Nazri. Kini lima tahun sudah berlalu. Sudah dapatkah apa yang dicari Dafrina? Apakah Dafrina ingin kembali kepadanya? Jika itu terjadi bererti Dafrina pergi dahulu bukanlah membenci dirinya tetapi pergi untuk mencari apa yang dihajati. Lima tahun berlalu bukanlah satu jangka waktu yang singkat. Dalam tempoh selama itu cukup banyak penyiksaan yang telah Nazri alami. Terlalu payah untuk melupakan Dafrina. Hari-hari yang dilalui terasa kosong tanpa Dafrina. Nazri berharap itu hanyalah sekadar mimpi. Nazri benar-benar berharap agar Dafrina akan kembali kepadanya suatu masa nanti. Benarlah Dafrina akan kembali... kerana semalam Dafrina telah menghubunginya walaupun tidak sempat untuk Nazri sambut panggilan itu. ‘Mengapa semalam aku tidak terus membalas panggilan itu? Ah, nanti dulu. Biarlah Dafrina pula yang telefon aku, semoga panggilan itu sebagai memohon maaf di atas apa yang dia lakukan dulu.’ Nazri cuba memujuk dirinya agar tidak menghubungi Dafrina. Bagaimana kalau Dafrina tidak menghubunginya? Persoalan itu kembali membuatkan Nazri resah. Deringan telefon larut malam itu sekali lagi membuatkan Nazri tersentak. Dia mengagak tentunya panggilan itu dari Dafrina, panggilan yang telah seminggu ditunggunya. Tidak perlu berkhayal dan tidak perlu teragak-agak lagi. Nazri terus mencapai telefon bimbitnya. Dibuka luas-luas matanya dan dilihatnya nombor yang tertera pada skrin telefonnya. Sah, tidak silap lagi itu nombor telefon bimbit Dafrina. Tanpa membuang masa lagi, Nazri terus menekan butang ok untuk menjawab panggilan itu tetapi sebelum itu dia sempat berdehem sekali untuk benar-benar yakin suaranya akan keluar dengan lancar. Di saat telefon dilekapkan ke telinga, dada Nazri berdegup kencang. Benarkah apa yang sedang dialaminya? Suara yang ditunggu-tunggu sejak lima tahun lalu akan didengarinya lagi. Tidak bermimpi kah dia? Ah, jangan berkhayal lagi lagi, jerkah hati Nazri. “Hello, Ina,” suaranya bergetar. Nazri tidak dapat mengawal degupan jantungnya sehinggakan ia jelas pada suaranya. “Bukan Ina lah, ini Tilla,” sahut suara halus di sebelah sana, seperti suara seorang kanak-kanak. “Tilla??? Abang tak kenal Tilla...!” Nazri mengerutkan dahi seolah-olah suara yang bercakap itu ada di depannya. “Memanglah abang tak kenal sebab kita tak pernah jumpa.” “Habis tu Tilla nak apa?”
Agak tinggi suara Nazri. 




Menyampah apabila suara yang diharap-harapkan tidak kedengaran sebaliknya suara budak perempuan itu yang diganti. “Syhhh... Perlahankan sikit suara abang. Nanti Che Su marahkan Tilla.” “Siapa pula Che Su, apasal dia marah?” Nazri semakin bosan. “Telefon ini Che Su yang punya. Dia marah kalau Tilla main telefon ni.” Suara Tilla yang semakin petah menarik perhatian Nazri. Ah, tak dapat cakap dengan Dafrina, budak ni pun jadilah. Tapi dia hairan bagaimana budak ni dapat nombor telefonnya? “Bagaimana Tilla dapat nombor telefon abang?” “Dalam telefon ni ada banyak nombor, tapi nama abang seorang je lelaki. Tilla tekanlah nak tahu sapa orangnya.” Hairan! Macam mana nombor telefonnya ada dalam telefon Che Su. Siapa pula ni? Nazri semakin keliru. “Tilla ni adik Che Su ke?” “Taklah. Che Su tak ada adik. Tilla ni anak kakak Che Su.” “Oh, jadi Che Su mak saudara Tilla lah ye.” “Ha, pandai pun abang ni.” Nazri tersenyum geli hati bila Tilla memujinya. “Abang, Tilla telefon lain kali ye. Nanti Tilla bagi tau satu cerita kat abang,” janji Tilla. “Eh.. tapi kenapa lain kali? Abang ada banyak nak tanya adik ni..” “Sorry... Che Su dah bangun, bye!” Tilla sudah matikan telefon. Nazri ingin tahu siapa Che Su dan apa hubungannya dengan Dafrina. Nazri pasti tentu ada sesuatu di sebalik semua ini. Kalau tidak masakan nombor telefon Nazri tersimpan di dalam telefonnya. Mesti ada sesuatu di sebalik semua ini. Nazri menoleh ke arah jam loceng di atas laci di hujung kepala katilnya. Pukul 11.50. Apa Tilla buat tak tidur lagi waktu begini? Kanak-kanak lain telah lama masuk tidur kerana esok akan ke sekolah. Nak telefon Tilla? ‘Jangan, nanti Tilla kena marah dengan Che Su,’ larang hati Nazri. Berkali-kali telefon Nokia di tangannya direnung. Hatinya resah menanti. Kenapa telefonnya tidak berbunyi lagi? Kenapa Tilla belum menghubunginya lagi? Mungkin Tilla dah tidur. Jangan begitu Tilla, banyak lagi perkara yang ingin dicungkilnya kerana dia yakin semua ini ada kaitan dengan Dafrina. Hati Nazri kuat mengatakan begitu. Nazri ke dapur membancuh secawan kopi. Sekilas dijelingnya ke arah ruang tamu. Fail-fail pejabatnya bersusun tidak terusik. Tidak betah dia ingin menyudahkan kerjanya kerana hatinya yang resah dan bercelaru. Kalau dipaksa pun pasti tiada kualiti. Belum sempat Nazri mencapai cawan, telefon di dalam koceknya bernyanyi. Diseluknya kocek lalu ditarik keluar telefonnya. Tanpa melihat skrin Nazri terus menekan butang ok sambil terus dihalakan ke telinga. “Tilla ke tu?” Tak sabar-sabar Nazri ingin mendengar suara Tilla. “Yelah, Tilla ni.” “Kenapa lambat telefon? Tak sabar abang nak dengar cerita Tilla.” “Che Su tak tidur lagi. Kalau Che Su tidur baru Tilla boleh telefon abang.” “Kenapa nak
tunggu Che Su tidur dulu sedangkan Tilla sendiri tak tidur."



Rasa-rasanya apa yang ingin diketahuinya akan terjawab sebentar lagi. Nazri semakin tidak sabar. “Sebenarnya Che Su sakit. Dulu Che Su sakit sikit aje, tapi sekarang Che Su dah tak boleh bangun. Tilla tak dapat tidur kalau Che Su tak tidur. Tilla kasihankan Che Su. Tiap kali Che Su menangis Tilla tengok mama, mak cik, nenek dan semua orang menangis.” “Tilla tak nangis ke?” Pancing Nazri. “Tilla tak dapat nak nangis. Air mata Tilla tak nak keluar.” Suara Tilla sayu. Nazri dapat bayangkan suasana seperti yang diceritakan Tilla. “Dah lama Che Su sakit?” Soal Nazri lagi. “Dah lama dah. Dulu Che Su sakit sikit aje, Che Su masih pergi sekolah tapi lama-lama Che Su tak pergi dah. Lepas tu Che Su masuk hospital, lama. Che Su sembuh sekejap tapi lepas tu Che Su sakit sampai sekarang.” “Che Su sakit apa Tilla?” Nazri cuba menyampuk sekali-sekala. Kasihan jugak dia bila budak tu aje yang bercakap. “Entah, tapi Tilla ada dengar mama dengan papa sebut kanser tulang. Tilla tak tahu apa benda tu.” “Kanser tulang?” Nazri seakan tersentak. setahunya penyakit itu merbahaya, menyebabkan penghidapnya menderita sebelum menemui maut. “Minggu lepas Kak Jee balik. Mama cakap Kak Jee nak bawa Che Su pergi England. Tilla tak nak Kak Jee bawa Che Su tapi mama cakap Che Su kena jumpa doktor.” “Kak Jee tu sapa?” “Kak Jee tu sepupu Tilla lah." “Kak Jee bawa Che Su pergi tak?” “Tak. Che Su tak nak pergi.” “Kenapa Che Su tak nak pergi?” “Tak tau.” “Tilla, abang tanya sikit lagi boleh tak. Sapa nama sebenar Che Su?” “Entah, Tilla tak tau tapi nanti lain kali Tilla tanya mama, okay.” Nampaknya pencarian Nazri semakin hampir. Dia yakin Tilla mempunyai perhubungan dengan Dafrina. Kerana itulah Nazri seringkali menanti panggilan telefon dari Tilla. Setiap perkataan yang dituturkan oleh Tilla semakin menarik perhatiannya. Dirasakan apa yang didengarinya semakin membawanya dekat kepada Dafrina, insan yang ditunggunya selama ini. Malam ini seperti biasa Nazri menanti Tilla dalam resah. Nazri ingin terus mendengar cerita Tilla dan dia ingin terus mengikuti perkembangan Che Su biarpun dia tidak mengenali siapa gadis malang itu. Telah seminggu Nazri tidak mendengar suara Tilla, gadis kecil yang menarik perhatiannya. Telah seminggu juga Nazri tidak mendengar khabar mengenai Che Su. Kasihan Che Su. Walaupun Nazri tidak mengenali siapa gadis itu namun Nazri dapat merasakan penderitaan yang ditanggung. Nazri cuba bayangkan tentang diri Che Su. Mengikut cerita Tilla, Che Su tiada adik. Maknanya Che Su anak bongsu. Dafrina anak bongsu dalam keluarganya! Semakin lama difikirkan semakin banyak yang dapat Nazri bayangkan. Nazri cuba membandingkan Che Su dengan Dafrina. Mungkin Che Su sebaya Dafrina. Dafrina juga masih belajar dan
mungkin sekarang ni, Dafrina sedang seronok bersama teman-teman sekuliahnya. Kata Tilla lagi Che Su masih sekolah walaupun sedang sakit. Ya, pastinya Che Su seorang yang tabah. Pada andaiannya Che Su mungkin sepupu Dafrina.


Fikiran Nazri telah jauh menerawang, jauh tersasar dari memikirkan mengenai Tilla dan Che Su. Ketika dia kembali terkenangkan Che Su, Nazri berjanji pada dirinya untuk cuba melawat gadis malang itu. Tetapi, Nazri tidak pasti bilakah masanya. Dia ingin melihat sendiri Che Su yang sering diceritakan oleh Tilla. “Tanda-tanda orang mukmin adalah salah satunya menziarahi orang lain yang sedang sakit.” Nazri teringatkan kata-kata ustaz di sekolahnya dulu. Dengan petikan ini Nazri menganggap tidak salah kalau dia ingin melawat Che Su. Tapi, bagaimana kalau Dafrina cuba menghalangnya? Menghasut keluarganya dengan mengatakan Nazri cuba mengambil kesempatan dari keadaan Che Su untuk menemuinya? Ah, biarkan dengan Dafrina. Biar Dafrina ingin menuduhnya apa saja. Yang nyata Tilla mengalu-alukan kedatangan Nazri. Juga, Nazri tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tilla, mengapa sudah lama tidak menghubungi Nazri? Nazri tersenyum tatkala matanya melirik ke skrin telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Nombor telefon itu telah sekian lama dinantinya. Ingin melompat rasanya ketika mendengar suara Tilla. tetapi keinginan itu tidak dapat dilakukannya. senyumannya serta merta hilang di saat mendengar suara Tilla yang putus-putus. Tilla menangis. “Mereka dah bawa Che Su pergi.” Suara esak Tilla bertukar menjadi tangisan yang panjang. Nazri tidak faham tetapi dia yakin sesuatu telah berlaku kepada Che su. Nazri sendiri merasa ingin menangis. “Mereka tu siapa? Mereka bawa Che Su ke mana?” Soal Nazri agak kuat dan suara Tilla juga semakin kuat. “Tilla tak tau. Tapi, Che Su tak tidur atas katil lagi. Datuk dah angkat Che Su letak atas lantai di ruang tamu. Datuk juga selimutkan Che Su sampai ke muka. Tilla ingat Che Su lemas sebab tu Che Su tak bergerak.” Nazri terkedu mendengar apa yang Tilla ceritakan. Rasanya dia sudah faham apa yang berlaku. “Hari ini bila Tilla bangun dari tidur mama cakap tak payah pergi sekolah. Papa juga tak pergi kerja. Tilla tengok semua orang cium Che Su sambil menangis. Semua orang tak pergi mana-mana. Kat luar pun ramai orang. Diorang sibuk pasang papan tapi Tilla tak tau mereka buat apa. Lepas tu mereka angkat Che Su. Mama cakap Che Su naik kereta dan nak pergi jauh. Che Su dah tinggalkan Tilla. Abang, Tilla nak jumpa dengan Che Su!!!” “Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.” Hanya itu yang terlafaz. tak tau apa lagi yang harus dia buat. Terasa ingin saja Nazri mematikan talian telefonnya. tak sanggup lagi mendengar suara Tilla. Tetapi dia juga kasihankan Tilla.
Orang yang disayanginya telah pergi menghadap Illahi ketika dia masih belum mengerti apa erti semua ini. “Abang juga pernah ditinggalkan oleh orang yang abang sayang,” Nazri seolah-olah memujuk Tilla. ‘Tapi, aku tidaklah semalang Tilla,’ bisik hatinya. Tersentak Nazri kerana baru dia ingat untuk mengetahui nama Che Su. “Tilla, Tilla dah tanya mama nama Che Su?” “Mama cakap nama Che Su ialah Dafrina.” Terasa hendak putus tangkai jantung Nazri. Mungkinkah nama itu milik seorang insan yang pernah dikenalinya? Tak mungkin!!! Dafrina ini bukan Dafrinanya! Bukan Dafrina yang ditunggunya. Bukan!!!! “Tilla jugak selalu dengar mama dan papa panggil Che Su Ina.’ Nazri lebih tersentak. Dua nama yang benar-benar mengusik perasaannya kini. Suara Tilla sudah tidak didengarnya lagi. Nazri telah hanyut dalam ketakutannya sendiri. Tubuhnya berpeluh dan menggeletar. Dia sudah tidak larat lagi untuk bersuara. Dafrina... Che Su... Ina!!!! Sudah terlewat kah aku??????





Jumaat, 24 Julai 2015

bicara hati...

CIPTA LAGU

aku ada la cipta satu lagu sendiri utk supersomeone yang pernah dalam hadir dalam hidup ku, kebetullan besday dia pulak..aku ni tak reti. nak tunjuk aku syg dia sampai ke la..
sebab tu aku bagi lagu ni dekat dia

 tapi kwn anas aku yg nyanyikan, sebab sora aku tak da sedap mcm depa, huhuhu
lagu ni pun kami dah upload kat youtube

 #Masihkah Ia


Dengarkanlah bisikan hati ku
Ku tak bisa membuat kau bahagia
Namun ku mencuba berikan
Cintaku padamu

Andai ku dapat berikan
Seribu janji ku pada mu
Hanya... satu yang ku inginkan
Kesetian mu kepada ku.....

*Corus
Tiada yg lain melainkan mu
Satu ku pinta jangan menduakan aku
Meskipun ada persengketaan antara kita
Walaupun ada ingin memisahkan kita

Tetapi cinta tetap di hati ku sayang
Oh..  Tuhan satukan diriku dengan dirinya
Terima kasih cinta buat mu sayang

Tetapi belum ku mengerti
Masihkah ia untuk ku...
Namun... ku ingin kau mengerti
Setulus cinta ku pada mu
Kasih ku hanya untuk mu
Kasih ku hanya untuk mu... sayang...

video klik masihkah ia

nilah lagu kita org, bertemakan latar belakang lansir sahaja..huhu..anas2 malu2 lak dia ni kan..ish2 rilek lah

LoVe StOrY

Kisah Cinta Miss Doreamon Dan Mr.Nobita




cinta seindah taman yang dimana kita hiasi dengan kasih sayang


Cinta Akhirku
Mengapa  Ada  Cinta  Dihati ini seandainya  Hadirnya  Cinta  itu  Hanya Sekadar Untuk Mengecewakan  hati ini dan  Harapan  Ini, Bukan  Lebih  Baik Andai Cinta  Itu  Tidak  Pernah Singgah  di Lubuk Hati  Ini. Sesungguhnya  Cinta  nan  suci itu  Mengapa  perlu  hadir  Cuma seketika?..Adakah  aku  tidak  berhak  miliki  cinta  yang  sempurna?
aku tetap menanti dirimu sehingga Allah mengutuskan aku dengan jodohku sendiri..

      


Bcoz of You AAQ







Terima Kasih Awak...

Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di manapun engkau berada
Di sini masih cinta

terima kasih awak, selamani awak dgn sy. saya tak tahu nak cakap mcm mana dekat awak, saya mmg sygkan awak..tapi awk rasa ke vs tu, dalam cinta awak tak ada penipuan awak, awk je tak tahu macam keadaan saya..saya tunggu awak..sy ikhlas tunggu awk, dan awak nak tahu saya tak pernah bagi hati saya pada org lain, hanya untuk awk qayyum..hanya buat awk sahaja.. 
awk tahu setiap kali sy ttg gambar awak saya senyum sorg,sy rindu nak dgr suara awak, ketawa awk..tapi kenapa awk letak satu jurang kepada sy dan awak?? sebab sy ni tak cantik mcm dorg ke??
qayyum thank sebab jadi sebahagian impian sy, saya tak kan jemu tunggu awak..sehingga allah takdirkan sy bersama jodoh sy..insyallah awak..hati saya untuk awak sahaja....
qayyum sy rindu awk senyum.

Syahadah Kasih darimu

AKU tidak pernah menyintainya. Untuk menyayanginya jauh sekali. Dia bukan idola.
Dia bukan imam hati yang kudamba. Memang agak sukar memilih jodoh tatkala
didatangi berpuluh pilihan. Berbaris calon-calon cuba mencuri hati. Sempurna segala
fizikal. Material.
“Aku pelik dengan sikap kau. Tinggalkan saja Iskandar. Tunangan orang.” Bukan
satu nasihat yang baik untukku. Pada pandangan aku, aku masih terus boleh mencuba.
Lalu nasihat Fatin kuabaikan.
“Aku nampak Iskandar dengan perempuan lain. Bukan tunang dia pun. Bukan kau
saja kekasih dia.” Aku anggap itu satu hasutan Wana. Dia memang tidak pernah senang
melihat aku bersama Iskandar. Tiada apa pun bisa menghalang impianku untuk menjadi
suri hati Iskandar.
“Kak Leha lebih suka Fahri. Dia baik.” Ringkas jawapan kakak sulungku. Aku
hanya menunduk. Mengapa bukan Iskandar jadi pilihan keluargaku?
“Ramai betul perempuan keliling pinggang. Setiap hari pasti nampak muka
baru.” Adu Shaza rakan sepejabat Iskandar. Aduh! Buntu aku. Tiada seorang pun di sisi
yang menyokong keputusanku. Ya. Memang Iskandar ramai teman wanita. Dan sudah
bertunang. Memang gemar bersosial. Tapi salahkah untuk terus menyintainya? Bukan
setahun dua aku mengenali Iskandar. Sejak tingkatan empat. Hampir sepuluh tahun.
Terlalu kenal dengannya hingga untuk aku mengahwininya.
Aku belek-belek dulang hantaran yang disusun rapi. Tujuh bakal berbalas lima.
Lagi dua hari majlis pertunangan aku dengan Fahri. Tanpa kerelaan hati. Kutatap hiasan
hantaran yang tidak membawa apa-apa makna.
“Liya dah fikir masak-masak. Liya tak boleh terima Fahri, mak,”
“Dia baik Liya. Terlalu baik. Mak tak sampai hati nak buat Fahri kecewa,” keluh
mak.
“Tapi Liya rasa bersalah kalau teruskan pertunangan ini. Kalau Liya kahwin
dengan Fahri sekali pun bukan sebab Liya cintakan dia. Tapi cuma Liya kasihankan dia,”
getusku.
“Biar kasihan itu jadi penyebab cinta Liya,” balas mak. Saat ini mak seakan tidak
memahami aku. Mak bukan lagi penyokong setia yang sentiasa setuju denganku. Kuhela
nafas panjang. Kecewa, geram dan terkilan.
Genap setahun pertunangan kami. Genap setahun juga pernikahan Iskandar
bersama tunangnya. Namun tali pertunangan dan pernikahan langsung tidak menghalang
cinta kami. Masih rasa ada jodoh kuat antara kami. Aku makin tekad. Aku akan suarakan
keinginan hati untuk mengahwini Iskandar. Biar jadi isteri kedua. Aku rela bermadu
kasih. Aku perlu putuskan pertunangan aku dengan Fahri. Tekad. Biar mereka kata cinta
kami buta. Biar aku digelar perampas kebahagiaan orang. Kebahagiaan aku? Aku berhak
menentukan kebahagiaan hidup aku sendiri. Aku lebih berhak menjadi isteri Iskandar
kerana kami telah sekian lama mengenali antara satu sama lain. Aku lebih berhak
berbanding isterinya. Aku yang sekian lama menanti Iskandar untuk menyuntingku. Aku
yang sekian lama bersabar menahan tohmahan orang terhadapku.
Lengkap segala persiapan pernikahan aku dan Iskandar. Aku telahpun
memulangkan cincin pertunangan kepada Fahri. Dia redha. Dia mendoakan yang terbaik
untukku. Dia akur segala permintaanku. Dia hanya ingin aku bahagia. Aku telah bersua
muka dengan isteri Iskandar yang kini sedang sarat berbadan dua. Aku telah menyatakan
hasratku. Air mata dan rayuannya tidak sekelumit pun terkesan di hati. Aku sedar
kehadiranku dalam hidup mereka memberi tekanan yang cukup hebat. Aku sedar dalam
keadaan lemah dia mengandungkan zuriat Iskandar, terpaksa berperang perasaan pula
denganku. Tapi apa yang boleh aku buat? Memang aku sudah bulat tekad. Aku terlalu
menyintai Iskandar. Begitu juga cinta Iskandar kepadaku. Aku yakin dia mampu
membahagiakan aku. Aku amat yakin dia mampu jadi suami yang baik untukku. Dan aku
yakin akulah isteri terbaiknya. Dan apa yang paling aku yakin adalah ujian ini untuk
kami semua. Dan kami perlu menghadapinya.
Pagi Jumaat yang cukup menenangkan. Hari bakal menyaksikan cinta aku dan
Iskandar bersatu. Sedang aku melayan perasaan gembira dan syukur kerana kami bakal
disatukan beberapa jam lagi, pintu bilikku dikuak orang. Aku terpana melihat Khadijah
di pintu. Wanita yang bakal menjadi maduku. Dia tersenyum. Tampak ikhlas. Tangan
kiri terletak kemas di perut yang sedang sarat. Tangan kanannya memegang beg yang
berisi sesuatu. Dia menghampiriku. Bukan untuk merayu atau memarahiku. Dia duduk
bersebelahan denganku. Raut wajahnya tenang.
“Liya, Khadijah jahitkan baju nikah ini untuk Liya. Pakaian paling cantik untuk
Liya yang turut sama menyaksikan cinta Liya dan abang bersatu. Sebagai bukti Khadijah
menerima Liya menjadi isteri abang. Sebagai bukti cinta suci Khadijah buat abang.
Sebagai bukti Khadijah redha dengan ketentuan Allah,” tuturnya manis. Berbutir bak
halwa. Aku menyambut huluran baju itu. Lidah kelu. Mati kata-kata. Dia memegang erat
tanganku.
“Liya, janji dengan khadijah untuk menerima abang seadanya. Segala kekurangan
dan kelebihan. Terus tetap menyayanginya walau apa yang berlaku. Walau perit mana
dugaan yang perlu Liya tanggung. Liya harus berjanji akan menjadi isteri terbaik abang.
Setia di samping abang. Sentiasa menyokong abang untuk abang jadi suami terbaik.
Ketua keluarga terbaik. Untuk anak-anak kita nanti,” sambung Khadijah sambil
mengusap perutnya. Aku masih kelu. Rasa seakan dadaku berombak. Perasaan ketika ini
berbaur. Pengorbanan kasih seorang isteri. Yang mungkin tidak akan aku lakukan.
Khadijah bangun meninggalkan aku yang membatu di sisi katil. Senyuman ikhlasnya.
Tutur katanya berbekas di hati. Aku mungkin tidak sekuatnya jika ujian yang sama Allah
turunkan untukku. Kata-katanya sudah cukup membuktikan dia yang terbaik untuk
Iskandar. Bukan aku. Walau selama mana kesetiaanku menanti Iskandar. Dia masih yang
terbaik. Walau sebesar mana cinta aku buat Iskandar. Aku sedar Khadijah yang terbaik.
Aku melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Dan bersujud.
Alhamdulillah. Aku hampir tidak percaya aku diberi peluang berada dalam majlis
ini. Di dalam masjid. Berhampiran lelaki yang bakal menjadi suamiku. Kali pertama
memandang dia berbaju melayu lengkap bersampin. Melihat dia bersujud syukur. Cinta
yang tidak pernah ada wujud tiba-tiba. Rasa seakan benar jodohku. Perasaan yang tidak
mampu aku gambarkan tatkala melihat tangannya berjabat dengan ayah. Akad yang
dilafazkan. Hatiku meruntun cinta padanya. Terasa jiwa ini, diri ini kemas di rusuk
kirinya. Aku terlalu menyintai dia. Aku ingin menjadi isterinya yang terbaik. Aku
bersyukur padaMu kerana memilih dia sebagai jodohku. Saat dia berhadapan denganku.
Kukucup tangan kanannya. Dia memegang ubun kepalaku. Membacakan doa untukku.
Hati ini cukup tenang mendengar syahadah kasihnya. Aku tatap anak matanya yang
jernih. Seolah terpancar keikhlasan mengambilku sebagai isteri. Terima kasih Fahri.
Untuk ikatan ini. Terima kasih Khadijah kerana mengajarku menjadi isteri. Terima kasih
Iskandar kerana kehadiranmu membuka ruang hatiku untuk menyintai Fahri insan terbaik

Birthday Boy




SELAMAT HARI LAHIR MY PRINCE

24.7.2015

Selamat hari lahir my prince comel yang ke 24 tahun, semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati awak dan murahkan rezeki awak. Saya doakan awak sentiasa happy selalu. Saya taka da hadiah nak bagi awak tapi saya ada buat lagu untuk awak dan slide power point je.. saya nak minta maaf sebab saya banyak sakiti awak.. saya nak cakap saya sayang awak sangat2 





Amboi dia dapat kad dari the zone hotel.. comel sangat kad tu…huhu







Ala2 comel nye ye..siannye birthday boy kite deman,, awak makan ubat eh.. tula degil lagi sapa suruh main hujan2…hehe, jaga kesihatan eh. Saya jauh tak leh jaga awak.. 




Saya tak nak awak sakit, awak tu dah susah nak baik kalau demam ..uwauwa


Isnin, 20 Julai 2015

Bersamamu untuk selamanya..






Bersamamu untuk selamanya..



Rania membuka daun jendela kaca di bilik tidurnya. Bayu dingin pergunungan itu terus menerpa masuk dan menampar wajahnya. Dia tetap tersenyum menyambut keheningan pagi hari ini meskipun dia perlu merasakan kesakitannya lagi. Hari demi hari kekuatannya semakin bertambah melawan kesakitan yang dirasainya. Marni menyapa anak saudaranya itu. Sayu hatinya melihat gadis tabah itu mengharungi hidup singkat sendirian. Tiada berteman. Hanya dia dan suami yang menjaga gadis itu. “Mak Su dah sediakan sarapan. Nia makan ya, nak.” “Terima kasih Mak Su.” Rania dan Marni menuju ke ruang makan. Di meja makan, kelihatan Zamri sedang bersarapan. Mereka duduk bersama dan mengisi peurt yang masih kosong. “Mak Su, lepas ni Nia keluar kejap eh. Nak jalan-jalan,” ujar Rania. Marni dan suaminya saling berpandangan. Mereka bukan keberatan, tetapi hanya risau akan keadaan kesihatan anak saudaranya itu. “Mak Su, Pak Su. Boleh kan?” ujar gadis itu lagi apabila mereka tidak menjawab. “Nia jangan jalan jauh sangat. Nanti kalau tiba-tiba sakit, tak ada sesiapa yang tolong. Ambil angin dekat-dekat sini aje ya,” balas Marni risau. Rania tersenyum dan mengangguk. Dia tahu wanita itu tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya. Begitu juga Zamri. 

  




Qayum mengemas bagasi pakaiannya tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan pukul 10 tetapi dia masih belum bertolak. Dia perlu menghadiri sebuah mesyuarat di pejabat sebelum bertolak ke Cameron Highlands. “Que tak balik lunch ke nanti?” soal Farhana. “Tak mama. Que terus pergi sana. Que tak nak sampai sana malam. Ok mama. Bye!” Qayum terus mencampakkan bagasi pakaiannya ke dalam boot kereta dan memecut laju keretanya. Setibanya di pejabat, Qayum terus memakai kot dan mengenakan tali leher. Terus dia mematikan enjin dan berlari memasuki pejabat. “Where have you been, Que?” bisik Karina sebaik majikannya itu muncul. “Where’s the rest?” soal Qayum pula. “I tanya you, you soal I balik. mereka ada kat meeting room. Tunggu you lah.” “Ok.” Tanpa mempedulikan pembantu peribadinya, Qayum terus mengetuk pintu bilik mesyuarat. Kelihatan sebuah lembaga pengarah sudah duduk untuk memulakan mesyuarat. “I’m sorry, gentlemen. Ok, let’s begin.” Rania berjalan sendirian. Inilah aktivitinya yang akan dia lakukan dua hari sekali. Dia tidak dapat berjalan keluar seperti orang lain kerana risau penyakitnya menyerang mendadak. 




Setelah 20 minit berjalan sambil menghirup udara segar pergunungan, akhirnya gadis berusia 20 tahun itu tiba di lembah tanaman teh. Permandangan hijau yang meluas itu memikat hati Rania. Dia tersenyum lebar menikmati permandangan indah itu. seketika dia memerhati beberapa orang yang sedang berjalan di situ. Ada yang bersama keluarga dan rakan, suami,isteri dan anak-anak. Tiba-tiba wajahnya pucat. Hidungnya terasa panas. Sebaik dia menyentuh hidungnya, darah merah menitis ke bibirnya. Segera Rania mengeluarkan sapu tangan dan pantas mneghilangkan darah itu. badannya terasa snagat lemah. “Ya Allah! Kuatkan aku hingga aku pulang nanti. Jangan aku menyusahkan orang lain. Biarlah sakit ini aku sendiri yang rasa,” bisiknya sambil menahan kesakitan di bahagian belakang tubuhnya. Dia perlu berehat. Rania terus menghampiri batu-batu untuk duduk sebentar. Dia tidak kuat untuk pulang sekarang. Setelah hampir 10 minit berehat, barulah dia berasa sedikit kuat. Dengan segala tenaga yang ada, Rania memulakan perjalanan pulang ke rumah. “Habis tu bila you balik JB?” soal Karina sambil mengiringi Qayum ke kereta. “Tak sure. Mungkin I kat sana around two or three weeks. I dah urus semua masa meeting tadi so kalau ada masalah sepanjang I tak ada, refer Encik Hamdan. Dia akan ambil alih tugas I sepanjang I kat Cameron.” 


Karina mendengus. Benci dengan sikap Qayum yang sama sekali tidak ambil endah pada dirinya. Padahal Qayum tahu bahawa Karina menyimpan perasaan padanya.
“So, you nak tinggalkan I sorang kat sini. You pergi seronok kat Cameron and left me here!” bentak Karina. “Don’t start it again. Lagipun I pergi sana ada kerja, bukan saja-saja. And satu lagi, bukannya salah pun I tinggalkan you.” “You tak pernah faham hati I. You tak pernah ambil endah pun perasaan I.” “If you know that, then why you are still waiting for me?” “Cause I love you, Que,” rayu Karina. Qayum mengeluh kesah. “Dari universiti dulu I dah cakap I cuma anggap you sebagai kawan aje. I ambil you jadi assistant I sebab you kawan I and you’re qualified. That’s it.” Qayum terus memasuki kereta dan memecut. Sakit hati gadis itu apabila ditinggalkan begitu saja. Dia terus memasuki semula pejabat. Qayum berhenti di sebuah stesen petrol. Dia menuju ke tandas untuk menukar pakaian. Tidak selesa rasanya memakai kemeja selepas jam bekerja. Apalagi sekarang dia akan ke Cameron Highlands. Usai mengganti pakaian, dia membeli beberapa snek untuk dimakan sepanjang perjalanan. Dia memulakan semula perjalanan. “Makan ni,” ujar Zamri sambil menghulurkan dua biji ubat. “Nia rehat dulu. Tidurlah. Nanti waktu Asar, Mak Su kejut,” sambung Zamri seraya memandang isterinya. Marni mengangguk mendengar arahan suaminya. Zamri meninggalkan bilik gadis itu. 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------


“Nia, esok tak payah keluar ya. Lusa kalau nak pergi, Mak Su temankan,” ujar Marni. Rania tersenyum hambar. “Nia bosanlah Mak Su. Duduk dalam rumah aje.” “Tak suka rumah Mak Su ke?” “Err tak. Bukan itu. tapi bosan asyik baring, duduk, makan, makan ubat. Itu aje yang Nia buat hari-hari.” Marni membelai rambut anak saudaranya itu. kasihan dia melihat keadaan gadis itu. masih muda tetapi tidak dapat bergerak bebas. “Mak Su tak nak apa-apa jadi pada Nia. Dengar cakap Mak Su dan Pak Su ya.” Rania terpaksa akur. Dia tidak mahu melanggar arahan ibu saudaranya itu. Rania bagun dari katil sebaik Marni meninggalkannya. Dia membuka jendela bilik yang baru ditutup tadi. Inilah saja cara gadis itu untuk merasai kenikmatan di Cameron Highlands. Tidak mungkin baginya untuk bersiar-siar di luar seperti orang lain. Rania menuju ke meja soleknya. Diamati wajahnya yang pucat tidak bermaya. Sedih hatinya apabila memandang wajah sendiri. Satu senyuman kecil terukir di wajahnya. Hanya itulah cara Rania membangkitkan semangat juang hidupnya sendiri. “Hai,” Rania menoleh. Qayum berada di sebelahnya sambil tersenyum. “Hai,” balas gadis itu sambil membalas senyuman. “Dah makan ubat?” soal Qayum. 

“Dah.” “Rindu aku tak?” soal Qayum lagi. Kali ini mereka ketawa bersama. “Setiap hari aku rindu kau. Kau yang tak rindu aku,” bisik Rania seraya mencebik. Qayum tersenyum. Dia merapati Rania dan dengan perlahan menarik kepala gadis itu ke bahunya. “Aku pun rindu jugak,” balas Qayum. “Sebab tu aku datang.” Rania melelapkan matanya. Suasana menjadi senyap kembali. Apabila Rania membuka mata, Qayum tiada lagi di sisinya. Dia sedang meletakkan kepalanya di jendela. Rania tersenyum sendiri. Sedikit demi sedikit air matanya berjuraian. Setiap hari apabila Rania sedang sendirian, bayangan Qayum muncul untuk menemaninya. Dan setelah itu, hilang sekelip mata. Qayum mendepakan tangannya. “Here I am! Cameron Highlands!” teriak Qayum sebaik tiba di sana. “Alamak! Solat Asar!” Qayum terus memasuki keretanya kembali dan menuju ke chalet yang sudah ditempahnya minggu lepas melalui panggilan. Lelaki itu bergegas untuk solat Asar memandangkan tinggal setengah jam lagi sebelum masuk waktu Maghrib.
Usai solat, Qayum baring di atas katil. Dia menarik selimut hingga ke paras perut. Akalnya sedang ligat berfikir tempat-tempat yang bakal dia kunjungi di Cameron Highlands mulai esok. Malam ini dia akan ke pasar malam di Brinchang. 


Rania menuju ke Kea Farm. Sementara menunggu Marni membeli bunga hiasan, Rania membelek-belek beberapa bunga yang lain. Dia juga ingin membeli untuk menghiasi bilik tidurnya. Qayum asyik mengambil gambar permandangan di sekitar Kea Farm. Namun dia terpandang susuk tubuh seorang gadis. “Beri bunga ni sejambak ya kak,” ujar gadis itu. Tidak salah lagi. Mendengar suara gadis itu, Qayum yakin dia memang mengenali gadis ayu itu. “Bunga untuk siapa?” celah Qayum. Rania menoleh. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat Qayum sedang berdiri di belakangnya. Adakah ini khayalannya atau Qayum benar-benar di belakangnya? Rania tidak bersuara. Dia masih termangu. “Nia?” panggil Qayum. Rania masih terkebil-kebil. “Nia... kenapa ni?” soal Qayum yang hairan melihat reaksi gadis itu. Rania tersentak. Ternyata benar itu Qayum dan bukan sekadar khayalannya. “Err... Que. Kau buat apa kat sini?” soal Rania. Tidak tahu dia perlu berasa gembira atau sedih. “Aku ada kerja. Kau?”
“Aku...” Rania tidak mahu memberitahu Qayum tentang penyakitnya. “Aku...” “Nia... kau ok tak ni?” soal Qayum. “Ok, ok. Aku ok.” Qayum tersenyum. Gembira dapat bertemu rakan lamanya. “So, kau buat apa kat sini?” soalnya lagi. “Aku tinggal sini. Dengan mak cik, pak cik aku.” “Oh. Aku ingat kau masih kat JB. No wonder lah aku langsung tak nampak kau kat sana.” Rania cuba berlagak biasa di hadapan Qayum. Lelaki itu tidak perlu tahu keadaan sebenar dirinya. “Aku dah lama kat sini. Dah dua tahun aku pindah,” balas Rania. “Nia. Mak Su dah...” Marni tersenyum sebaik melihat ada seseorang bersama anak saudaranya. Qayum turut tersenyum. “Mak Su, kenalkan ni kawan Nia masa sekolah. Qayum, ni Mak Su aku,” ujar Rania memperkenalkan dua orang itu. “Oh, Qayum. Buat apa sini?” “Ada kerja sikit aunty.” Marni tersenyum. “Tak payahlah panggil ‘aunty’. Panggil ‘Mak Su’ aje. Ya?” “Ok Mak Su. Terima kasih.” “Qayum duduk mana kat sini?” 

 --------------------------------------------------------------------------------------------------

“Kat chalet. Nak sewa hotel mahal sebab duduk sini dalam dua, tiga minggu. Itu yang duduk chalet aje, murah sikit.” Marni memandang Rania. “Lah! Dah jumpa kawan kat sini kan. Tinggal rumah Mak Su ajelah. Free tak payah bayar.” Rania agak terkejut dengan pelawaan ibu saudaranya itu. Qayum tersenyum namun agak keberatan kerana enggan menyusahkan wanita itu. “Boleh Qayum?” soal Marni lagi. “Tak apalah Mak Su. Lama saya tinggal sini, nanti menyusahkan Mak Su pula.” “Mana ada susah. Adalah jugak si Nia kawan. Dia mana ada kawan-kawan kat sini,” balas Marni. Dia kelihatan bersungguh. “Tinggal rumah Mak Su ya.” Qayum akur. Dia bersetuju. “Baiklah Mak Su. Terima kasih banyak. Kalau macam tu, Qayum hantar Mak Su dan Rania ya.” Setibanya di rumah, Rania dan Marni menuju ke dapur sementara Qayum menuju ke chalet untuk membawa keluar barang-barang miliknya. “Kenapa Mak Su minta dia duduk sini? Nanti dia tahu Nia sakit. Nia tak nak dia tahu. Nia malu.” “Nia,” Marni menghampiri anak saudaranya itu. “Mak Su tahu Qayum tu adalah lelaki yang sama dalam gambar yang Nia bawa tidur tiap-tiap malam kan. Mak Su dapat lihat Rania gembira. Mak Su nak yang terbaik untuk kamu. Jadi Mak Su rasa mungkin dengan kehadiran lelaki tu, kamu lebih kuat dan bersemangat untuk terus sihat.” 

Zamri dan Qayum menghabiskan masa makan malam dengan berbual. Marni seronok melihat hubungan dua lelaki itu. dia turut gembira kerana Qayum di sini. Setidaknya dapatlah membantu menguatkan Rania. “Pak Su ni tergesa-gesa balik tadi. Mak Su telefon cakap ada tetamu istimewa. Kawan Rania rupanya,” ujar Zamri. Qayum sangat gembira berada di situ. Kehadirannya disambut baik oleh keluarga Rania. Namun sedari tadi, Rania tidak bersama mereka. sesekali mata Qaym melihat bilik tidur Rania yang bertutup rapat. Mungkinkah dia di dalam? Qayum memberanikan diri untuk bertanya. “Pak Su, kenapa Rania tak makan sekali?” soal Qayum perlahan. “Dia memang jarang makan malam. Biasanya lepas Isyak dia terus tidur. Qayum bosan ya dengan Pak Su? Kalau nak borak dengan Rania, pergi aje panggil dia,” balas Zamri sekadar mengusik rakan anak saudaranya itu. Qayum ketawa kecil. Manis wajahnya apabila melemparkan senyuman. “Saya seronok berbual dengan Pak Su. Tak apalah. Biarlah Rania tidur. Tak naklah saya ganggu pula.” “Ha yalah. Tambah-tambah lagi. Habiskan lauk-lauk ni.” Rania mencapai baju sejuknya sebelum melangkah keluar. Setibanya di luar rumah, kelihatan Qayum sedang duduk di kerusi rehat di halaman rumah. Gembira hatinya melihat Qayum berada dekat bersamanya. Namun, dia perlu sedar dia tidak mungkin memiliki lelaki itu. Dia hanyalah seorang gadis berpenyakit yang hanya menunggu masa untuk pulang ke rahmatullah. “Que!” panggil Rania seraya menuju ke arah lelaki itu. 

“Hai. Good morning,” balas Qayum tersenyum. Dia segera mengajak Rania duduk di sampingnya untuk melihat gambar-gambar yang diambilnya di Kea Farm semalam. “Pandai kau ambil gambar kan.” “Aku memang minat fotografi dan seni. Aku...” Belum sempat Qayum meneruskan kata-kata, dia tersentak. Ada darah yang mengalir keluar sedikit demi sedikit dari hidung Rania. “Nia...hidung kau...” Rania segera mengeluarkan sapu tangan dari saku baju sejuknya lalu ditekap di hidungnya. “Rania, kau ok tak? Kenapa kau...” Rania segera memintas. Dia tidak mahu lelaki itu tahu tentang penyakitnya. “Aku oklah. Memang biasa macam ni. Udara sini kan sejuk, hidung aku memang biasa keluar darah.” “Betul ni? Kau tak tipu kan,” cemas Qayum. “Betul. Nak tipu apa pula, jangan risau ok.” Qayum sangat cemas melihat keadaan Rania. Hidungnya berdarah dan serta-merta wajahnya menjadi pucat. Banyak persoalan yang bermain di fikiran Qayum sekarang mengenai kejadian tadi. “Nak tengok gambar kau tadi. Cantik,” ujar Rania. “Rania, kenapa kau pindah sini?” soal Qayum sambil Rania melihat foto-foto di dalam gambar Qayum. 


“Aku nak tukar surrounding. Duduk sini sejuk, best. Aku duduk sini boleh jaga neseri strawberi Pak Su aku. Jom aku bawa kau pergi sana.” Qayum bersetuju dan mengikuti Rania ke neseri strawberi milik Zamri. Setibanya di sana, Qayum teruja melihat begitu banyak strawberi ditanam di situ. Qayum segera mengambil gambar dari pelbagai sudut agar kelihatan cantik. Mereka duduk di sebuah meja batu. “Sekarang aku yang jaga neseri ni. Yang belah sana belah tangga tu, aku yang tanam. Tapi tak tumbuh lagi,” cerita Rania. Qayum gembira dapat melawat tempat itu. terutama bersama Rania. Entah mengapa sejak bertemu Rania di sini, dia merasakan getaran di jiwanya. Padahal dia hanyalah sahabat lama kepada gadis itu. Sambil Rania bercerita mengenai Cameron Highlands, Qayum mengambil gambar Rania tanpa disedari gadis itu. Qayum menolak pintu bilik tidur Rania perlahan. Gadis itu segera menyembunyikan bekas-bekas ubat miliknya di bawah selimut. “Que... ada apa?” soal Rania cuba berlagak tenang. “Mak Su dan Pak Su cakap kau tak makan malam. Tapi hari ni kau kena makan.” Rania keberatan. Dia sangat menjaga pemakanannya kerana perlu menitikberatkan masalah kesihatannya. Namun dia memberi alasan lain kepada Qayum. “Que, aku memang tak makan malam.”

“Please makan malam ni aje. Penat aku masak,” rayu Qayum. Tersentuh Rania mendengar pujukan lelaki itu. “Kau masak? Ya ke?” “Betul! Tanyalah Mak Su kalau kau rasa aku tipu. Makan, please!” “Oklah,” balas Rania. Dia mencapai sudu. Namun Qayum segera menghalang. “Aku suapkan kau. Lagi sedap makanan tu kalau kita disuap. Ok. Buka mulut cepat!” Rania akur saja. Dia sangat bahagia bersama Qayum hari ini. Selama menjalani hidupnya dia tidak mahu makan makanan selain daripada yang disarankan Zamri tapi entah mengapa hari ini dia bersedia makan apa yang dimasak oleh Qayum. “Sedap kan?” ujar Qayum. Rania mengangguk. “Kenapa kau masak untuk aku?” soal Rania. Qayum tersenyum nakal. “Aku masak untuk semua oranglah. Bukan untuk kau aje.” Rania termangu, malu dengan pertanyaannya sendiri. Qayum ketawa besar. Geli hatinya mengusik Rania. “Ok fine!” “Alah... merajuk pula dia! Sini makan lagi. Habiskan!” Qayum menyuap lagi. “Nia, aku rasa lainlah bila dengan kau.” Rania tersedak. Kata-kata Qayum seolah menyergahnya. “Lain apa?” soalnya. 

“Entah. Aku rasa macam aku dah suka kau lah. Dulu masa sekolah taklah rasa macam ni tapi sejak jumpa kau kat Kea Farm hari tu, aku rasa happy sangat. Aku rasa macam...” Rania segera memintas. Dia tidak mahu Qayum jatuh cinta padanya. “Merepeklah kau, Que. Dah keluar sana. Aku ngantuk, nak tidur.” Rania menarik Qayum berdiri dan menolak lelaki itu keluar dari biliknya. Qayum termangu. “Err betullah! Aku suka kau. Betul!” “Bye. Bye. Bye!” Rania terus menutup pintu. Dia kembali ke katil. Menarik keluar semula bekas ubat di bawah selimutnya. Sedikit demi sedikit air matanya menitis di pipi. Dia sangat tersentuh mendengar kata-kata Qayum walaupun lelaki itu kedengaran tidak serius semasa mengatakan hal tadi. Rania memandang bekas ubatnya. “Aku sakit, Que. Kau tak boleh suka aku. Kau takkan bahagia,” bisiknya sendiri. Air matanya terus berlinangan. Qayum menuju ke dapur. Membersihkan bekas pinggan makan Rania. Dia tersenyum sendiri. “Betul ke aku yang cakap tadi?” desisnya. Dia ketawa sendiri apabila memikirkan caranya meluahkan perasaan terhadap Rania. “Tapi aku yakin, aku memang suka dia. I love her.” Qayum mengusapkan sisa air wudu di wajahnya. Usai menunaikan solat Subuh dia menadah tangan. Entah mengapa pagi ini dia merasakan satu perasaan yang berbeza. Rasa keyakinan untuk meluahkan perasannya sekali lagi. 

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ya Tuhan. Aku tak tahu mengapa perasaan ini muncul. Aku tak tahu bila dan bagaimana aku mula mencintai dia. Bahkan aku sendiri tidak tahu inikah cinta
atau nafsu. Tapi pagi ini aku ingin meminta daripada Mu ya ALLAH. Jika dia adalah jodohku maka dengan izin Mu, satukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai. Jika dia adalah jodoh dari Mu untukku, aku ingin sehidup semati dengannya. Tunjukkanlah makna perasaan aku ini ya ALLAH Tuhan yang Maha Mengetahui. Aamin ya Rabb.” Pintu biliknya diketuk usai dia melipat sejadah. Rania muncul. “Sorry kacau pagi-pagi. Pak Su ajak pergi neseri. Dia suruh tanya kau nak ikut tak?” soal Rania yang sudah bersiap. “Pagi-pagi? Baru pukul 6.30?” “Aku dengan Pak Su memang suka pergi sana waktu Subuh. Baru seronok nak bercucuk tanam.” Qayum setuju. Dia meminta masa untuk bersiap. Setibanya di neseri, kawasan pergunungan yang berada di belakang neseri kelihatan kabur. Dipenuhi kabus tebal. Udara terlalu sejuk. Zamri dan Rania memulakan aktiviti paginya dengan memeriksa strawberi dahulu. Qayum tidak lupa membawa kameranya. “Rania. Aku sebenarnya cintakan kau.” Kata-kata itu terbit dari mulutnya. Qayum berasa yakin untuk meluahkan lagi tetapi kali ini dalam nada yang lebih serius. Rania tergelak kecil. Dia cuba menolak walaupun jauh di sudut hatinya sangat terharu dengan pengakuan lelaki itu. “Kau ni tak habis-habis merepek. Aku...” “Dengar dulu. Aku cintakan kau, Nia. Mungkin aku dah lama sukakan kau tapi aku baru sedar sekarang. Aku pun tak tahu.” 


“Que...” “Aku nak jadikan kau isteri aku. Isteri aku, dunia akhirat. Aku mencintai kau, Rania.” Wajah Rania berubah. Dia perlu menidakkan keinginan Qayum. Dia merasakan sangat kecil untuk bersama lelaki itu. “Qayum, kau pernah dengarkan kata-kata pujangga ni. Cinta tak semestinya memiliki. Maafkan aku.” Qayum hampa. Namun dia perlu menerima balasan Rania. Gadis itu juga sangat berat hati melepaskan cinta Qayum tapi apakan dayanya. Dia merasakan tidak layak berdampingan bersama lelaki itu. dia hanya akan menyusahkan Qayum kerana penyakitnya. Tiba-tiba Rania berasa sakit. Tulang belakangnya terasa sangat perit. Kali ini dia tidak dapat menahan kesakitan. Rania menjerit sekuat hati. Zamri dan Qayum terkejut dan segera mendapatkan gadis itu. “Nia! Nia, kau ok tak? Nia?” ujar Qayum. Rania terus menjerit. Tidak dapat mengawal rasa sakitnya lagi. Dia tidak peduli Qayum berada dengannya ketika itu. Namun Zamri kelihatan biasa dan tidak tegang. 

“Qayum, bawa Rania ke rumah. Cepat,” arahnya. Qayum yang cemas terus mengangkat Rania. Gadis itu sudah pucat dan hidungnya mula berdarah lagi. Dia bergegas pulang ke rumah. “Baringkan dia,” ujar Zamri sebaik mereka memasuki bilik Rania. Qayum duduk sambil tangannya digenggam erat oleh gadis itu. “Nia, kau kenapa ni? Nia. Nia.”
Marni segera melepaskan pegangan tangan Rania dari Qayum. “Qayum, mari kita keluar dulu. Biar Pak Su uruskan Nia.” Zamri melangkah keluar. Marni segera mendapatkan suaminya dan bertanya tentang keadaan Rania. “Dia dah ok. Biar dia berehat.” “Pak Su, Mak Su. Kenapa dengan Rania? Dia sakit ke?” soal Qayum cemas. Marni dan Zamri saling berpandangan. Mereka kelihatan berat untuk memberitahu Qayum tentang penyakit Rania. “Pak Su rasa, baik Qayum dengar dari Nia sendiri bila dia sedar nanti. Pergilah tunggu dia kat bilik,” balas Zamri seraya membawa isterinya ke ruang tamu. Qayum memasuki bilik Rania dan melihat gadis itu sedang lelap. Tidak tahu sama ada gadis itu tidur atau tidak sedarkan diri. Sedih hatinya melihat Rania dalam keadaan begitu. Jam hampir menunjukkan pukul 8 pagi. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Qayum menuju ke jendela dan membuka bidai supaya cahaya dapt memasuki bilik suram itu. pandangannya beralih ke arah meja solek apabila terlihat sekeping gambar. “Gambar aku!” Qayum melihat ada sekeping gambarnya di atas meja solek gadis itu. Lelaki itu menjadi bingung. Qayum melihat di meja sisi katil terdapat tiga botol ubat yang tersusun cantik bersama sebotol besar air mineral. 

“Mak Su... Mak...” Rania mulai sedar. Wajahnya masih pucat tetapi kelihatan sedikit bermaya.
“Nia. Kau dah bangun?” Rania terkejut melihat Qayum berada di bliknya. “Kau buat apa sini?” soalnya lalu duduk. Qayum benar-benar ingin tahu. Dia menghampiri Rania lalu menentang mata gadis itu. rania menjadi cemas. Tidak dapat membaca fikiran lelaki itu. “Kau tak ada kawan, hidung kau berdarah, ada bekas ubat atas meja kau. Kau sakit kan?” soal Qayum perlahan. Rania menjadi serba salah. Dia segera menukar topik perbualan. “Mana ada! Jom sarapan, aku laparlah.” Qayum mengenggam kuat lengan gadis itu. “Jangan tipu aku Rania! Kau sakit kan! Kau sakit apa?” “Tak, aku sihat! Tengok ni! Aku sihat kan.” “Aku tengok dengan mata aku sendiri kau mengerang kesakitan tadi. Muka kau pucat sangat, hidung kau berdarah lagi! Cakap Nia, cakap!” “Aku... aku...” Sekali lagi Qayum mendesak. “Aku tak faham kenapa gambar aku ada pada kau. Ada apa sebenarnya ni? Kenapa kau sembunyikan semua ni dari aku? Kau sakit apa Nia!” “Que!” Rania menolak tangan Qayum yang semakin keras mengenggam lengannya. Qayum tersentak. Dia tidak dapat mengawal emosinya. “Memang aku sakit! Aku perempuan yang berpenyakit! Dan tak lama lagi aku dah nak mati. Puas!” 

Qayum benar-benar terkejut. “Kenapa kau tak cakap?” soal Qayum.
“Macam mana aku nak cakap yang aku sakit pada lelaki yang aku cintai?” balas Rania perlahan. Qayum sekali lagi terkejut. “Cintai? Tapi kau...” Kali ini giliran Rania memintas. “Aku cintakan kau Que. Sebenarnya dari sekolah aku dah mula jatuh cinta pada kau. Tapi aku sakit! Aku berpenyakit. Aku tak layak untuk kau! Hidup aku dah tak lama. Aku tak boleh bahagiakan kau. Aku malu dengan penyakit ni. Especially dengan kau.” Qayum terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. “Aku sayang kau Que. Masa kau cakap perasaan kau tadi, aku bahagia sangat! Tapi aku kena sedar diri. Aku dah nak mati, aku tak nak dicintai. Biarlah aku simpan perasaan aku sendiri sampai aku mati. Aku sakit, aku dah nak mati Que!” Qayum terus memeluk Rania. Dia berasa sangat sedih. “Pergilah Que. Baliklah ke tempat kau. Kalau kau terus kat sini, kau akan menyesal nanti.” Qayum melepaskan Rania. Dia merapati gadis itu. 


“Aku takkan menyesal. Aku cintakan kau sorang. Aku nak jaga kau,” ujar Qayum sambil air matanya menitis. Dia tidak dapat menahan sebak berhadapan dengan Rania “Aku sakit Que. Aku ada kanser. Kanser tulang belakang. Apa lagi yang kau harapkan?” “Aku harap kau sudi jadi isteri aku. Kalau kau mati lepas ni pun, aku nak kau mati sebagai isteri aku. Kalau aku terus hidup tanpa kau, aku nak bagitahu semua orang yang aku adalah suami kepada seorang gadis tabah dan kuat. Aku nak nikahi kau, please!” rayu Qayum bersungguh.
Rania terlalu sedih. Air matanya berjuraian tanpa henti. Terharu mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu. “Aku nak hidup dengan kau sampai akhir hayat kau. Untuk jaga kau, aku nak jadi suami kau. Lebih mudah aku jalankan hidup dengan kau,” pinta Qayum lagi. “Terima kasih, Que. Terima kasih.” 


Berwalikan Zamri, akad nikah Qayum dan Rania selesai. Hari demi hari keadaan Rania semakin lemah. Mereka tidak mengadakan sebarang majlis. Hanya menjemput jiran tetangga untuk menghadiri majlis akad nikah. “Arwah abah yang ada kanser. Mak Nia sihat. Nia dapat tahu Nia ada kanser sejak tingkatan tiga. Lepas SPM, Nia pindah sini. Pak Su doktor, jadi dia yang jaga Nia sampai sekarang.” Rania meluangkan masa dengan berbual dengan suaminya di ruang tamu. Qayum membiarkan Rania bersandar dalam pelukannya. “Kalau Nia pergi, abang jaga diri ya.” “Kalau sayang pergi, abang nak ikut boleh?” ujar Qayum seraya mengucup dahi isterinya. “Boleh, kalau ALLAH izinkan. Tapi Nia nak abang terus hidup. Nia nak abang kahwin lagi, dapat anak, dapat cucu. Kalau abang ikut Nia, abang tak dapat rasa semua tu.” 




Rania mengucup tangan Qayum usai solat Subuh. Qayum mengetuai bacaan doa. Dia memandang isterinya yang kelihatan anggun dalam pakaian solat. “Dah seminggu abang demam panas. Abang rehat ya. Buat masa ni, abang tak payah imamkan Nia dulu,” ujar Rania lalu menghampiri suaminya. “Ambilkan bantal tu,” pinta Qayum lembut. Wajahnya penuh senyuman. Sejak mengalami demam panas yang teruk, wajahnya sering pucat di waktu pagi. Qayum mengambil bantal dari isterinya lalu diletakkan di hujang sejadah. 


“Baring sini.” Qayum meminta Rania berbaring di sebelahnya di bantal itu. Beralaskan sejadah dan bantal mereka baring bersama. Rania masih memakai telekung. “Badan abang panas sangat,” ujar Rania sambil meletakkan belakang telapak tangannya di leher Qayum. “Abang ok. Sayang ok tak?” soal Qayum lembut. Rania mengangguk perlahan. “Jangan tinggalkan abang, sayang.” Rania mengagguk. “ Tak. Nia tak tinggal abang. Nia sentiasa bersama abang.” Perlahan demi perlahan mata mereka tertutup. Rapat dan semakinrapat. Pegangan mereka terlepas dengan sendiri. Denyutan nafas semakin perlahan dan perlahan. Mereka pergi. Kini dan selamanya. Dan demi cinta, mereka pergi menemui Maha Pencinta. 

"QAYYUM sesungguh engkau takdirku yang Allah swt berikan untuk selamanya"