Biarkan Aku Jatuh
Cinta
Dania melangkah keluar. Udara pagi
ini sangat segar. Dia seperti mendapat nafas baru hari ini sebaik bangun tadi.
Entah mengapa dia dapat merasakan sesuatu yang tidak di duga akan berlaku pada
dirinya. Bersemangat sungguh gadis berusia 23 tahun itu berjalan menuju ke kelas
paginya. Senyuman yang terukir di wajah jelas menggambarkan kegembiraannya.
Rakan-rakannya, Julia dan Safa juga agak hairan melihat tingkah laku Dania.
Gadis itu tidak selalu ceria. Gadis yang mereka kenali biasanya diam dan tidak
mudah melemparkan senyuman. Tapi hari ini, Dania benar-benar berbeza. “Nia, aku
tengok kau seronok aje hari ni? Ada yang menarik ke?”soal Safa sebaik mereka
duduk di dalam dewan kuliah. “Tak tahu Fa. Aku rasa happy sangat. Tapi aku
risau jugak. Yalah, kata orang-orang tua suka-suka lama-lama jadi duka. Tapi
tak tahulah, hari ni aku rasa nak senyum aje. Hati aku melompat-lompat gembira.
I don’t know why,” balas gadis itu. Dania mengeluarkan buku catatannya dari
dalam beg. Sebatang pen diletakkan di sisi buku dan dia menumpukan perhatian
pada pensyarah yang berada di hadapan dewan. Dewan besar itu semakin dipenuhi
para penuntut. Terdapat juga beberapa orang yang baru. Mungkin mereka baru saja
dimasukkan. Seorang gadis berkulit putih mengambil tempat dudu di sebelah
Dania. Mereka saling tersenyum. Dania terus menegur gadis itu untuk berkenalan.
“Hai, nama aku Dania. Kau?” “Hai.”
seindah cinta bunga tulip
Mereka
berjabat tangan. Begitu juga Safa dan Julia. “Aku Liyana. Korang semua ni
senior ke?” soal Liyana ragu. Tiga orang gadis itu ketawa kecil. “Tak adalah.
Kita orang sama macam kau. Baru semester pertama. Cuma kita orang dah masuk
minggu lepas so kelas dah mula. By the way, nanti kalau ada topik yang kau
tertinggal just tanya kita orang. Ok?” Liyana lega. Meskipun baru menjejakkan
kaki di universiti ini, dia diterima baik oleh tiga orang gadis itu. bahkan
mereka sudah mulai akrab walaupun baru hari pertama Liyana berkenalan. Kerusi di hadapannya semua sudah dipenuhi
pelajar. Daris berjalan lagi ke hadapan untuk mencari kalau-kalau masih ada
kerusi yang kosong. Azri dan Jamal mengikut saja langkah Daris mencari tempat
duduk. Dewan kuliah menjadi snagat bising meskipun terdapat tiga orang
pensyarah di hadapan. Mujur, Daris mendapat tempat duduk di bahagian tengah
dewan. Cepat-cepat tiga orang lelaki segak itu mendapatkannya sebelum diambil
oleh pelajar lain. “Nasib baik dah dapat tempat duduk, Ris. Kalau tak duduk kat
mana pun tak tahulah. Kau tengok belakang tu, dah makin ramai orang,” rungut
Jamal. Daris ketawa saja. “Aku tak tahu pulak dewan universiti macam dalam
pawagam. Penuh gila dengan manusia. Apalah nasib aku masuk universiti ni!”
rungut Azri pula. “Inilah korang. Kalau dalam pawagam bersesak-sesak nak pulak.
Ni nak menuntut ilmu merungut-rungut. Apalah!” desis Daris memerli dua rakannya
itu.
Mata masing-masing meliar memandang
sekeliling dewan yang besar itu. terlalu bising hingga perlu meninggikan suara
untuk bercakap.
Tiba-tiba
Daris memandang satu susuk tubuh gadis yang sangat dikenalinya. Dari sisi dia
yakin gadis itu adalah rakannya dulu. Daris tersenyum. Namun niatnya untuk
menyapa dibatalkan apabila dia mengingati satu peristiwa yang pernah berlaku
antara mereka berdua. “Aku tak nak ingat kau lagi! Tak nak!” teriak hati kecil
lelaki itu.
Julia mencuit-cuit Safa dan Dania. Dia
terpandang sekumpulan lelaki yang kacak dan segak yang duduk berdekatan mereka.
“Girls, tengok tu! Handsomenya! Cuba tengok yang baju putih tu. Kacaknya,
korang!!! Kulit putih, handsome. Tengok cara dia duduk pun bergaya!” sorak
Julia tidak henti-henti. “Kau ni Ju. Semua lelaki kau cakap handsome. Bagitahu
aku, lelaki mana tak handsome kat mata kau?” sindir Safa. Dania dan Liyana
ketawa saja. Julia mencebik tetapi senyum semula melihat lelaki itu.
“Memanglah, tapi korang cuba tengok yang ni. Yang ni korang pun akan setuju.
Handsome gila! Tengoklah!” Melayan kerenah Julia yang tidak habis memuji
lelaki, Safa, Dania dan Liyana mengalihkan pandangan ke arahan lelaki-lelaki yang
dimaksudkan gadis itu. Tanpa di duga, lelaki-lelaki itu turut memandang mereka.
Alangkah gembiranya gadis-gadis itu. namun tidak bagi Dania. Dia melihat
seorang lelaki yang benar-benar dikenalinya. Lelaki yang membuatnya jatuh
cinta. Tapi sikap lelaki itu berubah hanya kerana kesilapan kecil.
“Daris?!”
fikir Dania. “Apa dia buat dekat sini? Dia pun study sini? Kenapa aku tak tahu?
Dia baru masuk ke?” Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran Dania sebaik
melihat Daris di kumpulan lelaki yang dimaksudkan Julia. Dan lelaki yang sedari
tadi dipuji-puji oleh Julia adalah Daris sendiri. Daris dan Dania saling
berpandangan. Ada perasaan rindu, ada kebencian, ada kemarahan dan kegembiraan
yang bercampur-baur di dalam hati. Tapi masing-masing meninggi dengan keegoaan.
Azri bersama Daris dan Jamal turut memandang gadis-gadis itu. entah mengapa,
hatinya terpikat dengan keanggunan wajah Dania. Hatinya benar-benar ingin
berkenalan dengan gadis jelita itu. “Ris, Mal. Kau tengok awek-awek tu. Cantik
seh! Kau tengok yang baju kurung merun tu. Comel gila kot!” ujar Azri yang
masih memandang Dania. Daris menyedari gadis ayu yang dimaksudkan Azri adalah
Dania. Dia tahu ramai lelaki yang memandang gadis itu pasti terpikat. Begitu
juga dengan dirinya. Sukar diakui tapi itulah kenyataannya. Selama hubungannya
dengan Dania dingin, dia dilanda kegelisahan dan kerinduan. Namun, acap kali
mengingati kejadian memalukan itu Daris berubah hati. Tapi jauh di sudut
hatinya sangat mendambakan Dania. Dania mengalihkan pandangan kembali ke arah
hadapan dewan sebaik pensyarah bersuara. Begitu juiga Daris dan mereka yang
lain.
“Kau kenapa pulak? Tadi pagi punya
seronok. Petang dah masam muka pulak! Apahal ni?” ujar Safa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dania
tidak menjawab. Pandangannya masih memandang keluar jendela. Daris masih
menganggu fikirannya sejak tadi. “Nia, kau ni. Kita orang semua tengah
syok-syok ni baru lepas jumpa jejaka-jejaka kacak tadi! Kau pulak buat muka.
Dari balik dewan tadi. Kenapa? Salah sorang lelaki tu dah pukau kau eh? Kau dah
jatuh cinta kan?” usik Julia pula. “Betul dugaan aku. Aku suka-suka pagi tadi,
sekarang dah macam ni. Tak ada apalah. Aku letih aje,” balas Dania yang masih
berkerut dahi. “Ok, ok. Untuk release tension, jom pergi makan. Aku laparlah.
Jom girls!” ajak Safa. “Jom!” Liyana dan Julai serentak bersuara. Namun Dania
masih dengan perasaannya. “Korang pergilah. Aku letih, nak tidur. Malam nanti
kita borak lagi ok. Kita borak pasal Liyana, room. Daris berbaring sambil
termenung. Wajah Dania masih bermain di benaknya. Kata-kata pujian Azri
terhadap Dania sama sekali tidak diendahkan. “Aku nak kenal dengan perempuan
tu. Esok pagi-pagi aku nak cari dia, nak kenal dia. aku nak tanya nama dia,
nombor telefon dia. kalau sampai aku dapat jadi boyfriend dia, korang nak bagi
aku apa?” ujar Azri. “Perempuan yang cantik tak semestinya baik, Ri.” Tiba-tiba
Daris bersuara. Jamal dan Azri saling berpandangan.
“Dah
lima jam, Ris. Baru sekarang aku dengar suara kau. Memang tak semua perempuan
cantik, baik. Tapi tak semua yang cantik tu tak baik. Dan aku sangat yakin,
perempuan tadi memang baik. Confirm punya!” Daris diam semula. Dia terkenang
kembali bagaimana dia mula bersikap kasar dengan Dania. Suasana kelas yang
senyap menambahkan kehangatan peperiksaan. Duduk bersebelahan dengan Dania
ketika peperiksaan memang perkara yang selalu diingini Daris.
Gembira hatinya
dapat sama-sama menjawab soalan dengan gadis idamannya. “Nia, Nia.” Panggilan
Daris yang seolah berbisik itu tidak diendahkan. Sebatang pembaris yang
dipinjam oleh Dania masih belum dipulangkan. Daris yang memerlukan pembaris
memanggil Dania namun gagal apabila Dania tidak mendengar suara lelaki itu.
“Nia!” Daris meninggikan suaranya sedikit. Namun malang tidak berbau. Guru yang
menjaga peperiksaan menyedari kejadian itu. “Daris! Apa kamu buat tu? Nak
meniru ke?” bentak Pn. Sakinah. Daris menjadi malu apabila seisi kelas
memandangnya. “Bukan, cikgu. Saya nak pembari dari Nia.” “Apa? Kamu ni nak
periksa tak ada pembaris sendiri ke? Kamu tahu kan ni periksa mana boleh
bersuara. Kamu boleh dikatakan meniru. Nak saya gagalkan markah kamu? Pembaris
pun tak ada. Pelajar apalah kamu ni?” Sebaik Pn Sakinah beredar, Daris
memandang Dania yang sedang tersenyum mentertawakannya.
Daris benar-benar malu apabila
semua rakan-rakanya mentertawakannya. Namun yang paling menambah kesalnya,
Dania turut mentertawakannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak
kejadian itu, dia tidak pernah lagi menganggap dania sebagai rakan. Malah
mereka tidak bertegur lagi sejak itu. hubungan persahabatan mereka yang sangat
akrab menjadi sangat renggang kerana peristriwa memalukan itu. daris tidak
menyangka Dania turut mentertawakannya bukan sebaliknya membantunya membela
diri di hadapan guru. Itulah yang membuatkan Daris marah besar dengan Dania.
Namun, sukar dinafikan dan dia sendiri tidak mampu menolak hatinya. Daia sangat
merindui Dania. Tapi apakan daya, ego kelelakiaan menyekat kerinduannya kepada
gadis itu. Daris tersentak dari lamunannya. Jamal yang tiba-tiba menerjahnya
terkedu apabila Daris membentak. “Korang boleh jangan kacau aku tak! Aku penat,
nak rehat! Korang bla lah!” Jamal dan Azri tersentak. Daris tidak pernah
seberang itu. mereka berdua terus meninggalkan Daris sendirian di dalam bilik.
Daris mengiring memandang ke arah dinding. Ada sedikit rasa menyesal kerana
mengasari Dania setelah kejadian itu. namun ada rasa geram juga pada gadis itu
kerana tidak membelanya. Dania mengenakan cardigan dan melangkah keluar untuk
membeli minuman ringan di tingkat bawah.
Udara berangin malam ini membuat
Dania kedinginan. Sambil berjalan, dia mengusap-usap lengannya. Perlahan
mengatur langkah menuju ke mesin minuman. Dari jarak dekat, Dania dapat melihat
bangunan asrama lelaki yang berada
berhadapan dengan bangunan asrama perempuan. Mesin minuman berada di lorong
pejalan kaki yang memisahkan bangunan asrama lelaki dan perempuan. “Daris.”
Nama itu tiba-tiba muncul di fikirannya. Sambil memasukkan syiling ke dalam
mesin, fikirannya melayang mengenangkan pertama kali Daris yang tidak pernah
mengasarinya serta-merta memarahinya hingga hubungan persahabatan mereka
terputus begitu saja. Dania mendapatkan Daris yang segera melangkah keluar
untuk berehat dari kelas setelah tamat peperiksaan. Dia benar-benar ingin
meminta maaf atas silapnya yang mentertawakan Daris dan bukan membantu lelaki
itu. “Ris, aku betul-betul mintak maaf. Aku tahu sepatutnya aku jelaskan pada cikgu
tapi aku...” Daris segera memintas. “Kau tahu apa yang sepatutnya kau buat
tapi, ada kau buat ada yang sepatutnya? Kau ikut dia orang ketawakan aku!
Baguslah tu! Macam ni kawan aku, baguslah!” bentak Daris. “Sebab tu aku mintak
maaf. Kau nak aku buat apa biar kau tak marah lagi?” kesal Dania. “Jangan
ganggu aku! Pergi!” usir Daris yang masih geram. “Tapi Ris...” Sekali lagi
Daris memintas dan tidak membenarkan Dania bersuara. “Kau tahu tak kau tu kawan
tak guna! Tahu tak?! Hei perempuan, kau diamlah!! Bingit tahu tak!” Kata-kata
Daris benar-benar mengguris hati Dania. Sejak kejadian itum, mereka langsung
tidak pernah bertegur antara satu sama lain.
Hanya
kerana perkara sekecil itu mereka menjadi dingin. Dania yang berusaha
bersungguh-sungguh untuk meminta maaf sama sekali tidak diendahkan. Malahan,
Daris menghinanya. Lamunan Dania terhenti. Air tin mnuman yang keluar dari
mesin itu memeranjatkan Dania. Dia mencapai air tin itu dan beredar. Namun
langkahnya terhenti apabila dia menoleh ke arah kanan untuk kembali ke bilik,
Daris sedang berjalan menuju ke mesin yang sama dari asrama lelaki. Dania serba
salah apabila Daris berhenti di pertengahan jalan sebaik melihatnya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dania
memberanikan diri untuk melewati Daris. Mereka berjalan semula dan bertembung.
Namun, masing-masing tidak bertegur. Marah dan kekesalan masih memenuhi ruang
hati mereka. Pandangan mata juga dialihkan. Mereka seolah-olah tidak
mempedulikan satu sama lain. “Kau pergi
mana Nia?” soal Safa sebaik Dania membuka pintu bilik. julia dan Liyana turut
memandang Dania yang bermasam muka. “Aku beli air kat bawah. Korang tak tidur
lagi? Kan dah lewat ni,” balas Dania seraya mengunci pintu bilik dan menuju ke
katilnya yang dikongsi dengan Julia. Dania memilih tingkat bawah kerana mudah
baginya untuk bangun. “Tadi kau cakap nak borak-borak pasal Liyana. Kita orang
tunggu kau ni. Jomlah,” ujar Safa. Dania berbaring. Air tin yang dibelinya tadi
diletakkan di atas meja belajarnya.
“Aku
tak sedap badanlah. Korang ajelah yang borak ok. Aku tidur dulu. Good night
korang!” Dania terus berpaling menghadap dinding dan melelapkan matanya. Dia
mengharapkan semasa bertemu dengan Daris tadi, lelaki itu akan menegurnya dan
meminta maaf kerana pernah mengasarinya. Namun, hampa. Daris masih dengan
egonya yang sentiasa merasa benar. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mata
yang sedari tadi dipejam masih belum lena. Daris masih mengganggu fikirannya.
Dania bergerak-gerak di atas katil sedari jam 10 malam tadi. Liyana tersedar
dan menyedari sikap Dania. Gadis itu duduk menghadap katil Dania. Julia dan
Safa sudah lena diulit mimpi. “Nia...” panggil Liyana. Dania tersentak.
Dikirakan siapa yang menegurnya di waktu seperti ini. “Err Yana. Tak tidur
lagi.”
“Aku tahu kau ada msalah kan. Sikap kau berubah lepas dari dewan siang
tadi. Ada apa ke yang kat dewan tu? Ada orang yang ganggu kau ke?” soal Liyana
ingin tahu. Dania bingkas duduk emnghadapa Liyana. “Aku dapat rasakan yang kau
sembunyikan sesuatu dari kita bertiga. By the way, kalau kau ada masalah, just
share. Aku kan kawan kau, Nia,” sambung Liyana yang simpati melihat Dania yang
seperti orang tidak tenang. “Aku ok cuma...” Dania berhenti seketika. Lebih
baik dia tidak menceritakan tentang Daris kepada rakannya. Rakan-rakannya tidak
perlu tahu mereka saling kenal dan pernah mengalami maslaah hingga ke hari ini.
“Cuma
apa?” soal Liyana. Dania menggeleng seraya berbaring semula. “Oklah. Aku tak
paksa kau untuk cerita. Whenever kau rasa nak share, aku ada ok. You can trust
on me. Oklah, aku sambung tidur. And kau pun tidur, esok pagi ngantuk nanti.
Dah ponteng kelas. Esok kan kelas pertama aku aku nak pergi dengan korang
semua,” ujar Liyana. Gadis itu kembali berbaring. “Thank you Yana.” Azri sedang
leka memerhati Dania yang melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Jamal dan
Daris yang sedang membaca surat khabar di sisinya tidak diendahkan.
Perhatiannya sepenuhnya kepada Dania yang sedang menuju ke arah rak buku
psikologi. “Kau rasa tepat tak masa ni untuk aku tackle die?” bisik Azri. Daris
memandang sebaik Azri bersuara. “Siapa?” soal Daris. Pantas jari telunjuk Azri
menunding ke arah Dania yang sedang mebelek-belek buku. Daris diam semula. Dia
tidak mahu berkata apa-apa. Walaupun agak kesal dengan Dania, namun dia tidak
dapat menepis rasa cemburu apabila Azri berusaha merapati Dania. Azri mengatur
langkah dan menghampiri Dania yang sedng berada di rak buku. Ia membetulkan
rambutnya walaupun sudah kemas. Dia ingin kelihatan segak ketika berhadapan
dengan gadis itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebaik
berada di belakang Dania, Azri sengaja berdehem. Dania menoleh seraya
tersenyum. “Hai,” tegur Azri sambil melemparkan senyuman nakalnya kepada Dania.
“Hai.” Azri menghulurkan tangan lalu memperkenalkan dirinya. “Saya Azri. Awak?”
Azri memulakan perbualan. “Saya Dania. Ada apa ya?” Azri bengang. “Tak ada apa.
Saja nak berkenalan. Boleh kan Cik Dania?” ujar Azri. Dania tergelak kecil.
“Oh! Ingatkan ada apa tadi. Ok, ok. Maaflah ya.” “It’s ok. By the way, awak senior
ke?” soal Azri yang semakin mesra berbual dengan Dania. Daris hanya memerhati
saja dari tempat duduk. Rasa cemburu terus-menerus membakar hatinya. Namun,
apakan daya dia bukanlah sesiapa bagi Dania. Tidak mungkin dia menghalang
perkenalan antara Azri dan gadis itu. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya
gembira. Sudah lama dia merindukan senyuman Dania seperti hari ini. Sejak
bertelagah, mereka tidak pernah lagi berteguran atau menyapa walau hanya dengan
senyuman. “Ris, kau rasakan, Azri tu dapat tak tackle awek tu?” Tiba-tiba Jamal
menegur. Daris tersentak. “Entah,” ringkas jawapan Daris. Enggan bersuara
lebih.
“Tak
adalah. Aku tengok macam sesuai aje dia orang berdua tu. Azri memanglah tak
se-handsome aku, tapi awek cun tu nak ke dengan dia?” usik Jamal sambil
terkekek-kekek ketawa. Daris diam saja. Itu lebih baik dari bersuara. Dia tidak
mahu ada sesiapa tahu bahawa dia dan Dania saling kenal. “Daris, kau dengar
tak? Aku cakap dengan tunggul ke ni?” desir Jamal apabila kata-katanya tidak
dilayan. Daris mengeluh. “Mana aku tahu. Yang kau sibuk-sibuk apahal? Kau pun
nak awek tu jugak?” soal Daris dengan mimik muka yang masam. Dia kiurang senang
mendengar Jamal bercerita hubungan Azri dan Dania. Sakit rasa hatinya! “Aku? No
way man! Taste aku lain.” “Apasal? Kau nak cakap yang Dania tu bukan taste kau?
Macam tu?” “Dania tu bukan tak cantik. Tapi tak adalah lawa mana. Muka macam
dia tu, tepi jalan boleh dapat.” Daris bingkas berdiri. Tidak semena-mena
menjadi sangat marah apabila Jamal seolah menghina Dania. “Kau apahal?! Kalau
dia bukan taste kau sekali pun, tak payahlah hina. Dania tu perempuan paling
sempurna yang aku pernah kenal dan kau...” Daris tersedar. Suaranya memenuhi
perpustakaan yang senyap sunyi. Dia sendiri terkejut dengan tindakannya. Azri dan
Dania turut memandang Daris. Beberapa orang pustakawan emmerhati dengan
pandangan bengis apabila perpustakaan menjadi bising. Tanpa sepatah kata lagi,
Daris pantas berjalan melangkah keluar dari perpustakaan. Azri agak keliru
apabila mendengar Daris menyebut nama Dania.
“Itu
Daris, awak kenal dia?” soal Azri. Dania tidak menjawab. “Dania, are you ok?”
Dania terpaksa senyum. Dia tidak mahu mengundang prasangka buruk Azri terhadap
dirinya. “Entah. Mana saya tahu. Dia kan kawan awak.” Dania terus meninggalkan
perpustakaan dan menuju ke tandas.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dia membasuh mukanya seraya merenung
wajahnya di cermin kaca. Dania menunduk semula. ‘Dania tu perempuan paling
sempurna yang aku pernah kenal...’ Kata-kata Daris masih terngiang-ngiang di
telinga. Benarkah apa yang didengarinya tadi. Mengapa dia merasa gebira
mendengarnya? “Dania, enough! Tak ada maknaya semua cakap dia. Aku salah dengar
dan aku yang perasan! Dia benci aku, aku kawan yang tak guna! Nia, please, just
forget it ok!” Dania bermonolog sendiri. Dia cuba menyangkal perasaannya
sendiri. Daris membuka pintu. Kelihatan
Azri dan Jamal sedang duduk di atas katil masing-masing. Daris menutup pintu
dan berbaring di atas katilnya. Jamal dan Azri yang sedari tadi memandangnya,
tidak diendahkan. Daris malu dengan tindakannya di perpustakaan tadi. Jamal
bersuara.
“Sorry
pasal tadi,” desir Jamal perlahan. Azri memerhati saja dua orang sahabatnya
itu. Daris masih berdiam. “Apahal ha korang ni? Sorang bisu, sorang buat hal
sendiri. Korang tak nampak aku kat sini ke? Helo!!!” celah Azri. Daris duduk.
Jamal dan Azri serentak memandangnya. “Mal, sorry pasal tadi. Aku pun tak tahu
apahal tapi aku...” Daris diam semula. “Dahlah. Tak ada hal lah.” Azri
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sikap aneh dua orang rakannya itu
membingungkannya. “Peliklah aku dengan korang berdua ni. Kejap elok, kejap tak!
Lantaklah,” rungut Azri. Awal-awal pagi
lagi Dania, Liyana, Julia dan Safa sudah bersiap. Dia perlu menghadiri
persatuan yang baru disertainya semalam. Mereka akan mengadakan perjumpaan
ahli. Setibanya di bilik persatuan, mereka melihat Daris dan rakan-rakannya
turut berada di situ. “Dia orang pun kelab ni ke? Bestnye!!!” bisik Julia
gembira apabila melihat tiga orang lelaki itu berada di situ. Mereka berempat
mengambil tempat duduk. Daris duduk betul-betul berhadapan dengan Dania. Mereka
berdua menjadi tidak senang duduk.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Pertama
sekali saya nak ucapkan selamat datang kepada para junior yang baru menyertai
Kelab Pencinta Alam,” ucap pengerusi kelab itu. “Memandangkan kelab ni menerima
banyak kemasukan junior baru, kami dah berbincang dengan pihak universiti untuk
mengadakan perkhemahan. Sebagai permulaan, kita akan adakan opertandingan.
Antara para senior dan junior lawan, kutip sampah paling banyak. Ok! Semua ahli
kelab digalakkan untuk menyertai. Terutama para junior. Tapi tak ada paksaan.
Di camping tu nanti, kita akan berkenalan antara satu sama lain. So, kalau ada
sebarang pertanyaan atau nak tahu apa-apa, boleh jumpa salah seorang dari kami.
Tarikh dan tempat akan kami umumkan bila dah confirm ok.” “Aku tak nak pergi. Tak faham ke?” Julia dan
Safa berkeras mendesak Dania untuk menyertai perkhemahan itu. dania enggan
menyertai perkhemahan itu kerana Daris akan turut serta. “Jomlah Nia. Mesti
best. Daris and the gang pun ada. Come on lah Nia! Tak best kalau kau tak ada.
Liyana pun nak pergi. Jomlah Nia, jomlah!!!” Liyana mencelah, “Seronok kalau
kau ada. Jomlah eh.” Dania tetap dengan pendiriannya untuk tinggal. Julia dan
Safa putus asa. Dibiarkan Liyana pula yang memujuk gadis itu. “Kau bagitahu
aku, apasal tak nak pergi? Camping kan seronok. Inilah masanya kita refresh.
Jom Nia... Hmmm...” Liyana cuba memujuk tapi masih hampa.
Dania
masih berkeras. Begitu juga dengan Daris. Ternyata lelaki itu juga enggan
mengikuti perkhemahan kerana adanya Dania. “Tak macho lah kau ni Ris! Apasal
yang kau tak nak ikut? Kat sana best punya! Nanti aku boleh kenalkan dengan
awek aku, yang Dania tu,” ujar Azri. Daris sengaja menguap walaupun dia tidak
mengantuk. Bantal peluknya dibiarkan menutupi muka. Malas dia hendak
mendengarkan Azri dan Jamal yang tidak habis-habis memaksanya mengikuti
perkhemahan itu. “Payahkan cakap dengan korang ni. Aku cakap tak nak, tak
naklah. Tak faham ke?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nak aku cakap Jawa baru faham?” rungut Daris sambil
matanya terpejam. “Apasal yang kau tak nak? Ini first aktiviti luar kita tau.
Tak bestlah kalau ada yang tak join.” “Aku malaslah join camping bagai ni! Tak
minat ok.” “Banyaklah kau punya tak minat! Jangan nak buat-buat tak minat
konon! Aku kenal kau dari kecil tau. Kau jiran sebelah rumah aku! Kaulah orang
paling minat camping, boleh kata gian lah kalau dengar camping mesti join
punya! Setiap bulan aje ada camping yang kau join, jangan nak membohong lah
Ris! Cakap ajelah apahal?” Akhirnya
setelah dua minggu dipujuk dan didesak, Dania dan Daris mengalah. Mereka
terpaksa mengikuti perkhemahan itu.
Setibanya di tapak perkhemahan,
semua penuntut diarahkan untuk mendirikan khemah masing-masing yang dibawa dari
universiti. Lokasi yang
mereka
pilih adalah di sebuah perkampungan. Mereka mendirikan khemah di seberanmg
sungai supaya mudah mendapatkan sumber air tambahan. Usai makan tengahari,
mereka memulakan pertandingan mengutip sampah paling banyak. Peserta yang
memperolehi sampah terbanyak akan memenangi pertandingan itu. penuntut senior
dibahagikan kepada dua kumpulan begitu juga dengan junior yang mana kesemuanya
ialah empat kumpulan. Tanpa diduga, Liyana, Dania dan Daris dan Azri berada di
dalam kumpulan yang sama. “Hai,” sapa Azri sebaik mereka berkumpul dalam
kumpulan masing-masing. Dania hanya tersenyum. “Tak sangka pulak dapat
sekumpulan dengan awak. Untungnya saya ni kan,” sambung Azri. “Apa yang
untungnya?” balas Dania selamba. Azri tersengih. “Yalah, saya bertuah sangat
sebab diletakkan dalam satu kumpulan dengan awak. Memang saya nak selalu ada dengan
awak.” Dania mula tidak selesa. Nampaknya Dania mula menyedari cara Azri
mendekatinya. Azri sudah terpikat dengannya. “Oh ya ke?” Dania tidak terlalu
melayani kata-kata Azri. Malah kata-kata Azri membuatkan dia teringat kepada
seseorang. Ya! Daris! Dia teringat bagaimana sewaktu di tingkatan 3 mereka
sering ditempatkan bersebelahan semasa peperiksaan. ‘Beruntung aku duduk
sebelah budak pandai...’ Itulah kata-kata yang selalu diucap oleh Daris apabila
mereka ditempatkan bersama. Dania tersenyum sendiri apabila mengenang Daris.
Dia masih berharap daris akan kembali seperti dulu.
“Nia?
Nia?” Dania tersentak. Lamunannya terhenti sebaik Azri bersuara.
“Ha?! Apa
Azri?” “Awak tu kenapa senyum-senyum sendiri? Awak pun suka eh ada dengan saya
selalu? Maknanya saya ni tak bertepuk sebelah tangan kan?” Dania mencebik.
Geram pula dia dengan Azri yang kuat perasan itu. “Ish! Merepek seh! Perasan.
Dahlah, malas layan awak. Bye!” Mereka
semua duduk membelakangi unggun api. Acara waktu malam adalah santai di mana
mereka semua saling berkenalan dan berbual-bual kosong. “Topik malam ni... apa
best eh? Hmmm... ha! Zaman sekolah,” ujar pengerusi kelab. Mereka semua
bersorak. “Korang yang junior ni pun baru je tinggalkan zaman sekolah kan.
Mesti ingat lagi kenangan-kenangan yang best kat sekolah. Kita orang yang dah
empat lima tahun tinggalkan pun masih ingat. “Ok, macam ni. Kita pilih aje mana
yang kita nak mula dulu. Pilih sorang demi sorang.” Tiba-tiba Julia berteriak,
“Dania! Dania!” Dania tersentak. Apa yang hendak dia ceritakan tentang zaman
persekolahannya. Tiada apa yang menarik. “Ok, Dania. You may start now.”
“Hmm... cerita apa?”
“Anything
about your school. Your teachers, your friends. Or maybe your boyfriend.” Semua
bersorak lagi. Dania memandang Daris. Hanya lelaki iu yang mengetahui kisah
persekolahannya di antara yang lain. “Saya nakl share tentang seorang kawan
saya. Dia baik dan mudah tersenyum. Dia selalu ketawa sama-sama saya, buat
kerja, borak-borak. Tapi tiba-tiba dia berubah.” “Berubah?” soal pengerusi
kelab. Dia dan semua ahli seperti tertarik mendengar cerita Dania. “Berubah
macam mana?” “Saya cuma buat sikit kesalahan tapi dia benci saya seumur hidup.
Bahkan sampai sekarang. memang saya akui saya salah. Tapi saya dah mintak maaf
tapi apa dia cakap. Dia kata saya perempuan tak guna! Saya cuma buat kesalahan
yang hanya effect dia sekejap aje. Memang satu kelas ketawakan dia tapi ia tak
kekal. Esok-esok dah tak ada apa. Tapi kerana hal kecil macam tu, dia benci saya
dan mungkin dia anggap saya musuh dia seumur hidup.” Semua orang yang mendengar
cerita itu mengeluh. Sepertinya mereka tidak puas hati dengan tindakan lelaki
yang diceritakan Dania. Daris dalam diam menyedari siapakah lelaki yang
dimaksudkan Dania. “Mana lelaki tu sekarang?” tanya salah seorang senior.
Mereka yang lain juga turut ingin tahu. “Dia masih ada. Jarak antara kami
sangat dekat tapi kenyataannya jauh. Dia terlalu bencikan saya hinggakan kami
tak bertegur sejak kejadian tu.” “Ok, ok. Permulaan cerita dah bad. So, Dania
ada kenangan manis ke dengan lelaki tu?” Dania mengerling ke arah Daris. Lelaki
itu juga sedang memerhati Dania.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kami
cukup rapat. Dia baik sangat sebelum ni. Tak ada sorang pun dari kawan-kawan
saya yang pernah puji saya macam dia. dia selalu puji saya budak pandai, dia
kata lukisan saya cantik padahal tak,” Dania tergelak kecil apabila mengenang
detik-detik manis bersama Daris. “Dania masih harap yang dia akan berbaik
semula dengan awak ke?” soal salah seorang dari mereka lagi. “Saya tak harapkan
dia rapat semula dengan saya macam dulu. Saya sedar keadaan dah ebrubah. Apa
yang saya harap, dia akan maafkan kesalahan saya dan kami berbaik semula. Saya
cuma rindukan gelak tawa dia dengan saya, saya rindu the way dia senyum kat
saya. Saya rindu nak berbual dengan dia.” Daris mengalihkan pandangannya.
Rasanya ingin saja dia bangkit dan mendapatkan gadis itu. dia juga sangat
merindukan Dania. Namun, keegoannya menidakkan segalanya. Tidak mungkin dia
mahu memaluka dirinya sendiri dengan menceritakan segalanya di hadapan semua
orang. Dania dan Liyana mengangkat
piring-piring kertas ke atas meja kayu yang mereka bina kelmarin. Usai sarapan
mereka akan bertolak pulang ke universiti. “Nia, aku hantar roti kat sana eh.
Kau tolong Kak Era tu buat air. Nanti aku datang,” ujar Liyana. Dania setuju.
Liyana terus menuju ke arah penuntut lelaki dan menghulurkan makanan untuk
mereka. “Nah, korang! Breakfast! Abang Khai suruh cepat kemas lepas ni nak
terus balik.”
“Ok,
thank you Yana. So nice of you,” balas Jamal nakal. Lelaki itu turut mengenyit
matanya. Menyampah Liyana dibuatnya! Sebaik Liyana menoleh, dia tidak sengaja
terlanggar Daris dari belakang. Liyana terseliuh dan hampir terjatuh. Mujurlah
Daris sempat menyambut Liyana. Semasa dia dibantu daris, hatinya berdegup laju.
Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh. Sesuatu yang sukar dijelaskan dengan
kata-kata. “Err Yana. Ok tak?” soal Daris sebaik Liyana dapat berdiri stabil
semula. “Ok, ok. Saya ok.” “Baguslah. Baik-baik ok,” Daris beredar. “Ris...”
panggil Liyana. Daris menoleh. Entah mengapa pandangan Daris benar-benar
menusuk hingga ke hati gadis itu. daris betul-betul memandang tepat ke mata
Liyana.
“Kenapa Yana?” soal Daris. Liyana tersneyum. “Terima kasih ya.” Daris
membalas senyuman gadis itu seraya membalas, “Sama-sama. Tak ada hal lah.” Hati
Liyana melonjak gembira. Rasa sakit kakinya yang terseliuh umpama hilang.
Sehingga pulang ke universiti Liyana masih senyum-senyum sendiri dan mengingati
Daris yang telah membuatnya jatuh cinta. “Hoi!” terjah Safa yang duduk
bersebelahan Liyana di dalam bas. “Yang kau ni dari tadi sengih sorang-sorang
ni apahal? Angau eh?” “Ish, mana ada! Aku senyum sebab aku gembira. Happy
sangat!”
“Yalah!
Happy kenapa cik akak hoi? Dengan kawan sendiri pun tak nak cerita?” balas
Julia yang berada di belakang tempat duduk mereka. Dania yang berada di sebelah
Julia turut mencelah. “Betul, betul. Ceritalah dengan kita orang! Ha... Liyana
ingat pakwe tak?!” ujar Dania. Julia dan Safa pantas bersorak. Hampir semua
penuntut yang menaiki bas bersama mereka memandang gadis-gadis itu. Liyana
menggeleng-geleng sambil tersenyum malu. “Ok, ok. Malam nanti sebelum tidur aku
cerita kat korang ok.”
5 BULAN KEMUDIAN
“Daris, kau tolong Dania angkat
kotak-kotak tu? Letak bawah meja tu,” arah salah seorang senior ketika semua
ahli kelab sedang bergotong-royong mengemas bilik kelab mereka sempena Hari
Alam Sekitar yang akan disambut minggu depan. Daris mengangkat beberapa buah
kotak berisi kain rentang untuk diletakkan di bawah meja. Dania pula sedang
menyap di bahagian bawah meja. Daris terus menghampiri gadis itu untuk
meletakkan kotak-kotak itu. “Jangan letak sini. Tepi dulu. Tengah nak sapu,”
ujar Dania. Namun, Daris tidak mengendahkan kata-kata Dania. Dia terus menolak
masuk kotak-kotak itu ke bawah meja. “Kau tak faham ke aku cakap? Letak sana
dululah. Aku nak sapu,” desir Dania. Daris masih berdegil.
“Daris!” teriak Dania.
“Apa?
Apahal kau ni?” “Kau tak faham ke apa ha? Aku cakap tengah sapu kan? Pekak ke
apa?!” “Buat apa aku nak dengar cakap kau! Abang Am suruh aku letak bawah meja,
aku letaklah. Kau nak sapu kau punya pasallah!” “Masalahnya sekarang, aku
tengah menyapu! Buta ke apa? Kau memang dari dulu tak pernah berubah asyik dengan
cakap kau aje!!!” Mereka mula bergeduh sesama sendiri. Ahli-ahli yang lain
tidak diendahkan. Semua yang berada di situ menyaksikan pergaduhan yang mereka
tidak tahu mengapa. “Tak payah nak cakapkan akulah! Kau pun sama! Asyik kau aje
yang rasa betul kan. Dulu pun m,acam tu, kau buat salah bila mintak maaf kau
harapkan orang maafkan kau! Kau tahu ke macam mana aku punya malu! Ada kau nak
faham?!!!” “Kau yang ego! Memang aku salah sebab gelakkan kau sekali tapi aku
dah minta maaf kan! Aku pun ngaku memang aku yang salah tapi apa kau buat? Kau
cakap aku ni kawan tak guna! Habis kau tu, lelaki ego yang tak reti maafkan
kawan sendiri tu berguna sangatlah!!!” “Seorang kawan takkan buat macam apa
yang kau buat pada aku! Kalau kau anggap aku kawan sepatutnya kau bela aku
bukan kau gelakkan sekali! Aku bengang kau tahu tak!!!” “ya, aku tahu aku
salah! Aku tahu!!! Tapi aku minta maafkan! Lagipun apa yang kau nak bengang
sangat? Dia orang cuma ketawakan kau aje effectnya sejam pun tak sampai tapi
kau... hanya kerana benda kecil macam tu kau benci aku seumur hidup!” “Habis tu
kau expect kau cerita dekat dia orang masa camp tu aku tersentuh hati lah!
Lepas tu maafkan kau! Tak ada maknanya!”
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“So
what!!! Lantak kaulah! Aku dah buat apa sepatutnya! Aku dah mengaku dan aku nak
rendahkan diri aku minta maaf dekat kau yang sombong gila!!! So sama ada kau
maafkan atau tak, itu masalah kau! Kau ada otak, fikirlah sendiri!” Kedua-dua
mereka ingin beredar namun langkah mereka terhenti sebaik menoleh dan melihat
semua orang yang berada di situ sedang melihat pergaduhan mereka. Masing-masing
agak keliru dengan Dania dan Daris. “Apasal tengok?! Free show ke?” bentak
Daris dan terus beredar meninggalkan semua orang di situ. Dania menghempas
pintu bilik. Julia, Safa dan Liyana tidak mahu bersuara. Mereka takut mereka
pula yang akan jadi mangsa kemarahan Dania. Masing-masing duduk dan membuat hal
sendiri di katil masing-masing. Sesekali memandang Dania, muka gadis itu masih
merah dalam keadaan kemarahan. Tiba-tiba suara Dania kedengaran serak. Apabila
mereka mendekati Dania, gadis itu sedang menangis. “Err Dania, kenapa ni? Ish,
janganlah nangis. Kenapa ni Nia?” “Aku ke yang teruk? Aku yang salah ke?”
tangis Dania teresak-esak. “Tak, tak. Kau tak salah! Dia yang salah! Dahlah,
jangan menangis. Janganlah macam ni.”
“Aku
dah minta maaf kan? Dia tak maafkan pun salah aku ke? Aku ni memang kawan tak
guna ke? Korang pun anggap aku kawan tak guna ke?” “Cuba kau cerita
betul-betul. Kau ada masalah apa dengan Daris? Teruk gila korang bertekak
tadi?” “Kalau kau nak tahu dialah lelaki yang aku cerita masa camping dulu.”
“Lelaki masa camping? Kau cerita apa eh?” soal Safa yang masih tidak faham.
“Sibuklah kau Fa!” teriak Julia pula. “Maksud kau, lelaki tu Daris? Daris
lelaki yang yang cerita tu?” celah Liyana pula. Azri dan Jamal duduk berhadapan
dengan Daris walaupun dia tahu lelaki itu masih dalam keadaan marah. Mereka
masih menunggu jawapan dari Daris sendiri. “Apasal kau diam? Jawablah!” gesa
Azri. Jamal sekadar mendengar saja. “Tak ada apa yang nak aku ceritakan pada
korang. Baik korang pergilah.” “Apa yang susah sangat nak jawab. Aku cuma tanya
betul ke kau kenal Dania tu dari sekolah, dan kenapa tak pernah bagitahu?” “Aku
cakap tak ada apa, tak adalah! Yang kau beria sangat nak tahu apahal? Kau siapa
dia?” Daris mula membentak.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azri juga tidak mahu kalah. Dia
berdiri apabila Daris mula meninggikan suara.
“Aku
suka dia! kalau korang kawan lama, maknanya kau tahu banyak pasal dia. aku cuma
nak tahu je. Dan aku pun nak tahu apa hubungan korang sampai korang gaduh teruk
sangat? Dia tu ex girlfrend kau ke?” Daris bingkas berdiri dan memandang tepat
ke mata Azri. Ada riak geram di wajahnya. Namun dia tidak mahu mengasari
sahabatnya sendiri hanya kerana seorang gadis. “Korang ni dahlah! Apahal sampai
nak gaduh pulak ni?” celah Jamal apabila melihat keadaan mereka semakin tegang.
“Dia bukan girlfriend atau ex aku. Dia bukan sesiapa aku,” balas Daris yang
mulai lembut. Daris segera melangkah pergi meninggalkan Azri dan Jamal. Namun
dia berhenti sebaik berada 5 meter di hadapan mereka berdua. Daris menoleh.
“Tapi aku sayangkan dia. Lebih dari seorang kawan. Dari dulu sampai hari ni,
aku cintakan dia. Hanya dia. Sorry.” Daris terus beredar. Azri dan Jamal sama
sekali tidak menduga kata-kata Daris. Padahal sebelum ini Daris tidak pernah
menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mengenali Dania. “Kenapa dia tak pernah
bagitahu? Selama aku cakap aku suka Dania, dia fikir apa? Kenapa baru
sekarang?” desir Azri. Jamal tidak bersuara. Dia masih tidak percaya dengan apa
yang dikatakan Daris tadi. Daris yang masih tegang terus menuju ke
perpustakaan. Di sana sajalah baginya dapat mengurangkan beban fikirannya dan
melupakan sejenak pergaduhan besarnya dengan Dania. “Sepatutnya aku kena kawal
emosi tadi. Aku tak patut marah dia macam tu,” bisiknya sendiri.
Daris
menuju ke meja yang berada paling hujung perpustakaan. Dia ingin bersendirian
untuk masa ini. Sebaik melabuhkan punggung, dia menekup wajahnya di atas meja.
Sukar baginya meluahkan kesedihan di hadapan semua orang. dia tidak mahu
kelihatan lemah apalagi di hadapan Dania. “Maafkan aku Nia. Maafkan aku!”
Hatinya terus meraung sepi. Dia benar-benar kesal sudah memarahai gadis yang
paling dicintainya. Sakit jiwanya apabila harus menengking Dania. “Daris...”
Kedengaran satu suara menegurnya. Daris mengangkat mukanya. Liyana kelihatan
sedang berdiri di hadapan mejanya. “Boleh saya duduk?” soal Liyana perlahan.
Gadis itu juga khuatir kalau-kalau Daris akan memarahinya pula. “Duduklah,”
balas Daris ringkas. Dia mengusap matanya yang sudah berkaca tanpa dia sedari.
“Awak ok?” “Kenapa tanya? Dania suruh?” dingin jawapan lelaki itu. Liyana
tersenyum. “Saya tahulah saya kawan dia. Tapi takkanlah awak benci saya juga,”
“Apa maksud awak?” “Dania dah cerita semuanya. Tentang awak. Tapi saya tak
kisah, saya masih nak berkawan dengan awak.” Daris tidak menjawab sebaliknya
memandang Liyana saja. “Tapi... itu pun kalau awak nak berkawan dengan sayalah.
Kalau tak, tak apa. Saya boleh cari kawan lain,” sambung Liyana.
“Saya
ok. Saya boleh berkawan dengan semua orang, walaupun kawan Dania.” Liyana
tersenyum lega. “Untung Dania. Seorang lelaki macam awak sayangkan dia sepenuh
hati. Kenapa awak tak pernah bagitahu dia?” Daris duduk di sisi Liyana setelah
menghulurkan semangkuk ais krim kepada gadis itu. Sebaik tiba di kafe, dia
menceritakan tentang perasaannya terhadap Dania. Terus- terang Liyana sedikit
kecewa mengetahui Daris mencintai rakannya itu. “Saya rasa teruk. Tak mungkin
saya layak untuk dia. Liyana, sejujurnya saya dah lama maafkan dia. Cuma saya
tak tahu macam mana nak bagitahu dia tentang perasaan saya lepas apa yang saya
dah buat pada dia. mesti dia bencikan saya.” “Kalau awak cintakan dia, awak
kena jujur. Saya yakin ramai lelaki kat luar sana yang sukakan Dania. Kalau
awak lambat, awak yang terlepas. Awak pulak lelaki, lagi senang nak ungkapkan
isi hati awak. Awak bukannya perempuan yang nanti orang cakap perigi cari
timba.” Daris memikirkan kata-kata Liyana. Perlukah dia mengatakan semuanya
pada Dania sekarang? “Dan satu lagi Daris...” Belum sempat Liyana meneruskan
kata-katanya, telefon bimbitnya di atas meja berdering. Kelihatan di skrin nama
Dania tertera.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daris
mendiamkan diri sementara Liyana menjawab panggilan Dania. “Helo, Nia. Ada
apa?” “Kau kat mana tu? Aku nak keluar dengan Safa pergi minum kat kafe. Nak
join tak?” Liyana tersentak. Dia dan Daris sedang berada di kafe berdekatan
kolej. “Boleh. Kebetulan aku pun kat kafe jugak tengah makan ais krim. Aku
tunggu kat kafe ok.” Talian dimatikan. Daris pula segera menggalas begnya dan
berdiri. “Yana, saya rasa saya pergi dulu. Saya harap awak jangan cerita apa
yang saya cerita pada awak kat Dania. Bila-bila saya rasa sesuai, saya akan
bagitahu dia,” ujar Daris. “Tapi Ris...” “Awak kawan saya kan? Tolong. Jangan
cerita apa-apa.” Daris segera beredar sebelum Dania tiba di kafe. Dia masih
enggan bertemu dania buat masa ini. Dia masih malu dengan tindakannya
mengherdik Dania tadi. - Daris termenung sendirian. Jam sudah menunjukkan pukul
11 malam tetapi lelaki itu masih duduk termangu di pondok hadapan mesin
minuman. Dia belum bersedia menghadapi Azri dan Jamal di bilik. Daris duduk
sendiri sambil memikirkan kata-kata Liyana siang tadi.
Daris
menoleh ke belakang sebaik mendengar bunyi tapak kasut menuju ke arahnya.
Sebaik menoleh, dia melihat Dania yang sedang menuju ke arah mesin minuman.
Langkah Dania terhenti sebaik melihat Daris ada di pondok berhampiran. Dania
mendengus. Gadis itu berpatah balik tetapi pantas dicegah oleh Daris. “Nia,
tunggu!” panggil Daris nyaring. Langkahnya terhenti lagi tapi Dania tidak
memandang Daris yang menuju ke arahnya. “Apa?” soal Dania tegang. Hatinya masih
panas walaupun dia ingin sekali melihat wajah lelaki itu. Daris berjalan menuju
ke hadapan Dania. Sekarang mereka sedang bertentangan. Dania mengalihkan
pandangannya ke pondok sementara Daris memandang tepat ke arah Dania. “Aku nak
cakap sesuatu dengan kau. Aku harap kau dengar sampai aku habis cakap,” ujar
Daris perlahan. Lelaki itu cuba mencetuskan pertemuan yang damai di antara
mereka. Dia ingin meluahkan segalanya malam ini kepada Dania. “Dania, aku sebenarnya...”
Belum sempat Daris meneruskan kata-katanya, telefon bimbit Dania berdering.
Daris berdiam sementara Dania menjawab panggilannya. Dania kelihatan serius
ketika bercakap di talian. Sebaik mematikan talian, Dania terus beredar. Daris
segera menarik lengan Dania. Dia perlu menjelaskan kepada gadis itu malam ini
juga. “Dania, aku nak cakap dulu. Tolong dengar.” “Sorry Daris. Aku kena balik
bilik. Liyana pengsan. Kalau penting, kita cakap esok aje.” Dania melepaskan
pegangan Daris dan terus beredar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daris,
Azri dan Jamal baru tiba di hospital. Mereka terus menuju ke aras empat di mana
Liyana dirawat akibat pengsan semalam. Menurut Safa, Liyana mencuba untuk bunuh
diri malam semalam. Setibanya di bilik rawatan Liyana, mereka bertiga melihat
Liyana sedang berbaring di atas katil. Safa dan Dania sedang menemani gadis
itu. “Mana Julia?” tanya Azri apabila melihat hanya ada Safa dan Dania saja.
“Beli makanan,” balas Dania ringkas. Dia terus membangunkan Liyana. “Yana, dia
orang datang nak melawat kau. Bangunlah.” Liyana membuka matanya yang sembap.
Sekeliling matanya sudah bengkak. Sebaik melihat Daris ada di situ, dia mula
menangis. “Boleh korang tinggalkan Daris dengan aku kejap?” pinta Liyana.
Mereka semua agak terkejut dengan permintaan gadis itu. Semua orang
meninggalkan bilik rawatan Liyana. Pintu ditutup dan Daris menghampiri gadis
itu. Liyana bangun dan duduk. “Kenapa buat macam ni?” soal Daris lembut. Liyana
semakin galak menangis. “Daris, saya cintakan awak.” Daris benar-benar terkeju
dengan kata-kata gadis itu. dia sama sekali tidak emnyangka Liyana memendam
perasaan terhadapa dirinya
“Saya
cintakan awak tapi saya tahu awak tak cintakan saya. Saya pun tak tahu kenapa
saya boleh bertindak sampai macam ni, fikiran saya kosong malam tadi. Saya tak
boleh fikir! Saya...” Daris terus menggenggam jari jemari Liyana. Liyana
terdiam. Air matanya terus berlinangan tetapi segera dikesat oleh Daris.
“Kenapa awak tak bagitahu?” soal Daris lembut. “Apa guna saya bagitahu awak?
Sedangkan saya tahu awak encintai orang lain.” Daris diam. Dia menyesal Liyana
sanggup bertindak nekad kerana dirinya. Liyana melepaskan tangan Daris dan
mengusap air matanya. 2 minggu
kemudian... Daris mengemas beg pakaiannya. Azri dan Jamal hanya melihat. Tidak
mampu menghentikan rakannya itu. Daris bertekad untuk meninggalkan kolej dan
negara. Dia telah menempah tiket untuk ke luar negara. “Kau dah fikir masak-
masak ke?” soal Azri. Sudah berkali- kali cuba menghentikan rakannya tetapi
tidak berjaya. Daris benar- benar bulat dengan keputusannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Apa guna aku duduk sini? Aku cuma
akan jadi punca orang bunuh diri. Aku cuma akan rosakkan perasaan orang yang
cintakan aku. Kehadiran aku cuma tambahkan rasa cinta Liyana yang aku tak dapat
nak balas. Leave is the best way now.”
Setelah
siap berkemas, Jamal dan Azri membantunya membawa beg- beg pakaian ke dalam
kereta. Dia akan terus menuju ke lapangan terbang dari asrama kerana
keluarganya sudah menunggu di sana. Daris mencapai sebatang pen di atas meja.
Lelaki itu mengeluarkan buku nota catatan hariannya dan menulis sesuatu. Dia
merobek helaian yang itu dan menyimpannya di dalam beg galas. “Guys, aku minta
maaf kalau selama berkawan ni aku selalu buat korang menyampah dengan aku. Aku
sedar aku memang kawan tak guna,” ujar Daris lalu memeluk kedua- dua rakannya
itu. “Ris, aku rasa kau kena bagitahu Dania tentang hati kau,” Azri bersuara.
Daris mengerutkan dahinya. “Kenapa pulak? Bila aku pergi, kau boleh dapatkan
Dania. Dan takkan terjadi permusuhan antara aku dan kau. Kau yang terbaik untuk
dia, bukan aku. Aku cuma tahu sakitkan hati dia dari dulu sampai sekarang.”
“Percaya tak aku cakap yang sebenarnya... sebesar mana kau bencikan dia,
sebesar itu kau cintakan dia. Hidup kau kosong tanpa dia. Bagitahulah. Apa yang
aku tengok, dia pun sukakan kau, bukan aku.” Daris diam lantas tersenyum.
Sekali lagi Azri memeluk Daris. “Ok, aku akan bagitahu,” ujar Daris sambil
memasuki kereta. “Tapi kau jangan menyesal eh,” usik Daris. Mereka bertiga
ketawa. Bagi Azri, lebih baik dia kehilangan seorang gadis daripada harus
memusuhi rakan karibnya sendiri. Dia pasrah dan merelakan cinta anatara Daris
dan Dania.
Julia
berlari menaiki tangga. Dia terus menerjah pintu bilik dan mendapatkan Dania
yang sedang duduk bersama Liyana. Safa yang sedang menogok air terkejut. “Nia,
aku jumpa surat ni kat bawah tadi. Ada orang letak kat tangga tingkat bawah.”
Dania mengambil surat itu dari tangan Julia dan melihat di atas sampulnya
tertulis, ‘Untuk Dania.’ Perlahan Dania membuka sampul surat dan mengeluarkan
isinya. Terdapat sekuntum mawar merah dan sehelai surat yang berlipat. “Surat
apa tu?” soal Safa ingin tahu. Pantas kesemua mereka mengerumuni Dania untuk
turut membaca isi surat yang tidak diketahui dari siapa. Sejak kita ditempatkan
di satu kelas masa sekolah, sejak tu aku jatuh cinta pada kau. Sejak aku tengok
kau gelak dan senyum, sejak tu aku jatuh cinta pada kau. Sejak aku menjadi
sahabat kau, sejak tu aku cintakan kau. Dan sekarang... Aku tak tahu bila dan
bagaimana... Tapi aku masih mencintai ka u. Tak ubah seperti 2 tahun lalu.
Kalau pun hari ni kau bencikan aku, aku masih cintakan kau. Dan meski sekarang
kebencian kau pada aku sangat besar, sebesar itu jugalah aku cintakan kau.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak
kita bergaduh untuk hal yang remeh, sejak tu aku kesepian. Sejak kau pergi
tinggalkan aku, sejak tu aku kesepian. Sejak aku kehilangan kau, baru aku tahu
yang aku tak mampu mencintai gadis lain selain dari kau. Dan hari ini aku nak
beritahu yang aku masih sayang dan mencintai kau. Ke mana pun aku pergi lepas
ni, ke situ jugalah aku akan bawa cinta kau. Dan aku akan terima kalau kau akan
bencikan aku seumur hidup. Tapi tolong biarkan aku jatuh cinta. Biarkan aku
mencintai kau seumur hidup. Lebih baik aku pergi dari aku berhadapan dengan
kebencian gadis yang sangat aku cintai. Aku benar- benar mencintai kau...
Dania. Sangat mencintai! Maafkan aku. -Daris- Dania menutup semula surat itu.
matanya yang sudah berkaca terus bergenang air mata. Benarkah apa yang ditulis
di dalam surat itu? “Kenapa dia tulis macam ni? Apa lagi yang dia cuba buat?”
soal Dania yang masih berbelah bahagi. Tiba- tiba Liyana bersuara. “Apa yang
Daris tulis tu betul,” ujar Liyana. Dania tersentak. Begitu juga Safa dan
Julia. “Kau tahu Yana?”
“Ya. Daris pernah bagitahu aku yang
dia cintakan kau dari dulu. Sejak di bangku sekolah. Cuma pertelingkahan korang
buat dia rasa ego. Dia rasa dia betul
dan kau
salah. Tapi hari demi hari, dia sedar dia sayangkan kau walaupun dia cakap yang
dia bencikan kau.” “Kenapa kau tak pernah cakap?” Dania sedikit keras. “Daris
tak izinkan aku bagitahu kau. Dia kata dia rasa tak layak untuk dapatkan cinta
kau setelah apa yang dia buat pada kau. Tapi percayalah, sampai hari ni dia
hanya cintakan kau sorang aje.” “Yana, tapi kau cintakan dia,” balas Dania.
Liyana tersenyum. “Tapi dia cintakan kau. Dan aku tahu kau pun cintakan dia
kan?” Dania terdiam. Dia mengusap air matanya yang deras mengalir. Dia
menyedari hatinya juga sangat mencintai Daris walaupun dia sering membenci
lelaki itu. “Baik kau cari dia sekarang sebelum dia pergi,” ujar Liyana.
“Pergi?” serentak Julia dan Safa bersuara. “Dia ada tulis ‘lebih baik aku
pergi’, apa maksud dia?” Dania bersuara pula. Telefon bimbit Dania berdering
ketika mereka sedang berfikir. Nama Azri yang tertera. “Helo?” ujar Dania
dengan suaranya yang serak. “Nia... Aku nak bagitahu yang Daris dah pergi. Dia
baru bertolak ke lapangan terbang. Flight dia ke Kanada lagi dua jam. aku rasa
cuma kau boleh halang niat dia tu. Please!” balas lelaki itu. tanpa sepatah
kata lagi, Dania menarik ketiga- tiga rakannya itu dan segera berlari menuju ke
luar kawasan asrama untuk mendapatkan teksi. Sepanjang perjalanan, Dania
menghubungi Azri untuk mengetahui ke mana Daris pergi.
------------------------------------
Tinggal beberapa
minit lagi semua penumpang dikehendaki menaiki pesawat setelah boarding. Daris
dan keluarganya berdiri dan mula berjalan menuju ke kaunter untuk menyerahkan
beg pakaian. Daris terhenti apabila dia mendengar bunyi tapak kasut seseorang
yang sedang berlari ke arahnya. Sebaik dia menoleh, Daris melihat Dania sedang
mengah berlari ke arahnya. Ibu bapanya yang sudah berada di hadapan dibiarkan
dulu. Dania tercungap- cungap. Dia berhenti di hadapan Daris. Kini mereka
bertentangan mata. “Sejak kau puji lukisan aku yang buruk, sejak tu aku
cintakan kau. sejak kau selalu pandang aku dengan lirik mata yang nakal, sejak
tu aku cintakan kau. Sejak kau bela aku msa kena kacau, sejak tu aku cintakan
kau. Dan sejak bila pun aku tak tahu yang akus egan bila bercakap dengan kau.
Aku tak tahu macam mana aku boleh suka kau tapi... tapi... aku sangat mencintai
kau." Daris dan Dania tersenyum. serentak juga mereka ketawa. Ada sedikit
segan di antara mereka. "Ris, cukuplah sekali kau pergi dari hidup aku.
Tolonglah jangan pergi lagi. I love you. Really love you." Daris mendekati
gadis itu. "So am I. I love you too. Really love you."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan