Bersamamu untuk selamanya..
Rania
membuka daun jendela kaca di bilik tidurnya. Bayu
dingin pergunungan itu terus menerpa masuk dan menampar wajahnya. Dia tetap
tersenyum menyambut keheningan pagi hari ini meskipun dia perlu merasakan
kesakitannya lagi. Hari demi hari kekuatannya semakin bertambah melawan
kesakitan yang dirasainya. Marni menyapa anak saudaranya itu. Sayu hatinya
melihat gadis tabah itu mengharungi hidup singkat sendirian. Tiada berteman.
Hanya dia dan suami yang menjaga gadis itu. “Mak Su dah sediakan sarapan. Nia
makan ya, nak.” “Terima kasih Mak Su.” Rania dan Marni menuju ke ruang makan.
Di meja makan, kelihatan Zamri sedang bersarapan. Mereka duduk bersama dan
mengisi peurt yang masih kosong. “Mak Su, lepas ni Nia keluar kejap eh. Nak
jalan-jalan,” ujar Rania. Marni dan suaminya saling berpandangan. Mereka bukan
keberatan, tetapi hanya risau akan keadaan kesihatan anak saudaranya itu. “Mak
Su, Pak Su. Boleh kan?” ujar gadis itu lagi apabila mereka tidak menjawab. “Nia
jangan jalan jauh sangat. Nanti kalau tiba-tiba sakit, tak ada sesiapa yang
tolong. Ambil angin dekat-dekat sini aje ya,” balas Marni risau. Rania
tersenyum dan mengangguk. Dia tahu wanita itu tidak mahu sesuatu yang buruk
terjadi pada dirinya. Begitu juga Zamri.
Qayum mengemas
bagasi pakaiannya tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan pukul 10 tetapi dia masih
belum bertolak. Dia perlu menghadiri sebuah mesyuarat di pejabat sebelum
bertolak ke Cameron Highlands. “Que tak balik lunch ke nanti?” soal Farhana.
“Tak mama. Que terus pergi sana. Que tak nak sampai sana malam. Ok mama. Bye!”
Qayum terus mencampakkan bagasi pakaiannya ke dalam boot kereta dan memecut
laju keretanya. Setibanya di pejabat, Qayum terus memakai kot dan mengenakan
tali leher. Terus dia mematikan enjin dan berlari memasuki pejabat. “Where have
you been, Que?” bisik Karina sebaik majikannya itu muncul. “Where’s the rest?”
soal Qayum pula. “I tanya you, you soal I balik. mereka ada kat meeting room.
Tunggu you lah.” “Ok.” Tanpa mempedulikan pembantu peribadinya, Qayum terus
mengetuk pintu bilik mesyuarat. Kelihatan sebuah lembaga pengarah sudah duduk
untuk memulakan mesyuarat. “I’m sorry, gentlemen. Ok, let’s begin.” Rania berjalan
sendirian. Inilah aktivitinya yang akan dia lakukan dua hari sekali. Dia tidak dapat
berjalan keluar seperti orang lain kerana risau penyakitnya menyerang mendadak.
Setelah 20 minit
berjalan sambil menghirup udara segar pergunungan, akhirnya gadis berusia 20
tahun itu tiba di lembah tanaman teh. Permandangan hijau yang meluas itu memikat
hati Rania. Dia tersenyum lebar menikmati permandangan indah itu. seketika dia
memerhati beberapa orang yang sedang berjalan di situ. Ada yang bersama
keluarga dan rakan, suami,isteri dan anak-anak. Tiba-tiba wajahnya pucat.
Hidungnya terasa panas. Sebaik dia menyentuh hidungnya, darah merah menitis ke
bibirnya. Segera Rania mengeluarkan sapu tangan dan pantas mneghilangkan darah
itu. badannya terasa snagat lemah. “Ya Allah! Kuatkan aku hingga aku pulang
nanti. Jangan aku menyusahkan orang lain. Biarlah sakit ini aku sendiri yang
rasa,” bisiknya sambil menahan kesakitan di bahagian belakang tubuhnya. Dia
perlu berehat. Rania terus menghampiri batu-batu untuk duduk sebentar. Dia
tidak kuat untuk pulang sekarang. Setelah hampir 10 minit berehat, barulah dia
berasa sedikit kuat. Dengan segala tenaga yang ada, Rania memulakan perjalanan
pulang ke rumah. “Habis tu bila you balik JB?” soal Karina sambil
mengiringi Qayum ke kereta. “Tak sure. Mungkin I kat sana around two or three
weeks. I dah urus semua masa meeting tadi so kalau ada masalah sepanjang I tak
ada, refer Encik Hamdan. Dia akan ambil alih tugas I sepanjang I kat Cameron.”
Karina mendengus. Benci dengan sikap Qayum yang
sama sekali tidak ambil endah pada dirinya. Padahal Qayum tahu bahawa Karina menyimpan
perasaan padanya.
“So, you nak
tinggalkan I sorang kat sini. You pergi seronok kat Cameron and left me here!”
bentak Karina. “Don’t start it again. Lagipun I pergi sana ada kerja, bukan
saja-saja. And satu lagi, bukannya salah pun I tinggalkan you.” “You tak pernah
faham hati I. You tak pernah ambil endah pun perasaan I.” “If you know that,
then why you are still waiting for me?” “Cause I love you, Que,” rayu Karina.
Qayum mengeluh kesah. “Dari universiti dulu I dah cakap I cuma anggap you sebagai
kawan aje. I ambil you jadi assistant I sebab you kawan I and you’re qualified.
That’s it.” Qayum terus memasuki kereta dan memecut. Sakit hati gadis itu
apabila ditinggalkan begitu saja. Dia terus memasuki semula pejabat. Qayum
berhenti di sebuah stesen petrol. Dia menuju ke tandas untuk menukar pakaian.
Tidak selesa rasanya memakai kemeja selepas jam bekerja. Apalagi sekarang dia
akan ke Cameron Highlands. Usai mengganti pakaian, dia membeli beberapa snek
untuk dimakan sepanjang perjalanan. Dia memulakan semula perjalanan. “Makan ni,”
ujar Zamri sambil menghulurkan dua biji ubat. “Nia rehat dulu. Tidurlah. Nanti
waktu Asar, Mak Su kejut,” sambung Zamri seraya memandang isterinya. Marni
mengangguk mendengar arahan suaminya. Zamri meninggalkan bilik gadis itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Nia, esok tak payah
keluar ya. Lusa kalau nak pergi, Mak Su temankan,” ujar Marni. Rania tersenyum
hambar. “Nia bosanlah Mak Su. Duduk dalam rumah aje.” “Tak suka rumah Mak Su
ke?” “Err tak. Bukan itu. tapi bosan asyik baring, duduk, makan, makan ubat.
Itu aje yang Nia buat hari-hari.” Marni membelai rambut anak saudaranya itu.
kasihan dia melihat keadaan gadis itu. masih muda tetapi tidak dapat bergerak
bebas. “Mak Su tak nak apa-apa jadi pada Nia. Dengar cakap Mak Su dan Pak Su
ya.” Rania terpaksa akur. Dia tidak mahu melanggar arahan ibu saudaranya itu.
Rania bagun dari katil sebaik Marni meninggalkannya. Dia membuka jendela bilik
yang baru ditutup tadi. Inilah saja cara gadis itu untuk merasai kenikmatan di
Cameron Highlands. Tidak mungkin baginya untuk bersiar-siar di luar seperti
orang lain. Rania menuju ke meja soleknya. Diamati wajahnya yang pucat tidak
bermaya. Sedih hatinya apabila memandang wajah sendiri. Satu senyuman kecil
terukir di wajahnya. Hanya itulah cara Rania membangkitkan semangat juang
hidupnya sendiri. “Hai,” Rania menoleh. Qayum berada di sebelahnya sambil
tersenyum. “Hai,” balas gadis itu sambil membalas senyuman. “Dah makan ubat?”
soal Qayum.
“Dah.” “Rindu aku
tak?” soal Qayum lagi. Kali ini mereka ketawa bersama. “Setiap hari aku rindu
kau. Kau yang tak rindu aku,” bisik Rania seraya mencebik. Qayum tersenyum. Dia
merapati Rania dan dengan perlahan menarik kepala gadis itu ke bahunya. “Aku
pun rindu jugak,” balas Qayum. “Sebab tu aku datang.” Rania melelapkan matanya.
Suasana menjadi senyap kembali. Apabila Rania membuka mata, Qayum tiada lagi di
sisinya. Dia sedang meletakkan kepalanya di jendela. Rania tersenyum sendiri.
Sedikit demi sedikit air matanya berjuraian. Setiap hari apabila Rania sedang
sendirian, bayangan Qayum muncul untuk menemaninya. Dan setelah itu, hilang
sekelip mata. Qayum mendepakan tangannya. “Here I am! Cameron
Highlands!” teriak Qayum sebaik tiba di sana. “Alamak! Solat Asar!” Qayum terus
memasuki keretanya kembali dan menuju ke chalet yang sudah ditempahnya minggu
lepas melalui panggilan. Lelaki itu bergegas untuk solat Asar memandangkan
tinggal setengah jam lagi sebelum masuk waktu Maghrib.
Usai solat, Qayum baring di atas katil. Dia
menarik selimut hingga ke paras perut. Akalnya sedang ligat berfikir tempat-tempat
yang bakal dia kunjungi di Cameron Highlands mulai esok. Malam ini dia akan ke
pasar malam di Brinchang.
Rania menuju
ke Kea Farm. Sementara menunggu Marni membeli bunga hiasan, Rania
membelek-belek beberapa bunga yang lain. Dia juga ingin membeli untuk menghiasi
bilik tidurnya. Qayum asyik mengambil gambar permandangan di sekitar Kea Farm.
Namun dia terpandang susuk tubuh seorang gadis. “Beri bunga ni sejambak ya
kak,” ujar gadis itu. Tidak salah lagi. Mendengar suara gadis itu, Qayum yakin
dia memang mengenali gadis ayu itu. “Bunga untuk siapa?” celah Qayum. Rania
menoleh. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat Qayum sedang berdiri di
belakangnya. Adakah ini khayalannya atau Qayum benar-benar di belakangnya?
Rania tidak bersuara. Dia masih termangu. “Nia?” panggil Qayum. Rania masih
terkebil-kebil. “Nia... kenapa ni?” soal Qayum yang hairan melihat reaksi gadis
itu. Rania tersentak. Ternyata benar itu Qayum dan bukan sekadar khayalannya.
“Err... Que. Kau buat apa kat sini?” soal Rania. Tidak tahu dia perlu berasa
gembira atau sedih. “Aku ada kerja. Kau?”
“Aku...” Rania tidak
mahu memberitahu Qayum tentang penyakitnya. “Aku...” “Nia... kau ok tak ni?”
soal Qayum. “Ok, ok. Aku ok.” Qayum tersenyum. Gembira dapat bertemu rakan
lamanya. “So, kau buat apa kat sini?” soalnya lagi. “Aku tinggal sini. Dengan
mak cik, pak cik aku.” “Oh. Aku ingat kau masih kat JB. No wonder lah aku
langsung tak nampak kau kat sana.” Rania cuba berlagak biasa di hadapan Qayum.
Lelaki itu tidak perlu tahu keadaan sebenar dirinya. “Aku dah lama kat sini.
Dah dua tahun aku pindah,” balas Rania. “Nia. Mak Su dah...” Marni tersenyum
sebaik melihat ada seseorang bersama anak saudaranya. Qayum turut tersenyum.
“Mak Su, kenalkan ni kawan Nia masa sekolah. Qayum, ni Mak Su aku,” ujar Rania
memperkenalkan dua orang itu. “Oh, Qayum. Buat apa sini?” “Ada kerja sikit
aunty.” Marni tersenyum. “Tak payahlah panggil ‘aunty’. Panggil ‘Mak Su’ aje.
Ya?” “Ok Mak Su. Terima kasih.” “Qayum duduk mana kat sini?”
--------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kat chalet. Nak sewa
hotel mahal sebab duduk sini dalam dua, tiga minggu. Itu yang duduk chalet aje,
murah sikit.” Marni memandang Rania. “Lah! Dah jumpa kawan kat sini kan.
Tinggal rumah Mak Su ajelah. Free tak payah bayar.” Rania agak terkejut dengan
pelawaan ibu saudaranya itu. Qayum tersenyum namun agak keberatan kerana enggan
menyusahkan wanita itu. “Boleh Qayum?” soal Marni lagi. “Tak apalah Mak Su.
Lama saya tinggal sini, nanti menyusahkan Mak Su pula.” “Mana ada susah. Adalah
jugak si Nia kawan. Dia mana ada kawan-kawan kat sini,” balas Marni. Dia
kelihatan bersungguh. “Tinggal rumah Mak Su ya.” Qayum akur. Dia bersetuju.
“Baiklah Mak Su. Terima kasih banyak. Kalau macam tu, Qayum hantar Mak Su dan
Rania ya.” Setibanya di rumah, Rania dan Marni menuju ke dapur sementara Qayum
menuju ke chalet untuk membawa keluar barang-barang miliknya. “Kenapa Mak Su
minta dia duduk sini? Nanti dia tahu Nia sakit. Nia tak nak dia tahu. Nia
malu.” “Nia,” Marni menghampiri anak saudaranya itu. “Mak Su tahu Qayum tu
adalah lelaki yang sama dalam gambar yang Nia bawa tidur tiap-tiap malam kan.
Mak Su dapat lihat Rania gembira. Mak Su nak yang terbaik untuk kamu. Jadi Mak
Su rasa mungkin dengan kehadiran lelaki tu, kamu lebih kuat dan bersemangat
untuk terus sihat.”
Zamri dan
Qayum menghabiskan masa makan malam dengan berbual. Marni seronok melihat
hubungan dua lelaki itu. dia turut gembira kerana Qayum di sini. Setidaknya
dapatlah membantu menguatkan Rania. “Pak Su ni tergesa-gesa balik tadi. Mak Su
telefon cakap ada tetamu istimewa. Kawan Rania rupanya,” ujar Zamri. Qayum
sangat gembira berada di situ. Kehadirannya disambut baik oleh keluarga Rania.
Namun sedari tadi, Rania tidak bersama mereka. sesekali mata Qaym melihat bilik
tidur Rania yang bertutup rapat. Mungkinkah dia di dalam? Qayum memberanikan
diri untuk bertanya. “Pak Su, kenapa Rania tak makan sekali?” soal Qayum
perlahan. “Dia memang jarang makan malam. Biasanya lepas Isyak dia terus tidur.
Qayum bosan ya dengan Pak Su? Kalau nak borak dengan Rania, pergi aje panggil
dia,” balas Zamri sekadar mengusik rakan anak saudaranya itu. Qayum ketawa
kecil. Manis wajahnya apabila melemparkan senyuman. “Saya seronok berbual
dengan Pak Su. Tak apalah. Biarlah Rania tidur. Tak naklah saya ganggu pula.”
“Ha yalah. Tambah-tambah lagi. Habiskan lauk-lauk ni.” Rania mencapai
baju sejuknya sebelum melangkah keluar. Setibanya di luar rumah, kelihatan
Qayum sedang duduk di kerusi rehat di halaman rumah. Gembira hatinya melihat
Qayum berada dekat bersamanya. Namun, dia perlu sedar dia tidak mungkin
memiliki lelaki itu. Dia hanyalah seorang gadis berpenyakit yang hanya menunggu
masa untuk pulang ke rahmatullah. “Que!” panggil Rania seraya menuju ke arah
lelaki itu.
“Hai. Good morning,”
balas Qayum tersenyum. Dia segera mengajak Rania duduk di sampingnya untuk
melihat gambar-gambar yang diambilnya di Kea Farm semalam. “Pandai kau ambil
gambar kan.” “Aku memang minat fotografi dan seni. Aku...” Belum sempat Qayum
meneruskan kata-kata, dia tersentak. Ada darah yang mengalir keluar sedikit
demi sedikit dari hidung Rania. “Nia...hidung kau...” Rania segera mengeluarkan
sapu tangan dari saku baju sejuknya lalu ditekap di hidungnya. “Rania, kau ok
tak? Kenapa kau...” Rania segera memintas. Dia tidak mahu lelaki itu tahu
tentang penyakitnya. “Aku oklah. Memang biasa macam ni. Udara sini kan sejuk,
hidung aku memang biasa keluar darah.” “Betul ni? Kau tak tipu kan,” cemas
Qayum. “Betul. Nak tipu apa pula, jangan risau ok.” Qayum sangat cemas melihat
keadaan Rania. Hidungnya berdarah dan serta-merta wajahnya menjadi pucat.
Banyak persoalan yang bermain di fikiran Qayum sekarang mengenai kejadian tadi.
“Nak tengok gambar kau tadi. Cantik,” ujar Rania. “Rania, kenapa kau pindah
sini?” soal Qayum sambil Rania melihat foto-foto di dalam gambar Qayum.
“Aku nak tukar
surrounding. Duduk sini sejuk, best. Aku duduk sini boleh jaga neseri strawberi
Pak Su aku. Jom aku bawa kau pergi sana.” Qayum bersetuju dan mengikuti Rania
ke neseri strawberi milik Zamri. Setibanya di sana, Qayum teruja melihat begitu
banyak strawberi ditanam di situ. Qayum segera mengambil gambar dari pelbagai
sudut agar kelihatan cantik. Mereka duduk di sebuah meja batu. “Sekarang aku
yang jaga neseri ni. Yang belah sana belah tangga tu, aku yang tanam. Tapi tak
tumbuh lagi,” cerita Rania. Qayum gembira dapat melawat tempat itu. terutama
bersama Rania. Entah mengapa sejak bertemu Rania di sini, dia merasakan getaran
di jiwanya. Padahal dia hanyalah sahabat lama kepada gadis itu. Sambil Rania
bercerita mengenai Cameron Highlands, Qayum mengambil gambar Rania tanpa
disedari gadis itu. Qayum menolak pintu bilik tidur Rania perlahan.
Gadis itu segera menyembunyikan bekas-bekas ubat miliknya di bawah selimut.
“Que... ada apa?” soal Rania cuba berlagak tenang. “Mak Su dan Pak Su cakap kau
tak makan malam. Tapi hari ni kau kena makan.” Rania keberatan. Dia sangat
menjaga pemakanannya kerana perlu menitikberatkan masalah kesihatannya. Namun
dia memberi alasan lain kepada Qayum. “Que, aku memang tak makan malam.”
“Please makan malam
ni aje. Penat aku masak,” rayu Qayum. Tersentuh Rania mendengar pujukan lelaki
itu. “Kau masak? Ya ke?” “Betul! Tanyalah Mak Su kalau kau rasa aku tipu.
Makan, please!” “Oklah,” balas Rania. Dia mencapai sudu. Namun Qayum segera
menghalang. “Aku suapkan kau. Lagi sedap makanan tu kalau kita disuap. Ok. Buka
mulut cepat!” Rania akur saja. Dia sangat bahagia bersama Qayum hari ini.
Selama menjalani hidupnya dia tidak mahu makan makanan selain daripada yang
disarankan Zamri tapi entah mengapa hari ini dia bersedia makan apa yang
dimasak oleh Qayum. “Sedap kan?” ujar Qayum. Rania mengangguk. “Kenapa kau
masak untuk aku?” soal Rania. Qayum tersenyum nakal. “Aku masak untuk semua
oranglah. Bukan untuk kau aje.” Rania termangu, malu dengan pertanyaannya
sendiri. Qayum ketawa besar. Geli hatinya mengusik Rania. “Ok fine!” “Alah...
merajuk pula dia! Sini makan lagi. Habiskan!” Qayum menyuap lagi. “Nia, aku
rasa lainlah bila dengan kau.” Rania tersedak. Kata-kata Qayum seolah
menyergahnya. “Lain apa?” soalnya.
“Entah. Aku rasa
macam aku dah suka kau lah. Dulu masa sekolah taklah rasa macam ni tapi sejak
jumpa kau kat Kea Farm hari tu, aku rasa happy sangat. Aku rasa macam...” Rania
segera memintas. Dia tidak mahu Qayum jatuh cinta padanya. “Merepeklah kau,
Que. Dah keluar sana. Aku ngantuk, nak tidur.” Rania menarik Qayum berdiri dan
menolak lelaki itu keluar dari biliknya. Qayum termangu. “Err betullah! Aku
suka kau. Betul!” “Bye. Bye. Bye!” Rania terus menutup pintu. Dia kembali ke
katil. Menarik keluar semula bekas ubat di bawah selimutnya. Sedikit demi
sedikit air matanya menitis di pipi. Dia sangat tersentuh mendengar kata-kata
Qayum walaupun lelaki itu kedengaran tidak serius semasa mengatakan hal tadi.
Rania memandang bekas ubatnya. “Aku sakit, Que. Kau tak boleh suka aku. Kau
takkan bahagia,” bisiknya sendiri. Air matanya terus berlinangan. Qayum menuju
ke dapur. Membersihkan bekas pinggan makan Rania. Dia tersenyum sendiri. “Betul
ke aku yang cakap tadi?” desisnya. Dia ketawa sendiri apabila memikirkan
caranya meluahkan perasaan terhadap Rania. “Tapi aku yakin, aku memang suka
dia. I love her.” Qayum mengusapkan sisa air wudu di wajahnya. Usai
menunaikan solat Subuh dia menadah tangan. Entah mengapa pagi ini dia merasakan
satu perasaan yang berbeza. Rasa keyakinan untuk meluahkan perasannya sekali
lagi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ya Tuhan. Aku tak tahu mengapa perasaan ini
muncul. Aku tak tahu bila dan bagaimana aku mula mencintai dia. Bahkan aku
sendiri tidak tahu inikah cinta
atau nafsu. Tapi pagi
ini aku ingin meminta daripada Mu ya ALLAH. Jika dia adalah jodohku maka dengan
izin Mu, satukanlah kami dalam keadaan yang Engkau redhai. Jika dia adalah
jodoh dari Mu untukku, aku ingin sehidup semati dengannya. Tunjukkanlah makna
perasaan aku ini ya ALLAH Tuhan yang Maha Mengetahui. Aamin ya Rabb.” Pintu
biliknya diketuk usai dia melipat sejadah. Rania muncul. “Sorry kacau
pagi-pagi. Pak Su ajak pergi neseri. Dia suruh tanya kau nak ikut tak?” soal
Rania yang sudah bersiap. “Pagi-pagi? Baru pukul 6.30?” “Aku dengan Pak Su
memang suka pergi sana waktu Subuh. Baru seronok nak bercucuk tanam.” Qayum
setuju. Dia meminta masa untuk bersiap. Setibanya di neseri, kawasan
pergunungan yang berada di belakang neseri kelihatan kabur. Dipenuhi kabus
tebal. Udara terlalu sejuk. Zamri dan Rania memulakan aktiviti paginya dengan
memeriksa strawberi dahulu. Qayum tidak lupa membawa kameranya. “Rania. Aku
sebenarnya cintakan kau.” Kata-kata itu terbit dari mulutnya. Qayum berasa
yakin untuk meluahkan lagi tetapi kali ini dalam nada yang lebih serius. Rania
tergelak kecil. Dia cuba menolak walaupun jauh di sudut hatinya sangat terharu
dengan pengakuan lelaki itu. “Kau ni tak habis-habis merepek. Aku...” “Dengar
dulu. Aku cintakan kau, Nia. Mungkin aku dah lama sukakan kau tapi aku baru
sedar sekarang. Aku pun tak tahu.”
“Que...” “Aku nak
jadikan kau isteri aku. Isteri aku, dunia akhirat. Aku mencintai kau, Rania.”
Wajah Rania berubah. Dia perlu menidakkan keinginan Qayum. Dia merasakan sangat
kecil untuk bersama lelaki itu. “Qayum, kau pernah dengarkan kata-kata pujangga
ni. Cinta tak semestinya memiliki. Maafkan aku.” Qayum hampa. Namun dia perlu
menerima balasan Rania. Gadis itu juga sangat berat hati melepaskan cinta Qayum
tapi apakan dayanya. Dia merasakan tidak layak berdampingan bersama lelaki itu.
dia hanya akan menyusahkan Qayum kerana penyakitnya. Tiba-tiba Rania berasa
sakit. Tulang belakangnya terasa sangat perit. Kali ini dia tidak dapat menahan
kesakitan. Rania menjerit sekuat hati. Zamri dan Qayum terkejut dan segera
mendapatkan gadis itu. “Nia! Nia, kau ok tak? Nia?” ujar Qayum. Rania terus
menjerit. Tidak dapat mengawal rasa sakitnya lagi. Dia tidak peduli Qayum
berada dengannya ketika itu. Namun Zamri kelihatan biasa dan tidak tegang.
“Qayum, bawa Rania ke rumah. Cepat,” arahnya. Qayum yang cemas terus mengangkat
Rania. Gadis itu sudah pucat dan hidungnya mula berdarah lagi. Dia bergegas
pulang ke rumah. “Baringkan dia,” ujar Zamri sebaik mereka memasuki bilik
Rania. Qayum duduk sambil tangannya digenggam erat oleh gadis itu. “Nia, kau
kenapa ni? Nia. Nia.”
Marni segera
melepaskan pegangan tangan Rania dari Qayum. “Qayum, mari kita keluar dulu.
Biar Pak Su uruskan Nia.” Zamri melangkah keluar. Marni segera
mendapatkan suaminya dan bertanya tentang keadaan Rania. “Dia dah ok. Biar dia
berehat.” “Pak Su, Mak Su. Kenapa dengan Rania? Dia sakit ke?” soal Qayum
cemas. Marni dan Zamri saling berpandangan. Mereka kelihatan berat untuk
memberitahu Qayum tentang penyakit Rania. “Pak Su rasa, baik Qayum dengar dari
Nia sendiri bila dia sedar nanti. Pergilah tunggu dia kat bilik,” balas Zamri
seraya membawa isterinya ke ruang tamu. Qayum memasuki bilik Rania dan melihat
gadis itu sedang lelap. Tidak tahu sama ada gadis itu tidur atau tidak sedarkan
diri. Sedih hatinya melihat Rania dalam keadaan begitu. Jam hampir menunjukkan
pukul 8 pagi.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Qayum menuju ke jendela dan membuka bidai supaya cahaya dapt
memasuki bilik suram itu. pandangannya beralih ke arah meja solek apabila
terlihat sekeping gambar. “Gambar aku!” Qayum melihat ada sekeping gambarnya di
atas meja solek gadis itu. Lelaki itu menjadi bingung. Qayum melihat di meja
sisi katil terdapat tiga botol ubat yang tersusun cantik bersama sebotol besar
air mineral.
“Mak Su... Mak...” Rania mulai sedar. Wajahnya
masih pucat tetapi kelihatan sedikit bermaya.
“Nia. Kau dah
bangun?” Rania terkejut melihat Qayum berada di bliknya. “Kau buat apa sini?”
soalnya lalu duduk. Qayum benar-benar ingin tahu. Dia menghampiri Rania lalu
menentang mata gadis itu. rania menjadi cemas. Tidak dapat membaca fikiran
lelaki itu. “Kau tak ada kawan, hidung kau berdarah, ada bekas ubat atas meja
kau. Kau sakit kan?” soal Qayum perlahan. Rania menjadi serba salah. Dia segera
menukar topik perbualan. “Mana ada! Jom sarapan, aku laparlah.” Qayum
mengenggam kuat lengan gadis itu. “Jangan tipu aku Rania! Kau sakit kan! Kau
sakit apa?” “Tak, aku sihat! Tengok ni! Aku sihat kan.” “Aku tengok dengan mata
aku sendiri kau mengerang kesakitan tadi. Muka kau pucat sangat, hidung kau
berdarah lagi! Cakap Nia, cakap!” “Aku... aku...” Sekali lagi Qayum mendesak.
“Aku tak faham kenapa gambar aku ada pada kau. Ada apa sebenarnya ni? Kenapa
kau sembunyikan semua ni dari aku? Kau sakit apa Nia!” “Que!” Rania menolak
tangan Qayum yang semakin keras mengenggam lengannya. Qayum tersentak. Dia
tidak dapat mengawal emosinya. “Memang aku sakit! Aku perempuan yang
berpenyakit! Dan tak lama lagi aku dah nak mati. Puas!”
Qayum benar-benar terkejut. “Kenapa kau tak
cakap?” soal Qayum.
“Macam mana aku nak
cakap yang aku sakit pada lelaki yang aku cintai?” balas Rania perlahan. Qayum
sekali lagi terkejut. “Cintai? Tapi kau...” Kali ini giliran Rania memintas.
“Aku cintakan kau Que. Sebenarnya dari sekolah aku dah mula jatuh cinta pada
kau. Tapi aku sakit! Aku berpenyakit. Aku tak layak untuk kau! Hidup aku dah
tak lama. Aku tak boleh bahagiakan kau. Aku malu dengan penyakit ni. Especially
dengan kau.” Qayum terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. “Aku sayang kau
Que. Masa kau cakap perasaan kau tadi, aku bahagia sangat! Tapi aku kena sedar
diri. Aku dah nak mati, aku tak nak dicintai. Biarlah aku simpan perasaan aku
sendiri sampai aku mati. Aku sakit, aku dah nak mati Que!” Qayum terus memeluk
Rania. Dia berasa sangat sedih. “Pergilah Que. Baliklah ke tempat kau. Kalau
kau terus kat sini, kau akan menyesal nanti.” Qayum melepaskan Rania. Dia
merapati gadis itu.
“Aku takkan menyesal. Aku cintakan kau sorang. Aku nak jaga
kau,” ujar Qayum sambil air matanya menitis. Dia tidak dapat menahan sebak
berhadapan dengan Rania “Aku sakit Que. Aku ada kanser. Kanser tulang belakang.
Apa lagi yang kau harapkan?” “Aku harap kau sudi jadi isteri aku. Kalau kau
mati lepas ni pun, aku nak kau mati sebagai isteri aku. Kalau aku terus hidup
tanpa kau, aku nak bagitahu semua orang yang aku adalah suami kepada seorang
gadis tabah dan kuat. Aku nak nikahi kau, please!” rayu Qayum bersungguh.
Rania terlalu sedih.
Air matanya berjuraian tanpa henti. Terharu mendengar kata-kata lelaki di
hadapannya itu. “Aku nak hidup dengan kau sampai akhir hayat kau. Untuk jaga
kau, aku nak jadi suami kau. Lebih mudah aku jalankan hidup dengan kau,” pinta
Qayum lagi. “Terima kasih, Que. Terima kasih.”
Berwalikan Zamri,
akad nikah Qayum dan Rania selesai. Hari demi hari keadaan Rania semakin lemah.
Mereka tidak mengadakan sebarang majlis. Hanya menjemput jiran tetangga untuk
menghadiri majlis akad nikah. “Arwah abah yang ada kanser. Mak Nia sihat. Nia
dapat tahu Nia ada kanser sejak tingkatan tiga. Lepas SPM, Nia pindah sini. Pak
Su doktor, jadi dia yang jaga Nia sampai sekarang.” Rania meluangkan masa
dengan berbual dengan suaminya di ruang tamu. Qayum membiarkan Rania bersandar
dalam pelukannya. “Kalau Nia pergi, abang jaga diri ya.” “Kalau sayang pergi,
abang nak ikut boleh?” ujar Qayum seraya mengucup dahi isterinya. “Boleh, kalau
ALLAH izinkan. Tapi Nia nak abang terus hidup. Nia nak abang kahwin lagi, dapat
anak, dapat cucu. Kalau abang ikut Nia, abang tak dapat rasa semua tu.”
Rania mengucup
tangan Qayum usai solat Subuh. Qayum mengetuai bacaan doa. Dia memandang
isterinya yang kelihatan anggun dalam pakaian solat. “Dah seminggu abang demam
panas. Abang rehat ya. Buat masa ni, abang tak payah imamkan Nia dulu,” ujar
Rania lalu menghampiri suaminya. “Ambilkan bantal tu,” pinta Qayum lembut.
Wajahnya penuh senyuman. Sejak mengalami demam panas yang teruk, wajahnya
sering pucat di waktu pagi. Qayum mengambil bantal dari isterinya lalu
diletakkan di hujang sejadah.
“Baring sini.” Qayum meminta Rania berbaring di
sebelahnya di bantal itu. Beralaskan sejadah dan bantal mereka baring bersama.
Rania masih memakai telekung. “Badan abang panas sangat,” ujar Rania sambil
meletakkan belakang telapak tangannya di leher Qayum. “Abang ok. Sayang ok
tak?” soal Qayum lembut. Rania mengangguk perlahan. “Jangan tinggalkan abang,
sayang.” Rania mengagguk. “ Tak. Nia tak tinggal abang. Nia sentiasa bersama
abang.” Perlahan demi perlahan mata mereka tertutup. Rapat dan semakinrapat.
Pegangan mereka terlepas dengan sendiri. Denyutan nafas semakin perlahan dan
perlahan. Mereka pergi. Kini dan selamanya. Dan demi cinta, mereka pergi
menemui Maha Pencinta.
"QAYYUM sesungguh engkau takdirku yang Allah swt berikan untuk selamanya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan