Jumaat, 17 Jun 2016

Decoration Office 2016 "eid mubarak"

Pertandigan decoration Aidifitri 2016

Assalamualaikum....

Semalam aku Anuar dan beberapa staf lain telah menceriakan pejabat kami sempen hari raya puasa yang bakal menjelang tiba hujung bulan ni. Jadi, mungkin ini dapat untuk menaikkan semangat untuk bekerja dengan lebih gembira dan tenang disini. Jom tengok gambar ofis CMMS yang telah didekorasikan oleh kami.

                                               my team huhuhu..sempat selfie lagi tu

                                                        semangat je along aku ni

 hasil kerja tangan kami semua, kami buat tema moden dan tradisonal
"practices make prefect" kata qayyum.

 "eid mubarak"


"eid mubarak"


bergantung2 di buatnya 

potong gunting tampai, setiap kali break sahaja, kami buat kerja ni

 depa dah mai menilai tapi tak semua ambil gambar, sestgh tempat ja depa ambik, ambik lak aku tak ada..hampeh tol la.hahah..

 rumah kampung aku..comel tak, rumah ni idea dari aku just ubah suai oleh anuar je.

 raya ni jemputlah kerumah kami ye...

 berapa markah dia bagi ni,ce ushar sikit, hahaah





Selasa, 14 Jun 2016

panduan cara solat sunat istikharah

Solat Istikharah adalah satu solat sunat yang dilakukan bagi mendapat petunjuk daripada-Nya mengenai sesuatu perkara yang diragui. Solat Sunat Istikharah dilakukan bagi mendapat jawapan atas persoalan yang bermain di minda seorang Muslim. Disaat mereka mempunyai dua pilihan iaitu pilihan A dan pilihan B. Solat Sunat Istikharah dapat membantu seseorang Muslim itu mendapat jawapan pasti atas persoalan antara dua pilihan itu.
Di dalam hidup seharian kita seringkali kita berhadapan dengan antara dua pilihan. Jarang sekali kita boleh memilih kedua-dua pilihan itu secara serentak. Memilihan pilihan pertama dan harus melepaskan pilihan kedua. Itulah kehidupan di dunia ini, manusia sering diberi pilihan. Di dalam kita memilih pilihan yang diberi adakah pilihan kita itu tepat atau sebaliknya? Solat Sunat Istikharah merupakan langkah yang terbaik bagi mendapat jawapan di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim. Solat Sunat Istikharah dapat membantu seseorang Muslim untuk membuat pilihan tepat.
Dengan Solat Sunat Istikharah Insyaallah kita akan diberi petunjuk oleh-Nya untuk memilih pilihan yang paling terbaik. Bagaimanakah cara untuk menunaikan Solat Sunat Istikharah?
Cara Solat Sunat Istikharah:
Lafaz niat
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
(Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala)
Rakaat pertama:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.
Rakaat kedua:
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas.
 Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
 “Subhanakala ilmalana illama alamtana innakaantal alimul’hakim” 
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”doa-istikharah.jpg
Doa Solat Sunat Istikharah(Rumi)
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Maksudnya:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
*Waktu yang terbaik untuk Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam(sekitar 2 pagi). Bagaimanapun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang contohnya selepas solat Maghrib.


doa solat sunat istikarah


Isnin, 13 Jun 2016

Cinta itu Love??

“Jangan cakap dengan saya macam saya ni buta. Saya bodoh, tapi saya tak buta, Ilham. Aku tersenyum sinis. Ku tahan air mataku daripada mengalir. Sessungguhnya dia langsung tidak layak untuk ditangisi apatah lagi untuk dihargai kerana dia langsung tidak menghargai cinta yang aku hulurkan selama ini. Apa aku ni Barbie doll?
“Min, saya nak bagitahu awak lama dah pasal benda ni semua. Tapi saya tak bersedia. Saya belum ada kekuatan nak beritahu awak Min. Saya betul-betul minta maaf dengan awak. Memang semua ni salah saya. Salah saya, Min. Awak langsung tak bersalah. Saya yang tak pernah setia dengan cinta yang awak beri,” Ilham memandang ku lembut. Huh, maaf? Daripada dulu benda yang sama aku dapat. Sampaikan aku tidak mampu memaafkan orang lain. Dendam. Dendam yang tersemat kemas di dalam hati.
Mungkin kali ini Allah mahu menunjukkan kepadaku kebenarannya. Ilham tidak mampu mengelak lagi apabila aku terserempak dengannya berpegangan tangan dengan Asmira. Sedangkan dengan aku pun kami tidak pernah bersentuhan, inikan pula dengan wanita lain. Adik? Huh,setahu aku dia mana adik perempuan. Cousin?Tetap haram!
“Hak ah! Memang. Memang semua ni sala kau! Tak apa, mungkin memang tak ada jodoh antara kita. Aku dah lambat ni, ada rezeki kita jumpa lagi. Assalamualaikum,” aku menghadiahkannya senyuman tipis sebelum melangkah pergi. Setelah agak jauh daripadanya, air mataku mengalir laju. Orang di kiri dan kanan tidak sanggup ku pandang.
“Miss! Miss. You dropped your.. purse,” seorang lelaki tiba-tiba menyentuh bahuku. Aku mengelap air mata sebelum menoleh ke arahnya.
“Erk. Okay, thanks!”
“Crying?”elaki itu bertanya pelik.
Iyelah aku menangis. Kau nak aku melalak pulak ke dekat sini? Argh sengsaranya!
“Nope. Laughing,”aku membalas dengan niat untuk mengusir jauh kegugupanku di hadapannya. Handsome gila
bhai.
Lelaki itu tersenyum manis. Kelihatan dimple di kiri dan kanannya.
“Ha ha lawak,”lelaki pelik itu membalas tanpa berperasaan. Boleh tahan poyo mamat ni.
“Okay, thanks, balik dulu lunch time saya dah nak habis pun. Bye! Thanks again,”Rasa mamat ni macam poyo lebih je. Huh!
Namu, belum sempat aku melangkah, lenganku sudah berada di dalam cengkamannya. Oh shit! Ilham bajet tu pun tak pernah pegang gua. Bro, lu apedehal? At least, respect lah gua yang bertudung anggun ni. Duhhh
“Lepaslah! Awak ni dah kenapa?,”aku memandangnya geram dengan dahi sengaja kukerutkan tanda begitu marah dengan sikapnya yang langsung tiada adab itu!
“You asal? Ikut I!,”Lelaki aneh itu terus menarik lenganku menuju ke arah keratanya.
Woah! BMW rupanya. Guwa ingatkan Wira hitam sebelah ni! Bisik hati kecilku.
Aku ditolaknya masuk ke bahagian sebelah pemandu.
“Wei, awak ni asal? Saya dah lambat kot?”
“What had happened?”
“What had happened, what?,”aku berlagak bodoh. Pura-pura tidak tahu apa yang ditanya.
“Yasmin Suraya, I asked you. Don’t ask me back. Please,” lelaki aneh itu menyebut nama penuhku. Omg who the hell are you? Stalker aku ke macane dia ni? Menakutkan.
“Once again?,”aku mengharapkan namaku disebut sekali lagi bagi mengesahkan bahawa aku belum pekak lagi.
“Yasmin Suraya?”
“Erk. Awak sape?,”aku bertanya takut. Bahaya! Tolong ibu tolong! Ada orang nak culik Minnnn!
“Daniel Akyf.” Dia menjawab pendek.
Cukup demi mendengarkan sebaris nama itu. Hatiku berdegup laju. No.. it can’t be..
Xxx
“Aku suka dekat kau! Tak kisahlah kau nak cakap aku ni hidap penyakit daephodile ke amende, aku suka dekat kau! Ok dah bye,” aku berlari cepat kerana selepas ini, waktu Puan Maisarah, guru Fizik aku yang sangat tegas. Kalau lambat masuk, pasti aku akan didenda berdiri dalam keadaan separuh duduk dan separuh berdiri. Perit wo! Boleh gigil lutut.
“Perempuan sengal! Suka dekat aku, balik kasik cermin muka kau dulu eh kak! Hahahaha,”Dia ketawakan aku semahu-mahunya.
Ketika waktu persekolahan tamat, sampai sakit perut rakan-rakannya menggelakkan aku. Aku ni tak adalah hodoh
sangat, Cuma jerawat yang ada dimuka ini yang mencacatkan rupaku. Hmph
Aku memandangnya malu. Air mataku tiba-tiba mengalir perlahan. Tadi gangster sangat.
“Don’t cry. You have my shoulder to cry on, Yasmin,” Daniel cuba memujukku.
“Isn’t it weird how people just leave? Like one day, they are there. Talking to you, caring about you, being there for you. And the next, everything stopped. You stopped talking to them. They continue with their life, and forget you. It is like they donn’t know you, or never have met you before. It is weird how you left, and acted like everything was okay. And their life was perfectly fine,without you,”aku memandang tepat ke arah anak matanya. Aku mahu dia rasai betapa sakitnya hatiku bila dilukai oleh Ilham.
“Min, eventhough you’re older than me, pada I,you tetap perfect.and I minta maaf pasal dulu tu Yasmin, before this, people asked me, why is it so hard to keep a promise. I asked them, why is it so hard to trust people. And now, I have the answer. It is because,I have met my angel, Yamin Suraya.”
Xxx
Sudah masuk tiga bulan aku dan Daniel bertunang. Semenjak dari hari kami bertembung itu, hubungan kami semakin akrab. Takut dikebas orang katanya. Aku ikutkan saja. Haih. Setiap malam aku bangun menunaikan solat tahajud dan solat istikharah untuk meminta petunjuk dariNya..
Hari ini aku tidak masuk ke office. Aku harus berjumpa dengan client atas arahan Tuan Azlan petang semalam. Daniel belum ku khabarkan lagi. Biarlah, esok time lunch suruh aje dia datang Alamanda terus.
Hampir kebas kakiku menjelajah satu Alamanda selepas tamat perbincanganku dengan Tan Sri Rashid tadi. Tiba-tiba mataku tertancap pada satu figura. Aduh, tak akanlah dah angau sangat, sampaikan Daniel dekat office pun aku boleh nampak dekat sini. Serabut.
Mataku gonyoh tiga ke empat kali. Sah! Memang aku tidak bermimpi. Tapi apa yang Daniel dan wanita yang memeluk lengannya itu buat di sini? Dalam Habib ni? Beli cincin kahwin? Boleh histeria aku. Dengan dada yang penuh debaran dan otakku yang penuh tanda tanya, aku terus melangkah mendekati pasangan itu.
“Hi Daniel. Takkan beli cincin kahwin kot? Hari tu kan awak dah belikan untuk saya,”aku sengaja menegurnya. Geram!
“Eh sayang! Buat apa dekat sini?,” Daniel bertanyaku pelik. Tangannya dok menepis jemari-jemari halus yang mahu memeluk lengannya.
“Jumpa client. Tuan Azlan suruh. Sebelah awak ni siapa?,”Aku sengaja gatal mulut bertanya. Sekali dia cakap isteri dia kang naya je. Tapi aku dah geram sangat y’alls!
“I, Camelia. Fiancee Daniel. Why? You terkejut? No need lah sebab kita akan hidup bermadu jugak nanti. Tapi I rasa macam.. you ni kabut lah! Pakai tudung segala. Nak tercekik leher you, I tengok. Belit sana-sini.
Bukan tentu baiknya lagi pun. Entah-entah, I ni berkali ganda lebih baik daripada you!,”panjang ‘Camelion’ memberi penerangan kepadaku. Kau fikir aku kisah? Daniel di belakang sudah mula menggeleng-gelengkan kepalanya menafikan. Siap angkat tangan konon bersumpah!
“Cik, kita ni dipandang baik kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik, tapi kerana Allah menutup aib yang ada pada diri kita. Barangkali kalau aib kita dibuka dan didedahkan, tidak ada satu kebaikan apapun pada diri kita di mata manusia!,” aku membalas dengan perlian. Rasain elo!
“Sayang.. sumpah I tak ada apa-apa dah dengan dia, Ini pun dia minta I temankan dia beli….” Belum pun sempat Daniel menghabiskan kata-katanya, Yasmin memotong.
“Oh by the way, Miss Whatevar, I don’t want someone who can be stolen away from me. I want a mature guy who keeps his attention on me and only me. I know he’s gonna come across many beautiful girls, but if he truly cared about me, other girls shouldn’t even be a problem. Aguy who can be easily taken away from me, I don’t want.And if you just so happen to be one of those girls who catches his attention aside from me, you can keep him. I don’t want him,”aku membalas penuh makna. Deep. Namun, aku lebih tujukan kepada Daniel sebenarnya walaupun aku percaya akan kata-katanya. Biar kita test dia sikit! Hehe .Walaupun mataku sakit melihat adegan wanita loser di sebelahnya tadi.
Sales girl dan rakan-rakannya yang lain hanya memerhatikan kami sambil tersengih-sengih.
Xxx
Sudah lebih dua minggu Daniel melancarkan ‘Projek Memikat Hati Kekasih’ sounds noob. Haha
Setiap hari pasti akan ada sejambak bungan dan sekotak Ferrero Rocher di atas mejanya. Itu tidak dikira dengan pelbagai jenis mesej yang masuk. Oh, sangat kelakar sebenarnya!
Pagi ini sahaja, sudah dua mesej daripadanya masuk. Awal pagi tadi,
“Sayang, tolonglah jangan buat I maceni. Sumpah
dia yang minta I temankan! I taknak pun!”
Satu lagi mesej masuk sebaik sahaja aku meng-‘on’kan Experia J ku usai sahaja meeting tadi,
“Sayang, kalau dah tak sayang I, I bunuh diri.
Tolong sayang! I dah nak mati! *Cries”
Over je Daniel ni! Unmatured guy. Aku terus menyambung tugasanku. Malas mahu melayan mesej-mesej mengarutnya.Kita tengok, sejauh mana kesungguhannya! Bisik hati kecil Yasmin.
Xxx
Tengah hari itu, aku bertambah pelik. Semua tidak keluar makan. Begitu juga dengan Suhaila dan Karim. Selalunya, mereka berdualah yang paling kepoh bab makan! Pagi tadi juga begitu, apabila aku menyuruhnya fotostatkan kertas kerja berkenaan perbincangan syarikat dengan Dato’ Karim pagi tadi. Dia hanya mendiamkan diri dan langsung tidak mengangkat muka ke arahku. Rasa nak menangis I tau tak! Hukhuk
Tiba-tiba, aku ternampak kelibat lelaki bertubuh tinggi lampai dan.. Woah! Kalau I jalan dengan dia, semua bidadari akan menangis okay! Daniel. Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu aku kerja dekat sini? Aku ada pernah cakap eh? Rasanya tak.
“Assalamualaikum semua. Saya Daniel Akyf Dato’ Akram. Anak saudara kepada Tuan Azlan yang berdiri di belakang dan tunang kepada Yasmin Suraya. I would like to tell all of you how I met her before. For the first time I meet her, she was crying. Saya wondering, kenapa perempuan sering menangis?,”Daniel berhenti seketika dan memandang ke arahku dan melemparkan senyuman semanis gula! Ewww over. Haha
Yasmin sudah mengetap bibir geram. Bukan dia nak cakap Tuan Azlan pakcik dia. Ergh! Malunyaaa. Aku menoleh ke arah
Tuan Azlan di belakang office, dia tersenyum ke arahku.
“Sekarang, saya dah ada jawapannya. Kerana wanita itu unik. Allah ciptakan wanita sebagai makhluk unik.
Allah ciptakan wanita sebagai makhluk istimewa. Allah kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. Allah lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. Allah kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. Allah teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah dan Allah berikan naluri kepadanya untuk tetap menyayangi. Walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.Wanita makhluk yang kuat. Tapi dia menangis kerana Allah beri air mata untuk membasuh luka hatinya dan memberi kekuatan baru. Dan wanita yang bernama Yasmin Suraya adalah wanita yang juga mampu memberikan saya kekuatan,” Daniel melutut di hadapan Yasmin. Suhaila dan akak yang menjaga bahagian receptionist sudah tergedik-gedik. Konon sweet sangat ler tu.
“Awak ni dah kenapa?! Tak malu ke hah?,” Yasmin menahan geramnya yang membuak.Apabila bosnya, Tuan Azlan juga menjadi penonton tidak berbayar melihatkan drama yang dilakonkan oleh Daniel.
“Yasmin Suraya, I am really sorry about what had happened. You’re the other half of me. I can’t live without you. I betul-betul minta maaf sayang,” Daniel menghulurkan sejambak bunga yang dihulurkan oleh Karim. Kali ini, bunga yang diberi berkali-kali ganda lebih besar!
“Daniel! Janji nak belanja kita orang makan! Perut dah bunyi lagu Linkin Park ni woi!,” Ikram melaung kuat.
“Awak ni kan Daniel……… memang carik nahas dengan saya!,” aku terus mengejar Daniel laju.
Satu office menggelakkan kami berdua.
“I’m sorry Mint! I perlukan bantuan diorang. I love you.” Daniel terus berlari takut terkena cubitan Yasmin. Kalah suntikan HPV woo hahaha


Terpalit Khilaf

MENTARI memancar garang di atas kepala. Tiupan angin langsung tidak dapat ditebak arahnya. Kalish Saifullah mendongak memandang langit biru dilitupi awan nipis. Subhanallah… bibir menutur perlahan tanpa lontaran bunyi. Peluh yang merenek di pipi dilap menggunakan tuala kecil yang tergantung elok di tengkuk. Dadanya berombak perlahan. Lelah yang terbuku dipendam damai.
Bata yang seterusnya dicapai lalu diletakkan di atas campuran simen dan pasir halus yang telah siap ditampal di atas deretan bata. Tugasnya diteruskan meski penat. Kerja-kerja disambung meski lelah kian memuncak.
Satu perjuangan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Berjuang demi diri, demi Ilahi.
“Hidup ini indah bila adanya ujian… meski ujian itu payah…”
Kata-kata Umi terngiang-ngiang di telinga. Satu mutiara kata yang dia sematkan kemas di dada. Menjadi kata azimat yang membakar semangat agar dia tidak rebah menyerah pada bisikan takdir yang menjengah. Benar hidup ini untuk perjuangan dan mati adalah pasti untuk kehidupan yang abadi.
Titisan peluh di belikat yang membasahkan baju putih lusuhnya dapat dia rasai. Kendati kepalanya terasa berpinar-pinar tetap dia teruskan demi sesuap nasi juga mimpi yang sempat dia anyam.
“Hidup bukan sekadar untuk ketawa tetapi lebih dari itu. Untuk kita pelajari apa itu syukur. Untuk kita hargai apa itu nikmat. Untuk kita renungi apa itu hikmah.” Kata-kata nasihat Lebai Imran pula mengetuk kotak ingatan.
“Kehidupan ini untuk kita bersabar dengan kekurangan dan bersyukur dengan kelebihan…” ayat memujuk Abang Zafir pula berlagu di minda.
Dia tidak sempurna. Bukan seperti insan lain yang punya paras yang elok juga minda pintar yang mampu dibanggakan. Dia hanyalah seorang anak yang tidak didamba. Seorang cucu yang tidak diingini. Hidupnya ibarat melukut di tepi gantang. Hadirnya hanyalah bebanan. Keberadaannya hanyalah kesulitan.
Merayu demi secebis kasih yang tertimbus oleh benci yang menggunung. Melutut demi sayang senipis benang yang terbenam di tasik prejudis. Sungguh menuntut tabah yang bukan sekelumit.
MASA terus berjeda. Kebisuan Ainin mengusutkan fikiran. Kalish Saifullah menghampiri uminya lantas duduk bersila berhadapan dengannya. Tangan Ainin dicapai lalu digenggam kemas mengharapkan simpati meskipun kasihnya sudah berbelah bahagi. Dia hanya meminta belas kalau pun umi tidak lagi mahu peduli rasa di hati, tidak lagi sudi menghulur kasih.
“A… if… sa… yang umi…” Kalish Saifullah bertutur dengan penuh kepayahan. Butir bicaranya tidak jelas di pendengaran namun seorang umi pasti saja mengerti setiap lenggok kata seorang anak yang dijaga selama hampir lima belas tahun.
Ainin merenung anak teruna dihadapannya dengan pandangan redup. Lemah lumpuh semangatnya mengenangkan nasib yang mungkin menimpa anak ini kelak setelah dia pergi menyahut panggilan Ilahi. Bukan tidak peduli. Bukan tidak sudi menyayangi sebaliknya terlalu mengasihi.
Tangannya dibawa ke pipi Kalish Saifullah. “Umi pun sayang Saif…” Berat hati melepaskan namun apalah daya kudrat seorang manusia yang tidak akan pernah mampu melawan kehendak takdir. Tuntutan kehidupan…
Kalish Saifullah menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali tanda dia memang tidak rela. Dia bukan sesiapa. Dia tidak terdaya. Tapi dia juga punya jiwa.
Bukan pintanya dilahirkan ke dunia sebagai insan tidak berdaya yang hanya menambah beban pada manusia. Tidak jua dia harap dilonggokkan harta seluas lautan demi meneruskan kehidupan. Tidak pernah sekali dia minta ditatang bagai putera raja. Dia hanya menagih secebis kasih pada yang sudi menghulurkan.
Nasib diri dia hanya mampu serah pada Ilahi.
Adakah mungkin nenek juga akan menerima dirinya seadanya sebagaimana umi menjaganya selama ini. Sudikah kiranya nenek menyuapinya sebagaimana yang umi lakukan lima belas tahun kebelakangan. Sudikah nenek menyisir rambutnya setiap pagi sebelum melangkah ke sekolah seperti yang umi lakukan sejak dia kecil?
Segenap penjuru minda dijentik dengan pelbagai persoalan yang dia sendiri tidak punya jawapannya.
Ainin berkalih memandang seorang ibu tua yang berada di kerusi bertentangan. Jelas seraut wajah itu tidak
menggambarkan kegembiraan apatah lagi matanya tidak langsung mengambil ruang menatap wajah insan di hadapannya.
Hanya mata yang merenung jauh ke luar pintu yang berbicara dalam diam. Bicara antara dia dengan Tuhan.
“Mak Cik… dah tiba masanya saya serahkan tanggungjawab ni pada Mak Cik. Saya harap Mak Cik dapat terima dia
seadanya.” Ada air hangat yang mengalir tatkala Ainin menuturkan kata-kata itu.
Berat. Perit. Sakit. Pedih.
Sungguh! Kasih yang disemai sekian lama telah bercambah menjadi satu ikatan batin yang terlalu kukuh untuk dileraikan terlalu erat untuk diuraikan. Terlalu sakit untuk dilepaskan.
Ainin menghadap Kalish Saifullah lantas mengenggam jari jemari remaja itu. Kalish mendongak merenung ke dalam anak
mata Ainin. Pandangan yang penuh dengan pengharapan. Mengharapakan sekelumit simpati kalau pun sudah pudar kasih di hati. Sungguh! Hatinya meronta-ronta membantah. Dia tidak mahu berpisah dari uminya. Tidak rela.
“Saif… jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal. Dengar cakap nenek ya. Ada masa umi datang melawat Saif…” Dalam sedu kata itu terluncur jua. Sepatah demi sepatah. Mudah dihadam maksudnya namun nilai sentimentalnya terlalu payah untuk dimengerti oleh insan sementah Kalish Saifullah. Sebaris kata yang membawa makna sesungguhnya dia bakal terpisah dengan uminya. Terpisah oleh jarak yang tidak mampu dia gapai.
Kalish Saifullah menggeleng laju. Pegangan tangan dikejapkan saat Ainin cuba meleraikannya. Air mata merembes
keluar tidak dihiraukan.
“Saif… sayang umi kan? Dengar cakap umi ya…”
Masa seolah terhenti. Jarum jam seakan berhenti berdetik untuk seketika. Memberi ruang waktu buat mereka saling
menyelami jauh ke dasar hati.
Dengan perlahan pegangan tangan dilonggarkan sedangkan matanya tidak lepas memandang paras seorang umi yang bakal meninggalkannya di tempat yang teramat asing buatnya.
“SAIFULLAH…”
“Aa…” Kalish Saifullah menyahut pelat. Air liur yang meleleh di pinggir bibir disapu menggunakan lengan.
Dia berlari-lari anak menuju ke arah suara yang memanggil.
“Kau pergi mana? Terhegeh-hegeh… Sini cepat. Ambil duit ni pergi beli telur empat biji. Sardine satu tin.” Nenek menghulurkan not berwarna merah kepala Kalish Saifullah.
Kalish Saifullah menyambutnya dengan terketar-ketar. Lantas dia berjalan sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Nyanyian yang hanya dia mengerti butir melodinya.
Hampir sepuluh minit berjalan dia sudah pun tiba di kedai runcit bercat biru yang terletak bersebelahan dengan balai raya. Setelah membeli apa yang dipesan dia lantas berjalan girang menuju ke rumah namun tanpa disedari terdapat sebuah kereta yang memecut laju dari arah belakang sehingga menyebabkan dia terdorong ke tepi lalu terjatuh ke dalam semak sementara telur dan sardine yang berada di dalam plastik terjatuh di atas jalan tar
dan digilis kenderaan tersebut.
“Ya Allah… . Adik tak apa-apa ke?” seorang Pak Cik yang kebetulan melalui jalan tersebut dan berada di belakang kereta tadi berhenti lalu membantu Kalish Saifullah unutk berdiri.
“Hish… jalan kampung pun bawa kereta macam pelesit. Macam mana boleh dapat lesen ni.” Pak Cik tadi masih memebebel semasa membantu Kalish untuk bangun.
Pak Cik itu membelek-belek tubuh Kalish Saifullah untuk memeriksa andai ada kecederaan. “Eh, lutut adik berdarah ni… jom lah Pak Cik bawa pergi klinik. Takut ada cedera tempat lain lagi…”
Kalish Saifullah yang kebingungan akibat terlalu terkejut sekadar menurut.
“ASSALAMU’ALAIKUM…”
“Wa’alaikumussalam… eh Lebai… datang ni ada hajat apa?” Nenek yang datang dari dapur menyahut.
“Ni cucu kamu ni tadi hampir kena langgar dengan kereta. Nasib baik tak teruk sangat.”
“Ya Allah… habis mana telur denga sardinnya?”
“Isy… isy kamu ni. Cucu hampir kena langgar telur juga yang kau herankan.” Lebai Imran bernada marah. Hairan dengan sikap Nek Nab yang ganjil. Sepatutnya disoalkan akan keadaan cucunya namun lain pula jadinya.
“Habis tu dah dia ni tercongok kat depan mata tu maknanya tak mati lagilah…” Nek Nab bersuara selamba
sambil menjeling Kalish Saifullah.
“Astaghfirullahal’adzim… apa kena dengan kamu ni Nab…” Lebai Imran membentak kasar sambil menggelengkan kepala beberapa kali.
“Dia ni yang jalan terkinja-kinja dekat tepi jalan tu yang nak kena langgar tu. Lain kali menari terus dekat tengah jalan tu. Senang. Sekali langgar terus…” belum pun sempat Nek Nab meneruskan kata-kata Lebai Imran telah pun memotong laju.
“Astaghfirullah Nab… bawak mengucap. Ni darah daging kau sendiri.”
“Tak. Saya tak ada cucu cacat, Lebai…” Nek Nab bersuara keras membangkang.
Lebai Imran menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali sambil hatinya tidak putus beristighfar. “Nab… walau
macam mana kau menafikan pun ikatan antara kau dengan dia takkan terputus. Sampai akhirat.” Dia malas hendak bertekak lalu menghamburkan kata yang mungkin mampu membuatkan Nek Nab berfikir. Itulah harapannya.
Lebai Imran melepas nafas perlahan. “Dah lah Saifullah pergi naik mandi. Jangan lupa sapu ubat. Tak payah lah datang surau malam ni, rehat je…” pesan Lebai Imran sebelum berlalu untuk pulang.
TETAMU nenek sudah pun beransur pulang. Nenek membawa dulang yang berisi cawan ke dapur. Kalish Saifullah yang tadinya berada di dalam bilik keluar ke laman. Dia duduk di pangkin di bawah pohon sena yang berbunga mekar. Sekuntum sena jatuh mengenai kepalanya. Bunga kuning itu diambil dan ditatap sebelum dibawa ke hidung. Wangi!
Bibir menguntum senyum.
Sedang itu, otaknya ligat berfikir akan perbualan antara nenek dengan Mak Cik tadi.
“Aku ni teringin sangat nak ke Mekah tapi…” suara nenek yang syahdu memecah sunyi.
“Insya-Allah Nab… kalau Dia jemput sampai la kau ke sana.” Mak Cik yang sebaya dengan nenek lembut
memujuk.
“Hurm… entah kan sempat entah tidak. Aku ni duit dalam tabung haji tu dulu separuh tapi masa arwah pergi aku ada keluarkan. Dah tinggal sesuku agaknya.” Suara nenek masih bernada sama. Penuh dengan rasa terkilan yang terbuku di hati.
Niat di hati ingin pergi menunaikan haji bersama-sama dengan suami dengan anak tunggalnya namun apakan daya…
Benarlah, redha itu bukan mudah. Terlalu payah. Sehingga kini meski sudah lebih lima belas tahu sejarah pedih itu berlalu namun lukanya masih meninggalkan kesan yang belum berkurangan walau sedikit. Masih basah dengan darah yang kembali mengalir.
“Alah Nab… rezeki dari Allah kita tak tahu. Kalau dah Dia jemput jadi tetamu Dia rezeki tu akan datang dari sumber yang kita tak sangka macam aku ni ha. Bukannya berduit tapi dah ada orang nak tanggung. Kira macam aku cakap tadi lah. Banyakkan berdoa…”
“Siapalah nak tanggung aku ni? Aku ni dah tak ada sesiapa lagi kat dunia ni. Ada cucu pun tak macam cucu
orang lain…”
“Nab… tak baik kau cakap macam tu. Seolah-olah mempertikai ketentuan Allah. Kekurangan dia memang kita nampak tapi kelebihan dia yang Allah tak tunjuk kita tak tahu. Cucu orang lain yang sempurna fizikal pun kalau perangai macam hantu nak buat apa. Dia tu baik. Suka tolong orang. Mana tahu, dia akan jadi tali untuk kau, atuk dia dan mak dia masuk syurga. Belajar untuk ikhlas terima kekurangan dia Nab…”
“Saifullah… naik mandi kan nak ke surau pulak. Hisy… budak ni kalau tak disuruh tak buat.” Panggilan dari nenek mengejutkan Kalish Saifullah. Melayang pergi gambaran yang terlayar di kotak ingatan. Lantas dia meletakkan sena itu ke tanah lalu mendaki anak tangga memasuki rumah.
SUASANA di surau kian lengang. Jemaah kebanyakannya sudah beransur pulang ke rumah masing-masing setelah selesai menunaikan tuntutan agama. Kalish Saifullah berjalan perlahan menghampiri seorang lelaki muda yang sedang bersandar di salah satu tiang di dalam surau tersebut.
“Abb… bang…” Kalish Saifullah memanggil perlahan sambil duduk di sebelah guru muda lepasan maktab itu.
Zafri menjongketkan kening sambil tersenyum. “Ya Saif? Ada apa?” dia bertanya lantas menutup tafsir yang sedang dia tekuni sebentar tadi untuk memberi ruang bicara pada Kalish Saifullah.
“Mme… kah… ap… pa?”
“Mekah?” Zafri bertanya mohon kepastian.
Kalish Saifullah mengangguk laju.
Senyuman masih menghiasi bibir Zafri. “Mekah…” dia menyebut satu patah perkataan itu sambil merenung jauh mencuba mencipta ayat yang paling mudah untuk difahami.
“Mekah tu… tempat suci. Orang pergi buat haji ataupun umrah dekat sana.” Zafri memberikan satu gambaran dengan bahasa yang mudah dimengerti.
“Cc…can… tik?” Kalish Saifullah begitu teruja ingin mengetahui lebih lanjut tentang tempat yang namanya Mekah itu.
Kenapa nenek teringin sangat untuk ke sana? Umi juga selalu sebut-sebut hendak membawanya ke Mekah.
“Sangat cantik!” terlalu cantik untuk digambarkan dengan kata-kata. “Tak pe nanti Abang Zaf tunjukkan
gambar Mekah dekat Saif. Esok jangan lupa datang rumah.”
Kalish Saifullah sekadar tersenyum manis sambil mengangguk.
“Abb… bang… dah… gi… Mme… kah?”
Zafri tersenyum seraya mengangguk perlahan. “Alhamdulillah… dah pernah sampai sana. Pergi dengan ayah… Kenapa Saif Tanya? Saif… nak pergi Mekah?”
“Nnak!” Kalish Saifullah bersuara agak kaut seraya mengangguk laju.
Zafri menyentuh ubun-ubunnya sambil tersenyum. “Insya-Allah… Kalau Allah izin sampailah. Dah… jom kita mengaji sama-sama.” Zafri membuka kembali tafsri Al-Quran pada muka surat tadi.
Zafri mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-Insyirah lalu meminta Kalish Saifullah mengikutnya ayat demi ayat untuk memastikan bacaannya betul dan kemudiannya dia membacakan tafsir ayat tersebut.
“Jadi kita kena yakin dengan Allah. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Kena banyakkan bersabar atas ujian dari Allah. Kalau orang tak suka kita ke tak apa. Jangan sedih. Allah kan ada. Doa banyak-banyak pada Allah supaya orang yang benci kita tu akan sayang kita satu hari nanti.” Zafri mengadaptasikan maksud ayat tersebut dengan situasi yang berlaku di sekeliling supaya lebih mudah untuk difahami oleh Kalish Saifullah yang masih mentah.
“Zaf… tak nak balik lagi ke?” Soalan dari Lebai Imran mengejutkan mereka.
Zafri dan Kalish Saifullah sama-sama berpaling ke arah Lebai Imran. “Kejap lagi ayah. Nak teman Saif mengaji kejap.”
“Erm… ye lah. Nanti hantarkan dia balik rumah. Kesian jalan sorang-sorang.”
“Insya-Allah ayah…”
MENTARI masih seterik tadi. Awan yang tadinya nipis mulai berkumpul menjadi gelap. Kepala kembali didongakkan ke langit biru. Peluh masih merenek jatuh melalui rengkung pipi.
“A… If… nakk… umpa… u… mmii…”
“Kau jangan nak mengada-ngada. Tak adanya dia nak datang sini tengok kau.”
“Umm… mi… ssa… yang… A… if…”
“Kalau dia tu betul sayang kau dia tak buang kau tau. Dia tak tinggalkan kau dekat sini. Menyusahkan betul. Aku tak fahamlah kenapa dia tak hantar je kau ni dekat rumah kebajikan.” Mak Nab masih membebel panjang. Bertikam lidah dengan cucu tunggalnya.
Tersayatnya sekeping hati tidak dia hiraukan. Perasaan yang berbuku sekian lama sedikit-demi sedikit dia luahkan melalui kemarahan.
“Sebab kau…” Mak Nab menarik nafas dalam. Berombak dadanya menahan sebak yang menggunung. “Sofia mati…” air matanya kian menakung di empangan. “Suami aku…” ayatnya mati di situ. Sungguh perit menanggung luka yang sekian lama dipendam dalam. Namun kehadiran insan ini menggali kembali kisah silam yang berkali-kali dia cuba timbus tapi tetap gagal.
Terbayang jelas diingatan saat sebuah van jenazah menghampiri laman rumah tanpa diundang. Luluh jantungnya tatkala menatap sekujur jasad seorang anak tunggal yang ditatang bagai minyak yang penuh terdampar kaku di pembaringan berselimutkan kain kafan. Waktu itu… hanya Tuhan yang tahu betapa derita batinnya. Dan saat itu… seorang suami yang berkongsi hidup hampir suku abad terkulai jatuh menyembah bumi lalu pergi menyusuri si anak.
Peristiwa yang tidak sanggup untuk dikenang. Sejarah yang menghancur luluhkan sekeping hati. Mancantas tawa melorek hiba.
“Ayah kau ni tak guna. Dia musnahkan masa depan anak aku. Kau… aku benci kau!” Mak Nab teresak-esak menangis lalu berlari memasuki kamarnya.
Tidak tertanggung rasanya. Tidak terjinjing rasanya. Perit ini. Perit yang terlalu perit. Sakit yang terlalu sakit.
Sungguh tidak adilnya manusia… kesalahan yang dilakukan manusia yang mati jiwanya diletakkan ke pundaknya yang tidak tahu apa-apa. Dia yang serba kekurangan belum mengerti tentang kehilangan dan kesilapan demi kesilapan dibongkarkan lalu telunjuk diluruskan ke wajahnya. Menjurus ke mukanya dengan kata bahawa dia yang bersalah!
“Saif… mari makan dulu…” teguran Pak Wahab menghilangkan ilusi di balik kabus realiti. Terpadam setiap patah bicara yang berdansa di minda.
“A… if… pu… puasa…”
“La… tak penat ke Saif… kamu ni Pak Cik tengok makin kurus.”
Kalish Saifullah hanya tersenyum. Tidak mengiakan juga tidak menafikan. Tidak pasti.
Entah kenapa ada satu rasa yang bertandang di laman hati. Rasa yang bertamu dengan tiba-tiba. Tanpa undangan namun tetap memberi kesan yang mendalam. Meninggalkan jejak yang tak terhapuskan. Rindu. Sakit.
Sakit rindu.
“MAK CIK, kenapa biarkan Saif kerja.”
“La… biarlah… aku ni pun bukannya orang kaya macam kamu. Duduk goyang kaki pun boleh makan.” Nek Nab menjawab malas sambil tangannya bekerja menyusun asam gelugur di atas dulang. Terik mentari mungkin membantu mengeringkan asam keping itu dengan cepat. Untung-untung boleh dijual buat menambah pendapatan.
“Tapi dia budak lagi Mak Cik. Baru lima belas tahun. Sepatutnya umur macam ni dia duduk di sekolah, belajar.” Ainin membantah tegas dalam lembut. Cuba berkompromi dengan mengawal emosi dalam tutur kata agar tiada hati yang terguris. Tambahan pula, Nek Nab sudah seperti ibu sendiri.
Nek Nab megeluh kecil. “Alah… kalau pergi sekolah pun bukannya boleh pandai.”
“Mak Cik! Sampai hati Mak Cik cakap macam tu. Saya hantar dia ke sini dengan harapan ada orang yang akan
jaga dia. Sayang dia. Kalau tahu macam ni…” Ainin mati kata. Dia buntu. Adakah percaturannya silap?
“Kalau macam tu… kau ambik balik budak tu. Duduk sini pun menyusahkan aku je. Aku ni nak tanggung diri
sendiri pun kais pagi makan pagi. Kau bawak pulak budak tu buat tambah beban dan kau harap aku boleh tatang dia macam anak raja?” Nek Nab bersuara keras.
“Kalau saya mampu jaga dia… saya takkan harap pada orang lain… Dia bukan beban. Tapi amanah…” kendur suara Ainin bernada sebak.
“Aku Nampak Sofia dalam diri dia… aku tak boleh…” Mak Nab menangis lagi. Dalam sendu yang kian menjadi-jadi.
Luka yang hampir sembuh bagai disiram cuka. Pedihnya… peritnya tak akan pernah mampu diterjemahkan melalui kata-kata. Tiada bahasa yang mampu menggambarkan penderitaan jiwanya. Hidup bersulam sengsara yang tidak mampu dia kongsikan dengan sesiapa.
Pernahkah ada sesiapa memahami? Atau paling tidak cuba menyelami naluri seorang ibu yang kehilangan satu-satunya permata hatinya? Seorang isteri yang hilang tempat bergantung? Hilang teman begurau senda, hilang sahabat meluahkan rasa?
Mereka tidak faham dan tidak akan mampu untuk faham.
“Mak Cik tak redha…”
“Tak mudah!” Nek Nab memotong laju. Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya pasti akan memahami situasinya. Pasti tidak akan mempersoal kenapa? “Sampai sekarang lelaki jahanam tu masih bebas. Anak aku tak dapat pembelaan.” Dia masih mencuba bersuara dalam sedu sedan yang berlagu pilu.
“Mak Cik macam tak yakin yang adanya hari kebangkitan…” Ainin masih cuba memujuk.
Dendam bukan senjata tetapi racun. Dendam bukan menjadikan kita kuat tapi akan menambah kesakitan. Sesungguhnya kemaafan itulah yang menjadi penawar pada hati yang sakit oleh dendam tanpa penyudah.
“Aku yakin…”
“Kalau betul yakin, percaya pada Allah. Setiap kezaliman akan Dia balas dengan azab-Nya. Dia Maha Adil.
Sekecil-kecil perbuatan dalam timbangannya. Serah pada Dia. Mak Cik kena belajar melepaskan. Terima kenyataan. Ini ketentuan Allah…” Ainin tahu hati Nek Nab lembut. Dia baik namun pengalaman hidup menjadikan dia seorang yang tegar. “Mak Cik, saya datang ni pun sebenarnya nak jenguk Saif. Saya minta maaf banyak-banyak pada Mak Cik sebab menyusahkan Mak Cik. Saya terlupa yang Mak Cik juga tidak berdaya. Tak apalah Mak Cik, saya akan bawa Saif balik.”
“U… mmmiii…” Kalish Saifullah yang entah bila muncul datang menghampiri Ainin lalu memeluknya kejap.
KALISH SAIFULLAH menggeleng berkali-kali. Tidak rela dia berpisah dari uminya untuk kedua kalinya.
Air mata semakin laju menitis. “Tak nak…”
Tempat ini menakutkannya.
“Tak boleh macam ni sayang. Umi tak mampu nak jaga Saif…”
“A… if… ja… ga… di.. diri.. seniri…”
“Saif ikut kakak ni ya. Umi nak cakap dengan Ibu ni kejap…”
Kalish Saifullah dengan berat hati melangkah masuk ke dalam.
“Puan… saya nampak puan dengan dia sangat rapat tapi kenapa sanggup tiggalkan dia di sini…”
“Siapa cakap saya sanggup. Akak pernah berperang dengan perasaan sendiri?”
Diam. Berfikir. Mencuba memahami.
“Saya tak mampu nak jaga dia. Saya sakit. Tunggu masa saja. Saya tak sanggup biarkan dia tengok saya dalam
keadaan tak berdaya. Entah esok, entah lusa saya akan pergi. Masa tu siapa yang akan jaga dia?”
“Suami puan?”
“Bukan semua orang jodohnya ada di dunia…”
SUDAH tiga bulan Kalish Saifullah berada di rumah kebajikan ini dan selama itu jugalah tidak pernah sekali dijeguk umi. Nenek juga jauh sekali ingin memunculkan diri. Kalish Saifullah duduk termenung di gazebo. Dia sangat rindukan umi. Nenek juga. Meskipun nenek jarang melayaninya dengan baik tapi tetap dia rasai kasih yang mengalir setiap kali nenek merenungnya dari jauh.
Entah ke mana harus dibawa rindu yang sarat melatari jiwa menyesakkan ruang dada yang terasa sempit. Perasaan yang membusung dibiar sekian lama mendiami hati yang kesepian sehingga sebu yang dia rasa kini kian membarah. Dia tahu, dia sedar akan hakikat yang harus dia terima sejak dulu. Kenyataan yang mana mungkin mampu dia sangkal meski dia menjerit memberitahu dunia kasih dan cinta yang tertumpah buat insan-insan itu tidak pernah surut apatah lagi kering.
“Saif rindu umi?”
Kalish Saifullah mengangguk perlahan. Benar, umi yang dia rindu tapi sejak akhir-akhir ini rindunya juga terlakar buat seorang ibu yang tak pernah dia kenali. Entah kenapa rindu itu hadir. Terlalu rindu.
“Nak jumpa umi?”
Mengagguk lagi tapi kali ini anggukannya laju. Mungkin dengan bersua wajah dengan umi bakal membakar
segenap rasa rindu lantas membiarkannya menjadi debu berterbangan.
“Rindu nenek?” Ibu Fauziah masih bertanya.
Juga mengangguk.
“Kalau ibu bawa jumpa nenek nak tak?”
Kalish Saifullah berpaling laju merenung anak mata ibu Fauziah meminta kepastian. Ibu Fauzian mengangguk.
Semerta “Nnak!” Kalish Saifullah bersuara girang.
Ibu Fauziah tersenyum senang.
“Kalau macam tu pergi masuk bilik siap-siap nanti kejap lagi kita pergi jumpa nenek.”
KAKI Kalish Saifullah melekat pada tanah di halaman sebuah rumah papan yang sunyi. Kakinya terpaku pada lantai bumi. Teragak-agak untuk mendaki tangga yang terletak elok. Fikirannya menerawang memikirkan penerimaan nenek akan kehadirannya yang tidak dialu-alukan.
“Assalamu’alaikum…” Ibu fauziah memanggil.
“Wa’alaikumussalam…” nenek yang baru muncul di balik pintu terpaku melihat Kalish Saifullah yang berdiri di depan tangga.
Bagaikan mimpi.
Kaki tuanya dibawa melangkah menuruni tangga lantas spontan tubuh Kalish Saifullah dipeluk kejap bersama linangan air mata.
Kasih yang terbias tak mampu dia nafi. Rindu yang menggunung tak mampu dia sangkal.
Kalish Saifullah yang terkejut dengan apa yang berlaku dengan perlahan membalas pelukan nenek.
‘Betul kata Abang Zaf… Allah akan makbulkan doa semua orang.’
ZAFRI menjejaki Kalish Saifullah di tapak pembinaan. Sudah jenuh ayahnya menasihati Kalish Saifullah supaya jangan bekerja sebaliknya pergi ke sekolah tetapi Kalish Saifullah tetap berdegil. Kehadiran Zafri hanya salah satu ikhtiar dengan harapan Kalish Saifullah akan lembut hati untuk menerima kata nasihatnya.
“A… if… Nnak… aga… nek…”
“Tapi Saif kena sekolah. Belajar rajin-rajin lepas tu boleh kerja yang bagus-bagus boleh jaga nenek.” Zafri masih
tidak jemu memujuk. Demi masa depan kalish Saifullah.
Sayang rasanya andai usia muda dihabiskan dengan bekerja sedangkan dia masih perlu bersekolah. Menuntut ilmu Allah yang terlalu luas. Kalau pun dia tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading seperti insan lain namun sekurang-kurangnya dia punya bekalan ilmu. Ilmu dalam kemahiran. Yang nanti boleh dia gunakan pada masa akan datang.
Kalish Saifullah menggeleng laju.
“Nek… nnak… gi.. Mme… kah…” dia menjawab polos.
“Nanti kalau Saif dah kerja yang bagus-bagus bolehlah bawa nenek pergi Mekah.”
Diam mengisi ruang waktu. Lama begitu.
“Kerja ni penat Saif. Saif muda lagi…” belum pun sempat Zafir menghabiskan ayat dia dikejutkan dengan jeritan dari
arah atas yang melaung namanya. Dia mendongak memandang ke atas. Sebongkah bata terjatuh dari tingkat enam betul-betul berada di atas kepalanya dan sejurus kemudian dia rasakan badannya ringan melayang.
MAJLIS tahlil hari yang ke tujuh semalam. Pemergiannya amat dirasai. Sungguh. Sunyi segenap ruang rumah. Sepi menemani setiap saat yang dilalui. Baru kini dia fahami erti pada kata; kita akan hanya menghargai sesuatu setelah kehilangannya.
Kehadiran Lebai Imran sekeluarga yang setiap hari menemani Nek Nab sedikit sebanyak merawat kesedihan.
“Siapa punya ni Lebai?” Nek Nab bertanya sambil menyambut huluran surat dari Lebai Imran.
“Kau punya la Nab…”
“Tapi duit aku rasanya tak sampai separuh pun macam mana pulak dapat panggilan ni.” Nek Nab mengerutkan kening berfikir. Kalau diikutkan memang lagi sepuluh tahun pun belum tentu cukup duit untuk dia kumpul.
“Rezeki kita ni tak siapa tahu Nab…” Lebai Imran sekadar berkias.
Zafri mengangguk mengiakan. Terhutang nyawa dengan Kalish Saifullah, seorang budak lelaki yang serba
kekurangan di mata manusia namun mulia pada pandangan Allah. Apalah sangat balasan duit buat warisnya kalau hendak dibandingkan dengan pengorbanan yang dia lakukan.
“A… if… nnak… kkum… pul… du… it… bbawa… nek… gi… Mme… kah…” ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya hingga kini. Namun apakan daya hajatnya tidak kesampaian. Apatah lagi hajatnya ingin mendoakan kesembuhan uminya semasa di Masjidil Haram nanti tidak sempat tertunai.
Bibir mata basah digenangi air hangat. Kalaupun tidak mampu membuatkan insan itu gembira sekurang-kurangnya dia cuba melaksanakan impiannya yang tidak sempat dicapai.
“Dia jemput pada masa dan ketika yang sepatutnya. Tak cepat, tak lambat. Pada masa yang tepat, bila kita sudah siap. Tiba masa kalau Dia izin sampailah…” suara Lebai Imran kembali bergema menerbangkan segenap kata yang mengasak minda.
Sticky note;
Maaf itu indah sedang amarah itu barah…
Redha itu payah sedang hidup akan lebih mudah bila redha…