Ahad, 5 Jun 2016

Demi sebuah Cinta

“Saya cintakan awak dan saya nak awak jadi yang halal bagi saya..”ucap lelaki itu bersungguh-sungguh bagi meyakinkan si gadis.
Sesiapa sahaja yang mendengar pengakuan sebegitu dari seorang jejaka yang kita cintai,pasti akan terharu dengan keikhlasan si lelaki.Widya juga tidak ketinggalan.Dia menekup mulutnya.Bagai tidak percaya lelaki yang selama ini dicintai dalam diam juga menyimpan perasaan yang sama dengannya.Lebih mengejutkan lagi apabila si lelaki terus sahaja berterus-terang begini.
“Awak tak perlu jawab sekarang.Saya akan tunggu sampai awak bersedia,”kata Faiz menyambung kata.Dia tahu gadis itu masih terkejut dengan pengakuan berani matinya namun dia sudah nekad,Widya pilihannya!
Baru sahaja dia mahu membuka mulut,si lelaki sudah pun berlalu.Segaris senyuman tersungging di bibirnya.Perkenalan yang hanya memakan masa selama setengah tahun itu rupa-rupanya mempunyai makna yang tersendiri.
‘Terima kasih Ya Allah kerana telah hadirkan seorang lelaki sebaik Faiz untukku..’ desis Widya sebelum tersenyum lebar.
Lama juga dia berfikir sama ada mahu menerima atau tidak lamaran Faiz.Pendapat ahli keluarganya juga difikir sedalam-dalamnya.Umur yang muda sepertinya mampukah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri? Dia pernah terbaca kata-kata yang mengatakan bahawa wanita yang bertemu awal dengan jodohnya itu merupakan wanita yang diredai oleh Allah.
Akhirnya Widya membuat keputusan dengan menerima lamaran itu.Dia dan Faiz selamat ditunangkan.Widya sedar walaupun cinta mereka merupakan cinta jarak jauh tetapi dia yakin mereka mampu mengharungi rintangan yang bakal dihadapi
kelak.Melihat kesungguhan Faiz,Widya yakin bahawa lelaki itu benar-benar mencintainya.
“Ya jaga diri baik-baik di sana.Iz sentiasa doakan Ya berjaya,”ucap Faiz sayu apabila mereka terpaksa berpisah.Cuti semester sudah pun berakhir dan dia perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
“Iz jangan risau,Iqa kan ada..”kata Widya manja sambil tersenyum.Terharu sebenarnya dengan sikap Faiz yang prihatin.
“Nasib baik ada Iqa,kalau tak lagi risau Iz kat sini..”kata si lelaki sambil memandang ke arah tunangnya.
“Kalau Iz risau,Ya lagi risau.Dah lah tunang Ya ni handsome orangnya,” usik Widya sambil tertawa.Memang dia tak nafikan bahawa Faiz memang kacak.Bukan Widya tak tahu ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang menaruh hati kepada tunangnya itu.
“Ada-ada aje Ya ni.Kalau pun Iz ni handsome,hanya untuk Ya tau!”jelas Faiz.Dia tahu ramai gadis di universiti yang meminatinya tetapi dia sudah pun buat keputusan dan dia langsung tidak menyesal.
Widya adalah yang terbaik.Gadis yang dikenali melalui adiknya itu benar-benar membuatkan dia terpikat.Walaupun dia hanya melihat Widya melalui gambar-gambar gadis itu bersama adiknya tetapi entah mengapa hati dan perasaannya
yakin bahawa Widya adalah pilihan yang tepat.
“Sweet talker!” komen Widya malu-malu.
“Sekurang-kurangnya Iz jujur.I only want you! Ya kena yakin dengan Iz..” Sekali lagi Widya terharu lantas dia menganggukkan kepala sebelum tersenyum manis.
“Amboi along,sudah-sudahlah tu.Iqa tengok dari tadi lagi along dengan Ya borak,tak habis lagi ke?” soal Syafiqah yang muncul secara tiba-tiba.
“Kalau dengan Ya,takkan pernah habis,”kata Faiz selamba.Wajah Widya yang putih bersih itu sudah bertukar kemerah-merahan menahan malu.
“Tak sangka hebat betul penangan kawan baik Iqa ni..”usik Syafiqah sebelum tertawa.
Widya menjeling teman baiknya yang seronok mengusik dia dan Faiz.Syafiqah yang faham dengan renungan Widya itu semakin galak mengusik.Dia tahu Widya malu tetapi dia masih suka mengusik temannya itu.
Setelah hampir satu jam menunggu,Syafiqah dan Widya masuk ke balai berlepas.Sudah tiba masanya untuk mereka balik ke Jepun bagi meneruskan pengajian sementara Faiz yang sudah tamat belajar dan menunggu masa untuk menggenggam segulung ijazah kini menetap di Malaysia.
—————————————————————————————————————–
Perlahan-lahan Widya membuka mata.Kepalanya terasa berat.Dia memerhati ke sekeliling bilik yang terasa begitu asing. Pandangannya jatuh ke arah Syafiqah yang sedang tertidur di sofa yang disediakan.
‘Kenapa aku ada di hospital? Apa dah jadi?’ Widya menyoal dirinya sendiri.Dia cuba mengingati kembali perkara yang berlaku.Seingatnya dia dan Yasmin sedang bertengkar gara-gara dia bertunang dengan Faiz.Dia juga terperanjat apabila mengetahui bahawa teman serumahnya itu juga menaruh hati kepada Faiz selama ini.Kemudian Yasmin berlalu pergi setelah puas memaki hamun dirinya dan apa yang berlaku selepas itu dia langsung tak ingat.
“Ya..Alhamdulillah,kau dah sedar,”ucap Syafiqah gembira melihat temannya sudah sudar.
“Iqa,macam mana aku boleh ada kat sini?” soal Widya bigung.
“Aku pun tak tahu tapi masa aku balik dari kuliah tadi,aku tengok kau dah pengsan.Itu yang aku bawa kau ke
sini..”jelas Syafiah dengan riak wajah bimbang.
‘Aku pengsan? Tak pernah aku pengsan sebelum ni..’getus hati kecilnya.
“Eh,aku nak pergi bagitahu doktor yang kau dah sedar.Kau tunggu kejap eh..”kata Syafiqah dan Widya hanya
mengangguk lemah.Kepalanya masih berdenyut-denyut.
—————————————————————————————————————-
Widya terjelepok ke lantai apabila doktor yang merawatnya itu memberitahu bahawa dia mengidap barah otak peringkat akhir.Patutlah selama ini kepalanya sering sakit namun dia ingatkan semua itu gara-gara tekanan belajar.Dia langsung tak menyangka dia menghidap penyakit ini.Nasib baik ada Syafiqah yang menemaninya di situ.Jika tidak,sudah lama dia rebah di situ dan tidak dapat bangkit lagi.
“Iqa,aku..aku sakit.Apa aku nak buat sekarang?” Widya menangis semahu-mahunya di bahu Syafiqah.
“Ya,kau sabar dulu.Semua ni ujian untuk kau dan aku yakin kawan aku ni kuat orangnya..”pujuk Syafiqah sambil
mengusap-usap belakang teman baiknya.Dia sendiri terperanjat dengan perkhabaran yang baru didengarinya.Sudahlah mereka berdua berjauhan dengan keluarga.Widya hanya ada dia sebagai kekuatan dan dia sudah berjanji dengan diri sendiri untuk kelihatan tabah di hadapan Widya.
“Iqa,Iz..Iz tak boleh tahu pasal ni.Kau tolong aku rahsiakan eh..” kata Widya yang masih teresak-esak.Wajah ahli keluarga dan tunangnya terlayar di hadapan mata.Dia sendiri takut untuk bayangkan reaksi tunangnya itu jika Faiz mengetahui tentang hal ini.
“Tapi kenapa? Abang aku berhak tahu semua ni.Ya,kau sedar tak yang Faiz tu tunang kau.Mana boleh kau rahsiakan penyakit kau dari dia..”Syafiqah jelas tidak bersetuju.
“Please Iqa,aku tak nak dia tahu.Aku dengan Iz,kitorang dah tak ada harapan.Kau jangan risau,nanti aku jelaskan pada dia..”kata Widya sambil menggenggam erat tangan temannya,meminjam sedikit kekuatan.
“Ya,kau tahu kan aku tak sokong dengan keputusan kau ni..”Syafiqah masih tidak jemu memujuk.
“Percayalah,aku buat semua ni sebab aku cintakan dia.Iqa,abang kau cinta pertama dan mungkin terakhir aku.Aku harap sangat kau dapat tolong aku..” Sekali lagi Widya merayu kepada teman baiknya.
Syafiqah mengeluh lemah sebelum mengangguk.Bukan dia tak kenal sikap Widya yang degil itu.Jika hitam katanya,maka hitamlah.Dia benar-benar tersepit antara teman dan abang tetapi jika apa yang bakal dilakukan oleh Widya itu adalah demi abang kesayangannya,Syafiqah terpaksa mengalah.
“Thanks Iqa..”ucap Widya sambil tersenyum tawar.
—————————————————————————————————————–
Sebulan sudah berlalu sejak dia tahu mengenai penyakitnya dan dari sehari ke sehari Widya perasan akan perubahan dalam dirinya.Jika dahulu dia begitu berselera ketika tibanya waktu makan,sekarang makanan enak di hadapan mata pun sudah terasa perit untuk menelannya.Papa,mama dan adiknya sudah tahu akan perkara ini.Hanya Faiz sahaja yang belum tahu.
Widya membaca mesej dan email yang dihantar oleh Faiz satu persatu.Itulah pengubat rindunya terhadap lelaki itu.Walaupun hati meronta-ronta untuk membalas mesej-mesej itu tetapi akal warasnya melarang.Dia sudah pun membuat keputusan dan dia nekad,walau apapun yang berlaku dia tetap akan melaksanakan rancangannya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
-Sayang kenapa ni? Ada masalah ke? Dah sebulan Ya menyepi,Ya langsung tak rindukan Iz?
Mesej yang baru sahaja dikirim oleh Faiz membuatkan air mata Widya gugur satu persatu. ‘Iz,maafkan Ya! Ya tak boleh dan tak mampu nak berterus-terang dengan Iz tentang penyakit Ya.Bukan Ya nak belakangkan Iz tapi demi cinta,Ya tak mampu..’desis hatinya sayu.
Dia duduk bersendirian di taman mini yang disediakan di hospital.Keadaannya yang semakin teruk membuatkan dia ditahan di sini.Pengajiannya ditinggalkan begitu saja.Puas sudah mama dan papa memujuk supaya dia balik ke Malaysia tetapi dia tetap berdegil.Akhirnya,ahli keluarganya pula yang terpaksa berpindah ke sini.Widya tahu dia telah menyusahkan kedua-dua orang tuanya tetapi dia tidak punya pilihan lain.
Komputer riba dibawanya di sisi.Sejak seminggu yang lalu,itulah aktivitinya setiap hari.Dia akan ke taman mini itu dan mencari idea untuk menyambung kembali penulisan manuskripnya.Bagi Widya,biarlah dia tiada di dunia ini tetapi dia masih ‘hidup’ dengan adanya manuskrip itu nanti.Dia mahu insan-insan yang disayanginya tahu akan isi hati dia selama ini.Walaupun tak diterbitkan,cukuplah sekadar hadiah terakhirnya buat insan tercinta.
Lagu Demi Cinta dimainkan sambil pandangan matanya dilemparkan ke arah sepasang kekasih yang sedang seronok berbual-bual.Sesekali lelaki itu mengelap mulut si gadis yang sedikit comot.Tiba-tiba ingatannya melayang mengingati seraut wajah milik Faiz yang selalu sahaja tersenyum ke arahnya.
‘Masih ada ke peluang untuk aku tatap senyuman dia?’ keluh Widya sambil menyeka air mata yang hangat mengalir di pipi.
Melihat kebahagiaan pasangan Jepun itu membuatkan jari-jemarinya laju sahaja bergerak menaip sesuatu.Ideanya datang mencurah-curah.Dia tidak punya masa yang banyak jadi kalau boleh sebelum dia menutup mata,dia harus menyiapkan manuskrip ini.Banyak perkara yang dia rancangkan dan Widya sangat berharap,dia mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakannya.
‘Iz,walaupun Ya dah tak ada di dunia ni nanti,cinta Ya untuk Iz tetap takkan pudar..’kata Widya sambil menyeka air mata yang mengalir deras.
Susah sebenarnya untuk berlakon yang dia tak apa-apa walhal hatinya sedang menjerit hiba.Di hadapan semua orang,dia gembira dan tertawa tetapi apabila berseorangan,hanya air mata yang menjadi penemannya.Wajah mama,papa,adiknya,Syafiqah dan Faiz sering terlayar di hadapan mata.
‘Min,aku akan pulangkan dia yang bukan lagi milikku,’janji Widya di dalam hati.
Yasmin sangat baik orangnya.Mungkin keadaan yang menyebabkan gadis itu bertindak di luar jangkaan.Benarlah cinta itu buta dan perasaan itu sudah membutakan sekeping hati milik Yasmin.Gadis itu sangat bencikannya gara-gara dia bertunang dengan Faiz tetapi dia juga tak tahu yang teman serumahnya itu menyukai Faiz dalam diam.Widya sendiri tidak tahu dari mana Yasmin mengenali Faiz.
“Ya Allah,permudahkanlah semua urusanku,” doa Widya sebelum menutup komputer ribanya lalu melangkah ke arah wad yang sudah lama menjadi rumah keduanya.
—————————————————————————————————————–
“Dik,along tak tahu nak buat apa lagi.Along mesej,Ya tak balas.Iqa tahu tak sebabnya? Ya marahkan along ke tapi kenapa? Kenapa Ya buat along macam ni?” soal Faiz bertalu-talu kepada Syafiqah.
Syafiqah menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.Dia tak tahu apa yang harus dikatakan kepada abangnya itu.Dia tersepit antara teman dan juga abang.Jika diikutkan hati,mahu saja dia memberitahu perkara sebenar kepada Faiz tetapi dia sudahpun berjanji dengan Widya.Ah,dia buntu sendiri!
“Tak ada apa-apalah.Along jangan fikir bukan-bukan.Ya sekarang tengah sibuk sebab tu dia tak balas mesej along,”jawab Syafiqah.Nasib baik mereka hanya berhubung melalui telefon,bolehlah dia menipu.Jika melalui Skype,pasti abangnya dapat melihat dengan jelas riak di wajahnya yang jelas dia sedang berbohong.
“Tapi takkan sampai nak balas satu mesej pun tak boleh? Ya dah ada orang lain ke? Bagitahu along,Iqa..” Nada suara Faiz yang tadinya tenang sudah bertukar sedikit keras. Geram apabila adiknya tidak memberi jawapan yang memuaskan hati.
“Along jangan merepek boleh tak? Kalau along tak tahu apa-apa,jangan menuduh!” Syafiqah sudah bengang dengan sikap abangnya.
“Kalau tak nak along tuduh Ya bukan-bukan,Iqa bagitahu along perkara sebenarnya!” kata Faiz geram.
“Along jangan buat Iqa serba-salah..”Syafiqah sudah mengendurkan nada suaranya.Dia segera menamatkan perbualannya bersama Faiz kerana bimbang lelaki itu akan terus mendesaknya.
‘Apa sebenarnya yang Iqa dan Ya rahsiakan dari aku?’ getus Faiz geram.Dia mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil.Terasa diri sedang dipermainkan oleh tunangnya sendiri.
—————————————————————————————————————–
Berkali-kali Widya menaip mesej dan kemudian dia memadamnya semula.Seketika kemudian dia menaip kembali lalu mesej itu dihantar kepada Faiz yang nun jauh di Malaysia.Semuanya atas desakan Syafiqah.Dia kasihan melihat teman baiknya yang tersepit di tengah-tengah antara dia dan Faiz.Jadi hari ini dia sudah pun membuat keputusan yang bukan saja menghancur lumatkan sekeping hati milik Faiz,tetapi dia juga.
Widya merenung skrin telefon bimbitnya.Dia sudah mengagak bahawa lelaki itu akan menghubunginya lalu pangillan
dari Faiz itu dijawab.Nafas ditarik perlahan sambil mengawal gelodak di hati.
“Apa semua ni Ya? Mesej,call,email semua tak balas tiba-tiba hari ni mesej cakap nak putus tunang.Ya ingat semua ni mainan ke? Kalau tak suka Iz,kenapa terima lamaran dulu ke Ya dah ada orang lain sekarang? Ada lelaki lain yang curi hati Ya kan?” Tanpa salam,Faiz terus menerjah Widya dengan pelbagai tuduhan.
Terpaku Widya mendengar amarah tunangnya itu.Selama dia mengenali Faiz,belum pernah sekali pun lelaki itu meninggikan suara kepadanya.Air mata yang mahu tumpah segera ditahan.Keputusan sudah pun dibuat dan dia takkan sekali-kali menarik balik kata-katanya.
“Kenapa diam? Betul kan apa yang Iz cakap? Ya dah ada lelaki lain!” Faiz merengus kasar.Semakin sedih hati Widya mendengar kata-kata lelaki itu.Dia mengetap bibir lalu cuba bertenang.
“Memang Ya dah ada orang lain.Ya cintakan dia so lebih baik kita putus aje..”kata Widya tanpa rasa bersalah.Biarlah Faiz mahu memaki hamun dia sekali pun,dia tak kisah malah itu juga kehendaknya.Dia mahu Faiz membencinya!
Hampir terhenti nafas Faiz setelah mendengar pengakuan berani mati dari gadis kesayangannya itu.Terasa dirinya bodoh kerana setia menanti orang yang sudah pun membuangnya.Tak sangka perkara yang paling dia takuti selama ini benar-benar terjadi.Patutlah tunangnya itu hilang tanpa khabar berita,rupa-rupanya Widya sudah pun bertemu dengan insan lain.
“Ok,fine! Kita putus.Lepas ni walau apapun yang berlaku,Ya jangan cari Iz lagi! Satu aje Iz nak ingatkan,what you
give you’ll get it back!” Faiz memutuskan panggilan sambil merengus kasar.
Widya memandang sepi telefon bimbitnya.Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir juga membasahi kedua-dua belah pipinya yang semakin cengkung.Dia menangis semahu-mahunya.
“Maafkan Ya! Semua yang Ya buat ni untuk kebaikan Iz.Ya cintakan Iz dan takkan mungkin ada lelaki lain yang mampu gantikan tempat Iz di hati Ya..”kata Widya sambil menangis tersedu-sedan.Tak sangka kebahagiaan yang diimpikan musnah begitu sahaja.
Syafiqah yang baru saja masuk ke dalam wad teman baiknya segera mendapatkan Widya yang sedang menangis semahu-mahunya.Bahu Widya dipeluk erat sambil matanya tak lepas-lepas memandang wajah pucat temannya itu.
“Aku dah tinggalkan Iz,Iqa.Aku terpaksa.Aku sayang dia..” Widya memeluk erat tubuh temannya.Dia sudah tak malu lagi untuk mempertontonkan air matanya kini.Perasaannya sudah bercampur-baur.Inikah yang dikatakan sebuah pengorbanan?
“Aku faham.Kau tak salah,Ya.Tak ada sesiapa pun yang bersalah dalam hal ni..”pujuk Syafiqah.
“Iz tak nak aku cari dia lagi.Dia dah tak nak aku,Iqa..”adu Widya lagi.
“Ya,kenapa kau tak terus-terang aje? Kalau kau bagitahu abang aku perkara sebenar,mesti tak jadi macam ni..”Syafiqah kasihan melihat keadaan Widya tetapi dalam masa yang sama dia geram dengan kedegilan temannya itu.
Widya mengelap air matanya lantas menghadiahkan sebuah senyuman hambar kepada temannya.Wajah Syafiqah ditatap tanpa jemu.
“Iqa,aku cintakan Iz,sangat! Aku tak nak dia sedih kalau dia tahu keadaan aku sekarang.Biarlah dia bencikan aku sebab aku rasa kurang sikit perasaan bersalah aku ni..”jelas Widya lembut.Tangannya menggenggam tangan Syafiqah,meminjam sedikit kekuatan gadis itu.
“Aku tak fahamlah dengan kau.Kalau aku tanya pun,jawapan kau mesti demi cinta!” kata Syafiqah berterus-terang.
“Cinta perlukan pengorbanan.Iqa,cinta tu tak semestinya memiliki.Aku dah cukup bahagia sebab sempat jadi tunang Iz walau kejap aje.Perkara yang penting sekarang adalah kebahagiaan Iz..”Widya menjelaskan satu per satu.
Mungkin ada yang mengatakan dia bodoh kerana merahsiakan hal sebenar dan menanggung sakit berseorangan.Dia juga bodoh kerana langsung tak mempertahankan diri saat dihina oleh Iz malah dia mengiakan semua kata-kata lelaki itu.Namun Widya puas dan dia langsung tak menyesal dengan tindakkannya.
—————————————————————————————————————–
“Ma,pa..Ya nak balik.Tak ada guna Ya duduk kat sini lagi,”kata Widya lemah.Keadaannya semakin bertambah buruk dari sehari ke sehari.
“Tak sayang,Ya tak boleh macam ni.Anak mama mesti kuat..” Laju air mata Puan Faridah mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya itu.
“Ma,Ya dah tak ada harapan untuk sembuh jadi lebih baik Ya balik aje.Lagipun banyak lagi tempat yang Ya nak pergi.Ya takut tak sempat kalau tak keluar dari hospital hari ni..”Widya masih tak berputus asa memujuk mamanya.
“Ida,biarlah Ya balik.Abang pun tak sanggup tengok dia terseksa kat sini,”kata Encik Zikri sambil memandang sayu ke arah anaknya.
“Sayang nak pergi mana? Cakap aje,nanti mama dengan papa bawakan..”Widya tersenyum tawar.Air matanya mengalir satu persatu.Terharu dengan sikap ahli keluarganya yang prihatin.
“Ma,Ya nak balik Malaysia..”jawab Widya.
Encik Zikri dan Puan Faridah saling berpandangan.Walaupun sedikit pelik dengan permintaan anak mereka itu tetapi mengenangkan permintaan Widya yang sedang terlantar,mereka berdua mengiakannya juga.
—————————————————————————————————————–
Sehari sebelum Widya dan ahli keluarganya ke Malaysia,dia sempat bertemu dengan Yasmin.Melihat wajah masam mencuka gadis itu membuatkan Widya tersenyum.Nampaknya pilihan dia tak salah.Yasmin dan Faiz mungkin tercipta antara satu sama lain sedangkan dia hanyalah satu persinggahan.
“Ada apa kau nak jumpa aku?” soal Yasmin endah tak endah.Tiba-tiba sahaja dia mendapat panggilan dari Widya yang mahu bertemu dengannya.
“Mungkin lepas ni aku takkan jumpa kau lagi.Aku nak balik Malaysia.Kau jaga diri dan tolong bahagiakan dia untuk aku..” Tangan Widya yang mahu mencapai tangan gadis itu segera ditepis kasar.
“Kau tak payah nak sindir aku.Macam aku tak tahu kau nak balik Malaysia sebab nak kahwin dengan Iz kan?Kalau nak kahwin pun,kahwin ajelah.Aku benci kau!” Merah padam wajah Yasmin menahan amarah.Gadis itu segera berlalu sambil meninggalkan Widya yang masih dengan riak wajah yang tenang.
‘Kau salah Min.Aku bukan balik Malaysia untuk kahwin tapi aku nak habiskan masa yang aku ada di sana.Kalaulah kau tahu yang hidup aku dah tak lama,sudi ke kau jadi kawan aku semula?’bisik Widya sendirian.
Usai bertemu Yasmin,Widya segera mendapatkan Syafiqah yang sedang menunggunya di kafe.Lama dia menatap wajah teman baiknya itu dari jauh.Sedih kerana dia terpaksa meninggalkan satu-satunya teman yang sering bersama dengannya saat susah mahupun senang.
“Iqa..!”panggil Widya lembut apabila melihat Syafiqah sedang mengelamun jauh sehingga langsung tak sedar dengan
kehadirannya.
“Ya,kau ni terkejut aku..”Syafiqah mengurut dada.Terkejut dia apabila melihat Widya sudah berada di hadapan mata sambil tersenyum.Walaupun wajah temannya itu cengkung dan sedikit pucat tetapi bagi Syafiqah,Widya masih tetap cantik seperti biasa.
“Apa yang kau fikirkan tu?” soal Widya ingin tahu.
“Tak ada apa-apa.Kau macam mana,ok? Lepas ni tinggal aku aje,sedihnya!”adu Syafiqah,sedih.
“Tak payah nak sedih-sedih.Macamlah kat sini tak ada kawan lain..”Widya menjuihkan bibir.
“Memang ramai tapi takkan sama dengan kau..”Widya tersenyum.Terharu mendengar pengakuan temannya itu.
“Mestilah tak sama tapi aku yakin kau akan jumpa kawan yang lagi baik dari aku,”kata Widya meyakinkan teman baiknya.
“Kau kawan terbaik aku!” Tegas Syafiqah dan Widya terpaksa mengalah juga akhirnya.
“Kau kata ada benda kau nak bagi aku,apa dia?” soal Syafiqah tiba-tiba setelah agak lama mereka berdua menyepi.
“Oh,aku nak bagi ni..”Widya menghulurkan pendrive miliknya kepada gadis itu.
Berkerut dahi si gadis apabila melihat pendrive yang sudah berpindah tangan itu.
“Aku dah siapkan satu manuskrip.Nanti bila aku dah tak ada dan kau rindukan aku,kau bacalah..”kata Widya sambil tersenyum manis.Tak sangka dia dapat juga siapkan manuskrip itu dalam masa yang agak singkat.
“Sejak bila kau tulis semua ni?” soal Syafiqah terkejut.Dia langsung tak tahu bahawa temannya itu berbakat dalam penulisan.
“Sejak aku kenal Iz.Semua aku ceritakan dalam tu..”jelas Widya pendek.
“Ya,kau buat aku takut..” Syafiqah meluahkan rasa.Sikap Widya buatkan dia terasa gadis itu sudah bersedia untuk
meninggalkannya.
“Aku bukannya buat cerita hantu yang kau nak takutkan..” Widya cuba berjenaka.
“Kau ni ke situ pulak..”Syafiqah berpura-pura marah.
Lama mereka berbual-bual.Pelbagai cerita dikongsi bersama.Sesekali Widya dan Syafiqah ketawa bersama.Mereka hanya berhenti apabila Syafiqah memberitahu yang dia masih ada kelas sementara Widya pula perlu segera pulang.Masih ada lagi barang-barangnya yang belum dikemaskan.
—————————————————————————————————————–
“Along,can you stop talking nonsense? Iqa dah tak larat dengar along hina Ya..” marah Syafiqah.
“Iqa jangan nak menangkan perempuan tak guna tu..” Suara Faiz semakin meninggi.
Sakit hati Syafiqah mendengar kata-kata abangnya itu.Andai saja Faiz berada di hadapan matanya kini,sudah ‘dihadiahkan’ penampar sulung kepada Faiz.
“Along,watch your mouth! Iqa tak nak dengar along hina Ya lagi,cukuplah along tuduh Ya bukan-bukan..” Kali ini tahap kesabarannya sudah sampai hadnya.Entah bagaimana Widya menahan segala cacian yang keluar dari mulut abangnya.
“Along cakap apa yang betul.Perempuan macam Ya tu,ramai.Macam ayam kat pasar..” luah Faiz geram.Sehingga sekarang dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Widya meninggalkannya demi lelaki lain.
“Stop it! Cukuplah along hina Ya.Dia tak bersalah pun.Kenapa along langsung tak tanya atau siasat dulu perkara ni sebelum menuduh? Along tahu tak,Ya hanya cintakan along.Dia bagitahu yang dia dah jumpa lelaki lain kan? Semua tu tipu! Ya sakit,along..” Teresak-esak Syafiqah menjelaskan hal sebenarnya.
Mungkin dia melanggar janji dan mungkin juga Widya akan memarahinya kerana tidak menyimpan rahsia ini dengan baik tetapi dia tidak sanggup lagi mendengar Faiz berkata yang bukan-bukan berkenaan teman baiknya itu.
“Apa yang Iqa cakap ni? Along tak faham..” Tergagap-gagap Faiz menyoal.Terasa mahu terlepas telefon bimbit di tangan.
“Ya sakit,along..barah otak.Dah kritikal,cuma tunggu masa aje..” jelas Syafiqah satu persatu.
“What? Iqa jangan main-main dengan along..” Faiz menyoal adiknya sekali lagi.
“Iqa takkan main-main soal hidup dan mati.Ikut along sama ada nak percaya atau tak.Iqa cuma bagitahu perkara sebenar..” kata Syafiqah sedikit tenang.
“Ya Allah,apa aku dah buat ni?” Faiz terjelepok ke lantai.Telefon bimbit yang sudah jatuh menghempap lantai dibiarkan.Mindanya benar-benar kosong sekarang.
Faiz mengaku semua yang berlaku adalah salahnya.Kalaulah dia siasat terlebih dahulu pasti semua ini tak akan berlaku.Jika benar Widya mempunyai insan yang dapat menggantikan dirinya,dia sepatutnya mendoakan kebahagiaan insan yang dicintai.Mungkin kerana ego,Faiz terlepas kata yang pasti akan membuatkan dia menyesal seumur hidup.
—————————————————————————————————————–
Maaf ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku
Dan ku bawa kau seperti diriku
Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus kurelakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah kuberikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan kuterima semua demi cinta
Jujur aku tak kuasa
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi
Kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan
Kisah cinta kita selamanya
Widya yang sedang asyik dengan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Kerispatih itu segera membuka mata apabila terasa pintu biliknya dibuka.Terkejut dia melihat wajah insan yang dirinduinya selama ini berada di hadapan mata.Dia segera mencapai tudung yang berada di sebelah.
“Ya..”panggil Faiz lembut.Wajah Widya yang dahulunya berseri-seri kelihatan pucat dan cengkung.Faiz benar-benar terasa bersalah kerana telah menuduh gadis itu dengan kata-kata yang kasar.
“Macam mana awak..” Belum sempat dia menghabiskan soalan yang bersarang di minda,Faiz sudah menyambung bicaranya.
“Semua tu tak penting.Ya,kenapa tak bagitahu Iz tentang semua ni?” soal Faiz.Sedih hatinya melihat keadaan Widya yang langsung tidak bermaya.Gadis yang dicintainya itu hanya terbaring lemah dan dia pula tegar menyakiti hati gadis itu dahulu.
“Demi cinta..” jawab Widya pendek.
“Maksud Ya?” Faiz hairan mendengar kata-kata si gadis.
“Cuba awak dengar lagu tu dan hayati maksudnya..”arah Widya sambil mengisyaratkan ke arah mp3nya.
Faiz hanya mengikut sahaja kata-kata gadis itu tanpa banyak soal.Lirik lagu itu dihayati satu persatu.Tersentuh hatinya setelah selesai mendengar keseluruhan lirik yang terkantung di dalam lagu Demi Cinta.
“Ya,Iz minta maaf.Banyak sangat salah Iz dengan Ya..”ucap Faiz benar-benar menyesal.Sudahlah gadis itu sedang bertarung dengan maut dan dia pula dengan tidak berperikemanusiaannya telah menghancurkan sekeping hati milik Widya.
“Ya dah lama maafkan Iz.Lagipun Iz tak salah apa-apa dengan Ya..”balas Widya sambil cuba untuk tersenyum walaupun sukar.
“Ya minta maaf sebab dah kecewakan awak.Iz,antara kita dah tak ada harapan lagi.Iz janji dengan Ya yang Iz akan bahagia dengan orang lain,boleh? Tak kisahlah siapapun dia,asalkan Iz sayang dan cintakan dia,Ya doakan Iz bahagia..” Widya menyambung bicara sambil memandang Faiz dengan penuh harapan.
“Apa yang awak cakapkan ni? Saya nak awak,bukannya orang lain..”Faiz membantah kata-kata si gadis.
“Masa Ya dah tak banyak.Iz kena teruskan hidup lepas Ya tak ada nanti..”Widya masih berusaha memujuk Faiz.
“Tak Ya.Iz cuma nak Ya sorang aje..”kata Faiz masih bertegas.
“Ya ada kawan,Yasmin nama dia.Min sukakan Iz dan Ya yakin Iz akan bahagia dengan dia..”Widya meneruskan bicara tanpa mengendahkan kata-kata lelaki itu.
“Cukup!Jangan kata apa-apa lagi..”Faiz sudah tak mampu lagi mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si gadis apatah lagi melaksanakan permintaan itu.
Widya cuma tersenyum sambil matanya tak lepas-lepas memandang wajah Faiz.Lelaki itu masih kelihatan kacak walau hanya dengan dengan t-shirt dan jeans.Mereka saling berpandangan tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun dan akhirnya Widya terlelap.Dia kini mudah berasa letih dan selera makannya juga semakin buruk.
Dia terasa seolah-olah dia berada di dunia yang asing.Suara Faiz yang sedang memanggil dirinya tidak dipedulikan.Widya meneruskan langkah tanpa menoleh lagi.Hatinya terasa tenang dan lapang sekarang.Dia sudahpun melaksanakan semua perkara yang dia impikan.
—————————————————————————————————————–
Tiga tahun kemudian…
Faiz mengusap lembut batu nisan yang tertera nama Nur Widya Safiah.Sudah tiga tahun gadis itu meninggalkan dunia ini.Satu kehilangan yang memberi kesan yang mendalam kepada dirinya.Dia masih ingat bagaimana sedih dan pilu hatinya pada saat dia menatap wajah ayu milik Widya untuk kali yang terkhir.Hanya manuskrip yang dihasilkan oleh gadis itu menjadi pengubat rindunya.
“Abang..”panggil Yasmin sambil mengusap lembut bahu suaminya.
Faiz menjatuhkan pandangannya ke arah Yasmin yang berada di sisi.Tangan isterinya digenggam erat sebelum mereka berdua bangun lantas meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu.
‘Iz pergi dulu,Ya.Iz janji nanti Iz dengan Min datang lagi..’ desis Faiz di dalam hati.
“Abang,Min betul-betul menyesal sebab marahkan Ya dulu.Ya kawan yang terbaik,”kata Yasmin perlahan.Dia menahan air matanya dari gugur.Berita kematian Widya hanya diketahuinya setelah gadis itu siap dikebumikan.Perasaan bersalah dan menyesal sememangnya menguasai diri.Namun setelah membaca novel hasil nukilan Widya,hatinya terasa sedikit lapang.
“Perkara yang dah lepas jangan dikenang.Abang yakin,Ya dah maafkan Min dan juga abang..”jawab Faiz sambil menenangkan si isteri.
“Terima kasih abang sebab sudi terima Min sebagai isteri.Mungkin kita masih belum cukup mengenali antara satu sama lain tapi Min janji yang Min akan cuba jadi isteri yang baik macam yang Ya tulis dalam novel..”kata Yasmin ikhlas.
Manuskrip hasil nukilan Widya yang kini sudahpun diterbitkan di pasaran semakin mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Jika gadis itu masih hidup pasti Widya terharu dan gembira.Yasmin bersyukur kerana melalui novel itu juga,dia dan Faiz disatukan.Bukan dia mahu membelakangkan takdir dan jodoh tetapi dia mahu menyatakan di sini bahawa novel itu adalah salah satu punca mereka diijab kabulkan.
Jika demi cinta Widya sanggup berkorban,Faiz juga melakukan perkara yang sama.Dia cuba memenuhi kesemua permintaan Widya seperti di dalam novel itu dan disebabkan itu juga dia sanggup ke Jepun untuk bertemu Yasmin.
Di sana mereka saling mengenali lalu terjalinlah hubungan persahabatan.Sikap Yasmin yang kadangkala mirip Widya itu membuatkan Faiz terpikat lalu dia terus melamar si gadis.Benarlah kata Widya dahulu,Yasmin sangat baik orangnya dan dia beruntung kerana memiliki isteri secantik dan sebaik Yasmin.
‘Demi cinta,Iz akan cuba bahagiakan Min macam yang Ya harapkan..’janji Faiz di dalam hati.
Faiz merenung ke arah Yasmin lama.Walaupun kini perasaan sayang dan cintanya hanya kepada Yasmin tetapi dia tidak akan sesekali melupakan segala pengorbanan Widya.Gadis itu sudah terlalu banyak berjasa walaupun sudah tiada di dunia.
Dia masih ingat kata-kata yang tertulis di dalam novel Widya,
‘Enjoy your life,no matter how hard it may seem.When life give you thousand reasons to cry,show the world you have a million reason to smile..’
Kerana itu juga Faiz meneruskan hidupnya dengan bahagia.Bukan bermakna dia sudah melupakan Widya tetapi demi gadis itu,dia lakukan semua ini.Dia yakin Widya pasti sedang tersenyum apabila melihat dia dan Yasmin kini sudahpun bahagia bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan