Khamis, 9 Jun 2016

ASSALAMUALAIKUM CINTA...

Jejaka tersebut perasaan air muka gadis yang telah melanggarnya tadi itu, seperti ada hal yang
membuatkannya risau. Eh, aku kena cepat jugak ni. Lupakanlah semua ni.
“Nurse, tadi saya dapat panggilan dari klinik ni katanya housemate saya kena bawa pergi klinik ni sebab dia pengsan. Dia kat mana sekarang ni?” soalnya di bahagian kaunter tersebut.
“Awak ni Zatul ya?” soal nurse tersebut. Gadis tersebut mengangguk.
“Memang betul, tadi ada seorang jejaka yang baik hati dah tolong hantar kawan awak kat klinik ni. Mari ikut saya, dia masih menunggu di ruangan bilik tersebut sementara menunggu awak datang.
Setibanya mereka di bilik itu, jejaka tersebut sudah tidak ada dan kelihatannya gadis yang tidak sedarkan diri itu tadi sudah sudah terjaga dan sedang duduk memeluk lututnya di atas katil sambil menangis teresak-esak. Hal jejaka itu terus dilupakan. Zatul pantas mendapatkan rakannya.
“Ara kau kenapa ni? Janganlah buat aku risau.” Zatul pantas mendapatkan rakannya itu dan terus memeluknya. Diusap perlahan belakang rakannya itu.
“Zatul…” rasanya dia tidak dapat meneruskan kata-katanya sebaliknya terus menangis teresak-esak dibahu rakannya itu. Zatul menjadi bertambah pelik. Seingatnya semalam tepat jam 12 tengah malam mereka masih meraihkan ulang tahun Ara dengan gembira di rumah sewa mereka. Rasanya Ara masih kelihatan baik-baik sahaja sebelum dia berangkat ke kelas tadi pagi. Apa yang menyebabkan rakannya tu bersedih.
Jururawat yang melihat keadaan itu merasa risau namun Zatul memberi isyarat untuk meminta berdua sahaja di bilik tersebut. Jururawat yang memahami itu pantas meninggalkan mereka berdua di bilik tersebut.
********************
2 tahun kemudian…..
“Zatul, Fara aku pergi dulu, dah lambat ni.” Laung Ara yang sudah terkocoh-kocoh di muka pintu kerana masih memakai sneaker. Dia terus mendapatkan motor Honda scoopynya berwarna kuning itu dan memecut secepatnya menuju ke universiti.
“Ok.” Zatul menjerit dari dalam rumah.
“Zatul, Ara lambat bangun lagi ke?” soal Fara yang sedang mengigit roti paun itu.
“Em apa tak lambat, semalam layan cerita korea sampai tiga pagi. Itu pun nasib baik aku kejutkan dia kalau tak ponteng lagi lah tu.” Fara sekadar menggeleng kepala. Ara dan korea memang tak dapat dipisahkan.
Ara berlari anak menuju ke ruang kelasnya.Telefonnya bergetar. Alahai handphone waktu ni jugak kau kacau aku. Diseluk poket jeansnya.
“Ara, dompet kau tertinggal dekat meja makanlah.” Zatul di hujung talian.
Ara menepuk dahinya. Habislah nak makan apa aku tengahari ni, dah lah sarapan pagi tadi aku hanya sempat
rembat roti paun Fara itupun hanya sekeping.
“Tak apalah, kalau sempat nanti tengahari aku balik ke rumah kau letak saja kat bilik aku.” Arahnya.
Tumpuannya terganggu seketika. Seperti sesuatu akan berlaku kerana dia mendengar sepertinya dahan pokok besar di seberang jalan tersebut hendak patah dan bakal menghempap seorang jejaka yang kebetulan sedang melewati bawah pokok tersebut. Rasanya dia tidak akan menyedari hal yang boleh membahayakan nyawa itu kerana telinganya di sumbat dengar pemain Mp3.
Tanpa berfikir panjang dia terus menyeberang jalan. Difikarannya cuma satu iaitu menyelamatkan jejaka itu. Dia terus menerpa jejaka tersebut.
Jejaka yang tidak tahu menahu itu, tau-tau dirinya sudah melayang dan terbaring di atas jalan raya dan seseorang sedang menindih badannya.Beberapa pelajar yang turut berada di situ mulai bising-bising, terkejut dengan kejadian itu dan pantas mengerumi mereka berdua. Barulah dia tahu rupa-rupanya gadis itu menyelamatkan dirinya dari dihempap dahan pokok yang besar itu.
Dia cuba menolak lembut bahu gadis yang menghimpitnya itu untuk melihat wajahnya. Pandangannya terhenti di dahi gadis tersebut yang sudah mengalir darahnya akibat terkena permukaan jalan raya tersebut.
“Dahi saya..ah.. sakitnya.” Gadis itu mengerang dengan separuh sedar.
“Cik, cik awak ok ke?” Tiba-tiba gadis itu kembali menghimpitnya kerana sudah tidak sedarkan diri. Menyedari akan hal itu, jejaka tersebut segera bangkit lalu menahan kepala gadis tersebut di lengannya dan sedaya upaya menyedarkan gadis tersebut. Dia menjadi panik, darah tidak henti mengalir di dahinya. Semua ini salahnya, kalaulah dia tidak mendengar muzik sambil berjalan tadi pasti gadis tersebut tidak akan menjadi korbannya.
“Kita bawa dia ke hospital sekarang juga. Naik kereta saya.” Tawar seseorang wanita yang berhati mulia kepada jejaka tersebut.
Dia mengangguk lalu, mendukung gadis itu yang turut di bantu beberapa orang pelajar di situ menuju ke kenderaan wanita tersebut.
********************
“Dahi kau dah ok ke?” Soal Fara mendapatkan Ara yang menonton TV di ruang tamu tersebut.
Ara sekadar mengangguk namun matanya masih leka melihat siaran tersebut, apa tidak sedang menonton satu rancangan reality show kumpulan kesukaannya 2PM.
“Ya Allah budak ni.” Marah Fara lalu merampas remote control di tangannya dan menekan butang off.
“Weii bagilah balik, aku dah miss tengok rancangan dia tiga hari ni. Aku rindu Nickhun oppa aku tu.” Ara seolah-olah merajuk.
“Takda, aku nak kau bagitau aku betul-betul. Kau ok ke, aku risau bila Zatul cakap dahi kau kena jahit 30 jahitan.”
“Aku oklah, sikit aja ni. Janganlah risau ok. Remote please.” Tangan ditadahkan. Akhirnya Fara mengalah
juga. Kini Ara kembali menatap oppa kesayangannya itu.
“Ara lupa pula bagitau, kelmarin nurse tu bagi kat aku kertas ni. katanya dari lelaki yang kau selamatkan
tu.” Zatul tiba-tiba muncul di ruang tamu tersebut lalu mengambil posisi di sebelah Fara.
“Mana, mana.” Fara merampas kertas di tangan Zatul itu.
“Eh sibuklah minah seorang ni.” Zatul membuat muka garang namun Fara sekadar buat tak nampak.
-Please call me, Jason-
“Ara Ara, tengok ni mamat tu nak kau call dialah tengok siap bagi nombor telefon lagi sekali.”
“Malaslah. Tak berminat aku, hal kelmarin tu dah lepas. Aku tolong dia taknak apa-apa balasan pun. Kalau kau nak sangat kau call dia Fara oii. Aku bagi kat kau. Free of charges.” Matanya masih setia di kaca tv tersebut.
Zatul mengetuk kepala Ara.
“Adoi, sakitlah. Tak kesian kat aku ke? Tengok dahi ni.”
“Banyak free of charges kau sana. Kau ingat dia tu barang, suka hati ja. Call lah manatau penting.” Akhirnya Zatul memujuk jugak.
“Aku dah call ni.” Tau-tau Fara sudah menelefon mamat tersebut.
“What! Mana boleh….” Belum pun sempat Zatul hendak memarahi Fara, panggilan tersebut sudah dijawab dan Fara terus menekan punat pembesar suara di telefon bimbitnya. Dia menegakkan jari dibibirnya agar mereka berdiam. Secepatnya Zatul merampas remote di tangan Ara dan menekan punat off. Ara membeliakkan matanya lalu menyilangkan tangannya, bibirnya sudah muncung sedepa.
“Hello. Awak..”
“Ya Jason, nama saya Aratia Hanee tapi just call me Ara kalau nak manis lagi panggil je Honey.” Fara sengaja membuat suara gedik dan menyamar menjadi Ara. Ara yang mendengarnya hendak sahaja menjerit namun pantas Zatul menekup mulut mulutnya.
“Ok. Actually I wanna say thank you sebab awak dah selamatkan saya. Kalau boleh saya nak jumpa Ara, boleh?”
“Eh boleh sangat, kat mana tu?” Fara berlakon lagi menjadi diri Ara. Ara bertambah-tambah meronta agar dilepaskan dirinya dari diri Zatul. Kawan aku berdua ni betul-betul pengkhianat!
“Kat Kafe dekat kampus kita jam lima petang ni.”
“Ok.” Balas Fara cuba menahan ketawanya.
“Ok, see you there.”
Talian dimatikan.
“Ok kau siap-siap sekarang Ara, jam lima ni kau ada temu janji dengan Mr. Jason.” Arah Fara.
“Apa ni Fara, aku tak kata pun nak jumpa mamat tu..”
“Jason, nama dia Jason.” Potong Fara lagi.
“Whatever lah, aku tak nak jumpa. Kalau kau nak sangat kau je la pergi jumpa dia.” Ara pantas angkat kaki meninggalkan mereka berdua dan berlalu menuju ke biliknya dengan seribu kerutan di wajahnya.
“Macam mana ni Zatul, kita dah terlepas janji kat mamat tu kang tak pasal-pasal kita dah aniaya anak orang.” Fara gigit jari.
“Tu la kau, yang pergi call mamat tu kenapa. Ara taknak akun, aku pun taknak. So kau kena tanggungjawab. Kau lah pergi jumpa mamat tu.” Cadang Zatul.
“Boleh ke? manatau si Jason tu hensem kan?” Fara menunjuk muka gediknya.
“Gatal, ‘balak’ kau nak baling kat mana?” Zatul menampar paha Fara.
“kat sungai Kinabatangan hehe, aku gurau je la. Aku ni setia pada yang satu tau. Aku janji takkan akan
berpaling arah dari ‘balak’ aku tapi nakal sikit boleh kan.” Zatul terus mencubit paha Fara. Fara, Fara rakannya seorang itu memang agak nakal sedikit tetapi baik orangnya.
*****************
Fara menanti penuh debar kehadiran Jason di Kafe tersebut. Pashmina di kepalanya di betulkan agar tidak senget. Minuman Ice Blendednya dikacau-kacau, dia sudah bosan menanti. Jam di tangannya sudah menunjuk jam lima setengah.
“Hello.” Sapa seseorang.
Fara terus terpana memandang kehadirannya seseorang jejaka di hadapnnya itu.
“Maaf saya dah lambat, tak sangkah jalan jammed tadi. By the way, saya Jason. Awak ni Aratia Hanee kah?” keningnya berkerut, macam bukan dia saja.
‘Oh mama mia, handsome gila mamat ni. Rugi kau Ara tak jumpa dia. Jason, Jason kenapalah kita tak berjumpa sebelum ni.’
“Sorry.” Jason menjadi pelik apabila melihat Fara tidak memandangnya tanpa berkelip.
“Eh sorry, silakan duduk.”
“Saya Fara kawan serumah dengan Ara. Sorrylah dia tak dapat datang. Jadi saya wakilkan dia, tak apa kan?” Fara tersenyum.
“Awak tinggal kat mana?” soal Jason.
“Ah.” Fara menjadi pelik.
“Awak tinggal kat mana?” ulang Jason lagi.
“Dekat kawasan Sepanggar kenapa?”
“Jom saya hantar awak balik. Saya nak sangat jumpa Ara.”
Tiba-tiba Fara menjadi lembik. Dia nak jumpa Ara pula, aku dah bersiap-siap bagai nak rak ni siap mekap bagai segala lagi tapi dia tetap nak jumpa Ara. Dengan langkah longlai, Fara mengikuti Jason menuju ke kenderaanya untuk kembali ke rumah sewanya. Sekurang-kurangnya belanjalah aku makan ke.
Setelah melalui lebih kurang 30 puluh minit perjalanan akhirnya mereka pun sampai.
“Ok awak tunggu kat sini ya, nanti saya panggilkan Ara keluar. Maaflah saya tak boleh jemput awak masuk tak manis pula kan.” Fara cuba mengontrol ayunya lalu tersenyum manis.
Jason setakat mengangguk. Tidak kisahlah sekiranya dia terpaksa menunggu di luar pagar. Dia pantas bersandar di pintu keretanya lalu berpeluk tubuh.
“Assalammualaikum.”
“”Walaikumslam. Macam mana ‘date?’” Balas Zatul yang sedang duduk di ruang tamu.
Fara menghempas badannya di sofa dengan satu keluhan. “ Um dia taknak jumpa aku, dia nak jumpa Ara jugak
dan dia ada kat luar sekarang ni.”
Dipandang Fara yang sudah melepaskankan pashmina di kepalanya dengan terkebil-kebil.
“Kau biar betul?” soalnya lagi.
“Betullah, kalau tak caya tengoklah dari tingkap tu.” Balas Fara dengan malas.
Terkocoh-kocoh Zatul berlari menuju ke tingkap.
“OMG! This is crazy. Serius nampaknya dia nak jumpa Ara ni.”
Zatul pantas menerjah ke bilik Ara. Di lihatnya Ara sedang duduk di meja belajarnya sedang kusyuk membuat assigment.
“Mak jang terkejut aku, bagilah salam dulu.” Marah Ara. Aii Ara ni memang lemah semangat cepat sangat terkejut.
“Ara..Ara..”
“Apa? cakap ja la.”
“Jason ada kat luar, dia tengah tunggu kau tu.”
Ara mengerutkan keningnya tanda bingung, ,macam pernah dengar nama ni tapi siapa ya. Melihat ekspresi muka Ara itu, Zatul mengagak mesti budak ni dah lupa.
“Alaa itu mamat yang kau selamatkan hari tu.”
Ara terus mengetap bibirnya. Apa lagi mamat ni nak. Menyusahkan hidup aku saja. Dia pantas bangkit dari tempat duduknya, melepas kaca matanya dan mencapai tudung kecemasan. Dengan muka bengang dia terus keluar dari pintu. Fara dan Zatul cepat-cepat menuju ke tingkap cuba mencuri mendengar perbualan Ara dan mamat tersebut.
Melihat sahaja Ara keluar dari rumah, Jason terus memandangnya sambil tersenyum. Lama dia memandang.
Ara menjadi pelik. Sakit apa mamat ni?
“Ah cakaplah apa yang kau nak sangat jumpa aku ni?” Marahnya lalu bercekak pinggang yang sudah berada dihadap mamat tersebut.
“Sebenarnya saya nak ajak awak keluar, boleh tak?” Terus kepada tujuan asalnya.
Daebak! First time jumpa dah nak bawa aku keluar.
“Kenapa saya mesti nak ikut awak? sorry saya tak kenal awak ok.”
“Saya Jason Ong, pelajar tahun akhir kat UITM. Tinggal kat..”
“Cup..cup..aku tak tanya semua tu.”
“Laa tadi kata tak kenal, saya kenalkanlah diri saya.”
Ara mengetapkan bibirnya tanda geram.
“Sebenarnya saya nak bawa awak keluar sebab kedai service handphone tu nak jumpa pemilik handphone tu sendiri iaitu handphone awak.”
“Telefon saya mana? Awak tau tak, saya rasa macam nak gila cari telefon saya dekat tempat kejadian tu.Kenapa awak tak cari saya awal-awal.” Ara terasa hendak menangis sahaja, telefon itu sangat penting baginya.
Kini Jason pula yang mempamer muka bingung. Salah siapa tak bagitau awal-awal kalau dia baru call hari ni sedangkan tiga hari yang lepas aku dah bagi kertas tu.
“Ok kejap saya nak ganti pakaian dulu.”
“Saya rasa pakaian awak takda masalah.”
Biar betul mamat ni, aku hanya pakai seluar sukan dan baju lengan panjang. Tudung aku pun jenis ekspress.
Dan sadisnya aku hanya berselipar jepun.
“Jom masuk.” Jason sudah membuka pintu kereta di sebelah pemandu tersebut.
Tanpa berfikir panjang Ara pantas memasuki ke dalam perut kereta tersebut, niatnya cuma satu mendapatkan
balik telefo bimbitnya.
“Eh eh, Ara nak ke mana tu? Biar betul dia hanya pakai mcam tu. Tak bawa apa-apa lagi.” Fara memandang
Zatul dengan pelik sebaliknya Zatul sekadar mengangkat bahunya.
“Cik maaflah, handphone cik ni teruk sangat kerosakannya so akan mengambil masa satu bulan untuk di baiki.” Kata seorang pekerja di kedai service itu.
“Iyah. Tolonglah, kalau boleh secepatnya ya.” Ara tetap mengharap sepenuh harapan. Pekerja tersebut pun memberikan sim card yang sememangnya berada di telefon bimbitnya.
Setelah berurusan, mereka berdua pun beriringan keluar dari kedai tersebut.
“Jom.” Kata Jason.
“Nak ke mana?” soal Ara dengan pelik.
“Makan. Saya laparlah. Awak tentukan kita nak makan di mana?”
Ara menyentuh perutnya juga yang sememangnya kelaparan aish kalau bukan sebab dia ajak aku keluar tiba-tiba tentu aku dah dapat makan masakan Zatul tadi. Fine, aku nak kenakan kau.
“Pizza Hut.”
Setelah membuat pesanan, Jason meminta izin ke tandas sebentar sementara menunggu pesanan makanan mereka.
“Eh tu bukan Jason ke? siapa perempuan tu?” tiba-tiba Ara dapat menangkap perbualan empat orang gadis yang berada di sebelah meja mereka.
“Entah, orang gaji dia kot tengoklah dari pakaian dia ja. Tak malu kan masuk kat restoran ni dengan pakaian macam tu, orang gaji kat rumah aku tu pun pandai lagi bergaya dari dia.” Meledak ketawa dari keempat-empat gadis tersebut.
Ara menghadiahkan sebuah jelingan tajam ke arah mereka membuatkan ketawa mereka automatik mati.
“Saya nak balik.” Perintah Ara sebaik sahaja melihat Jason yang sudah berada di hadapannya.
“Laa kenapa pulak?” soalnya dengan pelik.
“Awak tak patut bawa ‘orang gaji’ awak ni pergi makan kat restoran macam ni.” sengaja dia menekan
perkataan ‘orang gaji’ tersebut.
Jason terasa sesuatu yang pelik lantas cuba melilau ke kiri kanan, ketika itu dia melihat dua orang dari classmate nya sedang melambai tersenyum ke arahnya. Kini barulah dia mengerti.
“Sayang pedulikanlah apa pandangan orang terhadap awak, yang penting awak tau saya tak kisah siapa pun awak, macam mana pun penampilan diri awak di mata saya.” Sebuah senyuman lebar dihadiahkan Jason.
Besar mata Ara. Gulrp! Sakit apa mamat ni, tiba-tiba meracau panggil aku sayang. Jason pantas mengelipkan matanya. Keempat-empat di sebelah mereka itu seperti berbisik-bisik. Mereka terus mengangkat punggung dari situ memandangkan mereka telah selesai makan.
Pesanan mereka mereka telah sampai. Hal tadi terus dilupakan Ara baginya mungkin Jason berbuat demikian sekadar hendak membantunya. Dia pantas mengambil sepotong pizza dihadapanya dan melahapnya dengan gembira.
Klik!
“Eh apa ni curi-curi ambil gambar saya.” Marah Ara dengan sisa pizza yang masih di mulutnya. Bibirnya dimuncungkan.
Jason cuba menahan ketawanya melihat gaya Ara ketika itu, bercakap namun mulutnya masih penuh dan kelihatan pipinya kembung.
“Muka awak comel sangatlah. Macam dah tak makan beberapa hari, rakus sangat.”
“Aku tak kira kau kena padam gambar tadi tu.”
“Kenapa pula? Comel apa. Lepas ni kalau aku stress aku pasti akan tengok gambar kau ni.”
Ara mengetap bibirnya, mamat ni dah melampau! Hello, kau tu baru kenal aku dah berlagak macam bertahun dah kenal aku.
Tiba-tiba Jason menghulurkan sebuah bakul kertas kepada Ara.
“Apa ni?” soalnya sebaik sahaja melihat kotak yang berada di dalam bakul kertas tersebut. Sebuah telefon
bimbit Samsung Galaxy S4. Gilak, mahal ni.
“Anggap ja tu pampasan yang kau terima dari sebuah syarikat insurans. Tolonglah terima, kalau tak sampai
bila-bila aku akan rasa bersalah dengan kau. Sebab aku, kau luka teruk dan telefon kau rosak.”
“Tapi semua ni terlalu mahal. Saya ikhlas nak selamatkan awak, saya tak minta pun apa-apa balasan.” Ara cuba menolak dengan lembut bukan dia tidak mahu menerima tetapi didikan dari orang tuanya yang mengajarkan untuk
tidak meminta apa-apa balasan setelah memberikan bantuan.
“Awak anggap ja keadaan kita terbalik. Saya yang cedera teruk, awak mesti berusaha nak balas jasa saya kan. Begitu juga dengan diri saya. Walaupun awak kata ok, tapi saya tetap rasa bersalah.”
Ara menarik nafasnya, merasa sudah fed-up untuk meyakinkan mamat dihadapannya itu bahawa dia tidak memerlukan itu semua.
“Tapi saya tetap nak telefon bimbit saya yang lama.”
“Awak jangan risau saya akan pastikan telefon awak akan dibaiki.” Jason meyakinkan Ara.
Itulah harapan Ara, baginya handphone itu benar-benar berharga buat Ara walaupun modelnya agak ketinggalan
zaman.
*******************
“Uii canggih handphone kau kawan. Sugar daddy mana yang bagi kat kau ni. Mahal ni beb.” Fara membelek-belek telefon Samsung Galaxy S IV milik Ara itu ketika mereka bersarapan pagi itu.
“Bukan sugar daddy tapi atuk sebelah kita rumah kita ni bagi kat aku, semalam dia menang nombor ekor so dia baik hati belikan aku telefon memandangkan atuk tu syok kat aku.” Selambah Ara menyuap corn flakes, matanya tetap setia membaca notanya.
“Oii atuk sebelah rumah ni dah meninggal lah. Betul-betullah.” Pinta Fara lagi.
“Oklah, mamat cina tu bagi kat aku. Puas hati.”
“Cayalah kau Ara, pemanis apa kau pakai sampai dia boleh bagi kau benda semahal ni silap-silap haribulan kereta pula yang menyusul.” Soal Ara lagi.
“Nak tau rahsiahnya, amalkan menyapu madu kat muka setiap malam kompom banyak yang tertarik kat kita terutama semut.” Meledak ketawa Ara.
“Eh minah ni aku tanya betul-betul dia bergurau pulak.” Fara sudah menunjuk muka merajuk.
“Ala-ala bucu sayang, sebenarnya dia bagi tu sebagai pampasan kat aku yang dah menyelamatkan dia hari itu.
orang-orang tua kata, rezeki jangan di tolak kan. Ok lah cau dulu, aku ada exam ni wish me luck. Assalammualaikum.”
*************************************
“Jason mummy tengok, sejak dua menjak ni Jason suka senyum seorang-seorang. Siapa gadis bertuah tu, kenalkan dengan mummy.”
Jason sekadar tersengih, dia pantas berdiri dan mendapatkan mummynya. Jason menyorong kerusi roda mummynya agar lebih dekat dengan kolam kecil yang terdapat di taman mini mereka. Nurse yang sememangnya bertugas menjaga mummy Jason pantas beredar dari situ bagi memberi mereka anak beranak berbual. Mummy Jason telah disahkan lumpuh sejak terlibat dengan kemalangan di jalan raya iaitu dua tahun yang lepas.
“Dia kawan Jason ja la mummy. Baru sebulan kenal dengan dia and she is muslim. Jason selalu rasa tenang bila dekat dengan dia.” Perlahan bibir Jason terukir apabila terbayang wajah Ara. Melihat senyuman satu-satunya anak lelakinya itu, air mata Puan Mary mengalir.
“Mummy kenapa ni, mummy rasa sakit ke? Jason panggilkan nurse ok.”
Puan Mary menggeleng. “Mummy gembira bila tengok Jason macam ni, sejak peristiwa itu mummy selalu rasa bersalah dengan Jason. Kalaulah..”
“Mummy Jason tak pernah salahkan mummy dengan apa yang berlaku. Jason dah boleh belajar menerima kepergiannya.” Dia pantas memeluk mummy yang nyata masih menyalahkan dirinya sehingga hari ini.
Dua tahun yang lepas, Puan Mary beria-ria meminta teman wanita Jason iaitu Bella untuk menemaninya keluar membeli-belah. Dalam perjalanan pulang mereka telah terlibat dengan sebuah kemalangan, Bella yang terhumban keluar dari kereta tidak dapat diselamatkan lagi dan telah meninggal di tempat kejadian sebaliknya Puan Mary yang hanya tersepit di dalam kenderaan ternyata masih selamat walaupun ketika itu keadaannya nyawa-nyawa ikan. Puan Mary tahu Jason sangat menyayangi teman wanitanya itu, sejak peristiwa itulah Jason seakan menjadi orang lain, tiada lagi senyuman menghiasi bibirnya. Kini dia turut merasa gembira dengan perubahan anak lelakinya itu. Aku mesti mengenali gadis itu.
**************************
Lagu Christina Perri ‘A thousand years’ berirama dari telefon bimbit milik Ara. Dia ketika itu yang sedang menggoreng kuih pisang pantas mengecilkan api dari kualinya.
“Hello my dear, what are you doing?”
“Hello, awak salah buat panggilan. Saya bukan GF awak. Ini Ara.”
“Eh I tak salah buat panggilan,betullah U GF saya.” Dia sudah ketawa dihujung talian.
“Tak sudah-sudah meracau. Kenapa call?” Ara membalikkan pula kuih pisangnya di kuali itu.
“I miss you, miss you so much.” Ara terdiam seketika, seolah kata-kata dari Jason itu meresap ke lubuk jantungnya. Dia tersedar apabila tangannya terkena sedikit percikan minyak.
“Ara are you alright?” Jason menjadi risau apabila mendengar gadis itu seperti mengadu kesakitan.
“Ok, tangan saya just terkena percikan minyak. Ni salah awaklah, kacau saya time goreng kuih pisang.”
“Alamak, so sorry. Teruk sangat ke, nak I hantar pergi klinik?”
Meledak ketawa Ara, lawaknya baru terkena sedikit percikan minyak takkan nak pergi klinik. Benda ni kan normal, sakit pun macam kena gigit semut. Dia pantas menidakkan tawaran Jason itu.
“Ara boleh kita jumpa besok?”
“kenapa pula?”
“I nak bawa Ara ke satu tempat. Kita jumpa besok ok.”
*********************
“Patah balik!”
“Alaa please lah Ara, mummy I betul-betul nak jumpa dengan Ara.”
“Tak acilah, setengah perjalanan baru bagitau hal sebenar.” Ara menyilang tangannya. Dahlah habis class Jason terus ‘menculik’ dirinya. Kalau dia tau Jason nak bawa dia ke rumah family nya dia pasti takkan mengenakan baju kurung cotton berwarna pink itu dan sekadar berpakaian biasa sahaja. Paling penting mestilah bawa buah tangan.
“Don’t worry mummy I tu baik tau dia pasti merestui hubungan kita berdua.”
“Banyaklah restu awak sana, awak ingat saya ni nak jumpa bakal mentua?” Dijelingnya Jason disebelahnya itu.
“Mudah-mudahan masin mulut Ara. Anggap ja jumpa bakal mak mentua. Tak rugi tau dapat jejaka macam I ni.” Ok Ara akui Jason memang boleh mencairkan gadis-gadis kat luar sana dengan rupa parasnya itu. Walaupun dia berketurunan cina, tapi wajahnya seakan-akan orang korea.
Akhirnya mereka pun tiba di kawasan rumah Jason. Macam nak jatuh rahang Ara, mak aii ni istana ke rumah besar gilak weii. Agaknya kalau main sembunyi-sembunyi satu malam pun takkan jumpa. Cup-cup aku ni macam si Geum JanDi pula (miahaha berangan kejap) dalam drama korea kesukaan aku ‘Boys over flower’, kali pertama dia ke rumah oppa kesayangan aku Lee MinHo pun secara paksa sebab dia kena culik oleh orang upahan oppa aku tapi dalam cerita aku ni tuan ni yang sendiri yang ‘culik’ aku.
Ara terpandang seorang wanita elegen duduk di atas kerusi roda sebaik sahaja mereka memasuki ruang tamu, uii kerusi roda dia pun memang orang-orang kaya je yang mampu miliki. Tambah nak jatuh rahang Ara melihat ruang tamu milik keluarga Jason ini. Ara katup mulut kau tu balik, jangan tunjukkan sangat yang kau tu jakun.
“Mummy ni lah Ara. Aratia Hanee.” Ara pantas menyalami Puan Mary.
“Unik nama Ara.” Ara sekadar tersenyum, sebenarnya banyak yang musykil dengan nama aku sebab dorang kata nama aku ni takda ciri-ciri orang islam. Sebenarnya nama aku ni gabungan nama abah dan ummi aku, Arman dan Mastia. Ini disebabkan aku adalah satu-satunya anak mereka selepas doktor mengesahkan bahawa ummi dah tak boleh melahirkan anak lagi kerana boleh membahayakan nyawanya.
Ternyata Puan Mary seorang yang sangat peramah. Ara yang mula-mula kekok untuk berbicara ternyata sudah boleh membiasakan diri. Jason yang sedari tadi duduk tidak jauh dari mummynya memandang dirinya bagai tak lepas walau sesaat. Ara tidak senang duduk, semuanya menjadi perhatian lelaki itu, senyuman, ketawa, bahkan ketika dia berbual dengan Puan Mary, masyaAllah.
***********
“Ara tak tidur lagi?” soal Zatul. Bingung dia melihat Ara duduk sendiri di ruang tamu dengan jam sebegini, dua pagi. Dia pantas mendekati Ara apabila melihat ada air mata yang telah kering dipipinya. Al-quran berwarna putih itu dipeluk Ara dengan erat.
“Aku rindukan arwah.” Tambah bercucuran air mata Ara. Zatul pantas memeluk dirinya.
“Ara ikhlaskan dia pergi. Arwah mesti sedih tengok kau macam ni.” Walaupun kejadian itu sudah dua tahun berlalu, Ara masih tidak boleh menerima kepergian orang yang dicintainya itu. Ariel adalah satu-satunya lelaki yang bertakhtah di hati Ara sejak dari bangku sekolah lagi. Ara tidak menyangkah, perbualannya bersama Ariel ketika jejaka itu membuat panggilan video hanya untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada dirinya tepat jam duabelas tengah malam adalah perbualan terakhir mereka. Dia berjanji untuk menyerahkan sesuatu kepada Ara keesokan harinya. Besoknya Ara mendapat panggilan dari ibubapa Ariel bahwa dia telah pergi buat selama-lamanya. kotak hadiah berwarna merah itu adalah barang terakhir milik arwah dan kata ibu arwah, sebenarnya arwah hendak menyerahkan hadiah itu kepada Ara pada hari dia pergi buat selama-lamanya. Ara terus terjelupuk jatuh sebaik membuka kotak itu, rupanya sebuah al-quran berwarna putih dan kata-kata di dalamnya bertulis ‘Untuk bakal isteriku, Aratia Hanee’.
**************
“Berapa lama kau nak stay kat rumah mama Jannah tu?” Soal Zatul yang duduk di hujung katil Ara. Zatul tau, walaupun arwah Aeril telah lama pergi dari hidup Ara, tapi kawan baiknya itu tetap berhubung dengan keluarga Aeril. Sehinggakan, memanggil wanita itu dengan panggilan mama.
“Mungkin dua malam ja. Aku stay malam ni nak tolong mama Jannah untuk kenduri arwah keesokannya. Kau faham kan, mama Jannah tu hanya ada seorang anak ja tapi..kini tinggal dia dengan suaminya sahaja. Semoga kehadiran aku di sana, kurang juga kesedihan kat mama Jannah.” Ara terhenti seketika, matanya sudah bertakung. Mengikut perancangan, dia akan mengikat tali pertunangan pada tahun ini tapi sayang jodohnya tidak panjang dengan insan yang bernama Aeril itu.
“Sabar ya Ara, semoga Allah sentiasa bersama kau.” Zatul sudah memeluk bahu Ara. Ara menarik nafasnya, dia pantas tersenyum cuba menenangkan dirinya dari menangis. Cukuplah dia sudah menangis semalaman.
“Oklah, aku nak berangkat sekarang. Aku takut pula jam teruk petang ni. Jangan lupa bagitau Fara, datang tau kenduri tu besok.”
“In shaa Allah, kalau takda aral melintang aku dengan Fara datang. Kau bawa motor elok-elok tau. kirim salam dengan auntie dan uncle sekali.”
Ara mengangguk pantas mendapatkan motor kesayangannya itu dan hilang dari pandangan Zatul.
***********************
Seperti dijanjikan, Zatul dan Fara datang juga ke kenduri arwah tersebut. Ara begitu gembira melihat kehadiran kawan-kawan baiknya itu. Dia yang begitu sibuk membantu auntie Jannah di dapur pantas memeluk Fara dan Zatul. Dia sangat memerlu kehadiran rakan-rakannya ketika itu.
“Eh tak SMS pun dah nak datang.” Rajuk Ara.
“Alaa sorry la, Zatul la ni nak bagi surprise katanya.” Fara cuba membuat muka comel.
“Yalah-yalah. Jomlah kita bawa dulang ni ke depan, majlis kenduri tak lama lagi nak bermula tu.” Mereka pun membantu apa yang patut.
“Terima kasih ya Ara, Fara dan Zatul. Korang sangat-sangat membantu mama Jannah. Maaf kalau mama dah menyusahkan waktu hujung minggu kamu semua.”
“Mama, Ara tak pernah rasa terbeban dengan semua ni. Mama, kalau perlukan apa-apa bagitau Ara tau.” Ada air mata yang mengalir di pipi wanita yang sudah di mamah usia itu. Ara pantas memeluk wanita yang sudah dianggap seperti ibunya itu. Fara dan Zatul turut menyalami wanita itu.
“Hati-hati bawa motor tu ok. Ara boleh datang kat rumah uncle ni bila-bila ja Ara suka.” Kali ini gilaran uncle Rudy pula suami kepada mama Jannah, bersuara.
Ara mengangguk lalu tersenyum. Fara dan Zatul sudah hilang dari pandangan mereka memandangkan mereka berdua ke sini menggunakan kereta yang dipandu boyfriend Fara. Sementara Ara sedari awal menggunakan motornya.
Dipertengahan jalan Ara baru teringat sesuatu, telefon bimbitnya yang dicas di bilik tetamu lupa di ambil. Dia pantas berpatah balik. Setibanya di kawasan kediamana mama Jannah, Ara pelik melihat sebuah kereta Mercedes hitam diparkir di hadapan rumah tersebut. Mama Jannah ada tetamu kah? Perlahan Ara menuju ke pintu.
“Sampai sekarang aku, selalu rasa bersalah dengan engkau Jannah. Kemalangan dua tahun lepas tu selalu menhantui aku.” Bulat mata Ara, niatnya hendak memberi salam terbantut. Dadanya mula berdegup kencang.
“Aku dah lupakan apa yang terjadi. Aku pun dah ikhlaskan anak aku pergi.”
“Mama Jannah…” Ara sudah berdiri di pintu membuatkan mama Jannah yang sememangnya duduk di sofa menghadap
pintu pantas berdiri. Uncle Rudy yang berada di sebelah, turut sama berdiri. Muka suami isteri tersebut seakan merahsiahkan sesuatu darinya.
“Ara.” Suara yang tidak begitu asing bagi Ara.
“Jason, auntie Mary buat apa dekat sini? Apa maksud semua ni? Apa maksud auntie Mary? Mama….” Terketar-ketar suara Ara cuba bersuara, dia seakan takut untuk mendengar jawapan dari mama Jannah. Air matanya sudah mengalir dengan deras.
“Ara kita bincang benda ni lain kali ok.” Jason mendekati Ara.
“Kau cakap dengan aku, apa maksud mama kau.” Ara sudah hilang sabar. Suaranya sudah meninggi.
“Ara sayang, kita cakap benda ni lain kali ok.” Mama Jannah pula bersuara cuab memujuk Ara. Dia tidak mahu
memburukkan keadaan. Tersedu-sedu wanita itu memeluknya.
“Ara, auntie minta maaf sangat-sangat. Bukan niat auntie nak rahsiakan semua ni dari Ara.”
“Rahsiakan apa auntie?” Ara seakan sudah hilang sabar. Wanita itu sudah menangis.
“Mummy..” Jason mendekati Mummynya.
“Jason, Ara berhak tau benda ni. Ara…. Dua tahun lepas, auntie tidak sengaja telah melanggar seorang
pemandu dari arah bertentangan yang menyebabkan mangsa tersebut terkorban dan turut mengorbankan Bella, teman wanita Jason yang berada di sebelah pemandu auntie. Mangsa itu adalah Aeril Bin Mohd. Rudy.”
Longgar skru lutut Ara mendengar kenyataan itu. Dia sudah terduduk di lantai, air matanya berjujuran
dengan deras.
“Kali pertama Ara ke rumah auntie, auntie terkejut melihat Ara berada di hadapan auntie. Selama ini auntie hanya boleh melihat Ara melalui gambar dan mendengar cerita tentang Ara setiap kali ke rumah ini. Maafkan auntie Ara, auntie dah memisahkan Aeril dari hidup Ara.”
“Beerti selama ni semuanya palsu, konon nak berbaik-baik dengan saya untuk menebus kesilapan auntie selama ni.” Hilang hormatnya dengan wanita itu. “Saya paling tak sangkah, mama sanggup tipu Ara. Kenapa mama..kenapa mama tak pernah bagitau semua ni dengan Ara? Kenapa mama rahsiahkan dari Ara tentang benda ni?”
“Ara, auntie Jannah dan mummy tak salah. Saya yang minta rahsiakan perkara ni dari Ara. Saya minta maaf, saya memang dah lama kenal Ara sejak Ara turut berada di hospital untuk menuntut mayat Aeril. Saya memang dah lama nak tegur Ara, mungkin Tuhan mendengar doa saya, peristiwa Ara selamatkan Jason tempoh hari tu lah titik perkenalan kita.Ikhlas saya katakana saya cintakan awak Ara.”
Ara tersengih. “Kau cintakan aku. Eh takya nak cakap soal ikhlaslah. Lepas apa kau dah buat ni, kau fikir aku nak percaya cakap kau, haram satu patah keluar dari mulut kau aku percayalahlah. Patutlah kau beria-ria nak jumpa aku kan hari tu. Rupanya ini muslihat kau. Aku benci kau, aku menyesal sebab aku dah selamatkan kau tempoh hari. Kau tau tak aku sanggup kena langgar dari selamatkan orang macam kau.”
“Ara cakap apa ni, istiqfar nak. Jangan nak ikutkan emosi sangat. Ara lepaskanlah kenangan Aeril dalam hidup Ara. Ikhlaskan dia pergi nak.” Mama Jannah mengusap bahuku sambil tersesak-esak.
“Tak mama, kenangan Aeril sentiasa hidup dalam hati saya. Tak siapa-siapa boleh ganti dia dari hidup saya.” Tambah kuat tangisan wanita itu mendengar pengakuanku. Aku pantas berlalu dari situ, baru sahaja beberapa langkah, pandanganku tiba-tiba gelap. Entah siapa yang sempat menyambut tubuh ini sebelum rebah ke lantai dan cukup aku kenali suara itu menjerit namaku.
*********************
Perlahan aku membuka kelopak mataku. Rasanya suasana bilik itu begitu asing kepadaku. Kulihat di atas tapak tanganku tercucuk jarum dan di atas kepala tergantung kantung air. Aku kena tambah air? Apa dah jadi. Kulihat juga Zatul tertidur di tepi katilku sementara Fara tertidur di sofa. Jam yang tergantung di dinding menunjukkan angka dua. Dua petang atau dua pagi ni?
“Alhamdulillah kau dah sedar.” Zatul pantas mendekati, segelas air suam dihulurkan kepadaku. Mungkin dia sedar, aku seperti kehausan.
“Zatul, apa dah jadi ni?” soalku setelah selesai meneguk segelas air.
“Mama Jannah kata kau pengsan semalam kat rumah dia dan mama Jannah dah ceritakan apa yang berlaku kat aku.”
Air mata Ara mulai mengalir. “Ara janganlah macam ni, aku risau tengok keadaan kau.” Dia memeluk tubuh Ara.
“Aku nak tidur.” Ara pantas terbaring dengan linangan air mata di pipinya. Saat ini otaknya terasa seakan penat untuk berfikir apa-apa.
**************************
Selesai membacakan surah Yassin, Ara menyiram sejug air di pusara Aeril. Lama Ara memandang pusara itu.
“Ara jom kita balik, dah nak gelap ni?” Zatul memegang bahu Ara. Sejak peristiwa itu, Ara kerap melawat ke
pusara Aeril. Selalunya jika dia tidak sibuk dengan tugasan di U dia ataupun Fara yang akan menemani mereka. Risau mereka membiarkan Ara pergi sendiri-sendiri.
Dengan berat hati, Ara pun pergi dari kawasan kuburan itu. Setibanya dirumah, Ara dan Zatul saling berpandang melihat kehadiran seseorang di ruang tamu mereka. Fara pantas mendapatkan mereka berdua.
“Siapa dia?” Soal Zatul. Risau, Fara senang-senang menerima kehadiran seseorang yang tidak dikenalinya.
“Aku pun tak tau, dia kata nak jumpa dengan Ara.”
“Maaf saya dah ganggu korang semua. Saya Jessica, kakak kepada Jason. Tujuan saya ke sini untuk bertemu
dengan Ara. “
Mendengar nama Jason, baru dia teringat dia sudah lama tidak mendengar khabar dari jejaka itu sejak peristiwa tersebut, mungkin adalah dalam lima bulan.
“Jason minta saya serahkan kotak ni kepada awak sebelum dia pergi dari sini. dia takut kalau dia serahkan sendiri awak taknak terima. Harap awak boleh terima. By the way, saya pergi dulu.” Kotak tersebut di pandang sepi Ara di atas meja. Dia pantas masuk ke dalam biliknya, malas nak ambil tahu.
“Err, maaf ya kak, kawan saya tu letih. Takpa nanti saya bagi kotak ni dengan dia.” Zatul bersuara. Terkejut dengan tindakan Ara. Jessica sekadar tersenyum nipis.
“Kak, Jason nak ke mana?” Soal Fara.
“UK, dia nak sambung degree di sana sekali kita sekeluarga akan berpindah di sana.”
“Apa?! bila flight korang kak?” Soal Fara dengan terkejut.
“Besok, jam 6 pagi.”
Sebaik sahaja Jessica pergi, Zatul dan Fara pantas menuju ke bilik Ara.
“Ara, kau tau tak Jason nak ke UK besok jam6 pagi. Baik kau jumpa dia malam ni?” Fara pantas meletak kotak tersebut di katil Ara.
“kalau dia nak blah dari bumi Malaysia ni takda kaitan dengan aku ok.” Telingannya di sumbat dengan pemain MP3.
Zatul mencabut earphone tersebut.
“Apa, masalah korang ni ah? Kalau korang sibuk sangat, pergilah dengan dia.” Suara Ara meninggi. Fara menjadi takut, tidak pernah dia melihat Ara sebegitu.
“Sampai bila kau nak hidup dengan bayangan dia, tak boleh kah kau lepaskan dia pergi dari hidup kau. Dah nak tiga tahun Ara, kau masih tak boleh ikhlaskan dia pergi. Kau ni betul-betul jenis manusia yang tak tau bersyukur, bersyukur ada orang yang sayangkan kau, prihatin dengan kau. Jangan sampai bila kau dah rasa kehilangan, kat situ baru kau menyesal, baru nak hargai. Dah lah Fara jom kita blah dari sini, tak kuasa aku nak bazirkan air liur aku dengan manusia keras kepala ni. Lepas ni terserah kau nak buat apa. suka hati kaulah.” Zatul turut menyinga, lengan Fara ditariknya. Dia tidak peduli lagi air mata Ara yang sudah mengalir itu.
Sampai hati kau Zatul buang aku macam ni, sebabkan mamat tu kau layan aku macam ni. Kenapa korang tak boleh nak faham aku. Kotak yang berada di katilnya, dicapai lalu dihempas kedinding. Terburai segala isi di dalamnya. Dia terus menghempas badannya di katil. Akhirnya Ara tertidur dengan air mata di pipinya.
************************
Ara melihat sekelilingnya, kawasan tersebut seperti berkabus. Muncul kelibat seseorang dari kabus tersebut.
“Aeril..Aeril..” panggil Ara, cuba mengejar Aeril yang semakin meninggalkannya. Namun Ara tetap berusaha mengejarnya hinggakan satu saat dia terjatuh dan terduduk di situ. Aeril terhenti, di pantas berpaling.
“Ara, lepaskan Aeril. Jangan hidup dengan bayangan Aeril lagi, Kita dah di dunia yang berbeza. Kejarlah dia.” Akhirnya Aeril pun hilang dari pandangan Ara.
“Aerilllll” Ara tersedar, Ya Allah rupanya aku termimpi. Aeril aku rindukan kau. Ketika itu azan subuh berkumandangan dari masjid berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Ara menuju ke kamar mandi dan menunaikan kewajipan rukan islam yang ke-2 itu.
Usai menunaikan solat, dia terpandang sesuatu di lantai yang menarik minatnya. Rupanya itu adalah isi dari kotak tersebut. Sebuah frame yang telah terpecah cerminnya, Ara menatap gambarnya yang yang terdapat di frame tersebut. Dia masih simpan gambar ni. Itu adalah gambarnya yang telah dicuri-curi snap Jason ketika dia sedang menikmati Pizza. Dibawah gambar itu tertulis sebuah quotes.
‘Explaining why I love u is like explaining the taste of water. I love u, Aratia Hanee.’
Entah kenapa saat itu air matanya mengalir. Ya Allah, apa aku dah buat selama ni? Kenapa aku tak pandai bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan selama ni. Kejarlah dia. Apa maksud Aeril dalam mimpi aku tu? Ya ampun baru aku ingat apa yang Fara kata semalam tu. Ara pantas melepaskan telekung di kepalanya. Dan dia bersiap secepat yang mungkin, dia harus mengejar waktu ke lapangan terbang.
“Ara kau nak kemana pagi-pagi buta ni?” soal Fara yang ketika itu hendak ke dapur menyiapkan sarapan.
“Aku nak ke airport. Aku mesti jumpa dia, Fara. Aku mesti jumpa Jason.” Ara seakan hendak menangis memikirkan kemungkinan dia tidak akan sempat bertemu lelaki itu.
“Sabar Ara.” Fara cuba menenangkannya.
“Jom kita pergi Ara.” Muncul Zatul mendekati mereka berdua.
Ara terus memeluk Zatul. “Terima kasih Zatul, kau dah sedarkan aku.”
“Fara jaga rumah tau. Aku temankan Ara ke airport. Soal tunggang motor terpantas ni serahkan dengan aku, aku yakin kita sempat nak jumpa Jason.”
Setiba di airport, Ara berlari secepat mungkin menuju ke balai perlepasan cuba mencari kelibat Jason dan keluarganya. Sementara Zatul mencari parking motor. Dalam hati, Ara berdoa semoga dia sempat bertemu Jason.
“Maaf, Miss penerbangan ke UK yang berjadual jam6 pagi ni dah berlepas kah?” soalnya di kaunter pertanyaan.
“Sudah cik, baru sahaja berlepas.” Terasa bagai gugur jantung Ara mendengar hakikat itu dia tidak akan sempat bertemu Jason. Kakinya terasa lemah, dan dia terus terjelepok jatuh di situ. Pandangan orang ramai di situ melihatnya dengan linangan air matanya, dia tidak pedulikan.
“Ara, Ara kenapa ni? Jason mana?” Zatul pantas memeluk Ara.
“Dia..dia..dia dah pergi Zatul.”
Ya Allah… Saat ini dia benar-benar terasa erti sebuah kehilangan. Terasa sesuatu yang meragut hatinya, dan rasanya itu sangat sakit.
*************************
Lima tahun kemudian…
“Tahniah Zatul kau dah pun jadi isteri orang.” Ara memeluk Zatul yang berada di pelamin itu dengan linangan air mata. Dia terasa bahagia melihat wajah Zatul yang jelas terpancar kebahagian itu.
“Em kau pula bila Ara? Aku dah, Zatul pun dah. Tinggal kau ja ni.” Fara dengan perut buyungnya mendekati mereka.
“Mak buyung, aku coming soon. kau tunggu ja kad undangan aku nanti datang kat rumah kau. Korang berdua jadi tetamu VVIP aku tau.” Ara mencubit pipi Fara yang semakin tembam sejak berbadan dua itu. Fara mengadu kesakitan kepada suaminya yang berada disampingnya.
“Yalah tu, hampir lima tahun ni aku dengar ayat yang sama. Entah, entah kau masih tunggu dia.” Air muka Ara sudah berubah mendengar Fara berkata. Fara yang tersedar keceluparan mulutnya pantas menutup mulutnya. Zatul membesarkan matanya melihat Fara.
“Eh dahla tu, jom kita bertiga bergambar sama-sama.” Ara pantas berdiri di tengah-tengah dua sahabat baiknya itu. Aku gembira korang dah bertemu kebahagian korang masing-masing.
****************************
Ara berjalan di gigi pantai tersebut. Membiarkan kakinya basah dan terkena buih-buih ombak. Angin petang begitu mendamaikan walaupun beberapa kali dia cuba membetulkan shawl dikepalanya. Kata-kata Fara bermain dikepalanya. Sepanjang tempoh lima tahun itu baru dia belajar erti mencintai lelaki itu, hubungan dengan mama Jannah pun kembali jernih dan kini dia sudah boleh melepaskan Aeril dari hidupnya dan dia ingin menikmati kehidupan baru. Dia tekad, sekiranya dia berjumpa dengan auntie Mary, dia ingin meminta maaf dengan wanita itu.
Ara mendongak kepalanya ke langit. Jason, kau di mana? Dirimu seolah-olah di telan bumi. Dia dah kahwin atau belum ya? umm..
Lagu Christina Perri ‘A thousand years’ berirama dari telefon bimbit milik Ara. Tertera nama Zatul.
“Ara, Ara kau kat mana?”
“Wow, bagi salamlah dulu ni main terjah ja.”
“Ara, ummi kau…”
“Zatul kenapa dengan ummi aku, kau dekat rumah aku kah ni?” Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Terasa air matanya hendak mengalir mendengar suara Zatul yang seakan hendak menangis itu. Takut sesuatu hendak berlaku.
“Ya, aku kat rumah kau ni. Cepat ke sini.” Talian dimatikan. Di dalam kereta, bercurah-curah sudah air matanya mengalir, kalaulah keretanya ada sayap pasti dia boleh terbang secepatnya sampai ke rumah. Ya Allah selamatkan ummi aku. Setibanyanya dia di rumah, kelihatan orang ramai sudah berkumpul di hadapan rumahnya. Ya Allah, apakah semua ini? Jantung Ara sudah tidak menentu degupannya. Air matanya apatalagi, bercurah-curah. Orang ramai memandangnya dengan pandangan seribu satu macam.
“Ummi, ummi..” panggil Ara cuba mencari umminya. Ketika itu dia melihat umminya berada di dapur sedang membacuh kopi. Dia pantas memeluk umminya dari belakang. Bercurah-curah air matanya gugur membasahi belakang baju umminya itu.
“Ya Allah, kenapa dengan anak aku seorang ni. Menangis macam aku nak mati.” Pelik Puan Kalsom melihat anaknya yang menangis bagai nak rak tu.
“Ummi janganlah cakap macam tu. Tadi Zatul call Ara, kata ada sesuatu berlaku kat ummi tu pasal Ara datang
terus.”
“Memang ummi minta tolong Zatul call Ara suruh balik rumah. Tapi bukan sebab ada apa-apa berlaku kat ummi.”
Rasa nak jatuh rahang aku ketika itu, Ya Allah patutlah orang kat luar tu tengok aku seribu satu macam. Malunya…Tapi apa motif Zatul buat macam tu?
“Assalammualaikum.”
“Walaikumsalam.” Aku pantas berpaling melihat gerangan yang memberi salam di belakangku ini. Cukup satu kata, MasyaAllah. Mata aku tak salah tengok kah ni. Jason yang ada kat depan aku ni dan…dia bagi salam, adakah…
“Ara apa khabar?” Senyuman terukir di bibirnya. Ya Allah, tenangnya aku tengok muka dia ni. berbeza dengan Jason yang aku kenal sebelum ni.
“Kha..kha.khabar ba..baik.” Kenapa aku gagap ni.
“Ummi suruh Zatul call Ara sebab nil ah. Ada rombongan datang nak meminang Ara. Dan inilah calon suami Ara, Mohd. Irfan Bin Abdullah.” Ummi menepuk lenganku.
Rasanya seluruh rahangku jatuh. Apa? dia ni nak masuk meminang aku dan dia dah masuk islam.
Aku berpeluk tubuh, membiarkan Jason eh silap Encik Mohd. Irfan tu berada di belakang aku. Aku pantas berpaling. Mak aii, kenapa dia ni tak habis-habis nak senyum.

Buk! Satu tumbukan tepat di perutnya. Dia tertunduk menahan kesakitan.
“Tu sebab kau dah biarkan aku macam orang gila tunggu kau lima tahun ni tanpa sebarang khabar berita.”
Buk! Sekali lagi dia menahan kesakitan. “Tu pula..sebab kau dah buat aku cintakan kau dan aku tak kira kau kena tanggungjawap. Marry me, Mohd. Irfan Bin Abdullah.” Aku tak peduli kalau perbuatan aku ni terbalik, yalah aku dah lamar dia.
“I will, in shaa Allah.” Ketika air mataku sudah mengalir bahagia.
“Fuyoo romantiknya.” Zatul mendekatiku. Sepantas itu, tangannya aku gigit. Zatul menjerit kesakitan.
“Tu sebab kau tipu aku, oo berpakat dengan encik Mohd. Irfan yaa. kau tau tak, dah macam F1 aku bawa kereta tadi by the way thanks Zatul.” Aku pantas memeluk Zatul.
“Pelik, gigit pastu baru say tahnk you. Hati-hati Irfan, dia ni spesies drakula silap-silap malam pertama korang habis dia gigit U.” Zatul sudah ketawa berdekah-dekah. Ara menghadiahkan lagi cubitan di pinggang Zatul.
******************************
Ara berdiri di balkoni melihat keindahan bulan di dada langit tersebut, membiarkan angin malam itu membuai-buai rambutnya. Irfan mendekatinya dari belakang, sebuah kucupan singgah di batang leher isterinya. Pantas tubuh itu di peluk dengan erat dari belakang.
“Terima kasih sayang, dah tunggu abang lima tahun ni. Abang yakin sayang akan tunggu abang. I love you, sayang.”Lembut Irfan membisik ditelinga Ara. Ara sudah merona. Dia pantas menghadap suaminya. Batang leher suaminya dirangkul dan Irfan pantas memeluk pinggangnya.
“Abang macam mana boleh jatuh cinta dekat sayang, sedangkan waktu tu kita berada di hospital.” Irfan ketawa halus. Rasanya isterinya tidak pernah akan hal ini.
“Sayang, ingat tak hari sayang dapat khabar arwah Aeril meninggal. Sayang pengsan di jalan raya sebab tiba-tiba melintas di hadapan kereta yang abang pandu. Abanglah yang selamatkan sayang dan bawa sayang pergi klinik.Kedengaran gila, tapi waktu sayang baring di riba abang, abang dah jatuh cinta dengan sayang.”
“Apa, jadi abang tipulah waktu kat rumah mama Jannah tempoh hari.” Dia tersenyum lagi.
“Sayang, abang tak akan pernah marah kalau hati sayang sentiasa untuk Aeril sahaja asalkan cinta dan sayang untuk abang selamanya.” Aku sudah tersenyum bahagia. Dia ingat aku pernah cakap macam tu.
“Abang mungkin Aeril pernah menempat di hati sayang tapi itu dulu, sekarang biarlah abang yang berada di kedudukan tertinggi dalam hati sayang.” Dia memelukku dengan erat.
“Sekarang bagitau pula dengan abang, sebab sayang cintakan abang. Nak tau juga ni?” dia menaikkan keningnya. Aku tersenyum penuh makna lalu menarik lengannya menuju ke dapur. Aku suruh dia duduk di kerusi lalu segelas air mineral aku hulurkan kepadanya. Dia mempamer muka pelik. Apa kaitan segelas air mineral dengan persoalannya tadi.
“Abang minulah dulu air tu sampai habis.” Dia pun meneguk dengan tertib. Usai itu aku memintanya berdiri. Aku cuba mendongak sedikit kepalaku memandangnya dia lebih tinggi dari aku. Anak matanya aku renung dengan tepat dan kedua pipinya itu aku tekup dengan tapak tanganku.
“Explaining why I love you is like explaining the taste of water. I, Aratia Hanee will always loving you, Mohd. Irfan Bin Abdullah.” Dia tersenyum lebar, ternyata Ara tidak pernah melupakan quotes yang pernah diberikan gadis itu lima tahun yang lalu. Dia pantas memelukku dengan erat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan